30
Jan
10

Umno-BN Diselubungi Ketakutan Melampau

Iklim ketakutan atau climate of fear makin menyelubungi negara. Umno-BN, yang sudah lama memerintah, memperkuatkan lagi cengkamannya agar nafas Demokrasi, Kebebasan dan Karamah Insan di negara ini mulai sesak.   Minggu kebelakangan ini keresahan memuncak apabila adanya percubaan untuk merekayasa ketegangan antara kaum dan agama. Siri serangan ke atas rumah ibadat mengejutkan rakyat Malaysia kerana ada di antara kita demi kelansungan politik segelintir, sanggup menggadai keamanan dan keharmonian negara ini.

Kita dikejutkan lagi dengan berita bahawa adanya tangkapan secara beramai-ramai minggu lalu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), kononnya untuk memerangi pengganas. Sekiranya tidak didedahkan oleh Gerakan Mansuh ISA, pastinya kerajaan akan mendiamkan perkara ini agar tidak diketahui umum. Persoalannya jika ada bukti kukuh, mengapa menggunakan ISA? Saya menggesa agar kerajaan segera membawa mereka ke muka pengadilan dan diadili secara bebas tanpa menurut telunjuk sesiapapun.

Manakala tohmahan diperhebat terhadap Pakatan Rakyat, dibantu pula oleh  ”lidah rasminya,” yang mengabaikan segala prinsip serta integriti kewartawanan, keadaan ternyata semakin memburuk. Dipaparkan kononnya pimpinan umno-bn sedang berusaha memulihkan negara dari kemurungan ekonomi dan sedang cuba membawa perubahan, walhal pada masa yang sama,  mereka yang bangkit menyatakan perbezaan, dibantai serta cuba dialahkan menggunakan taktik keji.
Lihat sahaja apabila kerajaan sanggup membiarkan anak-anak mahasiswa kita diberkas dan diugut. Apa erti slogan perubahan jika suara mahasiswa dibungkam dan mereka ditakut-takutkan. Lebih menyedihkan kemurnian kawasan universiti dicemar apabila pihak keselamatan menceroboh lalu angkuh mempamirkan kekuatan. Tidak sedarkah kamu wahai pemerintah! Yang cuba ditakut-takutkan ini adalah penzahiran dari damir perjuangan bangsa! Mahasiswa dan anak muda adalah generasi pemberani yang tidak gentar walau hanya berbekal genggaman tapak tangan apabila berhadapan kekuatan pemerintah.

Jelas kelihatan kepada kita, iklim ketakutan dimunculkan demi mengalih pendangan rakyat dari isu sebenar. Apatah lagi kerana  kemurungan ekonomi yang belum berlalu, kebobrokan rasuah yang semakin memualkan, kehakiman yang tidak bebas serta peningkatan  ketidakyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno.

ANWAR IBRAHIM


35 Responses to “Umno-BN Diselubungi Ketakutan Melampau”


  1. 1 Dr.Sham Jan 30th, 2010 at 11:42 am

    Fobia kekalahan sudah dirasa oleh Umno-BN. Rentak dan tari sudah canggong ! Dari ‘inang’ bertukar ‘zapin’ ! Dulu, sentiasa menyerang. Sekarang, berlunak diri ! Hanya lakonan. Permata di luar, racun di dalam. Jangan terpedaya ! Kekal kita bersama Pakatan Rakyat di bawah pimpinan DSAI. InsyaAllah.

    Perubahan jika menjurus kepada kepentingan, hanya mendatangkan mudharat. Sebaliknya, perubahan murni yang dibawa oleh DSAI menjadi rahmat semesta Alam. Bukankah DSAI lebih banyak bertawakkal kepada Allah. Sentiasa berserah diri kepadaNya. Alhamdulillah !

    Maka, pemimpin berjiwa rakyat ialah DSAI. Pemimpin berkepentingan adalah mereka yang berpura-pura. Buktikan jasa. Bukan cara banyak bercakap serta melobi. Umno sudah bangkrup idea dan jati-diri. Maruah negara serta bangsa digadai oleh mereka. Bukti : Mempersendakan agama rakyatnya sendiri. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam demikian teruknya perbuatan. Mereka menghina rakyatnya sendiri ! Mereka mempersia-siakan ‘ragam’ rakyat terbanyak.

    Siapa mereka ??? Merekalah pencetus huru-hara yang sentiasa menunding jari ! Umno @ BN.
    Majulah kamu ke ‘pusara’, wahai umno-bn.
    Wajibal ghuyub !

    Reply

  2. 2 Abu Nawas Jan 30th, 2010 at 12:42 pm

    Dalam sebuah kampung, ada sekor monyet. Malam-malam, mengilai. Suatu hari, kucing terserempak dengan monyet itu. “Bila nak mati ?” tanya kucing kepada monyet !

