Dari Malaysia Kini
Oleh Fathi Aris Omar
Selepas menimbulkan kegemparan, sehingga ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), buku Barry Wain tidaklah terlalu mengejutkan dan tidak pula benar-benar “baru”.
Cuma ia mungkin menarik bagi karya jenis biografi seorang tokoh politik apabila susunannya itu diulas dengan kritis oleh seorang bekas editor kanan.
Sebahagian besar Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times rangkuman maklumat yang sudah diketahui umum, khususnya di kalangan peminat tegar politik sejak selepas merdeka, termasuk melalui ceramah politik, gosip dan terbitan alternatif.
Generasi Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim misalnya, apatah lagi pemimpin politik berstatus mereka berdua, mungkin tidak terpukau dengan buku setebal 363 halaman ini.
Jadi, saya hairan kenapa KDN perlu memerap buku tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Apakah rahsia yang hendak disembunyikan daripada kita, generasi muda politik yang baru belajar menggali sisi-sisi gelap Dr Mahathir? Apakah agenda tersirat KDN dan menterinya Hishammuddin Hussein – untuk menyelamatkan imej mantan perdana menteri itu?
Dengan menangguhkan pengedaran buku itu, kelihatannya kerajaan cuba menyelamatkan imej Dr Mahathir, atau legasinya, walaupun dengan mencemarkan imej Najib Razak sendiri – tokoh yang dikatakan, pada kalangan tertentu, warisan Mahathirisme!
(Dr Mahathir sendiri menggesa Malaysian Maverick diedarkan.)
Satu contoh bahan yang tidak mengejutkan itu: krisis Dr Mahathir dengan raja-raja Melayu seperti sering dirujuk sebagai episod pencemaran imej institusi istana pada 1992 hingga awal 1993. Pencemaran – di sisi pembangkang – bagi menunjukkan sikap hipokrit Umno yang sering pula melaung-laungkan membela istana.
Pada 18 Januari tahun itu, selepas serangan psikologi yang bertubi-tubi terhadap institusi raja, perlembagaan negara dipinda bagi membolehkan satu mahkamah khas dibentuk untuk mengadili sultan yang terlibat dalam salah laku di luar tugas rasminya.
Cara BN, yang dikepalai perdana menteri waktu itu, memburuk-burukkan raja khususnya melalui filem-filem klasik hitam putih di rancangan TV bersama rencana-rencana dan ulasan-ulasan politik di akhbar seolah-olah Umno atau BN sedang merencanakan projek pembentukan sebuah negara republik.
Tetapi Wain, yang menulis bab khas episod ini ‘Agong yang tidak dimahkotakan’, merumuskan betapa bekas PM itu tidak perlu sebuah republik kerana tindakannya melucutkan semua kehebatan istana berjaya mengangkatnya sebagai kepala negara berstatus ‘agong’.
“The erosion of the rulers’ stature and influence ‘diminished their constraining role in tempering the exercise of executive powers’, which Dr Mahathir proceeded to wield with unprecedented latitude.
“In a remade constitutional landscape, he had no need to contemplate a republic. He was the uncrowned king,” catat bekas pengarang kanan Asian Wall Street Journal itu.
Walaupun insiden 1993 menjadi ingatan kolektif ramai aktivis muda politik, kebanyakannya pula sudah melupai atau tidak menghargai kepentingan insiden awal sedekad sebelumnya.
Insiden yang jauh lebih signifikan daripada mengekang kemelampauan institusi diraja seperti pindaan 17 tahun lalu. Dalam bahasa Dr Mahathir sendiri, sewaktu berucap bagi mengikis lagi martabat istana pada 1993, beliau berkata:
“Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh raja. Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana raja tidak mungkin menolak nasihat jemaah menteri.
“Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak raja boleh menolak nasihat kerajaan.
“Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti demokrasi berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya.
“Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-raja.”
Insiden 1983 mengubah sama sekali lanskap demokrasi Malaysia dengan membuang kuasa Istana Negara, dan Majlis Raja-raja Melayu, sebagai kuasa penyemak dan pengimbang – kuasa keempat seperti sering dikhayalkan oleh Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Dengan terhakisnya cap mohor diraja daripada rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Dr Mahathir boleh berbuat apa sahaja sesuka hatinya.
Pindaan perlembagaan 1983 ini pula diusaha dengan penuh sulit dan rahsia sehingga digelar Wain sebagai “kerahsiaan yang belum pernah lagi berlaku dalam kehidupan bernegara” di Malaysia.
Dengan lesen besar yang diperolehinya, bermula era baru kepemimpinan politik Dr Mahathir dan fasa-fasa gelap demokrasi negara.
Selebihnya, apabila kita merenung kembali ke belakang seperti analisis Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy demokrasi kita telah menelusuri liku-likunya yang malang mulai tanggal itu …

Dr.M memang handal. Tapi, lebih menjurus kepada tamak. Tamak kuasa. Akhirnya, sewenang-wenangnya dia menjadi ‘pengarah’ satu lakonan meloyakan yang berkaitan dengan mantan TPM, sedara saya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apakah dia merasa sangat selesa dengan dirinya yang demikian ? NO ! Sapa kata, orang berdusta ‘bisa senang’…Hal ‘kaya’ lain bicara ! Hal ‘senang’ bukan senang ! Keselesaan itu anugerah. Bukan ‘bisa bikinan’ ! Apa jadi kepada Fir’aun. Itupun Raja takde tengkolok jugak ! Hebat daripada Dr.M lagi…Ditenggelamkan Tuhan ke dasar laut ! Who is Dr.M ?
Penjawat ‘muflis’ dalam adab dan tata-sulia seorang yang mulia. Nampak macam bagus ! Tapi, perbuatannya membuktikan segala-gala. Jangan saudara pertahankannya kerana banyaknya pencakar langit. Jangan saudara pertahankan Dr.M kerana berbilang masjid ‘dhirar’ yang dibinanya.
Bina bukan atas dasar ‘kehambaan’ hanya pura-pura yang jelas kelihatan. Lebih baik lagi madrasah usang Rosulullah saw. meskipun dibina dari ‘pelepah tamar’ ! Apa erti kehambaan jika Nafsu bertahta di hati. Pabila mati seseorang anak Adam, yang ditanya tentang siapa Tuhannya dan siapa imamnya.
Jangan ‘loyar buruk’ ! Kat dunia, ‘bisa temberang’…dalam kubur…Malaikat, ‘ngak bisa dirasuah’, Dong ! Yang pastinya, bakal kono…DING & DONG ! Siang malam kena belasah dek Para Malaikat…Yang patut dibuat, akur kesalahan diri. Hebah bahawa kamu telah berdusta ! Jika tidak, belum selamat.
Ingatan ini kerana kasih. Sewaktu kecil, Dr.M yang menawarkan ubat untuk saya di Maha Klinik, Pekan Cina, Alor Setar. Siap dia pesan lagi : “Belajar rajin-rajin. Jangan jadi orang jahat !” Saya tak lupa pesanannya. Maka, sebagai mengenang budinya itu, nasihat ini saya tawarkan untuk ‘ayahandaku’ itu, Dr. Mahathir. Bertaubatlah, Ayah !
Reply
He say before “Nak Jadi Agong,Tak Bagi”…22 years he rule with Iron Fist and were rank 4th Most Powerful Man In The World !
He transform Malaysia into having some world 1st class facilities with Vision…and wanted the Rakyat Mentality To Remain Forever 3rd class.
He only wasted RM 100 Billion of Duit Rakyat in the name of Prime Minister…Ship !
After his 22 years ended (1981-2003)…what we see now the affect are the people are more divided,
country poorer,crime rate higher and…opposition stronger !
Time To Changed For the Better Good !
Reply
Mahathir Agong?. This is an old issue…
Not many knew him in the 1960s….In 1968, this very man went to Harvard Business School to enrol in a Henry Kissinger-run summer program. He has built a very strong relationship with the Jews then. And now, this man shouts around and also echoed by their loud bandwagon of bandits…that Anwar is the Jewish agent!.
Will Mahathir deny this fact?. Please read the biography of Dr Henry Kissinger….Kisinger proudly stated that ‘I can enter the office of the Malaysian Prime Minister (Mahathir’s) any time I so wished!’…..when he got the soled backing of the Jews, he poked Tunku and together with Razak, this mamak USED Datuk Harun and 13 May 1969 ERUPTED….he is actually killing 2 birds with one stone!. He pushed Tunku for Razak to go up….and he effectively KILLED the Charismatic Harun, the umno youth leader seen as the next in line after Razak to be PM….
He effectively positioned himself behind Hussein, Razak’s in law…..only to poke Hussein later…..
He killed paklah by asking muhyiddin to poke ….and many believed he has already used Zahid to poke Najib?…..what is his target?….To position the bald mamak as potential DPM!….
How will he end his favourite pastime of political games?…He wont!
Reply
mahathir is agong tanpa tengkolok ternyata dia adalah agong memenoh temboloknya sendiri.
Reply
kulup amrin Reply:
January 20th, 2010 at 11:40 am
tengkolok TDM di gunakan untuk musnahkan kerjaya politik teman apa bila tengkolok tersebut di pakaikan pada KULI di Sabah “tengkolok bersalib” sehingga KULI tewas dalam usaha sebagai Presiden UMNO. Nanpaknya TDM telah mengunakan Salib keatas Tengkolok suatu ketika dahulu. Tengkolok kadazan bersalib tersebut di paparkan dalam Media arus perdana oleh TDM untuk mejatuhkan lawan secara kotor. bukan persaingan secara sihat.
Reply
What’s the big deal with Kuasa diraja? They were murderers and rapists who were allowed to go off scott free just because their grandfather’s grandfather was a Sultan. Mahathir did the right thing.
Reply
bewoks Reply:
January 19th, 2010 at 11:47 am
haha,
ni pun cam mohammad je,
brapa ek umno bayar?camne nk join?
cakap la,
aku nk join gk
Reply
Mohamad Reply:
January 20th, 2010 at 6:02 pm
Minta maaflah, saya bukan setuju langsung dengan pendapat Jebat tak guna itu, Sultan dan Raja adalah lambang kekuatan dan kedaulatan orang Melayu. Kalau Hang Jebat masih ada, sudah lama si Jebat tak guna itu ditikam dengan Taming Sari sebab menentang Sultan dan Raja. Hang Jebat bukan berperangai macam Jebat tak guna itu, dia menentang ketidak adilan, bukan menentang sultan, kerana sultan yang adil patut dipatuhi, sekarang ini mana ada sultan buat suka-suka hati untuk seksa orang, apa Si Jebat itu apahal pula nak hapuskan sistem beraja, anda boleh berambus dari Malaysia kalau tak suka sistem beraja. Sekian, terima kasih.
Reply
Apa yang Tun Mahathir buat untuk cemarkan kedudukan sultan dan raja? Tun Mahathir tidak rendahkan pun kedudukan sultan dan raja, cuma dari segi perundangan untuk jadi lebih adil Tun Mahathir mengurangkan imuniti sultan dan raja supaya boleh juga dibicarakan jika melakukan apa-apa kesalahan yang boleh didakwa mengikut undang-undang. Apa salahkah kalau buat begitu? Pakatan Rakyat memang pandai memutar belitkan isu untuk kepentingan peribadi mereka. Mereka akan pusing sampai orang jadi bengong dan dengar kata mereka seperti pak turut (untuk geng Pakatan Rakyat saja). Anda semua perlu melihat dengan jelas tindakan Tun Mahathir pada tahun 1983 itu adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah antara golongan istana dan parlimen. Bukanlah niat Tun Mahathir nak hina raja atau sultan, tapi untuk mendemokrasikan negara dengan lebih luas lagi. Kalau nak mengenakan orang pun agak-agaklah, nanti kena saman pula, tapi Tun Mahathir sabar dan mengerti rakyat faham apa yang dibuatnya, sebab itulah tiada rusuhan bila pindaan perlembagaan pada tahun 1983. Malah di pihak istana pun faham bahawa pindaan itu perlu untuk keadilan selaras dengan keperluan Islam yang tidak membezakan sesiapa pun dalam tindakan undang-undang. Sekian, terima kasih.
Reply