10
Feb
10

Malaysia Merudum Kearah Ketidakstabilan-PERC

From Malaysian Insider

By Lee Wee Lian

KUALA LUMPUR, Feb 10 — Events since New Year’s Day have given the Hong Kong-based Political and Economic Risk Consultancy (PERC) the impression that the situation in Malaysia is becoming increasingly unstable.

In a blistering report on Malaysia released at the end of January, PERC also asserted that a group of elite minorities were dominating the national agenda to the extent that it was hurting Malaysia’s attractiveness to investors.

The consultancy, which also publishes reports on the risk ratings of other Asian countries, said it is “probable” that no other Asian country is suffering from as much bad press as Malaysia. Among the developments that caught its attention were the theft of military jet engines, detention of terror suspects from a number of African and Middle East countries following warnings that Islamic militants were planning attacks on foreigners at resorts in Sabah, renewed ethnic and religious “violence” that included arson at some churches and desecration of mosques, and controversy over the integrity of key institutions like the judicial system in the sodomy trial of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Events of the past month give the impression that pressures are building and the entire situation is becoming much more unstable,” said PERC.

The report noted that the government is blaming the international media for exaggerated reporting and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had argued that the focus should not be on the fringe groups that are causing problems but on the majority of Malaysians who are coming together to condemn the recent acts of violence following the ‘Allah’ controversy. But PERC maintained that the root of the problem was a vocal minority that is dominating the national agenda.

“Mr. Razak’s attempt to put the best spin on a bad situation is understandable. He is fighting for his political life and is trying to stop the erosion in confidence in Malaysia’s prospects,” said PERC. “However, he is wrong in saying that Malaysia is being defined by the way the majority of the population are coming together. It is being defined by the ability of a minority to dominate the political agenda, shaping policy and compromising the reputation of key institutions in ways that hurt Malaysia’s reputation as a stable, attractive place for foreign investors.”

The report also said that while Islamic activists which are “threatening Malaysia’s secular credentials” are getting the widest coverage, it was the Umno elites, described as “a fringe group of insiders who have been able to profit disproportionately from the policies of the ruling coalition” that deserved the most attention.

“They are threatened with a loss of political power that could also impinge directly on their substantial business interests. Malaysia’s future will be determined largely by the tactics this group of insider elites resort to in order to stay in power and the success of those tactics. Their commitment to democracy is a major question mark. If they blatantly manipulate the system in order to remain in power, the public backlash could be worse than anything Malaysia has seen in its modern history.”

PERC added Najib’s strategy is looking “increasingly unworkable” as a way to defuse pressures in the country.

“He is trying to be all things to all people, but in the end he might satisfy no one,” it noted.

Malaysia’s risk index as calculated by PERC rose slightly from 5.24 out of a possible maximum score of 10 in December to 5.4 in January. It however, remained well below the risk index in January last year which stood at 6.42. Countries that score higher on the index are deemed to have a higher level of risk.

The PERC report comes as the Najib administration is grappling with a budget deficit and is trying to formulate a new economic model in which private investment plays a bigger role in driving the economy towards developed status.

The consultancy pointed out however that even if the opposition were to be in charge come the next election, foreign investors and others would wait and see if the opposition could govern the country effectively.

“So far the only thing uniting these (opposition) parties is their opposition to the ruling coalition, not matters like dealing with Malay entitlements, the extent that there should or should not be a broader Islamisation of Malaysia, or an economic programme for promoting the country’s development,” said PERC.

PERC maintained in its report that foreign investments into Malaysia have not been forthcoming, either in direct form or in the equity markets.

“Foreign companies and investors are remaining cautious until they see how Malaysia gets its own house in order,” it added.


25 Responses to “Malaysia Merudum Kearah Ketidakstabilan-PERC”


  1. 1 Kak Lang Iman Feb 10th, 2010 at 8:37 pm

    Saya repect pandangan luar hal situasi Malaysia. Banyak manfaatnya mengkaji penilaian ‘orang lain’ terhadap diri kita. Diri sendiri sudah pasti tidak nampak kelemahan.

    Orang lain menegur tentu mendatangkan kebaikan. Maka, kita ibaratkan orang yang sudi menegur kita seumpama cermin. Maka, akan kelihatanlah kepada kita cacat-cela yang tersembunyi daripada pengetahuan diri kita sendiri.

    Dalam amalan berpolitik setiap parti ‘wajib’ menerima pandangan pihak lain walaupun ia seolah-olah ‘mencabar’ kepentingan diri. Jika ingin maju maka, teguran dan nasihat wajib diterima serta dibuat perubahan. Jika tidak, parti mahupun individu akan tetap ’statik’, jumud dan kaku. Kalu ‘kaku’ sampai tak bernafas, mati namanya ! Sori, gurau sikit !

    Baik UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC, DAP DLL adalah ‘tenaga’ yang dapat mengukuhkan negara. Masing-masing punya ‘kekuatan’ dan masing-masing ada ‘cacat dan cela’. Mengapa tidak kita satukan ? Bukankah bersatu banyak faedahnya ?! Tentu ada jalan keluar bagi menyelesaikan setiap ‘kekeliruan’ dan ‘perbalahan’ ! INSYAALLAH !

    Atau kita majukan cadangan DSAI suatu ketika dulu iaitu ke arah “sistem dua parti’ yang sihat. Seumpama di Jepun dan USA, misalnya ! Masing-masing ‘berlumba’ demi membawa ‘keuntungan’ yang lebih untuk rakyat jelata. Maka, setiap kumpulan parti menjadi ‘pengimbang’ kepada kumpulan parti yang lain. Asalkan kepentingan rakyat tidak terabai dan ‘dianak-tiri’ !

    Pada pandangan saya : UMNO wajib lebih terbuka dalam menerima sebarang pandangan daripada ‘dalam’ mahupun ‘luar’ ! Disamping itu terimalah hakikat diri jika benar kamu lemah ! Memang semua ‘daif’ ! Maka, sebaik-baik tempat pergantungan ialah ALLAH. Tidak guna bersandar kepada ‘kejahilan’ dan nafsu ammarah ! Tuhan benci manusia bertindak dengan kejahilan dan menurut nafsu. Malah, kerugian yang menimpa !

    Jika Najib tidak mampu mentadbir negaRa dengan bijaksana, Letak Jawatan ! Terima hakikat kelemahan diri. Lalu, serah setiap amanah kepada DSAI, misalnya. Bukan orang lain DS NAJIB dan DSAI. Dua beradik ! Bapa mereka Adam as. Dan ibu mereka Hawa. Buat apa gaduh !?

    Si Najib pun haru gak…kamu lempang brother kamu sampai ‘lebam’ apsal ? DSAI marah kamu supaya betulkan keadaan. Majukan diri dan negara. Yang kamu plak terus lempang brother kamu yang dah ‘bermurah hati’ memberi nasihat. Kan pelik perangai kamu !

    Dah ler tuh…kan kita sama-sama satu warganegara. Yang kamu layan DSAI tak ubah macam ‘pendatang haram’, betul ker cara kamu. Tok Guru mana yang kamu belajar sampai ‘fitnah-memfitah’ dan sampai nak ‘penjara-memenjara’ ? Adai akai kalu tak pakai, orang cakap “tak berakai” ! Oleh itu, kono pakai. Kalu dah sampai tak leh pakAi akai, jangan pakai sebaliknya ILMU ALLAH kono pakai. Kamu paham ker, NAJIB ?

    Akak nasihatkan kamu kerana kasih ! Kalu kamu nak ikut juga nafsu Kak Bedah kamu tuh…apa yang Akak bimbang kamu pun turut terjeromos. Kat mana terjeromos, adindaku Najib ? Neraka Jahannam ! Jadi, kalu tak nak ikut nasihat Kak Lang, lantak kamu ! Pasai cinta dan kasih, sebab itu diperingat. Bila dah mati, apo pun tak leh nak buat…Bimbang Kak Lang, siang malam’ kono ‘godam’.

    Nasihat Kak Lang kepada ‘Tukang Godam’ Komputer orang lain, ingat mati bebanyak ! Asyik menggodam jer kerja korang. Ingat Kak Lang Tak tahu ker ? Ingat ! Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Melihat ! CAYALAH ! CAU !

    Reply

    Zabidie Abas Reply:

    Polis Membodek UMNO Dinaikkan Gaji
    ( http://amkj.blogspot.com )

    Pisang emas dibawa berlayar,
    Masak sebiji diatas peti.
    Hutang Saiful belum dibayar,
    Polis menjaganya mahkamah terhenti.

    Anak cina bermain galah,
    Anak india melompat-lompat.
    Pilihanraya DUN Perak sudahlah kalah,
    Polis berkawal merata tempat.

    Pagi-pagi memancing ikan,
    Umpan dimakan si ikan gelama.
    Gaji Polis sudah dinaikkan,
    menjaga UMNO-BN sekian lama.

    Si-Luncai niat pergi kenduri,
    Nasibnya malang lauknya habis.
    Pembawa tilam sedang dicari,
    Rupanya menjadi Ketua Polis.

    * Pada kes liwat Anwar Ibrahim yang lepas, hakim tidak dibawa ke lokasi pertuduhan kerana ada pegawai polis yang membawa ke mahkamah. Kini tilam tidak dibawa ke mahkamah kerana tukang angkat tilam telam menjadi…. Maka hakim terpaksa ke lokasi.

    Kali ini tiada kesan air mani ditilam tetapi dilubang dubur Saiful pula. kih kih kih…

    Saiful kata telah diliwat,
    Tersenyum megah di Utusan Malaysia.
    Polis berkawal sangatlah ketat,
    Kerja Polis yang sia-sia.

