Dari Harakah Daily
Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kempen terdesak pihak Umno untuk memenangi hati rakyat dengan slogan ‘Umno Juara Rakyat’ adalah omongan kosong dan gimik politik murahan semata-mata.
Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut yakin bahawa rakyat tidak mudah termakan dengan slogan itu kerana jelas bahawa trek rekod Umno dulu, kini dan selama ini sememangnya parti itu adalah juara rasuah politik dan banyak dasarnya menyusahkan dan membawa beban kepada rakyat dan negara.
“AMK Selangor ingin mengingatkan Umno memang juara rakyat dalam hal merampas tanah rakyat, rasuah dan penyelewengan, skandal akhlak dan moral, membawa kebobrokkan kepada sistem kehakiman, merampas kuasa di Perak dan pelbagai lagi persepsi negatif,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Oleh itu, tegasnya rakyat perlu menyedari Umno akan berbuat apa sahaja untuk mengemis simpati rakyat dan menggunakan pelbagai isu sensitif untuk talian hayat politik sempit mereka.
Baginya, Umno semakin terdesak untuk mengemis sokongan rakyat setelah rakyat menolak politik perkauman sempit yang diamalkannya dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 lalu.
“Sebelum ini pemimpin-pemimpin politik Umno/BN angkuh dan sombong untuk mendengar suara dan rintihan rakyat malahan suara rakyat sering diperlecehkan dan diinjak-injak, malahan suara daripada golongan muda langsung tidak dipandang,” ujarnya.
Kini, katanya rakyat sedar dan mengetahui akan kebobrokkan politik Umno/BN yang sekadar berjuang untuk wang dan kepentingan diri yang sempit, ditambah dengan kekalahan teruk parti itu dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.
Tambahnya, AMK Selangor ingin menyatakan bahawa rakyat tidak semudah dan selunak itu untuk terus ditipu dan dibohongi oleh politik Umno/BN yang sarat dengan budaya rasuah, penyelewengan wang rakyat dan skandal yang menjijikkan.
Katanya, jika Umno sahaja juara rakyat bagaimanapula parti komponen dalam BN yang lain.
Ini, tambahnya membuktikan bahawa Umno tidak pernah menganggap bahawa parti-parti dalam BN adalah juara rakyat juga selama ini.
Justeru, ujarnya apa lagi yang ditunggu untuk bersama-sama dalam BN kerana Umno hanya mempergunakan parti-parti komponen hanya dalam pilihan raya sahaja, lemudian jasa dan pengorbanan parti-parti komponen itu terus dilupakan.
“Maka ini adalah masa yang amat sesuai parti komponen dalam BN menilai semula hubungan politik dengan Umno kerana pPolitik Umno umpama bahtera yang sedang karam sedikit demi sedikit.
“Oleh itu keluar segera daripada bahtera usang Umno yang semakin hari mulai tenggelam akibat arus perubahan besar yang melanda dunia dan iklim politik negara,” ujarnya lagi.









Kalu setakat nak iklan, sapa pun boleh iklan. Buktinya apa ? Makin laung SATU, makin hancur berkecai ! Apa sangat jasa MR.N Tu ? Banyak lagi bakti Datuk Seri kita !
Reply
Juara yang sebenar adalah insan bertaqwa. Menjadi selamat rakan & taulan. Bila menjadi pemimpin, melimpah ‘rahmat’ melalui usahanya. Yang pasti, orang taqwa tidak penting diri. Maka, menjadi mudah setiap urusan lagi jaya dan menjayakan.
Umno mengaku bertuhan tapi sering ‘cabar’ Tuhan ! Semua pembangunan yang dibuat bukan kerena kehambaan sebaliknya demi kelangsungan pentadbiran mereka. Kenapa mesti ada Klinik One Malaysia, sedangkan klinik yang diiklankan klinik yang sama. Kamu nak tipu siapa, wahai saudaraku umno ? Kamu tipu diri sendiri. Alangkah peliknya kamu !
Reformasi yang dibawa oleh DSAI jelas dituntut oleh Islam. Tidak disebut ‘reformasi’ dalam Al Quran sebaliknya ‘Islah’. Ertinya, bergerak maju daripada suatu keadaan yang ada kepada sesuatu yang lebih baik. Malangnya, ‘mencorotkan keadaan’ yang dibawa oleh umno. Maka, tidak ada gunanya ‘gah’ mengiklan dan ‘menjaja’…itu tandanya, kamu dah ‘tak laku’…Boleh jalan le !
Reply
Nasib baik selepas 308 ,banyak rahsia dan kes rasuah telah terbongkar. Rakyat sekarang semua cerdik pandai , bukan katak bawah tempurung , bijak menggunakan media baru untuk dapat maklumat yg terbaru dan benar.TV & media yg disekat oleh BN tidak lagi diminati anak muda yang matang fikiran dalam politik. Syabas! Umno dan BN memang juara rasuah ,bukan Juara Rakyat.Tengok mula tahun 2009 ini,tiada Bonus untuk kakitangan kerajaan , cukai sini,cukai sana,barangan harian pun naik , pendapatan yg turun, betapa sedih rakyat menyambut tahun baru dalam zaman inflasi ini. Menteri kita semuanya bontel-bontel berumah dan berkereta besar,rakyat pula bertitik peluh kejar bas,kejar teksi,menonggang basikal dan motosikal di bawah cuaca panas . Mereka anggap diri Juara Rakyat mungkin kerana mereka lebih mewah daripada rakyat krn makan tanggung ,tapi sebenarnya mereka Juara Rasuah. Lintah Darat yg paling kejam dan banyak hisap darah rakyat. Tengok kes-kes besar,ikan bilis yg tertanggap tapi akhirnya dilepaskaan juga. Rakyat telah muak dengan politik semacam ini.
Reply
All the awhile Umno is the Agong and rule under the banner they call BN…since when did Umno listen to its component,the component are being created or there to represent the various races, you are cina…you got MCA and India,you got MIC…thats how they “Divide And Rule”
The role play is to pleased the master,Umno…they are the puppet’s !
Worse !…all the head are suppose to help or at least try to improve each other race but mostly are self serving moron’s !
What people always hear is this 3 major component party,commenting on played up or concerning the 3 biggest race group party…The umno,mca or mic…the rest of the smaller race component party are regards as irrelevant…Have No Say at All…never heard off ?
After so long and all the songlap…now the people,irrespective of what race are rejecting their own party because what the people in the corridors of Power failed to understand is irrespective of whatever race we are,the basic need’s are still the same as everyone else !
They wanted to and still believed that the Rakyat/People are still very stupid…what we can see now,the Chinese have completely reject the mca and the Indian…don’t know which party they are suppose to belong ???
The Rest…On The Future Of This Country And For All Malaysian…We leave it to you ! Majority Are Silence !
Reply
minta maaf la..selagi itu pemimpin umnu yg ada..selagi itula keadaannya sama..
bapak kencing berdiri..anak kencing diri sendiri
Reply
juara penyapu one malaysia
Reply
Takpe bior pape asal bergaye pergi jahanam ngan UMNO kerjanya fulus2 itulah yg diorg tau rakyat yg biolje sokong sebab masyuk…
Reply
Rasuah dah sebati dengan depa apo nak dikato tolanjang?
Reply
Bila pilihanraya je yang nampak lepastu rembat semua yang ade termasuklah mohamad tongongtu?
Reply
pemerhati politik Reply:
January 21st, 2010 at 5:50 pm
sama jugak dah menang sakit entah kemana….. susah jugak ahli parlimen yang sakit x menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen… susah jugak……
Reply
SEJENAK KITA BERGELAR 1MALAYSIA pokoknya semua 1malaysia,apanak jadi pd ~malay si aaa~ org kita juga yg bonggok suka diperhambakan,asal ada tip 20sen,bangunlah wahai org kita jgn jadi bodoh oleh 1malaysia juara rakyat(rasuah) raja segala2 penipu,pandang bawah sana apa yg ada dari org kita…sudah semua senang hidup kaya raya,kaya taik kerbau,kut5u rayau,kais pagi mkn pagi,kais ptg mkn KFC kalau kita benar2 juara rakyat,mentaliti org kita skrang terlalu senang di juarakan asalkan kais pagi mkn maggie kais ptg mkn KFC sebab dah diJuara OMNO…….
Reply
Bila sebut pasal rasuah… Sama aje Tiada bezanya dengan PR 2 X 5…5 X 2…DUIT BEB…
Reply
seniman 85 Reply:
January 22nd, 2010 at 6:46 pm
dangkal sungguh bunyi kenyataan kamu itu 4jjluZ!!!
setelah beberapa ketika kamu ghaib tiba kamu muncul kamu selar semua peminat dsai
umum penyokong pakatan rakyat mana pergi maruah kamu..
pendatang tanpa izin pun pandai menyembunyikan diri dari pihak berkuasa
inikan pula kamu… umpama beruk bergayut didahan..
berikan bukti penyelewengan dibuat pr!!
jawab satu solan saya.
kenapa tuntutan tun M.yang terang mengarahkan najib untuk membuat siatan diraja mengenai
270bilion yang dirompak dari wang rakyat, ketika sepenggal pemerintahan Pak Lah.ditolak mentah2?
Reply
seniman 85 Reply:
January 23rd, 2010 at 5:51 pm
kepada saudare 4jjluZ…
saya ada satu soalan pada awak.
kenapa najib menolak permohonan dr.M untuk menubuhkan sebuah siasatan diraja bagi 270bilion wang rakyat yg telah dibazirkan sewaktu pentadbiran Pak Lah?tidakkah itu sebuah peniayaan pada rakyat?
Reply
seniman 85 Reply:
January 23rd, 2010 at 6:20 pm
sah lah 4jjluZ ada masalah mental mana tak nya datang sini tak bg salam tau2 jer dok komen jelek terhadap peminat PR.ibarat datang tak diundang tapi dok maki2 tuan rumah.sampah masyarakat.
Reply
UMNO mengambilalih kuasa dari British sejak 1957 dan sesudah itu tidak puas-puas mengambilalih kuasa dari sesiapa pun termasuk raja-raja, negeri-negeri dan masyarakat sivil, PKR mengambilalih sebahagian kuasa dari kerajaan BN sejak 8 Mac 2008, kuasa mereka tidak bertambah sehingga hari ini, siapa yang juara rasuah?
Reply
Harapan Baru utk Malaysia Reply:
January 23rd, 2010 at 12:32 am
Omno juara rakyat huh…juara taik kucing adalah,tak payah pakai juara2,tu org2 miskin rakyat kita juarakan supaya mereka tak tersiksa dibelenggu kehidupan skrang yg di orakalik oleh OMNDO tu.OMNO semacam main sorong papan tarik papan dgn rakyat,umpan mcm main catur..pooralah…
Reply
SLPAS No, 6 Reply:
January 26th, 2010 at 9:22 pm
Perjuangan umno hanya tinggal sekangkang kera mnkin kali terakhir kita melihat muka2 pak menteri dikaca tv,kesian ada yg baru nak kumpul harta dan tambah bini harap2 kita cepat2 cari kandang utk simpan mereka buat zoo umnu,buatlah detik dan sejarah di malaysia ni…
Reply
Tajuk dia patot….UMNO DALAM PEMERINTAHAN TOK KALI TERAKHIR”…sedey pla aku …ishx3.
Reply