Pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor

19 February 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

MAKLUMAN MEDIA

Saudara-saudari,

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMULIHAN PERUMAHAN TERBENGKALAI NEGERI SELANGOR

Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke majlis pelancaran Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Negeri Selangor pada:

Tarikh: 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 9:30 pagi

Tempat: Perkarangan Perumahan Penduduk Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil Kerajaan Negeri untuk memulihkan projek-projek perumahan yang terbengkalai dan mempercepatkan kelulusan untuk penyerahan rumah-rumah tersebut. Langkah proaktif Kerajaan Negeri ini akan membuka jalan penyelasaian kepada masalah pembeli yang masih belum mendapat rumah setelah menunggu sehingga lebih 5 tahun, dan memastikan rakyat negeri Selangor dapat memiliki rumah sendiri.

Majlis ini akan dihadiri 500 pemilik rumah yang telah siap dibina, serta ahli jawatankuasa-jawatankuasa pembeli rumah yang mewakili lebih 5,000 ahli. Pada majlis ini juga, YB Dato’ Seri Penasihat Negeri Selangor akan menyerahkan kunci kepada para penduduk.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Pendapat Anda

Switch to our mobile site