Archive for February, 2010



23
Feb

Sambutan Tahun Baru Cina PKR Negeri Johor

Sambutan Tahun Baru Cina PKR Negeri Johor

Anjuran PKR Cabang Sekijang, Johor

26 Februari 2010 (Jumaat)

1) Jamuan Makan Malam

6.30 Ptg – 10.30 malam

Restoran Tong Hock, Segamat

Penyeri Majlis:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) Ybhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
3) YB Lee Boon Chye
4) YB Tien Chua
5) YB Zuraida Kamarudin
6) YB Gan Pei Nei
7) YBHG Datin Paduka Tan Yee Kew
8) Sdr Annuar Salleh
9) Sdr Shamsul  Iskandar Mohd Akin
10) Pimpinan PKR / PAS / DAP Johor

——– Continue reading ‘Sambutan Tahun Baru Cina PKR Negeri Johor’

23
Feb

Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Sukacita dimaklumkan saudara-saudari dijemput ke Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pada:

Tarikh: 23 Febuari 2010 (Selasa)

Masa: 8:00 malam

Tempat: Dewan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menghadiri Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) bersama YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar, YB Puan Rodziah Binti Ismail, EXCO Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan EXCO-EXCO kerajaan negeri pada 23 Febuari 2010, pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Seksyen 19, Shah Alam.

Majlis dianjurkan untuk meraikan dan mengimbas kembali usaha-usaha Kerajaan Negeri membela nasib rakyat melalui program-program kebajikan, yang menjadi teras kepada dasar MES. Majlis akan menemukan lebih 300 orang bakal penerima sumbangan Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Sejak dilancarkan pada Jun 2008, seramai 111,397 warga emas yang layak telah mendaftar dibawah dasar SMUE untuk menerima bantuan dalam bentuk khairat kematian dengan jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM 20 juta. Setakat ini, seramai 9,780 waris/penama telah menerima sumbangan dari skim ini.

Perlaksanaan dasar TAWAS pula dimulakan sejak 31 Ogos 2008 dan sehingga kini sebanyak 16,927 permohonan telah diluluskan dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM 17 juta.

Bagi dasar Hadiah Anak Masuk Universiti, Kerajaan Negeri berjaya mencapai hampir 100% kadar penembusan dengan hampir RM 10 juta telah dibelanjakan bagi membantu 9,581 orang pelajar yang layak untuk memulakan pengajian tinggi mereka. Kerajaan Negeri turut memperuntukan RM 2 juta bagi membantu pendidikan anak-anak perkeja ladang yang disalurkan melalui Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Jumlah keseluruhan yang telah diagihkan dan dipulangkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program ini adalah sebanyak RM 49 juta sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kerajaan di Negeri Selangor.

Sejak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluangkan masa menilai dan mengkaji cadangan penambahbaikan program-program kebajikan, termasuk cadangan meluaskan SMUE untuk meliputi perlindungan perubatan percuma untuk warga emas yang sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri. Beliau juga memantau kejayaan program-program kebajikan seperti ini untuk memastikan tidak berlaku keciciran mereka yang berkelayakan.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Akmal Nasir di talian 03-55119052 (samb. 281) Continue reading ‘Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)’

22
Feb

Ku Li: Iklan Isu Royalti Kelirukan, Cetus Implikasi Baru

Dari Harakah Daily

Iklan penjelasan tuntutan wang royalti yang disiarkan kerajaan pusat menerusi akhbar-akhbar Bahasa Malaysia semalam menimbulkan lebih banyak implikasi negatif dan kekeliruan berbanding penjelasan, kata Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.

Justeru tegas beliau, iklan satu halaman itu sekali gus menunjukkan tiada negeri yang mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran tunai ataupun royalti termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, iklan muka penuh yang diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhujah Kelantan juga tiada hak kepada bayaran minyak di bawah Akta Kemajuan Petroleum kerana sumber minyak yang menjadi persoalan terletak di kawasan tiga batu nautika, yang menafikan hak kesemua negeri.

“Iklan itu gagal untuk menyatakan bahawa kesemua minyak yang diperoleh di Malaysia ditemui di kawasan pesisir lebih dari tiga batu nautika, dan bagaimanapun Petronas (terus) membuat pembayaran kepada negeri-negeri ini.

“Dengan hujah yang diturunkan dalam iklan (semalam), Terengganu, Sabah dan Sarawak juga tidak layak menerima bayaran tunai lima peratus (biasanya dan dengan kurang tepat dirujuk sebagai royalti minyak).

“Kesemua terletak pada budi bicara kerajaan persekutuan,” kata beliau dalam pandangannya dikeluarkan hari ini.

Pada 28 Jan lalu beliau menegaskan pada satu ceramah perdana bahawa Kelantan layak menerima wang royalti lima peratus. Continue reading ‘Ku Li: Iklan Isu Royalti Kelirukan, Cetus Implikasi Baru’

22
Feb

Stop Passing the Buck, Najib, Urge Pakatan MPs

From Malaysian Insider

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak must hold himself and his administration accountable for the recent attacks against houses of worship and work to resolve the problem instead of laying the blame on extremists, two Pakatan Rakyat (PR) lawmakers said today.

Najib, who was officiating the national Chinese New Year “open house” celebration in Pandamaran last night said the attacks on houses of worship at the beginning of the year, linked to the “Allah” issue, were the works of extremists and should not be read as a sign that his 1 Malaysia policy has failed.

Instead, it demonstrates how much the policy is needed, he added. Continue reading ‘Stop Passing the Buck, Najib, Urge Pakatan MPs’

22
Feb

Siri Ceramah Perdana Di Kuala Selangor

24 FEBRUARI 2010 (RABU)

JAM: 9.00 – 12.00 MALAM

LOKASI: STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR

PENCERAMAH:

1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YAB Lim Guan Eng
4) YB DR Rani Osman
5) YBHG Shamsul Iskandar Mohd Akin

22
Feb

PR Believes Some BN Reps are For Dropping Sodomy II

From The Edge
by Yong Min Wei

Pakatan Rakyat (PR) is optimistic it can get the support of a handful of Barisan Nasional (BN) lawmakers for its memorandum to call upon the government to drop the “Sodomy II” case against Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, a high-ranking official from the opposition pact said.

He said the memorandum would be passed to BN frontbenchers and backbenchers for their consideration, adding that any support from the ruling coalition’s lawmakers would be “meaningful and appreciated” in the wake of Anwar’s sodomy trial that has drawn international concerns and criticisms. Continue reading ‘PR Believes Some BN Reps are For Dropping Sodomy II’

22
Feb

Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong

Dari TV Selangor

Lebih 500 penduduk berhimpun di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda, Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini membantah tindakan pemerintah Umno-BN memotong belanjawatan Kementerian Pelajaran sehingga 20 peratus menyebabkan kesengsaraan kepada pelajar dan ibu-bapa miskin.

Penduduk memilih untuk berhimpun di sekolah ini, yang disalahguna kerajaaan BN untuk program politik Juara Rakyat. Continue reading ‘Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong’

22
Feb

Anwar: BN Akan Ditolak Rakyat Dalam Pilihanraya nanti

Dari Malaysia kini
Oleh Athi Shankar

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang – tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor “tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu’. Continue reading ‘Anwar: BN Akan Ditolak Rakyat Dalam Pilihanraya nanti’

21
Feb

New Deal For Felda Under Pakatan

From Malaysiakini
By Terence Netto

Felda settlers will enjoy a new deal under a Pakatan Rakyat government, one that would incorporate elements of social democracy as distinct from the capitalist thrust of present arrangements under an Umno-led BN administration.

PKR deputy president senator Dr Syed Husin Ali told a national convention of Felda settlers at Kampong Temin in Jerantut yesterday that new swaths of land will be opened up for cultivation in contrast to the existing policy of no new land openings.

He said priority for cultivation of this new land would be accorded to the landless and unemployed among second and third generation descendants of the original settlers.

“This is to overcome the twin problems of unemployment and poverty among this group,” said Syed Husin to some 1,000 settlers who attended the one-day convention in this town in the Pahang interior, surrounded by Felda schemes.

At its incorporation in 1956 and actual launch two years later, Felda was a scheme to enable small and impoverished farmers who usually owned uneconomic plots of less than two acres to open up new land and progress towards ownership of viable plots of 10 acres in size.

The plots were cleared by this pioneering band and planted with rubber, with the produce providing them with a living. From the profits, the pioneers paid the holding agency (Felda) installments towards eventual ownership of the land.

But in 1960, Parliament passed the Group Settlement Act which changed the way Felda schemes were managed. Land clearing and seed planting were undertaken by the Felda board which then charged the costs to each settler, who had to clear the debt over a 15-year period at 6.25% interest per annum. Continue reading ‘New Deal For Felda Under Pakatan’

20
Feb

Menyelesaikan Projek Tergendala

Dari Malaysiakini

Oleh Abdul Rahim Sabri

Beberapa pemilik rumah di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang yang sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.

Riak wajah ceria mereka jelas terpancar selepas kerajaan Selangor berusaha menyiapkan projek perumahan itu, yang terbengkalai sejak tahun 2003.

“Siapa yang tidak seronok dapat rumah sendiri. Itu yang diidam-idamkan selama ini. Mak cik berasa lega dengan kemudahan yang diberikan.

“Siapa yang tidak suka. Inilah saat yang diidam-idamkan,” kata Norziah Nurajin yang ditemui sebelum perasmian program pemulihan perumahan terbengkalai di Hulu Kelang pagi ini.

Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Ukay Bistari.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Kira-kira 300 hadirin termasuk pembeli dari taman berkenaan dan dari Saujana Puchong hadir dalam majlis tersebut.

Continue reading ‘Menyelesaikan Projek Tergendala’

20
Feb

Perhitungan Politik Sabah Menjelang PRU 13

Dari The Malaysian Insider
Oleh: Kalakau Untol

FEB 20 — Dalam apa jua perkara, yang pasti kekal berterusan berlaku ialah suatu perubahan. Dan perubahan itu akan terjelma dalam pelbagai bentuk; termasuklah pemikiran dan pentafsiran. Begitulah juga mengenai kaedah untuk membuat sebarang keputusan. Demikianlah juga dengan kedinamikan politik. Semuanya serba berkemungkinan.

Ketika ini, Negeri Sabah dan Sarawak diperkatakan sebagai kubu kuat BN. Ini bukan lagi suatu andaian malah kebenaran kerana sekiranya Sabah dan Sarawak mengalih sokongan kepada PR, kerajaan BN akan pasti tumbang.

Negeri Sarawak adalah sebaris dengan Selangor. Kukuh dan setia kepada BN dari dulu lagi sejak kewujudan BN. Kesetiaanya tidak pernah pudar yang memudaratkan BN. Tinggal lagi Selangor sudah melakar perubahan lanskap politik baru.

Nampaknya,ia akan menerajui suatu perubahan besar dan drastik, dasar-dasar yang terbaru seperti pemberian air secara percuma, bantuan kepada setiap keluarga bagi setiap kelahiran bayi, pemberian wang ehsan bagi urusan pengebumian jenazah dan juga setiap kemasukan pelajar ke dalam institusi pengajian tinggi.

Continue reading ‘Perhitungan Politik Sabah Menjelang PRU 13′

19
Feb

Kes Disiplin YB Zulkifli Nordin

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 18 Februari 2010

KES DISIPLIN YB ZULKIFLI NORDIN

Malam tadi (17 Februari 2010) Biro Politik KEADILAN mengadakan mesyuarat mingguan biasanya. Biro membincangkan beberapa perkara termasuk kes-kes disiplin.

Berhubung kes Zulkifli Nordin, Biro menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk membuat keputusan dan menyampaikannya kepada Parti dengan seberapa segera. Lembaga diminta oleh Biro Politik untuk mengambil kira semua kenyataan melalui media yang telah dibuat oleh Zulkifli selepas surat tunjuk sebab dihantar kepadanya.

Biro Politik mengambil perhatian bahawa Lembaga Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Zulkifli pada 08 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar. Beliau diminta menjawab sebelum 12 Februari 2010 dan memberitahu sebelum 15 Februari 2010, pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.

Lembaga Disiplin tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Zulkifli apabila kedua-dua tarikh 12 dan 15 Februari luput. Pada 16 Februari 2010 Zulkifli memberitahu melalui media beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea dan kenyataan beliau kemudian disalinkan kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution.

Zulkifli pergi ke Korea atas urusan sendiri dan bukan dihantar oleh Parti. Parti tidak tahu-menahu tentang pemergian beliau. Beliau tidak pernah memberitahu Lembaga Disiplin mengenainya. Beliau juga tidak pernah mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran.

Ini nampaknya menjadi cara biasa Zulkifli. Dalam kes yang lalu beliau memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur juga untuk mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin ketika itu.

Zulkifli memilih untuk lebih mementingkan urusan pribadinya ke Korea daripada hadir di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri. Beliau tidak harus menyalahkan mana-mana pihak.

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN