23
Feb
10

Pemulihan Ekonomi, Retorik Politik UMNO BN

Dari TV Selangor
Oleh: Yusmawati Mhd Yusof

Pakar ekomoni, Charles Santiago mempersoal kesahihan kenyataan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Malaysia telah pulih dari kemelesetan ekonomi.

Kedua-kedua individu itu patut memberikan angka sebenar dan tidak berselindung di sebalik kekaburan fakta yang mengelirukan rakyat. Hakikatnya, Malaysia bukan lagi negara pilihan pelabur.

Semalam Najib dan Zeti dalam sidang media berasingan menyatakan, kononnya Malaysia telah pulih daripada kemelesetan global berikutan prestasi suku keempat 2009 lebih baik daripada jangkaan.

Mereka dilihat cuba memberi gambaran positif mengenai situasi ekonomi negara yang bertujuan meraih sokongan rakyat yang sekian lama terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan.

“Kedua-dua Tan Sri Zeti dan Perdana Menteri tidak memberikan apa-apa angka pemulihan ini telah berlaku. Apa yang kita baca dari akhbar-akhbar ekonomi bahawa pelabur-pelabur asing tidak begitu minat untuk melabur di Malaysia kerana daya saing telah jatuh dan sekarang bersaing berdasarkan kepada upah rendah dengan Vietnam dan Kemboja, malah Indonesia telah memintas Malaysia.

“Sebenarnya daripada tahun lalu, kita dapati pelabur asing dan dalam negara telah keluarkan pelaburan mereka ke luar negara ini menunjukkan ekonomi parah, sebab itu saya mengatakan bahwa penganalisa dan sebagainya akan tunggu angka yang akan dikeluarkan esok menunjukan benarkah ekonomi Malaysia telah pulih semula,”katanya.

Mengikut Charles, faktor yang mendorong keengganan pelabur asing ke negara ini termasuk masalah kestabilan politik dan guna tenaga kerja. Jadi, kurang bijak untuk mana-mana syarikat menjalankan perniagaan berskala besar.

Beliau yakin Najib menyedari faktor itu tetapi cuba memutar belit isu ekonomi untuk tujuan politik, selain kerap bertemu dan meminta ahli perniagaan Malaysia supaya tidak mengeluarkan pelaburan dari negara ini.

“Mereka tidak datang ke Malaysia kerana keadaan politik dan juga isu berkait agama dan juga kaum, mereka fikir Malaysia tidak stabil seperti dulu. Ketiga Malaysia tidak ada teras pengurusan untuk menjalankan perniagaan mereka.

“Ini menunjukkan kerajaan takut ada trend untuk keluarkan pelaburan peniaga dan pelabur-pelabur Malaysia. Jadi ini tidak menunjukkan sebenarnya ekonomi Malaysia telah pulih balik, bila angka keluar esok oleh Bank Negara dan Kementerian Kewangan kita akan dapati secara terperinci apa sebenarnya berlaku.

Charles menyifatkan Malaysia berdepan isu ketidakkeyakinan pelabur dalam mahupun luar negara. Masalah kepimpinan dan ketidakcekapan pengurusan kementerian bertanggungjawab, antara punca utama.

“Kalau orang luar tidak mahu melabur kita faham, tetapi kalau orang Malaysia sendiri tidak mahu melabur kerana tiada kepercayaan, ini menunjukkan mereka tidak yakin dengan kepimpinan yang ada sekarang dan Kementerian yang menguruskan ekonomi dalam Malaysia atau tidak percaya dengan dasar-dasar Malaysia.


20 Responses to “Pemulihan Ekonomi, Retorik Politik UMNO BN”


  1. 1 ibrahim man Feb 23rd, 2010 at 8:32 pm

    untuk makluman semua, peruntukan kewangan bagi semua sekolab sekarang telah dipotong bagitu banyak. Contohnya tahun lepas (2009) peruntukan untuk perjalanan guru dan staf bukan guru bagi sekeloh PTJ yang mempunyai 700 orang pelajar di Perlis diperuntukan lebih RM20000.00 tetapi pada tahun 2010 peruntukannya telah dipotong sehingga tinggal RM3000.00 sahaja untuk enam bulan pertama. Perbelanjaan untuk mengurus/menghantar pelajar ke kejohanan sukan dan permainan langsung tidak diberikan sehingga tarikh surat ini ditulis. bermakna sekolah yang jauh seperti SMK Padang Besar, SMK Tg Fauziah, SMK Tg Budriah, SMK Sanglang dll akan menghadapi masalah yang amat serious dalam mengurus aktivit Kokurikulum khususnya, kejohanan olahraga dan permainan peringkat MSSPs atau peringkat negeri.
    Begitu sereousnya kegawatan ekonomi sudah dirasai. Di mana wang untuk menyewa bas atau van yang pada tahun lepas mencecah berbelas ribu ringgit? Sama-sama lah kita tunggu pengumuman pemulihan ekonomi oleh PM atau Gabenor BNM.

    Reply

  2. 2 Boring Feb 23rd, 2010 at 10:01 pm

    In whatever way we may look at the business environment in Malaysia…the use of just a “Word” reflex the mentality and how this country are run and govn…scared the shits out any living person and to ask investor to put money here…is as good as asking them to throw their money into the sea.

    Throwing money into the sea,at least you can hear the dropping…Sound !

    Reply

  3. 3 Faizal Feb 23rd, 2010 at 10:11 pm

    Salam

    Saya yang rakyat yang tak paham ekonomi ni pun telah rasa ekonomi pulih, sebab projek banyak dijalankan, kerja-kerja untuk ahli profesional macam saya berlambak-lambak sekarang compare semasa Pak Lah jadi PM…

    Reply

    benci bn Reply:

    ngko tak tgk sekitar, tu sbb ko kate bnyk projek..projek ap yg ko ckp bnyk tu? projek kerajaan ke swasta? org krajaan sume tau semue jbtn kene potong budget dlm jumlah yg banyak..bajet bnyk pi pd kroni2 yg jlnkan keje2 yg kos tinggi hanya pd kertas, tp tak pd realiti…

    Reply

  4. 4 Suara Rakyat Kunak Feb 24th, 2010 at 12:31 am

    Salam DSAI, Saya dari PKR Kunak memohon kepada Allah semuga Konsprasi ke 2 yang bertanggung jawab ke atas DSAI akan menerima balasn dari yang maha kuasa. Pendapat saya macam ini, selagi UBN memerintah di Malaysia, Ekonemi Malaysia tak akan pulih. Saya lihat di Malaysia sekarang ini, yang kaya bertambah kaya, ci miskin jadi papakedana. Kita lihat saja di Daerah Kunak, Peruntukan yang keluar tak ada faedah untuk keseluruhan Rakyat Kunak. Peruntukan yang keluar seperti, Alat2 Karoke untuk kuncu2 YB Kunak, Alat Gim yang sama sekali tak berfaedah untuk Rakyat Kunak dan seterus nya Tembok di dekat rumah PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat). Kalau lah di Daerah Pembaziran berlaku, apa lagi di Pusat macam2 Pembaziran, Juara Rakyat guna wang Rakyat, 1 Malaysia, guna Wang Rakyat, Permata, guna wang Rakyat, sehinggahkan Sekolah2 di seluruh Malaysia di kurang kan bujet. Saya Suara Rakyat Kunak berharap kepada DSAI, kalau lah 1 hari nanti, Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan Negara Malaysia, Kehakiman, SPR, PDRM dan SPRM serahkan kepada Naungan YDP. agar nampak Demokerasi yang sebenar wujud di Malaysia. Akhir se kali, berikan lah Negeri Sabah 25% hasil minyak Sabah. Salam Refomasi.

    Reply

  5. 5 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Feb 24th, 2010 at 3:24 am

    Askm dsai

    OFF TOPIC SIKIT.

    Foto di : http://bbcatlover.blogspot.com

    Tadi jamil menghadiri mansyuarat khas Putrajaya di pejabat keadilan parlimen bandar tun razak. mensyuarat khas tersebut adalah kerana keadilan Putrajaya telah di luluskan oleh ROS . alhamdullilah. anatar tetamu ke hormat yang di jemput ialah kawab baik jamil di waktu era reformasi iaitu Ahli Parlimen Balik Pulau Yb Yusmadi. alhamdullilahw alaupun telah menjadi Yang Berhormat Beliau tidak melupakan kawan. jamils ahaj nak mencuba duduk diam je. sebaik ej beliau amsuk beliau terus ke arah jamil bersama .dan kami berpelokan.sebab lama dah tak jumpa. tahniahYb Yusmadi anda layak bergelar Yb . walaupun sudah di atas tidak melupakan kawan.

    Antara kata-kata Yb Yusmadi beliau seronok dengan keadilan putrajaya sebab kebanyakan ahli keadilan putrajaya ialah orang lama Reformasi. dalam ucapan beliau berkali-kali beliau menyebut nama jamilkucing. beliau juga memberi sedikit maklumat tentang keadaan pembicaraan dsai. banyakc erita-cerita lama kami waktu reformasi keluar.beliau mahu keadilan putrajaya kembali berkerja seperti di waktu era reformasi.

    Beliau berkata sekarang heboh jika dsai masuk penjara bagaimana nak berkerja. kata beliau apa yang perlu di risaukan.dulu waktu reformasi dsai di mana?.bukankah dalam penjara. orang keadilan awal dan reformasi sambil memandang jamil beliau berkata kita mil dulu macamana..kita boleh berkerja. malah katanya dulu dsai dalam penjara kita kerja sampai dsai bebas. jadi kata beliau apa yang penting kita berkerja.tak kira dsai dala ke luar.

    Beliau juga bercerita sikit tentang Zaharain.kata beliau .itu semua salah kita sendiri. kita mengharap zaharain tinggi sangat. zaharin bukanlah layak di harap. beliau bukanlah orang reformasi atau waktu keadilan di tubuhkan. zaharin dulu ahli umno .pegang syarikat besar. hidup mewah.hidup senang lenang. bukan seperti kita orang reformasi. zaharin maha boleh tahan susah. dari zaman umno beliau hidup senang. jadi beliau minta orang keadilan jangan terlampau mengharap sangat dengan orang-orang yg pernah hidup mewah.

    Tentang PKR pula kata beliau .PKR ini adalah sebuah parti yang sangat istimewa. segalanya apa sahaja,akan bercakap pasal keadilan. PKR istimewa sebab kebanyakan ahlinya bukan datang dari golongan bangsawan.koperat . sebaliknya dari segala jenis orang. dan apa yang paling beliau suka kita kebanyakan orang keadilan dan reformasi bukan jenis kaki kipas pemimpin. sekali lagi beliau bertanya apda jamil betul tak? off couse jamil setuju. kami orang reformasi keadilan kami tidak tahu mengipas ponggong pemimpin.betul kami sokong salah kami tegur.we dont care who you are. even dsai.

    Reply

  6. 6 Rakyatbiasa Feb 24th, 2010 at 3:25 am

    Begitulah untuk berselindung di balik kepura-puraan ..lakonan cukup bagus..dalam kertas boleh kata pulih,tapi pada dasar sebenar tak cukup duit…sebab kebanyakan peruntukan Jabatan-jabatan dan Agensi kerajaan kena kurangkan bajet…kenap dan mengapa? Kalau demikian jawabnya adalah ekonomi masih merosot… Berterus terang apa salahnya ,,be gentlemen lah..tak payah nak malu dan takut dengan Negara-Negara lain…Kes ekonomi meleset tak diambil sibuk dan berat tetapi kalau kes lain ..ah…bukan main lagi…lebih-lebih lagi kes liwat rekaan terlalu sibuk pula…bila lauar Negara bising melenting pula…jaga lah sedikit jangan Malaysia di pandang satu macam oleh Negara-negara luar…Jaga lah imej Malaysia yang dulunya lebih terkenal dimerata dunia…

    Reply

  7. 7 jessel Feb 24th, 2010 at 7:11 am

    Jadi adakah sekiranya AI memerintah ekonomi negara kita dapat dipulihkan? Adakah pelabur akan yakin dengan kecekapan bakal pengurusan kementerian yg bertanggungjawab sedangkan AI sendiri mengakui tersalah pilih calon dalam PRU lepas. Tidak mustahil AI boleh tersalah pilih orang yg akan bertanggungjawab dalam menarik pelabur asing serta memulihkan ekonomi Malaysia.

    Reply

    caldina Reply:

    be positive la kwn….bg die pluang..takde orgla bleh jamin, tp skurangnye dh nmpak gak selangor punye corak pentadbiran yg makin baik even br beberapa thn memerintah berbanding bn yg dh lbih 50 thn memerintah, tp makin terlangkup..cube bandingkan brp ramai profesional dlm PR berbanding yg dlm bn? bn ni, pemandu teksi pon jd adun la..ap nk takut pd perubahan klu keadaan skrg pon makin mendesak..tau tak konsep hijrah???

    Reply

  8. 8 caldina Feb 24th, 2010 at 7:56 am

    hancur la malaysia ni klu lame lg amngok/bn ni pegang kepimpinan…

    Reply

  9. 9 school_teacher Feb 24th, 2010 at 9:54 am

    Assamualaikum to DSAI and PR leaders.

    I am a lecturer currently working in a private institution in the Klang Valley. My wife is a public school teacher and we both work within a walking distance of each other. I also have plenty of ex-coursemates who are working in various schools throughout Malaysia.

    As I am sure all the readers sympathetic to the PR cause will agree, the funds dedicated to public education this year (2009/10) is simply pathetic. However, as I read through blogs, and alternative news portal, this issue has not been sufficiently raised by the Selangor State government and PR as a whole. Some of the areas where cuts have been made include: co-curriculum activities at the national levels (MSSM) (which renders state and district levels unnecessary and therefore suffer similar fate), utility cuts – my wife informed me that in her school, ceiling fans in classrooms must not be turned on earlier than 9 o’clock and after 5 o’clock to save on bills (imagine in this heatwave), allocations for student activities, the arts and others have been cut etc.

    I implore the PR to put pressure on the federal government to at least justify these cuts and where the funds are being funneled to. Since the late 90′s, the privatisation of education has caused public institution to take a backseat in the agendas of the ruling party. The emergence of preferential treatment towards so-called “well-performing” schools is also alarming. Education is a an issue dear to all Malaysians – rural and suburbian – and we would gladly give up on ‘precious’ oil royalties to see our young generation getting proper education at schools. Thank you for listening.

    Reply

  10. 10 Awang Cakna Feb 24th, 2010 at 9:58 am

    Semalam baru diumumkan pelaburan sektor pembuatan merosot 48% dari RM62.8 billion 2008 kepada RM32.6 billion tahun lepas. Macam mana ekonomi pulih …. FDI lagi teruk…

    Reply

    mak bonda Reply:

    Ini satu lagi usaha nak tipu Melayu , berapa banyak kilang tak beroperasi??? macam nana yang di katakan Ekonomi pilih????. peluang kerja makin kurang ada yyang tiada kerja?? jangan nak menipu Rakyat kami di bawah merasa keperitannya, masa nak menipu dah tamat!!

    Reply

  11. 11 HJ BOH,Muar Johor Feb 24th, 2010 at 2:58 pm

    TIdak ekonomi sudah pulih dan nampak pelabur2 luar dah mula berduyun2 masuk malaysia utk melabur,betulkah ni napiah cakap dgn budak jaga kereta bolehlah,pembohongan demi nak menyakinkan rakyat atau YB pakatan,sedih2 gelagat menteri2 malaysia,dah sah kaki seruduk……..sebenarnya pelabur2 berduyun datang hendak tutup pelaburan bukan nak tambah,kerana takut lesap dibedal..haha..penipu besar……..

    Reply

  12. 12 gajah pahat Feb 24th, 2010 at 10:24 pm

    menguncup 1.7% tu maksudnya kalau tahun2008 kita dapat seratus maka tahun 2009 kita hanya dapat 98.3 sahaja, maknanya menurun le tu. kalau hasil kdnk kita 700 billion pada tahun 2008 maksudnya pada tahun 2009 kdnk kita hanya hanya 680 billion.

    Dengan pengeluaran minyak berterusan 500-700 ribu barrel sehari, berpuluh-puluh juta tan minyak sawit dikeluarkan, kdnk masih menurun kenapa yek?

    jawapannya ialah pengurusan yang tidak cekap, adakah yang bersalah tu ceo syarikat-syarikat, atau yang lebih tinggi dari itu lagi, kiat dah tau jawapannya.

    DSAI, bila agaknya ekonomi kita akan pulih dengan kdnk 8% setahun..entah le

    Reply

  13. 13 dina Feb 25th, 2010 at 2:20 am

    Kita semua kena ingat. Ini semua mungkin strategi politik mereka. Kerajaan pusat pada pandangan saya sedang berusaha untuk berjimat-cermat dan tidk begitu kisah dengan kemarahan kakitangan kerajaan buat ketika ini.

    Mereka memotong semua kos, elaun dan lain-lain untuk memastikan bahawa wang simpanan negara bertambah baik buat masa ini.

    Tetapi ingat! Apabila dekat dengan pilihanraya, maka pada waktu inilah segala kemewahan akan di taburkan buat semua kakitangan serta rakyat. Pada ketika itu mereka akan menunjukkan kehebatan ekonomi sebenar kepada rakyat yang mereka benar-benar telah berada dalam keadaan yang baik dengan memberikan bonus dan macam-macam lagi.

    Inilah strategi mereka yang saya jangkakan yang mungkin kita semua terlepas pandang. Ini adalah hasil penelitian peribadi saya. Rakyat Malaysia akan terpukau dengan BN pada masa pilihanraya kelak di mana segla macam kemewahan buat mereka akan ditaburkan sehingga mlalaikan rakyat semua.

    Setelah mereka menang maka mereka akan kembali menghimpit rakyat. Inilah kerja mereka. Maka, kita semua jangan tertipu dengan cara mereka.

    Reply

  14. 14 Nasaei Ahmad Feb 25th, 2010 at 3:47 pm

    Salam,

    Prestasi baik “KUNUNNYA”..

    Bahang kenaikan harga barang tetap dirasai..membelenggu rakyat..Menteri tak rasa apa2 bahang…walaupun harga beras RM300 sekampit !

    Rakyat golongan marhaen terbanyak tau bahangnya..

    Reply

  15. 15 suri Feb 26th, 2010 at 10:25 pm

    kita rakyat sungguh malang kerana bertuankan keldai di iringi hulubalang unta yang tergedek2 membangga diri di hadapan barisan rakyat yang berkepala otak, sambil tuan keldai di apit terus si gagak betina yang perasan cantik mcm merak yang perasan bagus mcm singa…

    tuan2 yang bangang2 ini kerjanya asyik menipu rakyat , mencuri dan mengambil hak org lain ..megahnya mereka di atas tanpa kredebiliti untuk berada di singgahsana…tapi sampai bila mahu terus main wayang di panggung tanah melayu dan tanah borneo..rakyat dah bosan dengan drama2 cover line dari dulu sampai sekarang…

    PM dan isteri, timbalan PM dan semua menteri kabinet…YB2 parlimen BN…MENTERI BESAR PERAK YANG PERASAN BAGUS en.ZAMRY ….saya jijik melihat anda di mana2 media di mana2 gambar di mana2 sahaja org yg menyebut nama kalian..jijik dan sakit hati…tak perlu guna kemeterian hal ehwal dlm negeri mahupun polis untuk periksa blog2 rakyat yg mencaci ..cacian rakyat kepada kalian adalah balasan TUHAN atas segala penipuan dan kemungkaran…saya dan kami sungguh bosan dengan keadaan tapi kami tetap berpegang pada peraturan iman dan islam…REDHA DENGAN APA YG TERJADI PASRAH KEPADA ILAHI..BALASAN PASTI ADA BAGI SETIAP YANG BERLAKU DALAM KEHIIDUPAN DI DUNIA INI.

    takkan selamanya senang jika kesenangan hari ini dapat dari hasil main wayang…buat PM NAJIB hari minggu 28/02/2010 ini saya dan seluruh rakan taulan di KK dah berpakat untuk memberi sokongan padu kepada DSAI dan LIM KIT SIANG. X perlu org2 BN sibuk mencanang org cina singkir melayu kerana di BN sendiri org cina dah banyak lari dari BN…tu pasal kalau keldai ..keldai jugak mana nak sama si raja singa… berslogan 1 malaysia tapi x reti apa itu 1 malaysia..

    Reply

    RAIS KAKI LETUP Reply:

    Marah betul hang Suri ni,samalah kita serupa,kedatangan keldai dan diiringi oleh singa laut,salah!(darat) akan keSabah/sarawak membuat pembohongan/penipuan setiap bulan…..siapa bodoh….

    Reply

    RAIS KAKI LETUP Reply:

    Marah betul hang Suri ni,samalah kita serupa,kedatangan keldai dan diiringi oleh singa laut,salah!(darat) akan keSabah/sarawak membuat pembohongan/penipuan setiap bulan…..siapa bodoh…….

    Reply

Leave a Reply