06
Feb
10

Konspirasi 2: Laporan Dilihat Memfitnah Anwar

Dari TV Selangor

Dalam pada itu, Utusan Malaysia terus membuat laporan yang dilihat memfitnah Anwar walaupun akhbar itu di tegur oleh hakim perbicaraan semalam.

Namun Hakim Mohamad Zaibin Mohd Diah masih enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan.

Akhbar itu semalam menyiarkan pula gambar-gambar dengan berita yang tidak berpaut kepada fakta kes.

Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis terhadap Utusan kerana dikatakan menyiarkan laporan ini yang dilihat bersifat fitnah bersabit keterangan Saiful.

Hari ini pula utusan menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.

Gambar-gambar ini diambil oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan disebarkan kepada semua media asing walaupun secara umumnya wartawan dan jurugambar lain tidak dibenarkan masuk ke kondominium berkenaan.

“Tetapi keterangan gambar dari mana Utusan sendiri boleh dapat, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Saiful semasa itu, tiada wartawan di dalam bilik itu, tetapi dia sanggup menulis keterangan gambar apa yang dikatakan Saiful Bukhari kepada hakim dan sebagainya.

“Jadi ini jelas konspirasi yang melibatkan Umno iaitu tuan punya Utusan Malaysia dan mungkin Perdana Menteri.

“Mengapa ini boleh dibuat oleh Bernama dan bersengkokol dengan Utusan Malaysia di nama saya nampak ramai media lain tidak guna kerana mereka tiada di situ sendiri. Tetapi yang khususnya Utusan Malaysia terbitkan di muka depan dengan banyak keterangan gambar yang tidak betul,”katanya.

Peguam Anwar Sankara Nair berkata selain Utusan, Sinar Harian turut melakukan kesalahan serius dengan memberi fakta salah bersabit gambar-gambar di muka depannya.

“Kami sebagai peguam telah membantah dan memohon kepada mahkamah satu amaran keras diberikan kepada Utusan dengan Sinar Harian yang telah menyiarkan gambar bersama berita tersebut.

“Walaubagaimanapun mahkamah telah menolak dan kami tidak puas hati dengan keputusan mahkamah,”katanya.

Beliau berkata mahkamah perlu mengeluarkan satu amaran keras kepada media tersebut memandangkan ianya disalah laporkan.

“Ini masanya yang sudah berlaku di sini, ini adalah menghina mahkamah dan juga sesuatu kesalahan di bawah akta media cetak dan publikasi,”katanya.-Yusmawati Mhd Yusof/Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz


25 Responses to “Konspirasi 2: Laporan Dilihat Memfitnah Anwar”


  1. 1 Nona Manja Feb 6th, 2010 at 8:02 am

    Nona rasa hari ini bertuah. Memang setiap hari bertuah. Tapi, satu ‘kejutan’ rasa-rasanya. Ntah macamana malam tadi bermimpi. Kata seorang guru saya : Setiap mimpi adalah benar. Cuma jangan memandai sendiri mentafsir. Takut jadi ‘gelong’ kata guru saya.

    Mimpi saya malam tadi sungguh menarik : Pak Lah menangis sekuat-kuat hati. Najib menghilangkan diri. Terus tak balik semula. And…you know that ‘Kak Bedah’ sudah pandai main pistol. Gitulah lebih kurang mimpi saya tuh…Di akhir mimpi saya terdengar bunyi tembakan kuat : Bang ! Bang ! Rupanya : Tin susu anak saya tergolek. Langsung terjaga dari tidur ! Kalu pandai tafsir, tafsirlah !

    Kadang-kadang, sedara ! Hidup ini kita lihat amat melucukan. Dulu tergila-gila nak kat yang ‘besar-besar’. Lalu, Tuhan pun kurniakan rumah besar, pangkat besar, kereta besar, menteri besar, ‘bini pun boleh tahan besar’ tapi, muram jer rumah-tangga ! So, apa nikmat di sebalik semua yang besar tu !? Kosong rasa hidup. Sepi tak bermakna…

    Kata guru saya : Dah ikut nafsu, camtu ler jadinye ! Ikut nafsu, lesu. Ikut hati : mim, alif, ta, YA ! MATI.

    Reply

  2. 2 Boring Feb 6th, 2010 at 8:03 am

    Itu media karut…mana 4 saksi credible ? We follow Islam sekarang…mana 4 orang ?

    Reply

  3. 3 Intan Sakinah Feb 6th, 2010 at 8:39 am

    Dalam hal mengatakan ‘kebenaran’ ! Saya amat kecewa dengan sikap Pemimpin Umno dan BN. Datuk Seri anwar Ibrahim adalah seorang yang jujur ! Malah, seketika di dalam Umno pun DSAI BERSIKAP DEMIKIAN. Dia mahu mambawa perubahan di dalam Umno.

    Jangan salahkan DSAI apabila pembaharuan yang mahu dibawanya di dalam Umno ditolak mentah-mentah. Malah, dihalau seumpama manusia tidak bermaruah. Demikian pula ‘jasanya’ di dalam ABIM. Dia telah membuktikan usahanya mengikut saluran As-Sunnah. Mengujudkan ‘usrah’ atau ‘kekelurgaan’ bagi tujuan mengikat tali silaturahim di kalangan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia.

    Kemudiannya, dia dijemput oleh Dr.M demi membawa kemajuan parti serta negara. Seperti yang kita sedia maklum. Dr.M sendiri yang memecat DSAI dengan penuh penghinaan. Lupa segala usaha serta jasa yang dilakukan oleh DSAI. Kami tidak akan LUPA, wahai Mahathir !

    Penghinaan itu sehingga membawa DSAI terpenjara. Dipisahkan daripada kasih-sayang seisi keluarganya yang mengharapkan suami serta seorang bapa. Apakah dosanya ! Hanya kerana kepentingan diri. Tetap KAMI TIDAK LUPA, wahai Mahathir !

    Sekarang, lihatlah tanganmu yang penuh berdosa, wahai Che Det ! Kamu persendakan setiap umat Islam. Kamu ganyang setiap sendi dan keutuhan negara kerana sikap rakus yang bersarang di dalam hati kamu. Kamulah ‘guru’ kepada pengkhianat bangsa dan negara. Perbuatan fitnah dan khianat yang diamalkan saat ini oleh Umno-BN adalah asuhan kamu ! Maka, kamulah yang bertanggung-jawab !

    Salahkah DSAI mahu membawa ‘reformasi’ ? Tidak ! Bukankah Islam sendiri menuntut ‘islah’. Lain bahasa tetapi SATU MAKNA ! Pembaharuan ‘bangsa’ apakah yang kamu mahu jika hasil didikan yang kamu anjurkan menjadikan ‘porak-peranda’ setiap institusi kerajaan disebabkan oleh ‘jahilnya’ pemikiran Pemimpin-Pemimpin Umno yang kamu asuh ! Katakan, wahai Che Det. AKU SEDIA MEMBALAS SETIAP JAWAPAN KAMU. DI BLOG INI. SILA !

    Reply

  4. 4 said ali Feb 6th, 2010 at 9:14 am

    diharap penerbit/wartawan dari dua akhbar ini tidak lagi dibenar membuat liputan bila ada program program yang dilakukan oleh pr. dulu akhbar sinar harian ni telah diminta dipulaukan TGNA.

    Reply

  5. 5 DenOrgKodah Feb 6th, 2010 at 9:19 am

    “Pukul anak sindir menantu !”
    Memukul anak bukan benci. Kasih dan sayang ! Demikian saya melihat usaha yang dilakukan oleh DSAI. Saban malam menaiki pentas syarah, melaungkan kebenaran bukan bererti benci atau mahu bermusuah dengan sesiapa.

    Saya mempertahankan DSAI kerana jati-dirinya. Jati-diri itulah yang menggambarkan ‘istiqamah’ dan ‘keikhlasannya’ dalam perjuangan. Memang saya tidak pernah ‘bersua muka’ dengan DSAI. Hanya sering melihat gambarnya yang tersenyum manis dalam Blog Ini. Belum pun pernah bersalaman. Tapi, jati-dirinya itulah yang menjadi ‘saya kenal’ dirinya secara jujur.

    Berbeza dengan DR.M. Pernah juga sekali bersalaman di sebuah Masjid, di Alor Star ! Sebagai ucapan tahniah saya kepada beliau yang membawa pembangunan kepada negara Malaysia. Maka, dalam kesempatan yang ada…saya menghulurkan tangan sebagai ucapan terima kasih kepadanya.

    Demikianpun, dalam hal ‘keadilan’ saya tetap ‘menyanggah’ pendirian dan usaha Dr.M. yang ternyata tidak selaras dengan ALLAH dan ROSUL. Perbuatan fitnah dan khianat amat dimurkai oleh ALLAH. Saya menyanggah tetapi saya tidak bencikan beliau. Dia seumpama bapa kepada saya. Pernah menawarkan ubat untuk saya di kliniknya berserta bekalan ‘nasihat’ yang terpahat di hati saya.

    “Belajar rajin-rajin. Jangan nakal. Jangan jadi budak jahat !” Itu pesanan Dr. Mahathir kepada saya seketika dulu. Banyak klinik beliau di Alor Star. Salah satunya di Pekan Melayu bersebelahan Pekan Cina, Alor Star.

    Marahkan anak kerana kasih. Marahkan ‘bapa’ bukan bermusuh ! Tapi, saya tetap akan tentang beliau jika tetap mengambil sikap ‘memusuhi’ DSAI yang berazam dan berusaha untuk membawa pembaharuan. Kerana saya dan DSAI lebih cintakan ALLAH & ROSUL mengatasi segala-gala. Kebetulan kami teman ‘seperguran’ ! MASYAALLAH !

    So, aduhai Ayahandaku Dr. Mahathir, Banyak ingatkan mati. Pesan Rosulullah saw. : Banyak mengingat mati adalah sebaik-baik guru ! Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh anakanda tak kata. Wallahu’alam.

    Reply

  6. 6 Semua Tak Terpakai Feb 6th, 2010 at 11:33 am

    Lambaian Kaabah ! Teringat saya sewaktu mengerjakan HAJI. Kali pertama menatap kaabah, berlinangan airmata tanpa disedari. Entah mengapa !

    Tapi, di hati saya : terkenang akan jerih-payah Rosulullah saw. serta Para Sahabatnya ra. memperjuangkan Agama Islam Yang Maha Suci. Di akhir pertemuan, melambai saya kepada KAABAH yang tetap bersemadi di Masjidil Haram. MASYAALLAH ! Kata Guru Saya, satu Sunnah ‘melambai kaabah’ ! Sempat juga berdoakan demi mengharapkan sedikit kerdhaanNya, TUHAN !

    Sekembali daripada Tanah Suci, Malaysia digemparkan dengan ‘penangkapan’ tidak bermaruah terhadap saudara saya DSAI. Terasa pilu, sebak dan menangis. Entah mengapa ! Yang terpahat di hati saya : SAYA KASIHKAN DIA ! Hanya kerana ALLAH !

    Kali ini : DSAI DIFITNAH LAGI. Terbayang di hati saya betapa ‘zalimnya’ perbuatan memfitnah. Bukankah mereka sendiri mengaku beragama Islam. Jadi, mengapa sampai demikian sekali kejahatan yang tergamak dilakukan. Kata Guru Saya : Puncanya, Tamak-Haloba ! Itulah puncanya ! Sedangkan mereka lupa bahawa kematian semakin menghampiri.

    Bertambah usia tidak bermakna semakin muda usia seseorang. Sebaliknya, semakin pantas menghampiri kematian. Guru Saya menggambarkan kepada pengikutnya begini : Kamu lihat, jam degital kamu itu begitu pantas pengiraannya dalam ‘kiraan sepuluh’. AMAT PANTAS ! Tahukah kamu ? Pantas perjalanan MASA yang diukur oleh ALLAH dikira mengikut ‘kiraan bilangan zarah di alam semesta’ !

    Maka, AMAT PANTAS ! Lalu, cuba saudara bilang angka sejuta dalam sesaat ! SUDAH PASTI TIDAK TERKEJAR ! MAKA DEMIKIANLAH LAJU SERTA PANTAS MASA BAGI USIA ANDA MENGHAMPIRI KEMATIAN ! Maka, kena banyak ingatkan mati. Supaya lebih bertanggung-jawab. Lebih beramanah. Dan tetap dengan JATI-DIRI ! INSYAALLAH AKAN SEMAKIN MAJU !

    Memang saya setuju ! DR>M, LUPA MATI ! JIKA TIDAK TENTU MALAS DIA MENERUSKAN KERJA “DIRECTOR SAMBILAN !” DARI MANA HENDAK KE MANA, DR.M. ? DARI MANA ASALMU DAN AKAN KE MANA AKHIR HAYATMU ? TOLONG MUHASABAH DIRI, WAHAI MR.M. !!!

    Reply

  7. 7 hamba Feb 6th, 2010 at 12:54 pm

    PROBABLY “THEY” have lost the sense of RIGHTEOUSNESS AND HOLINESS.

    BUKAN SAHAJA BANKRAP DEMOKRASI, MALAHAN, BANKRAP NILAI SENDIRI, MARUAH SENDIRI SERTA KELUARGA.

    BIAR LAH ! SAKIT BETUL JIWA HATI KAMI SEKALIAN. TANAH TUMPAH DARAH SAYA TERJADI BEGINI.

    Reply

  8. 8 X-fILE Feb 6th, 2010 at 1:52 pm

    Menjelangnya siang, beransurlah malam. Pabila datang ‘kebenaran’ akan lenyaplah kepalsuan. Demikian ketentuan ALLAH. Tidak ada sesiapa mampu menentang kudrat dan iradat ALLAH. Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa !

    Baik siapa juga yang menjadi ‘pemimpin’ amanah teramat penting. Malangnya, ada pemimpin yang tidak tahu : Apa tugas memimpin dan siapa yang harus dipimpin. Sebaliknya, para memimpin yang bertawakkal kepada ALLAH sedar akan peranan dan tanggung-jawabnya.

    Setiap pemimpin akan ditanya (oleh ALLAH) atas apa yang dipimpinnya. Itulah kenyataan benar tentang amanah. Tugas utama seseorang pemimpin adalah untuk membantu, menolong serta menjadi ‘pemudah-cara’ bagi “menyelesaikan sebarang masalah” yang dihadapi oleh mereka yang dipimpinnya. Maka, memang berat serta besar peranan seseorang pemimpin di tengah-tengah kumpulan, ahli serta rakyatnya.

    Jika anda tidak mampu bertindak sedemikian, sebaik-baik cadangan ialah “LETAK JAWATAN” ! Najib telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia dan Dunia bahawa dia tidak mampu menjadi seorang pemimpin yang baik. Malah, dia sebagai Ketua Negara menjadi pemangkin kepada ‘kegawatan’ negara Malaysia. Maka, apa perlunya Najib kepada Rakyat Malaysia ?

    Pemimpin amat diperlukan. Sedangkan binatang di hutan ‘hidup’ di bawah pemimpin apatah lagi manusia yang diberikan akal. Jika tidak, amat daif manusia dibandingkan dengan fitrah ‘kebinatangan’ ! Kena pikir lebih cikit !

    Salah pada persepsi mana-mana pemimpin jika beranggapan tugas pemimpin hanya sekadar satu profesion demi mendapatkan ‘imbuhan’ atau sara-hidup ! Lalu, kuasa dan tugasnya diperalatkan demi mengaut keuntungan daripada amanah yang disandangkan kepadanya.

    Jika demikian, ingatlah bahawa setiap kengkaran yang berlaku di kalangan ‘rakyat’ di bawah pimpinannya bakal turut dipersoalkan terhadapnya. Bukankah demikian beban yang wajib ditanggung oleh ibu-bapa terhadap anak-anak mereka ? Ya, jawapannya.

    So, jangan terlalu seronok nak jadi pemimpin sedangkan tugas pemimpin teramat mancabar dan bebanan sebagai pemimpin teramat sukar untuk dihadapi. Hanya mereka yang terus bertawakkal kepada TUHAN YANG MAHA AGONG AKAN SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN.

    KAMI TETAP MENYOKONG TUAN !
    SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

    Reply

  9. 9 Sato Rayo Feb 6th, 2010 at 3:38 pm

    KENAPA MANUSIA HARI INI TIDAK MAHU KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. TUGAS HAMBA ALLAH SEPERTI DSAI HANYALAH INGIN MEMIMPIN MANUSIA SEJAGAT KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASUL SUPAYA MANUSIA INI BERADA DI DALAM KERADHAAN ALLAH JUA DAN ALAM INI TIDAK DICEMARI DENGAN KEZALIMAN. SESUNGGUHNYA MANUSIA YANG LALAI SATU SAAT DARIPAA MENGINGATI ALLAH DIANYA SUDAH MENZALIMI DIRINYA SENDIRI APATAH LAGI MANUSIA YANG SETIAP HARI HANYA MENGINGATI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI SAHAJA.INGATLAH WAHAI MANUSIA, KAMU AKAN DISOAL DENGAN APA YANG KAMU LAKUKAN.FITNAH YANG KAMU LAKUKAN KEPADA ORANG YANG INGIN MEMIMPIN MANUSIA KEMBAL KEPADA ALLAH ADALAH SATU KEZALIMAN YANG BESAR.KAMU LEGA DIDUNIA INI TETAPI KAMU INGAT SAAT KEMATIAN KAMU TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MEMBANTU KAMU MELAINKAN AMAL IBADAT KAMU SAHAJA DAN SEGALA KEBAIKAN YANG KAMU LAKUKAN SEMATA-MATA KERANA ALLAH DAN DENGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA SAHAJA.BERTAUBATLAH SEBELUM SAAT KAMU SUDAH SAKARAH KERANA PADA MASA ITU, PINTU TAUBAT SUDAH DITUTUP RAPAT. WAHAI MANUSIA YANG BERSEKONGKOL DENGAN KEZALIMAN, SEDARLAH KAMU DARI SEKARANG. SEKIRANYA KAMU INGIN KEMBALI KEPADA ALLAH DENGAN TANGAN KAMU YANG KOTOR, TIADA SESIAPA YANG DAPAT MENGHALANG KAMU UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. HANYA SEBAGAI HAMBA ALLAH AKU MENYERU KAMU SEBELUM KAMU TERLEWAT.

    Reply

  10. 10 capt zamrud Feb 6th, 2010 at 6:46 pm

    nama paper pun utusan malaysia…pengarang pun dah tua idea lembab so org yang baca semua nyanyok dah tua gak..harap2 org muda jangan lah baca utusan tu

    Reply

  11. 11 dino Feb 6th, 2010 at 6:58 pm

    Aku tertarik dengan komen “DEN ORANG KEDAH” mengenai sayang kepada Tun Dr Mahathir dan sayang kepada DSAI. Aku juga tidak pernah berjumpa apatah lagi berkenalan dengan kedua-dua tokoh ini. Sekadar salam di Masjid Kuala Pilah dengan DSAI suatu ketika dulu (agak-agak tak lama lepas tu
    dia dipecat) dan berjumpa dengan TDM juga di Kuala Pilah semasa beliau mengahwinkan anaknya Dato Mukhriz dengan anak pesara sarjan polis. Kedua-dua pemimpin ini adalah idola aku.

    TDM – Seorang yang gentlement. Tidak pilih keturunan, darjat dan pangkat untuk jadi menantunya.
    Aku ingat lagi semasa dirumah pengantin perempuan yang berbentuk Minang, cuaca panas sekali. Yang naik dirumah ialah TDM, TDSH dan anak menantunya sahaja. Maklum rumah sempit. Tan Sri Isa, Dato Napsiah Omar dan beberapa VVIP duduk dikhemah depan rumah. Arwah Dato Hj Wan Adli hanya berdiri ditangga. Adat orang bertandang, takkan nak minta apa-apa walaupun beliau PM. Bila aku tinjau ke dalam rumah, aku pasti mereka kehausan kerana cuaca sangat panas. Aku segera beritahu bini aku supaya kedapur mengambil minuman. Korang tahu, air sirap kosong sungguh beerti kepada mereka yang kehausan. Aku nampak TDM dan keluarganya terus mencapai air sirap dalam gelas yang dibawa dan terus meneguk bagi menghilangkan dahaga. Rupa-rupanya belah keluarga besan tak ada yang perasan untuk hidangkan minuman. Dari situ aku terus mengagumi TDM.

    Projek-projek Mega TDM seperti Menara Petronas, KLIA dan Putrajaya juga adalah ilham TDM yang aku kagumi. Maklumlah semasa aku mula-mula datang ke KL pada tahun 1974 hanya Bangunan Mara di Jalan Tuanku Abd.Rahman dan Menara Bank dekat Bas Stand Klang sebagai Mercu Tanda KL. Pada aku projek ini tidak membazir kerana keperluan kepadanya akan sampai. Cuma bila. Pada aku TDM ini berfikiran mendahului masa. Contohnya: aku semasa mula berkahwin dan membuat keputusan membeli rumah. Aku telah beli rumah empat bilik. Padahal hanya aku berdua dengan isteri sahaja. Kami belum ada anak. Rumah masa itu juga masih murah. Kenapa beli 4 bilik? Inilah perancangan kita. Masa depan kita akan ada anak-anak. Anak perempuan satu bilik, anak lelaki satu bilik dan bilik tetamu/keluarga yang datang ada sebilik. Agaknya aku sama fikiran dengan TDM kot?
    Alhamdulillah, aku belum pencen lagi tapi hutang rumah aku sudah langsai.

    Aku kata aku sokong projek Mega TDM bukan apa yang berlaku dalam proses pembinaan projek mega tersebut. Kalau TDM mengambil rasuah atau melantik kroni bagi membina projek berbillion itu maka aku langsung tidak bersimpati atau menyokong TDM. Tapi ssesuatu yang pasti – berapa kos pembinaan Menara Petronas dulu. Kalau zaman Pak Lah atau Dato Sri Najib baru nak bina projek itu berapa kosnya?. Sedangkan PKFZ yang bertangguh itu telah melibatkan kenaikan kos berganda disampin disonglap oleh orang-orang tertentu. Ok lah, korang nampak aku sokong TDM kan?

    Dalam isu Liwat 1, aku hilang respect kepada TDM kerana aku yakin DSAI dianiaya. Ada yang TDM terlepas cakap yang dilapor dalam Utusan/Berita Harian yang menjuruskan aku mempercayai bahawa isu sebenarnya ialah dikatakan DSAI akan topple TDM dan percanggahan pendapat dalam isu IMF. Bukan kes salahguna kuasa atau sodomi. Aku kata ini adalah Takdir Allah. Aku beritahu kawan-kawan, kalaulah Tan Sri (anak Trengganu yang mati kemalangan heli bersama isterinya – maaf aku lupa namanya)dan Dato Wan Adli masih hidup pada masa itu, aku yakin mereka berdua ini yang sangat rapat dengan TDM dan DSAI akan mendamaikan mereka. Apa yang berlaku seterusnya telah menjadi sejarah.

    Aku juga hilang respect kali ke 2 terhadap TDM dalam isu penarikan balek royalti minyak kepada Trengganu pada 1999 selepas UMNO Be End dikalahkan oleh PAS dan digantikan dengan wang ehsan. Pada aku kezaliman berlaku dan seolah-olah pihak yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja hatta melanggar undang-undang/perjanjian. Khianat.

    Itulah aku. Aku tidak mahu mengajak korang mengambil pendirian seperti aku tetapi atas nama keadilan sejagat maka nilailah sendiri senario yang berlaku sekarang. Pengganti TDM telah meneruskan legasi songsang mengikut acuan TDM dalam beberapa kes berkenaan.

    Kita rakyat Malaysia ada ruang dan hak untuk membetulkan keadaan ini. Tanamkan iltizam yang kuat dengan berpandukan fakta sejarah dan UNDI lah di PRU13 secara sadar. Walaupun sayangkan anggota badan kita tetapi jika perlu dipotong kerana atas nasihat doktor bagi menyelamatkan kita sendiri, bersedia dan bersetujulah untuk dipotong. TDM pun dah ulas bahawa ianya telah busuk hingga ke usus. Nasihat TDM adalah relevan.

    Maaf kerana meracau…. Wallah huaklam.

    Reply

    DenOrgKodah Reply:

    Memang kita sayang semua, dino ! Kita marah bukan benci. Kasih dan sayang sekali ! Baik Dr.M malah sapa-apa jugak. Kan kita asal satu ibu-bapa ! Gaduh-gaduh tak guna ! Tapi, kan biasa, dino ! Anak bila terlanjur, kita maafkan ! Kali kedua, kasi warning, kali ketiga…jentik telinga…Tapi, kalu dah bertalu-talu…silap-silap ‘kono palu’ !

    Kono palu kat dunia masih okey ! Hospital banyak. Amacam kalu dipalu dek malaikat non-stop ! Hancur lebur, Dr.M Tu. Jadi, sebelum terlambat kita tolong ingatkan. Kalu nak terus berdegil…LAHAULAWALA QHUWATAILLAH BILLAHI’ALI YILAZIM…

    Apalah daya kita, dino ! Semua di bawah takluk Kuasa Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa. Siapalah kita ? Insan yang daif di sisi ALLAH.

    Reply

  12. 12 petir Feb 6th, 2010 at 11:08 pm

    Hanya hakim yang takut pada Penciptanya sahaja dapat menghentikan fitnah ini skrg.
    Kalau dia takut kat Rosmah & Najib, jawab le sendiri…….

    Reply

  13. 13 rafi rahman Feb 6th, 2010 at 11:55 pm

    Anti Mahathir sampai mati. He’s talking about conspiracy of the twin towers but ask him about his upon Mr Anwar. Let him rot in hell for that.

    Reply

  14. 14 belantikboys Feb 7th, 2010 at 2:19 am

    Dato Seri Annuar. Biarlah jasad mu dimana sekalipun percayalah kami tetap akan meneruskan perjuanganmu. Jati diri mu telah pun meresap kedalam jiwa kami,kami sentiasa bersama dato seri.Secara peribadi saya mengatakan yg saya amat kasihankan dato seri dgn apa yg dato seri hadapi sekarang. Bersabarlah dato seri mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.

    Reply

  15. 15 mukmin Feb 7th, 2010 at 3:38 pm

    Banyak2 Bersabar DSAI. Kebenaran pasti milik yang Sabar.Laknatlah mereka2 yang melakukan fitnah dan bersikap zalim!!! Allah Maha Mengetahuai & Berkuasa Dengan Hari Pembalasan.

    Reply

  16. 16 Zulkifli Aman Feb 7th, 2010 at 7:10 pm

    Mahathir bukan selamanya ‘gagah’. Tuhan Maha Berkuasa. Siapa juga lawan Tuhan, Tuhan belasah di luar jangka ! Umno-BN rela diperkuda dek Mahathir sampai punah-ranah jentera negara. Dia pasti merana. Bila ? Tungguuuuuuu….!

    Reply

  17. 17 seniman 85 Feb 7th, 2010 at 7:19 pm

    umum tahu usaha umno-bn membawa DSAI ke mahkamah adalah tuk menyekat karir politiknya…kes pertama pada 1998 berlaku kerana adanya sumber mengatakan:
    Sebagian mencatat bahwa ketika krisis ekonomi mengancam Malaysia pada tahun 1998, Anwar menolak rencana Mahathir untuk melakukan sistem kurs tetap dalam mata wangnya, ringgit agar tidak terimbas krisis, suatu langkah yang sama yang pernah ditawarkan Prof Steve Hanke kepada Presiden Indonesia, Soeharto untuk menerapkan kebijakan kurs tetap. Setelah perselisihan ini dan tuduhan tudahan terhadap Anwar Ibrahim yang berujung diberhentikannya Anwar Ibrahim dari jabatannya, pada pertengahan 1998.

    Reply

  18. 18 layman Feb 8th, 2010 at 10:05 am

    Hakim tu 2 X 5, sebab tu tiada tindakan. Kalo tak memang amaran dah dikeluarkan.

    Reply

  19. 19 DEBBIE Feb 8th, 2010 at 12:07 pm

    Panjangkan kes DSAI Anwar , lebih mendalam kebencian kepada Institusi. Tangan halimunan yang sedang menguruskan kes ini – agak nya bukan satu sahaja. Semua lah…… yang ada dalam Institusi yang sama sama mempunyai special interest.

    Kalau disabitkan kesalahan pun, BN akan gagal dalam GE 13.

    Saya nak tanya kenapa takut sangat kepada DSAI Anwar sampai terdesak.

    Ini menunjukkan terbuktilah , kebolehan Anwar yang buat masa sekarang tiada saingan dari sesiapa? Mungkin – Tajol Rosli ???? oi salah tulis …. PM kami.

    Pembebasan untuk mengkritik adalah hak RAKYAT dalam perlembagaan Malaysia. Jangan sekali kami terlupa.

    Reply

  20. 20 smy Feb 8th, 2010 at 4:23 pm

    saya minta kepada pejuang/penyokong PAKATAN RAKYAT diseluruh dunia ini, daftar dan undilah PAKATAN RAKYAT PADA 2011 depan. sama sama lah kita kempen dan hapuskan ranting dan cawangan UMNO di kawasan kita. LAWAN TETAP LAWAN.

    Reply

  21. 21 bekas polis Feb 9th, 2010 at 2:16 am

    mahathir sukakan najib jd pm kerana dia nak najib teruskan amalannya diwarisi supaya anwar tak bole jd pm sebab dia takut bila anwar dah jd pm rahsia2 kezaliman beliau akan terbongkar satu persatu,mahathir jugak yang telah menjatuhkan pak lah kerana dilihat pak lah tidak mengambil peduli pasal anwar sebab mahathir takut anwar naik,jadi mahathir mulalah fitnah paklah demi kepentingan beliau dan najib bersekongkol dgn mahathir menjatuhkan paklah,najib diberikan jaminan mahathir untuk dilantik menjadi pm,sebenarnya paklah ditekan beliau membuat keputusan mengejut meletak jawatan tanpa berfikir panjang polisi beliau untuk mewujudkan wilayah pantai timur,wilayah utara,atau ecer terkubur tanpa ada kemajuan.rakyat kena sedar pemimpin umno hanya pandai berjanji tapi nak melaksanakan sukar setelah pm baru mengubah pentabiran kerusi kabinet juga dikurangkan.

    Reply

  22. 22 Mazaya Feb 9th, 2010 at 3:04 pm

    Allah SWT bersamamu, DSAI. Itulah doa kami. TErima kasih kerana tidak jemu-jemu berceramah bersama-sama yang lain membentangkan fakta demi fakta penyelewengan UMNO-BN sehingga terbuka mata dan minda rakyat Malaysia. Kami semua doakan kesejahteraan, keselamatan DSAI. Lawan Tetap Lawan!!!

    Reply

  23. 23 Mazaya Feb 9th, 2010 at 3:05 pm

    Allah SWT bersamamu, DSAI. Itulah doa kami. Terima kasih kerana tidak jemu-jemu berceramah bersama-sama yang lain membentangkan fakta demi fakta penyelewengan UMNO-BN sehingga terbuka mata dan minda rakyat Malaysia. Kami semua doakan kesejahteraan, keselamatan DSAI. Lawan Tetap Lawan!!! Insya-Allah, menang =)

    Reply

  24. 24 CUIT CIKIT Feb 9th, 2010 at 4:32 pm

    Ane : Hello, Boy !
    Boy : Ya, appa !
    Ane : Lu punya bapa ada mari ka ?
    Boy : Tido !
    Ane : Ayo yo ! Siang pun tido ka ?
    Boy : Malam banyak kerja !
    Ane : Apa dia punya kerja ?
    Boy : Tolong itu Najib ‘tabur fitnah’
    Ane : Cit ! Ada betul ker you punye bapak ? Fitnah tuhan marah tau ?
    Boy : Dia cakap, mau cari makan punya pasal, Ane !
    Ane : ITU DUIT HARAM, TAU KA !?

    “Lu pikir ler sendiri !”

    Reply

Leave a Reply




jonsonchong: Cai @BiroAgamaPKR ni? @anwaribrahim @syedhusinali @onnabubakar @nordinismail @azminali @leeboonchye @latheefakoya @shamsuliskandar @tianchua
17 minutes ago
chairulpw: @anwaribrahim datuk, I heard you are one of 'a man behind' anti-malaysia demonstration in jkrta. is that true?
5 hours ago
AnwarIbrahim: Blood money! @elicoopter_asi: CitJ @IanEMassey, 192flw: Kabul Bank bailout.Corruption at the highest Afghan Govt. http://bit.ly/arHgzf.#fb
6 hours ago
tunfaisal: Justice delayed is justice denied! Keadilan utk Saiful :) RT @anwaribrahim: 9pm: short appearance - Message: our land;justice for all.#fb
9 hours ago
za_ahmad: @bertsly56 @tengkusani @anwaribrahim Perjuangan rakyat apakebenda? Cacing kepanasan!
10 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners