Dari Harakah
Oleh Hafiz Irwan
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil-wakil rakyat yang keluar parti sekadar meratib palsu bagi menghalalkan tindakan mereka.
Katanya, bermacam-macam alasan diberi mereka untuk meninggalkan parti kononnya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Namun ia hanyalah ratib palsu. Langsung tidak logik alasan mereka demi menjaga kepentingan agama dan bangsa tiba-tiba menyerahkan diri kepada Umno.
“Sedangkan Umno sebuah parti yang tidak pernah menjaga agama dan bangsa,” katanya pada kenyataan media di sini semalam.
Baru-baru ini tiga anggota parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayam Baru), Tan Tee Beng (Nibung Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti.
Manakala anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat kerana melanggar disiplin parti.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, wakil-wakil rakyat terbabit enggan meletak jawatan untuk bertanding semula dengan dengan kekuatan peribadi sendiri.
“Jika persoalan bertanding semula menjadi isu, ini bermakna pemimpin terbabit hanya memikirkan kepentingan diri dan bukannya kepentingan rakyat.
“Bimbang sangat jika tidak dapat bertanding. Jelas dan terang mereka hanya menjaga kepentingan diri. Syak saya dan juga orang lain semakin kuat, apatah lagi jika benar didorong oleh imbuhan berjuta-juta,” katanya.
Beliau juga berharap PKR tidak mudah berputus asa dengan perkembangan yang berlaku sekarang memandangkan parti itu masih lagi muda dalam gelanggang politik negara.
Menurutnya, PAS sewaktu zaman mudanya dulu juga diancam amalan lompat parti.
Beliau berkata, di Terengganu pernah PAS tersungkur kerana ada yang melompat parti.
“Di zaman Allahyarham Daud Samad dan Allahyarham Datuk Asri Muda, berlaku juga kes lompat parti. Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat seperti dahulu.
“Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dengan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.


















Assalamualaikum , saya amat bersetuju dengan Tuan Guru Naik Aziz bahawa tindakan ahli parlimen PKR keluar partin tu adalah dengan alasan yang remeh temeh sahaja. Mereka tiodak sanggup bertyahan dengan perjuangan parti , tamak dan inginkan jawatan tinggi yang sukar diberikan oleh kerajaan pakatan.
Reply
Don’t worry,the People know’s ! It is so obvious irrespective what reason they can give to leave PR….for religion la,for race la…or own pocket la…3 years old kids also know !
Dulu lain,sekarang lain…ingat semua orang bodoh ke ! A frog is still a frog…no matter what you call it !
Reply
MP Keluar Parti tp tkut kosongkan kerusi itu bacul namanya.aku yakin rakyat malaysia paham keadaan sebenar.hidup pr
Reply
Zaharin Mohamad Hasim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri adalah manusia yang paling Bodoh dan tak berakal, apa tidak nya perbuatan mereka umpama melondeh pakaian mereka dikhalayak ramai sehingga ternampak segalah-galanya… Katak-katak ini cuba memperbodokan rakyat dengan mencipta alasan-alasan yang tak masuk dek akal demi menghalalkan perbuatan terkutuk mereka… Ingat semua org bodoh ke nak terima alasan mereka ini… Zulkifli Noordin, ibarat bangkai yang disimpan didalam rumah semakin lama tersimpan semakin bau sehingga kita malahan jiran kita sendiri tak selesa dengan baunya jadi elokla dibuang ke tong sampah. tiada faedahnya menyimpan bangkai busuk seperti Zulkifli ini di dalam rumah…
Reply
Zaharin Mohamad Hasim, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzli Samsuri adalah manusia yang paling bodoh sekali, tak berakal dan bermaruah.. perbuatan mereka ibarat melondeh kesemuah pakaian mereka dikhalayak ramai sehingga ternampak segalah-galanya. Katak-katak ini cuba menipu dan membohongi rakyat dengan mencipta berbagai alasan yang tak masuk dek akal demi menghalalkan perbuatan terkutuk mereka.. ingatan mereka, kebanyakan rakyat mudah ditipu dan kesemuah orang bodoh dapat menerima alasan dan perbuatan terkutuk mereka ini. Mereka mengadaikan maruah harga diri, perjuangan dan kepercayaan rakyat kepada mereka demi memburuh darjat, harta, pangkat dan nama. Zulkifli Noordin, ibarat bangkai yang disimpan didalam rumah semakin lama tersimpan semakin kuat dan meloyakan baunya sehingga tuan rumah malahan jiran-jiran sebelah tak senang dan selesah dng baunya jadi elokla dibuang sehaja ke dalam tong sampah tiada faedahnya menyimpan bangkai seperti Zukkifli didalam rumah.
Reply
Pemimpin BACOL yg tidak mempunyai HARGA DIRI tidak pernah akan tahu bahawa mereka tidak BERMARUAH LANGSUNG d mata Rakyat/Pengundi…Rakyat/Pengundi Kawasan mereka masing2 akan membuat PENGADILAN pada PRU KE-13 nanti….Masanya akan PASTI DATANG dan nantikanlah hari2 itu, sama ada anda yg akan KECUNDANG atau d KECUNDANGKAN oleh Pengundi/Rakyat d kawasan anda….Pengundi/Rakyat d Kawasan PR (PKR) harap dapatlah memberikan JAWABAN pada masa MENGUNDI nanti….
Reply
amik contoh katak emas (kata dia lah…)YB IBRAHIM, waktu PRK Pengkalan Pasir, berapa sen ( undi) dia dapat????? masa jadi calon “PAYUNG” masa PRU plak, dia guna lambang “BULAT”, menang dia, sampai leh jadi MP…hinggakan nasib MELAYU PENANG pun nak bela……nasib MELAYU PASIR MAS penah dia kisah… kalau stakat bagi kereta (TOLAK)… jgn wat statement oarng PASIR MAS dah senang, dah boleh sekolahkan anak-anak….
jadi… orang2 PASIR MAS yang cerdik pun tahulah……KAMI BUKAN PILIH CALON… kami pilih parti…
kalau dapat MP yang haprak dan berspesis ‘KANGAROO’….macam YB-YB yang disebut….. jaga lah YB-YB sekelian… korangb dah khianat amanat rakyat….. ‘FIRAUN KECIK’ konon…… YB 2,… cermin dulu…….letak jawatan kalau berani… resign kalau dah nak lompat sangat
sapa yang lebih jaga islam…. GUAN ENG ke TEE KIAT…?
Reply