28
Jan
10

Menziarahi Makam Almarhum Gus Dur

Saya tiba di Surabaya tengah malam tadi khusus untuk ziarah maqam sahabat, alMarhum Abdurrahman ‘Gus Dur’ Wahid.

Perjalanan ke Jombang pagi tadi mengambil masa sekitar 2 jam. Dalam kesempatan itu saya sempat menemui wakil keluarga almarhum dan beberapa ulama- kiayai yang turut berada di sana.

Saya meninggalkan maqam almarhum Gus Dur di Jombang menuju Lapangan Terbang Djuanda Surabaya.
Ratusan umat tanpa putus menziarahi maqam. Saya terharu sambil kagum menyaksikan kecintaan rakyat sedemikian.
Kami kemudian ke rumah Gus Shalah, adik Gus Dur. Pastinya isu “Allah” dibangkitkan!

Kupasan ringkas dibincang tatkala Rasulullah SAW memeterai perjanjian Hudaibiyah dengan kaum Musyrikin di mana kalimah BimikaLlah humma (dengan nama Allah, Tuhan kami) digunapakai sebagai muqaddimah perjanjian.

ANWAR IBRAHIM


29 Responses to “Menziarahi Makam Almarhum Gus Dur”


  1. 1 SIR ABU Jan 28th, 2010 at 4:11 pm

    Selamat mengembara, Datuk Seri ! Jauh perjalanan, luas pemandangan. Untung rupanya dapat jadi macam Datuk Seri. Dapat ‘menerawang’ jauh…

    Pak Gus Dus sudah kembali ke rahmatullah. Yang pergi, biarlah pergi. Kita yang di sini, kena hati-hati. Biar selalu betul bila ‘meniti’. Ujian dan cabaran masih banyak perlu dihadapi. Memang jalan kejayaan banyak onak dan duri. Itulah sebabnya tidak ramai sanggup mengikuti jalan ini. Semua nak jalan mudah. Semua nak ‘instant’. Hingga lahir Mi Segera. Dan macam-macam segera ada. Tapi, jangan lupa. Apa dia, sedara ?

    Takut mati segera. So, kena sungguh-sunguh buat kerja. Jangan suka bertangguh. Hidup hanya satu hari, pesan Nabi Isa a.s. Baik kita dalam tugas sebagai pejuang. Di Jabatan Kerajaan atau Swasta. Sungguh-sungguh sampai tak reti nak sungguh-sungguh. Baru kualiti meningkat.

    Kalu asyik bertangguh, bos marah jangan melenting. Memang kita yang salah. Paling kena jaga, Big Boss marah ! Siapa tu, sedara ? ALLAH ! Maha Berkuasa Big Boss kita tu… Selalu jer memandang kita ! Hal rahsia dan tak rahsia, semua Dia tahu. Jadi mana kita nak sembunyikan cacat-cela diri kita.

    So, kena banyak minta ampun. Adat manusia, memang selalu buat silap. Yang penting kita akur kepada Big Boss kita, memang kita dah buat silap ! Kan Tuhan Maha Pengampun. Tengok macamana ‘datuk’ kita dulu. Nabi adam a.s. Bila akur kesalahannya, Tuhan ampun semua dosanya.

    Ana bukan ustaz. Tapi, ana yakin. Inilah panduan untuk berjaya di Dunia dan Akhirat. Buat ler… Ilmu ni, free jer !

    Reply

  2. 2 Shatter Jan 28th, 2010 at 4:24 pm

    Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai,
    Kalau takut pengorbanan jangan sebut perjuangan,

    Alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
    Alang perjuangan buat sampai habis,

    Istiqamah dan tetapkan pendirian,
    benar tetap benar, salah tetap salah.

    Reply

  3. 3 Rosen Irwan Jan 28th, 2010 at 5:46 pm

    not an issue, just a diversion

    Reply

    Anwar Ibrahim Reply:

    Precisely – attempt to deflect from major ills affecting the nation

    Reply

    iskandar zulkarnain Reply:

    Cakap pandai. Prove it!

    Reply

  4. 4 Rosen Irwan Jan 28th, 2010 at 5:53 pm

    my first thought was diversion for jet engine case, then discovered it was by nstp, so itu pun diversion gak, probly for bala’s return & subsqnt interview

    Reply

  5. 5 Hilmi Alham Rps Jan 28th, 2010 at 5:54 pm

    Mmm…divert attention from ur case perhaps..i mean ur court trial

    Reply

  6. 6 Anwar Ibrahim Jan 28th, 2010 at 5:57 pm

    Jika benar kembali kod alQ dan Sunnah; tidak ada dakwaan fitnah tsn kerana hukum qazaf berlaku. Jgn guna alasan alQ dgn sewenangnya

    Reply

    Hilmi Alham Rps Reply:

    Isu bkr gereja & surau (utk selesaikan isu guna nama ‘Allah’) : Rujuk surah al-Isra’ ayat 15, an-Nisa’ ayat 159 & al-Fushilat ayat 13. Itu dah memadai.

    Reply

  7. 7 Anwar Ibrahim Jan 28th, 2010 at 6:02 pm

    Seharusnya alQ – asas menentukan semua isu

    Reply

  8. 8 Hilmi Alham Rps Jan 28th, 2010 at 6:06 pm

    Ttp bila interpretasi alQ itu dtg dr sebuah parti keramat melayu maka itulah akan terselit ancaman ala-ala 13 Mei :-)

    Reply

  9. 9 Ann Noreen Jan 28th, 2010 at 6:07 pm

    ^^saya melihat isu ini lebih kepada isu politik bukan isu ugama….sebab yang beiya2 nak menegakkan nya rasa saya pun perlu belajar banyak lagi^^

    Reply

  10. 10 Faqih Azman Jan 28th, 2010 at 6:08 pm

    nampak sgt “mereka” nk tunjuk pd rakyat yg “parti” itu ambil berat tentang islam…..
    sdangkn mereka terang2 menolak syariat islam!!!

    Reply

  11. 11 Ann Noreen Jan 28th, 2010 at 6:10 pm

    ^^ kita kena berbalik kepada nas…..adakah ia tertulis di dalam al-quran?? dulu perkara nie bukan isu tapi skang dah bukan saja jadi isu tapi selepas dipolitik kan sebalik nya mjadi bahan mainan dan perpecahan bangsa. betul ke mereka mempraktikkan apa yang mereka kata?? atau ada udang disebalik mee??

    Reply

    Hilmi Alham Rps Reply:

    Tu sbb sy kata perlu ada jalinan krjsama kjaan & pmbgkg. Jd yg kita nmpk skrg ni mmg xde pun kan? Nmpknya pihak sblh sana mmg putar habis2 isu ni. Ada sesuatu yg anda bole fikirkn,kpala babi diletak di masjid..itu babi hutan. Bknnya babi peliharaan :-)

    Reply

  12. 12 Ann Noreen Jan 28th, 2010 at 6:13 pm

    ^^ masa church kena bakar……apa menteri kata?? under control….hanya cubaan main lempar2 batu jer…skang dah tahap baling wild boar head tau nak ugut2. salah siapa??? mrk kena cermin diri dulu. rajin btul depa pi memburu noo….. ^^

    Reply

    Shatter Reply:

    Wild boars are actually another attempt to put the two into war. The same goes for many other attempts like how they did to PAS many times before. Their target is PAS, and always PAS.

    Reply

  13. 13 dulukini Jan 28th, 2010 at 6:46 pm

    Just want to share with all PKR supporter last week first I shake hand with DSAI. hahahha.Ceramah in Puchong.

    Reply

  14. 14 PAK LONG COT Jan 28th, 2010 at 6:47 pm

    Adat bersaudara, ingat-mengingati. Moga-moga tambah berkat dalam hidup. Lagi pun, Tuhan suka ingat-mengingat. Tapi, kalu dah degil. Sapa susah ? Umno yang bakal susah !

    Sapa kata Pakatan benci umno memerintah. Tidak ! Yang selalu Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkitkan hal ‘mutu kerja’. KUALITI ! Masa, Dr.M dulu, kalu tak salah saya ada kempen tentang “Q” ! Maksudnya, mengajurkan mutu kerja yang berkualiti.

    Malangnya plak, punya nak berkualiti, habis jadi roti ! Semua dijadikan ‘roti prata’ dek Dr.M. Sampai Datuk Seri Anwar Ibrahim pun ‘dipratakannya’ ! Satu penyakit juga, sorang tu ! “Anwar bukan ada salah apa-apa pun, saja saya tangkap dia. Saya penjara !” Siganyut tu kata !

    Tak ingat mati agaknya, doktor sorang tu ! Cuba korang jentik cikit telinga sorang tu. Biar dia sedar. Tau ape ? “Kubur kata mari, rumah kata CAU LU !”

    Reply

  15. 15 zik Jan 28th, 2010 at 8:16 pm

    Assalamualaikum,

    MAKLUMAN SIARAN LANGSUNG PIDATO ROYALTI MINYAK DI KOTA BHARU, KELANTAN..
    SILA KLIK LINK BAWAH UNTUK TONTON:

    http://www.mykelantan.tv/#
    http://perisik-rakyat.com/2010/01/siaran-langsung-himpunan-100000-royalti.html

    wassalam
    Zik: DS tolong keluarkan posting ini..
    Terima Kasih

    Reply

  16. 16 SIR ABU Jan 29th, 2010 at 12:04 am

    Pengajaran daripada sebuah kematian ialah ‘balasan’ ! Yang menghambakan diri kepada Allah, mulia tempat kembalinya. Sebaliknya, hidup yang menyegutukan Allah, binasa akibatnya. Dasar dan amalan umno, menjurus ke mana agaknya, wahai saudara-suadaraku ?

    Congak sebelum diri anda dicongak ! Nilai dirimu sebelum diri kamu dinilai oleh Allah ! Inilah erti muhasabah diri. Kenyataan yang sentiasa berlegar dalam minda kita ialah, kitalah bakal syurga, kononnya ! Tetapi, jika sentiasa kehidupan dipenuhi oleh sangkaan yang buruk kepada Tuhan… kemusnahan adalah sesuatu yang PASTI BERLAKU.

    Kenapa umno tidak mahu berbaik sangka kepada rakyat yang dipimpinnya ? Bukankah itu tandanya mereka mensia-siakan ‘kepelbagaian’ rakyat terbanyak. Kenapa ‘memperlekeh’ anutan penganut agama lain. Rosulullah saw. tidak pernah menghina pengamal agama lain. Malahan sentiasa mencari jalan untuk menyelamatkan ’seluruh ummah’. Dan yang dikatakan ummah itu ialah semua suku bangsa dan pelbagai agama. Kenapa demikian cetak ilmu umno ?

    Tidakkah terfikir diminda pemimpin-pemimpin umno betapa kecewanya perasaan Penganut Agama Kristian yang juga ramai bilangannya ? Atas apa alasan mereka mahu ‘menghalalkan’ perbuatan mereka !? Jika benar ingin bersatu, itukah caranya ? Yang jelas kelihatan, umno mengeruhkan suasana yang aman damai ! Jadi, siapa petualang ?

    Umno sengaja menempah penyakit. Dan penyakitnya itu bakal membawa ‘ke kubur’ ! Bakal tenggelam segala kemewahan dan kesombongan. “Sombong tempatnya, di NERAKA !” Na’uzubillah !

    KALAM TELAH KUANGKAT. DAKWAT PUN TELAH KERING !
    WALLAHU’ALAM !

    Reply

  17. 17 98.my Jan 29th, 2010 at 1:36 am

    Siapakah yang dapat lari daripada kematian ? Tidak ada sesiapa ! Melainkan Tuhan ! Dialah Yang Menghidup & Yang Mematikan Setiap Sesuatu. Berfirman Allah swt. :
    “HIDUP DAN MATI DI TANGANKU !”

    Wahai umno ! Setelah puluhan tahun kamu bermaharajalela, kini tibalah saatnya kamu akan berkubur ! Keangkuhan kamu di muka bumi Tuhan telah sampai kepada menganiaya hamba-hamba Tuhan Yang Dicintainya. Bukankah Tuhanmu itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ? Maka, kenapa kamu demikian biadap terhadap Para KekasihNya ? Itulah kezaliman. Itulah penentangan kamu terhadap TUHAN !

    “NYAHLAH KAMU DARI BUMIKU !”
    Demikian ancaman Tuhan kepada mereka yang derhaka ! Maka, tidakkah kamu insaf, wahai pemimpin umno ? Dan tidak takutkah kamu kepada Tuhan Yang Menguasai Setiap Sesuatu ? Atau kamu merasa kamu memiliki ‘keagongan’ di muka bumi Tuhan. Jika demikian, tahanlah matimu !

    Ke Jahannamlah setiap para penentang Tuhan !
    Wallahu’alam.

    Reply

  18. 18 Mamat Jan 29th, 2010 at 9:21 am

    Datuk Seri,
    ada gambar makan Gus Dur? Kalau ada, tampal di sini.

    Ada kesilapan DSAI menaip ayat:

    “di mana kalimah BimikaLlah humma (dengan nama Allah, Tuhan kami)”

    BimikaLlah > Bismikallah. Tertinggal huruf S.
    Betulkannlah Datuk Seri.

    Reply

  19. 19 Mamat Jan 29th, 2010 at 9:22 am

    Hai… say pulak tersilap menaip..

    “gambar makan Gus Dur?”

    sepatutnya “gambar makam Gus Dur?’. huruf “m”.

    Reply

  20. 20 pok amai-amai Jan 29th, 2010 at 9:34 am

    Kerja memburu yang paling lucu ialah ‘memburu dunia’. Pernah sorang ustaz kata : “tak ubah macam main bola. Bila dah dapat, ditentangnya. Terlepas ke jauh”. Paling teruk, jenis yang tak ingat mati…

    Orang lupa mati, lupa daratan ! Rasa umurnya makin bertambah maka makin banyak peluang mengejar. Last, sedara ! Yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Semua terlepas untuk orang lain. Ramai manusia camtulah !

    Anyway, wang perlu. Harta berguna. Tapi, cara ‘labur’ mesti nak betul. Umno ada kuasa tapi cara melabur tak betul. Dia sangka untung ! Di akhir hayat baru sedar, berputih mata segala-gala. Salah sapa tu, sedara ? Diri sendiri yang salah.

    Ada sorang hamba Allah. Heboh konon dijanjikan syurga. Hahaha…Tak sedar diri ! Syurga Tuhan punya. Neraka pun Tuhan punya ! Entah mana ler ilmu dia belajar. Ini pun satu gak penyakit ! Ada, sedara ! Manusia camtu !

    Hal Pak Gus Dur. Tak boleh kita kata dia ke Neraka atau Syurga. Sebab kita tak tahu. Tuhan jer yang tahu. Bagi yang ditinggalkan, berdoa jerlah. Mudah-mudahan rohnya diberkati Allah.

    Ada type lain plak…langsung tak tahu. Diri dia betul atau tak betul ! Ini lagi haru ! Wayar Putuih, kata orang utara ! Puncanya, tak betul gan Tuhan. Sebijik macam Umno dan BN. Tapi, perasannya, memang dah bakal masuk Syurga. Sekali jer ‘mengucap’…waa…dah Firdaus, kononnya. Malam cikit ler, Umno tuh !

    Tuhan bakal tanya : “Setiap rezeki ke arah mana kamu belanjakan ?” Erti rezeki, setiap pemberian daripada Tuhan. Memang banyak, sedara ! Cuba amek pen dan kertas. Catat dan nilai harga kaki, tangan, jantung, mata, hidung, teliga dan sebagainya agak-agak berapa totalnya semua ? Dah jutawan pun kamu ! Habis ape plak yang nak dirisaukan. Apa kata kalu Tuhan ‘potong’ salah satu ? Cacat dah tentu. Tapi, sah kurang rezeki !

    Hidup ni simple sebenarnya, sedara ! Taat kepada Allah, ‘mewah’ ! Engkarkan Tuhan, ‘papa kedana’ walaupun nampak hebat !

    Anyaway…Pemergian DSAI menziarahi Pusara Pak Gus Dus banyak ilmu dan pengajarannya. Kena baik sangka kepada Allah. Mudah-mudahan menjadi manfaat untuk semua. Terima kasih.

    Reply

  21. 21 Nona Manja Jan 29th, 2010 at 11:21 am

    Hari ini PM kita kata : Redha dinilai oleh Rakyat. Bugus tuh ! Tapi, janji mesti ditepati. Nona sedih benar bila, DSAI tiba-tiba dikerah turun dari pentas syarahan. Jadi bila dah diberi peluang oleh Mr. Najib, Nona nak tanya sesuatu !

    Kenapa boleh jadi begitu ? Kan Tuhan tak larang bercakap benar. Hanya yang Tuhan tak suka, cakap bohong ! Kan DSAI siap ada bukti dan fakta ! Tiba-tiba, ‘mulut’ sedara saya itu ‘ditutup’ daripada bercakap ! Sedih sungguh Nona ! Please be fair, Datuk Seri Najib. You pun sedara ngan I. Kan ’sepusat-sepusing’ dari yang SATU !? Kan ?

    Lagi satu tu plak. Kenapa DSAI dituduh yang bukan-bukan. Kan cakap tipu tuh ! Tuhan marah, tau ! Nanti “Kak Bedah” kat rumah tu buat hal, langsung berputih mata. Tuhan boleh buat macam-macam, Bang Najib ! Yang Tok-Tok Hakim tu plak, biar betul-betul, Tok ! Nanti diketuk dek malaikat, sapa yang syusah ? Aauw ! Kena taubat banyak-banyak, Datuk !

    So, Nona nak pesan sesangat kat Datuk Seri Najib. Jadi pemimpin mesti kena betul-betul diredhoi. Baru betul. Kalu redho jer tapi buat hal yang tak diredhoi, takde maknanye ! Tak ubah macam ‘hisap dadah’ jer akibatnye. Bagus punya ‘pump’ last-last, tinggal rangka !

    Jadi Islam bagus. Mengamal Islam soal lain plak, Datuk Seri ! So, nak sungguh-sungguh yang penting ! Hal sungguh-sungguh plak, kena tanya ‘orang rumah’ ! Macamana cara nak sungguh-sungguh. Biar pulon habis-habisan Mr. Najib ! Aauw !

    Berapa banyak aauw da…!

    Reply

  22. 22 w494me Jan 29th, 2010 at 12:50 pm

    Tersilap tulis….. bismikalLah.

    Reply

  23. 23 meorbu Jan 29th, 2010 at 5:29 pm

    saya juga berada disana (Surabaya)..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Menziarahi Makam Almarhum Gus Dur at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 29th, 2010 at 3:22 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Pagi:dgn SimonZadek,Mira;Economist.Thari:dgn pelabur Arab.Ptg:3 mesy,pertemuan sebelum kelterbang #fb
3 hours ago
anwaribrahim: Blog: Sidang Media Tian Chua Dan Nurul Izzah Sebaik Selesai Beri Kenyatan Kepada Pihak Polis: http://bit.ly/cj7Wib
8 hours ago
anwaribrahim: Blog: Kerajaan Dicabar Pamer Perjanjian Royalti Minyak: Dari Malaysia Kini Oleh Jimadie Shah Othman Penyelaras Pak... http://bit.ly/chKw6D
12 hours ago
anwaribrahim: Blog: Umno BN Takut Kalah Walaupun Undi Pengundi Muda Masih Misteri: Dari TV Selangor Pakatan Rakyat menegaskan pe... http://bit.ly/dtB5Vr
12 hours ago
anwaribrahim: @nayeel Tahniah kpd penganjur dan rakan2 London-sokongan memberansangkan.#fb
19 hours ago

Galeri Flickr

15.03.2010 @ parlimen 036 15.03.2010 @ parlimen 033 16.03.2010 @ di parlimen 170 16.03.2010 @ di parlimen 161 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 137 16.03.2010 @ di parlimen 128 16.03.2010 @ di parlimen 122 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031