24
Feb
10

Polis Guna Akta hasutan Untuk Kekang Kebenaran Mengenai Kes Anwar : Pemimpin PR

Dari TV Selangor

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran polis kerana memberi penjelasaan terhadap isu pertuduhan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di soal siasat polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang 7 Februari lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis.

Salahuddin menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

” Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada YB Manoharan” kata Salahuddin kepada para pemberita kepada pemberita di parlimen hari ini.


9 Responses to “Polis Guna Akta hasutan Untuk Kekang Kebenaran Mengenai Kes Anwar : Pemimpin PR”


  1. 1 seniman 85 Feb 24th, 2010 at 6:22 pm

    KUALA LUMPUR, Feb 24 — Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.
    Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.
    “Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.
    “Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam. – MalaysianInsider

    Mungkinkah Umno BN sedang merancang untuk ‘konspirasi berulang’. Tak mustahil skrip operasi lalang 1987 akan diguna semula dengan sedikit ‘penambahbaikan’ mengikut pemboleh ubah semasa.

    Mungkin Umno BN tengah buat persediaan untuk plan B untuk pastikan Pakatan Rakyat tak berjaya tumbangkan BN pada PRU13 akan datang. Selain plan A yang mungkin melibatkan apa saja cara lain, Umno BN rasa depa kena bersedia dengan plan B kalau-kalau plan A gagal.

    Reply

    angkasawan nasa Reply:

    Saya amat dukacita apabila POLIS akan memendekan Latihan asas kepada # 3 Bulan yang sepatutnya 6 bulan , ini akan melahirkan polis yang tidak “cukup bulan” dilahirkan tidak cukup berat, tinggi dan bidang dada yang tidak menepati kehendak polisi untuk menjadi Polis. saya sebagai warga negara malaysia cukup binbang dengan keputusan ini yang man dilihat bakal Penjaga keselamatan Rakyat dan Negara tidak bermutu. mahukan kita mendapat Polis yang kawad yang kurang memuaskan dan tambakan yang tidak kurang tepat??? serta perundangan yang lemah. latihan asas amat penting untuk melahirkan seseorang Polis yang bermutu. apatah lagi cabaran dari zaman darurat telah berakhir kita akan berdepan dengan cabaran yang lebeh hebat dengan dunia yang makin tidak bersempadan ini. iklim jenayah kini mermelukan kita melahirkan polis yang bukan sahaja punya pelajaran yang tinggi bahkan tahap keupayaan diri yang cukup kental dan pintar memutuskan keputusan yang berani,adil, rohani yang padu, yang amat penting malu dengan rasuah.

    Reply

  2. 2 seniman 85 Feb 24th, 2010 at 6:30 pm

    Oleh Roziyah Mahamad

    KUALA LUMPUR : Tindakan Utusan yang menyiarkan kenyataan seorang pensyarah yang antara lain berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR dianggap sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah. “Utusan akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau. “Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuan hanya satu memecahbelahkan PR dan memberikan gambaran bukuk PR kepada rakyat,” jelas Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com. Beliau juga dalam kenyataannya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah. “Ada pemimpin Umno yang ‘melarikan’ anak raja, membawa duit ‘cash’ keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu,” jelas beliau. Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang pensyarah IPTA yang antara lain berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR. Kenyataan dipetik berkata, perkara itu perlu kerana Anwar memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.Pensyarah itu berkata, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.Justeru kata pensyarah itu, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.
    KUALA LUMPUR : Tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan seorang pensyarah yang antara lain berkata, Pakatan Rakyat (PR) perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR, sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah kerana Anwar belum dibuktikan bersalah.

    “Utusan, adalah akhbar yang diperkudakan Umno untuk mengelirukan rakyat dan ia terus istiqamah melakukan kerja terkutuk memporak perandakan pemikiran rakyat supaya lebih bercelaru dan kacau.

    “Tidak ada kerja lain selain melaga-laga, memfitnah, membohong dan sebagainya. Tujuannya hanya satu, iaitu memecahbelahkan PR dan memberikan gambaran buruk PR kepada rakyat,” jelas Ketua Penerangan Pas Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.com.

    Beliau juga dalam kenyataannya menasihatkan pensyarah tersebut dan Utusan supaya menggesa pemimpin Umno yang jelas disabitkan dengan kesalahan rasuah supaya meletakkan jawatan terlebih dahulu; antaranya Ali Rustam, Isa Samad dan lain-lain bukan Anwar yang belum dibuktikan bersalah.

    “Ada pemimpin Umno yang ‘melarikan’ anak raja, membawa duit ‘cash’ keluar negeri dengan banyak, rasuah, skandal, pernah bunuh orang dan sebagainya tetapi masih mendapat tempat dalam Umno selepas melakukan perkara tersebut tetapi mengapa Umno dan pimpinannya terus memberikan kepercayaan kepada mereka itu pada suatu ketika dahulu?” soal beliau.

    Hari ini Utusan menyiarkan kenyataan seorang pensyarah IPTA yang antara lain berkata, PR perlu menggantikan Anwar sebagai Ketua PR.

    Kenyataan itu dipetik sebagai berkata, perkara penggantian Anwar itu perlu kerana beliau memberi rekod paling buruk kepada pakatan pembangkang dalam sejarah negara.

    Pensyarah itu berkata, ini kerana belum pernah ada mana-mana pemimpin sama ada Ketua Whip atau Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia yang menghadapi pertuduhan sebegitu di mahkamah.

    Justeru, kata pensyarah itu, pemimpin pembangkang perlu memilih sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ketua mereka bagi menggantikan Anwar.

    Dari erapakatan.

    Reply

  3. 3 Hamba Allah Feb 24th, 2010 at 8:25 pm

    Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh seorang anggota Polis. <– ADAKAH ini papa gomo JIKA betul dakwaan yg beliau seorang polis?

    Reply

  4. 4 haji mokhtar Feb 25th, 2010 at 2:26 am

    anwar orang jahat..anwar ejen cia..anwar ada 3b…anwar bla bla bla…anwar bla bla bla..apa lagi nak dikomen..dah begitu skrip cerita.nak sangat lihat penfitnah ni semua ditimpa bala.baru dorang ni tau,allah tu ada ke tidak.

    Reply

  5. 5 caldina Feb 25th, 2010 at 10:47 am

    klu PR, laju je nk pi siasat…klu bn/amngok, ngalahkan siput dorg punye keje..ntah ap2..slogan bermcm-mcm..tp realiti, hmmmm…sndiri pikir…

    Reply

  6. 6 najib Feb 25th, 2010 at 11:40 am

    so easy for one to blame others. Only very few leaders take responsibility of their own actions. I can see the trend in PR now which is inclined to place a blame on anyone or anything so that people can believe in their wrongdoings. Unhealthy, and I guess is not a good way to win the rakyat.

    Even if it’s true, let the rakyat do the judging because I can see that PR is playing the rakyat’s sentiments.

    Reply

  7. 7 joe Feb 26th, 2010 at 1:15 am

    akhbar utusan kan editor2 dah tua dan nyanyuk dia org ingat ni tahun 60 ke. skg rakyat dah celik nak tulis tu agak2 la sikit jangan main hentam jetulis la yang membina sikit

    Reply

  8. 8 iq Feb 26th, 2010 at 9:44 am

    itu la kerja polis….*&^%$#()@!mbekkkk

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners