Dari TV Selangor
Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor enggan menyatakan sama ada mereka bersedia untuk di panggil ke mahkamah bagi memberi keterangan pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selasa lalu, Anwar mengesahkan pasangan itu akan disapina untuk memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mereka berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum beliau membuat dakwaan liwat yang disifatkan fitnah itu.
Walaupun hadir dibeberapa majlis rasmi susulan kenyataan Anwar itu, Najib mahupun Rosmah enggan mengesahkan sama ada bersedia ke mahkamah untuk memberi keterangan.
Anwar berkata beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mensabitkan bahawa Najib dan Rosmah mendalangi tuduhan fitnah itu semata-mata untuk membunuh karier politiknya disamping mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.
Najib dan Rosmah dijangka mengambil jalan pintas yang digunakan oleh Mahathir Mohamad apabila beliau dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1999.
Mantan Perdana Menteri itu yang membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar dikatakan berselindung di belakang mendiang Hakim Augustine Paul yang mengisytiharkan Mahathir tidak perlu memberi keterangan kerana ‘tidak relevan’ kepada pertuduhan Anwar.
Dalam hal Najib, yang lebih memalukan ialah tindakan media arus perdana enggan mengajukan soalan kepada Najib sama ada beliau bersedia ke mahkamah.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits times, A. Kadir Jasin bersetuju bahawa adalah amalan biasa untuk wartawan bertanyakan soalan seperti itu apabila ia membabitkan orang kenamaan (VIP).
Sebagai contoh, jika penyanyi Datuk Siti Nurhaliza disapina ke mahkamah, ia adalah berita “besar” dan tentunya pemberita wajar bertanya soalan kepada penyanyi itu mengenai kesanggupannya untuk memberi keterangan di mahkamah.
“Dalam situasi sekarang yang ada banyak pelbagai media termasuk media baru, tidak banyak perkara dapat disembunyikan,” kata Kadir yang bagaimanapun enggan mengulas secara langsung mengenai keperluan Najib memberi keterangan di mahkamah.
Ketua Pengarang Sinar Harian, Abdul Jalil Ali pula mengelak memberi komen berkaitan keperluan pemberita bertanya soalan mengenai sapina terhadap Najib.
“Saya tidak boleh komen kerana kes masih dalam perbicaraan. Saya tidak tahu sangat hal undang-undang. Berbahaya untuk buat kenyataan yang boleh mengganggu perbicaraan itu,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin berpendapat, aspek sapina Najib sepatutnya diberi penekanan oleh media massa tetapi media arus perdana seolah-olah sengaja tidak mengendahkannya.
Beliau melihat media arus perdana seakan-akan bergabung sesama sendiri bagi menutup aib yang melibatkan pimpinan BN dari diketahui umum.
Saiful berjumpa dengan Najib beberapa hari sebelum beliau mendakwa diliwat walaupun pemeriksaan pakar-pakar dan doktor hospital swasta dan Kuala Lumpur kemudian mendapati tidak ada bukti klinikal yang menyokong dakwaannya itu.


















Sudah lah tu…..
Reply
cavalera Reply:
February 10th, 2010 at 10:03 pm
pada sapa yg dituju tu…?
Reply
apa maknanya jadi perdana menteri kalau dipanggil ke mahkamah utk jadi saksi beri keteranganpun tak berani dan bacul.seraya DSAI berkata dlm ceramahnya yang penzalim dan pemfitnah ini kalau nak lawan berdepan tak berani kecut tali perut bersimpul-simpul cuma berkuasa dgn perbuatan jahat dan zalim mereka fitnah,bunuh,ugut,dera dan sbgnya.memang ternyata salah utk rakyat malaysia yg memangkah dan mengangkat mereka ini menjadi pemimpin mereka.sedarlah dan bangun dr mimpi kita yang membenarkan penzalim bermaharajalela.sesungguhnya bukan umat Muhammad bg mana2 org yg memilih penzalim dan pendusta jadi pemimpin mereka.ingatlah
Reply
Ahamdulillah. DSAI maju dan terus melangkah. Seronok dan lapang rasa dalam hati. Seperti yang ‘kita jangka’, Najib plus Rosmah akan diam membisu. Kot silap berkata, terperangkap dek kejahilan diri. Tapi, biarkanlah ! Rakyat bijaksana dalam ‘menilai dan membuat keputusan’ !
Yang benar, kita nampak. Yang palsu tak buta oleh ‘kita’ ! Kan na ?
Paper hari ini kecoh hal cipol saman penulis komentar kerana ancaman. Tapi, lupa rupanya oleh cipul serta Umno : Tuhan ancam dengan ‘mati’ sejak dulu-kala. Setiap ingatan daripada Ustaz dan Ustazah selalu bangkitkan hal ‘mati’! Kerana pesan Rosulullah saw. “Sebaik-baik GURU adalah mengingat mati !”
Sebelum mati dan sebelum ‘terlanjur’ maka ‘diingatkan’ ! Takde siapa rela bunuh cipol mahupun siapa-siapa. Tuhan Maha Berkuasa. Tidak bergerak walaupun ’satu zarah’ jika ALLAH tak izin. Tapi, itulah ‘gambaran cemas dan kalutnya’ dalam diri mereka yang takutkan ‘bayang-bayang’ sendiri.
Buat baik, ALLAH sayang. Membunuh tak tentu pasal, ALLAH MURKA. Maka, Nabi dan Rosul sendiri memilih ‘jalan tengah’ dalam menyelesaikan kemulut yang dihadapi oleh ‘ummah’ atau rakyat. Jalannya ialah panduan daripada Surah Al-Kafirun : Lakom dinakom wali yadin. Bagi kamu ‘cara’ atau agama kamu. Dan bagi kami ‘jalan’ atau agama kami.
So, you ikut you punya jalan ! Kami ikut jalan kami. Takde hal ! Jalan ‘terang benderang’ kamu tak nak ikut. Sebaliknya, jalan yang ‘buta’ kamu nak ikut. Silakan ! Takde siapa yang larang. Tapi, ’susah’ tanggunglah sendiri.
Kita ingatkan kerana kasih. Kan kita asal dari ‘Keluarga Adam as.’. Tak benci, sayang ! Tapi, jika anak dah ‘tak makan saman’…Ibu akan cakap : “Lantak kamu ler, Awang ! Nak ke mana pun kamu !” So, bukan salah ibu mengandung. Yang salah adalah kerana ‘kesalahan diri’. Jadi, sebelum terlambat Ustaz-Ustazah pesan : “Banyak-banyak ingatkan MATI !”
Sekian, cipol ! Jangan lupa pesan ‘kekanda’. Pasai sayang, kita pesan. Kamu nak ‘bantah’ juga…LANTAK KAMULAH !
Reply
Saya rasa tindakan media memberikan liputan yang memperincikan perbuatan liwat DSAI amatlah memalukan. Laporan tersebut pada pendapat saya adalah bermotifkan politik. Pihak media harus sedar bahawa media cetak dan juga elektronik adalah sangat terdedah untuk bacaan anak-anak kita termasuklah remaja. Sukarnya saya hendak menerangkan kepada anak, apabila ditanyakan oleh anak mengenai perkara tersebut. Memberikan liputan itu, memang menjadi tanggungjawab media. Namun media juga ada tanggungjawab moral….janganlah terlalu memperincikan keterangan didalam perbicaraan. Saya mengucapkan syabas kepada Karpal Singh kerana meminta supaya perbicaraan dilakukan secara tertutup pada keterangan tertentu. Jika tidak, saya yakin media yang tidak bertanggungjawab akan mengeluarkan sebutir-sebutir keterangan yang diberikan. Tidak ubahlah seperti sebuah novel lucah yang meloyakan.
Saya tak nak komen respon daripada PM dan isteri.
Reply
Beginilah nasib diri mereka yang malang. Doktor dah sahkan tiada penetrasi maka tiada sodomi. Apa lagi nak dikeskan. Ini kes rogol/sodomi. mesti ada bukti koroborasi yang kuat. Di sini tidak. Bukankah semuanya buang masa dan duit rakyat. Dunia sedang ketawa melihat Malaysia. Investor dah takut nak masuk. Undang-undang dipermainkan. Agama digunakan untuk berpolitik. Capital outflow semakin laju. Harga barang semua dah naik. Yang miskin bertambah susah. Entah apa nak jadi pada Malaysia. Kepada Nizar: Banyaklah bersabar. Allah akan bersams orang yang bersabar. ‘innallaaha maa sobirin.’
Reply
Kekal Qaral memerintas diatas singgahsana Yang Dipertuan TS Najib dan Permaisuri Rosmah……..Kebal dari segala-galanya………..Malaysia Boleh !!!!
Reply
kebenaran semakin terserlah.. DSAI teruskan beristiqamah.
p/s: kalo najib ngan rosmah dah terlibat dgn saiful, eloklah beri keterangan. kan dorg dah jumpe2, chit-chat2.. di kediaman rasmi lagi tu.
Reply
Kita lihat sama ada hakim berani mengeluarkan waran tangkap sekiranya Najib & Rosmah enggan menghadiri mahkamah sebagai saksi. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Reply
katak insaf Reply:
February 11th, 2010 at 7:56 pm
Tak tau lah Romeo dan Juliet ne macam ada kuasa luar biasa mereka miliki……. termasuk lah kuasa Veto seperti Amerika, kuasan Kebal seperti YDP Agung…..kuasa CJ, AG, IGP, PMACC, PPR, etc and dewan bandarraya semua sapu……….
Reply
Sekiranya kita inginkan keadilan, eloklah kita tampil kemuka mahkamah. Kita sepatutnya mematikan isu fitnah dengan tampil kemuka untuk menjelaskan kedudukan yang betul demi kebaikan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Yang pasti rakyat kini menampakkan kematangan, menyimpan perasaan, menanti fajar PRU13. Kegagalan kerajaan yang ada menangani isu rakyat, kemiskinan, keadilan, kesusahan rakyat diperingkat bawah dan peringkat pertengahan. Isu yang dibangkitkan di akhbar arus perdana yang cuba menarik perhatian umum, telah menjadikan rakyat mengetahui keburukan dan bertambah jemu dengan cerita yang meloyakan dan amat menghairankan.
Walaupun kami tidak dapat hadir di mahkamah bersama penyokong DSAI ini tidak bermakna DSAI tidak lagi mendapt perhatian, tapi ini adalah senjata tajam yang menyakitkan pihak umno kerana mereka tidak dapat menganggarkan keadaan. pada masa yang sama mereka telah semakin lumpuh.
Reply
DSAI sememangnya seorang pejuang yang tidak pernah berundur, sejak saya mengenalinya semasa pelajar dahulu, kemudian ABIM, kemudian masuk politik, sememangnya DSAI adalah insan yang kuat dan mempunyai pandangan jauh. Begirulah adat seorang pejuang . Jika kebanyakan imam-iman Islam yang besar semuanya melalui tribulasi dan mati dalam penjara tetapi semangatnya hidup hingga ke hari ini. Semoga Allah memudahkan DSAI dengan cabaran berat ini.
Reply
Ya Allah lindungilah pemimpin-pemimpin kami yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Amin
Reply
Mana berani si NAJIB dan RM nak datang mahkamah hakim pun takut keluarkan waran nanti soru mis diaorang boleh bagi tuduhan saja bukti direka2 itulah kepandiran pemimpin2 negara.Satu lagi rakan2 sekalian sekarang kita masuk web SIDDIQ AZANI(WBhim)disana puak2 UBN cukup hentam Dato Serimereka percaya dengan kes liwat kita bersihkan otak mereka…..
Reply
salam semua,
pada pendapat saya kita semua patut berasa bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma,berilmu,bijak dan berjiwa rakyat seperti DSAI. Saya menyanjunginya sejak di kampus lagi. Rakyat Malaysia keseluruhannya akan rugi kalau DSAI dipenjarakan. Sama-samalah berdoa agar DSAI terselamat daripada fitnah yang jijik ini. akal yang waras tidak dapat menerima fitnah ini.
Reply
Alangkah bodohnye malaysia sekiranye org yg mcm Dsai dijadikan korban fitnah.. Alangkah ruginye 1malaysia sekiranye Dsai dikurung lagi..
Ya ALLAH kau tunjukkan sedikit Kekuasaan Mu kpd org2 yg zalim… sesungguhnye Engkaulah yg maha bkuasa atas segalanye..
Reply
Melayu mudh lupa!bila dh d’atas x ingat yg d’bwah…bila dh b’kuasa x ingat nk b’jasa..bila dh sengsara br ingat nk bersama..jgn lah nk duk kalut be’politik..bnyk menda ln nk d’bt..jge lah keturnan sndiri..tngk lah sndiri sebab kn kuasa maruah pn x d’peduli..apa nk jd ngn melayu ni smpai bila nk b’telagah?nk tngu smpai yahudi jajah kita br nk sedar?ingat2 lah..kita je negara Islam yg still stabil..tengok lah negara Islam ln, Afganistan, Iraq, etc..pe jd kt dieorng?nsib bek negara kita x amik IMF dulu kl x..lu pk lah sendiri pe jd..tngk indonesia dh la..b’kuasa kt dnia ni skjp je..bt pe nk b’rebut2 kl org dh xnk bia kn la..pk la masa dpn ketrunan melayu pe nk jd..jgn lah lupa lg..melayu rmai tp xnk b’satu..korng x sdar ke kaum ln duk asyik ktwa t’sengih2 bila tngk org melayu sama melayu gado psal kuasa..jgn nnt snang2 kaum ln jd p’mimpin kita lak..korng nk??kl xnk hnti kn la drama sndiwara ni..b’satu lah kl btol2 nk k’adilan utk rkyat..pe slh ny pas n k’adilan join venture ngn umno 2 kn lbh bek..lbh m’jamin nsib melayu automatik m’jmin k’adilan sume bngsa..dlm Islam sndiri pn dh ade k’adilan..kita x perlu k’adilan yg ln..gne Quran n hadis dh lah cnfrm x jd cmni…ckp pnjng pn x gne kl xnk fhm kn..so sy mntk b’undur dlu kl sape2 stuju ngn pe yg sy ckp sila la comment..time ksh sbb bg pluang sy ckp dh lama tngu saat2 ni..mklumlah nk ckp dpn PM or Menteri2 x mmpu..spe lah sy ni..ibrat mentimun yg nk b’temu durian..langar skit d’langar pn sakit..Assalamualaikum..
Reply