Archive for January 22nd, 2010

22 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Merdeka Review

Kesemua “enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)” tidak akan mencapai KPI-nya (Indeks Prestasi Utama), seandainya tiada KPI untuk keadilan. Malah, dengan pencabulan hak asasi, krisis Perak yang berlanjutan, usaha untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan sebagainya, PM Najib Abdul Razak dibidas kerana gagal dalam KPI keadilannya.

Walaupun ada yang cuba membezakan antara konsep “KPI” dengan “target” (matlamat), malah menekankan bahawa tercapainya KPI tidak semestinya membawa makna tercapainya matlamat, namun tetap bersetuju bahawa “KPI” ini sekadar slogan atau retorik Najib untuk menang dalam pilihan raya umum.

Demikianlah pandangan dan kritikan yang dilemparkan dalam satu ceramah umum berjudul “Di Mana KPI Keadilan, Tuan Najib?”, anjuran SELPROA (Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. (more…)

22 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.

Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou pada November 2009 dan terbaru lawatan ke Beijing minggu lalu.

Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad mencurigakan kerana soal kelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu. (more…)

22 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam. Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting masing-masing dipercayai dibakar menggunakan minyak tanah. Setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.

Pendirian Pakatan Rakyat jelas iaitu kesucian rumah ibadat, walau apapun kepercayaannya mestilah dihormati. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral.

Saya juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu. Amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit.

ANWAR IBRAHIM