Archive for February, 2010

25 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam. (more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE
Date: 24 February 2010

KEADILAN SUBMITS NEW LINE UP FOR KEDAH STATE EXCO RESHUFFLE

Parti Keadilan Rakyat leadership has formally convey to Kedah MB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak our request for a reshuffle of State Exco line-up. Agreement had been reached that adjustment will be carried out when the term of State Exco expired next month. According to the Constitution of Kedah, members of State Exco are subjected to annual renewal in March.

Parti Keadilan Rakyat has also submitted our new line-up list to the Menteri Besar for his deliberation.

The change of State Exco aims to enhance effectiveness in delivering services to the people and also in line with our pledge to continue to improve the performance of State Government.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Secretary-General, KEADILAN

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 24 Februari 2010

CADANGAN PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM BERTUJUAN MENGHENTIKAN MANIPULASI BN

PKR memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (di bawah Barisan Nasional) untuk mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP).

Iklan terbaru oleh Kerajaan Pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang mencadangkan usul tersebut di dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember 2009 yang lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.

Semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai (contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah). Semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan 3-batu nautika setiap negeri (yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP). Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP.

Niat dan tujuan APP (apabila merujuk kepada telaga minyak luar pesisir pantai) adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung. Pendirian dan pendapat Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas, iaitu apa-apa perolehan dari carigali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai (kemudian dipanggil royalti). Pendirian ini dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.

3 dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma “luar pesisir pantai” yang kabur di dalam APP.

Maksud dan niat yang termaktub di dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan 3-batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini. APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu – maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai.

Sebenarnya, apa yang juga jelas ialah niat BN untuk mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat, dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah di dalam APP. Ini terus dilakukan, walaupun telah berkali-kali mereka yang merangka APP, termasuklah Pengerusi PETRONAS yang pertama Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.

Oleh itu, cadangan pindaan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP (dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah “luar pesisir pantai” yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974); supaya kita dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung, KEADILAN
Ahli Parlimen Machang (more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Japan Today

Malaysia may organize an international conference on the issue of caning and whether it is an appropriate punishment for women under Islamic law.

Women’s Minister Shahrizat Abdul Jalil said in a statement seen Tuesday that she would seek Cabinet approval to hold such a conference.

Malaysia announced last week that prison authorities had caned three unmarried Muslim women on Feb 9 after a Shariah, or Islamic, court in Kuala Lumpur found them guilty of having “sex out of wedlock.” (more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PKR 2010

27 Februari 2010 (Sabtu)

Jam 10.30 pagi – 1.00 Tghari

Dewan MBPJ Bandar Utama 3
Jalan BU 3/1, Petaling Jaya.

Semua dijemput hadir untuk meraikan bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Pimpinan Tertinggi PKR
========

Program Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang

27 Februari 2010 (Sabtu) (more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu. (more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor
Oleh: Yusmawati Yusuf

Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.

Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi. (more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

24 FEBRUARI 2010 (RABU)

JAM: 9.00 – 12.00 MALAM

LOKASI: STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR

PENCERAMAH:

1) YB Dato Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YAB Lim Guan Eng
4) YB DR Rani Osman
5) YBHG Shamsul Iskandar Mohd Akin

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | 23 Februari 2010

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbicaraan di mahkamah tidak “mengganggu” tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor untuk memberikan lebih perhatian terhadap negeri itu.

“Kalau saya tidak diganggu banyak di mahkamah, saya dapat tumpukan perhatian lebih banyak di negeri Selangor,” katanya ketika berucap dalam program agihan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri kepada pelbagai pihak di Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata, beliau sentiasa berdoa supaya ujian berbentuk ‘fitnah dan khianat’ terhadapnya dapat dipermudahkan oleh Allah.

“Sekarang ini masih banyak fitnah dan khianat dilemparkan terhadap saya,” katanya dalam Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 2010 di sebuah dewan di Seksyen 19.

(more…)

24 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Punch.Com
By Michael Danby

Last week saw an unusual event in Australian politics: backbench members of Parliament from both sides took a foreign affairs initiative, independent of their party leaderships. Sixty Members and Senators – Labor, Liberal, Green and independent – signed a letter which was presented to the Malaysian High Commissioner protesting against the current trial of Opposition Leader Anwar Ibrahim on charges of “sodomy.”

The author presenting the petition to Malaysian High Commissoner Salman Bin L Ahmad last Thursday.

The letter was signed by, among others, Laurie Ferguson, Malcolm Turnbull, Greg Hunt, Bob Brown, Nick Xenophon, Duncan Kerr, Deputy Speaker Anna Burke, Jennie George, Gary Gray and Mark Dreyfus QC.

It followed a speech which I gave in the House of Representatives on 3 February, in which I drew the House’s attention to the 2nd Sodomy trial in Kuala Lumpur of Anwar Ibrahim. (more…)

23 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor
Oleh: Yusmawati Mhd Yusof

Pakar ekomoni, Charles Santiago mempersoal kesahihan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi.

Kedua-kedua individu itu patut memberikan angka sebenar dan tidak berselindung di sebalik kekaburan fakta yang mengelirukan rakyat. Hakikatnya, Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur.

Semalam Najib dan Zeti dalam sidang media berasingan menyatakan, kononnya Malaysia telah pulih daripada kemelesetan global berikutan prestasi suku keempat 2009 lebih baik daripada jangkaan. (more…)

23 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily
Oleh Rusli Islam

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

“Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?” soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat. (more…)