Archive for January 26th, 2010

26 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Polis terperangkap dalam percaturan Umno-BN dan terpaksa menggunakan pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menghentikan ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kerinci, baru-baru ini.

Dikecam dari pelbagai sudut, polis bertungkus-lumus menepis kritikan dengan alasan mantan Timbalan Perdana Menteri itu telah ‘lari tajuk’ dalam ucapannya kepada lebih 2,000 penduduk Kerinci malam itu.

Rakyat bagaimanapun merasakan campurtangan pemerintah dalam rapat umum Pakatan Rakyat ini adalah hipokrasi kerana polis dilihat tidak bermaya menangani tunjuk perasaan ‘pijak kepala lembu’ dan ‘kalimah Allah’.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata alasan’lari tajuk’itu mengundang pelbagai persoalan mengenai peranan dann tanggungjawab polis. (more…)

26 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh Dzulfikar Mashoor

Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah.

“Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Qaradhawi, http://qaradawi.net. (more…)

26 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Peguam veteran Karpal Singh berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menyerahkan sijil perintah ‘fiat’ bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa peguam Datuk V.K.Lingam

Katanya, beliau menerima sepucuk surat daripada Abdul Gani semalam dengan menyatakan bahawa dia tidak dapat mengeluarkan perintah itu mengikut Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

“Hujah Peguam Negara tidak dapat menyediakan atau mengeluarkan perintah ‘fiat’ di bawah Seksyen 379 itu berkaitan dengan cara memulakan pendakwaan jenayah.

“Ia tidak memperuntukkan untuk memulakan sebuah pendakwaan jenayah,” kata Karpal dalam kenyataan hari ini. (more…)

26 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Star

Datuk Seri Anwar Ibrahim was allowed on Tuesday to amend certain parts of his defence in a defamation suit filed by Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Musa Hasan linked to the probe into the 1998 “black eye” incident.

The High Court senior assistant registrar, A. Kaveeta, made the order in chambers.

Anwar’s counsel, S.N.Nair, told reporters that Anwar would also file an application soon to strike out the suit.

Anwar lodged a report at the Selangor police contingent headquarters on July 1, 2008, claiming that Musa and Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail had fabricated evidence and hidden some facts in the investigation into the physical assault on him by the then IGP, Tan Sri Abdul Rahim Noor, in 1998. (more…)

26 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Wall Street journal

By Anwar Ibrahim

Malaysia has once again resurfaced in international headlines for the wrong reasons. Over the last two weeks, arsonists and vandals attacked 10 places of worship, including Christian churches and Sikh temples. Though there were no injuries and the material damage is reparable, the same cannot be said about the emotional and psychological scars left behind. After numerous conflicting statements from government officials, the underlying causes of the violence are still unaddressed. Malaysia’s reputation as a nation at peace with its ethnic and religious diversity is at stake.

Malaysia’s poor handling of religious and sectarian issues is not unique. The ill treatment of minority groups in Muslim countries is often worse than the actions Muslims decry in the West. I have called attention to the broader need in the Muslim world for leadership that demonstrates consistency and credibility in our call for justice, fairness and pluralism. These values are embedded in the Islamic tradition as the higher objectives of Shariah expounded by the 12th-century jurist al-Shatibi.

We have seen Muslims around the world protest against discriminatory laws passed in supposedly liberal and progressive countries in the West. Yet just as France and Germany have their issues with the burqa and Switzerland with its minarets, so too does Malaysia frequently fail to offer a safe and secure environment that accommodates its minority communities.

The recent arson attacks exemplify what’s wrong with the way Malaysia regards its non-Muslim citizens. The attacks were provoked by a controversy over the use of the word “Allah” by Malaysia’s Christian community, which numbers over two million, or about 10% of the population. In late 2007, the Home Ministry banned the use of the word by the Herald, a Catholic newspaper, and later confiscated 15,000 copies of Malay-language Bibles imported from Indonesia in which the word for God is translated as “Allah.” A Dec. 31, 2009 ruling by the Kuala Lumpur High Court overruled the earlier ban, asserting constitutional guarantees regarding the freedom of religion in Malaysia. Since then, an already tense situation boiled over, largely due to incitement by a few reckless politicians, the mainstream media and a handful of nongovernmental organizations linked by membership and leadership to the United Malays National Organization, the ruling party. (more…)

26 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Mengulangi kebimbangan yang sama seperti penasihat DAP dan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar bagaimanapun lebih khuatir terhadap proses keadilan yang tidak diaplikasikan dalam kes liwat II Anwar.

Mahfuz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, perasaan bimbang yang semakin tebal sementelah beberapa hari sahaja lagi perbicaraan Anwar akan berjalan tidak mampu mengalahkan sokongan padu terhadap Anwar.

“ Kebimbangan ini bukanlah kebimbangan Anwar akan disabitkan dengan kesalahan, bukan sekadar itu sahaja. Tetapi kebimbangan kita ini kerana, perbicaraan itu tidak dapat dijalankan dengan telus kerana ia dipantau oleh tangan-tangan ghaib yang hendak memastikan hasil perbicaraan itu nanti Anwar akan dihantar ke penjara Sungai Buluh” ujar Mahfuz. (more…)