    Terperanjat dengan kata-kata ganjil kucing itu, langsung padam kera @ monyet itu ! Kholuinna ! Sejak hari itu, jadi takut semua binatang dengan Si Kucing…Yang kucing plak, buat don’t know jer…

    Rahsia kekuatan kucing ialah Bapak angkat dia Singa ! Sayang sesangat kat kucing itu…Singa berazam akan tentang siapa juga yang ganggu-gugat anak angkatnya itu. Biar putih tulang. Sampai camtu sekali Singa, punya sayangkan kucing.

    Pengajaran : Umno sekali tak berkubur, takkan sedar diri. Mari kita kuburkan ‘kera kena belacan itu’ Sapa dia ?

    Pertubuhan Umno dan Gerobolannya dalam BN. Ayuh…Cara : Kempen sokong Pakatan & DSAI. Jangan lebih dari itu. Sendiri mau ingat. Jangan sampai gaduh. Tuhan tak suka. Pujuk elok-elok ! Macam pikat kekasih…haaah…camtu !

    Ariyos ! Jangan bertangguh ! Mula, RIGHT NOW !
    Hari ini lebih baik dari semalam. Hari esok lebih baik dari hari ini.
    Jom Pakat Pujuk ! Yahooo…
    Motto : J.P.P ! Hahaha…Jom Pakat Pujuk !

    Reply

  3. 3 BANG POZI, YEN. Jan 30th, 2010 at 1:12 pm

    Saya setuju ! Umno-Bn dalam ketakutan. Dulu asyik mengaum. Sekarang jadi…miow ! miow ! jer ! Kalu sergah takut habis cabut lari. Jadi, berpura-pura tunjuk manja ! Alaaah…kita nampak ‘belang’ kamu . Kalu dah jenih ‘meratah daging’…pantang nengok landak ! Apatah lagi, ayam hutan ! Sah dia kerkah kalu jumpa ! Baik hati-hati !

    Bang Pozi nak cadangkan, “BO LAYAN” jer pujuk-rayu Umno-BN Tu ! Tutup telinga terus, lagi bagus ! Dah terbukti jenis ‘makan kawan’ ! Boleh buat teman ker, camtu rupa ? Noooo….!

    Kumbang kalu tak terbang malam tak dinamakan kumbang. Kalu asyik merayap waktu siang, memang pelik dan kono ‘pandang dan dengar’ ! Cakap orang tua-tua dulu-kala ! Cakap siang pandang-pandang. Bila cakap waktu malam wajib kena dengar ! Ertinya : Jangan pakai hujah Umno-BN !

    Yang kita dengar…Najib nangis belakang pintu ! Apasal ? ‘Minah’ dia DSAI KEBAS ! Maksud sey…’Ahli Umno’ dah berduyun masuk PAKATAN… SILA OOO…SILA, Kata Orang Utara bila kenduri ! Sila ooo…Sila !

    Umno bukan setakat bersila, sedara. TERDUDUK TERUS !
    TAHNIAH DSAI, PKR DAN PAKATAN RAKYAT !
    PAKATAN, SEDIA BORANG LEBIH DARIPADA BIASA !INSYAALLAH ! MAKHBUL DOA TUAN GURU !
    Depa nak aniaya, sampai masa Tuhan aniaya mereka yang suka menganiaya !

    Reply

  4. 4 dr. naufal alawudin shah Jan 30th, 2010 at 1:55 pm

    umno mmg bacul & dalam keadaan terdesak..sindrom penafian da sebati dalam darah dgg umno bengong ni..
    xsabar tggu pru akan dtg bcoz 1st time nk vote pr ni..

    Reply

  5. 5 PeoplePower Jan 30th, 2010 at 4:22 pm

    Hidup PR!!!
    Mampus BN!!!

    Reply

  6. 6 tok kedehud Jan 30th, 2010 at 4:48 pm

    Pemanasan Global turut memanaskan segelintir Para Peminpin UMNO BN, Mereka masih mahu meranduk arus Rakyat dengan berbagai daya. Demi ingin merpertahankan kekuasaan UMNO BN dilihat akan melakukan dengan apa cara sekali pun asalkan kuasa digegaman. Agama, kaum dan keroni di jadikan taruhan. disaat berdepan dengan cabaran dari Rakyat dan Ekonomi yang leka , Pereka Imej dan Penaja kewangan dari Keroni rapat adalah sandaran. Petronas kini dilihat seolah oleh milik segelintir puak tertentu yang berpilih untuk menerajui Petronas setelah Presiden dan CEO yang lama akan berundur. angin lalu berkata TDM masih kekal sebagai Penasihat Petronas. Syed Hamid Albar ada kemungkinan berada di tempuk kita akan lihat sejauh mana para Gembala UMNO cuba memonopoli ATM Rakyat ini.

    Reply

  7. 7 Rakyat Berdaulat Jan 30th, 2010 at 6:52 pm

    BERTIMBUN TIMBUN MASALAH MENUKUL NAJIB OLEH: Tok Pepijat

    Semua PM Malaysia sebelum Najib masuk Sri Perdana dalam keadaan selesa. Tapi tidak buat Najib.

    Bermula masalah Perak, kekalahan demi kekalahan dalam PRK, perebutan kuasa dalam MCA, PPP dan Makkal Sakti. Itu belum lagi dengan kehilangan enjin jet semasa jadi Menteri Pertahanan.

    Terkini dengan pembabitan Ku Li dalam isu royalti minyak Kelantan. PM Najib sekadar ulas untuk kaji dengan ucapan Ku Li itu.

    Kita melihat PM Najib semakin hilang kawalan terhadap ahli UMNO dan BN. Suaranya tidak lagi dihormati.

    Jika auranya berkarisma tentulah ahli UMNO dan BN tidak berani “angkat kepala” menentang kata-katanya.

    Mengapa MCA masih bertelagah? Mengapa PPP masih dengan isu kesahihan Presidennya? Malah “berkat”nya Najib merasmikan Makkal Sakhti menyebabkan parti itu “berperang” rebut penerajuinya.

    Kini Ku Li berani naik pentas untuk berceramah bersama pemimpin PAS. Mengulangi apa yang pernah dilakukannnya 15 tahun yang lalu ketika bersama S46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.

    Menyimpan Ku Li dalam UMNO bermakna memberi lesen kepada semua ahli UMNO untuk naik pentas berceramah bersama PAS dan PR.

    Membuang Ku Li dari UMNO bermakna tiada lagi tentangan sengit untuk jawatan Presiden UMNO . Cumanya UMNO Pusat perlu ucapkan selamat tinggal buat Kelantan. Dan UMNO Kelantan perlu siapkan “batu nesan” buat diri mereka.

    Juga jika Najib masih simpan Ku Li dalam UMNO bermakna “nilai” Ku Li begitu tinggi dalam UMNO. Mungkin naiknya Ku Li atas pentas PAS sekadar mahu “test market” harga dirinya dan juga untuk mencabar Najib bertindak keatasnya.

    Inilah yang memeningkan PM Najib. Kesimpulannnya, elok Najib tanya Rosmah untuk dapatkan nasihatnya! Bukan begitu Najib?

    Reply

  8. 8 looes74 Jan 30th, 2010 at 7:07 pm

    Anwar,
    I hope that you have a plan on interesting things going on in PKR. Zul has gone through the roof. Zahrain has played a very dangerous brinkmanship game. It’s reported that he got MPs to cross over to BN. We can’t afford BN to have 2/3 majority otherwise the constituition would be changed according to Najib’s whim & fancy.
    Settle them once & for all

    Reply

  9. 9 Halik Zaman Jan 30th, 2010 at 7:39 pm

    PEMUDA UMNO MALAYSIA MELENTING BAGAI TERGIGIT CILIAPI !!

    Dari Kacamata Halik Zaman:

    Selaran besar-besaran di buat kepada YB Azmin Ali ekoran kenyataan beliau yang menyatakan bahawa dalang di sebalik kejadian membakar gereja adalah dari kalangan ahli pergerakan parti politik yang ter’masyhur’ di Malaysia. Ada juga manusia yang semacam orang tergigit ciliapi melenting terasa, walaupun dibicarakan dalam bahasa bersimbolik.

    Dari Ketuanya sehingga ke kerabat-kerabatnya. Semua bising bagaikan ingin menyembunyikan sesuatu dari rakyat Malaysia. Kalaulah benar bagai dikata ? Wallahualam bisawab. Hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.

    Mereka ini seolah-olah dengan sengaja ‘bising’ beramai-ramai bagaikan ingin menutup sesuatu. Biasalah kalau benar tidak bersalah, biarlah perundangan yang menentukan. Tapi susah juga nak kata bila perundangan pun pakai sistem “Yes Sir” bersama terlibat “mereka pun” dalam satu kandang.

    Buat YB Azmin, sekiranya ada bukti, kemukakan supaya ’suara-suara alam jahat’ ini berhenti dari berkicau yang tidak berketentuan. Kita percaya kebenaran pasti terserlah. Jangan nanti bila bukti di depan mata lain lagi pula ‘kuntaunya’ UMNO kelak. Seperti kes Pak ‘Imam’ yang terpaksa duduk menghadap Saiful, tahu-tahunya Pak Imam ini tidak tahu apa-apa ‘blur’. Sekadar jadi ‘boneka dalam keterpaksaan’ sebab ‘Boss’ suruh buat.

    Jangan nanti bila kita ada lebih bukti tentang sesuatu kes, ada pula lagi “boss” yang akan bersara lebih awal atas sebab untuk beri laluan kepada golongan muda dan mahu beribadat. Baguslah sebab dah banyak buat dosa. Dan juga jangan lagi nanti ada lagi ‘boss’ yang meletakkan jawatan sebab kes curi yang melibatkan profil tinggi.

    Jangan nanti banyak yang terpaksa jadi ‘KAMBING HITAM’ gara-gara mahu melindungkan kepentingan seseorang. Tapi tidak mustahil. Jadi ‘kambing hitam’ asalkan ada ganjaran lumayan yang melimpah ruah.

    Kita lihat kenyataan yang ‘tak senang duduk’ dari Razali Ibrahim ini mengalahkan Ketua Pemuda, KJ. Apakah benar bagai dikata ada ‘udang disebalik mee’ ? Jika di lihat dari sudut logikal, KJ Ketua Pemuda, tapi tiada apa-apa jawatan dalam kabinet, tapi Razali punya jawatan dalam kabinet ! Tidakkah ini suatu yang meragukan atau Ketua yang sanggup jadi nasi tambah?

    Malah masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya atau tidak ada beruk diatas pokok. Kita tidak hairan seandainya selepas ini akan ada penafian dari KJ. Ialah demi maruahnya, mungkin dia terpaksa berbuat demikian.. Tetapi sekiranya benar ‘khabar-khabar angin’ ini, kita akan lebih banyak melihat’drama tepis-tepisan’ dari UMNO dan Pergerakan Pemuda khasnya.

    Kalau masalah dalaman Pakatan Rakyat, riuh-rendah UMNO jajakan, tapi mereka tidak sedar, masalah dalaman mereka sendiri sudah ‘retak menanti belah’. Kita lihat sahaja nanti.

    Ada satu cadangan yang baik, untuk semua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lakukan demi untuk membersihkan nama baik, kenapa tidak pergi sahaja ke Masjid Negara buat “sumpah laknat?” Supaya orang percaya mereka tidak terlibat dan bersekutu atau accomplishes. Kita bukan menuduhj, cuma ingin tahu kebenarannya kalau mereka sanggup bersumpah laknat.

    Reply

    kak yah Reply:

    Salam,,,,,

    Sumpah Laknat……

    Kelakarlah …..he..hee…hee

    Reply

  10. 10 SIR ABU Jan 30th, 2010 at 8:57 pm

    Maafkan saya. Izinkan saya menyentuh hal ISA. ISA jika itu nama bagi seorang Nabi, Alhamdulillah. Indah, wangi serta merdu namanya. Kerana Nabi Isa itu membawa rahmat seluruh alam.

    I.S.A di Malaysia, keterlaluan ! Apakah ia digunakan demi menyelamatkan menoriti atau mejoriti. Jika ia hanya semata-mata ‘pagar kawalan’ demi menutup kelemahan pemerintah dan ia pula dilaksanakan demi kepentingan peribadi, ISA merupakan satu unsur penganiayaan kepada rakyat jelata.

    Bukti keadilan dalam penggunaan ISA sering dipertikai. Maka, apakah BN merasa selesa dengan dengan ‘penganiayaan’ demikian. Dasar keadilan sejagat sama-sekali tidak boleh disandarkan kepada kuasa politik mengatasi penghakiman. Hakim wajib menjadi kepala kepada pemimpin. Sebenar-benar hakim bersifat amanah lagi adil. Dan tidak ada amanah dan adil melainkan mereka yang bertaqwa.

    Oleh itu, pemimpin politik wajib menghormati pandangan, cadangan, gagasan, teguran serta nasihat daripada Ulamak Bertaqwa. Kalu ulamak setakat menagih pingat, tak jadi ! Tuhan lebih hebat daripada sebarang pingat !

    Maka, jika itulah prinsip keadilan, selamatlah ummah. Jika sebaliknya, “tunggulah, daku juga menunggu ! Dan berilah khabar gembira kepada mereka yang engkar dengan azabku yang amat pedih !” Demikian Firman Allah.

    Wallahu’alam.

    Reply

  11. 11 janggut Jan 30th, 2010 at 10:10 pm

    kenapa kerajaan tidak menangani isu “Kalimah ALLAH” dari awal…?
    sebelum kes tersebut dibawa ke mahkamah…?

    kenapa kita sebagai umat Islam dan agama dari “langit” membiar kan “hakim” menentukan berkenaan agama kita…?

    apakah jalan penyelesain terbaik bagi isu ini…?

    Reply

  12. 12 umno penipu Jan 30th, 2010 at 10:16 pm

    Salam.

    umno bn adalah mustahil lagi untuk memperbetulkan keadaan kepada landasan yang betul.Selama 50 tahun lebih mengemudi negara ini yang SEMESTINYA ke arah yang lebih sejahtera dan baik tetapi realiti sekarang menuju kepada KEBEJATAN DAN BOBROK.

    Harapan rakyat menunjukkan suatu gelombang baru untuk PAKATAN RAKYAT yang menjadi sandaran rakyat marhaen terbanyak.Maka perlulah pimpinan PAKATAN RAKYAT mempersembahkan agenda-agenda serta melaksanakan agenda tersebut untuk memperbetulkan segala kekalutan yang telah dibuat oleh umno bn.

    PAKATAN RAKYAT HARUS TERUS KEKAL , biarpun ada di kalangan pimpinan PAKATAN yang masih mau berselingkuh dengan umno bn..biarkan mereka “BERAMBUS” ke sana bagi memenuhi nafsu besar mereka dan biarkan mereka mengalunkan irama retorik penipu dan jahat.Biarkan masa membersihkan PAKATAN RAKYAT….insyaallah di dalam PRU 13 nanti…PAKATAN RAKYAT akan berdiri dengan kekuatan dan jati diri yang mantap serta tiada lagi KATAK-KATAK YANG KELUAR MENCARI HABUAN TEMBOLOK MASING-MASING.

    Perjuangan ini harus terus berjalan, setiap orang tak ira di mana peringkat mereka perlu bekerja untuk merealitikan kewujudan Malaysia yang lebih berjaya.SETIDAK-TIDAKNYA SETIAP ORANG AKAN BERCAKAP” JANGAN LAGI MRENGUNDI UMNO BN KERANA MEREKA SEJAK DULU MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN UCAPAN TEMBERANG MEREKA”

    Wasallam…..Salam ukhwah muslimin untuk kekanda DSAI dan semua pendokong PAKATAN RAKYAT.

    Reply

  13. 13 win win malaysians Jan 31st, 2010 at 12:06 am

    umno/bn sekarang main taktik kotor hanya org kampung saja percaya ugutan dan tipu helah durjana umno/bn nak berkuasa sedekat lagi,tak payah bersendiwara umno/bn skrip dah lapok,baik kau urus bapa kerajaan tu tolong urus cara nak membaik pulih ekonomi 1malaysia konon nya dan jualkan apa yg tak menguntungkan jgn siksakan penderitaan kehidupan rakyat yg sekarangni dah cukup tersiksa semenjak najip ambil alih kuasa,satu apa pun tak menjadi cakap sampai berbuih air liur pun tak ada gunanya kalau kehidupan rakyat tersiksa semiskin2nya geng omno semuanya kaya terkejut,last2 mati terkejut,ck&balance lah pada manusia yg juga inginkan kestabilan hidup,cakapkata nak tolong rakyat tapi pilih kasih org yg sokong omno/bn saja dpt,mana taknya akal org2 omno/bn memang takkan berubah sampai mati,itulah pru12 sedikit lagi nak golong tikar aku memang suka omno/bn terkubur biar dia rasa siapa kita siapa rakyat dah naik benci parti omno,walaubagaimana kau ubah dan menjuarakan najip…takkan rakyat terima,baik kau undur saja kau memang bebal tentang mencatur kabinet org yg di benci rakyat kau ambil org yg baik murni amanah kau tendang,baik rakyat tendang kabinet pilihan nanti dipru 13,selama najip jadi PM selama itulah rakyat tersiksa tak ada apa benda yg memberangsangkan rakyat,hanya siaran ulangan selalu sahaja.

    Tanpa ada sokongan dari rakyat omno/bn akan mengelabah ketakutan melampau takut kuasa tinggal sekangkang kera….kami akan ceramah org kampung utk menolak politik kerabu asam omno/bn biar kakitangan awam saja mengampu dan memperalatkan budak sekolah utk meramaikan majlis2 kerajaan supaya kamu sedar kenapa dan mengapa omno/bn ditolak rakyat….avios renungkan……

    Reply

  14. 14 ijat2007 Jan 31st, 2010 at 12:30 am

    dato Seri,
    Desperate people will do anything to remain in power!!As I’ve said before UMNO has been using 2 weapons-race and religion. UMNO tried to use the issue of race earlier but the response was dismal and now UMNO is using religion as an issue. For what? Just to win back the Malay support! UMNO is so desperate. The stakes are just too high if it looses power…imagine what will happen to Najib and the other leaders? All their dirt, their wrong doings will be exposed!Bit by bit. These people shiver at the thought of loosing power!So what choice do they have? Make use of whatever resources that are under their control..of course, PDRM is one of them which is ever willing to carry out all the dirty agendas. Why PDRM? Simply because, its head rots like hell and for the head to save itself, the entire force will be utilised to carry out any dirty agendas!!If one expects UMNO to hand over power like a gentleman if it looses, NO WAY! Please remember, a desperate UMNO will do anything, just sit down and relax and see some strange happenings unfolding, one by one!! Created by UMNO with the full support of PDRM!!

    Reply

  15. 15 ijat2007 Jan 31st, 2010 at 1:18 am

    UMNO is using several strategies to ensure it remains in power. One of course is the currently hot issue of religion. Another strategy is using SPR in the delineation of new boundaries. New boundaries will be carved in which Malays voters will be grouped to form a big majority and chinese voters either dispersed or grouped to form a big majority but in much lesser constituencies! Meanwhile, UMNO will continue to play up the issue of religion by creating strange incidences just to win back the Malay support particularly in Semenanjung.UMNO will make sure by hook or by crook, Sabah and Sarawak will give their solid support.The MACC will also be given a task to harrass, intimidate and pin Pakatan Rakyat leaders (even over trivial issues) with the simple motive of discrediting their integrity. The mass media’s role will be to highlight and sensationalise any shortcomings of Pakatan led states(even if there’s none, then create!) or its leaders and attempt to cause/stir rifts between pakatan. All these are shaping up now…its no longer in the drawing board but at the implementation stage…so what can Pakatan do to effectively counter all these nonsense???Are Pakatan leaders mentally prepared for these onslaught??

    Reply

  16. 16 cendiakiawan Jan 31st, 2010 at 1:33 am

    marilah kita memahami krjn BN secara mendalam.mcn mana BN nak mengembalikan sokongan padu rakyat?adakah dgn kenaikan gula,perancangan GST dan mekanisme subsidi petrol?Bagi otak yg waras pemikiran secara langsung atau tidak.tidak mungkin????.kecuali adanya sesuatu ajaib.akan tetapi sbg rakyat,kita wajib senantiasa berwaspada agar kita tidak dipengaruhi agenda2 yg tak sihat.Serangan2 tempat2 beribadat ,sedikit sebanyak mengpengaruhi cara pergaulan rakyat yg biasa.saya cuba memvberikan pendapat,apajuapun yg berlaku,siapakah yg lbh bermanfaaf?Masihnya perlu ,rakyat bersangsi sesama diri setelah sekian lama hidup didalam negara majmuk?Cubalah memikirkan ,apa yg sepatutnya.sekian saja.berita sederhana.

    Reply

  17. 17 Aku Nih Jan 31st, 2010 at 8:43 am

    SALAM DSAI,

    SEMALAM, 30 JANUARI 2010, KITA DIKEJUTKAN DGN URA2 BBRP MP DARI PENANG, SELANGOR DAN KEDAH YG BERCADANG UTK LOMPAT PARTI KE BN DAN SETERUSNYA MEMBERIKAN MAJORITI 2/3 BUAT BN DI PARLIMEN.

    PUNCANYA MUDAH. PERTAMA DISEBABKAN KEKERASAN PIMPINAN GUAN ENG DAN YG KEDUA, DISEBABKAN KEBIMBANGAN MEREKA DIBERIKAN PENILAIAN KPI YG TIDAK MEMEBRANGSANGKAN. SELAIN ITU, TERDAPAT JUGA KEMUNGKINAN YANG KELAYAKKAN MEREKA UTK BERTANDING DI PRU YG AKAN DTG DILUCUTKAN SEKIRANYA KPI MEREKA TIDAK MENEYERLAH.

    SAYA DGN SEGALA RENDAH HATI MEMOHON AGAR KEPIMPINAN DSAI MELAKUKAN SESUATU DGN MENYELESAIKAN KEDUA-DUA MASALAH DI ATAS. SEKIRANYA INI DIBIARKAN BERLANJUTAN MAKA MATILAH DEMOKRASI DI MALAYSIA.

    PADA PANDANGAN SAYA, TAK PERLULAH KITA TERLALU BERKERAS UTK MENGKEHENDAKI PARA MP MENCAPAI ITU DAN INI, KERANA TUGAS MEREKA TERLALU SIBUK DAN PADAT DGN BERBAGAI MAJLIS. DI SAMPING ITU, ADA BAIKNYA DIPERBANYAKKAN MAJLIS DAN AKTIVITI BERSAMA RAKYAT SETEMPAT MELALUI ANJURAN PARA MP DI KAWASAN MASING2. CARA YG KEDUA, HENDAKLAH JUGA PARA MP MELUANGKAN MASA DI KAWASAN MASING2 UTK MENGAMBIL BERAT TTG MASALAH SETEMPAT DAN ISU2 YG MELIBATKAN RAKYAT TEMPATAN. SAYA PERCAYA HANYA DGN CARA YG RINGKAS DAN MUDAH INI PARA MP PAKATAN AKAN DPT DIPILIH SEMULA DAN MENANG DI PRU YG AKAN DATANG.

    MENGENAI MASALAH DGN SAUDARA GUAN ENG, SEGALA PERMASALAHAN ATAU PERBEZAAN PANDANGAN, BUDAYA DAN IDEOLOGI YG ADA HENDAKLAH DISELESAIKAN DI MEJA BULAT. ADA BAIKNYA JIKA DSAI SENDIRI MEMEPENGERUSIKAN MENSYUARAT SEUMPAMANYA, KRN MASALAH INI BERLAKU DI PULAU PINANG.

    AKHIR KATA, MARILAH KITA BERSAMA2 MERPERKUKUHKAN BARISAN KITA DAN JANGAN SEKALI2 KITA MEMBERI RUANG KPD PIHAK LWN UTK MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS SEGALA KONFLIK YG WUJUD, ATATU DLM ERTI KATA LAIN, MENANGGUK DI AIR KERUH.

    SEKIAN, WASSALAM.

    LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!

    Reply

    seniman 85 Reply:

    rasanya tuan begitu terkesan dengan khabar angin..saya berasa amat hairan dgn permainan politik partai b.n muthakhir ni..siapa tu zahrain??mempertikaikan kewibawaan lim guan eng sesuka hatinya..dilebelkan mp penang tu sebagai ditaktor cauvanis..serangan terbaru bn semalam dibuat serentak dibeberapa lidah rasminya..pada pengamatan saya selama ni lim sentiasa berpikiran terbuka dan seorang yang dapat menerima kriktikan..saya amat berharap saudara Aku Nih tidak menelan bulat2 segala unsur ura2,gali dari sumber sahih.

    Reply

    bang azrin Reply:

    UMNO – BN sudah semakin kuat dan gah, conthnya kuat fitnah. sekarang mereka kuat memfitnah lim guen eng. sekian terima kasih.

    Reply

  18. 18 hujung sana Jan 31st, 2010 at 11:24 am

    DSAI,

    Saya amat kagum dengan ketabahan DS melalui perjalan hidup
    Saya berdoa moga DS sentiasa mendapat rahmatNya

    Dalam soal ahli2 PKR yang hendak melompat..
    bagi saya DS tidak rugi apa2
    malahan DS akan mendapat ganjaran yang besar di sisi
    Allah swt kerana DS redha dengan ujian yang dihadapi
    cuma mgkn ini hanya melewatkan usaha PR utk menawan m’sia
    yang mana merugikan rakyat m’sia secara keseluruhannya

    bagi kami sebilangan anak muda
    LAWAN TETAP LAWAN

    Reply

  19. 19 ada Jan 31st, 2010 at 3:07 pm

    Salam DSAI

    Bersinar di seluruh alamku
    Gemilang cemerlang cahaya
    Lahirnya di zaman baru
    Malaysia negara baru Malaysia

    Berkibar bendera Malaysiaku
    Berkibar di angkasa tinggi
    Menunjukkan semangat bersatu
    Bumi Malaysia tetap aman bersatu

    Terus berjaya dan subur bahagia
    Malaysia negara ku yang kaya
    Tetap terpuji serata dunia
    Kerana hidup damai sentiasa

    Gembira di bumi ku Malaysia
    Bermegah segala makhluknya
    Mempertahankan semangat maju
    Berjaya Malaysia negara baru

    HARAPAN DI BAWAH PAKATAN /PAS KEADILAN DAP

    Jika kau fikirkan kau boleh
    Kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu

    Jika kau fikirkan kekalahan
    Kau hampiri kegagalan
    Jika kau fikirkan kemenangan
    Kau hampiri kejayaan

    Engkaulah apa kau fikirkan
    Terkandung dalam pemikiran
    Kau fikir boleh melakukan
    Fikirkan boleh

    Percaya apa kau lakukan
    Tabah apa kau usahakan
    Bertindak atas kemampuan
    Engkau boleh

    Reply

  20. 20 haji mokhtar Jan 31st, 2010 at 11:38 pm

    macamana umno tak takut,dah satu kampung tahu siapa yg bakar gereja…anak siapa..rumah dimana..cawangan mana..mak bapak dia siapa,sebab itula hal ini payah nak tutup..nasib la siapa jadi kambing hitam..yg dah didakwa 3 orang,mana pergi lagi 5…yg dah mencicit lari tu,tak tau la bila pulak nak kena..dah jadi lengang la kampung sebab pemudanya ada yg kena tangkap dan ada yg mencicit lari..ini la dia pemuda harapan bangsa dan agama..bukan gitu khairy.

    Reply

  21. 21 man Feb 1st, 2010 at 5:34 am

    hehehe tak sabar aku dan ramai lg rakyat malaysia nak tgk umno bungkus.harap2 teori rahman jd kenyataan.DSAI bila memerintah pusat nanti kita sula perasuah2.kt kubur kan umno kat malaysia.aku meluat betul tgk muka mat monggol umno,selamat jln buat umno and the gang.takde makne 1 malaysia

    Reply

  22. 22 ron Feb 1st, 2010 at 4:57 pm

    jgn percaya kepada ular. akhirnya ia akan mematuk jua. bunuhlah ia sewaktu lemah.

    umno = ular

    Reply

  23. 23 Pa' Belalang Feb 1st, 2010 at 10:35 pm

    Salam.

    DSAI serta saudara n saudari. Kita mesti menjangkakan apa yang tidak dijangkakan. Predict the unpredictable. Percayalah BN tidak akan tunduk serta duduk diam sekiranya ia diancam. Kita mesti membuat satu analisis yang sejitunya dimanakah kekuatan serta Kelemahan BN. Tidak terlupa untuk membaik pulih ikatan serta pengurusan Pakatan Rakyat. Saya harap pihak PR yang bijaksana lebih berusaha terhadap kalangan Pengundi yang atas pagar di mana saya melihat penduduk luar bandar serta pedalaman masih lagi tidak dapat NUR PR. Bagaimanakah hendak menyampaikan serta mengemaskini apa yang berlaku ? Kurangkan perbalahan didalam PR . DSAi saya melihat PKR adalah satu parti yang amat lemah jika dibandingkan dengan DAP serta PAS. Sekiranya saya mengatakan PKR atalah klon UMNO munkin ramai yang akan marah tapi pada dasarnya saya melihat adalah begita. Sila fikirkan ketaatan serta perjuangan parti serta apakah objektif pakatan rakyat. Kita didalam internet tahu tentang kegabraan UMNO tapi kita masih lupa MEdia massa boleh mumutar belitkan keadaan dalam masa 1 minit. Kita mungkin akan kalah disini. lebih kan bekerja serta setiap kerja mesti menampakkan hasil. kurangkan bertelagah ianya akan membawa kehancuran. Sekiranya PR dapat mengistihar harta peribadi secara terperinci ini adalah lebih baik untuk memnagi hati rakyat yg memikirkan ketelusan PR.

    Reply

  24. 24 Joe-kedah Feb 2nd, 2010 at 12:32 am

    salam untuk semua.
    sudah terang lagi bersuluh, kepimpinan umno bn dalam kucar kacir. seperkara lagi, semua pemimpin bn umno jangan guna duit rakyat untuk beli katak puru. seluruh rakyat malaysia pasti sumpah sampai hampa jadi tanah tak lama lagi. sendiri mau ingat la nu mat sembab dan najibtuya!

    Reply

  25. 25 Ariss Feb 2nd, 2010 at 8:30 am

    Penyokong gila UBN je masih percaya dengan kata2 pemimpin mereka jika tak takut kenapa buat tuduhan yang tiada bukti ingat rakyat percaya ke dah 52 tahun perintah takutlah hilang harta mak bapak diaorang malaysia ni UBN yang punya sebab tu sombong bodoh tak mahu dengar cakap rakyat.Lenyapkan BIJAN dan kroninya jahat nak mampos?

    Reply

  26. 26 dino Feb 2nd, 2010 at 9:24 am

    Eh Man, kau sebut teori RAHMAN dalam komen di atas. Setakat ini teori ini menjadi walaupun kita sebagai umat Muhammad yang beragama Islam dilarang mempercayai tahyul ini. Sebagai penglipur lara bolehlah kut:
    R : TENGKU ABDUL RAHMAN
    A : ABDUL RAZAK
    H : HUSSEIN ONN
    M : MAHATHIR
    A : ABDULLAH BADAWI
    N : NAJIB RAZAK

    Bermakna dan solosailah teori tersebut. Complete. Lepas ini teori lain pula akan berlaku. Kalau teori Rahman dikaitkan dengan UMNO Be End, maka diharap berkuburlah setakat Najib.
    Ayuh rakyat Malaysia, kita mesti tukar Kerajaan Sekarang kepada Kerajaan Rakyat pada PRU13 nanti. Janganlah menjadikan isu perkauman dan agama sebagai rintangan. DAP percaya dengan TGNA seorang yang jujur, ulamak dan mementingkan kesejahteraan sejagat. DAP percaya dengan DSAI sebagai penggerak untuk menegakkan keadilan. Sedemikian PAS dan PKR juga percaya kepada Umar bin Abd.Aziz Pulau Pinang (LGE – walaupun bukan Muslim) berjuang untuk CAT.

    Reply

  27. 27 Nasaei Ahmad Feb 2nd, 2010 at 4:39 pm

    First ‘ketakutan” ialah kehilangan kuasa..mimpi ngeri UMNO. Namun..mimpi ngeri itu akan tetap jadi kenyataan dlam masa selewat2nya 3 tahun dari sekarang..insyaAllah

    Reply

  28. 28 jeffry zain75 Feb 2nd, 2010 at 10:58 pm

    dsai, teruskan perjuangan,lawan tetap lawan.

    Reply

  29. 29 alik166 Feb 3rd, 2010 at 12:02 am

    Sememangnya UMNO-BN ketakutan melampau bila kata bicara mereka menampakan kebodohan mereka … dan ketawaran politik lepas tangan mereka selama ini terserlah dengan bicara pemikiran pendek mereka dan rakyat dapat membaca permainan 52 tahun cerita nista kepimpinan UMNO-BN. UMNO to BN

    Reply

  30. 30 TIGER GENERAL Feb 3rd, 2010 at 12:07 am

    UMNO akan mati bukan sebab orang lawan mereka!
    UMNO akan hilang bukan sebab orang tidak suka dia!
    UMNO akan kosong sebab ada parti lebih baik darinya!
    ITU sahaja…
    Yang musnahkan UMNO bukan orang tetapi TUHAN yang maha Esa!

    Reply

  1. 1 uberVU - social comments Trackback on Jan 31st, 2010 at 2:09 am
  2. 2 Tweets that mention Umno-BN Diselubungi Ketakutan Melampau at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Feb 1st, 2010 at 11:45 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @exAvantz Sewajarnya mereka jawab dgn fakta dan hujah.Sebaliknya ugutan dan kuasa rakus. #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @khalidkarim Persistent pressure!But I've gone true worse.Pray all is well #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @fahmi_fadhil Umno is clearly desperate.To deflect fr corruption,economy,crime #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @wengerkhairi Dgn alGore,Mary Robinson"Generations"sekuramg2nya 2X setahun.Bincang:krisis ekonomi;alamsekitar;kemiskinan;wanita #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @donmalaysia Pl Don't give credence to defenders of a corrupt order #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031