10
Feb
10

Pemukiman PR Mac, Kami Sedia Serang Balas – Azmin Ali

Dari Era Pakatan

Oleh Masdar Wahid

Serangan bertali arus Barisan Nasional ke atas pentadbiran di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Pulau Pinang dan Selangor sejak akhir-akhir ini akan dihadapi sebaik mungkin melalui program Pemukiman Pakatan Rakyat (PPR) yang dijangka bermula Mac depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, berkata, tujuan pemukiman itu bagi berhadapan dengan pelbagai perkara yang mencabar PR dan negeri-negeri selain mengatur strategi untuk menanganinya.

Menurutnya, permukiman pertama PR akan diadakan pada 7 Mac depan di Selangor dan diikuti permukiman peringkat kebangsaan sama ada pada 10 Mac atau 16 Mac di Pulau Pinang.

“Kami perlu menyiapkan diri untuk bertindak balas,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Terdahulu, PR yang memerintah di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah diserang satu persatu dari segenap penjuru sejak beberapa bulan lalu.

Bermula di Kelantan, Menteri Besarnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat diserang bermula dari isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sehinggalah isu tajaan haji yang dilihat lebih kepada propaganda BN untuk mengalihkan isu royalti minyak di negeri itu.

Serangan BN itu akhirnya pudar apabila Ahli Parlimen BN sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil sikap bersama PAS dan PR dalam memperjuangkan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan.

Malah, Tengku Razaleigh bersetuju mengetuai Kaukus Royalti Minyak Kelantan yang dicadangkan PR selain mahu ia diperluaskan melibatkan hak rakyat di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

BN yang terkejut dengan tindakan berani pimpinan veteran Umno itu, kemudiannya cuba menyerang Selangor dengan memanipulasi isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di negeri itu dengan mendakwa kononnya MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mementingkan kuasa.

Namun begitu, dalam masa yang sama Pengerusi YBK yang juga ahli Umno, Zainal Abidin Sakom enggan mendedahkan aliran wang yayasan itu secara telus.

Di Pulau Pinang (PP), Umno-BN pula memanipulasi isu perkauman kononnya Melayu di negeri itu tertindas di bawah pemerintahan DAP.

Umno-BN juga memanipulasi secara maksima isu itu dengan bantuan medianya.

Anehnya, media itu bersama pemimpin Umno tidak mempedulikan hal peminggiran dan penjualan aset dan tanah orang Melayu selama Umno-BN memerintah PP sejak puluhan tahun lalu.

Rekod sebelum ini menunjukkan bahawa sepanjang menjadi kerajaan bersama MCA, MIC dan Gerakan di negeri itu, Umno pernah diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri sekali gus memiliki suara paling ramai dalam Dun di negeri itu.

Sehubungan itu, diharapkan dengan pemukiman PR itu nanti, semua penyokong PR akan menghadam sebaik mungkin maklumat dan pesanan pimpinan PR dalam menghadapi segala serangan BN ke atas pentadbiran P,R selain berusaha memantapkan agensi penerangan di setiap bahagian di negeri itu.

Bagi Kedah pula, media Umno-BN dilihat kehabisan isu ketika menyerang negeri itu sehingga terpaksa memainkan isu yang remeh; sampah untuk menyerang pentadbiran Azizan Abdul Razak.


7 Responses to “Pemukiman PR Mac, Kami Sedia Serang Balas – Azmin Ali”


  1. 1 anak_perelih Feb 10th, 2010 at 3:53 pm

    lets counter attack… on BN controlled state….!!!

    Reply

  2. 2 caldina Feb 11th, 2010 at 9:04 am

    tula, aku rs, cukup2 la kene serang jek..sampai bile nk bertahan? serang la plak..br ade serampang 2 mata..dlm ilmu mempertahankan diri pun, ade jurus pertahan, ade jurus serang..so gune la 2,2..

    Reply

    kundangman Reply:

    Tiba masanya serang balik. Y.B Azmin tentu lebih mengetahui isi perut UMNO, BN dan kuncu2nya. Telanjangkan mereka………… tapi puak tu peduli apa, jenis tak bermaruah. Rasuah dikatakan najis pun mereka balun. Hidup DSAI!!!!!!

    Reply

  3. 3 k.ma Feb 11th, 2010 at 10:07 pm

    Nape ni..keadilan kena asak aje…nampaknya kelemahan keadilan dijadikan senjata untuk melumpuhkan PR…Keadilan perlu kaji dan memperkukuhkan benteng pertahanan…panggil semua AP.ADUN dll..brainwash elok2…jgn terlalu menonjolkan diri untuk memburukkan sesama sendiri…adakah keburukan dalam PR lebih buruk&busuk dari BN???…memanglah prinsip perjuangan tidak boleh dicabar…tp demi kemenangan dan kesejahteraan rakyat yang berjuang..pemimpin2 keadilan tersebut perlu bertolak ansur bukan bererti mengalah…demi mengukuhkan perjuangan yang hampir menuju kemenangan…itulah harapan kami rakyat yang sekian lama berjuang dan menunggu untuk diberi keadilan…KEADILAN bangunlah berjuang demi rakyat, jgn kerana segelintir pemimpin yg tak dapat dikawal PR kecundang

    Reply

  4. 4 joe Feb 12th, 2010 at 11:44 pm

    sepatut nya dari awal kemenangan pru dulu tapi tak apa setidak2 kita tau kelemahan pakatan..bab serang tu biasa la brazil champion world cup pun kena lawan bermatian2..susun pasukan balik mana yang jadi duri dalam daging humban dia keluar ke parti umno..lawan tetap lawan

    Reply

  5. 5 roy sridinar Feb 13th, 2010 at 2:16 am

    PR mesti berdepan dgn BN dengan Fakta.Jgn bawa isu yng boleh dihentam balek..bawa isu biar ada strategi dan fokus mendalam..dasar 1 malaysia najib adalah senjata yg boleh melemahkan visi menawan kaum lain di malaysia..visi najib tidak selari dgn parti umno yng dilihat perkauman itu.1mlaysia tidak sampai ke akar umbi.PR kena mainkan visi ini yng tidak realistik untuk dibawa oleh orng umno…

    Reply

  6. 6 gorgoroth Feb 14th, 2010 at 1:45 pm

    Nak bagi tips kat hampa…tak payah serang bn pun tak pa..sebab setiap serangan BN selama ni semua u turn kena muka depa balik..kalu setakat media perdana tu rakyat tak main laa..cuma apa yg perlu di buat la ni KERJA KERAS..! KUATKAN semangat pakatan..dan seterusnya dalam masa setahun ni buat self cleansing dari dalam..yg tak leh pakai tu buang terus..sbab ni bukan perjuangan mak bapak depa ..ni perjuangan rakyat..!kalu yg tu PR boleh buat..don wori man.! sodomy 2,3,4,sampai sepuluh pun tak leh makan.., cuma bagi org atasan syok sendiri boleh la..

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners