Dari Malaysia Kini
Bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Param Cumaraswam berkata, mengikut standard antarabangsa, perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling tidak adil.
Param yang juga salah seorang peguam Anwar berkata, keengganan pihak pendakwaraya untuk memberi senarai saksi dan bukti kepada mereka, amat sangat dikesali.
“Ianya bercanggah dengan prinsip yang terima dalam keadilan sejagat,” katanya.
Param berkata, taktik yang digunakan oleh pihak pendakwaraya itu, dalam perbicaraan kes ini, harus dihentikan.
Karpal Singh, seorang lagi peguam Anwar, bersetuju bahawa perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar adalah tidak adil kerana walaupun sudah seminggu berlalu, pihak peguambela masih belum memperolehi senarai saksi.
“Mengapa pendakwaraya merahsiakan senarai saksi? Pihak peguambela perlu tahu siapakah saksi-saksi.
“Sepanjang 40 tahun menjadi peguam, ini adalah kali pertama di mana senarai (saksi) tidak diberikan oleh pihak pendakwaraya,” kata Karpal .
Seorang lagi peguam, Sankara Nair berkata dokumen-dokumen harus disediakan awal bagi mengelakkan penangguhan untuk pihak peguambela mendapatkan pandangan pakar.
“Sehingga hari ini, kami dihalang memperolehi lebih banyak bukti walaupun hakim (Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah), telah mengarahkan pihak pendakwa berbuat demikian,” katanya.
Pada 16 Julai lalu, Hakim Mohamad Zabidin mengarahkan pendakwaraya menyerahkan kepada pihak peguambela, senarai saksi, bukti, rakaman CCTV dan laporan perubatan berhubung kes tersebut.
Bagaimanapun, keputusan itu dibatalkan selepas pihak pendakwaraya mengemukakan rayuan. Selepas itu, Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Anwar.









Any semen stain will be disintegrated. So what is Saiful and prosecutor is talking about?. After two days, there is still semen in the anus?. No penetration, still has semen? What a joke…
If your child has a fever, the doctor will give suppository, and after inserted, the fever will be gone within minutes. The anus and rectum has the ability to disintegrate any foreign items, especially liquid.
Why we are being dragged into this stupid court case… what a waste of tax payer money… there are still plenty of cases pending in Malaysian courts, yet they still have a luxury to entertain this stupid court case.
I pay yearly tax at maximum tax bracket. Where the money goes? to a submarine that faulty after being delivered!!!, to a stupid court case that waste everybody’s time!!! to politician and ministers who only things about their survival…? To a public servant like judges, prosecutors that do not know which is right and wrong???? or to let our current government to deprive the opposition State…. what is this????
Is there any way that I can opt not to pay tax????? I rather give my money to charity.. At least I know, they will use the money for a good cause.
Reply
aziah Reply:
February 19th, 2010 at 5:19 pm
salam. my husband paid all his income tax money to zakat bodies. a bit tedious. pay zakat by 31 dec of the current year to be exempted of the income tax, next year. make sure the receipt has the current year date. next, enclose a letter to lhdn asking for the exemption with the zakat receipt attached. He chose the zakat bodies of any particular state.
Reply
salam dato sri..keadilan di malaysia sudah hancur semenjak dulu..lagi..kini rakyat sudah tidak percaya kepada keadilan mahkamah dimalaysia.. saya cadangkan dato sri membawa kes dato sri kepada mahkamah keadilan antarabangsa.. senang cerita.. x payah membazirkan masa dan wang ringgit dengan mahkamah di malaysia ini..
faizal
http://www.cendawan-timur.blogspot.com
Reply
The whole trail is sham to Malaysia and Malaysian. The whole world know’s that,how could it be fair ?
Is a mockery and sham to the Malaysia Justice System !
Reply
inilah kekuatan pihak pendakwa, mereka ada kuasa untuk buat apa saja, tidak menyerahkan senarai saksi merupakan strategi mereka dengan harapan pihak pembela akan kelam kabut.
Tapi bukti yang penting ialah adakah bukti bahawa dubur saiful telah di liwat, seperti mana kata Karpal Singh ini adalah bukti yang paling penting kepada hakim.
Sikap mereka menyimpan senarai saksi sebenarnya membuktikan betapa sulitnya mereka untuk membawa kes ini kemahkamah. Ini juga terbukti bila Datin Seri Dr. Wan Azizah dipanggil oleh pihak polis beberapa hari sebelum perbicaraan bermula.
Hakikatnya rakyat mengetahui semua pembohongan. Rakyat juga tidak rela melihat DSAI dihina. Apa yang berlaku di negeri Perak, akan menjadi aset penting dalam catur pertarungan dalam piliharaya umum nanti. Kebangkitan rakyat kini amat ketara. Jika PRU12 rakyat masih lagi bertolak ansur, maka PRU13 adalah merupakan berakhirnya era RAHMAN.
Hidup Anwar, hidup PKR, hidup PAS, hidup DAP, hidup PR.
Reply
Ini satu konspirasi yang jelas….sedangkan pihak peguambela perlu mengetahui senarai saksi2 bagi mendapatakan maklumat yang dapat di jadikan petunjuk dalam kes ini.
Di manakah keadilan yang diwar-warkan selama ini.
Reply
Niat Umno-BN seboleh-bolehnya, nak dipenjarakan terus DSAI hidup-hidup. Tapi, bimbang di hati mereka akan kelihatan ‘keterlaluan’ sehingga rakyat bangun memberontak. Maka, ‘disiapkan’ skrip drama yang demikian loyanya oleh tekak kita.
Dan bila, DSAI dan Para Peguam DSAI ‘bersungguh-sungguh’ menawarkan khidmat serta tugasan, disoroknya pula hal saksi dan segala bukti. Hal ini tak ubah macam ‘budak-budak’ berlagak jadi hero tapi ‘bahalol’ ! Dia sangka orang tak nampak tapi lupa oleh Umno-BN Para Peguambela tidak sebodoh mereka.
Ilmu adalah ‘modal’ yang amat berharga. Maka, Para Peguambela DSAI memang cerdik ! Lalu, Para Pelakon siri drama yang kurang cerdik bersama-sama dengan “Maha Tak cerdik” bergabung tenaga, hasilnya jadilah satu ‘pentas drama’ ‘bangang dan bahalol’ tahap melampau.
Najib sebenarnya, memperbodohkan dirinya sendiri. Lebih malang, dia diperkuda oleh ‘Yang Maha Tak Cerdik Itu’. Jadi, dua kali bangang ! Bonus bagi tak cerdiknya Najib, pelakon tambahan serta ‘permaisuri’ dalam lakonan itu pun turut sama bahalol dan ‘sondar cerdik’… Maka… lahirlah Tajuk daripada filem tak cerdik itu….”NAJIB MEMANG TAK CERDIK” !
Reply
Hakim2 di 1malaysia ni baik jual kacang potet je pun boleh jadi kaya raya mcm menteri bosar bn..
Reply
Salam hormat sama DS Anwar Ibrahim, Kawan-kawan dalam Pakatan.
Saya hati banyak suka. Satu, senyum DS Anwar banyak manis ! Nombor dua, itu hal bicara…saya banyak susah hati, pasal sudah sayang sama DS Anwar.
Cuba you pikir. Kerja banyak kuat. Sudah tolong rakyat, mahu tangkap lagi ka ? Patut you tolong sama dia. Saya banyak paham sama DS Anwar. Siang masuk perlimen lagi. Malam, itu naik pentas cakap itu ‘sebaran’ jugak ! Sorry, saya punya bahasa kurang bagus. Tapi, pasal tarak suka sama BN, hati banyak geram.
DS Anwar, banyak baik punya kawan. Saya banyak kesian sama dia. Interi sama anak pun mesti mau jaga. Tapi, rakyat punya pasal, sudah korban diri itu macam. Saya sendiri pun tak boleh buat itu macam. Tapi, itu BN punya orang, senang-senang sahaja mahu hidup. Itu adil ka ?
Mahu senang kerja mesti kuat ! Sama-sama gotong-royong itu macam ! Apa itu cikgu ada pesan masa sekolah punya jam : Rinngan sama pikul, berat ikut jinjing ! Ada betul ker, saya punya cakap ? Kalu salah banyak sorry !
Itu SIR ABU BILANG : Itu DS Anwar memang betul-betul ada seri jugak. Saya tanya sama dia, apa itu seri. Kosong kosong ka ? Dia cakap : Cakap sama DS anwar Ibrahim Kosong, Kosong Satu. Dia musti paham. Saya pun tak faham. Tapi, ini hal amanah mesti mau sampai jugak ! SIR ABU sudah terbang pergi London. Tak tau apa kerja, Datuk Seri.
So, saya rasa. Kalu you sudah buat silap dalam itu bicara. Bukti tarak betul. Lebih baik tarik balik, banyak bagus. Kalu you takut kena saman, you jangan senang-senang saman lain orang. Bila susah, habis semua orang jadi susah. Memang banyak pening la itu orang ! Saya lagi makin pening !
HIDUP ANWAR ! Banyak sayang saya punya kawan !
Reply
berita dari suara keadilan
Lebih dari 50 ahli parlimen Australia menghantar satu surat mendesak agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.
Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyampaikan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad,
Antara kandungan surat itu, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”
Menurut surat itu lagi,“ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”
Menurut laporan ABC Online menyebut, kebanyakan yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh.
Reply
kepala hotak dia….ni betul2 bukan mahkamah kaggaroo lagi..ni mahkamah jakun…..letih dahhhh
Reply
Teramat pelik… Juga saya merujuk kemenangan Zambry sbg MB Perak, buku teks Pengajian Am Tingkatan 6 perlulah diubah selepas ini. Kalau tdk silap, seseorang MB hanya boleh ditentukan sokongan majoritinya melalui undi tdk percaya. Itu yang kami belajar dulu. Lepas ni, bolehlah dimasukkan yang Sultan juga boleh memecat MB
Reply
Salam
Adalah diluar pemikiran kita bagaimana intitusi kehakiman menjadi hancur sedemikian rupa. Apabila kita lihat kembali kes sodomy1 tentang bagaimana Munawar membuat pengakuan dengan dibantu oleh pegaum nya yang tidak diundang Yacob Karim, serta rekod yang masih menjadi rahsia tentang lawatan yang Munawar terima semasa berada dalam tahanan jelas menunjjukan mereka yang berkuasa akan membuat apa sahaja bagi menjatuhkan DSAI.
Dalam kes sodomy II ini seolah olah pendakwa berkata walaupun lapuran oleh tiga doktor mempamirkan tiada ‘clinical findings’ tentang ‘penetration’ pendakwa akan membuktikan ‘penetration’ kemudian semasa perbicaraan dengan lapuran kimia tentang ‘semen swab’ dari …
Data serta fakta ini pula berjaya disimpan dan tidak perlu diserahkan kepada pihak DSAI. Ini samalah seperti pendakwa memohon untuk hakim meneruskan kes apabila tiada ‘element’kes tetapi berjanji akan dikemukakan kemudian semasa perbicaraan. Bila pula si saiful berulang alik berjumpa pemimpin Umno menceritakan ‘predicament’ yang dialminya dan dalam masa yang sama tersenyum ceria menyediakan kopi untuk pengunjung DSAI. Apa kah seseorang akan menyimpan seluar dalam untuk dijadikan kenangan setelah diliwat secara paksa? Apa kah bentuk peribadi saiful mengambarkan remaja yang begitu berhemah seperti posting dlm blognya dan dalam masa yang sama dia menggambarkan dirinya seperti remaja jalanan yang timid, kecut, penakut dan boleh dimanupulasikan sehingga demikian rupa.
Soalnya sekarang adakah rakyat Malaysia masih boleh menerima sandiwara badan kehakiman ini. Adakah rakyat Malaysia masih boleh berbangga dengan pengurusan BN dalam urus tadbir dana negara dengan skandal berskala mega korupsi dan salah tabir yang nyata didepan mata? Adakah rakyat Malaysia masih terhibur dengan penglipur lara Utusan dan akbar lucah Metro? Apakah majoriti boleh diterjemahkan dalam bentuk rombongan kepada sultan tanpa keadaan ‘citadel’ yang wujud dalam sidang dun?
Saya rasa dengan tahap pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia yang masih bodoh kita masih belum mampu mengundang keadilan untuk ditegakan. Rakyat Malaysia masih memilih wakil yang mengajar kita bagaimana untuk menyalit xxxxxx di DUN Pulau Pinang. Rakyat Malaysia masih memilih wakil yang terbukti mengamalkan rasuah seperti di PRK Bagan Pinang. Dalam bahasa seloroh, padan lah
dengan muka kita kerana terpaksa berhadapan dengan segala ketidakadilan yang berlaku. Hairan, apakah kayu pengukur yang kita gunakan. Apa cukup dengan kayu pengukur bandingan dengan Bangla dan Indon?
Saya masih mengharapkan bahawa tindakan pemimpin BN ini hanya akan lebih mendekatkan kita kepada keadilan dan kebenaran.
Reply
Kes liwat DSAI konspirasi round 2 yang bersambung dari era pemerintahan Mahathir Mohamad. Cuma kali ini, pengarahnya NAJIB RAZAK. Mungkin Najib sangka, arahannya berkenaan filem LIWAT MELIWAT versi baru dengan pendokong watak utama iaitu Saiful bacul itu, akan menggondol anugerah Oscar atau apa juga anugerah yang bakal menyaingi filem Avatar mahupun Titanic…
Tapi, hakikatnya, konspirasi ini hanya mainan bodoh oleh orang2 tertentu yang masih beranggapan rakyat Malaysia ini masih di bwah tempurung. Konspirasi kali ini jelas mainan politik Najib Razak dan UMNO yang cuma mahu DSAI kemabli ke panjara. Kerana, DSAI memiliki keistimewaan dan karisma sebagai pemimpin yang akan menjahanamkan masa depan UMNO-BN.
Gabungan mantap Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, Tuan Guru Hj Abd HAdi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan yang terbaru, YBM Tengku Razaligh Hamzah mampu untuk menumbangkan keegoan UMNO-BN bila-bila masa kalau Parlimen dibubarkan.
ini sebanarnya yang amat ditakuti UMNO-BN sejak dari awal pembebasan DSAI pada 2004. mereka menyesal membebaskan DSAI. Namun, DSAI tetap berjuang bak pahlawan, bertarung siang malam dalam keadaan maruah tercalar, maruah dirobek oleh pemimpin negara yang beranggap jijik kepada beliau, DSAI bangun untuk mengerh tenaga bagi melawan fitnah dahsyat ini.
Teruskan berjuang DSAI, satu Anwar ke penjara, 10000 Anwar akan muncul…ini kenyataannya!
TAKBIR!!!!
Reply
Ida Rohayu, Pasir Mas Reply:
February 14th, 2010 at 11:57 am
Syabas, AIC Perak ! Mari kita ‘berganding bahu’…Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Minta maaf, kenalan saya Si Lingam sudah cakap ‘terbalik’…sori Mr.Lingam !
Siapa lagi yang dapat kita harapkan. Para penyokong dan ‘kesetiaan’ amat penting. Demikian kerukunan rumah-tangga. Jika suami-isteri saling bertolak-ansur dan membuktikan kesetiaan serta rela berkorban, insyaALLAH makin ‘ngam’ ! Kan gitu, biasenye ?! Ehem !
Mr. Lingam tu, jiran saya. Selalu datang rumah guna ‘internet’ ! Selalu bising-bising pasal marahkan BN maka suami saya kasi dia ‘chance memberontak’ dalam Blog DS Anwar. Baru lega sikit. Jika tidak, hari-hari bising. Saya mau tido pun susah. hahaha ! Gurau-gurau jer !
So, ayuh rakyat Perak. Kita sokong DS Anwar dan Gotong-royong menangkan PAKATAN RAKYAT.
INSYAALLAHU TAALA. Hanya kepada ALLAH kita sandarkan setiap kedaifan.
Reply
Lingam Reply:
February 14th, 2010 at 4:05 pm
Haha…Itu kakak Ida, saya mau terima kasih sama dia. Memang suka tolong sama saya. Hal itu, pelibahasa takde hal. Saya pun ingat, bila sudah gotong-royong kuat ada, berat punya barang sudah tak susah angkat apalagi ringan punya barang..Tapi, itu kicik punya hal !
Tapi, ini hal BN kasi kacau saya punya minda atau akal fikiran cukup tak bagus. Saya lulus L.C.E, dulu punya sijil ! Boleh pikir cara mahu hidup rukun-damai. Apa pasal Umno sama BN tak boleh pikir cara baik punya cara hidup muhibba. Cakap banyak pandai. Paper selalu cakap big big words but nothing !
Memang betul. Saya keturunan India. Tapi, lahir sudah lama sini. Mana lagi saya mau pergi ? Ini sudah jadi saya punya negara. Hati pun banyak sedih. Sebab, sayang punya pasal. Kuturuan ramai tak jadi masalah. Bikin masalah, itu memang jadi problem. Habis itu BN apa dia punya kerja, tolong selesai masalah atau bikin lagi banyak masalah ? Cuba you pikir !?
Itu Kak Ida, bagus. Langsung tak kisah. Kerja sama dia pun hati banyak senang. Itupun contoh baik juga. Datuk Seri pun itu macam. Cakap Tamil pun banyak pandai. Hati banyak suka. So, BN kalu suka-suka buat masalah lebih baik jangan perintah. Balik kampung, duduk diam-diam. Jangan kacau sama orang.
Saya bukan mau kacau tapi fed up punya pasal. Cakap banyak pandai, masalah juga bikin. Apa itu BN ! Banyak kacau !
Reply
Bagi Umno-BN adil jika mereka dapat ‘takluk’ semua kehendak dan cita-cita mereka. Lupa oleh mereka bahawa sempadan antara manusia sesama manusia ialah amanah. Jika hari ini anda tidak amanah, hari esok ‘amanah’ itu bakal mengganyang anda.
Memang sudah menjadi adat kebiasaan begitu. Hari ini anda mendidik anak anda menipu. Tiba saat dan masanya, ‘ilmu menipu’ itu akan menjadi beban kepada anda bila anak anda asyik menipu. Oleh itu perlu adil dalam menjalankan amanah. Macamana nak jadi adil ?
Jalan tengah yang ada di hadapan kita ialah ‘kematangan’. Hanya dengan kematangan lahirnya waras. Jika tidak, memang ‘tak waras’ ! Anda berlaku adil bila mampu ‘memenuhi hak’ yang sepatutnya kepada sesuatu.
Anak jika dimanja dengan wang-ringgit secara melampau bukan bererti anda waras walaupun anda kasih dan cinta kepadanya. Kerana wang berlambak dapat memudharatkannya. Serah sekadar keperluan umum secukupnya.
Cuba saudara perhatikan pokok yang terlebih baja. Apa akibatnya ? Layu dan mungkin pupus lalu pokoknya terus mati. Demikian pula ALLAH memberi keadilan kepada setiap daun yang kecil dan besar bagi sepohon pokok. Yang kecil ‘seadanya’ mengikut keperluan sikecil. Yang berdaun lebar, lebih banyak daripada sikecil. Maka, kelihatan subur tumbuh-tumbuhan serta daun-daunan.
Najib nampaknya, nak bolot satu dunia untuk dia sorang. WARAS KE NAJIB TU ?
Hak untuk dapat bukti perbicaraan pun dia ‘tamak’… MEMANG TAK SIHAT SORANG TU !
Tanya sorang kenalan Jawa : Waras, ABU !
Sey jawab : WARAS ! Tapi, Yang Tamak itu SAH TAK WARAS !
Reply
dorang takut nak serahkan bukti,sebab tak da bukti nyata dan kukuh.buat mcm2 alasan la…….kantoiiii
Reply
Saya yakin bahawa keadilan sejagat akan menang mengalahkan kebatilan. Kalau kalah dimahkamah, ianya akan menang pada PRU13. DSN dan UMNO Be End tidak akan mengecap kemakmuran hidup dengan cara yang amat jelik ini.
Allah huakbar. Moh mari kita sokong dan undi PR.
Reply
DSAI PM Malaysi yang akan datang. wahai sahabatku berilah peluang untuk PR sekali. Pasti anda semua tidak menyesal. Klu menyesal pun sbb dah lama kita dikongkong oleh Umno dan BN.
Reply
Assalamualaikum.
Saya ni sebenarya tak menyebelahi sapa-sapa. Tapi bagi saya, saya perlukan kebenaran. Isu adil atau tak adil memang sudah menjadi persoalan. tapi bagi saya kalau kita tak bersalah apa yang kita takutkan.
Pihak pendakwaraya sudah lakukan apa yang mereka patut lakukan sebagai pendakwaraya, peguambela juga saya rasa sudah melakukan apa yang sepatutnya. Bagi saya peguambela banyak sangat bercakap,
kurangkan bercakap banyakkan kerja.
Saya sebagai rakyat melaysia perlukan kebenaran. Jangan pandang keburukan org lain.Sebab setiap kalu isu tak adil asyik dibangkitkan oleh peguambela. Walaupun ada sesetengah isu peguambela juga tidak adil untuk pihak pendakwaraya.
Bagi yang lain pula jangan cepat buat spekulasi. Bukan apa.. macam macam saya dengar pasal anwar sehinggakan saya tidak tahu yang mana betul dan tidak. Takkan saya nak percayakan benda yang baik jer pasal anwar, macam mana dengan keburukkan beliau pula.
Sebab bagi saya terutamaya umat islam percaya hanya nabi dan para malaikat sahaja yang boleh kita katakan baik. Saya tak berani samakan Anwar dengan golongan sedemikian, sebab tu keburukan Anwar juga saya harus mendengar dan ambil tahu.
Saya akan sabar menanti sebarang keputusan yang Anwar dapat. Bagi saya ada hikmah nya. Akan terbukti juga. Kita renungkanlah.. Jangan asyik pandai mengambil kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan sendiri bagi pihak pendakwaraya mahupun pihak peguambela.
Reply
Muak dengan cerita instituasi kehakiman di malaysia ..tak payah lah nak itu nak ini peguam kapal singh kalau hakim sudah remot di pegang kerajaan..siapa mereka? Majikanya siapa? Bukan kerajaan kah? Siapa bayar gaji dengan gaji besar kereta mewah dari kerajaan ? macamana pun appeal kah apa kah memang buang masa dan duit …Saya bersetuju bawa kke mahkamah anatara bangsa itu saja jalan…kalau di malaysia jangan lah mahkamah ibarat patung tak bernayawa dah.Hakim cuma tunggu arahan big bos saja …kalau dia kata penjarakan Anwar…tetap hakim ikut…saya rasa dia tak kan lepaskan DSAI terlepas dengan bebas sebab pengaruh beliau sudah kukuh di akar umbi…kalau di banding dengan pemimpin UMNO-BN …sekarang tak boleh lawan dari segi apa saja…Pemimpin yang ada sekarang semua anak murid beliau…mereka perlu berguru kepada DSAI lagi…dengan cara pendekatan pembangkang kepada rakyat sudah jelas memikat hati rakyat walau pun mereka belum mentadbir Negara..ini kelebihan mereka jika dibanding pemimpin UMNO-BN kalau nak jumpa pun susah..apa lagi yang berpangkat Menteri,KM,MB dan YB sedangkan pegawai-pegawai Khas mereka pun sombong dan pembohong lagi kalau janji, pengalaman saya ada seorang Pegawai khas Kementerian Pelajaran yang satu kawasan DUN N24 Membakut,katanya bah kalau ke KL telefon saja tetapi bila kita sampai KL apa lagi buloh mata nampak telefon tak jawab langsung,,apa kah jenis pemimpin bawahan sudah jelas dengan kesombonganya…apakah pemimpin seperti ini boleh jadi pelapis? Habis rakyat di bohonginya nanti? Waspada lah pempimpin seperti ini.
Reply
Semua orang yang berfikir dan rasional tahu yang DSAI difitnahkan. UMNO dan Barisan Nasinal amat takut menghadapi PRU13. Untuk kemenangan BN mesti lemahkan Pakatan Rakyat. Mereka boleh mengatur Allah akan menentukannya. Saya yaakin Pakatan akan berjaya dan DSAI akan terselamat. Kedudukannya juga akan lebih baik dari sekarang.
Reply
Bagi saya tuduhan liwat tanpa ada tanda penetration tapi ada bukti kononnya terdapat semen umpama melakukan permanian beradas pada jubur shaiful
Reply