Archive for March 7th, 2010

7 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Sdr/i

Adalah dimaklumkan esok 8hb Mac 2010 akan ada sidang media khas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Sidang media tersebut akan dihadiri YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas; YB Salahudin Ayob. Sidang media ini juga bersempena ulangtahun kedua pentadbiran Pakatan Rakyat. Berikut adalah butiran sidang media tersebut:

Tarikh: Hari Isnin, 08 Mac 2010
Masa: 12 tengahari
Tempat: Ibu pejabat PKR, Merchant Square, Tropicana.

Semua dijemput hadir.

Sekretariat Pakatan Rakyat

7 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Dua tahun Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaksikan telah banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat dilancarkan.

Antaranya agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan pakej rangsangan ekonomi yang berjaya menarik pelabur sekaligus mencatatkan pelaburan tertinggi di semenanjung tanahair bagi tahun 2009.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata demikian semasa sesi pembentangan dan perbahasan kertas eksekutif pada Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor pagi tadi.

Beliau berkata kerajaan negeri lebih menumpukan usaha mengajar rakyat menjana pendapatan sendiri berbanding memberikan terus bantuan sehingga rakyat tidak mampu berdikari dan hanya mengharapkan belas ehsan untuk meneruskan kelangsungan hidup. (more…)

7 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah
Oleh Hafiz Irwan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil-wakil rakyat yang keluar parti sekadar meratib palsu bagi menghalalkan tindakan mereka.

Katanya, bermacam-macam alasan diberi mereka untuk meninggalkan parti kononnya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Namun ia hanyalah ratib palsu. Langsung tidak logik alasan mereka demi menjaga kepentingan agama dan bangsa tiba-tiba menyerahkan diri kepada Umno.

“Sedangkan Umno sebuah parti yang tidak pernah menjaga agama dan bangsa,” katanya pada kenyataan media di sini semalam. (more…)

7 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke 2
Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor

8 Mac 2010 (Isnin)

8.00 – 12.00 Malam

Stadium Malawati, Syah Alam, Selangor

Syarahan Oleh:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YB Dato Dr Hassan Ali
4) YB Teresa Kok Suh Shim
5) YB Mohamad Azmin Mohamad Ali

7 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

JEMPUTAN MEDIA

Kepada Ketua Pengarang/Blogger,

Jemputan Ke:

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT SELANGOR
7 MAC, 9 PAGI – 6 PETANG, DEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SSAAS, SHAH ALAM

Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Selain daripada menilai prestasi Pakatan Rakyat dalam melaksanakan janji-janji PRU ke-12 yang lalu, konvensyen ini akan fokus kepada strategi mengatasi pelbagai sekatan dan halangan daripada Kerajaan Pusat Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri agar hak dan kepentingan seluruh rakyat Selangor terjamin.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor.

Tayangan skrin besar akan disediakan di ruang lobi supaya orang awam dapat mengikuti ucapan dan perbahasan sepanjang konvenysen berlangsung.

Wartawan diminta untuk mendaftar diri dan menunjukkan “press tag” di kaunter pendaftaran media sebelum memasuki dewan pada 8 pagi – 9 pagi, 7 Mac. Bilik Media akan disediakan bagi menyenangkan tugasan wartawan.

Bagi pihak bloggers, sila mendaftar diri dengan pihak urusetia selewat-lewatnya 6 Mac dengan menghantar maklumat: nama penuh, url laman blog dan nombor telefon, ke konvensyen.pr.sgor@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Salam,

GINIE LIM
Penyelaras J/K Kecil Publisiti/Media
Sekretariat Pelaksana Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor