Dari Malaysia Kini
Oleh: S Pathmawathy
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ahli parlimen kontroversi PKR Zulkifli Noordin telah melampaui batasnya.
Bercakap kepada pemberita sebelum ceramahnya di Hulu Kelang malam semalam, Anwar berkata selama ini beliau telah bertolak ansur dengan ahli parlimen dari Kulim Bandar Bharu itu dengan membiarkannya dengan pendapatnya sendiri.
“Saya fikir dalam isu ini, banyak yang tidak dapat ditolak ansur..ia bertentangan dengan semangat demokrasi,” kata Anwar.
Anwar mengulas laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli ke atas ahli parlimen Shah Alam, minggu lalu yang mendakwa Khalid Samad, menghina Islam dan institusinya di negara ini, khususnya di Selangor.
Anwar juga melabelkan Zulklifi sebagai angkuh dan tidak menghormati pandangan pihak lain.
Laporan polis berkenaan adalah berdasarkan pandangan Khalid yang disiarkan di Malaysiakini, yang mahukan enakmen agama bukan Islam 1988 dikaji semula.

Walauopun kita melihat dari jauh, namun kebanyakan tindakan Sdra Zul tidak mengambarkan keakraban bersahabat dalam Parti dan Pakatan. Kita selalu memikirkan bahawa kalau tiada sebarang tindakan diambil, ramai lagi yang jenis besar kepala seperti Sdra Zul ini akan berbuat ona dalam parti. menguggut pemimpin, memandang rendah pemimpin, engkar tidak bertempat; kerana gelaran YB!! Tidak kurang kerenah tersebut berlaku di tempat lain.. Saya amat bersetuju dengan cadangan Zdra Zaid. jangan sebab nila setitik, nanti habis susu sebelanga. Tidak guna disayangi dan dihargai hanya kerana gelaran “YB”kalau YB yang kita harap dan hargai itu naik kepala. atau memang mereka sebagai musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.
Pelayaran perjuangan kita masih berliku, justeru jangan ada yang berlagak menimba tapi sebenarnya bertindak membocorkan bahtera yang kita harapkan ke destinasi yang dituju.
Pemimpin yang sombong, egois malah pemimpin yang terlalu manja harus diambil tindakan tegas.
sesungguhnya kita bukan main dangau-dangau!.
terima kasih.
abang.
Reply
Shatter Reply:
January 29th, 2010 at 9:23 pm
They are old, but with kids mentality. Fighting over each other for? to show who’s in charge? I am not going against Zul, neither am going against the decision of the PR. But come on, you are all ADULTS now. THIS IS NOT ABOUT PRIDE! THIS IS ABOUT THE RAKYAT, I have to say that I disagree with how most of PKR leaders handle the issue.
This matter should be handled with care, what is with the fuss?. But look at what you guys did? Some of you even dare to say, Rakyat or Zul? it’s not about Rakyat! its about YOUR EGO to get rid of him!
Now dont get me wrong, I am not supporting Zul. He should go if he feels that he no longer fits to be with us. But what I am stressing is that, there should be no arguing, no fighting with each other like a kid who fought over candies! GROW UP! this is not a game.
Now dont tell use that phrase again, as if all the rakyat agrees with what you guys are doing.
Cant believe some of you even attack even before the judgement is done. He should be given a chance to defend himself, and then we shall see. Need not for the big mess like you are all doing!.
Reply
harapan baru Reply:
January 30th, 2010 at 5:16 pm
apa papun.. org bawahan kena hormat ketua.. tu yg betul.. dn jgn bertindak mendahului ketua dan menentang ketua..
Reply
YB zulkifli kena la lebih profesional..kalau kita ada masalah dalaman pun jgn sampai nak lebih-lebih pulak. pastikan PR menang dlm pilihanraya akan datang. Jatuhkan UMNO!!
Reply
I think Zulkifli Noordin must abide by the party first if he want to do politics. If he want to be a ‘fighter’ of Allah then he should probably quit politics first. However, if he quits, he won’t have the same coverage as he has now as party MP. That means, he has to listen to the leadership and what Anwar says here is a lesson for Zulkifli as well as to any1 who want to portray they are better than the leadership of the party.
Reply
Assalamu’alaikum wbt.
Kekadang tu pelik juga dengan perangai Saudara Zul ni. Nak kata jahat tak juga, nak kata baik tak juga. Nak kata dia nak cari popilariti tak juga. Secara lahiriah agak sukar dimengertikan. Kita boleh menjadi pembangkang dalam parti tapi JANGAN JADI PETUALANG YANG BAKAL MENUMBANGKAN PARTI. Konfrontasi jarang sekali memberikan manfaat. Kompromi ya… Dalam keadaan kita marah, bolehkah kita bertenang untuk seketika. Perlukah tindakan itu…??? Kenapa tak bincang saja dengan Khalid, susah sangat ke…??? KITA BOLEH BUAT KELAINAN TAPI JANGAN LAIN DARI YANG LAIN.
Tiba masanya untuk menutup kebocoran dalam parti. Kelemahan parti untuk diperbaiki bukan untuk dikhianati. Pakatan masih baru maka bersedialah menerima kekurangan yang sedikit. Idealisme perlu tetapi jangan terlalu ideal. Belajar untuk menerima kekurangan seadanya. Kalau PKR hancur maka Pakatan akan hancur. PKR boleh menjadi orang tengah bagi yang “kurang selesa” dengan DAP dan PAS. Ada alternatif.
Zul harus diberi tindakan, atau sekurang-kurangnya amaran. Kepada Zul, belajarlah untuk menenangkan diri dan belajarlah untuk berkompromi dan belajarlah untuk hidup harmoni dengan orang bereza pendapat dengan kita. Mereka juga punya hujah, mereka juga punya bukti yang berlandaskan Quran dan Sunnah.
Wassalam.
Reply
Bodoh tak boleh di ajar, memang tak kan pandai pun! tak fikir mana-mana parti pun perlu pada ahli semacam zul ni. nak masuk paper pun biarlah atas sebab yang bagus. apa pun sebagai ingatan sesama islam, jangan sampai lupa diri. kita manusia ni yang memohon perlindungan dari Allah, bukan sebaliknya; nauzubillah. Percayalah; Allah itu MAHA BESAR, MAHA PERKASA!!
Reply
Itu sebab org tua2 selalu ckp,cerita dlm kain jgn dihebahkan dgn jiran2….tkpe kalau sdr zul tk puas hati,bleh sembang…tp jgn lah buat tindakan sendiri sampai pakatan kita ni digelakkan org….
Reply
Betol tu.
Sebelum masuk padang berangan nak menang dan nak menang kena bermain secara berpasukan. TAPI…bila dah masuk padang..dapat bola main sorang2 aje…kawan pun tak ingat nak hantar bola. dari hujung padang sampai la ke gol lawan nak bawa bola. Kalau boleh bola tu kat kaki dia aje. Kalau cam ni baik dia main sorang aje…..12 lawan 1 kat padang.
Ha…ha…ha…Silap2 mati katak kat tengah padang kena buli dgn 12 org pemain lawan.
Reply
Salam.,
This Zul, we should be without him regardless of what he had done in the past. He has the right to speak his mind, but to lodge a police report breach the very fabric of our solidarity.
Can anyone give him a membership form to be an umno member.
For DSAI the people are watching. This distorted mind YB who taught he had all the knowledge are not worthy of our cause. Just sack him and if anyone within us wants to join him so be it.
Reply
I’m not siding with anybody, reformasi and PKR have tried methodologies, but we are still shifting patterns far from reaching final stability, if UMNO is racist, PKR possesses strong absorber for any excesses in politiking, just like DSAI can absorb all challenges so far. So be it.
Reply
Zul is not doubt a thorn in Pakatan ,but,at this moment there are more pressing issues.Zaid Ibrahim is calling for Zul’s sacking,but may I ask,can his sacking solve more serious issue concerning this country,for inatnce our economy?
Reply
MP like this gave PR a bad name…sooner or later MP like this will create more problem to PR, MP like this should not be selected for next GE13
MP like this could have make a deal with BN,MP like this are good for nothing,MP like this are call young and immature,head got big,MP like this guarantee to be a frog,MP like this think they are smart,MP like this make the whole world laugh.
MP like this does not know what is call spirit de coup,MP like this is a disgrace to the party he represent,MP like him are no different with BN Umno,only know’s(race/religion) other then that MP like him mati otak !…etc etc….MP like him…besar punya batu,kepala dalam ada !
Reply
zul lain kali berbincang bukan main ikut hati je..kita kan manusia tuhan bagi akal setiap masalah ada jalan nya..fikir2 kan lah
Reply
Masa susah, kita bersama, kini senang dilupa jua.
Reply
Sebenarnya Sdr Zul ini tidak layak pun menjadi wakil rakyat di Parlimen. Beliau berhujah dengan fakta yg amat dangkal malah kadang kala langsung tiada fakta. Saya amat berharap agar untuk pilihanraya akan datang agar Sdr Zul tidak bertanding. Jika beliau terlalu hebat memperjuangankan Melayu dan Islam silakan bersama UMNO bukannya dengan Keadilan atau Pakatan Rakyat. Sdr Zul banyak menyusahkan teman-teman di dlm PR dengan kenyataan yg amat bercanggah dgn prinsip yg didokong bersama didlm PR.
Saya mohon maaf kerana terpaksa melepaskan kenyataan seperti ini kerana sudah lama saya memendam perasaan yg kurang senang dgn Sdr Zul yg seakan2 menyebelahi BN/UMNO.
Sehinggakan kadang2 terlintas juga Sdr Zul ini mungkin agen BN/UMNO utk merosakan Keadilan & PR secara halus. Diharap suatu tindakan disipiln diambil terhadap beliau.
HILMI
Ikatan Kebajikan Rakyat, Pahang
Reply
Hubungan baik antara rakan Pakatan Rakyat adalah keutamaan sebuah kejayaan perjuangan. Kepercayaan dan keyakinan rakyat adalah kunci kepada kemenangan perjuangan.
Tindakan Zulkifli Nordin lebih banyak menjatuhkan reputasi PKR selaku wadah baru perjuangan rakyat. Tindakan mencemar parti hanya akan menjahanamkan parti daripada diri Zul sendiri. Adalah lebih baik PKR kehilangan seorang YB yang tidak mempunyai mentaliti perjuangan parti daripada mencemarkan dan menjejaskan reputasi PKR secara keseluruhannya.
Selayaknya YB Zulkifli layak untuk diambil tindakan tegas atau dipecat daripada parti daripada dia terus menconteng arang di muka PKR. Biarlah dia pergi kepada UMNO BANGSAT. Biar kita berdepan secara bertentangan daripada asyik menarik rambut dalam tepung. Biar rugi segantang daripada rugi seguni.
Teruskan perjuangan DSAI. Rakyat Simunjan menanti dengan penuh sabar dan semangat untuk menggantikan kerusi YB Zulkifli yang mungkin hilang daripada PKR. Percayalah bahawa hilang satu kerusi akan muncul 10 kerusi baru untuk PKR di bumi bertuah ini.
Ingat DSAI. DUN Sarawak semakin hampir. Ayuh ! Turun dan bangkitkan semangat perjuangan rakyat di SIMUNJAN. Biar BN terhempas seperti helikopter yang hilang arah.
Reply
Inilah jadinya kalau kaduk naik junjung cakap dia saja mesti didengar macam dah takada ketua lagi dibuatnya hendak sangat menyalak keluarlah dari parti jadi brahim ali serupa sampah.Orang macamni dalam PRU13 nanti lupakan sajalah cari yang benar2 berintergriti dan ikhlas dalam perjuangan.Lebih baik jadi bebas senang orang pun tak kisah ni menyakitkan hati saja adalah kecik2 tak nak mampos dah besar menyusahkan parti?
Reply
ini la demokrasi namanya..bebas bersuara..semua pandangan diterima..tetapi jangan la sampai membawa bencana sesama kita..untuk kebaikan bersama,adala lebih baik jika semua perkara dibincang secara tertutup dengan ketua ketua yg ada..takut puak puak(umnu)mencari peluang yg ada untuk menghentam kita..negara kita kan bebas beragama..lagi pun umat ni kan allah yg mencipta.jadi lebih baik duduk berbincang secara bersemuka..jalan penyelesaian pasti ada..jangan ikut cara mereka(umnu)buat demo tak tentu hala..jangan kan rakyat nak ikut..ahli sendiri pun tak nampak muka.
Reply
Alim dan Jahil ada empat kategori.
1. yang jahil tapi sedar akan kejahilannya….orang ini boleh dibimbing.
2. yang alim tapi tidak sedar dengan kealimannya ….. orang ini perlu disedarkan,
3. Yang alim dan sedar akan kealimanannya…..orang ini perlu kita ikut…
4. Yang jahil tapi tak sedar dengan kejahilannya…..orang ini perlu ditinggalkan…
Orang keempat ini adalah orang yang paling bermasalah. Nak diikut, kita akan terikut dengan kejahilan…..nak dibetulkan…dia pulak dok fikir dia saja yang betul. Kerjanya hanya memperbodohkan orang lain…sedangkan dirinya tidak boleh dijadikan panduan…. Agak-agak YB ZUl ni masuk kategori mana ye……!!!!!!!
Reply
Dasar hidup yang rukun damai ialah patuh kepada pemimpin. Kalu asyik nak ikut nafsu sendiri, elok ‘masuk hutan’, jadi kera ! Nak bergayut dan dan melompat takde siapa yang larang.
Reply
Kita amat kesal dengan peguam seperti ini kerana bermain dengan lidah. Adakah begitu sifat peguam berugama Islam. Islam mengalakkan sauadara seagama mencintai sesamanya dan bukan mengaibkan sesamanya. Nampakanya dia belum Islam sepenuhnya. Menjadi seorang peguam bukanlah status yang tinggi sebenarnya kerana mereka hanya bermain lidah dan fakta, samada hendak pro atau contra. Melihat tindakan nya selama ini nampaknya dia tiada respect orang ,hanya pandai bermain lidah ,kata orang..macam ini banyak orang boleh buat……tapi orang tak tau mau kerana iman maseh tinggi..sokong ditendang keluar. Saya percaya maseh ramai menyokong Pas dan Keadilan..dan bertambah ramai. Saya maseh percaya bahawa masanya belum sampai seperti yang dinyatakan oleh Sabda nabi *akan tiba masanya orang paling jahat menjadi ketua sesuatu kaum* sebagai tanda kiamat suadah hampir. Apa yang berlaku hari ini dan akan datang adalah Islam itu berkembang seperti sabda nabi 700 tahun Islam berkembang 700 tahun Islam(termasuk zaman kesultanan Melaka) dan sekarang700 tahun Islam berkembang semula dan akan naik seperti mana jatuhnya.Tidakkah kita lihat negeri -negeri (unfederated Malay state)tak bersekutu telah dimenangi oleh Pas.Ianya maseh berkembang. Sekian untok renungan dan muhasabah diri.
Reply
watpe kite nk gaduh sesama sendiri….musuh kite ketawa je tngok kite berbalah sesama sendiri…Balik pada perjuangan asal PR,tuk rakyat….
Reply
Macam itulah kerenah ‘anak-beranak’…Ada yang setia. Ada yang terlalu manja. Dan ada yang keras kepala. Semua sayang ! Tapi, kalu selalu ‘tak makan saman’, kena jugak ‘dipulas perut’ ! Pun bukan benci, kasih !
Ntah apo jadah yang kamu menonong buat pandai sendiri ? Kan elok bertegur sapa dengan cara elok ! Yang kamu harapkan apa ? Kalu harap dapat selesai masalah sedang kamu menambahkan masalah, cerdik ker kamu ?
Bukan orang lain kamu gan Mr. Khalid Tu…adik gan abang ! Cakap jer elok-elok ! Kamu yang perjuangkan keadilan tiba-tiba menonong jer kamu ‘gigit’ tangan abang kamu. Nakal kamu tu memang padan dirotan !
Reply
takpa kita boleh menilai kepimpinan seseorang… mungkin zul ni sudah lupa diri barangkali… mungkin menyangka kemenangan nya adalah atas kekuatan peribadinya… dia lupa rakyat pilih calon PKR bukan zulkifli… biarkan dia dengan keangkuhan dia tuh… tapi PRU13 cari lah calon lain… biar dia jadi calon bebas dan kita tengok samada dia sedar langit tu tinggi mana… Islam ajar kita bertolak ansur… siapa yang sebenarnya mempolitikkan isu ALLAH ni??? ini lah dasar kalau tak reti bawa berbincang…
Reply
YB Zul ni tidak menghayati falsafah perjuangan parti keadilan, tindak tanduknya memperlihatkan dia sebenrnya tidak gemar dengan pakatan rakyat, tidak mahu menjaga pakatan rakyat malahan dia sebenarnya memperlihatkan dia tidak memerlukan pakatan rakyat…….itu la keadaan dia sekarang…Apakah maksud beliau tiada kompromi dalam isu agama dan sudah pastilah isu di sini ialah penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam. Oleh kerana beliau termasuk dalam kumpulan yang menentang maka ia perlu ditentang habis-habusam…sebab tak boleh kompromi….sedangkan perkara itu telah pun ada dua pendepat berbeza dan masing-masing berpandukan hujjah dan dalil masing-masing. Namun sifat berlapang dada ni nampaknya tiada pada YB Zul….nungkin dia fikir buat apa berlapang dada….kerana berlapang dada itu tanda berkompromi….sedangkan tiada kompromi dalam isu agama…. inilah masalahnya…apakah pakatan rakyat memerlukan orang seperti ini? Kalau YZ Zul fikir dia masih bermaruah…eloklah dia meninggalkan pakatan rakyat kerana telah jelas dan terang dia sebenarnya tidak suka pakatan rakyat……
Reply
PKR seharusnya mendahalui masa untuk mencapai kematangan, bayangkan parti ini sedang bergerak maju di dalam hidup dekad ke 3 kurun ke 21.
Reply
Bagaikan orang cina cakap “jangan biarkan sebutir tahi tikus menghancurkan seperiuk bubur nasi”. Jawatan Kuasa Tinggi PKR harus menghalau sesiapa yang tidak berkerja-sama dan membuat perkara yang tidak menguntungkan PKR.
Reply
SABAR……yg penting jatuhkan UMNO dulu, cuba amati cara Tuan Guru Nik Aziz bertindak….hendaklah berhemah dan berpandangan jauh.
Reply
harapan baru Reply:
January 30th, 2010 at 5:20 pm
nnti bila dh menang byk lepas PRU 13.. PR kna buat tapisan yg betol2 bersih kpda ahli baru yg nk masuk PR supaya kta x nk org yg masuk PR sbb nk pikir periuk nasi d kepentingan diri.. jgn jdi mcm UMNO.. kta nk org yg masuk PR biar yg berhati rakyat.. bukannya yg x berhati tp cuma berperut sahaja…
Reply
Ini yang dikatakan ‘terlebih pandai’. Rata-rata dalam blog ni tak sehaluan dengan orang yang ‘terlebih pandai’ ni. ‘Yang terlebih pandai’ – orang yang dah tak boleh diajar lagi sehingga kepandaiannya menunjukkan kebodohan diri sendiri. Jika hendak berpolitik mestilah ada sifat ‘agree to disagree’. Inilah dikatakan kalau dah dapat pistol, semut pun dia nak tembak.
Reply
Asalam..kepada DSAI..
pandangan saya lain pula…rasanya DSAI juga perlu meneliti secara serius setiap pendapat yang di zahirkan oleh pemimpin2 PR juga PKR secara berhemah..contoh yang boleh di guna pakai oleh DSAI dlm mendidik pasukan pemimpin2 PKR adalah seperti yang di lakukan oleh Tok Guru Nik Aziz..DSAI sendiri sudah pasti maklum bagaimana TG Nik Aziz berjaya mendisiplinkan pemimpin2 tertinggi PAS..walaupun bukan semua yg patuh atau bersetuju dgnya namun saya melihat cara yg di lakukan oleh pemimpin PAS ini harus di teladani DSAI dlm memantapkan penyatuan pendapat dan perjuangan PKR sendiri.
saya mungkin x layak untuk memberi pandangan sebegini…namun apa yg di lakukan oleh saudara zulkifli itu perlulah kita anggap sebagai mukadimah bagaimana mahu menguruskan orang2 sebegini dlm membudayakan nilai positif dlm perjuangan dan hala tuju politik itu sebenarnya…PKR masih baru dan setiap dugaan yg mendatang itu perlu kita pelajari dan mencari ihktiar secara berhemah..bermesyuarat secara berhemah..bertanya secara berhemah..berhubung secara berhemah..saling menghormti secara berhemah..kita mungkin merasa terlalu bijak tapi jangan kita lupa juga serendah mana kita setinggi mana kita ..Allah jua yg maha kuasa..oleh yg demikian buatlah keputusan itu berdasarkan hukum Allah seperti yg termaktub dalam Al-quran ..kita ingin negara yg demokrsi tapi jangan sampai menjual harga diri agama dan bangsa..wassalm.
Reply
Askum DASI dan semua
ingin saya memberi pandangan tentang YB Zul.
saya amat kesal sebenarnya dgn tindakan YB Zul secara direct mengunakan akhbar untuk menyatakan perbezaan pendapat. Ada byj cara memberi pandangan seperti yang dialu-alukan oleh DASI ketika lawatan beliau dimana-mana pelusuk atau dalam ceramah perdana beliau.
YB zul harus menghormati perasaan ahli PR khususnya kerana untuk menegakkan sesuati pandangan pastinya mengunakan platform yang betul bukan mengunakan media dan menjadi hero. Betul YB Zul ada mengatakan beliau tidak takut apa tindakan akan diambil tapi harus diingat beliau menjadi ahli Parlimen bukan kerana belau sendiri dan ini juga hasil muafakat dari rakan-rakan PR yang menyokong beliau untuk kemenangan pada PRU12.Pandangan Zaid Ibrahim saya amat setuju mesti ambil tindakan atau pecat saja YB Zul sekiranya beliau berasa beliau ada kekebalan….diingatkan kembali ramai yg dipecat akibat sikap dan mengunakan platform yang salah dan saya kira YB Zul juga harus mendapat balasan yang sama kerana memalukan PR yang baru saja diambang PRU13
Reply
saya ingin meluahkan rasa dukacita saya terhadap YB.zul….
pada 29 jan 10 dalam satu mesyuarat pas selanggor telah sebulat suara membuat keputusan mengantung yb khalid samad selama 6 bulan dato hassan ali telah diberikan amaran secara bertulis..nanti kita sama-sama nantikan keputusan tindakan displin yang akan dikenakan terhadap YB zul pula.ni yang dikatakan pepatah melayu seekor kerbau membawa lumpur habis sekandang terpalit..akibat nila setitik habis susu sebelanga..diharap kepada ahli-ahli berhormat pakatan rakyat jangan bertindak terburu-buru bila membuat sesuatu perkara diluar dasar toleransi pakatan rakyat.diharap kejadian ini dijadikan iktibar buat masa akan datang.
Reply