Saya mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam. Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting masing-masing dipercayai dibakar menggunakan minyak tanah. Setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.
Pendirian Pakatan Rakyat jelas iaitu kesucian rumah ibadat, walau apapun kepercayaannya mestilah dihormati. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral.
Saya juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu. Amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit.
ANWAR IBRAHIM









Sungguh malang ! Siri keganasan demikian merupakan satu kezaliman yang sengaja ditempah. Kini, kita perlu bertanya : Sejauh mana Badan Berwajib dalam Keselamatan dapat menangani isu ini. Jangan hanya ‘masyhur’ pada logo dan motto. Buktikan !
Jika, menyuarakan ‘suara hati’ melalui ‘demontrasi’ dianggap ganas, maka siapa ganas sebenarnya ? Siapa yang menjadi punca ‘pelabur’ berlalu pergi ? Siapa ? Apakah pihak kerajaan hanya mampu ‘menunding jari’ ? Atau adakah ‘pihak keselamatan’ mahu terus memejamkan mata ?
Kami rakyat yang lemah tetap mahu melihat ! Bagimana kerajaan BN yang kononnya jagoh serta hebat dapat menyelesaikan masalah ini ! Sesungguhnya, setiap kezaliman mengundang kecelakaan kepada diri sendiri !
Reply
lang suyo Reply:
January 22nd, 2010 at 7:39 pm
Ini adalah kerja pereka Imej yang di tempah khas, dari seberang laut. Pereka Imej telah menjatuhkan Imej Negara ini, Pereka Imej amat bahaya mereka umpama serampang dua mata tau gergaji di sorang pun makan di tarik pun makan. Inilah bahayanya bila kita melantik pereka Imej dari luar Negara silap hari bulan bukan mendatangkan Imej yang baik malahan silap langkan pucuk yang di cita ular yang melilit. UMNO BN kian tersepit dengan adanya Media Baru ‘Internat’ kejatuhan jualan Media cetak amat menakutkan banyak pihak termasuk pihak pengiklanan. akibat darii itu usaha secara berterusan terpaksa di buat untuk meningkatkan jualan akhbar berita harus di cipta demi melakukan Media cetak. semakain jatuhnya jualan Akhbar makin makin hebat berita di ketegahkan ini cuma pendapat peribadi sebagai rakyat ini bukan fitnah ini cuma telahan umpama “bukan malas cuma takosa aja”. saya cukup binbang jika jualan akhbar jatuh ini kerana akan timbul berita yang tak masuk di akal akan keluar, supaya jualan terus naik. ini adalah satu satunya cara untuk menaikan jualan akhbar sejak kebelakangan ini Akhbar telah berani memasukan berita yang Seksi dan Sensasi dua SS. banyak pereka Imej gagal telah gagal apabila berdepan dengan “Internat” ini di akui oleh berberapa Syarikat Pembaik pulih Imej kebanyakan Mereka gagal menbaiki sepenuhnya Client’s Mereka. ini kerana Imej Rakyat lebih hebat berbanding imej UMNO itu sendiri. wassalam
Reply
kooikeatPenang Reply:
January 23rd, 2010 at 2:14 pm
Setuju dengan pendapat saudara A.Rahman…
Adik dah buat background check. Director-nya UMMNO, Skrip writer-nya UMMNO, Aktor-nya UMMNO dan Produser-nya UMMNO.
Reply
Agreed! Rakyat Malaysia cukup matang serta bijak. Hentikan perbuatan yang bodoh! Kita bukan orang kuno!
Reply
Saya menyifatkan tindakan itu sebagai “umpan berbisa”. Kelihatan ‘ada udang di sebalik batu’ dan juga “Baling batu sembunyi tangan”…!
Maka, wahai rakan-rakanku Rakyat Malaysia yang cintakan perdamaian ! Jangan sampai kita bersekongkol dengan pengkhianat. Jangan kita ‘diperbudakkan’ oleh Nafsu mereka yang ketandusan minda. Mereka cuba “menangguk di air yang keruh” !
Pedulikan mereka ! Kita punya banyak tanggung-jawab yang perlu dipikul. Kita punya amanah yang perlu kita kerjakan. Bukankah umno mendabik dada sebagai jaguan. Selesaikan, kenapa berdiam diri ! Kenapa mencari jalan secara sukar ! Buktikan jagoan anda ! Dan kami mahu melihat dari jauh !
Peliknya, kenapa ? Yang awal-awal ‘berdemontrasi’ tidak diambil tindakan ? Bukankah mereka yang menjadi ‘pemangkin’ meluasnya isu ! Mari sama-sama kita ‘tonton’ drama yang kita kenal siapa “pengarahnya”…Bukan P. Ramlee. Dia sudah pergi ! Bukan Jins Shamsuddin. Bukan dan bukan ! Siapa lagi….. !
Reply
“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas” ! Ada sorang manusia, jangan anda tanya dia hal isu ini…takut nanti ‘melompat dan menendang’ ! Memang pedas rasanya…
Reply
Biase ler…Orang dah habis modal, apo layi nak dibuek ? Payah-payah dilagakannya orang ! Kalu dah boto kamu anak jantan, selesaikanlah ! Apo plak berputih mato yo ? Sapo iklan dio jagoh, baru-baru nih. Kan Umno ? Selesaikanlah, apo plak ditunggukan layi !
Untuk kawan-kawan den baik yang dokek mahu pun yang jauh di mato…jangan korang ‘terpukau’ dengan tawaran nak berdemontrasi. Untuk maso nih, bukan itu caro menyelesaikan masalah. Buat tambah masalah yo…Kalu puak-puak Umno tu gatal benar nak berdemontrasi, korang senyum yo !
Masalah camni kalu Umno tak dapek selosai…baik takyah jadi pemerintah. Balik kampung, motong gotah yo… Kan ke, Khairy ?
Reply
haji mokhtar Reply:
January 23rd, 2010 at 10:52 pm
nak disolosaikan macamano lai..kalau dah nak pocah kepalo caik jalan nak tutup cegeto..orang sumonyo dah tau..sapo buek kojo..dah rioh satu kampong..itula sobabnyo klau dah sombong dan bongkak..bilo berkuaso..macamla dunio ni umnu yang punyo..dah lupo agaknyo allah tu maha berkuaso..bilo bilo boleh diambik apo yg ado.
Reply
Nak berpantun sikit :-
Surung papan tarik papan, buah keranji di dalam perahu, suruh makan Umno makan, suruh mengaji dia tak mahu ! Itulah padahnya…Orang kalu cerdik, bukan setakat bakar surau…bakar gan bangunan parlimen sekali ! Hahaha…Akai taruk kat lutut !
Kamu ingat Rakyat Malaysia Buta Huruf ker ? Bangunan kamu sendiri pun dah tinggal “NO” ! Maka, elok benarlah kita “NO-kan” si Umno tuh ! Harga barang, melambung tinggi. Duit dah jadi makin kecil. Dulu, ada lima puluh ringgit…dapat makan kenyang anak-beranak. Sekarang, dah takde nilai RM50 !
Parahnya keadaan aku, Bulan Tiga nanti kono plak potong ‘duit kolar’, RM300.00 terpotong dari duit gaji aku ! Aku rasa, dah sampai saat dan ketikanya kita demontrasi dengan ‘batang pensil’. Pilihanraya akan datang…KITA NO-KAN UMNO @ BN !
MAI KITA PAKAI SOKONG DSAI & PAKATAN.
Ingat pesan Dsai…Jangan terpengaruh dengan niat jahat mereka !
Reply
Mereka yang bakar surau, padahnya akan menimpa diri sendiri. Kita yang tidak terlibat akan ‘mengaut untung’. Bukan kita suka perbuatan mereka. Tuhan benci perbuatan zalim. Janji Tuhan tetap benar ! Yang taat, diberi kemuliaan. Yang menentang pasti akan hancur !
Kita jaga diri kita. Kita pelihara kaum keluarga kita. Jangan sampai kita ‘dijual-beli’ oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab. Untuk apa membakar gereja dan surau ? Apa manfaatnya ? Merekalah yang mencelakakan diri mereka sendiri. Mari sama-sama kita lihat bencana yang mereka tempah kerana khianat !
Siapa yang main api, dialah yang terbakar tangan !
Umno jangan cuba memperlekehkan Rakyat Malaysia !
Kamu yang mulakan, kamulah yang bertanggung-jawab !
Reply
Saya setuju kata Dato’ Seri…
Memang tindakan yang pengecut!!
Reply
Ali Rahman Reply:
January 23rd, 2010 at 10:55 am
tapi siapa yang mendidik atau siapa yang menjadi pencetus ideanya tu ya?
Reply
Saya berminat dalam bidang politik. Tetapi tidak terpikat dengan Umno dan Barisan Nasional. Dasar BN, nampak bagai membina perpaduan. Malangnya, menjurus kepada kepentingan peribadi. Lebih teruk keadaan demikian di dalam Umno yang menjadi ‘ibu’ kepada BN. Terlalu individualistik.
Padah daripada barah yang dihadapi oleh Umno dengan sikap demikian menjadikan mereka ‘nafsu-nafsi’. Tidak fikir ummah ! Pembaganunan hanya ‘mainan’ untuk berpura-pura kepada rakyat. Hakikatnya, mereka mengaut untung di sebalik projek dan pembangunan yang dijalankan. Ternyata, rakyat ‘diperalat’ dan dipermainkan.
Memang ada pemimpin Umno yang jujur. Malangnya, mereka ditelan oleh mereka yang rakus kepada keuntungan duniawi. Tidak mampu mereka mengubah keadaan. Sebaliknya, jika mereka bertegas untuk merubah ‘penyakit barah’ yang ada di dalam Umno, akibatnya mereka bakal menerima nasib yang sama dengan apa yang berlaku kepada sahabat saya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia difitnah dan setiap jasa-baktinya dinafikan.
Kini, Umno di saat lemas. Terkapai-kapai hampir maut. Sudah nazak ! Sebarang bahan yang dapat dicapai lalu dicapainya. Bakal turut lemas jika anda cuba menyelamatkan mereka. Maka, biarkan sahaja. Hidup Umno seumpama ‘telur di hujung tanduk’. Jika dia terus mahu menanduk, telur bakal gugur ! Jika tetap juga dia berdiam diri, telur tetap menyembah bumi. Memang mereka terumbang-ambing. Serba-serbi tidak kena dan tidak menjadi.
Jalan selamat, akur kesalahan diri. Lebih mulia, undur diri ! Serah mandat semula kepada rakyat. Biar rakyat yang tentukan masa depan mereka ! Jika tidak, Tuhan Maha Menentukan. Yang pastinya, setiap yang zalim, kata Sir Abu…PASTI HANCUR !
Reply
Zzjebat Reply:
January 22nd, 2010 at 11:36 pm
Betul Dr Sham, memang ada orang UM-NO yg jujur dan dedikasi TETAPI depa
dilindungi BAPAK Penyagak dan BAPAK Penyamun.
Ada Ketua Cawangan berpuluh tahun…jujur & dedikasi tip top
akhirnya si ketua penyangak dan penyamun ambik gengnya yg.
macam dia jugak. Macam mana UM-NO nak dapat pemimpin BERSIH/
AMANAH dan JUJUR macam Mula2 UMNO dolu2 ditubuhkan.
Pemimpin sekarang kurang Bersih boleh jadi CM. jadi Menteri jadi MP
jadi ADUN….Harap3 PRU 13 nie kita pupuskan mereka.
Kita lawan tetap Lawan….Biau dia rase. Amin
Reply
saya terpanggil dengan siri kejadian serangan rumah ibadat purnama ini.
benarkan anakmen untuk menistiharkan dadurat akan diumumkan oleh kerajaan pusat
khusnya kdn.bayangkan kita semua tidak boleh membuat kerja harian dan berkurung dirumah jika kerajaan mengistiharkan darurat..apakah keadaan 13mei 1969 akan berulang?kawalan keselamatan pasti berlunaskan undang2 tentera…,sumber makanan terhad..,ekonomi dgn akan merudum diparas terendah..nilai dagangan saham harian yg merosot mendadak…generasi depan mungkin lemah dek stuasi huru-hara apakah ini yg kita mahu?maka pikirkan implikasi sebalik kejadian dahsyat akan menimpa masyarakat kita…rakyat malaysia mahukan kepimpinan berwibawa bukan sekadar mencanang retorik semata.
Reply
Tanah Pinggiran Reply:
January 22nd, 2010 at 7:27 pm
Jika dharurat dilaksanakan, BN menconteng arang ke muka sendiri. Maka, jangan lagi BN & Umno menunding jari bahawa pembangkang yang menjadi angkara merudum status ekonomi & sosial apalagi politik.
Sungguh lucu ! Memang kelakar program memperkasakan Umno…Dia sengaja mencampakkan dirinya dalam ‘lubang najis’ ! Nampaknya, tangan umno sudah berdarah dek pisau sendiri !
Biarkan ! Biarkan !
Biar umno terjun dengan labu-labunya ! Hahaha…
Reply
lurus bendul Reply:
January 22nd, 2010 at 10:14 pm
Jika Ekonomi merumdum setia 10 tahun, rasanya konflik juga sama cuma jaraknya berbeda, Ekonomi dan Konflik adalah jiran tetangga yang ramah. 1969 dan 2009 adalah jarak yang jauh maka bermula 2010 adalah bahangnya. Oleh itu bagi mengubal konflik aturan kepinpinan harus berubah. aturan lama harus berundur demi masa dan Negara. teraju baru harus merubah nilai nilai lama dan menbawa rakyat ke satu alaf baru seiring dengan tuntutan masa.
Reply
ulam batar Reply:
January 23rd, 2010 at 10:15 am
13 mei 1969 tak akan berlaku ini kerana PAS (melayu) dan DAP (cina) telah bersatu padu , jika mahu lihat malaysia aman kita harus sokong PAS dan DAP ini kerana dalam PAS ada cina Islam dan kelab penyokong pas dari bangsa lain dan dalam DAP ada Melayu , berbanding dalam UMNO tiada ahli dari kaum cina ini kerana dalam UMNO hanya untu melayu dan UMNO tiada kelab penyokong dari kaum lain. sebab UMNO sebuah parti perkauman!! yanh jitu!!
saya mencadangkan UMNO buat rombongan untuk ahli depa ke negara cina “muslim travel ke cina” di mana bagi tahu ahli UMNO bahawa terdapat 100 juta cina Islam yang akan tubuh kelab penyokong PAS di cina. kelantan telah membuat langkah baru yang mana di rantau Panjang terdapat Masjid berupa reka bena berciri tokong cina di Rantau Panjang nanpak nya cina dan islan tak dapat di pisahkan sabda Nabi “tuntutlah ilmu sehingga ke Negara cina”.
Reply
kulub amrin Reply:
January 24th, 2010 at 10:41 am
Saya agak tertarik dengan pandangan Tuan/Puan ulam batar , walaupun tulisanya agak tidak teratur, tapi ada benarnya. UMNO dilihat cuba perandakan hubungan kaum serta agama dengan berbagai resipi terbaru, sedangkan orang Melayu dan Cina telah berdagang sejak Cheng HO dan Putri Hang lipo menjejaki Melaka lagi. Hang tuah seorang pahlawan cina yang menpertahankan Raja melayu dikala itu. Orang cina telah berada di Melaka sejak beratus tahun lampau dengan terjumpanya tembikar dan peralatan cina di Melaka. Terkini kesianbungan ini di teruskan oleh orang cina, juga telah berniaga di Kwa peindustrian cheng di Melaka yang telah menberi ruang perkerjaan kepada Orang melayu melaka. Cina baba pula mepertahankan budaya melayu dengan megekalkan Baju Kebaya dan Nasi Ulam. tertapi amat malang UMNO dan Ali Rustam dengan ketuanan Melayunya mencicirkan kaum lain di Negara ini, kita sebagai sebuah Negara reterobangsa harus Menolak mana mana pihak yang cuba lagakan kebencian sesama insan di negara ini sama ada dalam soal Agama Kaum.
Sebagai sebuah kersatuan Malaysia Rakyat perlu jitu dalam ikatan muhibah. Ikatan ini tidak harus berbentuk Musim atau Iklim, sebagai mana 1malaysia! 1M di ketegahkan atas pandangan Pereka Imej. Jelas 1M di sadur dari kepingan yang sedia ada. barangan yang telah lama tak perlu dio sadur apa yang perlu adalah mengilap untuk terus kilat!! saduran dan ditempa nama pihak tertentu adalah penjenamaan berbentuk cetak rompak. hanya sesuai di pasar malam. Rakyat mahukan yang asli setiap bakal meminpin Negara tidak kira dari Pakatan Rakyat atau UMNO BN saya sebagai rakyat terigau igaukan menharapkan terjelemanya seorang peminpin yang mampu bertedarus bersama Rakyat.
Reply
nampak orang yang baling batu tersebut ingin mencabar keharmonian yang tersemai lama dalam negara kita yang tercinta ini, kita semua harus menbidas akan tindakan keji ini dan menbantu kearah penangkapan orang disebalik batu dan kemukakan kepada semua rakyat akan niat jahat ini.
Reply
Dah muak dengan suasana, tak sabar nak tunggu PRU 13
Reply
TOLAK KUDITA BN DI SELANGOR Oleh: LEE KHAI LOON
ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Malaysia menyeru agar warga Selangor bersama-sama mempertahankan kuasa pentadbiran Paktan Rakyat di Selangor serta menolak taktik kotor Barisan Nasional untuk merampas kuasa sepertimana berlaku di negeri Perak setahun yang lalu.
Barisan Nasional telah mempergunakan segala jentera kerajaan dan sumber negara untuk menekan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Tindakan yang tidak demokratik tersebut jelas bercanggah dengan hasrat rakyat yang memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.
Isu kontroversi kalimah ‘Allah’ dan siri pembakaran dan vandalism di 11 gereja dan 13 tempat beribadat memperlihatkan krisis kepimpinan Barisan Nasional dalam menjaminkan keharmonian masyarakat. Sebaliknya sentimen agama dan perkauman diapi-apikan dengan sewenang-wenangnya untuk mendapat sokongan rakyat.
Tambahan pula dengan ekonomi negara yang merundum, kerajaan Barisan Nasional masih mencadangkan cukai perkhidmatan serta membatalkan subsidi gula. Kesemua ini pasti akan memberatkan lagi beban hidup rakyat.
Oleh itu, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa pegawai khas Exco Kerajaan Selangor Hussein Ahmad sebenarnya merupakan satu taktik bagi mengalihkan fokus masyarakat terhadap kegagalan Barisan Nasional mengurustadbir ekonomi Negara pada masa kini.
Sistem kehakiman terus dipergunakan oleh rejim BN untuk menganiayai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat.
Penghakiman yang berat sebelah terus wujud dalam kes Kampung Sungai Terentang di mana kepentingan rakyat dikorbankan atas nama pembangunan yang di sebaliknya untuk melindungi kepentingan segelintir mereka yang berhubung rapat dengan pemerintahan BN.
Semua insiden tersebut membuktikan Perdana Menteri Najib Razak masih meneruskan agenda merampas kuasa dengan taktik kotor dan keji, khususnya ke atas negeri Selangor yang merupakan negeri terkaya dalam negara ini. BN sentiasa cuba menghalang dan menekan Pakatan Rakyat Selangor kerana dasar kebajikan di Selangor sememangnya mendapat sokongan baik daripada warga Selangor.
Maka AMK menyeru agar rakyat Selangor tidak terperangkap dalam permainan politik BN yang kotor, sebaliknya bersatu padu mempertahankan agenda perubahan di negara ini dan menegakkan hak rakyat. Rakyat Selangor yang mencintai demokrasi dan keamanan tidak akan membenarkan episod rampasan kuasa (kudita) yang berlaku di Perak berulang di Selangor.
Reply
Saya menghormati saranan dan amaran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jangan kita cetuskan provokasi sehingga membawa kepada suasana cemas dan huru-hara. Mari kita bersatu hati di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Reply
Kita kutuk serangan rumah ibadat…apa agama sekali pun.
itu tindakan PENGECUT.
Kita kutuk serangan PEMBANGKANG kepada Kerajaan rakyat Selangor
(guna sprm/pdrm/uitm/dan banyak mmmm)
itu tindakan PENGECUT….
SEDAULAH PEMBANGKANG….sarang tebuan jangan jolok….
KT dahlah tuuuu……
Ya Allah hancurkan ANASIR2 PENGACAU mengganggu kerajaan pilihan Rakyat
PAKATAN RAKYAT SELANGOR. Amin…
Reply
Sedarlah, perbuatan terkutuk ini hanya akan mengundang bala pada diri sendiri.
Tukang buat dan tukang suruh buat bakal menerima balasannya, Insyallah.
Reply
Ini landscape sendiwara umno,utk meraih simpati rakyat supaya rakyat percaya umno benar2 Juara rakyat,inilah Bangsawan zaman Mr najib,kau dah silap Mr najib bawa Bangsawan di2010 kami2 skrang tak pakai lagi dan tak minat politik jenis ini,kalau empayer pak lah kau boleh bohong,kamini setanding dgn kamu malah lebih pandai dari putarbelit yg dimain umno,1tahun kami dibohong,1000tahun kami tetap tak percaya lagi….bye-bye najib,rakyat dah menolak kamu sedikit demi sedikit,lama2 jd bukit…..
Reply
Kepada DSAI dan pimpinan PR, teruskanlah usaha mensejahterakan kehidupan rakyat yang berbilang kaum di bumi bertuah ini. Binalah generasi rakyat Malaysia yang saling menghargai dan saling menghormati sesama kaum demi kesejahteraan hidup.
Jangan kita klahirkan generasi yang mudah ditipu dan dimanipulasi untuk kepentingan kuasa semata-mata. Tragedi pembakaran rumah ibadat adalah akibat daripada didikan dan pembinaan pemikiran cauvinist yang ditanam oleh UMNO.
Kepada semua rakyat Malaysia yang PRIHATIN DAN PENYAYANG ingatlah bahawa kita harus mewarisi kesejahteraan hidup di bumi bertuah ini kepada anak-anak kita di masa hadapan. Jangan gadaikan masa depan anak-anak kita demi kepentingan POLITIK GANAS UMNO/BN.
lIHATLAH BAGAIMANA SEMPITNYA PEMIKIRAN UMNO YANG MENYALAHKAN PERSEFAHAMAN YANG SEMAKIN GITU ANTARA PAS DAN DAP DALAM PAKATAN RAKYAT. SEDANGKAN MEREKA SUDAH 52 TAHUN MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA MCA SEHINGGA EKONOMI KINI DIKUASAI OLEH KELOMPOK ANAK-ANAK MCA YANG SEMAKIN MENJAHANAMKAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT. SELAMA 52 TAHUN UMNO MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA DAN AGAMA DEMI KUASA MEREKA UNTUK MENGUMPUL KEKAYAAN DEMI KRONI-KRONI MEREKA.
Yang jelas UMNO/BN bukanlah pemerintah yang jujur untuk menjamin kesejahteraan hidup kita dan anak-anak kita di masa hadapan. Setiapkali UMNO/BN kehilangan kuasa setiap itulah huruhara dan kerosakan keharmonian kehidupan rakyat akan tercalar. Perak sehingga kini terumbangambing dek kuasa RAMPASAN UMNO. Selangor terpaksa sepanjang masa menjawab segala momokan media masssa yang menghentam pentadbiran mereka. Pemerintahan Selangot TIDAK PERNAH AMAN sejak kekalahan UMNO/BN. Kelantan sudah 20 tahun dianiaya Wang Royalti gara-gara memilih PAS sebagai pemerintah. Pulau Pinang sentiasa bergoncang agenda pembangunan mereka akibat kuasa media UMNO yang masih menguasai kehidupan rakyat.
SEMAKIN HARI SEMAKIN BANGSATNYA POLITIK UMNO/BN UNTUK MENJAHANAMKAN RAKYAT MALAYSIA NI. AYUH ! MARILAH KITA BUANG POLITIK ZALIM DAN GANAS SERTA MANIPULASI KUASA UMNO/BN. BINALAH GENERASI MALAYSIA BARU YANG LEBIH HARMONIS DAN SEJAHTERA DENGAN MEMILIH PAKATAN RAKYAT SEBAGAI PERJUANGAN KITA.
Reply
I am still surprise that there are people who still consider rakyat weak or lemah. Actually, we read news daily either on printed media or through Internet on how the government is misusing funds or judgment that are ridiculously or injustice done by PDRM. Those cases we do not have control over at this moment at least not now.
However, rakyat is really powerful because every four or five years they come begging for our votes. Yes rakyat is really powerful and it is in their vote. So, stop whining and make sure we make the right decision in PRU-13. Because if the right decision were made we will never have to be under the gun of political party like BN or PR ever again. It is your choice and if you love Malaysia regardless of race you will make the right choice.
At least for now GO PR.
Reply
salam dato sri…asal ada kes UMNO jadi mangsa..takada benda lain ke nak buat..asyik nak fitnah sesama bangsa..fikir la sikit perasaan org lain..kes bakar gereja dah ada saspec yang kena tangkap.,kita tunggu kes ini disiasat oleh polis..kita tgk siapa dalang sebenar..
Reply
kuda kepang STC Reply:
January 24th, 2010 at 3:05 pm
Apa lah di lidah kelu ni kita semua dari bangsa Umat “Nabi Adam AS”, melayu ke ,cina ke , india ke, Iban ke, Kadazan ke kita orang malaysia. kalau melayu tak betul salah ke kita tegur bangsa kita sendiri. lagi baik kita tegur bangsa kita sendiri lebih manis, bila bangsa laini tegur dikata perkauman pulak!! bila bangsa kita tegur puntak boleh abih tu melayu ni tak boleh ditegur langsung ke?? apakah dengan gelaran Tuan dan Peribumi kita tak boleh di tegur?? apakah bangsa kita suci sesuci salju?? kita bukan malaikat. tegur menegur adalah satu budaya bagus demi kebaikan bersama. kalau tak boleh ditegur manti manja yang terlampau!!!
Reply
pd pandangan sy perkara nie xkan terjadi jika tiada provokasi drpd media semasa mula2 isu nie timbul..
sy percaya kpd kematangan rakyat msia,tetapi kematangan itu mgkin lebur disebabkan oleh provokasi yg agak melampau semasa mula2 isu ini timbul..
insident ini mmg boleh boleh dielakkan jika media memainkan peranan spt meminta pandangan2 drpd pihak2 yg profesional dlm bidang ini..bknnya byk mnyiarkan kemarahan rakyat2 yg nyata akan menyemarakkan lg kemarahan rakyat.
sy pasti bila incident ini mencapai ‘target’ media, brlah mereka akan menyelesaikan dgn cara yg btl yg mana spttnya dilakukan awal2 lg.
itu hnyalah pandangn peribadi yg hndak sy kongsi…setuju atau tidak.
Reply
org bodoh dan bangang je yang buat keja ni..kalau nk sangat keja membakar ni kat tempat pembuangan sampah ada keja kosong
Reply
Dalam hal ini, pihak erajaan perlu bertindak dengan segera dan sebijak mungkin. Namun pada masa yang sama, sokongan daripada pembangkang juga amatlah dialukan. Janganlah dalam keadaan kita kita kreatif mereka cipta cerita yang kononnya si A yang rancang, Si B yang segaja buat untuk kepentingan sendiri. Kerasionalan berfikir dan kewarasan mengawal perasaan merupakan kunci utama kepada usaha mengelakan perkara ini terus membarah biak.
Sukar dinafikan bahawa majoriti rakyat tidka senang dan benci insiden-insiden sebegini. Janganlah disebabkan perasaan hasad dengki dan dendam, perkara sensitif seumpama ini dijadikan modal untuk meraih sokongan… Kadang-kadang kita perlu mengenepikan seketika kepentingan diri…sebagai pemimpin agong sepatutnya para pemimpin “BERKORBAN”, seketika. Ketepikan sempadan politik…satu idea dan keringat untuk pasti keharmonian MALAYSIA kembali berada di tahap GEMILANG.
Reply
woiihhh itu surau kg aku la..
hari selepasnya ada 3 lagi surau kena
total 5 surau dlm masa 2 hari..
mana ngo bukan islam nak berkawal??
mana RM500 juta??
Reply
polis telah memberkas beberapa orang suspek kes bakar suarau di muar..salah seorang daripada suspek yang terlibat adalah anak kepada seorang anggota polis pada insiden itu…kami rakyat malaysia mahukan suasana persekitaran yg aman dan damai…jgnlah penahanan sekadar menjadikan suspek2 berkenaan sebagai kambing hitam saja…sekian
Reply
Arsonist. It’s an unappropriate action. We are wise people. We are peaceful people. We do not want toublemakers in our country. STOP! the violent… Datuk Seri should rule …. before it’s too late…
Reply
mana perginya simamat tu..sunyi plak rasanya bila dia takde..selama ni dia lah pendekar umnu..tau tau senyap je..dah kena tangkap sebab bakar gereja ke.
Reply
nak sangat khairy jawabkan..yg bakar gereja didesa melawati itu hari budak budak siapa..ape kesudahannya,senyap je..ha..saya dah tau siapa buat.jangan nak sorok dan jangan nak berdalih..satu kampung dah tau siapa buat…baca bismillah..mengucap banyak banyak dan terangkan la dengan hati yg iklas,itu pun kalau masih ada keislaman didalam jiwa…
Reply
SIR ABU Reply:
January 24th, 2010 at 1:26 pm
Tuan Haji Mokhtar…Khairy tu, ‘dah wayar putuih’, orang Kedah kata ! Serba tak menjadi. Kesian gak aku ! Terpilih jadi Ketua Pemuda…malang paku serpih, tak terpilih masuk kabinet. Kesian ! Apo patut buek, Tuan Haji ?
Den cadangkan : rebus jadi teh hijau, boleh gak buat diteguk waktu petang ! Bahaso den nih tinggi cikit. Tapi, Tuan Haji paham, InsyaAllah !
Anak kalu dah habis dinasihat dan dijentik…kono hayun yo, Tuan Haji ! Hahaha…
Bukan benci, sayang ! Bukan tak kasih, meluat ada cikit !
“Hak Dia Belaka !”, Tuan Haji.
Reply
aku gi tengok forum dekat baiduri cheras.DS chua jui ming citer sikit…ada seorang kaya dekat satu kampung dekat CHINA.300 perak dia kena curi,maka riuhlah segenap kampung tu mencari siapa ke pencuri nya.cari punya cari,maka sampailah mereka disebuah rumah.disoal bertalu2 ,haram orang tu nak mengaku…kerana merasa dirinya cerdik tuan rumah tersebut dengan nada marah berkat ” Apasal wa lu olang tuduh curi itu perak.lu orang mau mati ka..lu olang dengar baik2 ,dalam tanah aku ni mana ada 300 perak kena tanam.boloh punya olang ” begitulah lebih kurang dilognya..maka lu pikirlah sendiri barisan.
Reply
Di sini saya ingin menunjukkan bagaimana cukai jualan yang bakal dikenakan akan merugikan rakyat semua dan meningkatkan harga barangan secara tidak langsung dan hanya menguntungkan peniaga serta pihak kerajaan sahaja.
1. Apabila barangan daripada pengilang, pemborong serta pengedar sampai kepada peruncit, harga setiap barangan telah termasuk kos pengangkutan, kos pengurusan serta melalui beberapa peringkat keuntungan oleh beberapa pihak yang terlibat. Maka 4% cukai langsung untuk semua barangan sebenarnya sangat tinggi kerana telah termasuk semua kos-kos berkaitan termasuk kos pengurusan disemua peringkat ‘supply chain’. Sedangkan sebelum ini hanya kos pada peringkat pengilang sahaja yang dikenakan cukai jualan. Rakyat yang ditambahkan bebanan untuk memudahkan kerajaan mendapatkan tambahan pendapatan. Menambahkan bebanan kita semua.
2. Walaupun cukai dikenakan kepada kita untuk setiap barangan, sebenarnya peniaga masih boleh mengelakkan dari membayarnya kepada kerajaan kerana kebanyakkan proses pembelian barangan tiada mempunyai resit yang sah atau sistem yang boleh di kawal oleh pihak berwajib. Adakah setiap pembelian kita boleh dibuktikan dengan daftar jualan oleh peruncit? Maka akhirnya kita yang rugi kerana cukai kita bayar tetapi tidak sampai kepada kerajaan. Bagaimana pihak kerajaan ingin memantau para peruncit pada setiap hasil jualan harian mereka?
3. Semua harga barangan sudah pasti akan meningkat kerana pihak pengilang atau pengeluar pasti tidak akan mengurangkan harga mereka walaupun tidak dikenakan cukai jualan kepada mereka kelak. Mereka akan cuba sedaya upaya mengekalkan harga semasa dengan seribu alasan akan diberikan oleh mereka. Maka harga dari kilang masih kekal tetapi kita akan ditambah dengan kos untuk pembayaran cukai 4% untuk setiap barangan itu.
4. Sistem pemantauan kerajaan, ketelusan serta kesungguhan untuk memastikan harga barangan terkawal dan tidak membebankan rakyat tidak pernah menunjukkan iannya berpihak kepada pengguna (rakyat). Apabila minyak naik, harga barangan pun naik. Gula naik, harga makanan berkaitan pun naik. Begitulah apa yang berlaku kepada pengguna di Malaysia kita sentiasa dibebani oleh kenaikkan harga barangan sehinggakan keadaan sekarang teramat meruncing sekali.
Jadi sepatutnya setiap sesuatu sitem atau perubahan yang hendak dibuat haruslah bakal menguntungkan semua rakyat bukannya menyebabkan rakyat dibeban kos kehidupan tambahan. Kalau dahulu pekerja buruh sahaja contohnya dikira susah. Sekarang ini, pekerja professional dan golongan menengah yang lain pun sudah menjadi kais pagi makan pagi, habis bulan habis gaji malah hutang yang bertambah.
Jika tidak percaya cubalah buat kajian terperinci. Kalau suami sahaja yang bekerja dan isteri tidak bekerja alamat tidak cukuplah pendapatan sekeluarga untuk menampung kesemuanya. Maka, masyarakat kita kian menderita cuma masing-masing hanya hidup bertahan walaupun hakikatnya terseksa dengan dihimpit dengan kos yang amat tinggi.
Adakah kita ingin terus dilanda krisis ini? Adakah kita mampu lagi meneruskan kepayahan ini secara berterusan malah semakin menyesakkan rakyat semua?
Fikirkanlah perubahan pimpinan negara ini dari UMNO/BN kepada pilihan terbaik untuk kita semua…Pakatan Rakyat. Inilah sahaja pilihan terbaik yang ada.
Corak kepimpinan BN/UMNO adalah berasaskan kepada kepimpinan menghimpit rakyat. Propaganda yang ditonjolkan hanyalah untuk mengabui mata rakyat, bukannya menyenangkan kita semua. Jika mereka betul-betul membela rakyat maka jika kita ambil satu contoh sahaja iaitu kadar tol. Secara logiknya, apabila pengguna lebuhraya meningkat maka pendapatan pemegang konsesi akan meningkat. Maka, kerajaan sepatutnya memperjuangkan pengurangan harga tol (syarikat tol itupun di bawah BN/UMNO juga). Begitu juga dengan kos bekalan eletrik, telefon dan juga air. Tiada arah menunjukkan mereka memperjuangkan untuk kita sebagai rakyat memperolehi pengurangan kos utiliti kecuali kerajaan Selangor. Itupun mendapat tekanan dari Syabas dan Puncak Niaga yang telah diberikan hak oleh pihak UMNO dan BN yang memerintah sebelum ini dengan pelbagai kepincangan.
Fikirkanlah wahai kawan-kawan, rakan taulan semua. Kita ubahlah dari kerajaan yang pincang ke sebuah kerajaan yang benar-benar boleh melakukan perubahan besar untuk kesejahteraan kita semua.
Reply
Mighty power is in your hand not in BN/UMNO. Vote wisely and we won’t have this problem for generations to come. Why you want to pay for a car that costs RM20,000.00 at RM40,000.00. This does not end here. You still have to service higher bank loan. This does not end either. You have to pay higher insurance because you are taking RM40K loan rather than 20K loan. The chain effect goes on until your pocket runs dry to feed your family. Please wake up our dear electorate. We deserve a better life rather than slogging our life just to pay for UMNO. Our children should enjoy more money to be spent on their needs rather than the never ending needs of UMNO.
Reply
Emmm.. bakar sana bakar sini.. pelik gak rasanye mane akal fikiran yg waras ye. AKU NIE tak mahu menunding jari kepada sesiapa pun, cuma kita sorot kepada kisah di Ambon hanya dari kes yg kecil akhirnya kristian dan islam saling berbunuhan.. tak terfikir ke akan musibah yg akan terjadi.
Pemuda yg ditgkap dan didkwa mebaling bom dikatakn hny si pengacau yg brckp kosong bknnye pelaku. Emmm misteri lagi, anyway jgnlh kerana wang srgit dua menjadikan kita membuang agama dan maruah kita. Sejarah kita sendiri 13May ramai yg telah tahu..dan AKU NIE sendri mendengar dr kata2 arwah ayh AKU NIE bgmana keadaan waktu itu, sebnrnya bkn semua cina dan bkn semua melayu brprg, cina jrn AKU NIE sendir trpksa sembunyi dirmh jrn melayu, dan melayu sndiri mnyorok di rmh cina.. emmm entahlah siapa yg perang siapa. Tapi ada crita dr sicina pekedai d kg AKU NIE melihat pergaduhan didpn mata mereka.. anyway inilah akibat dr provokasi.. sebenarnya tiada bgsa apa pun diMalaysia ini yg mahu bergdh dan tiada satu pun agama diMalysia ini yg suka berkelahi..lebih2 lagi kita sebagi muslim ini yg amt cinta agama, (ISLAM penuh tolaransi)
Musyarawah antara agama adalah jln terbaik, masalahnya siapa pula ahli agama yg cerdik dlm agama ingin mahu duduk berbincang? Balik2 mereka yg bukan ahli agama membebel tak tentu arah.. negeri ini boleh guna negeri sana tak boleh guna..pelik gak hukum agama mengikut sedap negeri ye. AKU NIE sedar kalimah ini tidak termasuk dlm hukum tetapi ianya lebih kpd tolaransi dan kefahaman (banyak tlh jelas hal ini). Tetapi AKU NIE hrpkan musyawarah secara ilmiah mesti dilakukan secepat mungkin berbanding musyawarah mengikut emosiah. Jangan membuat keputusan mendahului mahkamah (emmm ada gak kes yg lain tu blh lak mendahului mahkamah, pelik lagi).
Anyway adakan perbincangan sebelum ianya menjadi keruh dan busuk,,,Wallahualam.
Reply
ChekMaiKedah Reply:
January 24th, 2010 at 7:16 pm
Biase ler tu, sedara ! Abang Umnu Tu pandai main “aci” ! Aci-aci bukak pintu ! Silap-silap kono palang pintu. Baru padan muka ! Yang saya pelik, sedara…macam ler kita nih bodoh sangat !
Ape susah…mengaku dah buat salah. Kan mudah ! Dah kalah nak tunjuk hero jugak…memang haru ! Saya rase ler kan ! Esok ada lakonan baru plak. Hero tetap sama. Pengarah same ! Lakon layar pun sama gak ! Seronok betoi tengok puak-puak tu berlakon…hahaha !
Reply
Ini semua kerja parti yang cenderung kepada demonstrasi jalanan. Kami sudah celik dan faham dengan parti ini. Agung-agungkan individu tertentu, konon jaguh rakyat. Podah!
Reply
dina Reply:
January 26th, 2010 at 2:03 am
Sejarah membuktikan yang benar sentiasa terhimpit dan dizalimi pemimpin zalim. Dari zaman para Nabi dan rasul lagi sememngnya telah menjadi lumrah sejarah nya. Kita lihat di Afrika Selatan, Kita lihat di India dahulu. Kita lihat juga di Mesir sekarang ini. Kezaliman pemerintah menyebabkan rakyat hanya mampu bersuara dengan cara jalanan. Malah kita lihat sendiri di Malaysia, rakyat bangkit dijalanan untuk menentang kezaliman pemerintah yang ada.
Saudara iskandar bercakap seolah-olah mengetahui bahawa surat khabar Utusan, Berita Harian atau TV3 itu adil buat kita semua. Bolehkah mereka menyiarkan secara berani kepincangan PKFZ dan menunjukkan kronologinya dan dibuatkan suatu dokumentari khas sehingga selesainya kemelut 12.5 billion RM untuk tontonan semua rakyat? Berani? Itu satu contoh isu sahaja.
Atau bolehkan media massa kita membuat suatu rancangan khas yang bertajuk ‘gejala rasuah di Malaysia’, kemudian ditayangkan pada setiap minggu dengan pemberita-pemberita serta jurugambar-jurugambar bersama SPRM menunjukkan perasuah-perasuah negara, boleh???
Sebab tidak boleh di pertanggungjawabkanlah maka rakyat bangkit menyuarakannya sendiri dijalanan. Sudah berapa banyak aduan polis dilakukan tetapi apa tindakannya? Apa terjadi kepada VK LInggam? Apa tindakan susulan selepas Suruhanjaya? Apa jadi pada Pewaja? Apa jadi pada Stadium yang runtuh? Apa jadi pada MRR2 yang retak? Apa jadi pada rasuah2 besar yang lain?……….
Kita bersyukur kerana ada juga pemimpin seperti DSAI yang lantang serta berani memperjuangkan nasib kita semua bukan seperti saudara yang bacul dan pandai membodek UMNO sahaja. Apa untungnya individu bernama Anwar Ibrahim ini terhadap perjuangannya. DS sudah tua. Beliau telah berumur dan semakin uzur. Kalau tidak ingin melihat negara ini berubah dari kepimpinan durjana kepada yang lebih mulia..
Inilah hakikatnya. Biar dijalanan asalkan tujuannya mulia untuk rakyat semua. Jangan tampak hebat didewan tetapi sebenarnya menjadi petualang dan pengikis harta benda rakyat semua.
Reply
salam DSAI..
sedih bila mendngar org yg brtanggungjwb dlm kes bakar surau di muar baru2 ini didalangi oleh org melayu sendiri..apakah mereka ini tidak sedar perbuatan itu amat brtentangan dgn ajaran agama Islam? apakah maksud yg tersirat dlm perbuatan itu? berbaloikah mereka dgn menimbulkan provokasi diantara agama kristian & agama Islam di negara kita yg tercinta ini?..tergamaknya mereka melakukan perbuatan sekeji itu hnya kerana habuan wang ringgit yg ditawarkn oleh golongan2 yg berkepentingan..Ya Allah..selamatkanlah negara Malaysia dari anasir2 yg mahu mengancam keselamatan negara ini..tunjukkanlah kekuasaan Mu kpd mereka2 yg busuk hatinya itu dan tunjukkanlah kebenaran Mu Ya Tuhan ku Ya Allah yg Maha Mengetahui dlm segala hal..Aminnn..
Reply
Salam semua,
Memang tidak boleh diterima tindakan membakar dan cubaan memusnahkan tempat-tempat ibadat tidak kira apa agama sekalipun. Aku memang marah dengan tindakan bodoh seperti itu. Implikasinya cukup berbahaya kepada kesejahteraan dan kerukunan semua kaum dan agama di Malaysia. Buat rakan-rakan seperjuangan, demi menegakkan keadilan kita perlu berani dalam sabar. Berani menentang segala kemungkaran, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa tidak kira baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Kita punya hak dan kuasa untuk menegur segala kepincangan yang berlaku di depan mata. Sentiasa bersabar dalam merealisasikan matlamat yang dicita-citakan itu, kerana setiap perjuangan demi untuk kebaikan pasti akan ada dugaan.
Masihkah lagi kita ingat beberapa kejadian melempar kepala babi di tempat-tempat umum dan tempat ibdah orang melayu yang lalu. Apabila melihat kepada haiwan bernama babi, secara sinonimnya kita akan melihat kepada sahabat kita berbangsa cina. Kerana itu adalah makanan tradisi mereka. Pasti terlintas difikiran kita apa tujuan orang-orang cina melempar kepala haiwan yang dianggap begitu najis di tempat-tempat tumpuan umum dan tempat ibadat khususnya orang melayu? Bukan kah pada ketika itu sedang hangat tersebar desas desus mengatakan orang-orang cina amat mempertikaikan ketuanan melayu oleh orang melayu. Mereka digambarkan cuba mendapatkan hak yang sama sebagai rakyat Malaysia setaraf dengan orang melayu sebagai penduduk peribumi yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Tindakan-tindakan agresif oleh pihak-pihak tertentu itu cuba membakar perasaan dan emosi orang-orang melayu terhadap kaum berbangsa cina. Alhamdulillah rakyat Malaysia sudah sedar, bahawa ada pihak-pihak tertentu yang sengaja mencetuskan ingin melaga-lagakan antara orang melayu dan cina di Malaysia tercinta ini. Siapa dalangnya? Apa tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa khususnya pihak polis? Kita kaitkan pula dengan kenyataan-kenyataan akhbar oleh pihak pemerintah yang umpama cakap tak serupa bikin itu. Nampaknya agenda tersembunyi mereka untuk melihat orang melayu bermusuhan dengan orang cina seterusnya mengekalkan tradisi pemerintahan pecah dan perintah mereka itu tidak mendapat tindakbalas seperti yang diharap-harapkan. Perancangan jahat mereka tidak kesampaian.
Seterusnya, kita lihat pula kejadian sebelum ini, ada pihak yang cuba melaga-lagakan orang melayu dengan orang india dengan tindakan bodoh mengarak kepala lembu kebetulan sempena hari kebesaran mereka cukup memberi penghinaan dan mengguris perasaan sahabat-sahabat kita. Alhamdulillah berkat kesabaran semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, provokasi daripada pihak-pihak yang rendah akhlak dan iq itu tidak mendapat tindakbalas seperti yang direncanakan. Rakyat Malaysia terutama melayu dan india pada ketika itu sudah mengenali mana batu dan yang mana permata. Siapa mereka-mereka yang membaling batu sembunyi tangan? Mudahnya, rakyat Malaysia mampu meneka siapa dalang di sebalik kejadian tersebut. Kita fikirkan sejenak, apa tindakan terhadap segerombolan mereka yang rendah akhlak dan iq itu berarak sambil mengarak kepala lembu tadi. Alasan mereka yang tidak boleh diterima oleh akal yang sihat bahawa tindakan seperti itu adalah bertujuan sindiran kepada MB Selangor. Mengapa tidak menggunapakai kaedah yang lain? Jika mungkin mengarak kepala haiwan seperti itu amat berkesan dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada pihak yang berkaitan, mengapa perlu kepala lembu? Sedangkan kita tahu pada waktu yang sama sahabat kita berbangsa india sedang melaksanakan ibadat mereka. Dan kita juga sedar bahawa lembu adalah haiwan yang dianggap suci oleh mereka. Mengapa tidak menggunakan kepala haiwan lain seperti babi ke, tikus ke, katak ke,ayam ke, dan sebagainya? Atau guna kaedah atau cara lain tanpa mengguna kepala haiwan apa sekalipun dan banyak lagi cara lain yang lebih praktikal. Perancang atas tindakan tersebut cuba bermain dengan api perkauman dengan harapan wujud suasana seperti tragedi 13 mei bilamana melayu, cina dan india bermusuhan.
Namun di atas kesedaran perpaduan yang tinggi di kalangan rakyat, pasti perancangan kotor dan jahat mereka itu tidak menjadi.
Sekarang ini mereka cuba mengekploitasi kes tuntutan penggunaan nama Allah oleh penganut agama kristian di malaysia. Sebagai rakyat yang cintakan keadilan dan kedamaian, saya melihat seolah-olah kes ini bukan satu kebetulan malah sengaja direkacipta dan digembar-gemburkan bahawa penganut kristian di Malaysia kini mencabar kesabaran orang-orang melayu yang rata-ratanya amat sensitif bila menyentuh bab agama dan keTuhanan. Siapa lagi dalangnya? Apa pula tujuannya? Apa yang pasti ini bagi mewujudkan rasa tidak selesa dan tidak senang antara penganut islam dan kristian. Kes-kes pembakaran dan penghinaan terhadap beberapa gereja kristian dan begitu pula sebaliknya kes-kes pembakaran surau-surau milik orang islam digambarkan seolah-olah kesan bahaya yang timbul daripada isu tersebut. Persoalan timbul di sini ialah apa dan bagaimana pihak berkuasa seperti polis menangani masalah itu. Telah diberitakan bahawa sudah ada yang telah ditangkap, tetapi tidak ada kedengaran apa bentuk tindakan yang telah diambil terhadap mereka itu.Siapa mereka? Siapa pula dalang di sebalik kejadian-kejadian tersebut? Adakah ini semua terjadi secara kebetulan?
Secara peribadi saya melihat ini semua sekadar percaturan politik yang mereka lakukan bagi terus mengekalkan kuasa mereka yang sudah berada di ambang kepupusan.Cuma kebimbingan akan semakin memuncak apabila demi untuk mempertahankan kuasa yang semakin berada di penghujung ini, mereka sanggup membunuh bagi menguatkan lagi jalan cerita rekaan mereka itu. Selain itu, kejadian-kejadian tersebut adalah bagi menutup serta mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia terhadap segala kepincangan dan ketidak telusan yang sedang berlaku
Reply
orang Islam yang membakar surau wajib bermuhasabah, adakah imannya masih diterima Allah
Reply
SIR ABU Reply:
January 27th, 2010 at 9:25 am
Rosulullah saw. pernah jawab hal buat maksiat : Tidak beriman seseorang kamu pada ketika dia melakukan dosa.
Komen saya : Iman ramai manusia tak ubah macam iklan kat TV satu masa dulu, “Sekejap ada, sekejap tak ada !” Selagi imannya tidak diterima oleh Allah, selagi itulah ‘huru-hara’ hidup seseorang. Mohonlah petunjuk yang benar. Mudah-mudahan anda diberikan panduan yang benar serta tergolong dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan ketaatan.
Berfirman Allah swt. : Tuhan melantik di kalanganmu seorang Rosul. Taatilah dia jika kamu cintakan Allah.”
Wallahu’alam.
Reply