Archive for January, 2010



17
Jan

Ghairah Buku & Manfaat Teknologi

Hal yang melecehkan tatkala merencana pengembaraan jauh adalah memilih buku dan memikulnya. Maka amat melegakan manakala saya perolehi Sony Reader, teknologi canggih baru menyorot langkah Amazon Kindle.

Saya muatkan karya klasik secara percuma, langganan pesanan beberapa judul baru dan akhbar harian saperti Financial Times. Pastinya media picisan yang meloyakan tidak disenaraikan, haha!

Sebagai persiapan wacana sarjana Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Beirut, saya terpasa merujuk kepenerbitan IIIT terutama buku-buku Maqasid Shariah – Al-Shatibi dan Ibn Ashur, juga beberapa karya lain yang mengupas isu pendidikan tinggi di negara-negara Islam.

Beberapa sarjana menyentuh langkah UIA meneroka pendekatan “pengIslaman ilmu” (Islamisation of Knowledge) serta kegiatan keilmuan yag rancak dulu; dan mereka mengeluhkan kelesuan sekarang.

Dalam sidang al-Quds, dipaparkan kisah derita rakyat Palestin dibawah cengkaman regim Zionis Israel serta penodaan kesucian Baitul Maqdis.

Saya menfaatkan waktu berunding dengan ulama, wakil gerakan Islam dan perwakilan.

Dan beralih ke Sony Reader, amat menarik sekali; terutama setelah selesai kedua sidang dan dalam perjalanan pulang.

Saya menelaah semula satu jilid karya Edmund Burke dan “Man & Superman” oleh George Bernard Shaw. Sampuk teman saya tatkala di lapangan terbang semalam, karya klasik perlu diulang baca kerana kesegaran ilmu dan kekuatan bahasa.

Budaya sedemikian malah wajar dikembangkan di kalangan generasi muda dalam bahasa Melayu. Senarai utama termasuk Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, novel-novel pilihan Balai Pustaka, puisi-puisi Chairil Anwar, WS Rendra, Tawfik Ismail serta karya-karya sasterawan negara.

Saya pernah menyentuh mauduk ini sejak mengasaskan Yayasan Karyawan hampir 14 tahun dulu. Hanya karya-karya tersebut yang masih belum dimuatkan dalam Amazon Kindle atau Reader!

ANWAR IBRAHIM

17
Jan

Umno-BN Langgar Federalisme, Biadap Terhadap Raja-Raja Isu Peruntukan

Dari TV Selangor

Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai.

Sebaliknya peruntukan itu disalahgunakan apabila disalurkan terus kepada parti Umno-BN sekaligus membantutkan usaha kebajikan rakyat terbabit.

“Wang yang disalurkan oleh kerajaan itu bukannya wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti,”katanya. Continue reading ‘Umno-BN Langgar Federalisme, Biadap Terhadap Raja-Raja Isu Peruntukan’

15
Jan

Negeri Jelapang Padi Kurang Beras ST15

Dari Malaysia Kini

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) meminta supaya kuota bekalan beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) di negeri ini
ditambah setelah mendakwa berlaku kekurangan bekalan yang serius sejak dua bulan lalu.

Presiden Cake, Datuk Yusuff Ismail berkata tinjauan mendapati bekalan beras ST15 di beberapa daerah tidak mencukupi dan jumlah kuota yang sedia ada perlu ditambah bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Saya difahamkan ada masalah yang melibatkan kuota pengeluaran beras ST15 oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negara. Continue reading ‘Negeri Jelapang Padi Kurang Beras ST15′

15
Jan

YBK Harus Beri Maklumat Penuh

–KENYATAAN MEDIA–
15 JANUARI 2010

Kerajaan Negeri Selangor mahu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan.

Ini adalah kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita sedia maklum laporan kewangan yang telah dipaparkan di dalam laman web mereka. Tetapi laporan kewangan tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang telah diberikan oleh kerajaan. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan tesebut membuat analisa dan penyataan semula,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata laporan kewangan yang dipaparkan menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar). “Tanah itu adalah pemberian yang besar nilainya tetapi tidak ada dalam laporan kewangan. Ini baru satu contoh. Jadi, kita harap YBK akan lebih telus dan memberikan maklumat yang sepenuhnya.”

Beliau juga berkata YBK tidak pernah membayar satu sen pun untuk premium semenjak 2001 dan tidak mengambil sebarang usaha untuk membuat pembayaran. Yayasan tersebut hanya berhubung dengan Kerajaan Negeri ketika membuat permohonan untuk menukar status tanah tersebut dari pertanian kepada pengunaan komersil.

Jika permohonan penukaran status dibuat, tanah tersebut akan bernilai lebih kurang RM540 juta (dikira pada RM10 perkaki persegi) “Untuk tanah yang begitu besar nilainya, sudah tentulah Kerajaan Negeri perlu prihatin mengenai hal bagaimana ianya diurus tadbir. Mungkin kerajaan terdahulu tidak mahu mengambil tahu tapi Pakatan Rakyat tidak boleh membelakangkan isu tersebut kerana kami bertanggungjawab atas setiap sen wang rakyat,” kata Tan Sri Abdul Khalid.

Sebagai pemegang amanah harta rakyat, Kerajaan Negeri bukan sahaja perlu telus dan bertanggungjawab tetapi juga memastikan semua keputusan dan tindakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat selari dengan polisi “Merakyatkan Ekonomi Selangor”.

Menteri Besar juga mengulangi keputusan Kerajaan Negeri untuk mengeluar satu laporan terperinci berkenaan harta dan wang yang telah diberikan kepada YBK pada tahun sebelum ini.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Dato Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara ahli EXCO kebajikan dan dua lagi wakil Kerajaan Negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

14
Jan

Siri Ceramah Perdana Anwar Ibrahim

SELASA, 19 JANUARI 2010

MASA: 9.00 – 12.00 MALAM

CERAMAH PERDANA 1

LOKASI

Dewan Perhimpunan Cina Kelumpang
Ulu Bernam, Selangor Continue reading ‘Siri Ceramah Perdana Anwar Ibrahim’

14
Jan

‘Gema’ Serah Memorandum Kepada Menteri Esok

Dari Harakah Daily

Gabungan Mahasiswa Tuntut Demokrasi Adil dan Bersih (Gema) akan mengadakan rapat umum mahasiswa negara esok bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum berkenaan berhubung beberapa tuntutan mahasiswa iaitu menuntut demokrasi kampus telus dan adil, mengembalikan autonomi universiti dan kebebasan akademik serta memansuhkan sistem pengundian secara elektronik atau e-voting.

Penyerahan memorandum itu dijadualkan pada jam 2.30 petang di Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) di Putrajaya. Continue reading ‘‘Gema’ Serah Memorandum Kepada Menteri Esok’

14
Jan

Laporan UBS Switzerland : Malaysia Alami Penyusutan Rizab Ketara

Dari TV Selangor

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.

Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.

Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa. Continue reading ‘Laporan UBS Switzerland : Malaysia Alami Penyusutan Rizab Ketara’

13
Jan

Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan

Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.

Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.

Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.

Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.

ANWAR IBRAHIM

13
Jan

“Allah” Can Be Discussed Calmly

From The Nut Graph

By Ding Jo-Ann

Malaysians are mature enough to openly discuss issues without resorting to violence, said the organiser of an 11 Jan 2010 public forum on the “Allah” issue.

Despite being told by police to cancel last night’s forum following the spate of attacks on churches, the event organisers decided to go ahead with the public discussion.

“We were sure that the forum would be a means to encourage discussion and there would be no provocation or violence, so we decided to go ahead and make it a success,” Free Public Forum coordinator Shake Omar Ali told The Nut Graph.

The forum, titled ‘Allah’: Siapa yang punya?, was co-organised by Free Public Forum, (corrected) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, and the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth. Continue reading ‘“Allah” Can Be Discussed Calmly’

13
Jan

Isu Gereja: PAS Kesal Hishammuddin Ugut Anwar

Dari Harakah Daily

amat kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh Umno sebagai dalang sebenar di dalam perkara itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah persepsi masyarakat Malaysia pada masa ini dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan itu sebagai satu teguran.

Kastanya, persepsi rakyat juga melihat bahawa Umno cuba mendalangi isu itu di mana maksud mendalangi itu luas kerana segalanya berpunca dari kelemahan Umno yang meletakannya salah seorang pemimpinnya sebagai Menteri Dalam Negeri tetapi gagal memainkan peranannya. Continue reading ‘Isu Gereja: PAS Kesal Hishammuddin Ugut Anwar’

13
Jan

Umno Diminta Jelas Pembiayaan Juara Rakyat

Dari Malaysia Kini

Oleh Salhan K Ahmad

PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno. Continue reading ‘Umno Diminta Jelas Pembiayaan Juara Rakyat’

13
Jan

Qazaf: Mahkamah Dengar Bantahan 17 Feb

Dari Malaysia Kini

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden berkaitan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar meminta satu tarikh lain ditetapkan untuk memfailkan bantahan awal mereka. Continue reading ‘Qazaf: Mahkamah Dengar Bantahan 17 Feb’