05
Mar
10

Khairy Politikus Lucu dan Dangkal

Kuala Lumpur – Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kedudukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang adalah satu kenyataan yang lucu dan dangkal.

Khairy berhujah bahawa pengekalan Dato’ Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kalau Khairy dulunya membantah “campurtangan asing” MP Australia yang mendesak pertuduhan ke atas Dato’ Seri Anwar digugurkan, apa hak Khairy untuk membantah muafakat PR untuk Dato’ Seri Anwar terus kekal mengepalai PR di Dewan Rakyat?

Khairy menyatakan bahawa tindakan PAS dan DAP yang masih memberi kepercayaan kepada Anwar adalah agak luar biasa kerana bilangan anggota Parlimen dari DAP melebihi PKR kini. Khairy mungkin buta sejarah, kerana sejarah Dewan Rakyat pasca merdeka pernah menyaksikan Almarhum Dato’ Onn Jaafar, perwakilan tunggal Parti Negara di Parlimen pada tahun 1959 dilantik menjadi Ketua Pembangkang meskipun pada ketika itu blok pembangkang didominasi oleh Pas dan Socialist Front. Memimpin PR memerlukan karisma dan kualiti kepimpinan yang fleksibel, dan ini jelas terbukti ada pada Dato’ Seri Anwar pada masa kini dan dipersetujui oleh PAS dan DAP khususnya.

Tidak timbul isu,sebagaimana didakwa Khairy, bahawa PR hanya bergantung kepada Dato’ Seri Anwar tanpa sebarang pelan penggantian. Ini kerana PR tidak mengamalkan pelan penggantian individu yang hanya ditentukan oleh pihak-pihak tertentu sebagaimana Umno. Sebaliknya segala keputusan mengenai hala tuju kepimpinan PR akan bergantung kepada Konvensyen setiap parti komponen dan juga Konvensyen PR sendiri di masa akan datang.

Ini berbeza dengan Umno, pengganti Presiden Umno misalnya, diputuskan oleh penyandang Presiden terdahulu tanpa sebarang proses demokrasi, dan perwakilan Umno dalam Pemilihan Umno hanya menjadi rubberstamp untuk mengesahkan ‘pilihan hati’ penyandang meskipun pilihan itu boleh dipertikaikan kredibilitinya.

AIC berpendapat, adalah wajar bagi Khairy untuk memperkemaskan gerak kerja dan kedudukan beliau di dalam Pergerakan Pemuda Umno, daripada terus mengekori  jejak yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar dan PR umumnya.

Jika Khairy merasakan bahawa Dato’ Seri Anwar mendatangkan masalah, AIC sepenuhnya bersetuju bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar sememangnya mendatangkan masalah, bukan kepada PR, tetapi kepada sistem korup dan perlaksanaan zalim kerajaan Umno-BN sehingga menyebabkan setiap inci jejak dan langkah yang diambil Dato’ Seri Anwar bisa mendatangkan racau terhadap kepimpinan Umno-BN.

Muhammad Shukri Md. Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)
http://www.anwaribrahimclub.com


20 Responses to “Khairy Politikus Lucu dan Dangkal”


  1. 1 radin ikhwan Mar 5th, 2010 at 3:13 pm

    adalah tepat kenyataan diatas dr pihak AIC.apalah punya khairi ketua pemuda umno mcm gitu gayanya mana tak lingkup umno nanti dikerjakan mereka dlm masa yang sama lega juga rasa hati kerna yg memimpin pemuda umno dan org2 umno khasnya adalah dr golongan org2 sebegini,nak bercakap tak tengok fakta dan tak selak buku sejarah kepartian di malayasia,belajar kat oxford plak tu.org mcm gini yg pimpin pemuda umno alamat makin cepat lah kapal umno nak karam.org umno klu nak pegi perang laut tak blh pakai,udara tak leh pakai ni atas daratpun tak leh pakai jugak,panglima khairi nak pakai letak barisan dpn?alamatnya hancur lenyaplah umno di bumi malaysia ni nnti yg tinggal hanya lipatan buku teks sejarah sekolah rendah pemimpin yg tak guna langsung.tajuk buku plak “panglima khairi dari oxford rebah di medan tempur”

    Reply

  2. 2 keklapis Mar 5th, 2010 at 3:55 pm

    eh kenapalah ketua pemuda yg ta bermaya ni busybody sangat na mengekori DSA. jelouslah tu. dulu saat bebesnya je DSAsiapa yg uruskan pasport?agaknya ta dapat yg diidamkan jadilah tukang…….

    Reply

  3. 3 Kabinet Dapur Mar 5th, 2010 at 4:20 pm

    Lucu jugak bila tiada post dalam kabinet sebaliknya yang kalah ada post dalam kabinet.

    Kebarangkalian keberkatan punca sumber rezeki yang diperolehi menyebabkan hati dan pemikiran digelapkan oleh Allah SWT untuk membezakan hak dan batil.

    Begitulah kesannya apabila politik dan Islam itu dipisahkan semata-mata untuk memenuhi nafsu.

    Reply

  4. 4 Devan Mar 5th, 2010 at 4:43 pm

    Kesian si KJ ni !!
    Dulu ada Bapa mertua jadi PM..habis di bolot harta dan duit banyak.
    Sekarang dah jadi tong kosong ! Orang UMNO pun tak nak dia masuk cabinet.!!!
    Mamak Tua tu nak Mukhriz jadi PM,dia tak nak KJ jadi timbalan menteri .
    Bila di sejarah UMNo ada seorang Ketua Pemuda UMNO tidak dapay apa apa jawatan dalam kabinet???
    Kesian…dia menang di Rembau pun dengan undi Pos dan undi hantu. Kena recount sampai 5 kali dan tiba tiba majoriti dia tambah jadi 5000 ribu lebih !!!!!
    Ha…orang rasuah macam ini tidak layak dipanggil ketua . Kalau dia ada prinsip, dia harus letak jawatan bila bil dia di tuduh ambil rasuah oleh UMNO sendiri.
    Moral pun tak ada…nak ada hubungan sulit dengan Maya Karin !!!!
    PHUI…Phui

    Reply

  5. 5 -thethinker- Mar 5th, 2010 at 4:56 pm

    KJ patut persoalkan , mengapa dia tidak dilantik sbg menteri/timb menteri atas kapasiti dia sbg Ketua Pemuda UMNO ?? tapi yg dilantik timb ketua pemuda.. Jawab .. Jawab..

    Reply

  6. 6 maw Mar 5th, 2010 at 5:10 pm

    KJ,ketua jantan umno ni masih lagi bertatih dalam urusaniaga politiknya.Kalaulah dia bijak,pasti hari ini beliau telah pun berjawatan menteri dalam kabinet tok jib.Adakah kabinet australia sebegitu dangkal meletakan negara mereka terdedah pelbagai risiko demi untok menungkil sokongan padu pada DSAI khasnya dan malaysia umumnya?.Makchik dan pakchik dirembau pun ingin tahu kenapa agaknya KJ yang begitu hebat lulusan oxpard masih tidak tergapai jawatan yang sewajibnya menjadi hak KJ.Adakah KJ hanya layak memegang sepandok sebagai ketua jantan bn/umno sahaja dan janganlah berdemonstrasi itu bukan budaya umno.

    Reply

  7. 7 ksahirin Mar 5th, 2010 at 6:34 pm

    kah..kah…kah…. KJ buat lawaklah…. dia sendiri terpalit dengan rasuah, lantaran jadi kepala kepada Pemuda UMNO, hasilnya…. tak bermaya pemuda di bawah pimpinannya…. Ada hati mau komplen seorang pemimpin yang berkarisma seperti DSAI….. Dulu KJ kata, Najib suruh dia perkuatkan dulu pemuda, la ni ada kuat sudah kah…..???? Saja dia mau tunjuk lagak aje…. he..he…he…

    Reply

  8. 8 dulukini Mar 5th, 2010 at 7:12 pm

    begitulah sebenarnya cara orang UMNO berfikir apabila bercakap.
    kebanyakannya menggunakan kepala lutut dan bukannya kepala hotak dia.

    huh..sudahlah khairi.

    Reply

  9. 9 ajc Mar 5th, 2010 at 7:16 pm

    Saya bertanya-tanya, siapakah Khairi kalau bekas PM Abdullah bukan bapak mertuanya.
    Nak kata dia begok pun tak boleh, sebab dia pintar guna kabelnya untuk memasuhkan Tingkat Empat. Janganlah banyak omong kau, Mahatir pun belum siap dengan kau.

    Reply

  10. 10 Boring Mar 5th, 2010 at 7:22 pm

    Jangan mai mai…nanti dia nak jadi PM umur 40

    Reply

  11. 11 Booman Mar 5th, 2010 at 8:11 pm

    Khairy tu pemuda umno@um-NGOK sendiri pun tunggu peluang singkirkan dia…kahkahkah

    Reply

  12. 12 haji mokhtar Mar 5th, 2010 at 9:07 pm

    khairy, tak usah bagi pandangan..pandang aje diri sendiri,
    hidung tak mancung
    pipi tersorong sorong
    naib pemuda timbalan menteri
    awak sendiri keras melopong…cuba la ada sifat malu pada diri sendiri.
    dah parti sendiri pun tak iktiraf awak sebagai ketua..tak pandai pandai lagi,angkat kaki lambung

    Reply

  13. 13 khalib Mar 5th, 2010 at 9:10 pm

    Kenapa tidak, Bukankah kehadziran DSAI di Parliamen sudah cukup menggerunkan mereka. Bahkan kelahiran beliau sebagai pejuang ulung, yang menjadi tali ikatan perpaduan rakyat Malaysia berbagai kaum dan keturunan, keberanian, kepintaran dan kesungguhan beliau mempertahankan hak dan keadilan untuk rakyat, di lihat sebagai luar biasa, sudah pasti menggugat kedudukan mereka.

    Reply

  14. 14 Nasir Khan Mar 5th, 2010 at 10:12 pm

    I’ve been wondering all along how this ketua pemuda umno got his Oxford qualification. Beli kot?

    Reply

  15. 15 win win malaysians Mar 5th, 2010 at 10:25 pm

    Straightly corek3 si celeng ni jelous tenggok PR berjaya dihati rakyat dan ahli2nya,bukan mcm Khairy dulu semasa pemilihan pemuda hanya main rasuah saja dia dpt diatas,kesalahannya dimata ahli2 umno amat menyakitkan hati,hanya ahli2 dan kroni yg dangkal saja sujut pada jin celengni oleh kerana duit yg kuasa,dihati ahli2 pemuda yg lain khairy hanya sekeping dinding penghalang parti umno utk maju setapak dan dipercayai rakyat,jenis ketua begini hanya membuang masa,apa bakti ketua ini dalam pemuda,jawatan tak ada tak malukah nyata ahli2 umno kesihan jasa bapanya dan pak mentua,kalau dia hanya org biasa sampai pencenlah korek najis,umno adalah parti bersambung2 keturunan dan tak bagi cann pada pemimpin biasa,itulah pak Rais kerja kepala atas bawah,semata2 nakkan 1malaysia diterima rakyat jgn jgn mimpi nak jadi TPM,sia-sia aje,pencaturan pemimpin tertinggi telah disusun dan dimonopolikan hanya utk kerabat durhaka sahaja…..Rakyat yg dipedalaman tu cuba renung2kan drama mereka(umno) kamu hanya diperalatkan mereka saja,cerita sorong tarik ini telah dicipta oleh pemimpin tertinggi umno sejak zaman british lagi…

    Reply

  16. 16 joe Mar 5th, 2010 at 11:29 pm

    kj balik rembau la jaga kawasan sendiri buat apa sibuk hal orang yang remeh temeh pun nak komen.kalau betul anak jantan ketua pemuda umno sahut cabaran debat dengan pemuda pakatan pulau pinang.nak harap najib jwb lagi kuat gagap kot.kalau dalam tv bercakap mcm aku la rajaaaa