    Umum sudah kenaikan gaji,
    Askar bomba tenung melopong lagi.
    Menolong UMNO-BN naik imbuhan gaji,
    Membodek kerjanya usah rasuah lagi.

    Mak Limah berlengang ke pasar,
    Mencari sembilang, tongkol dan rebung.
    Staff kerajaan menjadi gusar,
    Gaji tak naik harga barang melambung.

    Sorong papan tarik papan,
    Diatas peti buah keranji.
    Bonus diumum entahlah kapan.
    Huraikan ceramah Pakatan Rakayat dinaik gaji

    Reply

  2. 2 Tuyang Feb 10th, 2010 at 10:51 pm

    DSAI,
    Saya termasuk rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Seorang tua yang belajar sampai darjah Satu, belum pandai membaca tapi bila terdengar kes di Perak ini dia mulai takut kerana pada pendapatnya tiada lagi kejujuran dan harga diri. Mengapa harus semua hakim mengalahkan Nizar(5-0), sedangkan dari mula kes negeri Perak ini semua rakyat Malaysia tahu ia dirampas oleh UmnoBN. Kata orang tua yang belajar sampai darjah satu ini, hakim itu orang umnobn ke atau bebas. Tambah orang tua ini lagi, kalau main bola kalah 5-0 teruk betul Nizar itu. Tapi orang tua kata jangan-jangan pengadil(refree) itu makan suap. Kalau pengadil itu makan suap silap hari bulan perlawanan yang akan datang mereka akan tidak digunakan lagi. Kemana mereka nak cari makan?
    Sedih juga bila terdengar keputusan mahkamah tinggi yang mengistiharkan mamak( maaf kasar sikit) itu MB Perak yang sah.

    Reply

  3. 3 Abdullah Feb 11th, 2010 at 8:51 am

    Banyak bokti sejarah, terutamanya dunia ke tiga, pemimpin menggadaikan kesejahteraan rakyat dan negara semata-mata kerana mahu menjaga kedudukan dan kepentingan peribadi. Pelbagai penipuan dilakukan untuk mengekalkan jawatan. Ini berlaku kerana sistem kita membenarkan kepada sesiapa yang memegang tapuk kuasa maka dia juga menguasai khazanah negara. Itulah punca segala penipuan, penyelewengan dan rasuah kuasa (politik) yang perlu kita ubah. Ingatlah pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab, tetapi BERTANGGUNGHISAB atas segala perbuatan anda, akan dihisab oleh Allah.

    Reply

  4. 4 ridzuan Feb 11th, 2010 at 11:26 am

    The international interest in Malaysia state of economy is intriguing. While most of these reports may be acceptable, they reflect negatively on our country. Many issues have cropped up and I may say threaten our country’s stability. But the government of the day has strived to maintain stability in every level- socially, economically, and politically. It is no easy task and one must also be realistic in accepting the fact that, as we move forward, there are more challenges ahead. Plus, there are various causes that also affect our stability.

    I also observe that more and more people are more bold in their demands. This scenario reflects that we are being too lenient of other people at the extent that we ourselves forget that whom we should defend.

    Reply

  5. 5 siapa dia Feb 11th, 2010 at 12:17 pm

    Penilaian seseorang samaada rakan mahupun ’seteru’ wajib diambil perhatian. Maklum saja ! Kedaifan diri menjadikan kita tidak ‘arif’ dalam membuat sebarang keputusan mahupun tindakan. Pada kita, apa juga yang kita fikir atau bertindak betul semuanya. Tapi, lupa oleh diri kita bahawa sifat manusia ‘tidak sempurna’ ! Yang sempurna hanya ALLAH.

    Maka, orang cerdik sebenarnya ‘menghormati’ kritikan atau pandangan daripada orang lain. Dari kritikan secara bersopan atau ‘berkasar’ tetap berguna. Malah, pandangan seorang anak kecil juga tidak patut dipandang enteng. Betul kata para cendikiawan bahawa ‘guru’ ibarat cermin.

    Malah, pengkritik juga adalah ibarat ‘guru’ yang dapat menjadi ‘rakan’ dalam usaha untuk memajukan diri. Lainlah halnya seperti Najib, Rosmah Mansor, Dr.M., Khairy dll. yang ‘pantang’ dikritik !

    Jika benar mereka ‘terbuka’ pintu hati serta bersedia menerima kritikan, tidaklah akan berlaku apa yang telah ‘dilakukan’ terhadap DSAI yang ‘menawarkan khidmat’ sebagai pengkritik kepada cadangan, usaha mahupun perlaksanaan Umno, Bee End dan ‘kuncu-kuncu’ mereka. Mengapa demikian sekali sikap dan tindakan ? Sempurnakan kamu ? Atau apakah kamu mahu ‘berlagak’ Tuhan ?

    Amat malang jika kritikan atau pandangan yang berbeza diambil dengan penuh rasa ‘BURUK SANGKA’ ! Memang perlu berhati-hati. Tapi, kenapa sampai tergamak menolak kritikan hingga kepada tahap menghina dan tidak menghormati. Mengapa ?

    Sebagai ibu-bapa, kerapkali kita bertegas bahawa setiap yang baik ‘wajib’ ditaati oleh setiap orang ‘anak’. Tapi, kenapa kamu, wahai Najib dan Che Det demikian ‘bebal’ menolak serta engkar pandangan membina yang dibawa oleh DSAI mahupun PAKATAN RAKYAT ? Mengapa ?

    Jika alasan kamu, DSAI petualang dan pelbagai tohmah tak masuk akal yang kamu lemparkan, kami dengan nyata dapat melihat, DSAI serta setiap pandangannya diterima dan dihormati oleh DUNIA ? Maka, siapa yang BAHALOL ?

    Kata bahalol akan diterima bagi mereka yang insaf tentang ‘kejahilan’ yang menjadi sifat ’semula-jadi’ bagi manusia. Tapi, saya yakin Umno-BN dan penyokong buta mereka cukup ‘bengang’ dengan kata-kata tersebut.

    Maka, setiap yang benggang itulah MAHA BENGONG !

    Reply

  6. 6 caldina Feb 11th, 2010 at 4:27 pm

    sedih aku tgk malaysia ni skrg..ntah ke mane keadilan dh pergi…sbg rakyat biase ni, adekah kite bleh dijamin dgn perlembagaan klu kite termasuk dlm kes2 yg melibatkan mahkamah? boleh ke kite dpt keadilan spatutnye?? tak selamat sungguh rasenye skrg ni dok kat malaysia…

    Reply

  7. 7 noh Feb 11th, 2010 at 4:49 pm

    Sedih juga Perak kena 5-0. Tapi lagi menyedihkan Malaysia kena 2-0. Lepas Australia, Hong Kong pula bantai Malaysia. Mereka bukan bantai sembarangan. Mereka ada fakta juga. Tunggu lepas ni siapa pula bantai atau sapa sokong. Tunggu je lah. Mungkin Mahyuddin boleh melenting dan komen lagi.

    Reply

    katak insaf Reply:

    Brunei serang sedikit !
    ……… Tahaf pendidikan lepasan sekolah Brunei sedikit lebeh tinggi dan lebih mantap dibanding dengan Malaysia.

    Reply

  8. 8 tok kedehud Feb 11th, 2010 at 5:35 pm

    PERC di hong kong bercakap dengan hidung dikira sudah bagus berbanding di sini bercakap dengan Mulut dikira derhaka!!! tidak kira bercakap dengan cara apa sekali pun Blog ke atau sebagainya asakan boleh bercakap!!. Oleh kerana PERC bukan milik UMNO maka dituduh pembuat dusta!! Penaraf asing punya network satu dunia, dan mereka punya laporan dari berbagai pihak sebelum menbuat sesuatu laporan. kalau PERC itu berbohong UMNO boleh saman PERC, jangan berkokok dalam raban atau berketak dalam sangkak!! tapi tahi penuh di ekor !! berketak tapi yang di ram telur tebelang !! . kalau betul UMNO ayam laga ayuh!! saman PERC!! .

    Reply

  9. 9 sman Feb 11th, 2010 at 5:53 pm

    Assallamualaikum DS,

    Jawapan TPM mengenai perkara ini cukup menyedihkan,beliau memperlekehkan pandangan orang luar,sedangkan Malaysia sangat berharap kepada kedatangan orang luar,sama ada sebagai pelancung atau pelabur ke Malaysia.Pandangan PERC adalah pandangan dunia luar terhadap kita,jadi mana mungkin hasrat kita tercapai sekira dunia luar berpanadangan begitu terhadap kita.Penafian TPM tidak relevan pada mereka dan tidak memberi faedah selain hanya utk menyedapkan hati sendiri.Ini adalah sikap orang yg pekat dengan slogan ketuanan Melayu,kerana merasa Melayu semacam mempunyai keistimewaan tersendiri,apa orang lain kata semuanya tidak betul.Seharusnya beliau mengakui hakikat dan cuba memperbaiki mana yg boleh walau pun pandangan mereka itu tidak 100% benar.

    Najib,Mahyuddin dan Hishamuddin,inilah barisan yg akan menunggu giliran memimpin negara pada masa depan jika Pakatan Rakyat gagal menumbangkan mereka.Tapi mana mungkin mereka di tumbangkan kalau PR sebagaimana sekarang,agak bercelaru dan tidak ada keberanian untuk bertindak tegas.Ini pandangan rakyat,dan sama juga seperti pandangan PERC terhadap Malaysia. PR dan PKR khususnya perlu mempunyai keberanian untuk menyusun organisasi mereka biar pun ianya bererti menolak beberapa personeliti tertentu.Kehendak rakyat perlu di hurmati dan kebijaksanaan mereka tidak boleh di nafi.

    Reply

  10. 10 Abdullah Feb 11th, 2010 at 5:55 pm

    Sedih saya membaca ulasan TPM terhadap PERC . Kalau inilah sikap pemimpin Malaysia, kita akan hadapi masalah yang lebih besar.Malang sekali mempunyai pemimpin yang enggang mengakui kelemahan diri sendiri, tetapi syok setakat melihat kejayaan yang sedikit itu. Macam tu bila nak maju.

    Reply

  11. 11 lurus bendul Feb 11th, 2010 at 7:01 pm

    Saya tak berani komen pasal PERC sebab Negaranya di perintah oleh CEO bukan sebagai mana Malaysia di perintah oleh PM. Ketua Pegawai Eksekutif merip kepada tabir secara perniagaan jadi Mereka amat peka dengan suasana ekonomi tetanga. Malaysia di tampuk oleh PM yang mana cukup berbeda dengan dunia niaga mereka lebih kepada Politik berbanding Niaga. itu beza Negara yang di urus oleh CEO dan Negara yang di urus oleh PM. Jika saya di beri pilihan diantara Najib dab Hassan Marican sebagai teraju negara saya akan pilih Hassan marican sebab dia CEO Petronas !! dia amat berjaya menbawa Petronas hingga ke mercu tanda. sehingga ke hujung usia dia! jika PR memegang tampuk jawatan PM di lupuskan diganti dengan jawatan CEOC atau CEO of Country.

    Hong Kong sebagai sebuah Negara persisir yang punya sistem tabir yang cukup sempurna hadia dari Inggeris setelah Hong Kong di kembalikan kepada china. laporan dari PERC telah menbuat inpak kepada kehadiran pelabur ke PKFZ, dan koridor dan 2020. kita cukup binbang dengan laporan ini diguna pakai oleh penaraf asing yang lain sekiranya ini terjadi kesan terhadap FDI akan menbusut !!walau pun mereka bercakap dengan hidung tertapi kesannya cukup besar. Mereka tahu jika mereka bercakap dengan mulut UMNO akan kata “lidah mereka tidak bertulang” sebab itu mereka PERC bercakap dengan hidung!!!

    Reply

  12. 12 ANAK MALAYSIA Feb 11th, 2010 at 7:58 pm

    Memang benar,kita mesti dengar pandangan n nasihat dr org lain bg membaiki diri

    Reply

  13. 13 Pengadil Padang Feb 11th, 2010 at 9:21 pm

    Elok kita kasi markah untuk Najib n C.Det mulai sekarang supaya depa tak tertunggu-tunggu !
    O.K. Camni :

    1. DSAI yang sentiasa mancho dan senyum serta gagah maju ke hadapan : 100 markah plus bonus 400 markah ! Total 500 marks ! Yahoo…!

    2. DS NAJIB plus C.DET yang semakin pening plus tambah tak ketahuan plus ‘mengarut’ : TOLAK SAMPAI BILA-BILA. INFINITI TOLAK !

    3. Untuk Khairy : “Lupa Tok Guru ker !” Kosong Kosong Satu, Khairy !

    Reply

  14. 14 dina Feb 11th, 2010 at 11:51 pm

    Adalah terlalu lemah jika segala peristiwa yang berlaku di negara kita sekarang ini tidak dapat dinilai baik buruknya oleh masyarakat Malaysia.

    Segala yang ditonjolkan secara lahiriah hanyalah sebagai pelalai atau tampak untuk mengaburkan mata rakyat semua. Kita sebagai rakyat seharusnya bijak membuat penilaian untuk jangkamasa pendek dan panjang. Jangan tertipu dengan dakyah serta pembohongan kebanyakkan pemimpin kerajaan UMNO dan BN.

    Lihat sahaja bagaimana mereka menggunakan saluran berita dalam suratkhabar dan televisyen. Kita semua harus menjadi masyarakat yang sensitif. Sentiasa peka dengan isu semasa. Harus sentiasa menerima isu, menganalisa dan seterusnya membuat tindakan berani menyatakan pendapat yang bernas atas kepentingan masa depan mengikut lunas-lunas undang-undang serta agama.

    Keadilan harus ditegakkan di negara ini. Bangkitlah semua rakyat Malaysia. Jangan biarkan kita ditipu oleh pemimpin negara ini dengan menyogokkan segala kulit kemewahan sedangkan isi sebenarnya adalah keperitan buat kita semua. Tanpa kita sedari sebenarnya kita sentiasa dipermainkan oleh UMNO dan BN.

    Lihatlah kepada penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh mereka. Tengok sahaja mengenai isu kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai rancangan bersama UMNO untuk berbincang mengenai isu agama. Tetpi apa yang keluar didada-dada akhbar ialah pembohongan mereka menyatakan PAS ingin berbincang untuk bekerjasa dengan UMNO. Beginilah fitnah demi fitnah yang mereka lakukan dan menipu rakyat secara berterusan.

    Hanya oang yang tidak mahu berfikir dan pentingkan diri sahaja yang tidak dapat membezakan yang mana intan dan juga kaca.

    Janganlah kita berterusan membiarkan kemungkaran ini berterusan bermaharajelela di negara kita ini.

    Sudah terlalu jelek dengan kemungkaran mereka ini.

    Reply

  15. 15 man Feb 11th, 2010 at 11:56 pm

    semua masaalah dlm negara ini hanya akan selesai bila umno dpt ditumbangkan.umno adalah punca segala masaalah dari rasuah sampaike pelembagaan.yg pasti rakyat akan kubur kan umno,bila tunggu saja munkin tak berapa lama lg sbb rakyat sekarang dah cerdik.yg tinggal pegundi saluran 1 je.kt harap pilihanraya akan dtg dia org dah takde.AKU SEBENARNYA TAK SABAR NAK KUBURKAN UMNO.

    Reply

  16. 16 Minang Feb 12th, 2010 at 8:25 am

    Sembab tu kerjanya asyik menutup kemaluan KERAJAAN MALAYSIA saja mana nak pakai analisa negara lain sebab prinsip diaorang jangan masuk campur hal malaysia…

    Reply

  17. 17 Halik Zaman Feb 12th, 2010 at 11:34 am

    AHMAD THAMBRIN TEGUR SPR TIDAK MENGIKUT PERIDARAN ZAMAN

    LAPORAN:- Halik Zaman

    KOTA KINABALU– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mengkaji semula peruntukan yang sedia ada yang sudah tidak ‘relevan dan lapuk’ masih lagi menguat -kuasakan umur remaja 21 tahun baru berhak untuk mendaftar nama sebagai pengundi yang sah.

    Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah Ahmad Thambrin Haji Jaini menyatakan demikian dalam sidang media petang tadi menyatakan rasa tidak puas hati PKR Sabah bahawa SPR memandang sepi dengan permintaan Pakatan Rakyat agar remaja remaja yang berusia 18 tahun diberi hak untuk mendaftarkan nama dan mereka sebagai pengundi dalam PRU13 yang akan datang.

    Kata Ahmad Thambrin, ” Seperti di Indonesia, Thailand dan negara negara Barat remaja remaja yang berusia 18 tahun, mereka diberi hak untuk mendaftarkan nama sebagai pengundi, lain pula di Malaysia mesti berusia 21 tahun, ini sangat merugikan remaja remaja Malaysia jika PRU Malaysia diadakan setelah usia remaja remaja tersebut menjelang 20 tahun kurang atau lebih”.

    Bercakap mengenai Kerajaan UMNO/BN yang mahukan semua subsidi rakyat dimansuhkan pada bulan Mac tahun ini, Ahmad Thambrin berkata, ” Kalau maksud yang tersirat diteruskan ia satu pukulan hebat kepada orang kampung, jangankan semua subsidi dimansuhkan, kalau subsidi minyak petrol sahaja pun dimansuhkan rakyat akan tanggung semua kenaikkan kos hidup rakyat yang kini pun menjadi bebanan orang kampung” . Jelas Ahmad Thambrin

    “Kita tidak bertujuan untuk menjadikan masyarakat Sabah ini sebagai masyarakat subsidi, tapi kerana rakyat Sabah masih lagi ditahap miskin adalah tidak bijak untuk kerajaan mencari keuntungan atas keringat orang orang kampung yang mata pencarian mereka bergantung kepada hasil pertanian, nelayan dan peniagaan jualan sayuran kampungan cara kecil kecilan yang di ibaratkan kais pagi makan petang”. Jelas Thambrin.

    Tegas Thambrin lagi, ” Kalau petrol, beras, gula dan semua permakanan harian rakyat di mansuhkan subsidinya seperti yang dilaporkan, kita pasti rakyat Sabah akan lebih teruk lagi dari rakyat Semenanjung, kerana pengangkutan ke Sabah adalah menggunakan pengangkutan laut dan udara, kosnya berganda ganda mahal’.

    “Pilihan yang terbaik bagi rakyat seluruh Malaysia ialah menggantikan Kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat boleh mengatasi masalah kos hidup rakyat yang melambung tinggi dengan menggunakan hasil mahsul Negara untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dengan tidak menyalahgunakan wang Negara dengan tidak membuat jambatan bengkok, rasuah dan buat koridor yang tidak menguntungkan orang kampung”. Janji Ahmad Thambrin

    KUDAT – Setiausaha Perhubungan Pimpinan Negeri yang juga merangkap Ketua Cabang PKR Kudat, Encik Mursalim Tanjul hari ini di minta mengulas mengenai pembangunan dan kos sara hidup rakyat di pedalaman.

    Menurut Mursalim, tiada banyak pembangunan yang dapat di nikmati oleh penduduk luarbandar. Kerana tumpuan dan fokus pimpinan UMNO hanyalah tertumpu di dalam bandar dan diri mereka serta kroni sahaja. Jika di tinjau pembangunan dan kemajuan di kampung-kampung di luar bandar, kita masih dapat melihat index kemiskinan tegar masih lagi tinggi.

    “Jika kita ke pedalaman, kita tinjau ke sekolah-sekolah kampung, sistem pembelajaran dan material pendidikan yang mereka tawarkan masih lagi di takuk yang lama. Anak-anak kampung di didik dengan apa yang ada di hadapan mata sahaja. Ini yang menyedihkan kita semua dibawah pimpinan Kerajaan UMNO/BN.” Kata Mursalim.

    “Malah ada juga terdapat anak-anak kecil yang tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana kurang berkemampuan. Sebab – sebab terjadinya perkara ini adalah kerana kos kehidupan yang semakin meningkat tinggi.” Jelas Mursalim.

    Mursalim menambah, ” kebanyakan penduduk kampung hanya melakukan kerja-kerja kampung dan nelayan-nelayan. Pendapatan yang tidak seberapa, adakalanya membataskan perbelanjaan mereka untuk menghantar anak-anak kesekolah. Kos sara hidup yang semakin meningkat juga membebankan mereka ini.”

    “Barangan permakanan asas juga agak tinggi kosnya di pedalaman juga memberikan tekanan kepada penduduk di luar bandar. Jika di bandingkan dengan pendapatan mereka yang tidak besar, maka kerana itulah terjadinya kes anak-anak tidak dapat meneruskan persekolahan mereka atau gagal dalam pelajaran.” Kata Mursalim

    Menurut Mursalim lagi, kerajaan UMNO tidak memberikan komitmen kepada golongan kurang berkemampuan ini. Tiada inisiatif di ambil untuk memantau harga-harga barangan di luar-luar bandar.

    Katanya “Sekolah-sekolah di pedalaman juga tidak di pantau dengan sewajarnya. Material pembelajaran tidak di bekalkan secukupnya. Malah kita masih dapat melihat anak-anak kesekolah hanya dengan berselipar. Pemantauan khusus dari para pemimpin UMNO telah di suarakan berkali-kali, namun apa yang mereka perolehi hanyalah suatu harapan yang tidak kesampaian.” Terang Mursalim

    Mursalim menambah, “penduduk luarbandar hanya dapat melihat wakil-wakil rakyat UMNO/BN apabila tiba musim pilihanraya dan di masa itulah mereka benar-benar mempamerkan keperihatinan yang penuh kepalsuan, semata-mata untuk meraih undi dari penduduk-penduduk luar bandar dan bila selesai pilihanraya, batang hidung mereka pun susah kelihatan”.

    Mursalim sekali lagi menegaskan, seandainya PKR dan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah, PKR berjanji akan memperluaskan skop fokus kepada penduduk-penduduk luar bandar. PKR mahukan semua penduduk dan rakyat Sabah tidak kira di mana juga mereka berada untuk menikmati pembangunan seimbang baik dalam ataupun luar bandar.

    Oleh yang demikian, Mursalim menyeru kepada semua rakyat, untuk memberikan peluang kepada PKR dan Pakatan Rakyat membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama di bumi Sabah ini maka undi lah calon calon Pakatan Rakyat.

    “Kita mahu membela nasib rakyat yang terpinggir, PKR tidak mahu lagi melihat masih ada lagi kemiskinan tegar di penduduk-penduduk pedalaman, PKR mahu semua rakyat menikmati setiap pembangunan dan kemajuan yang kita berikan.” Ujar Mursalim mengakhiri ucapan beliau.

    LAHAD DATU- Ketua Cabang PKR Silam Encik Johani Abdul Halim hari ini mengutuk perbuatan memfitnah Ketua Umum PKR Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang tersiar diTV3 dan Utusan Malaysia yang dicekuk tambah dari apa yang sebenarnya berlaku dimahkamah.

    ” Rakyat Silam faham dan simpati kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, segala keaiban yang musuh musuh Anwar Ibrahim ciptakan akan backfire kepada PRU13 yang akan datang kepada semua calon calon BN diseluruh Malaysia, Insya-Allah.” Kata Jahani.

    “Semua tenaga AJK Cabang PKR Silam Lahad Datu telah diarah turun padang mendekati rakyat memberi penerangan sebenarnya fitnah yang sengaja direka untuk mengaibkan Dato Seri Anwar, HAKIM-nya nanti adalah rakyat pada PRU13 yang akan datang akan bersama sama menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional mengikut lunas demokrasi.” Tambah Johani lagi.

    Johani menambah, ” Kos hidup rakyat yang tinggi sedang pendapatan rakyat ala kadar, perbelanjaan dan yuran sekolah anak anak rakyat Sabah setiap tahun bertambah mahal, apa kah ini satu hadiah untuk rakyat Sabah setelah hasil minyak petrolnya dijual?” Tanya Ketua Cabang PKR itu.

    “Dato Najib terus meniup seruling bambu dengan irama sumbang 1Malaysia bercogankata “Rakyat didahulukan” hanya satu slogan yang tidak bermakna kalau rakyat tidak mampu membeli permakanan yang kosnya mahal, apa ertinya rakyat didahulukan sedang perut anak anak cucu kami lapar?” Tanya Johani.

    Johan berkata, ” Tidak kah kamu rakyat Silam merasai sedih, pilu? Sedangkan Allah swt pun melarang hambanya mengaibkan seseorang manusia dengan fitnah terus mengambil tempat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO yang sudah ditolak oleh sebilangan besar orang Islam dalam PRU12 2008 dan kerusakkan UMNO tidak mungkin dapat diperbaiki lagi walaupun sekali Anwar Ibrahim UMNO korbankan, ia akan backfire juga kepada BN nanti”.

    Reply

  18. 18 Tangosabah Feb 12th, 2010 at 12:10 pm

    ????????(May Heavan and earth cast justice)
    ????????(Bless this Chivalrous Malaysian brother of ours)
    ????????(Why? are the bandits still fearlessly astrayed?)
    ????????(Fellow Malasian of different races, lets bound by a common hatred and fight on!)

    ???? ?God bless Anwar)

    Reply

  19. 19 Tangosabah Feb 12th, 2010 at 12:14 pm

    ????????(May Heavan and earth cast justice)
    ????????(Bless this Chivalrous Malaysian brother of ours)
    ????????(Why? are the bandits still fearlessly astrayed?)
    ????????(Fellow Malasian of different races, lets bound by a common hatred and fight on!)

    ???? ?God bless Anwar)

    Reply

  20. 20 seniman 85 Feb 12th, 2010 at 12:40 pm

    kenyataan di petik dari dato’ mahfuz.

    Siasatan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara perlu didedahkan kepada rakyat agar rakyat jelas mengenai siapa yang terlibat dalam kes tersebut.

    “Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi. Rakyat perlu diberitahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsia penting tersebut.

    “Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin jet F-5E?” soal Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan media yang dihantar kepada era pakatan.com.

    Beliau berkata, rakyat juga perlu dimaklumkan negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.

    “Rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil olih pihak Wisma Putra dan Kementah untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras. Adakah kes ini masih menjadi kes yang disiasat oleh polis,” tegas beliau.

    Menurut beliau, kecurian enjin jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara.

    “Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal,” jelas beliau.

    Beliau berkata, berasaskan pada dua kejadian tersebut, negara dilihat berada dalam ancaman dari negara luar dan inilah yang menjadikan rakyat gelisah sekali gus mereka berasakan berada dalam keadaan tidak selamat.

    Terdahulu, Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara telah selesai dan diselesai mengikut saluran diplomatik.

    “Saya memohon jawapan dan penjelasan segera daripada pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelasan dan jawapan segera Menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM,” tegas beliau lagi.

    Reply

  21. 21 SIR ABU Feb 12th, 2010 at 3:59 pm

    Kita sambut baik pandangan DUNIA. Malaysia perlu melangkah lebih jauh demi ‘kegemilangan’ negara. Kesimpulan yang dapat digarap ialah Malaysia lemah kerana Pemimpin Umno-BN yang diberikan amanah oleh RAKYAT MALAYSIA lemah dan tidak punya MISI & VISI yang tepat !

    Maka, seluruh RAKYAT MALAYSIA perlu ‘bangkit’ mempertahankan maruah negara yang sama-sama kita cinta. Malaysia adalah amanah bagi setiap insan di bumi bertuah ini.

    HIDUP NEGARAKU MALAYSIA !
    PAK ANWAR…TOLONG SENYUM CIKIT ! Hihi..!

    Reply

  22. 22 hidup PKR!!!! Feb 12th, 2010 at 5:16 pm

    Harap2 DSAI akan teruskan perjuangan untuk membela kami semua. Kami ada dengar2, beberapa ahli PKR akan keluar parti, Selangor akan jatuh ke tangan kerajaan BN-UMNO. Mungkin DSAI memerlukan strategi baru untuk menangani masalah ini. HIDUP PKR…..

    Reply

  23. 23 ron Feb 13th, 2010 at 2:21 am

    pandangan org harus dilihat secara positif, lebih2 lagi dtg dr pihak yg lebih advance dr kita.

    jgn lah asyik nak menyembab je.. sembab!

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @khalidkarim Persistent pressure!But I've gone true worse.Pray all is well #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @fahmi_fadhil Umno is clearly desperate.To deflect fr corruption,economy,crime #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @wengerkhairi Dgn alGore,Mary Robinson"Generations"sekuramg2nya 2X setahun.Bincang:krisis ekonomi;alamsekitar;kemiskinan;wanita #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @donmalaysia Pl Don't give credence to defenders of a corrupt order #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners