04
Feb
10

Anwar: Utusan Kotor, Biadap, Jijik

Dari Malaysia Kini

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Beliau yang ditemui sebelum meninggalkan perbicaraan hari ini berkata semakan melalui rekod mahkamah dan peguamnya menunjukkan apa yang dilaporkan oleh akhbar itu tidak tepat.

“Dalam kes ini kalau dah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebut di muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor biadap dan jijik begini,” katanya.

Anwar menuduh Utusan Malaysia yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan taktik berkenaan.

Sementara itu, peguam utama beliau, Karpal Singh, berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Bernama pula memetik Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang berkata apa yang berlaku hanyalah “laporan kurang tepat” tetapi Karpal Singh bertegas ia perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu juga adalah tidak wajar.

“Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil,” kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan kemudiannya ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi “Tak rela diliwat lagi”, dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.


32 Responses to “Anwar: Utusan Kotor, Biadap, Jijik”


  1. 1 SILENT MAJORITY GROUP Feb 4th, 2010 at 6:57 pm

    WE ALREADY SAID MANY TIMES JUZ PAY OFF THE SUCKER…..

    THOSE WHO INDULGE IN THIS KIND OF ACTIVITY….READ “SODOM & GOMORRAH!

    PEOPLE NO MATTER WHAT SKIN COLOR OR RELIGION INDULGE IN THIS ACTS….
    NOBODY GIVE A DAMN……

    FELLOW MALAYSIANS…..WHY IS SDR ANWAR TARGETTED? WHY NOT OTHER MINISTERS OR
    OTHER OPPOSTION LEADERS….

    WE THINK MALAYSIANS SHUD DO SOME RESEARCH ON SDR ANWAR BEFORE & AFTER JOINING
    POLITICS….

    WHY IS GOVT RELUCTANT TO ASK FORMER COMRADES-NALLA & EZAM NOOR TO GO ON
    NATION WIDE ROAD TOUR TO COUNTER SDR ANWARS ROAD SHOW…..

    WE HAVE BEEN THINKING SINCE 1998…..WHY IS THE GOVT SO CRUEL AS TO FRAME
    SODOMY CHARGES VS ANWAR TWICE IN HIS LIFE TIME…WALLAHWAALAM…..

    THE WORLD IS A STAGE….
    ONCE AGAIN WE URGE ALL MALAYSIANS TO RESEARCH ON THE INTERNET>>>>>
    “SODOM & GOMORRAH”

    Reply

  2. 2 Intan Sakinah Feb 4th, 2010 at 9:08 pm

    Memang sudah kita jangka. Lidah bercabang Utusan memang tugasnya mengampu kerja kotor. Tangannya terlalu jijik ! Manusia yang menjalankan tugas memfitnah itu lebih jahat daripada binantang tidak berakal. Tunggulah, wahai pembelot ! Sesungguhnya, para malaikat tidak ‘belas-kasihan’ kepada pendusta !

    Mereka menjangka kerja tidak bermoral itu dapat menepis segala pembohongan mereka. Pliz, Najib ! Tidak pernah berlaku dalam sejarah umat manusia, manusia pembelot selama-lamanya ‘mengganas’ ! Yang pasti, terjeromos ke lembah hina !

    Lihatlah apa yang bakal berlaku. Ini bukan ugutan ! Dan ini bukan ancaman ! Tetapi, jangan lupa, wahai pengkhianat ! Tuhan Maha Berkuasa. Seluruh makhluk bakal digerakkan oleh ALLAH menghentam kamu di luar jangkaan.

    Dulu, lain cerita ! Tapi sekarang, sudah terlalu biadap kamu mengulangi ketelanjuran. Paling tidak pun, sel jantungmu bisa dihentikan oleh ALLAH daripada terus mengepam. Lalu…..kojol tiba-tiba ! Itukah yang kamu harapkan ?

    Rakyat tidak sebodoh yang kamu sangka. Dan Tuhan tidak buta ! Jangan sama-sekali kamu menyangka KAMI sebodoh kamu ! Lihat ! Apa yang telah berlaku kepada ‘petualang’ yang telah memfitnah Yang Dikasihi DSAI suatu masa dulu…’berbatu nisan’ ! Kerja siapa itu, wahai najib & utusan ? Tuhanmu Yang Menghidup & Yang Mematikan Sesuatu !