    Reply

  17. 17 Rakyat biasa Mar 6th, 2010 at 3:21 am

    Tak payah lah Khairi nak sibuk-sibuk pasal DSAI ketua pembangkang ..urus dulu pemuda kamu …dan urus dulu kedudukan kamu yang menanti masa saja nak kena ganti oleh pucok pimpinan UMNO ini yang harus saudara Khairi perjuangkan ..bukan nak jaga tepi kain orang..kalau DSAI bermasalah dianatara PR itu urusan mereka untuk menyelesaikan dalam rumah mereka sendiri napa nak sibuk-sibuk ,sebenarnya bukan DSAi bermasalah dengan PR sebenarnya yang bermasalah dan takut kepada kepimpinan DSAI ialah BN dan UMNO itu sendiri,sebab itu buat tuduhan itu dan ini kepada DSAI,kalau tak takut bayangkanlah dimana-mana DSAi pergi buat ceramah mesti dibanjiri oleh kedatangan pengitkutnya padahal DSAI bukan ada kuasa seperti perdana menteri boleh sain projek untuk diluluskan,dan yang hadir itu bukan di bayar tambang dan elaun jika dibanding dengan kehadiran PM kemana-mana tempat terpaksa kerah semua UMNO bahagian dan di sediakan kenderaan dan dibayar tambang dan elaun makan itu pun kehadiran tak seberapa ..kenapa jadi begini? perkara ini yang sepatutnya semua Pemimpin UMNO buat analisis terutama sekali saudara Khairi harus cari jalan untuk menyelamatkan keadaan …kalau begini lah kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia memang hancur ..kepimpinan pemuda .sepatut dia jadi hero untuk UMNO..sebagai sayap kanan….ini nak jadi hero bussy body parti orang…alah sayang kelulusan tinggi di Oxford kalau jadi begini , jangan perlekeh kan kewibawan DSAI dia memang ada karisma jika di banding dengan saudara Khairi…kamu punya politik masih berhingus jika dibanding dengan DSAI..apa lagi dia Khairi sedangkan PM Dato Seri Najib pun dulu semua anak didik beliau atau anak murid semua nya dulu..bengang lah lu..macam tak tau berpolitik patutlah UMNO ini semakin merosot pengaruhnya..hanya bersandarkan media sebagai alat mereka memutarbelitkan kenyataan dan kelemahan mereka..tiada ada jalan hanya asyik nak membeli wakil rakyat pembangkang saja…untuk mendapatkan kuasa ,,hujung2 habis duit Negara ..itu lah sebabnya sekarang semua peruntukan jabatan-jabatan dan agensinya semua peruntukan di tahun-tahun lalu kena diturunkan pada tahun ini hingga separuh 50% mengapa sebab duit Negara sudah banyak pakai beli kadam-kadam rakyat yang macam katak….mengkhianati suara rakyat demi kepentinagan peribadi mereka.Cakap bukan main billion2 bajet itu dan ini nah last2 potong itu potong ini,kenapa tak elaun menteri dan YB2 UMNO di potong elaun baru adil..berani buat kah tidak? Pernah dulu T Mahatir lakukan.Kata lagi ekonomi pulih ,itu pada kertas ,realitinya memang merosot …budak tadika boleh lah di maklumkan begitu ,,tetapi rakyat yang celik pandai sudah tau menilainya.

    Reply

    F1 D.Bulan Reply:

    Memang betul kata2 rakyatni,hanya kj dok sibuk main picit2 kuasa,ini bukan org umno yg kau nak rembat sembarangan,dr apa yg realitinya kj bukanlah pemimpin sokongan umno dan rakyat rembau,nasibnya baik di hormat oleh umno hanya kerana duitnya,budakni sememangnya kaki xcion saja,org tua boleh lihat dr gerek dan bahasa celupnya budakni memang sah kalau memimpin alamat hancur umno belum lagi malaysia….kesesuaian kj hanya boleh jadi direct sale kopi dudaje…

    Reply

  18. 18 MALAYREGIMEN Mar 6th, 2010 at 6:25 pm

    KJ…pi la hujah kat bos hg najib..pasai apa hg tadak jawatan..ketua pemuda konon!! POODA tambei..!yenna soringge..PATIOK..cakap saja pandai..dalam apa pun tarak..busuk punya orang..

    Reply

  19. 19 NIBONG TEBAL GUY Mar 9th, 2010 at 10:37 am

    HELLO KJ! APA JADI PADA U? FIRST TIME IN THE HISTORY OF UMNO/MALAYSIA KETUA PEMUDA UMNO IS JOBLESS. THICK SKIN!! YOU STUDIED IN OXFORD AND YOUR BRAIN IS NOT WANTED BY NAJIB. SURPRISING ISN’T IT?

    YOU HAVE BEEN DUMPED INTO THE WILDERNESS BY DR. M & NAJIB. LATE TUN RAZAK GAVE ‘LIFE’ TO DR. M WHEN DR. M WAS BROUGHT BACK TO UMNO BY TUN, SO DEFINITELY NAJIB WILL LISTEN TO HIS GURU. THEY ALL KNOW YOU ARE NOT FIT FOR ANY POST. BEST FOR YOU TO SHUT UP AND LEAVE UMNO AND GET A NEW PARTY LAH! WE IN PKR WON’T WANT YOU EITHER!!!

    DON’T THINK YOU ARE BIG. YOU ARE THERE BECAUSE YOU HAPPENED TO BE THE SON-IN-LAW OF TUN ABDULLAH BADAWI AND NOT AS KAHIRY. PLEASE REMEMBER THAT. YOUR LIFE IS ATTACHED TO SO AND SO NOT OTHERWISE. HE! HE! HE!

    Reply

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
40 seconds ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
10 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
13 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners