Archive for March 8th, 2010

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Prestasi Kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat sepanjang 2 tahun

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

Selangor:
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20 753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM 2.752 billion(40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di Negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.
Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010.Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

Pulau Pinang
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri(ketiga tertingi). Dasar CAT(daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan)menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan(surplus) sebanyak RM 88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM 35 juta(belanjawan 2008)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.
Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM 97 ribu per sekolah, RM 60 ribu kepada setiap sekolah cina dan RM 63 ribu kepada setiap sekolah tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM 11.3 juta

Kedah
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.

Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan. Sedangkan di bawah pentadbiran umno-bn, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.

Kelantan
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri. Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan. Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan. Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Akhbar
MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

8 Mac 2010

Pencabulan Hak Asasi Manusia Oleh BN

Pihak polis juga dipergunakan untuk menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Semua taktik kotor ini mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

Rakyat berhak berhimpun secara aman. Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara. Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu.

Di Malaysia hari ini pihak Polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini. Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah. Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara.

Oleh itu Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut. Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga kepada European Union Human Rights Council. Wakil-wakil Pakatan Rakyat akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini.

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden
PAS
YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum
PKR
YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP
(more…)

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang. (more…)

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Sambutan Ulangtahun Ke-2 Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

Tarikh: 9 Mac 2010(Selasa)
Masa: 8.30Mlm – 12.00 Mlm
Lokasi: Oakland Commerce Square,
Seremban,Negeri Sembilan

Penceramah:

 YB Look Siew Fook
Sdr. Hj.Zulkefly Omar
 YB Dato Kamarul Baharin
Dato Mustafa Ali
 Dato Seri Anwar Ibrahim

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Keputusan Mahkamah Persekutuan dikesalkan.

Hakim membaca berjela isu yang tidak berkaitan mengenai kuasa Perdana Menteri melantik dan menyingkir menteri; Raja Berperlembagaan bertindak “atas nasihat”. Perkara tersebut tidak pun dipertikai.

Yang dibangkitkan ialah berkaitan Perkara 43(5) bahawa perlantikan dan penyingkaran sah hanya dengan perkenan SPB YDP Agong. Dalam kes saya, ini tidak berlaku!

Dua isu timbul iaitu:

i) Keputusan Hakim sekadar memperkukuh kedudukan Perdana Menteri kerana keputusan hanyalah “mere formality”. Ini bercanggah dgn Perkara 43(5) dan meletakkan Perdana Menteri berkuasa mutlak mengenepikan YDP Agong.

ii) Tatkala saya dirawat di Munich, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Najihah berkenan menziarahi saya. Ketika itu, Almarhum memaklumkan saya dengan disaksikan oleh Tuanku Najihah dan Azizah bahawa Baginda tidak dimaklumkan mengenai pemecatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan hanya memberi perkenan pada minggu berikutnya!

Aneh sekali keputusan Hakim, berbeda pula dengan kes Perak – di mana Raja diberi kuasa mutlak.

ANWAR IBRAHIM

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

untuk video selanjutnya,sila klik http://www.youtube.com/view_play_list?p=721B14751149CD8D

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mencari habuan peribadi dan mereka yang mengimpikan sedemikian harus beralih ke Umno-Barisan Nasional dengan segera.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata gagasan itu tidak akan teragak-agak untuk memecat sesiapa yang mencabar dan menggugat idealism perjuangan rakyat yang dibawa bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS. (more…)

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Nazri Abdullah

Polis menyerbu ceramah sempena dua tahun kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan walaupun diadakan di tanah dan bangunan milik kerajaan negeri Selangor iaitu di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Akibat sebuan itu, tiga petugas Pakatan cedera, seorang cedera di tangan manakala dua lagi lebam pada muka, leher dan kepala. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

Anggota polis dan FRU bertindak menyerbu perhimpunan itu selepas Naib Presiden PKR, Azmin Ali memulakan ucapannya tidak sampai lima minit selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap sebelumnya.

“Bangunan ini, tanah ini bukan milik Umno, bukan milik Rosmah (isteri Perdana Menteri), tetapi milik kerajaan negeri Selangor atas nama menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim…” tegas Azmin disambut tepukan orang ramai. (more…)

8 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

PERUTUSAN KHAS 07 MAC 2010
Sempena Hari Wanita Sedunia

Saban tahun, masyarakat antarabangsa meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. Pada tahun ini, tema yang digagaskan adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan, didapati kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Tidak hairanlah jika tema Hari Wanita Sedunia tahun ini meminta kita semua merefleksi samada wanita diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan.

Selaku ahli Parlimen, tugasan di kawasan mendedahkan saya kepada wanita-wanita yang saban hari menempuh pelbagai cabaran besar. Wanita yang bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah. Di Lembah Pantai, saya mendapati kehidupan di tengah kota yang sarat dengan cabaran sementara taraf hidup yang meningkat turut menyebabkan wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian sehinggakan ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.

Kes penderaan serta kehilangan anak di pusat jagaan pastinya menambah kegusaran para ibu yang bekerja tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat sedemikian. Pada masa yang sama, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Hal ini menyebabkan kaum wanita bukan sahaja berdepan dengan cabaran sedia ada di tempat kerja dan rumah, bahkan dalam membuat keputusan terbaik untuk anak mereka.

Oleh kerana itulah, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan sesuai dengan kemampuan keluarga merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. Keperluan ini lebih-lebih lagi meruncing apabila mengingatkan kepada penderaan yang meragut nyawa adik-adik Syafia dan Haresvarra baru-baru ini.

Penyediaan pusat jagaan atau pendidikan awal kanak-kanak merupakan prasyarat ke arah memaksimakan bakat dan kemahiran wanita yang menyumbang kepada sektor ekonomi negara. Pelan tindakan mungkin ada – hanya pelaksanaanya belum meluas sehingga ke akar umbi lagi.

Justeru, sempena Hari Wanita 2010, marilah kita, tidak kira wanita ataupun lelaki membantu mereleasasikan pelaksanaan langkah-langkah yang membantu para ibu yang bekerjaya. Kerana dedikasi serta semangat jatidiri yang ditonjolkan bukan sahaja sebagai seorang ibu dan isteri, tetapi selaku pendukung aspirasi politik dan ekonomi negara. Saya turut berasa bangga dan meyokong penuh usaha serta hasrat gerakan wanita di Malaysia yang tidak pernah gentar dan mengalah dalam memperjuangkan kesaksamaan gender dan hak wanita di Malaysia. Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam merangka strategi ke arah mewujudkan dasar atau program yang dapat membantu wanita terutamanya ibu-ibu yang bekerja samada di kawasan saya mahupun seluruh negara.

Salam Hari Wanita!

Nurul Izzah Anwar & Raja Shahrir, Nur Safiyah dan Ahmad Harith
Kuala Lumpur