05
Mar
10

Bukan Soal Pendirian Kalimah Allah

Dari TV Selangor
Oleh Fazallah Pit

Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.

Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin.

Panel Lembaga Disiplin itu terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman selaku Pengerusi Lembaga, Chew Swee Yoke, Goh Keat Peng dan P Kumar.

“Zulkifli dihadapkan ke lembaga displin bukan kerana pendiriannya dalam isu kalimah Allah, sebaliknya kerana tindakannya membuat laporan polisnya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pada 23 Januari lalu, Zulkifli memfailkan laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad selepas pemimpin Pas itu berkata Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 perlu dikemas kini mengikut peredaran semasa.

Sebelum ini, perbalahana Zulkifli dan Khalid sekitar isu kalimah Allah dalam blog dan sidang media masing-masing berpanjangan hingga kesempatan itu diambil media arus perdana untuk memutar belit fakta.

“Parti menghormati perbezaan pendapat. Parti mempunyai pendirian dalam isu kalimah Allah, dan kebetulan pendirian Zulkifli h berbeza dari parti tetapi parti tidak bertindak.

“Akan tetapi, kerana beliau menyerang parti rakan (dengan membuat laporan polis terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan), Zulkifli disiasat,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli pada sidang media selepas meninggalkan sidang lembaga disiplin di ibu pejabat PKR di sini, turut enggan mengiktiraf lembaga disiplin berkenaan.

Mengulas hal itu, Saifuddin, Ahli Parlimen M achang menyifatkan tindakan Zulkifli meninggalkan sidang berkenaan sebagai tidak menghormati Lembaga Displin sebagai salah satu institusi penting PKR.


32 Responses to “Bukan Soal Pendirian Kalimah Allah”


  1. 1 smy Mar 5th, 2010 at 2:52 pm

    kepada DSAI, apa sebenarnya yang si polan tu nak sebenarnya? macam budak budak lah, nanti orang luar tengok, budak macam ni pun kita tak boleh nak jaga…kan.

    Reply

  2. 2 radin ikhwan Mar 5th, 2010 at 2:55 pm

    siapa dia zulkifli nordin itu?????dia nak tunjuk sangat keangkuhan dia yang sanggup bersekongkol dgn umno????harap2 parti boleh tunjukkan dia jalan keluar.buat apa nak simpan org yg tak pandai menghormati org lain…

    Reply

  3. 3 maw Mar 5th, 2010 at 5:50 pm

    YB zulkifli,seorang yang berkelulusan tinggi dan dilantik oleh rakyat yang kebanyakan mereka terdiri dari hamba biasa dan sekolah pun tak sejauh manapun.Janganlah YB bersikap dingin terhadap permasaalahan yang dihadapi.Terbukti pada rakyat YB tidak langsong peka dan menghormati majlis yang diadakan.Adakah kes saman[tidak kena mengena dgn kalimah allah] ini akan didengar oleh hakim yang islam?.Kalaulah hakim itu islam adakah hakim itu akan berhujah dan memberi keadilan berlandaskan tuntutan islam didalam erti kata alquran?.YB,rakyat melihat mendengar dan memantau setiap wakil yang diberi amanat untok membela nasib rakyat.Rakyat tidak lagi berminat dengan wakil yang hanya beromong kosong saja.Jika YB masih berwawasan ketuanan melayu yang pasti melayulah hamba pada tuan itu.Jika YB inginkan hakim yang islam,yb lihatlah sendiri bolehkah YB ISLAMKAN JUDICIAL SYSTEM 1MALAYSIA?.YB hentikanlah retorik yang memualkan rakyat.

    Reply

  4. 4 klik Mar 5th, 2010 at 7:07 pm

    he is hoping the disciplinary board will recuse itself and an all islamic panel be set up for him. then he will boast to the nation he’s got the party by its balls.

    i can’t imagine this perverted trouble maker’s mentality. he is only testing the patience of the party in his own selfish position to lure a higher buy over price tag from umno. if no offer comes from umno, he cannot resign from the party because he loses everything if he does. and he knows full well that pkr will never field him as a candidate anymore at the next elections. like i say he’s got nothing left. in fact if i had the chance, i would sack him from the party before umno makes any offer. that way i make sure he has absolutely nothing for all the trouble he has caused. sack him, please do it.

    Reply

  5. 5 ensulit langit Mar 5th, 2010 at 7:29 pm

    PKR perlu ambil tindakan tegas terhadap YB Zulkifli.Beliau adalah liabiliti dalam parti dan sangat takbur.Kehilangan beliau dalam PKR tidak perlu dirisaukan kerana bagi generasi muda, YB Zulkifli adalah beban/arsenik kepada Kepimpinan Pusat PKR.TQ

    Reply

  6. 6 ajc Mar 5th, 2010 at 7:45 pm

    May Allah forgive me, but just sack the bloody bastard. The thing I’m most piss off with him is he always use Allah to justify his doing. And what’s wrong with non-muslim sitting on the disciplin board. Didn’t zul win his seat with some chinese and indians support also.Don’t take the rakyat as morons zul, we have seen thru you a long time ago. Just go, or is the final figure not confirm yet.

    Reply

  7. 7 zukry Mar 5th, 2010 at 9:03 pm

    Salam semua……
    Harussani juga berkata:(utusan malaysia)

    “…Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir”.

    Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno “sayang kepada kafir maka kafir”(yang dah lama dah berlaku persenyawaan)? Harap para ustaz2, ulamak2, para prof yg berkaitan dpt memberi hujah2 yg bernas balik kepada mufti perak yg dipukau oleh umno.

    Reply

  8. 8 khalib Mar 5th, 2010 at 9:31 pm

    Tindakan beliau akhir ini merosakkan kepribadian sendiri. Untuk kebaikan semua pihak elok beliau meninggalkan arena politik dan memilih untuk menganggotai mana-mana Pergerakan Islam Tabligh di Malaysia ini.

    Reply

  9. 9 haisara Mar 5th, 2010 at 10:17 pm

    Salam

    Si zul ini hanya cuba nak kaitkan semua isu kpd soal keimanannya. Ok lah, kita lihat samada dia kosongkan kerusi parlimen kerana sokongan rakyat atas pkr yg menyebabkan dia di bayar elaun. So kalaw dah jadi katak halal lagi ke elaun itu padanya?

    Langkah seterusnya si zul imi tak susah nak baca, dia akan drag kalaw kita drag. Kita harus drag isu ini dan lihat sampai bila skrip si zul ini nak habis. Biar dia terus merapu, sehingga watak lakonan ini ‘mati’ dgn sendirinya,

    Reply

  10. 10 F1 D.Bulan Mar 5th, 2010 at 10:43 pm

    Kalau saya DSAI si zul ni dululah saya disiplinkan 2 aja pilihan tendang atau masuk peti ais,zul ni nak tunjuk hero dlm pkr,apa jasa nya dgn parti terhegeh2 dgn kapiah haji jagut kambing hitam umno konon nak tunjuk dia memperjuangkan islam,lepas jawatan sebagai MP dlm pkr dan masuk umnolah kami tak suka org yg biadap dgn parti taik pawww betul spesis ni….

    Reply

  11. 11 taklapandai Mar 5th, 2010 at 11:32 pm

    So…tak kenal Zulkifli Nordin,dialah salah seorg peguam DSAI di kes yg pertama dulu.Aper dia nak takut,dia bukan takut pada DSAI tapi dia takut pada ALLAH.Dia ader cakap “in the end of the day I will answer to Allah not to DSAI”bila plak dia besekongkol dgn UMNO.Zulkifli ni peguam la,jauh lebih ceredik dari bloggers yg pandai mengomen ajer.Dia juga ada menyatakan tidak bersetuju dengan PKR menghentam bekas2 wakil rakyat yg keluar dari parti.Its a childish way.

    Bila ader jer org PKR masuk BN,semua tu org bermasaalah.
    Habis tu bila org BN masuk PKR tu tak bermasaalah ker?
    Aku ni bukanlah org politik dan tak sokong maner2 parti pun tapi leh la gak tengok mana yg betol maner yg mengarut.maklum la taklapandai.

    Tapi aku respect Zulkifli Nordin.Dia tak goyang pun,dia berpegang pada tali ALLAH saja,susah nak dapat org mcmni skrg.Sebab tu PKR tak berani buat aper2 sebab dia tahu keupayaan Zulkifli Nordin ni.SYABAS ZUL,KEEP IT UP FOR THE SAKE OF ISLAM………

    Reply

    Abg Zulkefli Klang Reply:

    Kalau tak pandai jgn buat2 pandai,siapa peguam syariah/sivil lah yg membezakan pandapat idealogi yg bertentangan dlm politik,politik kita semak disemua sudut bukan bicara mufti aja kita nak terima bulat2,abg zul aku ni suka buat sebuk dan bahasanya pun biadap mcm firaun2kecil,islam ni hanya buat sandaran dinding rmh zul tu dah nak tumbang politiknya,itulah kalau tak ada pengalaman dlm politik samalah ibarat mcm KATAK2 umnotu…cermin2diri dulu…..

    Reply

  12. 12 TFK Mar 5th, 2010 at 11:54 pm

    DSAI

    Saya percaya apa yang Saudara Zulkifli lakukan adalah mengikut rasional beliau. Saya tidak fikir lagaknya mahu menjadi hero melayu ala UMNO, tapi saya percaya dia kembali kepada asas. PARTAI KEADILAN RAKYAT merperjuangkan ‘justice for all’, ‘human right’ dan sebagainya dalam erti kata terpisah – ‘stand alone basis’. Mana hala tujunya ? Liberal ? Sosio-Demokrasi ? Apa ISLAM itu tidak merangkumi keadilan untuk semua, hak asasi manusia ?

    Saya yakin Saudara Zulkifli ada kekuatan. Tidak perlu saudara keluar dari PKR. Jika benar adanya anasir-anasir ke-firaun-an, ibarat kata DSAI – kita lawan tetap lawan !

    Reply

  13. 13 noh Mar 6th, 2010 at 12:13 am

    Sibahalul ni ingat dia hebat nak memperjuangkan Islam. Kat mana dia belajar Islam ni. Kalau dah perangai pun tak Islamik hanya memalu dan menghina Islam sahaja. Dari asal lagi PKR tu berbagai kaum dan agama, kanapa pulak pilih PKR dan sanggup jadi calun PKR masa PRU12 dulu. Hai Zul bedebah jangan nak memperbodohkan kami. Kami tak ada masa nak layan kamu, tinggalkan saja PKR. Wasting PR time to entertain your stupid ideolgy.

    Reply

    Pak Hj Ali unta Reply:

    U right pandangan sesetengah pihak si zul ni mcm dia je presiden PKR,parti perlu ambil skop menyeluruh dlm politik,PKR bukan bermakna majoriti kuasa itu PKR tetapkan sudut pandangan berbagai pihak dr DAP&PAS bukan nak dengar zul sorang,diterima ada relevennya,tapi dr parti kehilangan dgn PR baik zul yg hilang dulu, kita patutnya bercerita bukan dgn 1 islam saja tapi menyeluruh islam didunia…itu pandangan kami…..

    zul seorang peguam,sepatutnya dia lebih faham kondisi dan matlamat perjuang2 ahli politik,bukan main rembat aje…….ini bukan dlm mahkamah sivil….renung2 dulu….

    Reply

  14. 14 MOPIKO Mar 6th, 2010 at 12:18 am

    Salam DSAI,

    Buang aje bangkai bangkai busuk dalam PKR ni.

    Macam pandai sangat menyuarakan pandangan.

    Budak budak hingusan ni menyemak aje. Baru sangat sangat dalam politik.

    Reply

  15. 15 karim abu Mar 6th, 2010 at 12:42 am

    pandangan saya mungkin sdr zul tu mahu gertak kerana hanya tinggal 1 kerusi untuk DSAI tidak menjadi Ketua Pembangkang.susah untuk bercakap dengan orang yang berfikiran sempit.lebih baik keahlian digantung.jika dia mahu keluar pati itu lebih baik.hero cerita hindustan kena kalah dulu menang kemudian.

    Reply

  16. 16 atuk kepada atuk Zulkifli Nordin Mar 6th, 2010 at 2:06 am

    pada pendapat saya , dia memang nak keluar tetapi dia tak nak keluar sebab dia mmg tunggu PKR yang tendang dia keluar so boleh la ia memdakwa ditendang keluar sbb mempertahankan nama tuhan (dia bleh mengaku dia dianiya oleh PKR nanti)

    Bagi saya, Baik PKR layan jee dia punya perangai sampai dia bosan dan keluar sendiri, jgn kasi PKR tendag keluar

    Kalau dia orang islam yang baik , dia tak patut memanggil orang lain sebagai firaun kecil,
    kalau dia tahu agama dalam hdis ada larang memanggil orang dangan nama-nama yang buruk

    Waallahualam

    Reply

    azul Reply:

    zul tak perlu dipertimbangkan lagi. beliau umpama kanser yang akan memusnahkan keseluruhan sistem keadilan. manusia begini hanya nampak dia sahaja yang betul. hakikatnya dia lebih firaun dari org lain kerana semestinya ungkapan itu keluar dari mulutnya sendiri

    Reply

    san Reply:

    Biarlah Zulkifli dengan gelagat BODOH nya…Lama mana nak bertahan…tunggu lepas pilihanraya ni lenyaplah MP KBB yang tak bertanggungjawap ni. Tidak ada dia lagi baik..

    Reply

  17. 17 MALAYREGIMEN Mar 6th, 2010 at 6:33 pm

    Kepada saudara Zul Nord…SEMOGA MENJUMPAI KEBAHAGIAN DAN KETENANGAN SEMASA DI LUAR PR nanti…Amin..semoga UMNO dpt memberi kepuasan dlm mengejar dunia dan akhirat terhadap diri ZUL ku..AMIN….PI BELAH BERAMBUIH CEPAT SIKIT…org lain pun nak tenang juga..

    Reply

  18. 18 san Mar 6th, 2010 at 10:55 pm

    Gelagat Zulkifli macam kera dapat bunga….. bodoh sombong….menyesal saya beri undi pada dia tempoh hari….ingatkan nak bersama-sama jamaah..rupanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja…nak tahu pulak latar belakang keluarga dan kehidupan di kg.nya….siapa boleh kupas ?.. Jangan ingat bila dah jadi peguam itu cerdik….rupanya sebaliknya….Kelibat di Kulim pun jarang nampak…. terima elaun MP tu bersihkah…..

    Reply

  19. 19 hijau_permai Mar 6th, 2010 at 10:59 pm

    yahooo….zul kulim dah dipecat dari PKR….semuga berjaya menjadi ‘hero katak’ tersohor di abad ini ;P

    Reply

  20. 20 wmi Mar 6th, 2010 at 11:33 pm

    salam…
    sayang…
    kita telah kehilangan seorang aktivis yg agak kental…
    namun apakan daya…
    kita mempunyai prinsip dan dia juga mempunyai prinsip…
    dalam satu perkara, mungkin di pihak ZN ada sedikit haknya iaitu utk memilih panel penyiasat…
    namun beliau juga tidak mghormati kepimpinan dan komponen pr…
    dlm kita sdg boikot media jahat, beliau pula tolong bg bahan n minyak utk diapi-apikn..
    mungkin ada sesuatu yg tidak kena dgn beliau…
    sy nmpk dia msih sygkn pkr… nmun ada sesuatu yg mmbara dlm diriny… yg xdpt dterjemah…
    harap x jd mcm ezam..

    Reply

  21. 21 Security Directory Mar 6th, 2010 at 11:45 pm

    Korang ni semua ingat PKR tu semua baik… UMNO tu semua lahanat…. PAS plak terbaik pegangan ISLAM nya.. tapi cuba tgk ayat dari komen di atas

    May Allah forgive me, but just sack the bloody bastard. The thing I’m most piss off with him is he always use Allah to justify his doing. And what’s wrong with non-muslim sitting on the disciplin board. Didn’t zul win his seat with some chinese and indians support also.Don’t take the rakyat as morons zul, we have seen thru you a long time ago. Just go, or is the final figure not confirm yet.

    org2 macam ni ke Anwar nak? aku dah makin meluat dgn PR

    Untuk yang ade sedara mara yang mengajar disekolah yang berbangsa selain melayu… sila buat kajian kenapa bangsa lain dididik untuk menuntut kerusi PM sejak dari kecil

    Reply

  22. 22 joe Mar 7th, 2010 at 12:39 am

    kita orang pun org islam tak payah la nak jadi hero pejuangkan isu kalimah allah.dsai kan dah terang kan banyak kali sampai berbuih2 mulut tak dengar ke saja2 buat pekak

    Reply

  23. 23 harry33` Mar 7th, 2010 at 3:02 pm

    ORG SEPERTI ZN NI MCM CERITA MUSANG BERJANGGUT JAK..DIA ADALAH ORG YANG AKAN MEMBUNUH DARI DALAM..APA HAL DIA PERGI KEOREA?? HARI TU KENAPA X PEGI MEKAH?? KALAU BETOI DIA JAGA KALIMAH ALLAH..ORG MACAM INILAH YANG SANGGUP MENJILAT LUDAH MCM EZZAM NOR..HARAP DIA TGK MACAM MANA KESUDAHAN EZAM NOR..APA YANG DIA DAPAT SEKARANG…

    Reply

  24. 24 Rakyat biasa Mar 8th, 2010 at 2:37 am

    Tak payah banyak cakap kalau saja di kata kan profesyen peguam ,memang kita semua tahu banyak guna fakta putar belit untuk menang sebarang kes,apa kah untuk memperjuangkan Islam ?Boleh kah dengan terlatih cara putar belit? Kan itu memang kehidupan peguam ,biasalah….mau cari populariti dan di tambah lagi dengan imbuhan…jadi lah dia sebagai pejuang islam dengan topeng kepalsuan agama Islam…,dan bila saja di gelar ahli politik…nah pasti terpaksa Agama jadi alat untuk kepentingan,biar pun dia lulusan Azhar Mesir..bila saja terjun ke arena politik..mesti ada juga terjadi atau terpaksa bohong sunat dan kemudian jadi bohong wajib sebab terpaksa demi untuk melindungi kepimpinan atasan atau kerajaan yang telah memberikan keistimewaan kepadanya maka soal Agama sudah di simpan ditepi asal kan mau politit survival mereka…dah banyak ulama yang ikut Parti UMNO contohnya mantan Imam Masjid Negara Al fadzil Firdaus pemuda UMNO..kadang-kadang terpaksa juga ikut telunjuk pemimpin UMNO-BN..samaada perbuatan mereka itu halal kah haram kah jadi terpaksa besekongkol sebab dah terjerumus ke lembah politik ,kecuali bertaubat semula.

    Reply

  25. 25 Rakyat biasa Mar 8th, 2010 at 2:50 am

    kecuali Pemimpin Agama seperti Tuan Guru Nik Aziz baru lah saya salut kepimpinanya sebab betul-betul berlandaskan ajaran Islam., kalau UMNO-BN tak payah cerita kalau kata nak tegak kanAgama ,Bangsa dan Negara itu cerita saja ,cuba lihat pemimpin mereka banyak tinggal lima waktu dan kadang majlis tari menari,hiburan mereka lagi di depan-depan dan suruh anjurkan dengan peruntukan yang besar.Isteri-isteri Pembesar Negara yang ber Agama Islam ada tutup aurat kalau buat lawatan atau majlis-majlis ,apa lagi majlis biasa ,sedangkan Tilawah alquran pun Isteri mereka pakai tudung cuma tutup kepala bukan tutup aurat ,Isteri kebawah duli Yg.Dipertuang Agung sekarang barulah boleh di banggakan ,setiap bersama kebawah duli sentiasa tutup aurat ,sepatutnya pemimpin Islam lain pun mengikut seperti Kebawah duli tuanku permaisuri yang di pertuan Agung baru tah rakyat percaya kalau cakap perjuangan Agama Islam ,ini di situ sudah awal-awal di teropong oleh rakyat, mana mereka percaya lagi kepimpinan mereka.

    Reply

  26. 26 BenciKezaliman Mar 8th, 2010 at 10:49 am

    Allah Maha Mengetahui. Jangan disebabkan isu kalimah Allah umat Islam semua melatah manghambur kata hasutan membenci agama samawi lain hingga memalukan agama Islam. Jangan lupa rukun yg lima dan kita berserah pada kudrat dan iradat Allah s.w.t menjadikan manusia pelbagai agama di dunia fana ini hidup dengan aman hingga hari kiamat.

    Reply

    Syariat Islam ku junjung Reply:

    Aman damai ke BenciKezaliman? Palestin punya isu angkara Yahudi dan Nasrani tu apa ke benda amannya ? Dah nak makin kiamat ni nampak aman ke? Cube bukak mata luas-luas …

    Kita yang satu bangsa ni pun duk bergaduh … Keji mengeji … Islam pulak tu … Dah dia nak kluar biar la … Yang kita duk nak tarik orang masuk parti kita boleh, dah orang parti kita kuar x boleh plak? Tak adillah macam ni … masing-masing ada pendirian … Biarlah ..semoga dia maju jaya …

    Daripada duk mengumapt hal de, lebih baik masing-masing muhasabah diri dulu … Pikirlah apa punca kita berpecah ni .. nak mencari salah orang memang senang, tapi sa,pai bila-bila pun tak kan maju ..

    Bersatulah kita semua wahai manusia-manusia dalam blog ni …

    Pemimpin-pemimpin baik pembangkang atau kerajaan ni, duk cakar mencakar ni, hinggakan orang bawah berpecah belah. Xkira lah yang pakai kopiah ke, apa ke ..sama jek … memecah belahkan sesama umat … Semoga anda semua ni dibagi hidayah semula (macam dah hilang hidayah dah dorang ni) …

    Reply

  27. 27 abang Mar 8th, 2010 at 8:30 pm

    Zulkifli Nordin dipelawa oleh UMNO, tapi dia intai PAS, tapi PAS tak nak… Zul ni exsen sangatlah..nak masuk UMNO, tak payah berdalih.. Masuklah. Najib memang dahpun tunggu hang. no,
    Zulkifli Nordin, macam lebih kuah dari isi. Claimed Islam tapi lagak teruk..macam ape!! Org Islam mana boleh bongkak. Hak bongkak sangat!!

    Zulkifli Nordin dan katak-katak yang lain makan elaun haram. Mana tidaknya. Tipu pengundi.
    Bukan orang undi hang, tapi parti. Sedarlah sikit oi!

    hang jangan menyesal, 40 orang menyumpah, hang kena laknat! Hang ingat yang tulis 50 dalil..macam mana dia meninggal..SUBHANALLAH!! Menghianat orang yang tidak berdosa, menghianat harapan rakyat. nantilah balasannya.

    Zulkifli Nordin kata Kak Wan tak partahankan Islam. Hee, hang ingat hang sorang sajakah Islam Didunia ni..Piiiiiiiiilah!!!

    Reply

Leave a Reply




tengkusani: Dibebaskan jadi PENGKHIANAT & politik dendam + fitnah RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's free ... http://tmi.me/YtmA
50 seconds ago
mediarakyatnet: RT @tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
10 minutes ago
tianchua: Today marks 6 years of @AnwarIbrahim 's freedom: 2 Sept 2004 Fed Court announced his release! Viva la reformacion! Victory of the people!
14 minutes ago
Truckster: RT @AICMalaysia: Rakan2 AIC di sessi tazkirah DS @anwaribrahim di kediamannya. http://tweetphoto.com/42826194
3 hours ago
ullymohamad: RT @zafrileusoff: Selamat ulangtahun REFORMASI ke12 @anwaribrahim @shamsuliskandar
3 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners