Archive for January, 2010



20
Jan

Umno Juara Rasuah, Bukan Juara Rakyat

Dari Harakah Daily

Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara. Continue reading ‘Umno Juara Rasuah, Bukan Juara Rakyat’

20
Jan

Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Bukit Sentosa 19hb Januari 2010

19
Jan

Mencari Kesepakatan Dan Memperkukuh Dakwah

Alhamdulillah wacana berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,di kediaman saya berjaya dilangsungkan dalam suasana ukhuwah yang mesra dan bertunjangkan hasrat demi kemaslahatan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Kehadiran sahabat lama dan juga generasi pelapis yang muda menjadikan wacana malam ini pentas berkongsi pandangan serta memperkemaskan usaha dakwah. Manakala itu pandangan ulama, Ilmuwan, ahli politik serta wakil organisasi tambah memberkati majlis malam tadi.

Sememangnya majlis seperti ini pastinya tidak sunyi dari hujah dan dalil. Apatah lagi ianya menyangkuti isu yang menjadi perhatian segenap lapisan rakyat, baik muslim atau bukan muslim. Kehangatan perdebatan dan ketajaman hujah yang dihunus menjadikan wacana semalam seumpama kolam yang melimpah airnya. Ilmu yang dikongsi pastinya membuahkan manfaat manakala diakui kegusaran umat Islam terhadap kegagalan pimpinan umno meninggikan syiar serta memperhebat usaha dakwah.

Apa tidaknya demi kelansungan kekuasaan, pimpinan umno membaluti isu ini dengan sentimen politik perkauman sempit di samping gagal membenihkan kefahaman jitu. Jika yang dibahas umno itu isu prinsip asas keyakinan umat Islam, budaya Melayu dan undang-undang negara; mengapa – Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang mahu pula dibenarkan.

Tatkala negara berada di persimpangan sebegini, jalan yang dipilih adalah di atas pertimbangan politik semata. Mengapa tidak disiarkan pandangan ulama seperti Syeikh Yusuf al Qaradawi dan Syeikh Wahbah yang bertentangan dengan aliran propaganda murahan pimpinan umno? Kerana mereka menuntut keadilan buat saya? Kerana pandangan mereka tidak menguntungkan kerajaan? Yang pasti, hadirin bersetuju usaha gigih menegakkan Keadilan dan melawan kezaliman merupakan sebahagian dari usaha memperhebat syiar Islam.

ANWAR IBRAHIM

19
Jan

Isu YBK:‘Kami Bertanggungjawab Atas Setiap Sen Wang Rakyat!’ – Khalid Ibrahim

Dari Era Pakatan

Oleh Masdar Wahid

Kerajaan Negeri Selangor menuntut Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) mendedahkan maklumat mengenai semua bantuan yang diterimanya daripada Kerajaan Negeri Selangor sejak penubuhan yayasan itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana laporan kewangan YBK seperti yang dipaparkan dalam laman sesawang rasminya gagal memberi maklumat penuh berhubung harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

“Kita sedia maklum laporan kewangan yang dipaparkan dalam laman sesawang mereka. Tapi laporan kewangan itu tidak memberi maklumat terperinci tentang harta dan wang yang diberikan kerajaan negeri Selangor. Sebab itulah kita kata perlunya yayasan itu membuat analisa dan penyataan semula,” katanya dalam satu kenyataan. Continue reading ‘Isu YBK:‘Kami Bertanggungjawab Atas Setiap Sen Wang Rakyat!’ – Khalid Ibrahim’

19
Jan

‘Minta Rakyat Berjimat Tapi kerajaan Sendiri Membazir’

Dari Malaysia Kini

PAS membidas kerajaan BN yang menurutnya meminta rakyat berjimat sedangkan ia sendiri membazir termasuk peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion untuk sukan Formula 1.

“Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan telah berjimat RM 1.3 bilion (dengan mengurangkan subsidi gula), namun kerajaan bazirkan RM1 bilion dalam bajet 2010 untuk memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat,” kata ketua penerangannya, Idris Ahmad. Continue reading ‘‘Minta Rakyat Berjimat Tapi kerajaan Sendiri Membazir’’

19
Jan

Siri Ceramah Anwar Ibrahim 2

21 Januari 2010 – Khamis

9.00 – 12.00 Malam

CERAMAH PERDANA 1

LOKASI

Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya Puchong Batu 14, Selangor

PENCERAMAH

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Yaakob Sapari
YB Gobind Singh Deo
YBHG Dato Zaid Ibrahim
YBHG Dato Seri Chua Jui Meng
SDR Shamsul Iskandar Mohd Akin
——-

CERAMAH PERDANA 2 – ‘ FORUM RAKYAT’

LOKASI

Dewan Serbaguna Taman Desa Baiduri Cheras
Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

PENCERAMAH

YAB Tan Sr Khalid Ibrahim
YB Azmin Ali
YBHG Dato Zaid Ibrahim
YBHG Dato Seri Chua Jui Meng
YB Dato Seri Anwar Ibrahim

19
Jan

Anwar Hosts Roundtable on ‘Allah’

Dari Malaysia Kini

Oleh Terence Netto

Anwar Ibrahim hosted Muslim political leaders, academicians and NGO activists to a roundtable discussion of the ‘Allah’ issue in an attempt to canvass the array of views in the Muslim public domain that is favourable to Pakatan Rakyat.
MCPX
The four-hour discussion began in Anwar’s house at Bukit Segambut in Kuala Lumpur at 8pm, paused for prayers, and broke up around midnight with some 120 attendees going away feeling, in the main, edified by it all.

“Nothing like a thorough-going discussion of a fraught subject for it to be withdrawn from its welter of emotion and viewed in splendid isolation,” said an attendee who did not want to be named. Continue reading ‘Anwar Hosts Roundtable on ‘Allah’’

19
Jan

Siri Ceramah Perdana Anwar Ibrahim

SELASA, 19 JANUARI 2010

MASA: 9.00 – 12.00 MALAM

CERAMAH PERDANA 1

LOKASI

Dewan Perhimpunan Cina Kelumpang
Ulu Bernam, Selangor

PENCERAMAH

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Nik Nazmi Nik Ahmad
3) YB DR Hatta Ramli
4) YBHG Dato’ Seri Chua Jui Meng

——-

CERAMAH PERDANA 2

LOKASI

Dataran Sentosa
Bukit Sentosa, Ulu Selangor

PENCERAMAH

1) SDR DR Halili Rahmat
2) YB Abdullah Sani
3) YB Saifuddin Nasution
4) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

18
Jan

Serangan Rumah Ibadat: Implikasi Lebih Luas

Dari Merdeka Review

Oleh Syed Husin Ali

PM Najib Razak melompat marah apabila ditanya benarkah tuduhan bahawa Umno di belakang serangan-serangan rumah ibadat yang telah berlaku. Ada orang berpendapat reaksi yang beliau tunjukkan secara tidak sedar mengiakan tuduhan itu.

Menteri Hishamuddin (gambar kiri) pula pada ketika yang lain cuba memperlekehkan peristiwa ini. Beliau berkata serangan ke atas gereja-geraja Kristian itu kerja budak-budak nakal. Sebenarnya ini menunjukkan sikap mengelak yang tidak bertanggungjawab.

Saya memandang serangan-serangan yang masih berlaku adalah serius kerana menimbulkan keretakan dan ketegangan di antara golongan kaum dan agama, walaupun belum mencetuskan konflik atau pertembungan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh mengakibarkan porak peranda dalam masyarakat dan negara pada jangka panjang. Continue reading ‘Serangan Rumah Ibadat: Implikasi Lebih Luas’

18
Jan

Pilihanraya Kampus: Pro-Mahasiswa Kuasai UMT

Dari Malaysiakini

Oleh Abdul Rahim Sabri

Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan. Continue reading ‘Pilihanraya Kampus: Pro-Mahasiswa Kuasai UMT’

18
Jan

Mahathir ‘Agong Tanpa Tengkolok’

Dari Malaysia Kini

Oleh Fathi Aris Omar

Selepas menimbulkan kegemparan, sehingga ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), buku Barry Wain tidaklah terlalu mengejutkan dan tidak pula benar-benar “baru”.

Cuma ia mungkin menarik bagi karya jenis biografi seorang tokoh politik apabila susunannya itu diulas dengan kritis oleh seorang bekas editor kanan.

Sebahagian besar Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times rangkuman maklumat yang sudah diketahui umum, khususnya di kalangan peminat tegar politik sejak selepas merdeka, termasuk melalui ceramah politik, gosip dan terbitan alternatif. Continue reading ‘Mahathir ‘Agong Tanpa Tengkolok’’

18
Jan

YBK Diminta Jangan Remehkan Dasar Ketelusan Kerajaan Negeri

Dari TV Selangor

Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk melapor dan bertindak ke atas kecurigaan sekitar penggunaan sumber kerajaan negeri.

Diamanahkan untuk membantu masyarakat miskin berdiri atas kaki sendiri, tanggungjawab ini mendorong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kertas putih bersabit Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Kertas Putih ini memperinci status segala peruntukan dan hartanah yang disalurkan kerajaan negeri kepada badan itu dari awal penubuhannya. Continue reading ‘YBK Diminta Jangan Remehkan Dasar Ketelusan Kerajaan Negeri’