    BERFIRMAN ALLAH SWT. : “HIDUP & MATI DI TANGANKU !” (mr.m ! jangan melampau !)
    APAKAH KAMU MERASA KUASA DI TANGANMU LEBIH HEBAT LALU KAMU DAPAT MENCABAR TUHAN ? JIKA BENAR ! ELAKLAH DARIPADA KEMATIANMU ! SAMPAI MASA, KOJOL ! SILAKAN BERDUSTA ! TUHAN MAHA MENGETAHUI !

    Reply

  3. 3 Putra Feb 4th, 2010 at 9:24 pm

    Saya agak Karpal salah dan keputusan Hakim pun salah dalam isu menghina mahkamah.

    Perbuatan tu berlaku diluar mahkamah dan bukan dihadapan Hakim. Untuk ‘cite fir citempt’, Anwar perlu membuat permohonan untuk mendapat kebenaran Hakim untuk memulakan prosiding menghidan mahkamah. Permohonan tu mesti disokong olih Affidavit Anwar dan dilampirkan keratan akhbar tu y;g dianggap menhidan mahkamah. Itulah peroses nya. Kalau itu dibuat, Hakim terpaksa menimbangkan perdohonan tu. Mana ada kes tindakan menghina mahkamah, pergi buat repot polis?

    laporan tu memang menghina mahkamah? Ia bertujuan untuk memberitahu semua bahawa Saiful diliwat banyak kali.

    Reply

    Mat Pancing Reply:

    Saudara Putra,Walaupun perbuatan tersebut diluar Mahkamah, Utusan juga boleh kenakan tindakan menghina mahkamah kerana ada beberapa kes lalu yang berkaitan Sub Judice Comments, diantara kesnya AG V Times Newspaper, Faktanya ialah kes dalam perbicaraan, surat kabar tersebut mengkritik atau memberikan komen yang tidak betul sepertimana perbicaraan dalam mahkamah. House of Lord telah mengatakan perbuatan tersebut adalah menghina Mahkamah. Kes kedua Murray Hiebert V Chandra Sri Ram (1999), dimana Mahkamah Rayuan telah menghukum menghina mahkamah kerana satu artikal yang ditulis telah menghina mahkamah. Sepatut Utusan jangan berlebihan, tulislah apa-apa keterangan yang diterima dimahkamah. Mat cadangkan supaya Karpal membuat satu permohonan menghina mahkamah kepada Utusan Meloya tersebut. Patut dingatkan bahawa sesiapa sahaja boleh dihukum menghina mahkamah semada orang itu atau surat kabar itu dalam atau diluar mahkamah.Prosiding menghina mahkamah boleh dibuat oleh peguam pembela melalui permohonan atau Hakim sendiri menjalankan atau mengambil tindakan tersebut. Laporan polis boleh dibuat dengan tujuan menyokong keterangan penghinaan tersebut atau bagus untuk membawa Utusan Meloya dalam kes Saman Malu bagi DSAI, keterangannya atau buktinya sudah ada. Pembetulan ‘cite fif citempt’ sebenarnya Cite for contempt atau Contempt of Court.

    Reply

    penegak reformasi Reply:

    Tahniah mat pancing kerana ulasan yang disokong dengan fakta dan contoh yang tepat. Bagi putra lain kali buat homework dulu baru cakap. Orang2 mcm kau yang selalu buat masyarakat menjadi keliru. Lepas tu entah apa2 lah spelling error memanjang.
    Kalau dulu mereka sanggup gunakan racun, sekarang mereka akan gunakan apa sahaja untuk memastikan dsai masuk dalam lebih lagi sekarang pakatan rakyat berpotensi menjatuhkan BN. Tak masuk akal, orang kena rogol atau kena liwat secara paksa sanggup dengan tak ada rasa malu keluar kat TV, bersumpah pakai songkok dan nak orang semua tahu dia diliwat. Kalau dah buat kerja tu diam2 jelah. malu beritahu orang…Pening aku apa yang mamat saiful ni nak dapat? Tiba2 dia jadi alim dan mcm orang beriman. Tapi mengaku kena liwat..tak rasa berdosa ke.. Kalau perempuan yang lemah kena rogol dia mesti meronta, melawan dari kena rogol. Si saiful ni badan tegap, muda lagi, kuat, kena marah sikit dengan orang dah 61 tahun terus tonggeng…Tak paham aku masih ada yang percaya pulak tu.

    Reply

    syafiq Reply:

    mmg btol pun
    sye skong anda 100%

    layman Reply:

    Pandainye Utusan menabur fitnah yer, perbicarran masih berjalan dan makhamah belum buat keputusan tetapi Utusan Meloya dah kata Saiful diliwat banyak kali.

    Cuba buat headline “ANWAR DIFITNAH LAGI DALAM SODOMY II”…berani ker? chittt..

    Reply

  4. 4 dina Feb 4th, 2010 at 9:39 pm

    Segala perbuatan akhbar Utusan ini menyebabkan kebanyakkan rakyat bertambah bosan serta meluat malah mereka menunjukkan kebodohan serta kurang matang di mata rakyat Malaysia serta seisi dunia.

    Setiap sesuatu perkara pasti ada manafaatnya dan hikmahnya. Cabaran dunia beginilah ia. Tiap yang berlaku kepada diri kita akan dibalas dengan adil oleh Allah yang maha berkuasa. Rasullullah s.a.w. pun telah bersabda bahawa diakhir zaman akan berlaku fitnah menfitnah dengan lebih jelas dan terang dan menjadi perkara lumrah.

    Kepada yang insaf akan menjadikan hal sebegini sebagai pedoman hidup dan sesungguhnya dunia ini hanyalah tersangat singkat umurnya apalagi mahkluk yang dinamakan manusia ini.

    Maka, janganlah kita hairan dengan perbuatan Utusan atau mana-mana media arus perdana yang lain. Ini sepatutnya membangkitkan semangat juang seuruh rakyat Malaysia yang lain. Beginilah ketidakadilan pihak yang memerintah negara ini sekarang ini. Mereka semakin sombong dan cuba membodohkan pemikiran masyarakat Malaysia.

    Hakikat sebenar usaha mereka untuk menipu rakyat dengan program-program bersifat kulit luar yang sebenarnya hanya menutup segala pekong serta kepincangan corak pemerintahan mereka.

    Perjuangan serta pengorbanan DSAI untuk perubahan negara ini diharap menjadi titik tolak kepada perubahan masyarakat Malaysia keseluruhannya malah akan merubah polar politik negara ini.

    Mungkin mereka menang di dunia tetapi di akhirat kelak terimalah akibatnya. Biarlah mereka menunjukkan belang mereka tetapi perjuangan kita harus diteruskan di mana DSAI akan melakarkan sejarah besar buat anak cucu kita bagaimana beliau memperjuangkan hak rakyat seluruhnya.

    Malangnya, ramai rakyat yang buta, rakyat yang tidak sensitif dan membiarkan sahaja kemusnahan negara kita dengan pelbagai permasalahan yang tidak kita sedari.

    Lihat bagaimana rakyat Malaysia sebenarnya dihimpit kepayahan kehidupan seharian. Nampak seperti senang. Mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetapi hakikatnya kesenangan hanya nampak secara lahiriah sahaja. Kajian serta pemerhatian saya menunjukkn bahawa mereka sebenarnya dihimpit dengan hutang serta kesempitan kewangan disetiap masa.

    Semasa saya menulis ini pun, program mereka di Melaka sedang menghiburkan rakyat di sana dengan program bersama rakyat yang kononnya kita sedang berada dalam suasana aman, makmur dan bahagia. tetapi pada hakikat sebenarnya adalah disebaliknya.

    Marilah kita semua mengorak langkah merubah segala kemungkaran ini dan berusaha ke arah kemakmuran yang berterusan dengan perubah politik negara ini.

    Jangan terpengaruh dengan dakyah BN serta UMNO ini.

    Reply

  5. 5 joe Feb 4th, 2010 at 11:01 pm

    saya sokong utusan kasi tutup

    Reply

    SIR ABU Reply:

    AMAT SETUJU !

    Reply

  6. 6 uuina Feb 5th, 2010 at 3:37 am

    kalau BN kalah next election, entah berapa ramai mereka yang masuk penjara dan ke tali gantung. insaf lar sebelum terlambat.

    Reply

  7. 7 Mat Tol Feb 5th, 2010 at 7:42 am

    Salam DSAI dan Semua Pembaca, DSAI patut sekali lagi membuat pengistiharan dimana semua manusia yang bersimpati, Ahli-ahli Pakatan Rakyat dilarang menyentuh, membaca dan sebagainya Utusan Meloya, Kosmotot dan mana-mana akhbar yang ikut macam Utusan Meloya dan walak-walaknya patutjuga diberikan penghakiman serupa supaya hanya kekawan hutan sahaja yang membacanya. Sudah sampai masanya………

    Reply

  8. 8 KUASA RAKYAT Feb 5th, 2010 at 7:53 am

    SEMUA DAH MAKLUM MACAM NI LAH UTUSAN MALAYSIA DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA. BELI UNTUK CARI MAKLUMAT LAIN BOLEH LE ATAU BUAT BUNGKUS BESI BURUK.

    Reply

  9. 9 minang Feb 5th, 2010 at 7:56 am

    UTUSAN MALAY…SIAL dan BERITA HAIWAN memang jenis akhbar binatang dari dulu,kini dan selamanya jadi alat kelamin UBN apa nak diharap dengan mereka orang bahlol je yang percaya memang tak serik2 dah kalah dalam saman pun buat kerja haram sebab diaorang suka yang haram itulah yang beri anakbini makan…..

    Reply

  10. 10 BIJAN Feb 5th, 2010 at 8:02 am

    Itulah perangai pemimpin UBN yang sebenar suka melalaikan rakyat yang bodoh macam lembu asyik hiburanx3.Orang MELAKA memang CELAKA tak sedar diri apa yang dijulur semua rembat.

    Reply

  11. 11 Anbu Feb 5th, 2010 at 10:26 am

    apa yang disebut Intan Sakinah, Putra serta dina adalah penggambaran memcerminkan pendapat majoriti penduduk negara tercinta ini. Jom kita sama-sama berusaha selamatkan tanah-tercinta-kita nii dari anasir-anasir jahat yang mementingkan kepentingan diri.

    Reply

    Intan Sakinah Reply:

    SYABAS, ANBU ! NEGARA KITA TUHAN AMANAH KEPADA KITA. WAJIB DIJAGA DAN DIPELIHARA ! MALAYSIA HAK BERSAMA. SAMA-SAMA BENDONG DARIPADA PETUALANG !

    Malang sungguh Umno-BN, Malaysia bagai harta pusaka mak-bapak dorang ! Bukan boleh nak tumpang, dihambatnya kita ! Padahal, dia bermaharajalela ! Boleh pakai ker pimimpin camtu. Sah tak terpakai.

    Jika kita kaji sejarah : Pemimpin Penting Diri tak lama hayatnya. Tunggu masa…BERKUBUR !

    YES !

    Reply

  12. 12 chomelwang & hubby Feb 5th, 2010 at 1:01 pm

    wahai orang-orang utusan, sendiri mau ingat, bahawa kamu yang bekerja di sana tu mempunyai anak-anak, adik beradik etc, etc, etc. Fikirkanlah sendiri apa yang saya maksudkan tu. JANGAN KITA AIBKAN ORANG. Selalu-selalulah dengar radio IKIM pada tiap-tiap hari jam 6.30 pagi oleh Ustaz Zahazan.

    Reply

  13. 13 chomelwangi & hubby Feb 5th, 2010 at 1:12 pm

    One day utusan will suffer.

    Reply

    lang suyo Reply:

    UMNO mudah Lupa !!! kata TDM!!

    Bekas Menteri penerangan Zainudin maidin pernah berkata selepas PRU12.
    “kerana media yang terlampau menekan PR lah yang telah menjadikan PRU12 UMNO BN gagal mendapat 2/3″

    Melayu tidak pernah lupa!!!

    Reply

  14. 14 Ibrahim Feb 5th, 2010 at 3:44 pm

    “Rezeki yang Kuberikan, ke arah manakah kamu belanjakan ?”
    Setiap sel diri merupakan amanah ALLAH kepada setiap manusia. Selain itu, wang, harta, pangkat, jawatan, anak dan isteri serta ahli anggota merupakan amanah yaang bakal ‘dipersoalkan’ oleh ALLAH !

    Tanganmu jika digunakan untuk menulis sesuatu yang membawa kepada keredhaan Allah, akan berbahagialah kamu. Sebaliknya, penulis yang diperralatkan demi tamakkan harta dan wang-ringgit, PASTI KECUNDANG !

    Mahathir kata : Melayu mudah lupa ! Melayu yang lupa Tuhan sahaja yang tak sedar diri. Sebaliknya, apa juga bangsa yang berpegang teguh kepada ALLAH, PASTI SELAMAT DAN TIDAK LUPA TENTANG KEMATIAN.

    MAHATHIR LUPA MATI !

    Reply

    wan Reply:

    ya….sangat2 setuju.. mahathir lupa mati.

    Reply

    alung Reply:

    ya itu sangat betul.

    Reply

  15. 15 win win malaysians Feb 5th, 2010 at 5:16 pm

    UTUSAN MELOYA KAN MALAYSIA PERLU DISAMAN 500M,biar mereka merempat bawah jambatan golok tu…Mari2

    Reply

  16. 16 smy Feb 5th, 2010 at 5:28 pm

    itu paper biarlah bungkus sendiri sikit hari lagi, tara orang mau baca lagi maaaaa.

    Reply

    Abu Nawas Reply:

    BUAT BUNGKUS SAMPAH ELOK BENAR, UTUSAN TU !

    Reply

  17. 17 jamil bin ismail ( jamilkucing ) Feb 6th, 2010 at 2:38 am

    the new strait times i have no time
    the star,the sun i dont mind
    the malay mail , i dont buy at anytime
    the harakah it’s always mine

    kain di beli dari rusia
    mari di simpan di dalam laci
    utusan malaysia hanya sia-sia
    jangankan baca . pandang pun benci

    ramai orang mendengar siaran
    ekonomi negara menjadi gawat
    berita harian aku tak heran
    beli tidak tengok pun meluat

    buah cempedak si buah nangka
    bawa di jual berganda-ganda
    RTM memang sudah ku jangka
    siaranya semua propaganda

    burung enggang burung pekaka
    merbah terbang merata-rata
    TV3 sememangnya ku tak suka
    indah ampu dari berita.

    Kalau tanam si pokok koko
    jangan tanam pisang berangan
    kalau takut dengan risiko
    jangan bicara tentang perjuangan

    Reply

  18. 18 Boring Feb 6th, 2010 at 8:27 am

    Sebab dia Melayu yang paling pandai in Malaysia…after Dr M juga…dulu lain sekarang lain ! Kalu keluar jail join Umno…sudah jadi Tun…tapi untuk all malaysian…tapi macam Tun-Tun…Ling…
    apa kita mau hormat ? Lawan tetap Lawan untuk kebenaran dan semua rakyat malaysia.

    For The Better Good Of Malaysia ! Untuk masa depan…anak,cucu kita !

    Reply

  19. 19 nyat_gajah selayang Feb 7th, 2010 at 11:57 pm

    saya berumur 15 tahun dan saya berfikir secara logik la…jika DSAI nak liwat saiful pun…sekurang-kurangnya 10 lelaki harus memegang saiful untuk memasukan kan zakar ke dalam dubur saiful…kerana DSAI sudah tua dan saiful masih muda dan saiful mesti mempunyai tenaga jikalau DSAI ingin meliwatnya…

    Reply

  20. 20 AKU NIE Feb 8th, 2010 at 1:39 pm

    Emm.. baca boleh tapi cuma jangan beli, kita semua tahu mana yang benar mana yang salah.. sekurang-kurangnya bahan yang mereka ketengahkan boleh menjadikan kita manusia yang lebih berfikir… Anyway AKU NIE nak sorot sikit kes nie sebagai bahan untuk kita berfikir lebih kreatif.. keputusannya hanya kita sahaja yang arif..

    26 jun 2008 bermula kisah DSAI marah MSB menyebabkan MSB takut dan beri. berapa umur MSB ni? terpaksa akur walaupun katanya marah dan menolak permintaan? bila dah selesai.. 27 jun 2008 MSB termenung dan takut.. 28 jun 2008 MSB pergi buat laporan polis lalu menyerahkan bahan bukti, tetapi selepas ke balai baru MSB ke hospital kerana MSB tidak dibenarkan pulang dan terpaksa bermalam di wad, keesokan hari 29 jun 2008 pulang ke rumah bersama pegawai polis mengambil seluar dalam yang diambil daripada mesin basuh rumah tunangnye sebagai bahan bukti seterusnya. baju yang dipakai G2000 diberikan kepada polis pada 28 hari bulan iaitu 2 hari selepas kejadian. AKU NIE bukan pakar tetapi kenyataan ini seperti mempunyai keraguan yang amat nyata.

    dalam hari berlakunya perkara yang disebut laporan akhbar dulu ada mengatakan MSB pernah berjumpa najib. emm sebelum laporan polis ataupun selepas laporan polis? dan kenyataan najib dulu yang amat bercanggah bagaimana pula.

    akhir kata AKU NIE tak mahu lak baju yang dipakai selepas 2 hari kejadian mengandungi DNA DSAI, kesian MSB selepas kejadian berlaku dia dahtahu nak tukar baju lain. dan selepas 2 hari kejadian juga seluar dalam masih didalam mesin basuh rumah tunangnya lak tu.. takde masa nak cuci yeee. ataupun sebenarnya seluar yang telah dicuci.. kalau dah cuci ada lagi ke DNA tu. yang terakhir seperti laporan dr dulu tiada tanda tusukan di ANU MSB tetapi baru nie ada DNA ..emm mushkil.. bagi yang percaya dengan kenyataan MSB yang meragukan AKU NIE tak tahu lah..

    Maka bermulalah episod seperti dulu dimana tarikh kejadian di tukar sebanyak 3 kali..Wallahualam

    Reply

  21. 21 Gorgoroth Feb 8th, 2010 at 11:09 pm

    Apa ra..maner ade kellass nak baca utusan beb..Tukang kebun sekolah pun dah tak penah beli utusan dah.,bak kata P Ramlie..: LOW CLASS! pompuan kaberet..yg si anuar ni pun satu., aku tengok takat pendakwa punya fakta setakat la ni..tak pi mana nyer..kalu takat DNA cabuk tu rakyat tak beli la..lu kalah pun orang tak caya..kasi terus ini court jalan.., sediakan pengganti yg berwawasan utk terus lu punya perjuangan..kalu setkat najib jadi masalah aku ingat dia sendiri pun tak selamat..takat level dia mesti pak din take him down sooner…

    Reply

  22. 22 hamba ALLAH Jul 22nd, 2010 at 9:12 pm

    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua,apa kata kita semua dekatkan lagi diri kita pada tuhan . kan itu lagi baik dari kita mengumpat , menghina, mencaci dan macam2 men lagi.kita semua tak tahu jadi janganlah buat2 tahu. betul ke anwar tak bersalah dalam pekara ini???? you all tak tahu dan saya pun tak tahu. hanya Allah yang maha mengetahui.saya tak menyokong mana2 pihak tapi saudara fikir dengan apa yang saudara semua luahkan, kan saudara pun jadi seumpama meraka. lebih baik kita taksub kepada Allah dari kita taksub kepada seseorang atau pun parti.untuk pengetahuan semua disebabkan kita org melayu sungguh taksub pada seseorang atau pada parti, kita org melayu dan beragama islam berpecah belah. kita berjuang kononnya untuk kesejahteraan semua tapi inikah yang akan kita tinggalkan untuk anak cucu kita? lebih baik kita jangan sokong kepada pekara yang kita tak tahu, neraka jahanam bakal menunggu kita.

    Reply

Leave a Reply