07
Mar
10

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor

JEMPUTAN MEDIA

Kepada Ketua Pengarang/Blogger,

Jemputan Ke:

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT SELANGOR
7 MAC, 9 PAGI – 6 PETANG, DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SSAAS, SHAH ALAM

Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Selain daripada menilai prestasi Pakatan Rakyat dalam melaksanakan janji-janji PRU ke-12 yang lalu, konvensyen ini akan fokus kepada strategi mengatasi pelbagai sekatan dan halangan daripada Kerajaan Pusat Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri agar hak dan kepentingan seluruh rakyat Selangor terjamin.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor.

Tayangan skrin besar akan disediakan di ruang lobi supaya orang awam dapat mengikuti ucapan dan perbahasan sepanjang konvenysen berlangsung.

Wartawan diminta untuk mendaftar diri dan menunjukkan “press tag” di kaunter pendaftaran media sebelum memasuki dewan pada 8 pagi – 9 pagi, 7 Mac. Bilik Media akan disediakan bagi menyenangkan tugasan wartawan.

Bagi pihak bloggers, sila mendaftar diri dengan pihak urusetia selewat-lewatnya 6 Mac dengan menghantar maklumat: nama penuh, url laman blog dan nombor telefon, ke konvensyen.pr.sgor@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Salam,

GINIE LIM
Penyelaras J/K Kecil Publisiti/Media
Sekretariat Pelaksana Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor


8 Responses to “Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor”


  1. 1 Aku Nih Mar 7th, 2010 at 9:03 am

    SALAM DSAI,

    PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS ATAS KETABAHAN DSAI MENGHADAPI CABARAN TERBARU BUAT PAKATAN, DMANA TIGA ORG MP TELAH PUN BERTINDAK KELUAR PARTI DAN MENJADI CALON BEBAS.

    APA PUN, SAYA MENYERU AGARLAH JGN LAH KITA MENYALAHKAN MEREKA INI, KEARANA ADAKALANYA MEREKA DIASAK SEHINGGA TIDAK DAPAT MEMBUAT PERTIMBANGAN YG SEWAJARNYA LALU MENGAMBIL JALAN MUDAH DGN BERTNDAK KELUAR PARTI.

    PADA PANDANGAN SAYA, ADA BAIKNYA JUGA JIKA PIMPINAN TERTINGGI KEADILAN MENDEKATI KUMPULAN YG BERTINDAK KELUAR PARTI INI. PENDEKATAN BERHEMAH INI BUKAN SAHAJA AKAN ‘MENYEJUKKAN’ HATI MEREKA (3 MP 4 ADUN) MALAH AKAN MEMBOLEHKAN MEREKA MELUAHKAN MASALAH SEBENAR YG DIHADAPI OLEH MEREKA , KHUSUSNYA TTG ISU2 DI KAWASAN MEREKA, RASA TIDAK PUAS HATI DGN MENTERI BESAR DBSNYA.

    SAYA BERPENDAPAT PENDEKATAN DIA ATAS ADALAH JAUH LAGI BERKESAN DARI KITA MENGGESA RAKYAT DAN MEDIA PAKATAN UTK TERUS MENYALAHKAN MEREKA.

    NAMUN BEGITU, DI SEBALIK PERMASALAHN INI, SAYA TERHARU DGN KETABAHAN PARA MP DAN ADUN PAS YG SUKAR UTK KITA LIHAT MEREKA INI BEREBUT TTG TENDER, KONTRAK DSBNYA. INI MEMBUKTIKAN AKAN KEIKHLASAN MEREKA YG MENYERTAI POLITIK SEMATA 2 UTK MENEGAKKAN PANJI2 ISLAM DI SAMPING MEMBERI TUMPUAN TERHADAP ISU MASYARAKAT SETEMPAT. KITA AKUI WANG MMG PENTING UTK MEMENUHI KEPERLUAN ASAS SESEORANG INDIVIDU. NAMUN DLM HAL INI SAYA MELIHAT PAS TELAH BERJAYA MENUNJUKKAN CONTOH YANG PATUT DIIKUTI ADUN & MP KEADLIAN DAN DAP, TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA.

    DALAM PADA ITU, SAYA TERKEJUT APABILA TERBACA DI MEDIA TTG KENYATAAN YG DILUAHKAN OLEH SALAH SEORANG MP YG BERTINDAK KELUAR KEADILAN. KATANYA LEBIH KURANG BEGINI, ‘THE PARTY’S INTEREST MUST BALANCE WITH MY PERSONAL INTEREST (KALAU TAK SILAP SAYA)’. DAN DISEBABKAN PRINSIP INI TELAH GAGAL DIPENUHI, MAKA DIA PUN KELUAR PATI DAN MENJADI MP BEBAS. INGIN SAYA BERTANYA KEPADA MP INI, APAKAH KERANA PERSONAL INTEREST KAMU (YG SEORANG) – KAMU SANGGUP MENIDAKKAN HARAPAN DAN EKSPEKTASI BERIBU2 PENGUNDI YG MEMENANGKAN KAMU KETIKA PILIHANRAYA 2008?

    TEPUK DADA TANYALAH SELERA…

    LAWAN TETAP…. LAWANNN!!!!!!!

    SEKIAN, WASSALAM.

    Reply

  2. 2 Shatter Mar 7th, 2010 at 1:15 pm

    Isu beli wakil rakyat

    Ada ahli UMNO yang nafi, dan Hishamudin kata PR main wayang. Sebenarnya, betul lah kata beliau. Tapi dari segi apa? ya memang tak DIBAYAR secara TERUS, tapi lepas saja masuk UMNO hidup mereka ni ditaja. Dapat macam-macam keistimewaan.

    Jadi sama atau tidak? Hishamuddin kata mereka ( UMNO ) tak beli. tapi tu apa? masuk UMNO dapat habuan dan laba besar tu apa benda? bukan duit ka? atau pasir?

    Reply

  3. 3 Shatter Mar 7th, 2010 at 1:19 pm

    DSAI,

    you must explain to them. Each of them what is the fight for, make them know the truth. If not more things like this would follow.

    Reply

  4. 4 ZIK Mar 7th, 2010 at 5:00 pm

    DS,

    Setelah DS telah ambil ahli Parlimen Nibong Tebal, saya nak cadangkan beberapa perkara utk pertimbangan DS..

    1. Gerak kerja turun kampung oleh DS, ADUN mahupun KM melawat kampung2 orang Melayu terutamanya Sungai Acheh dan Sg Bakau di lakukan dengan kadar berkala atau mengikut kesusaian..
    2.Aktiviti menarik kaum2 muda menyertai PAKATAN ditingakatkan dengan anjuran pelbagai aktiviti santai dan bersifat kesukanan dilaksanakan..
    3.Menubuhkan unit2 penerangan berkelompok disetiap DUN Nibong Tebal utk digerakkan oleh PAKATAN apabila UMNO menyerang dengan isu2 Melayu…sebagai cth tidak perlu tunggu ceramah2 besar utk wat penerangan..cukup sekadar dengan penyebaran pamplet fakta2 melawan hujah2 UMNO..malah Ketua2 Cabang boleh mengadakan ceramah penerangan berkelompok dari masa ke semasa..
    4.Aktiviti membantu rakyat dipergiatkan..cadangan saya yg lama saya lontarkan..menubuhkan koperasi kampung dibawah kelolaan JKKKK secepat mungkin..antara aktiviti ekonomi mudah boleh dimanfaatkan..”RECYCLE” penduduk2 kampung boleh menjual barang2 terpakai plastik atau sebagainya utk pulangan wang..Hasil dari penjualan barang2 terpakai ke Recycle center boleh digunakan koperasi atau JKKK utk membantu rakyat kawasan DUN yg memerlukan..
    5.Menawarkan khidmat pengiklanan mudah dengan menaikkan bilboard kecil dibawah kelolaan JKKK, para pengiklan tidak perlu mendapat kebenaran MPSP utk mengiklankan produk mereka kerana pihak JKKK akan mendapatkan kebenaran di pihak peniaga2 kampung..maka banner2 yg bertaburan di sekeliling kampung dapat dipusatkan di kawasan strategik2 kampung dan dgn ini serba sedikit dapat membantu para2 peniaga di kawasan kampung..
    b.Tubuhkan kelas2 tuisyen di rumah2 ahli atau di balai rakyat dengan dibimbing oleh ahli PAKATAN yg berpengalaman spt cikgu atau pensyarah..kadar yuran subjek harap tidak membebankan

    Harap bukan saja di Nibong Tebal malah diseluruh negeri Pulau Pinang..DS perlu set targat semua DUN2 dibawah UMNO wajib ditawan oleh PAKATAN..kerana ini negeri DS…jadi mahu tak mau..kekuatan mesti setaraf dengan kekuatan PAS di Kelantan!

    Bagi PAKATAN di peringkat Federal..saya harap DS boleh aplikasikan strategi “HO CHI MINH TRAIL” dalam menyerang balas UMNO..PAKATAN tidak boleh defensive di tahun2 menjelang PRU13..especially SARAWAK..harap episod Bagan Pinang boleh diambil pengajaran!

    Oh Ya: Terima Kasih byk2 kerana pecat Zulkifli Noordin..saya rasa macam sambut Hari Raya semalam..seronoknya!

    Wasalam

    Reply

  5. 5 gajah pahat Mar 7th, 2010 at 8:36 pm

    konvensyen tu konvensyen juga, yang penting perjuangan membela rakyat perlu diteruskan dan strategi kukuh mesti dibuat untuk memastikan PR berjaya untuk mencapai matlamat perjuangan.

    Zul Nordin telah di pecat, ini adalah langkah yang berani, beliau boleh berjuang dalam UMNO untuk meneruskan wawasannya, setidak-tidaknya UMNO boleh memberikan kerjasama mereka untuk memberikan Zul Nordin ruang yang besar bagi menegakkan perjuangan beliau. Cuma kita akan merasa sedih jika beliau hanya dijadikan alat oleh pihak umno untuk kepentingan mereka.

    mari kita lihat bagaimana Parti Komunis Indonesia meresapkan pengaruhnya di dalam Sarekat Islam melalui Tan Malaka, Darsono.

    PR kini bertambaha kukuh, dan mari kita bersama-sama membawa kejayaan kepada PR.

    Reply

  6. 6 tiangapi Mar 7th, 2010 at 9:10 pm

    Pendirian Zul Kulim patut dihormati kerana dia memperjuangkan islam,sebagai orang islam aku bangga masih ada orang islam dalam PKR yang seberani dan selantang Zul walaupun diasak.

    Kerana berbeza pendapat kita mahu membuang bangsa yang bercakap atas kebenaran islam,dimanakah demokrasi yang dilaung2kan oleh PKR?.

    Reply

    Shatter Reply:

    Bukan tu yang jadi isunya, sekarang ni yang kami marah pada dia ZUL sebab dia SERANG PR DALAM TV3!!!!!!

    Jumpa mamak UMNO!!!! secara senyap!! buat apa?

    Reply

  7. 7 Anak Malaysia Mar 9th, 2010 at 3:43 am

    Zul kulim adalah sampah yang menyampah

    Reply

Leave a Reply