CAIR is calling on American Muslims and other people of conscience to help fund repairs to Malaysian churches damaged by vandals. The attacks on the churches came following a court ruling that overturned a ban on the use of the word “Allah” by Christians in that nation.
CAIR said Islam mandates that churches, synagogues and other houses of worship must be protected and noted that Arabic-speaking Christians universally refer to God as “Allah.”
Kerajaan negeri Selangor menyeru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membuat laporan audit yang memperincikan perjalanan kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberikan untuk menjalankan program membasmi kemiskinan.
Ini kerana, mengikut pemantauan kerajaan negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini dan bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di Beirut, Lebanon, menghadiri persidangan bersama pemikir dan pemimpin Islam anjuran Institut Antarabangsa dan Pemikiran Islam(IIIT) dari 10 -14 Januari 2010. Selain itu Dato’ Seri Anwar juga akan bersama membincangkan isu berhubung pengajian tinggi bersama Majlis Sarjana institut tersebut. Antara mereka yang turut serta adalah mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abu Hamid Abu Sulayman, Syeikh Taha Jabir al Alwani, Dr Anas Sheikh Ali dan Dr Hisham al Talib.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program yang dilaksanakan dalam siri kempen Umno Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera Umno sendiri.
“Barulah boleh Umno dabik dada kata dia juara rakyat. Kalau tidak, dia hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik Umno yang kian pudar dan mulai pupus,” ujarnya.
Mengulas program Umno Juara Rakyat, beliau berkata kemungkinan pemimpin Umno menyedari parti itu dilihat terlalu jijik oleh rakyat sehingga menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu. Continue reading ‘Umno Juara Salah Guna Wang Rakyat’
Sebanyak 121 NGO mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk serangan bom api ke atas tiga gereja di Lembah Klang Kelmarin.
Daripada jumlah tersebut, kira-kira 20 hadir di sidang akhbar di Kuala Lumpur petang semalam untuk menyuarakan ‘perpaduan’ mereka mengutuk serangan ke atas Geraja Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya.
Bercakap mewakili mereka yang hadir, Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) menyifatkannya sebagai perbuatan provokatif dan satu keganasan terhadap rumah ibadat. Continue reading ’121 NGO Kutuk Serangan Gereja’
Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.
Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.
Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.
Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)
Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri. (al-Ankabut, 29:46)
Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.
Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.
Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.
Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
———-
—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE—
January 10, 2010
We are outraged by the tragic attacks on our Christian brothers and sisters and reiterate our unequivocal condemnation of the bombing of churches in Malaysia. Today’s attack on the oldest standing church in Malaysia, the All Saints Church in Taiping, is an attack on our nation’s heritage.
As a nation we struggle to uphold the spirit of unity that our founding fathers envisioned at independence. We must hold fast to Article 11 of the Federal Constitution which guarantees freedom of religion and the right of religious groups to manage their own affairs. In such times the spirit of engagement and dialogue must transcend those voices that would seek to sow discord and enmity across our land.
The people of Malaysia must unite against those who exploit race and religion to incite hatred for political gain. We must renew our commitment to religious understanding and religious freedom.
This is a time that tests the resolve of all religions for peace and mutual respect. We must remember that the God who we worship is in fact the same God, the Creator and Sustainer of the Universe.
With respect to the use of the word Allah, for example, it cannot be disputed that Arabic speaking Muslims, Christians and Jews have collectively prayed to God as Allah throughout the last fourteen centuries. While sensitivities over its usage have arisen in Malaysia, the way to resolve these conflicts is not by burning churches and staging incendiary protests but by reasoned engagement and interreligious dialogue.
Muslims must recall the memory of our own tradition’s remarkable commitment to understanding and coexistence with the People of the Book. Islam clearly grants respect to Christians and Jews. In the Quran’s second chapter, God says:
Say: O People of the Scripture! Come to a common word between us and you: that we shall worship none but God (Aal-Imran, 3:64)
And in the 29th Chapter He says:
And dispute not with the People of the Book but say “We believe in the Revelation which has come down to us and that which came down to you…our God [Allah] and your God [Allah] is One, and it is to Him we bow (al-Ankabut, 29:46)
Jesus is himself revered as one of the greatest prophets whose noble example should be followed. The Caliph Umar, who visited the Church of the Holy Sepulchre in 638 AD, was careful to ensure that the Muslims respect the sanctity of Christian places of worship. What then of our own Police’s hesitation to offer an assurance of safety and security for Malaysian churches?
Much of the blame for the recent attacks can be placed at the doorstep of the UMNO-led BN ruling party. Its incessant racist propaganda over the Allah issue and the inflammatory rhetoric issued by government controlled mainstream media especially, Utusan Malaysia, are reprehensible. Such wanton acts of provocation are indeed criminal and demonstrate the duplicity of the 1Malaysia campaign.
I am encouraged by the swift condemnation of the attacks issued by Muslim organizations and leaders. I likewise applaud our Christian leaders for their strong statements calling for calm and forgiveness and resisting revenge and retaliation.
The need for interfaith dialogue in Malaysia is an idea whose time is long overdue. We must now advance the spirit of sisterhood and brotherhood which is inherent in our religions and enshrined in our Constitution. Pakatan Rakyat will collectively take steps to ensure that the necessary dialogue and discussion take place throughout the country. Our fellow Christians must feel safe and secure in this country knowing that their freedom to worship is protected.
Saya mengucapkan tahniah kepada Sdr Saifudin Nasution yang baru malam tadi dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bagi menggantikan Dato’ Saleh yang telahpun meletakkan jawatan.
Tugas yang digalas sdr Saifudin bukanlah mudah kerana beliau juga harus menumpukan perhatian serta membahagikan masa sebagai ahli parlimen. Inshaallah beliau akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa penuh penghargaan kepada sahabat saya Dato’ Salehuddin Hashim yang telah berkhidmat cemerlang selama 6 tahun. Segala jasa dan bakti tidak akan kami lupakan.
Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh.
Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.
2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.
Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.
3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.
Objektif Program
1. Menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.
2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah
3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.
Senarai Tarikh Program Seluruh Negara
10/1 Cheng, Melaka
15/1 Pulau Pinang
15/1 Alor Star, Kedah
16/1 Taman Sri Putri,Johor
17/1 Kuala Kangsar,Perak
22/1 Kota Bharu, Kelantan
23/1 Kuala Terengganu, Terengganu
24/1 Kuantan,Pahang
Maklumat program akan di kemaskini dari semasa ke semasa.
Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.
Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.
Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.
YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Serangan terhadap tiga gereja, satu daripadanya menyebabkan kebakaran teruk, hari ini bercanggah dengan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri,” katanya, mengulas insiden mengejutkan itu.
“Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.”
Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.
Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Inshaallah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.
Recent Comments