Dari TV Selangor
Oleh: Yusmawati Yusuf
Kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada meluluskan kenaikan tarif elektrik.
Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Peter Chin mengesahkan pihaknya telah mencadangkan supaya kadar tarif letrik dinaikan.
Pakar Ekonomi Tony Phua berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional akan berlaku tidak adil sekali lagi jika meluluskan kenaikan tarif elektrik itu.
Beliau berkata, sebarang kenaikan harga bukan sahaja bertentangan dengan slogan-slogan yang dicanang Najib tetapi juga membuktikan kepimpinannya lebih mengutamakan kroni-kroni dalam pengagihan subsidi.
“Kalau mereka meningkatkan tarif elektrik adalah amat tidak adil kerana buat masa ini sekiranya subsidi dikurangkan terhadap konsumer, sepatutnya subsidi yang diberikan kepada pihak penjana kuasa bebas perlu dikurangkan dahulu.
“Kenapa pihak itu dapat menikmati subsidi yang begitu lumayan dan menjamin keuntungan yang besar kepada pihak IPP tetapi bagi rakyat pula kerajaan meningkatkan harganya? Adakah ini slogan kerajaan dan Najib bahawa rakyat akan didahulukan? Buat masa ini apa yang kita nampak, kroni-kroni perniagaan-perniagan besar didahulukan manakala rakyat dibelakangi,”katanya.
Tony Phua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, pengurangan subsidi kepada rakyat dengan pelbagai kenaikan harga barang mencerminkan kegagalan Umno-BN menguruskan negara.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan wang dan pendapatan negara secara berkhemah dan telah menyebabkan sekarang kerajaan rumit kewangan iaitu tidak cukup wang dan semua subsidi dikurangkan dan semua harga dinaikkan. Menunjukkan kerajaan selama ini tidak mempunyai kecekapan dalam menguruskan isu-isu ekonomi,”katanya.









Betul la slogan 1Malaysia, Rakyat dahulu mampus pencapaian kroni diutamakan
Reply
IPP harus di beri keuntungan berlipat ganda ini kerana PRU13 hanya dalam masa 2 tahun lagi, kebanyakan IPP adalah milik kenalan UMNO BN, IPP mendapat keuntungan besar dari kenaikan tersebut TNB dulu LLN hanya menjadi jambatan tukang kutip wang dari Pelangan kemudian serah pada IPP. satu badan yang menjadi pemangkin kekayaan IPP. tiada peruntukan yang menbenarkan IPP kutip wang terus kepada pelangan. jadi TNB adalah budak suruhan IPP. kesian pada TNB. ini adalah arca yang di bena oleh TDM yang mana menperkayakan keroni UMNO BN dan memerah poket Rakyat ini bukan masa yang manis untuk memerah wang rakyat susana Ekonomi yang suram mengetirkan kan lagi pendapatan Rakyat kenapa Rakyat di bebankan lagi dengan bayaran lebih??? atau ini cara untuk gertak rakyat supaya sokong UMNO BN menbawa taulan rapat mereka menbuka tenaga eletrik dari ATOM!! bahan menbuat BOM ATOM !! digunakan untuk menjana eletrik . kita cukup binbang dengan cuaca dunia dan pencemaran tertapi UMNO BN menolak hasrat rayuan pencinta alam. Kita juga kuatir sisa buangan dari penjana tersebut!! apakah ZAHARIN akan mendapat tender tersebut??? menbuang sisa yang bisa ini amat rumit sekali di negara maju penbuangan sisa ini berdepan dengan masalah untuk menbuang sisa ATOM ini. Hirosima dan Nagasaki adalah contoh terbaik pada dunia??
Reply
dh mmg dasar bn/amngok ni mmg bengong..tak tahu langsung cmne nak tadbir negara..tau nk nyusahkan rakyat, nk senangkan kroni jek..
Reply
IS THE EXPECTED INCREASE IN THE SPIRIT OF 1MALAYSIA? EVERY YEAR WE READ THE FINANCIAL REPORTS OF TNB AND OTHER PRIVATISED EX-GOVT DEPARTMENTS WHO CLAIMED THEY HAD MADE MILLIONS OF RM PROFIT IN FIRST SIX MONTHS/A YEAR COMPARED TO THE PREVIOUS YEAR. NOW, WHAT IS HAPPENING?
NOW THE CRUDE OIL PRICE IS DOWN BUT OUR ELECTRICITY TARIFF HAS TO BE INCREASED. IS IT SENSIBLE OF THE FINANCE MINISTER/PM? ALL THESE PRIVATISED COMPANIES MUST BE TAKEN BACK BY THE GOVERNMENT AND “SERVE” THE PEOPLE INSTEAD, AND NOT “ROB” THEM (WHO PUT YOU UP THERE IN THE TRUE SPIRIT OF DEMOCRACY).
NOW IT APPEARS THAT THE GOVERNMENT OPENLY CREATES, SUPPORTS/BACKS THIEVES WHO ARE UP TO MAKING FAST BUCKS. THE VERY PEOPLE WHO SAID ARE ONLY INTERESTED IN THE RAKYAT’S AFFAIRS ARE TRUELY SHOWING THAT THEY REALLY ‘TAKE CARE’ OF THE RAKYAT’S HARD EARNED RM!
NOW PM & ZETI SAID WE ARE HEADING FOR BETTER GROWTH; CAN YOU BOTH PROVE TO THE RAKYAT HOW YOU ARRIVED AT RIDICULOUS RATE OF GROWTH? FROM WHERE ARE YOU GETTING THE FUNDS FOR THE VARIOUS OVERNIGHT AREA OF GROWTH/IMPLEMENTATION OF PROJECTS ANNOUNCEMENTS? ARE YOU PLUCKING MONEY FROM THE JUNGLES?
EVER SINCE 2008 THERE HAD BEEN ANNOUNCEMENTS OF TARIFF INCREASES, PETROL PRICE INCREASES WHICH HAVE SPIRALLING EFFECT ON COMMODITIES AND CONSUMER GOODS. WHY ARE YOU ECONOMIC ADIVISORS IN EPU KEEPING QUIET? I KNOW, BECAUSE YOU ARE JUST “YANG MENURUT PERINTAH”!? WHY DID YOU FELLOWS WASTED RAKYAT’S MONEY ON FURTHER STUDIES? ALL OF YOU MUST BE CRONIES & HENCH-MEN ONLY. HUH!
Reply
Tumbangkan sahaja BN/UMNO ini. Slogan hebat untuk didengar dan dilihat sahaja. Hakikat nya ialah ‘Rakyat Ditindas Kroni Diutamakan’.
Rakyat sendiri harus membuka mata dan hati untuk merubah segala kepincangan ini. Kepincangan yang jelas lagi nyata ini hendaklah kita hentikan serta merta. Jangan biarkan ianya berleluasa.
Segala tindakan mereka akan merugikan kita semua. Sepatutnya kerejaan mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan beban kita semua. Apa yang berlaku adalah slogan nampak macam membantu tetapi hakikat kita semua dianiaya sebegitu rupa. Hanya rakyat yang bodoh dan mempunyai kepentingan sahaja yang akan meneruskan sokongan buta tuli kepada UMNO/BN.
Apabila takrif elektrik naik, kos akan meningkat dan inya melibatkan kos barangan dan perkhidmatan pun meningkat.
Setip tahun ashik meningkat sahaja, susah nak dengar perjuangan kerajaan untuk mengurangkan kos kehidupan kita semua. Semua ini kerja gila pemimpin murahan yang mempunyai otak yang terlalu lemah dan tidak layak menjadi pemimpin negara Malaysia.
Janganlah kita sebagai rakyat turut berterusan menjadi bodoh seperti mereka juga. Saya merayu kepada semua agar berubahlah ke arah yang lebih bermakna untuk kehidupan kita.
Reply
rizal30 Reply:
May 27th, 2010 at 12:27 am
tak pernah berlaku penurunan harga barang2 ni… yg berlaku semuanya naik!!!!
aku nk gak dengar sekali barang mcm beras, gula, minyak ni turun…. sanggup aku lari bogel dari perlis sampai johor…hehehe…. mustahil!!!!!!
Reply
aku hangin kalo kerajaan naikkan tarif letrik…
membebankan orang2 yg hidup susah macam aku nih..
harap pr dapat halang niat itu..
Reply
Harga ikan bakal melambung ekoran KIBFG
Wednesday, 24 February 2010
KUALA LUMPUR : Penguatkuasaan peraturan mewajibkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini bakal menyebabkan kenaikan harga ikan dan makanan laut lain secara mendadak serta bekalan yang merosot di pasaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia Datuk Yusoff Ismail berkata senario itu tidak dapat dielak sekiranya penguatkuasaan peraturan berkenaan diteruskan.
“Apa yang kita takuti, nasib rakyat yang merupakan pengguna akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekali gus membebankan mereka,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak.
Yusoff berkata kenaikan harga tidak dapat dielak kerana pengimport terpaksa menokok harga membeli peti KIBFG sehingga hampir RM100 sebuah berbanding sekarang.
“Misalnya harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Begitu juga kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 jauh lebih tinggi dengan harga biasa iaitu RM150,” katanya.
Beliau berkata penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.
Penguatkuasaan peraturan berkenaan yang sepatutnya dilaksana tahun lepas, ditangguh ekoran bantahan pengimport dan pemborong ikan kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi yang dikatakan terlalu mahal.
Yusoff berkata bagaimanapun jawatankuasa berkenaan tidak berhasrat menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan seperti yang pernah dilakukan Mac tahun lepas.
Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada Oktober lepas berkata penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu mengambil kira pewartaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pihak terlibat khususnya pemborong dan pengimport ikan.
KUALA LUMPUR : Penguatkuasaan peraturan mewajibkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) mulai 1 Mac ini bakal menyebabkan kenaikan harga ikan dan makanan laut lain secara mendadak sekali gus mendatangkan kesan ke atas merosotnya bekalan ikan di pasaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia Datuk Yusoff Ismail berkata keadaan itu tidak dapat dielakkan sekiranya penguatkuasaan peraturan berkenaan diteruskan.
“Apa yang kita takuti, nasib rakyat yang merupakan pengguna akan menjadi taruhan kerana dengan peningkatan kos operasi sudah tentu harga ikan melambung tinggi di pasaran sekali gus membebankan mereka,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengimport dan Pemborong Ikan Perak.
Yusoff berkata kenaikan harga tidak dapat dielak kerana pengimport terpaksa menokok harga membeli peti KIBFG sehingga hampir RM100 sebuah berbanding sekarang.
“Misalnya harga kotak 30 kilogram yang digunakan sekarang adalah RM28 manakala KIBFG mencecah RM120. Begitu juga kotak KIBFG bagi 100 kg iaitu RM205 jauh lebih tinggi dengan harga biasa iaitu RM150,” katanya.
Beliau berkata penguatkuasaan peraturan pengimportan ikan basah itu secara langsung akan mengakibatkan harga ikan melambung tinggi di pasaran.
Penguatkuasaan peraturan berkenaan yang sepatutnya dilaksana tahun lepas, ditangguh ekoran bantahan pengimport dan pemborong ikan kerana harga kotak ikan berinsulasi tinggi yang dikatakan terlalu mahal.
Yusoff berkata bagaimanapun jawatankuasa berkenaan tidak berhasrat menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan seperti yang pernah dilakukan Mac tahun lepas.
Mulai 1 Mac ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia akan mewajibkan penggunaan KIBFG yang bertujuan memastikan kualiti ikan yang dibawa masuk ke negara ini lebih selamat, bersih dan segar sejajar dengan pembaharuan dalam industri perikanan pada masa sekarang.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar pada Oktober tahun lalu berkata, penguatkuasaan penggunaan KIBFG itu mengambil kira pewartaannya pada 2006 yang tertangguh disebabkan pelbagai alasan daripada pihak terlibat khususnya pemborong dan pengimport ikan.
Reply
ni la keje2 org2 yg tak tau mentadbir negara..
Reply
Penanguhan harga Bayaran Elektrik oleh UMNO BN adalah satu Rahmat buat Rakyat yang sedang berdepan dengan suasana Ekonomi yang pudar. akan tetapi sebaliknya kepada Persatuan Pengeluar Tenaga Bebas mereka agak haloba untuk mndapat wang dari Rakyat, dengan budi bicara yang tidak sebelah mereka!! walau apa pun Penanguhan ini bukan bermakna bill elektrik kita akan terpaku pada harga sekarang kita yakin harga bill elektrik akan Naik yang kononya harga tidak setimpal dengan zaman, dari sudut untuk memecah tabung rakyat dilihat UMNO BN amat gumbira dan di salurkan ke tangan Toukeh IPP. Elektrik kini bukan lagi berbentuk satu tangungjawab UMNO BN kepada Rakyat tertapi telah sebaliknya berlaku sejak LLN Lembaga Elektrik Negara diambil alih oleh TNB Elektrik telah menjadi bahan Perdagangan mudah alih dari berbentuk kewajipan kepada komisilan (Niaga) yang pasti puncaknya menbuat keuntungan.
Angkara itu Rakyat yang pasti akan ditimpa kenaikan Harga Elektrik berganda pada masa hadapan akibat penanguhan ini, jalan terbaik TNB harus menbuka tawaran kepada TNB IPP yang menberi harga termurah akan di beri tender secara tahunan, semua perjanjian IPP sewaktu TDM harus terbatal ini kerana perjanjian tersebut berciri tak mesra penguna.
Kebanyakan IPP adalah punca permanasan Global ini kerana hampir kebanyakan IPP dari gas atau Arang batu menbuat pelepasan pembakaran. Kilang kelapa sawit dan IPP dua punca pemanasan Global di negara ini. Rakyat dan pemaju perumahan harus didik pentingnya pengunaan tenaga solar sebagai jalan pilihan selain pilihanraya untuk menukar tampuk negara supaya kajian semual keatas semua utility dikaji semula.
Reply
lurus bendul Reply:
March 1st, 2010 at 1:56 pm
Kenapa IPP keluarkan 14 hingga 18 sen per w. sedangkan kos Penjana milik TNB 8 – 9 sen per w.??
TNB kena tipu oleh IPP 14 sen per w harga yang di keluarkan oleh penjana bebas sedangkan kos hiliran di tanggung oleh TNB, selangara pencawang dari IPP Bebas di bahu TNB dan banyak lagi kos hiliran yang terletak di bahu TNB. setiap sen tenaga yang keluar diguna atau tidak TNB harus bayar pada IPP, ini perjanjian apa??? YTL Power, Powertek, genting power dan banyak lagi IPP penjana bebas mendapat keuntungan yang berlipa ganda dari Perjanjian oleh UPU dan TDM yang di katakan cukup pakar dalam ekonomi????? budak SPM pun tahhu ini perniagaan bodoh oleh UPU dan TDM. yang menangung beban adalah Rakyat melata.
Dalam masayang sama IPP pula dapat subsidi Gas dari Petronas!! kalau inilah caranya Kerajaan UMNO BN berniaga alamat kita akan menbebankan Rakyat. Negara yang berdepan dengan ekonomi tegang tertapi kita di perbodohkan oleh IPP, bersediakan Bank Negara umunkan NPL negara berapa banyak Rakyat tak bayar Kad Visa,Hutang rumah,kereta,fon dan sebagainya.saya percaya NPL telah mencanak!! tapi Bank Negara tak berani umun!!! .
Reply
rizal30 Reply:
May 27th, 2010 at 12:35 am
ni la yg dinamakan RIBA yg diulang2kan dalam al-Quran. kenapa Allah amat bencikan RIBA ni? yg kaya akan bertambah kaya, yg miskin sampai bila2la papa kedana… memang tak pernah terjadinya keadilan kalau kita masih mengamalkan RIBA ni…. korang pikir la sendiri, kenapa semua ni terjadi… pandang menggunakan mata hati, fikir menggunakan akal bukan main bedal jer… sekarang sape yg susah? kita jugak, rakyat yg sering tertindas dek kroni2 haprak nih
Reply
kenaikan ini takdapat dielakkan, bahan mentah telah naik harga, upah juga naik, rakyat mesti faham bahawa tiada kerajaan yang baik didalam dunia ini selain dari kerajaan bee end. kerajaan bee end lah yang berjuang untuk melahirkan beberapa kerat billioner melayu. apa salahnya kalau setiap rakyat bersedekah kepada syarikat ini demi kebaikan negara. inilah antara ciri-ciri rakyat didulukan pencapaian di utamakan.
rakyat didulukan bermaksud apa-apa kenaikan kos mestilah didulukan rakyat untuk menanggungnya, dan apabila rakyat telah terpaksa menanggung semua bebanan ini barulah apa yang nak diutamakan oleh kerajaan dapat dicapai. saya harap pandangan ini dapat diperbetulkan jika tuan-tuan merasakan ialahnya salah.
Reply
KIKO Reply:
February 26th, 2010 at 7:12 pm
Diaorang nak pakai duit untuk repair kapal selam yang tak boleh menyelam hari tu… duit dari hasil jualan dua enjin jet tak cukup lagi… hmmm… jet pejuang pun tak reti nak jaga ni nak jaga kapal selam pulak dah… habis la duit rakyat mcm ni…
Reply
Penjelasan kerajaan, untuk rakyat (pengguna domestik) yang menggunakan elektrik lebih 3ookw sebulan, akan ada kenaikan, untuk yang tidak menggunakan tenaga sebanyak itu, tidak berlaku kenaikan langsung. Tapi siapa yang peduli? Yang mereka tahu asal saja ada yang naik, akan adalah bantahan, lebih lagi bila pembangkang masuk campur.
Sudahlah selama ini pun pembangkang sering memainkan isu subsidi kerajaan kepada IPP yang dikatakan menjadi punca TNB sering menaikkan harga tarif. Kebenaran disebalik dakwaan itu masih tidak terbukti dimana-mana kerana jikapun ada subsidi kepada IPP, ia untuk rakyat juga akhirnya kerana dengan subsidi itu IPP menjual tenaga yang lebih murah kepada TNB dibanding tanpa subsidi.
Personaliti yang sering jadi sasaran ialah Vincent Tan (melalui Berjaya Group) yang dikatakan kroni orang tertentu tapi ramai tak tahu, selain Vincent Tan ada ramai pengusaha IPP lain yang dimiliki bumiputera antaranya Jimah Power di Negeri Sembilan.
Yang ada otak fahamlah, yang tiada otak bagaimana?
Berbalik pada isu kenaikan tarif ini, banyak pihak nak menuding jari kepada TNB walaupun TNB sendiri terikat kepada kerajaan. Sebagai GLC yang dimiliki sebahagiannya oleh Khazanah Holding Bhd – sayap pelaburan utama kerajaan dibawah Kementerian Kewangan, TNB tidak punya autonomi untuk menaik atau mengurangkan tarif sesuka hati.
Sama halnya dengan syarikat utiliti lain milik kerajaan seperti TM, PLUS dan Pos Berhad (kini milik Tan Sri Syed Bukhari).
Ramai rakyat yang tidak tahu bahawa peranan kerajaan di dalam selia kawal syarikat berkaitan kerajaan ialah “Hands Off, Eyes On”. Maksudnya dalam banyak hal berkaitan operasi GLC, kerajaan tidak akan masuk campur kecuali bila ia berkaitan dengan caj perkhidmatan yang dikenakan.
Dalam hal ini, kenaikan tarif elektrik.
Jadi suka atau tidak, ini (kenaikan tarif) memang sebenarnya keputusan kerajaan, bukan TNB dan apakah pertimbangan kerajaan bila menaik atau menurunkan tarif TNB? Tidak lain dan tidak bukan subsidi.
Bagi menghasilkan tenaga, IPP dan TNB sendiri (bukan semua) menggunakan gas asli dimana gas asli ini dijual oleh Petronas pada kadar RM 10.70 bagi setiap mmbtu (BritishTermal Unit) berbanding harga sebenar.
Bagi IPP yang menghasilkan tenaga menggunakan arang batu, kerajaan tidak memberikan subsidi kerana arang batu yang digunakan untuk menghasilkan tenaga di Malaysia diperolehi dari luar negara yang harganya tidak dikawal oleh kerajaan, disamping penggunaannya yang mencemarkan alam sekitar.
Untuk gas asli saja kerajaan (melalui Petronas) telah memberikan subsidi sebanyak hampir antara 71-77 peratus bagi setiap mmbtu dan dalam keadaan sekarang, jumlah ini semakin hari semakin meningkat. Pengiraan mudah, bagi setiap RM 10.00 kerajaan menanggung subsidi antara RM 7.
And again, bila membicarakan tentang subsidi, sudah tentu pertimbangannya ialah bagaimana bijak kerajaan menguruskan subsidi agar negara tidak jatuh bankrap dalam masa yang sama.
Soal subsidi tenaga memang soal yang sangat berat, sebab itu tiada parti yang mampu menulis di manifesto pilihanraya untuk mengekalkan harga murah pada setiap masa dan selamanya. Dalam soal BN, walaupun tak tulis, kita beri juga dan kaji dari masa ke semasa.
Gunung yang ditakik setiap hari pun akan jadi tanah rata juga akhirnya.
Kalau boleh penulis memang mahu semua benda murah, minyak murah, letrik murah, air murah, gula murah, beras murah, bukan setakat murah saja tapi kekal murah sampai bila-bila. Tapi kebenarannya kita semua tahulah – itu tidak akan berlaku sampai bila-bila pun walau siapa pun menjadi kerajaan di Malaysia ini, setakat cakap sebelum dapat bolehlah.
Yang boleh kita buat ialah mengawal penggunaan tenaga, mana yang tidak perlu padamkan, jangan dibazirkan bagi mengelakkan penggunaan tenaga melebihi 200kw sebulan. Gunakan juga peralatan elektrik yang mesra alam dan tidak menggunakan tenaga yang banyak.
Itu jelah pilihan yang ada, apa lagi yang boleh dibuat?
sumber Bernama
Reply