Archive for March 5th, 2010

5 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menghentikan perbuatan ‘merampas’ ahli parlimen Pakatan Rakyat, khususnya dari PKR demi menghormati proses demokrasi.

“Mengapa beliau begitu kemaruk dengan majoriti dua pertiga di Parlimen? Buat masa ini, Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi bagi meluluskan sebarang undang-undang,” kata Zaid (kiri) pada sidang akhbar yang diaturkan secara tergesa-gesa. (more…)

5 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Kuala Lumpur – Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai kedudukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang adalah satu kenyataan yang lucu dan dangkal.

Khairy berhujah bahawa pengekalan Dato’ Seri Anwar sebagai Ketua Pembangkang akan mengundang lebih banyak masalah bukan sahaja kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kalau Khairy dulunya membantah “campurtangan asing” MP Australia yang mendesak pertuduhan ke atas Dato’ Seri Anwar digugurkan, apa hak Khairy untuk membantah muafakat PR untuk Dato’ Seri Anwar terus kekal mengepalai PR di Dewan Rakyat?
(more…)

5 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor
Oleh Fazallah Pit

Tumpuan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kes melibatkan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin adalah berkaitan tindakannya membuat laporan terhadap rakan parti gabungan, bukannya isu kalimah Allah.

Hal ini ditegaskan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan lembaga disiplin itu tidak memberi tumpuan kepada pendirian Zulkifli berhubung isu kalimah Allah yang berbeza dengan parti.

Saifuddin berkata demikian kepada TV Selangor apabila diminta mengulas mengenai tindakan Zulkifli yang menjadikan kehadiran tiga daripada empat panel bukan Islam sebagai alasan menghalalkan perbuatan meninggalkan sidang Lembaga Disiplin. (more…)

5 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Selamatkan Malaysia!

5 Mac 2010 (Jumaat)

8.00 – 8.45 Malam

Tazkirah dan Makan Malam

Pejabat AMK Negeri Melaka
Taman Sin Hoe Garden,
Bukit Baru, Melaka
—- (more…)