31
Jan
10

Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah

Sekembalinya dari Manila semalam, saya berkesempatan mengunjungi ayahanda di kediamannya sebelum ke majlis anjuran ABIM yang dilansungkan di Kajang. Pertemuan ini sungguh bermakna kerana ianya dihadiri sahabat seperjuangan dekad 70an dan awal 80an dahulu dan disertai lapisan pimpinan muda yang bersemangat. Paduan generasi sebegini, inshaallah akan memantapkan lagi dakwah dan usaha ABIM menyampaikan mesej Islam yang sejagat.

Antara sahabat lama yang hadir ialah Sdr Siddiq Fadhil, Sdr Idris Jauzi, Ustaz Abdul Halim El Muhammady, Sdr Ridhuan Othman dan Sdr Muhd Nur Manuty. Alhamdulillah ukhuwwah di antara kami ternyata kukuh sungguhpun kadangkala ada perbezaan pendapat. Saya juga mengambil kesempatan, selain dari menghimbau pengalaman lalu dengan tokoh seperti almarhum Muhammad Natsir, Profesor Syed Naguib, almarhum Profesor Syed Hussein Alatas dan almarhum Profesor Ismail Raji Al Faruqi mengungkapkan kepentingan organisasi Islam untuk kekal relevan di zaman ini.

Demonstrasi Baling antara bukti kesejagatan mesej dakwah menuntut keadilan dan menumpaskan kezaliman. Ianya juga merupakan upaya yang melintasi sebarang sempadan fahaman serta kepercayaan. Saya juga terharu keperihatinan teman-teman terhadap fitnah yang ditohmahkan ke atas saya dan keluarga. Moga dengan berkat doa semua, inshaallah saya dan keluarga, dapat mengharungi ujian Allah SWT ini.

Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan.

Aduhai, janganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.

Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.

Kita sedar di sebalik sogokan muluk-muluk oleh kerajaan yang diperintah umno-barisan nasional, negara sebenarnya berada di kedudukan yang tenat. Ekonomi tidak memperlihatkan keupayaan yang menyegarkan dan hubungan antara kaum meruncing. Harga barang semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan oleh pimpinan negara hanyalah menasihati rakyat agar cermat berbelanja serta menggesa kita untuk perihatin dengan saudara kita yang lain.

Akan tetapi persoalannya, apakah upaya pemimpin, ketika negara memerlukan pimpinan membawa rakyat keluar dari kemurungan? Jawapannya tidak ada! Tidak ada tindakan yang jitu, berkeyakinan dan imajinatif. Semuanya serba kaku.

Di sebalik tohmahan akan kelemahan muafakat ini, kita sudah berjaya melahirkan dokumen bermakna yang dikenal sebagai “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.” Ianya dilakarkan selepas perdebatan dan perbincangan secara terus terang demi menggarap hala tuju negara. Proses bersejarah itu bahkan mematangkan serta memperkukuh kerjasama di antara kami. Yakinlah muafakat ini bukanlah satu ikatan rapuh bahkan mampu memimpin negara keluar dari kelesuan yang sekian lama menghinggapinya.

ANWAR IBRAHIM


42 Responses to “Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah”


  1. 1 Halik Zaman Jan 31st, 2010 at 3:57 pm

    NAJIB SINGKAP KAIN ORANG KAIN SENDIRI KOYAK RABAK

    Dari Kacamata Halik Zaman:

    Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan krisis politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebagai suatu krisis ’serius’ yang kononnya menolak kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Agak menarik apabila UMNO memandang serius krisis dalaman Pakatan Rakyat seolah-olah menampakan Pakatan Rakyat akan hancur lebur semacam drama di Perak dulu.

    Apakah krisis sebegini tidak pernah di alami oleh UMNO khasnya dan BN amnya ? Apakah UMNO lupa parti komponen BN juga menghadapi masalah yang sama ? Lupakah UMNO krisis di antara Sammy Vellu dan M. Kayveas ? Mereka saling berbalas kenyataan di media-media elektronik dan cetak ? Malah MIC mengemukakan usul kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya PPP disingkirkan daripada pakatan BN. Bukankah ini juga perbalahan dalaman politik ?

    Begitu juga kes perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis sedikit masa dahulu. Malah, Tengku Adnan Mansor juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin dari UMNO dan “menanggung akibat” jika beliau menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar. Dan 23 ADUN Terengganu pada masa itu dengan lantangnya mengumumkan akan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu sekiranya Ahmad Said yang mengangkat sumpah dan bukannya Idris Jusoh. Ini cerita apa ?

    Bagaimana pula dengan konflik diantara M.Kayveas dan T.Murugiah ? Satu parti dua presiden ? Semuanya bergolak ekoran kenyataan masing-masing mendakwa mereka adalah Presiden yang sah. Mengapa ianya berlaku ? Bukankah ini menunjukkan tiada kesepakatan dan perpaduan dalam Barisan Nasional?

    Walaupun dah berlalu kerana dalam UMNO tidak ada persefahamanlah, maka wujudnya Semangat 46 sedikit masa dahulu ? Atau mungkin Rais Yatim boleh ‘flashback’ apa cerita yang berlaku dahulu ?

    Kerana inginkan kuasa terunggullah, maka wujudnya satu lagi ‘team khas’ memperkotak-katikkan kepimpinan Pak Lah. Sehingga beliau terpaksa berundur sebelum waktunya ? Sampaikan ada pemimpin yang sanggup berikan kenyataan di Singapura meminta Pak Lah undur diri dengan segera diluar dari tarkh yang asal yang Najib setuju. Dato Seri Najib dah lupakah cerita lukanya hati seorang Perdana Menteri?

    Terbaru konflik dalaman MCA.. Kronologi bermula dengan pemecatan Chua Soi Lek dan berlarutan sehingga ke kes PKFZ. Ong Tee Keat memecat Chua Soi Lek ekoran video lucahnya manakala pergolakan parti berpunca dari penglibatan Ong Tee Keat dalam isu berprofil tinggi PKFZ. Sehingga ke hari ini semuanya lintang – pukang. Tiada berkesudahan. Tidak kah cerita itu juga bercelaru dalam Barisan Nasional?

    Kita hanya menamakan beberapa kronologi konflik dalaman BN. Jika di bandingkan dengan krisis dalaman Pakatan Rakyat, kita rasa konflik dalaman BN lagi hebat. Tapi demi menyelamatkan prestij UMNO yang sudah semakin parah, mereka terpaksa belajar ‘menyingkap dalam kain orang lain’.

    War-warkan krisis ‘rumahtangga’ orang lain, padahal kemelut ‘rumahtangga’ sendiri berantakan. Nyaris bercerai-berai. Segala yang berlaku dalam Pakatan Rakyat bagaikan suatu bonus buat UMNO. Sebelum dengan lantangnya memberi andaian terhadap Pakatan Rakyat, bersihkan dahulu kekotoran dalaman UMNO. Leraikan dahulu segala yang kusut dalam BN. Bila semuanya sudah suci bersih, barulah boleh komen perihal parti lain.

    Jangan nanti jadi seperti kisah angan-angan Mat Jenin, berangan-angan dan berharap Pakatan Rakyat berpecah-belah, tahu-tahunya UMNO dan BN sendiri yang tunggang terbalik. Apa pun kita tunggu sahaja PRU13, biarlah rakyat Malaysia yang tentukan nasib Pakatan Rakyat dan BN.

    Segan kita menyedarkan Dato Seri Najib, bahawa dirinya itu Perdana Menteri UMNO atau Perdana Menteri Malaysia? Kalau Najib bersifat Perdana Menteri Malaysia tentu sekali beliau mahu semua negeri negeri dalam Malaysia berhenti dari bercakaran sesama sendiri dan semua pemimpin politik berkerja membangun rakyat Malaysia yang miskin dibawah pimpinannya.

    Reply

  2. 2 abusahlan Jan 31st, 2010 at 4:09 pm

    SALAM.MEMANG SESUNGGUHNYA FITNAH ITU LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH

    Reply

  3. 3 Adi Rosli Jan 31st, 2010 at 4:23 pm

    DSAI, saya amat perihatin mengenai kenyataan RPK mengenai masalah kepimpinan YB Zahrin dan Zul. Harap DSAI dapat berikan komen segera. Terima kasih.

    Reply

  4. 4 Daniel Leng Jan 31st, 2010 at 7:05 pm

    Dear DSAI,

    Good day to you. I would like to share this with you and the People of Malaysia.

    Quote from Sun Tzu’s Art of War: ??????????????????????????? means, Therefore one hundred victories in one hundred battles is not the
    most skillful.Seizing the enemy without fighting is the most skillful.

    Malaysians are always famous for knowing their enemy but very often forget about our own self.

    We have won a small victory, but a big victory is awaiting for us, let’s do it together.

    Jesus always reminds us not to be too proud of our self, for the love of God, we can do this.

    My voice are limited, please share this with ur friends and family.

    Reply

  5. 5 bediah Jan 31st, 2010 at 7:34 pm

    gembira mendengar DSAI bertemu dengan rakan lama. saya yakin hubungan baik hanya ujud dari persefahaman dan saling mengenali.

    beberapa organisasi antarabangsa minta urusan perbicaraan DSAI di berhentikan, diharap mendapat perhatian dari pihak berwajib. dulu saya biasa dengar ‘negara kita tanggungjawab kita’ tapi tanggungjawab apa ye?. jika benar bertanggungjawab kita kini sepatutnya lebih berjaya dari korea yang satu masa dulu saingan rapat ekonomi kita. kini korea jauh meninggalkan kita. Negara thailand, kemboja, vietnam, filipina menunjukkan % kenaikan knk yang tinggi. kita masih terkial-kial pada 4-5 %.

    dulu harga gula rm1.25 per kg bila naik 1.45 dia minta kita kurangkan makan gula, kita kuarngkan sebagai menyokong dasar demi kebaikan negara, ari ni harga gula baru naik rm1.65 dia minta kita kurangkan makan gula dan akhirnya nanti kita tak perlu beli gula dan negara juga tak perlu import gula jimat duit negara.

    DSAI mampu menangani isu ini dengan baik, rakyat benar-benar diutamakan dan pencapaian negara semasa DSAI menjadi menteri kewangan juga amat baik. Serangan peluru kapor yang ditujukan kepada PR menunjukkan bee end sudah kehilangan taring. kukuhkan ikatan PR, saya yakin Putrajaya kini semakin hampir seperti yang dirancang.

    Reply

  6. 6 Tipah-tetipu-bang Jan 31st, 2010 at 7:37 pm

    Saya teringat sewaktu kecil. Ibu membelikan saya sepasang baju kurung. sungguh berkenan di hati saya. Sambil berlompat riang, saya bersorak kerana dihadiahkan sepasang baju !

    “Adik kamu punye tu !” kata ibu.
    Langsung terdiam diri saya. Merajuk dan ‘membawa diri’. Terperosok kat belakang pintu. Sedih melihatkan gelagat saya itu, agaknya. Besoknya, saya dibelikan juga sepasang ‘baju kurung’…

    Pengajarannya, sedara ! :
    1. Jangan kita ditipu oleh diri sendiri, sebijik macam Umno. Ekonomi down, dihebohkan ‘memberansangkan’. Siapa tipu siapa sebenarnya itu, sedara. Umno menipu diri. Apa tujuannya, sama-sama kita tahu !

    2. Jangan ’syok sendiri’ @ ‘pegahasan’ ! Jika sesuatu itu belum tentu kita yang punya, jangan kita plak lebih-lebih mengaku, “Aku Punye !” Kan semua hak milik mutlak Tuhan. Pangkat, jawatan, wang ringgit, pujian, harta bertimbun dan sebagainya adalah ‘UJIAN’ daripada Allah. Bukan Umno punya ! Dan bukan siapa-siapa punya. Maka, urus ‘amanah’ yang Tuhan kurnia itu mengikut jalan yang Tuhan redho, InsyaAllah berjaya Di dunia dan akhirat.

    3. Awasi musuh dalam diri ! Apakah itu, wahai teman-temanku ? Nafsu Ammarah ! Pelik cikit nafsu tu…Dia benci apa yang Tuhan redho. Sebaliknya, dia suka sangat apa juga yang Tuhan murka. Macam Umno itu ler ! Asyik menyakitkan hati rakyat jer…Bila nak berjaya kalu camtu cara !? Sampai kiamat pun tak akan berjaya. Memang Tuhan dah letak hukum : Taat berjaya ! Engkar, Gagal !

    Ujian sebenarnya, rahmat. Siapa yang Tuhan kasih, makin banyak ujian ! Tapi, pesan Guru Saya : Jika kuat tawakkal kepada Tuhan, InsyaAllah Tuhan pelihara dan berikan perlindungan sewaktu hidup dan mati. INSYAALLAH !

    JANGAN IKUT AMMARAH PEMIMPIN UMNO. JIKA GAGAL, SALAH DIRI SENDIRI. JANGAN SALAHKAN SESIAPA. SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG ! WASSALLAM.

    Reply

  7. 7 Nona Manja Jan 31st, 2010 at 7:52 pm

    Ubat jika diberi doktor tapi tidak ditelan, membazir ertinya ! Sangka ramai manusia membazir hanya pada wang-ringgit. Bagaimana jika tenaga kuat tapi pemalas ? Dah tentu juga membazir. So, why not kita pakat tolong Datuk Seri anwar Ibrahim yang asyik difitnah !

    Apa patut buat ? My opinion :

    1. Alaaah…saban hari bila jumpa kengkawan cakap jer, “Lepas nih pilih Pakatan !” Senang kan ! Nona rasa, tiap-tiap orang ramai kawan-kawan kat pejabat yang ‘kono azab’ dek penipuan Umno-BN. Dorang mesti sokong punye !

    2. Kasik hadiah suprise ! Contoh : Beli satu pek kacang then korang tulis cikit nota camni : I Love You. Pasni Sokong Pakatan ! Simple kan ?

    3. Niat kita tolong DSAI kerana dianiaya. Tuhan janji, sapa tolong orang yang kena aniaya diberikan KEMENANGAN !

    So, everyone, Let’s help OUR BROTHER DATUK SERI ANWAR IBRAHIM. INSYAALLAH !
    WA CAYA LU ! ARIYOS !

    Reply

  8. 8 alin Jan 31st, 2010 at 9:12 pm

    salam dsai. kami bersama2 dgn dsai akan menongkah arus membawa perubahan

    Reply

  9. 9 PeoplePower Jan 31st, 2010 at 10:42 pm

    Hidup DSAI!
    Justice must be prevail!
    Allah sure will bless you to overcome all sort of political assination from Barisan Najis (BN)!

    Reply

  10. 10 fawzyhashim Jan 31st, 2010 at 11:48 pm

    terasa begitu merimaskan dan melemaskan cerita-cerita dalam arus media arus kerajaan…semoga Allah menambahkan dan menetapkan iman rakan perjuangan semua.

    Reply

  11. 11 haji mokhtar Jan 31st, 2010 at 11:53 pm

    salam DSAI,
    setiap kejadian yg berlaku,ada hikmahnya..seperti apa yg berlaku pada tuduhan fitnah sebelum ini,akibatnya 4 negeri hilang dari cengkaman mereka..kini dimain kan lagi wayang yg sama..insyaallah rakyat sudah muak dan jelak dengan fitnah yg dibuat.alhamdulillah rakyat sudah mula menolak umno kerana puak puak ini mendabik dada kononnya mereka la yg memperjuangkan bangsa,tetapi mereka la yg sebenarnya yg memecahkan bangsa melayu..kerana pangkat dan kuasa.

    Reply

  12. 12 Single Parent raising next generation Feb 1st, 2010 at 12:23 am

    I have watched the developments for my children future with such bleak hope.Honestly Anwar, with every doa effort and support that you get..UMNO is still the ruler.No matter what you do.People from my side of the economic sphere,whom work to raise our family, with no famous family name or strings to pull, for us, life is hard, tough and almost always, unfair. straight A’s exams results, couldn’t get us into some of the good govt boarding school, deans list in uni, couldn’t get us into any scholarship or whatever was said is available. i have to constantly train my kids to never even believe that it matters if they are malays, it is worth nothing. It is just a big propaganda to weaken the mind. Fitnah that they lace on you is again a game that they know too well. Maybe it is time that we raise our next generation with knowledge of using fitnah, war and oppression to create order and harmony, equal opportunity. We should learn to oppress the oppressor.A new way of thinking must be nurtured now.Maybe we have to build a generation that is clever enough to use all these as a tool when required.Good Luck to us all.

    Reply

  13. 13 SIR ABU Feb 1st, 2010 at 12:43 am

    Assalamu’alaikom. Wahai Para saudaraku. Hidup ini jika kita sandarkan kepada kelemahan diri, nescaya tidak ke mana kemajuan diri, masyarakat mahupun negara. Hendaklah kita sandarkan kedaifan serta kejahilan kepada Tuhan Yang Mentadbir Sekelian Allah.

    Jika jujur kita kepada Allah swt. maka, bakal dipermudahkan oleh Allah dengan pertolongan di luar jangkaan kita. Bukankah Allah pernah berfirman dalam ‘Ayat Seribu Dinar’ : “Barangsiapa bertaqwa maka diberikan rezeki daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangka !

    Maka, cintailah Tuhanmu dan sentiasalah takut kepada azabNya. Bandingan ilmu manusia hanya ’satu zarah’ cuma. Sedangkan, Ilmu Tuhan seumpama air lautan ! Maka, sandarkanlah kelemahan diri hanya kepadaNya. Rayulah DIA. Mohonlah restuNya setiap masa. InsyaAllah Allah sentiasa mendengar rintihan setiap Para HambaNya.

    Tribulasi atau cabaran sebenarnya rahmat. Bagaimana kita boleh mencapai ke ‘Puncak Jaya’ jika sentiasa mengeluh dan berputus asa ! Cabaran adalah ‘anak tangga’ untuk maju. Maka, teruskan hayunan langkahmu. Dan bersangka baiklah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Inilah cara bagimu untuk redho dan bersabar atas setiap ujian daripada Allah. InsyaAllah !

    Kutinggalkan kepadamu dua perkara. Al-Quran dan As Sunnahku. Berpeganglah kamu kepadanya. Nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Di sinilah Ujian Keyakinan. Jika benar anda yakin. Itulah iman. Dan janganlah kamu menyombong diri kepada Tuhan. Amat murka Tuhan terhadap mereka yang sombong serta angkuh.

    Ikutilah nasihatku ini. Semoga kamu tergolong dalam golongan insan-insan yang berjaya serta dapat mengorak langkah membantu kejayaan negaramu. InsyaAllah.

    Wallahu’alam.

    Reply

  14. 14 tharma4u Feb 1st, 2010 at 6:24 am

    DSAI

    I saw your recent press conference where you addressed the effort of BN to topple Selangor government. As you explained it appears that Najib has strategically planned everything, including bribing PKR MPs to go against the party, prosecuting MPs for silly reasons and continue with the sodomy case even when it has been proven that there is no penetration be with you.

    Reply

  15. 15 98.my Feb 1st, 2010 at 8:50 am

    Hal Fitnah, Ujian dan Cabaran.

    Cabaran itu bagus. Fitnah pula satu kemungkaran. Ia dibenci oleh Allah swt. Yang yakin kepada Allah akan bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang dibenci oleh Allah. Kerana mereka takut kepada azab Allah. Maka, cukuplah azab ‘neraka dunia’ bagi seseorang manusia jika dicampak dengan “RISAU” ! Boleh jadi ‘biol’ jika terlalu risau.

    Maka, orang yang “Gila Tuhan” akan selamat. Tapi, mereka yang ‘Gila Perempuan’, “Gila Judi”, ‘Gila Harta’ @ ‘Gila Dunia’ dalam bahaya ! Itu ketetapan Allah. Jadi mana satu, pilihan anda. Yang jelas kelihatan kepada saya, Umno-BN suka pilih Yang Tuhan Benci ! Maka, selamatkah mereka ? Jawaplah dengan rela hati !

    Erti ‘gila’… cinta ! Maka, jadikan Tuhanmu itu Kekasihmu Nombor Wahid. Nombor Satu. Jika Najib, kononnya menunding jari telunjuknya tujuan bersatu. Yang tersirat, dia mengajak bersatu demi kelansungan ‘kuasanya’. Tapi, kita ubah ! Kita bersatu, demi Keagungan dan Kebesaran Allah swt. Nescaya bantuan dan pertolongan Allah amat dekat.

    Tahukan saudara ? Apabila seseorang dibencikan oleh Allah, ’seluruh makhluk’ digerak oleh Allah menghentamkan mereka daripada pelbagai sudut. Termasuklah zarah tubuh badan mereka. Maka, serangan penyakit tiba-tiba menyerang ! Kojol kerana sakit jantung secara tiba-tiba, misalnya. Atau lain-lain akibat mengikut ketentuan Tuhan.

    Wahai Umno ! Kamu pilih selamat atau derita daripada Tuhan ?
    Nak selamat, tarik semula TUDUHAN FITNAH TERHADAP DSAI ! Jika tidak, bencana Tuhan tanggung sendiri !

    Umno-BN pasti kecundang, Datuk Seri ! Kita buat kerja kita. Biaq depa buat kerja depa. Tuhan tetap bersama dengan orang-orang YANG SABAR !INSYAALLAHU TAALA. I LOVE YOU & UR FAMILY, DATUK SERI ANWAR INRAHIM.

    Reply

  16. 16 al karim Feb 1st, 2010 at 9:50 am

    Semua orang nak berjaya. Matlamat tak betul, cara pun tak betul; tak selamat, gagal dan hilang rasa bahagia. Saudara pilih yang mana ? Saya pilih nak sentiasa betul dengan Allah. Sebab Tuhan janji berjaya !

    Redho Allah yang penting. Buat jer ! Nanti, tahulah Tuhan mengatur ‘kebaikan’ untuk mereka yang taat serta mereka yang dicintaiNya. Jadi biar matlamat hidup : harap Tuhan sayang, kasih dan cintakkan kita. Mudah-mudahan, InsyaAllah !

    Pemimpin Umno-BN seronok nak terjun neraka, biarkan mereka ! Tapi, kerana kasih kepada sesedara saya yang dalam Umno serta Ahli Parti komponen BN…Ingat sebelum kena balasan azab daripada Allah. Tuhan Hanya Satu !

    Pemimpin Umno-BN menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dengki ! Maka, dihalalkan oleh mereka segala cara. Sehingga sanggup membelakangkan saudara seagama, kononnya ! Jika benar kamu menganut Islam, tidak ada dalam sebarang nas dan hadis tentang suruhan memfitnah. Sebaliknya, Tuhan mengancam mereka yang memfitnah dengan azab yang pedih. Maka, betulkan anda yakin kepada janji-janji benar daripada Tuhan ?

    Satu soalan ingin saya bertanya semua sedara saya dalam Umno-BN ! Bila ‘anak’ anda dizalimi, apakah anda mahu turun menyokong sipenzalim atau menghalangnya ? Sudah pasti anda berusaha mempertahankan anak anda dan sedaya mungkin menghalang perbuatan zalim.

    Saat ini, saudara kita Datuk Seri Anwar Ibrahim dizalimi kerana fitnah ! Maka, apa yang patut anda lakukan ? Nak diam diri camtu jer ? Patutkah demikian ? Tuhan menyiksa orang zalim serta mereka yang menjadi penyokong kezaliman. Sukakah anda menerima azab Tuhan ? Bagaimana jika sikap berdiam diri anda dibalas oleh Tuhan dengan ‘bala’ ? Tentu sahaja anda tidak suka ! Jadi apa patut anda buat ?

    Beri moral support kepada Datuk Seri anwar Ibrahim dan keluarganya. Demikian pula. sokong perjuangannya ! SOKONG PAKATAN RAKYAT ! Konon, Pakatan ditohmah kerana berbaik-baik dengan DAP akibatnya hak Melayu tergadai ! Habis yang selama ini, Umno berkongsi meja dengan MCA, apa berlaku ?

    Telah demikian lama, Umno sewenag-wenang ‘menjajah’ pemikiran Rakyat Malaysia dengan ‘ancaman huru-hara’. Diacah oleh mereka dengan kacau-bilau ! Maka, apa sebenarnya tujuan mereka memerintah ? Nak senangkan rakyat atau menyusahkan rakyat ! Negara pengeluar minyak, harga minyak naik lagi…Bukan ‘bala’ kah itu ?

    FIKIR-FIKIRKAN, ADUHAI RAKYAT MALAYSIA !
    CINTAILAH KAMU KEPADA KEDAMAIAN TAPI JANGAN BIARKAN MEREKA MENGANCAM KEDAMAIAN.
    KITA BERSATU, JATUHKAN KEZALIMAN DI MANA SAHAJA ! KERANA ALLAH ! INSYAALLAH !
    SELAMATLAH NEGARAKU MALAYSIA !

    Reply

  17. 17 Pejuang Feb 1st, 2010 at 9:52 am

    DSAI sememangnya pejuang sejati. Perjuangan membela kebenaran dan keadilan sentiasa kukuh dan segar dalam perjalanan hidupnya. Yang berbeza hanyalah pengolahan yang disesuaikan dengan kelompok dan sasaran. Kita tidak boleh membiarkan beliau keseorangan. Mereka yang mencaci beliau hanyalah orang yang mempunyai kepentingan duniawi semata-mata atau mereka yang terlalu bodoh. Marilah kita dengan segala upaya berjuang bersama-sama beliau. Ingatlah bahawa amat sukar untuk kita mendapatkan seorang lagi Anwar Ibrahim.

    Reply

  18. 18 ijat2007 Feb 1st, 2010 at 10:43 am

    AWAS DS, Perbicaraan Sodomi ke II yg akan bermula bertujuan untuk MENGAIB dan mencemarkan imej DS dan datin Seri. Tujuan mereka juga ‘to create doubts’ supaya rakyat hilang kepercayaan kpd DS! Ini ialah agenda kotor UMNO yg sudah desperate dan gerun dgn karisme DS. Kepada UMNO, karier politik DS by hook or by crook, mesti dilenyapkan dan mulut DS ditutup dgn pemenjaraan DS. PDRM dan Jabatan kehakiman akan bersekongkol dan diperalatkan untuk menjayakan agenda kotor UMNO ini.Ingat, desperate people will do anything dan most of the players in Sodomi II ialah the same players. These people dont give a damn what the world think-all they care is to save their skins and that power, remains in their hands!! Big stakes are involved if they loose power!!!

    Reply

  19. 19 haji mokhtar Feb 1st, 2010 at 11:03 am

    rakyat sekarang sudah bijak dan pandai menilai..tidak perlu lagi berdemostrasi..yg pasti pada PRU 13 nanti rakyat dari berbilang bangsa dan agama akan bersama sama menolak BN/umno..kerana semakin lama mereka memerintah semakin kucar kacir negara dipenuhi dengan kroni..rasuah..dan salah guna kuasa..jahanamnya umno..berpecahnya bangsa melayu adalah kerana pemimpin umno itu sendiri..lupa pada asas perjuangan.

    Reply

  20. 20 wak suardi Feb 1st, 2010 at 11:22 am

    Ass. w.w., sheikh

    teruskan perjuangan hingga titisan darah yang terakhir ;

    kalau batu sempadan dianjak orang
    kalau tali air dihempang orang,
    tunjukan kejantanan mu nak,
    usah risau darah akan terserak
    usah takut nyawa akan melayang,
    sebelum ajal berpantang mati,
    esa hilang dua terbilangg
    yang patah akan tumbuh,
    yang hilang berganti.

    Lebih baik mati berputih tulang, daripada
    hidup berputih mata.

    Saya berdoa, semoga semua saf kepimpinan ABIM yang telah pencen, agar menyatu dalam satu barisan menghadang tohmah dan mehnah yang enta hadapi.

    Saya melihat, saat ini merupakan ‘momentum yang sangat strategik’ untuk ditangkap oleh pejuang-pejuang ABIM yang sekarang berhimpun dalam wadah.

    Apalagi yang mesti difikir,
    kok anak dah bosar,
    kok boban borek selamo ni dah terlotak,
    hari habih dek merintang cucu jo
    saya mahu melihat
    semua sahabat sekalian, mengorak langkah
    melakar malaysia baru

    ‘JANGAN BICARA TENTANG PERJUANG, JIKA TAKUT MENANGGUNG RESIKO’
    PEJUANG TULEN IALAH ORANG BERADA DI TENGAH GELANGGANG PERTARUNGAN
    JANGAN JADI PAHLAWAN KESIANGAN.

    Salam dari kota kinabalu, kalau datang kk sila singgah kek kodai makan ese.

    Wak Suardi

    Reply

  21. 21 along Feb 1st, 2010 at 2:08 pm

    salam datuk seri…..

    saya percaya pada rahmat Allah. Segala fitnah ini mungkin ada rahmat di sebaliknye… Yang penting kesabaran Datuk seri. Pertahankannya….

    “rahmat di sebalik dugaan ”

    Janji ALLAH itu benar…

    Reply

  22. 22 anakmelaka Feb 1st, 2010 at 3:30 pm

    salam DSAI,

    Teruskan perjuangan biarpun banyak rintangan dan ranjau yg melanda, rakyat tetap menyokong PR. Biarlah BN merapu sendiri, kuatkan dan mantapkan PR demi rakyat malaysia.

    Reply

  23. 23 ron Feb 1st, 2010 at 5:00 pm

    it’s time to wake up. semua wajar bersatu hati menolak fitnah & bangkit bersama kebenaran!

    Reply

  24. 24 mie Feb 1st, 2010 at 7:29 pm

    susah juga dsai..kalau kata ramai ahli PKR ada yang berpaling tadah..tapi kalau tgk tv penuh dengan hemogini yang di war warkan BN. isu kalimah allah pun merupakan taktik paling kotor BN..

    Reply

  25. 25 seniman 85 Feb 1st, 2010 at 7:46 pm

    salam sejahtera buat semua penyokong DSAI..

    jika kita ingat pada perkara 14 dalil, di musim perbicaraan kes liwat dan rasuah dsai pada thn 1998 bukti yang amat sahih untuk melepaskan DSAI dari segala pertuduhan yang dihadapinya ttp apa yang terjadi mcm sekaranglah hakim tolak mntah2 tolak dalil tu.. shahnon ahmad pula dengan nukilan novel berjudul SHIT.. seorang novelist serta sasterawan negara yang amat saya kagumi, beliau ihklas mencurahkah isi hatinya, sekarang saudara zunar mencurah hasil kreatifviti nya didalam perak darul kartun dan yang terkini kisah altantuya,rosmah dan kita akan temui persamaan terhadap kronologi perbicaraan tapi tahun saja berbeza.. sukma darmawan, ummie afilda 10 barisan peguam bela dsai dan ada beberapa peguam dipihak umno-bn menampakan kesungguhan begitu optima…tetapi sikap keras dan kejam tun M pada ketika ditumban juga DSAI dihdipenjara bukan negara saja menangung kemelesetan buat kali kedua setelah 1997, malah pada bn kalah besar untuk pru yg ke-10.

    Reply

  26. 26 Joe-kedah Feb 1st, 2010 at 8:53 pm

    Salam untuk semua,
    Saya sentiasa mendoakan semuga dato seri terus berjaya, orang yang dengki dengan usaha dato seri pasti dilaknat Allah.Kepada semua rakyat malaysia saya mohon semua renung sejenak akan peristiwa yang akan berlaku besok hari. Tolong fikir apakah benar perkara ini, mengapa gerombolan-gerombolan berusaha nak jatohkan datok seri sedaya upaya yang boleh. Rasanya banyak kesalahan yang telah dia orang lakukan kepada rakyat, dia orang nampak kalau tak jatuhkan dato seri anuar pasti dia orang semua bakal lingkup. Jadi, sama-sama lah berdoa, semuga perjalanan besok hari menuju kepihak yang dianiaya. Kita mohon juga semua ulamak seluruh dunia islam mendoakan kejayaan kepada dato seri anuar ibrahim, amin!

    Reply

  27. 27 sepanggal Feb 1st, 2010 at 9:10 pm

    dulu saya pernah dengar, sesetengah pandangan mengatakan negara perlu korbankan DSAI demi kebaikan rakyat dan seluruh umat di Malaysia. 6 tahun beliau dalam penjara. 6 tahun juga negara kita masih tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam segenap aspek samada ekonomi, sosio budaya mahupun struktur masyarakat. Pengorbanan yang DSAI lakukan selama 6 tahun tu dah lebih dari yang patut. berada dalam kurungan (bukan seperti abdullah ong – jika kita masih ingat) yang benar-benar terkurung, dipisahkan dari anak, isteri dan keluarga. terganggu dari aliran perjuangan untuk membela dan menegakkan keadilan.

    hari ini kita tak sanggup lagi melihat DSAI menerima nasib seperti dulu. cukup dan cukuplah. berilah ruang yang secukupnya untuk DSAI menunjukkan keupayaan dalam PRU 13 dan seterusnya menunjukkan keupayaan serta kesungguhan beliau untuk menerajui negara ini. Negara ini milik kita bersama. Jika DSAI dan PR mampu melonjakkan kehebatan negara ini keperingkat gemilang dan terbilang kita semua jugalah yang dapat limpahan nikmatnya. saya yakin DSAI dan PR mampu memenangi PRU dan berkeupayaan mentadbir negara ini dengan baik. dengan kata lain berilah peluang kepada rakyat untuk memilih siapakah yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

    Reply

  28. 28 sabahan Feb 1st, 2010 at 9:49 pm

    kita tunggu pr 13 nanti….

    Reply

  29. 29 win win malaysians Feb 1st, 2010 at 11:11 pm

    Gelombang cantas-mencatas dikalangan kuasa omno/mca/mic/ppp/gerakan, amat pedih bila dianalisakan,bahkan fitnah-memfitnah lagi memburukan keadaan pemerintahan kerajaan sedia ada apa guna kuasa yg ada tapi dimusuhi keliling rakan dudukpun ada sindiran so macamana nak majukan negara idea baik dtg dari kalangan puak namun kedalam tong sampahlah jawabnya,sampai bila kerja utk memajukan malaysia semakin terhakis ini menjebakkan urat2 malas dikelangan mereka yg ingin benar memajukan malaysia dan rakyatnya,sekiranya wajud fitnah didalam kabinet alamat golong tikar aje…kerajaan nanti tunggu je pru 13 tsunami dari rakyat malaysia…ovios..renung2….

    Reply

  30. 30 joe Feb 2nd, 2010 at 1:16 am

    lawan tetap lawan..

    Reply

  31. 31 Arsazali Feb 2nd, 2010 at 5:25 am

    Asas Kehidupan di dunia ini adalah Keimanan Kepada Allah. Jika ianya dihayati segala perkara di dunia ini akan menjadi nyata kebenarannya. Kebergantungan kita kepada Zat Allah akan memudahkan kita mengharungi pancaroba dunia yang sungguh menipudaya ini. Ternaya benarlah kata-kata pujangga, Dunia ini ibarat air laut,semakin diminum semakin haus.Nyatanya,kebanyakan manusia ingin menungkat dagu untuk menjadi penguasa rakus di dunia ini tetapi akhirnya akur bahawa usia yang dipinjamkan tidakkah selama dan sepanjang mana, belum sempat menimbun kuasa,harta dan takhta.=, usia tua datang meragut segalanya.

    Reply

  32. 32 dino Feb 2nd, 2010 at 8:57 am

    Belumpun bermulanya perbicaraan, polis telah mengancam rakyat dan penyokong DSAI dari menghadiri perbicaraan dimahkamah. Nampak sangat polis telah bertindak mengikut telunjuk pemerintah. Boleh meramalkan akan berlaku kekacauan. Ini saya rasa kerana adanya para pencacai UMNO Be End yang akan membuat provokasi
    Wahai rakyat Malaysia yang cintakan Negara, bersabarlah dengan gelagat pemerintah zalim ini. Kita akan diberi ruang pada PRU13 nanti. Gunakanlah kesempatan tersebut untuk meruntuhkan tembok kezaliman ini dengan pukulam maut (KO).
    Saya berseru kepada keluarga DSAI supaya banyakkan bersabar dan sentiasa memohon doa ke hadzrat Allah bagi menunjukkan kebenaran. Kami rakyat Malaysia sentiasa bersama anda. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing walaupun berat mata kami memandang tetapi berat lagi bahu anda memikulnya.
    Ayuh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan bersama-sama mendoakan keselamatan DSAI dari angkara jahat peperintah zalim mengikut perspektif agama masing-masing.
    ALLAH HUAKBAR……….

    Reply

  33. 33 smy Feb 2nd, 2010 at 9:00 am

    reformasi
    reformasi
    reformasi
    takbir..

    Reply

  34. 34 ron Feb 2nd, 2010 at 10:09 am

    kita yakin yang benar tetap benar walaupun bukan didunia..Amin

    Reply

  35. 35 wan simunjan Feb 2nd, 2010 at 10:24 am

    Assalamualaikum WBT DSAI dan rakyat Malaysia yang sedar dan prihatin. Doa dan harapan semoga perjuangan kita dan nawaitu menuntut keadilan dan kebenaran tidak tergelincir daripada iman kita.

    Sesungguhnya tidak akan ada lagi muncul seorang pembela rakyat dan pejuang keadilan dan kebebasan sepertimana yang berlaku kepada diri DSAI. Dalam politik kuasa di Malaysia hanya DSAI sahaja yang akan merasai betapa sucinya erti perjuangan rakyat. Perjuangan rakyat adalah perjuangan yang cukup sukar dan amat ditakuti oleh pemerintah yang zalim.

    Sampai bila2 pun ketokohan dan perjuangan DSAI akan terus bersemadi bersama semangat membangunkan dan membebaskan minda rakyat Malaysia daripada belenggu penipuan, penindasan, manipulasi dan penganiayaan kepada golongan rakyat yang lemah. Biarpun perjuangan kami tidaklah sehebatmana [perjuangan DSAI dalam menentukan halatuju perjuangan rakyat tapi yakin dan percayalah bahawa semangat perjuangan DSAI yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa akan kami semadikan dalam menempuh ranjau perjuangan ini.

    Biarlah kuasa dan pangkat pemerintah UMNO menghambat ketelusan dan kejujuran DSAI dalam membela nasib rakyat. Biarlah segala bentuk media dan pengampu2 bangsat menyebarkan cerita tentang keburukan DSAI namun perjuangan DSAI akan terus membara di hati rakyat.

    Hari ini pemerintah menggunakan kuasa untuk memperhambakan dan memperlekehkan kuasa rakyat. Pasti akan tiba pula kuasa rakyat untuk menghambat keluar kuasa dan pangkat pemimpin UMNO/BN yang sekian lama memperbodohkan pemikiran rakyat. Rakyat pasti akan bangkit bersama semangat perjuangan DSAI untuk menjahanamkan golongan pemerintah yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

    TERUSKAN SEMANGAT PERJUANGAN DSAI DEMI MEMBEBASKAN MINDA DAN PERJUANGAN RAKYAT. 1998 AGENDA PERJUANGAN MEMBANTERAS DAN MENDEDAHKAN GOLONGAN KEPIMPINAN YANG RASUAH TELAH MEMENJARAKAN DSAI. PERJUANGAN TERSEBUT KINI TELAH MERESAPI SEGENAP RUANG KEPIMPINAN SEKARANG INI. SEKARANG RAKYAT SEDAR BAHAWA PEMIMPIN RASUAH ADALAH PEMIMPIN BANGSAT DAN JAHANAM. GOLONGAN INI MASIH BERKUASA DALAM UMNO/BN. KALI INI KETAKUTAN KEHILANGAN KUASA MEMERINTAH SEKALIGUS KEHILANGAN RUANG DAN PELUANG UNTUK TERUS MEROMPAK HAK WANG RAKYAT MENJADIKAN DSAI TERPAKSA MASUK SEMULA KE KANDANG TERTUDUH. BIARKANLAH DSAI. DOA DAN HARA[PAN DIIRINGKAN AGAR DSAI TERUS BERSEMANGAT UNTUK TERUS BERTAHAN DAN MENJULANG SEMANGAT PERJUANGAN RAKYAT.

    YAKIN DAN PERCAYALAH BAHAWA SEKIRANYA DSAI TERPENJARA KERANA DASAR KETAKUTAN KEPIMPINAN UMNO/BN BANGSAT DARIPADA KEHILANGAN KUASA NESCAYA DALAM PRU 13 NANTI RAKYAT AKAN BANGKIT MENGHANCURKAN GOLONGAN PEMERINTAH UMNO/BN TERSEBUT DARIPADA TERUS BERKUASA. PERJUANGAN RAKYAT AKAN MENGHAKIMI SEGALA PENINDASAN DAN PENGANIAYAAN PEMIMPIN UMNO/BN TERHADAP KUASA RAKYAT.

    LAWAN TETAP LAWAN. ALLAHHUAKBAR. JAHANAMKANLAH PEMERINTAHAN ZALIM UMNO/BN TERHADAP RAKYAT.

    Reply

  36. 36 amir Feb 2nd, 2010 at 11:12 am

    Semoga Allah SWT memberikan kemenangan kepada kebenaran dan hak. Manusian merancang dan Allah SWT juga merancang dan perancangan Allah SWT yang terbaik. Perbicaraan ini akan mewujudkan tsunami politik yang lebih besar bagi meruntuhkan kezaliman dan menggantikan dengan pemerintahan yang adil untuk semua. Semua institusi teras negara termasuk perundangan, keselamatan, kewangan, pendidikan dan ekonomi perlu dilakukan proses reformasi atau pembaikan. Kepada Allah SWT kita bertawakkal setelah disertai dengan usaha yang bersungguh dan berterusan.

    IA. DSAI akan bebas daripada pertuduhan ini.

    Reply

  37. 37 Lya of Kuantan Feb 2nd, 2010 at 12:08 pm

    Fight for it!!!! Good Luck and come clean with it.. People know you are just a scape goat!!! May Allah bless you, and the truth will prevail!

    Reply

  38. 38 Alang Kepalang Feb 2nd, 2010 at 12:40 pm

    Apa erti hidup jika tak bahagia. Apa guna pangkat jika derita. Sangkaan ramai, Najib Tu sejahtera. No ! Sebab, orang derhaka kepada Tuhan tidak ada ketenangan bagi mereka. Itu ketetapan Tuhan bagi setiap yang menentang.

    Sapa kata Najib tak tentang Tuhan ? Melanggar perintah itu bukti menentang Tuhan. Banyak bukti. Bukan hal fitnah itu sahaja. Boleh selamat ker ? No ! Sebab jaminan selamat hanya untuk mereka yang taat-setia kepada Allah & Rosul. Mana ada kat dalam dunia ini, ikan hidup tanpa air ! No !

    Peliknya Najib, Umno & BN cuba buat kerja pelik sampai kelihatan tak punya akal. Kerja fitnah saja dorang. Nak tutup kelemahan, cipta lakonan baru. Pastu rioh kat paper dan TV. Heboh dan menyumpah-yumpah kononnya ‘orang lain’ tak bagus. Lupa dek diri dia, rakyat nampak kebodohan mereka. Ada ker kapal belajar di daratan ? No !

    Tapi, kerja bodoh juga yang Najib, Umno & BN beriya-iya nak buat. Biar kita senyum jer ! Kalu betul kamu perjuangankan ‘keadilan’…Si Monggolian itu sapa bunuh ? Jangan nak tipu ler, Najib ! Tuhan Maha Melihat ! Kamu ingat boleh tipu Tuhan ? No !

    Kesimpulan : Jangan terpengaruh perangai orang bodoh ! Orang cerdik : Taat pemimpin bertaqwa. InsyaAllah selamat di Dunia dan Akhirat. Jadi, NO TO UMNO !

    Reply

  39. 39 sham Feb 2nd, 2010 at 12:57 pm

    doa datin seri wan azizah akan hancurkan umno/bn selama-lamanye

    Reply

  40. 40 suri Feb 2nd, 2010 at 7:24 pm

    kenyataan menteri besar perak terlalu angkuh …..naik junjung pelamin pun sebab potong jalan orang tapi x sedar diri..

    Reply

  41. 41 agang assamika Feb 2nd, 2010 at 9:57 pm

    Teruskan perjuanganmu DSAI…Hidup Mulia, Mati Syahid..insya’ALLAH.

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Feb 2nd, 2010 at 10:34 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031