08
Mar
10

Anwar: PR Bukan Lubuk Habuan Politik

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mencari habuan peribadi dan mereka yang mengimpikan sedemikian harus beralih ke Umno-Barisan Nasional dengan segera.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata gagasan itu tidak akan teragak-agak untuk memecat sesiapa yang mencabar dan menggugat idealism perjuangan rakyat yang dibawa bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS.

Beliau berkata Pakatan akan sentiasa mengutamakan perjuangan untuk rakyat berbanding dengan kepentingan politik yang tidak berlandaskan kepada prinsip dan keadilan.

Anwar Ibrahim menyampaikan mesej tegas itu pada konvensyen pakatan rakyat Selangor di Shah Alam.

Pakatan Rakyat menamatkan majoriti dua pertiga Umno-Barisan Nasional di Parlimen di samping mengambil-alih Perak, Pulau Pinang, Kedah, Selangor serta mengekalkan Kelantan.

Bermula dari detik itu, Umno dengan di terajui oleh Najib Razak melancarkan pelbagai asakan terhadap Pakatan Rakyat.

Umno dilaporkan mendalangi usaha membeli adun-adun di Perak sehingga kerajaan negeri pimpinan Nizar Jamaludin jatuh dan kini ahli ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat menjadi sasaran.

Anwar berkata dalil di sebalik asakan-asakan Umno, adalah jelas. Beliau merujuk kepada Selangor sebagai contoh.

Anwar berkata sepanjang dua tahun lalu, pakatan rakyat terpaksa berdepan dengan Umno yang semakin mengganas dan sanggup menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan politik.

Berdepan dengan cabaran sebegitu, PKR, Pas dan DAP tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan ahli di semua peringkat mendokong perjuangan pakatan rakyat agar terus menjadi benteng untuk menolak rasuah dan penyelewengan.

Dalam memberi keutamaan kepada perjuangan itu, parti komponen pakatan rakyat sanggup membuat keputusan-keputusan berani yang tidak berlandaskan kepada kepentingan politik sempit .

Datuk Seri Anwar mengakhiri ucapannya dengan mengingatkan ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat bahawa yang membezakan gagasan itu dengan Umno-Barisan Nasional ialah keikhlasan dan amanah.


8 Responses to “Anwar: PR Bukan Lubuk Habuan Politik”


  1. 1 Owl Mar 8th, 2010 at 10:57 am

    Salam DSAI

    Syabas dan selamat maju jaya…harus di singkirkan individu2 yg tak seiringan dlm membantu rakyat.Saya dapati dlm bloggers ini ade juga yg berpontensi menjadi wakil rakyat atau MP.seperti encik jamil kucing..halik zaman..dan juga beberapa org yg rasa nye berwibawa walaupun ia nya harus di latih menjadi ahli politik yg mahir..Insha Allah…kerana setiap bidang PASTI melalui latihan..!Selamat kan negara Malaysia yg tercinta..!!!Lihat lah sekeliling dahulu dlm melantik sesaorg menjadi wakil rakyat dan jgn asal main kenal kerana ia nye belum tentu IKHLAS dlm menjalan kan kewajiban..sekian terima kasih.

    Salam syg dr Spura.

    Reply

  2. 2 arab Mar 8th, 2010 at 11:36 am

    Tahniah PR…Terus kan perjuangan Walaupun Dato Seri di aibkan dengan kes liwat, rakyat terbanyak sukar percaya, walaupun mungkin ada yang percaya biarkan mereka. Persoalan adakah pemimpin mereka lebih baik moralnya dari Dato Seri? Jawabannya jauh panggang dari api. Teruskan pimpinan Dato Seri. Kes rasuah dan penipuan terlalu berleluasa…biarkan beberapa kerat MP PKR melompat dan mengkritik, tersalah lompat dan kritik mereka akan jatuh tersembam…

    Reply

  3. 3 Tuan Cobra Mar 8th, 2010 at 9:04 pm

    Salam DSAI & Penyokong PR d Seluruh Negara malaysia ini;
    Kepimpinan UMNO dan BN saya sudah tidak hairan lagi budi dan tata cara mereka mengandalikan sesuatu d atas Bumi yg bernama Malaysia ini adalah sesuka hati mereka sahaja mengikut Corak dan Kemampuan yg mereka ada dan gunakan. Sifat ini sudah tidak dapat d sengkal lagi oleh sebilangan Rakyat yg sudah mengetahui akan KEPERIBADIAN KEPIMPINAN mereka ya itu UMNO/BN….Mereka telahpun menganapikan UNDANG2 kekuasaan Allah dan Agama Islam yg d Anuti oleh Sebilangan besar Rakyat d Negara ini…..Saya berdoa dan berharap agar Allah swt akan mengAMINkan doa2 Rakyat yg TERANIAYA oleh mereka sepertimana Kerajaan PBS dulunya dan Kerajaan PR d Negeri Perak. Semoga Allah menurunkan rahmat dan membuka HATI yang TERTUTUP kepunyaan Pemimpin2 UMNO/BN tidak Terkecuali PR…..

    Reply

  4. 4 joe Mar 8th, 2010 at 10:30 pm

    kami yang menyokong pakatan dari 98 sampai skg tetap akan sokong pakatan walau pun takda jawatan dlm parti

    Reply

    hidopPAKATANrakyat Reply:

    Pakatan Rakyat wajar hapuskan POLITIK WANG berhabis2an sampai tiada lagi culture itu didalam negara kita!

    If u are good, u are good lah dan dapat sokongan majority ahli2 parti dan Pakatan!

    Tak payahlah nak suap2 habuan untuk dapat sokongan! Be gentleman dan know where u .stand and capable! Sudah sampai masanya.

    Pakatan Rakyat memperjuangkan untuk menghapuskan POLITIK WANG DAN HABUAN POLITIK ini semua demi menjaga duit rakyat! Jangan jadikan perkara kemungkaran begini menjadi culture atau adat resam hidup mereka yang masuk siasah politik negara!

    Sekian wasalam……….

    Reply

  5. 5 Rakyat biasa Mar 9th, 2010 at 1:08 am

    Teruskan perjuangan mu DSAI .perkara lompat melompat ini sudah lumrah orang politikus..sejarah pernah membuktikan di sabah dulu masa USNO kemudian BERJAYA kira-kira pengaruh Parti tiu dah hendak tenggelam banyaklah lompat balik ke USNO dan begitu juga semasa BERJAYA banyaklah orng USNO konon masuk BERJAYAdan orang PBS masuk BERJAYA tetapi bila pilihanraya apa jadi dengan BERJAYA dan begitu juga USNO sama mereka alami , ini cuma mau memperlihatkan kononya UMNO-BN masih lagi dihati rakyat sebenarnya rakyat memang sudah menanti masa pilihanraya untuk menumbangkan UMNO-BN , jangan saja main tipu pilihanraya sebab SPR makan gaji di kerajaan ini awas-awas , tidak mustahil apa taktik akan terjadi,kena hati-hati lah mengawasi semua ini.Kalau pihak PKR lalai dan leka tentang perkara ini sia-sia jua nak memerintah.Kecuali SPR betul-betul berkecuali dan menjadi badan bebas sebenar tak ikut campur dengan kerajaan ,ini ketara setiap pilihanraya tetap SPR menyebelahi kerajaan.Lebih baik cadangkan ada pihak pementauan dari PBB atau badan anatarabangsa.

    Reply

  6. 6 hidopPAKATANrakyat Mar 9th, 2010 at 5:37 pm

    Sahabah2 semua,

    Ya! memang benar tu! Jangan jadikan masuk politik untuk dapat habuan! Mana boleh dapat habuan! Kan itu duit rakyat jelata!!!!

    Itu yang saya nak syorkan pada Pakatan Rakyat supaya mereka yang menjawat jawatan politik di Pusat, Bahagian atau dicawangan, mereka ini semua dapat gaji dan allowance dan pabila bersara, eloklah adakan scheme pencen.

    Kalau susah jugak, tak payahlah ada gaji ini semua. Memadailah ada 2 television station untuk pemerintah dan satu lagi untuk parti Pembakang! Senang gitu, biar rakyat jelata duduk depan TV dan boleh mendengar hebahan dari kedua station ini. Dengan itu, rakyat sendiri boleh menilaikan pakatan mana yang bagus!

    Kalau susah jugak, adakan hanya satu station TV untuk propaganda Pemerintah. Memadailah parti2 Pembakang dibenarkan hebah perjuangan mereka didalam majalah keluaran parti masing2.

    Ini dinamakan benar2 FREEDOM OF SPEECH! Walaupon begitu, adalah jugak syarat2 yang ketat supaya jangan FREEDOM OF SPEECH disalahgunakan!

    Sekian wasalam…………

    Reply

  7. 7 hidopPAKATANrakyat Mar 11th, 2010 at 9:45 pm

    Tak faham saya kenapa sikit sangat komen didalam issue diatas.

    Pakatan Rakyat kena benar2 fikirkan bagaimana hendak betol2 hapuskan budaya cari makan dengan menyertai politik. Politik Wang dan terkejar2kan habuan politik wajar dan wajib di hapuskan sama sekali daripada menjadi budaya.

    Seelok2nya, Pakatan Rakyat wajar jadikan manisfesto penghapusan habuan politik dan gejala politik wang didalam PRU ke 13 akan datang.

    Sekain wasalam……….

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners