Archive for February 25th, 2010

25 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 25 Februari 2010

SIDANG MEDIA BERKENAAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR – “BERMUAFAKAT MENJUNJUNG AMANAH RAKYAT”

Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor.

Sehubungan dengan Konvensyen ini, satu sidang media akan diadakan pada:

Tarikh: 26 Feb (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Tempat: Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana, Petaling Jaya

Sidang media ini akan dihadiri oleh Tuan Syed Shahir (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen), YB Tony Pua dan YB Dr. Che Rosly (Timbalan-Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen) untuk menerangkan aturcara Konvensyen dengan lebih lanjut, serta persiapan dan pengisian yang akan diketengahkan semasa Konvensyen.

Diharap pihak tuan/puan dapat hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT SELANGOR

25 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari MalaysiaKini

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar sama ada untuk membenarkan semakan keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof. (more…)

25 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam. (more…)