Archive for March 4th, 2010

4 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Salhan K Ahmad

Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat percaya gabungan parti berkenaan kini bertambah kuat apabila elemen-elemen yang tidak diperlukan dalam parti itu kini telah menyingkirkan diri mereka.

Mereka juga akur dengan tugas berat yang kini dipikul dalam mentadbir negeri-negeri yang dikuasai Pakatan – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan – serta cabaran untuk mengekalkan sokongan di negeri-negeri berkenaan.

Pandangan ini disuarakan dalam satu forum Wacana Generasi Perubahan dengan tajuk Dasar Bersama Pakatan dan masa depan politik Malaysia di Petaling Jaya malam tadi. (more…)

4 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 4 Mac 2010

KEADILAN TETAP TEGUH DAN MANTAP

Peristiwa beberapa orang Ahli Parliamen (AP) melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merupakan proses penyucian yang dialu-alukan. Kami percaya apabila sudah tidak ada daki, kulit menjadi lebih bersih dan badan lebih sihat.

Sejarah menunjukkan PAS dan DAP mengalami cabaran lebih buruk pada peringkat permulaan mereka. Beberapa pimpinan utama mereka keluar parti. Dari DAP Goh Hock Guan (SUA), Richard Ho (pemimpin kanan), Lee Lam Thye dan lain-lain keluar parti. Ada pihak menganggap DAP akan lingkup. Sebaliknya ia menjadi lebih kuat sehingga kini.

Dari PAS pula, Asri Muda (Presiden), Osman Abdullah (SUA), Nakhaie Ahmad (Naib YDP) dan ramai lagi meninggalkan parti. Para pemimpin Umno menyangka dan mengharapkan PAS akan gulung tikar. Tetapi apa berlaku? PAS menjadi lebih teguh seperti yang terbukti sekarang.

Kita jangan lupa Umno juga melihat ramai pemimpin, termasuk tiga orang Presidennya – Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn – keluar parti dan tidak masuk semula sehingga mati. Tidak seperti Mahathir Mohamad, yang bercerai sekejap dan kemudian rujuk kembali. Berbeza dengan PAS dan DAP, Umno lebih parah keadaannya kini.

Ahli-ahli Parliamen yang melompat katak dari KEADILAN akhir-akhir ini, seperti Ahli-ahli Dewan Negeri yang berbuat serupa terdahulu darinya, menghadapi masalah pribadi serta kewangan dan ada yang mula disiasat oleh pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah).

Selain itu mereka tidak menjaga kawasan, tidak pernah menuyarakan rintihan apatah lagi membela hak rakyat. Mereka tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam Parlimen – tidak pernah atau jarang sekali bercakap atau berbahas.

Pimpinan Umno meraih peluang dari kelemahan mereka. PM Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menemui hampir semua sebelum mereka keluar – termasuk juga beberapa orang bukan ADUN atau AP yang boleh diperalatkan – dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka. Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh PM serta kroni konrporatnya untuk membeli ADUN dan AP, terutama dari KEADILAN.

Najib dan pemimpin Umno yang lain berikrar konon hendak berusaha menghapuskan korupsi. Sebaliknya mereka sentiasa melakukan korupsi politik dan kewangan besar-besaran. Tindakan korupsi mereka pasti akan menjadikan KEADILAN lebih teguh dan mantap dan disokong rakyat ramai.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, KEADILAN

### (more…)

4 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor
Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan tindakan wakil rakyat PKR yang keluar dan menyerang parti itu sebagai alat dalam sebuah rancangan rapi untuk menjatuhkan ahli komponen Pakatan Rakyat itu.

Beliau dan rakan-rakannya bagaimanapun yakin tindakan itu tidak akan berhasil kerana kelemahan PKR adalah hanya dari aspek pengurusan dan bukannya dasar-dasar seperti yang di alami oleh Umno.

“Bermakna ia satu rancangan rapi, secara logik seseorang ahli poltik keluar dari parti kerana tidak puas hati maka dia keluar dari tempat itu, tetapi bila keluar dan ada peranan lain untuk memburukkan parti, bermakna ada satu perbincangan dan perancangan yang agak rapi semasa dalam parti dan selepas keluar menghentam parti sebenranya juga terlihat sebagai satu perangcangan agak rapi. (more…)

4 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Saudara Anwar Ibrahim,

Sejarah merakamkan riwayat Parti Negara,  Berjasa,  HAMIM, Berjaya dan Semangat 46 berkubur.

Baru 10 tahun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ditubuhkan namun telah berjaya memenangi  31 kerusi Parlimen yang tidak pernah dimenangi oleh PAS atau pun DAP.

Justeru, KeADILan diasak dengan duit. Sudah tentu ada yang tidak tahan diuji. PAS sendiri tumbang di Terengganu di zaman Daud Samad. Tahun 1969, PAS menang 11 kerusi DUN tapi tiga wakil rakyat melompat. Ini semua ujian kepada PAS.

(more…)

4 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

sila ke Malaysiakini.com

4 March 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

PRESS STATEMENT

Dear All
We were today duly notified by the Registrar of the Court of Appeal that it will hear Anwar’s appeal on 19th March 2010 at 9am at Court of Appeal (COA) Putrajaya.
What is uniquely strange in the above instance is the UNPRECEDENTED manner in which the Court of Appeal has acted in its perceived alacrity and its super efficiency in fixing a hearing date EVEN before we, as solicitors, have filed a Petition of Appeal (POA). Indeed the COA has acted beyond its own Rules (Rules of the Court of Appeal 1994) (the Rules) which sets out the procedure clearly.
The Rules state that wherein upon the receipt of the Appeal Records, the Petitioner (DSAI) has 10 (ten) days to file into Court a POA and ONLY and ONLY after the filing of the said POA will the COA proceed to fix a hearing date of the Appeal.
In the current instance, I received the Appeal Records on 1st March 2010 from the High Court and according to the Rules as stated above I have 10 (ten) days i.e.until 11th March 2010, to file DSAI’s Petition of Appeal (stating the grounds). It is ONLY upon my filing of the POA shall the COA, in accordance with Rules, proceed to fix a date of the hearing of the Appeal.
In this case I have NOT filed my POA yet and to my sheer amazement, I was notified today by the COA that it has already fixed a hearing date which is 19th March 2010.
The COA has astonishingly “departed from established norms” in this appeal process involving DSAI. The unprecedented manner in which the COA has acted is disturbing and is outrageous.
It is noteworthy that when DSAI previously made various appeals to the COA and to the Federal Court by also simultaneously filing a certificate of urgency for an early hearing, I did not see any such super effiency as is in this instance. From the above actions of the COA, there seems to be a clear case of discrimination towards DSAI in the COA’s blatant disregard for the Rules as stated above and this is wholly unacceptable.
Sankara N Nair
Legal Counsel for Dato Seri Anwar bin Ibrahim