Archive for February, 2010



19
Feb

Program Anwar Ibrahim di Penang dan Kedah 21 Feb

21 Feb 2010 (Ahad)
Di Pulau Pinang

1.00 Tghari – Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
Macang Bubuk, Bukit Mertajam
(YAB Lim Guan Eng turut hadir )

3.00 Ptg – Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Penanti
Dewan Tan Kongsi, Tanah Liat, Permatang Pauh
(YAB Lim Guan Eng turut hadir)

6.00 Ptg – Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
Batu Maung, Pulau Pinang
(YAB Lim Guan Eng turut hadir)

==== Continue reading ‘Program Anwar Ibrahim di Penang dan Kedah 21 Feb’

19
Feb

Pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor

MAKLUMAN MEDIA

Saudara-saudari,

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMULIHAN PERUMAHAN TERBENGKALAI NEGERI SELANGOR

Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke majlis pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor pada:

Tarikh: 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 9:30 pagi

Tempat: Perkarangan Perumahan Penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil Kerajaan Negeri untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai dan mempercepatkan kelulusan untuk penyerahan rumah-rumah tersebut. Langkah proaktif Kerajaan Negeri ini akan membuka jalan penyelasaian kepada masalah pembeli yang masih belum mendapat rumah setelah menunggu sehingga lebih 5 tahun, dan memastikan rakyat negeri Selangor dapat memiliki rumah sendiri.

Majlis ini akan dihadiri 500 pemilik rumah yang telah siap dibina, serta ahli jawatankuasa-jawatankuasa pembeli rumah yang mewakili lebih 5,000 ahli. Pada majlis ini juga, YB Dato’ Seri Penasihat Negeri Selangor akan menyerahkan kunci kepada para penduduk.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

18
Feb

Bekas Timbalan Menteri Keluar BN, Sokong Pakatan

Dari Malaysia Kini

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985. Continue reading ‘Bekas Timbalan Menteri Keluar BN, Sokong Pakatan’

18
Feb

Tangan ‘Ghaib’ Disebalik Kes Fitnah2

Dari TV Selangor

Perbicaraan Konspirasi 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh sehingga 25 Mac depan.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bagi membolehkan pembelaan memfailkan rayuan permohonan supaya beliau menarik diri dari menghakimi perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Zabidin berkata beliau tidak akan menarik diri kerana tidak ada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa pembelaan. Continue reading ‘Tangan ‘Ghaib’ Disebalik Kes Fitnah2′

18
Feb

Malaysia’s Trial of Anwar Raises Political Stakes

From BBC News

Anwar Ibrahim, Malaysia’s opposition leader, is on trial for sodomy for a second time. The BBC’s Vaudine England investigates the political ramifications.

Two years ago, few Malaysians would have predicted the current state of their country’s politics.

In the March 2008 elections, the opposition led by Anwar Ibrahim demolished the ruling coalition’s two-thirds majority.

The coalition still won, but it emerged bruised by its worst election result in 50 years. Continue reading ‘Malaysia’s Trial of Anwar Raises Political Stakes’

18
Feb

Ceramah Perdana Sempena Konvensyen Peneroka & Generasi Kedua FELDA

20 Februari 2010 (Sabtu)

9.00 – 12.00 Malam

Markaz PAS Kawasan Jerantut
Kampong Temin, Jerantut, Pahang

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
3. Ybhg Dato’ Zaid Ibrahim
4. Ybhg Dato’ Fauzi Abd Rahman
5. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
6. YB V. Sivakumar

17
Feb

Kes Qazaf Anwar Ditangguh Hingga 10 Mac

Dari Malaysia Kini

Oleh Abdul Rahim Sabri

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 10 Mac untuk mendengar hujah tiga responden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan ketua umum PKR itu untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam kedua belah pihak di mahkamah pagi ini.

Keputusan penangguhan tersebut dibuat kerana peguam Anwar memerlukan masa untuk menjawab afidavit tiga responden tersebut. Continue reading ‘Kes Qazaf Anwar Ditangguh Hingga 10 Mac’

17
Feb

Chairman Kerry Statement On Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim

Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry (D-MA) released the following statement today about Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim:

“I call on the government of Malaysia, and specifically on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, to ensure a fair and equitable resolution of the legal proceedings currently under way against former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim. Continue reading ‘Chairman Kerry Statement On Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim’

17
Feb

DEB Kayakan Anak Pemimpin Umno

Dari Malaysiakini

Datuk Mokhzani Mahathir – anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.

Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion.

Datuk Seri Nazir Razak – adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.

Continue reading ‘DEB Kayakan Anak Pemimpin Umno’

16
Feb

Terus Mara Jayakan Agenda Perubahan

Saya mengambil tanggungjawab penuh berikutan keputusan individu tertentu yang bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). KeADILan sejak mula adalah sebuah wadah kepada mereka yang berhasrat mendukung prinsip-prinsip perjuangan demi membawa Perubahan untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak hairanlah perjuangan ini sedari mula sering diserang kelompok terdesak yang sedar hegemoni mereka kini goyah dilanda kesedaran Rakyat. Kita tidak menjanjikan imbuhan serta kedudukan kepada mereka yang mahu bersama KeADILan. Perjuangan ini menuntut kesediaan serta kesanggupan mengharungi tekanan dan cabaran.

Pada permulaannya antara cabaran yang kita hadapi adalah masalah kewangan. Kita tidak punyai banyak pilihan. Alhamdulillah pada PRU 2008 lalu kita tetap berjaya menampilkan calon-calon berwibawa dan berkelayakan.

Walaubagaimanapun sudah tentu ada di antara mereka yang alpa lalu memilih meninggalkan KeADILan sekaligus mengecewakan hasrat Rakyat untuk mengembalikan negara ke landasan yang sebenar.

Namun saya yakin kita mampu melewati titik kecil itu dalam sejarah kita yang panjang. Percayalah pastinya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita semestinya mengambil episod ini sebagai pelajaran bermakna dan berusaha tidak mengulangi kesilapan sebegini di masa hadapan.

Kepimpinan akan menumpukan perhatian untuk memastikan bakal calon yang dikemukakan bukan sahaja berwibawa dan berkelayakan bahkan terdiri dari mereka yang tahan diuji serta setia kepada perjuangan ini.

ANWAR IBRAHIM

16
Feb

Pusat Digesa Kembalikan Aset, Pengurusan Air Selangor

Dari Malaysia Kini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengulangi desakan kepada kerajaan pusat supaya berlaku adil dan profesional dengan mengembalikan aset dan pengurusan air kepada kerajaan Selangor

“Pelaksanaan ini perlu disegerakan kerana ia melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya,” ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut.

Beliau juga mendesak kerajaan pusat supaya tidak berdolak-dalik dan melambat-lambatkannya “kerana air adalah keperluan untuk semua”. Continue reading ‘Pusat Digesa Kembalikan Aset, Pengurusan Air Selangor’

16
Feb

Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi

Dari TV Selangor
Oleh Fansurina Abdullah

Kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menyuburkan demokrasi di negara ini punca masyarakat antarabangsa termasuk Australia mendesak pertuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, digugurkan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali membidas kenyataan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr Chandra Muzaffar, kononnya lebih 50 Ahli Parlimen Australia tidak memahami amalan demokrasi berparlimen.

“Ahli-ahli Parlimen Australia dan negara lain bimbang kerana ia bukan soal Anwar sahaja tetapi persoalan mengenai kegagalan Umno-BN menyuburkan demokrasi dalam Malaysia,” katanya kepada TV Selangor. Continue reading ‘Bukan Soal Anwar Sahaja Tapi Soal Demokrasi’