17
Jan
10

Ghairah Buku & Manfaat Teknologi

Hal yang melecehkan tatkala merencana pengembaraan jauh adalah memilih buku dan memikulnya. Maka amat melegakan manakala saya perolehi Sony Reader, teknologi canggih baru menyorot langkah Amazon Kindle.

Saya muatkan karya klasik secara percuma, langganan pesanan beberapa judul baru dan akhbar harian saperti Financial Times. Pastinya media picisan yang meloyakan tidak disenaraikan, haha!

Sebagai persiapan wacana sarjana Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Beirut, saya terpasa merujuk kepenerbitan IIIT terutama buku-buku Maqasid Shariah – Al-Shatibi dan Ibn Ashur, juga beberapa karya lain yang mengupas isu pendidikan tinggi di negara-negara Islam.

Beberapa sarjana menyentuh langkah UIA meneroka pendekatan “pengIslaman ilmu” (Islamisation of Knowledge) serta kegiatan keilmuan yag rancak dulu; dan mereka mengeluhkan kelesuan sekarang.

Dalam sidang al-Quds, dipaparkan kisah derita rakyat Palestin dibawah cengkaman regim Zionis Israel serta penodaan kesucian Baitul Maqdis.

Saya menfaatkan waktu berunding dengan ulama, wakil gerakan Islam dan perwakilan.

Dan beralih ke Sony Reader, amat menarik sekali; terutama setelah selesai kedua sidang dan dalam perjalanan pulang.

Saya menelaah semula satu jilid karya Edmund Burke dan “Man & Superman” oleh George Bernard Shaw. Sampuk teman saya tatkala di lapangan terbang semalam, karya klasik perlu diulang baca kerana kesegaran ilmu dan kekuatan bahasa.

Budaya sedemikian malah wajar dikembangkan di kalangan generasi muda dalam bahasa Melayu. Senarai utama termasuk Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, novel-novel pilihan Balai Pustaka, puisi-puisi Chairil Anwar, WS Rendra, Tawfik Ismail serta karya-karya sasterawan negara.

Saya pernah menyentuh mauduk ini sejak mengasaskan Yayasan Karyawan hampir 14 tahun dulu. Hanya karya-karya tersebut yang masih belum dimuatkan dalam Amazon Kindle atau Reader!

ANWAR IBRAHIM


17 Responses to “Ghairah Buku & Manfaat Teknologi”


  1. 1 Rushdi Jan 17th, 2010 at 3:50 pm

    Tahniah Dato Seri kerana dengan menggunakan teknologi terkini seperti Sony Reader sebagai medium untuk mendapatkan Informasi dan mendapatkan bahan bacaan hanya dihujung jari.

    Sangat menarik, sebagai seorang yang berpengaruh seperti Dato menceritakan pengalaman Dato menggunakan teknologi seperti ini sebagai bahan pembacaan yang mana sudah pastinya akan menarik golongan2 muda yang lain untuk turut memiliki teknologi seperti ini. Tahniah.

    Reply

  2. 2 Salak Jan 17th, 2010 at 8:51 pm

    Saya jangka tiba masanya Datuk Seri beli buku Iban untuk Sdra Khalid Samad baca. Kemudian datang ke Rumah Panjang di Sarawak borak dalam bahasa itu! Banyak cerita tempatan yang mungkin dia ingin belajar & dengar bagi meluas pengalaman ! ;)

    Reply

  3. 3 anuar Jan 17th, 2010 at 9:41 pm

    salam. saudara Anwar Ibrahim…
    penuh hormat saya ingin ajukan mengenai monopoli dan kapitalis. dengan ilmu, pengaruh dan jentera yang ada pada saudara Anwar mesti membenteras gejala monopoli dan kapitalis yang semakin berkembang di negara ini. ini akan menyebabkan yang miskin bertambah miskin… dengan izin insyaAllah kita mampu mengubah halatuju negara yang lebih maju direhai Allah.

    satu lagi… gunakan pendekatan melalui kesatuan kerja… rakyat malaysia ramai yang menjadi pekerja.gunakan kekuatan yang ada… satukan semua kesatuan kerja yang ada di malaysia… lantik pihak yang mampu mengerakkan visi dan misi rakyat. gerakan mendaftar sebagai pengundi mesti lipat gandakan.. gunakan saluran kesatuan kerja… ramai pekerja muda masih belum mendaftar.

    kedua.. ramai pekerja yang tiada kesatuan kerja.. banyak ketidak adilan berlaku… kerana akta dan perundangan di negara ni menyebelahi majikan.. nasib pekerja tiada pembelaan. oleh demikian tubuhkan NGO atau mendaftarkan mereka terus dengan pihak yang sewajarnya. mudahan gerakan politik PR terus berkembang.

    Reply

  4. 4 Book keeper Jan 17th, 2010 at 10:51 pm

    Reader is leader. Where we are in future depends on what we read today. That’s what Malaysian lacks on – reading habit.

    Reply

  5. 5 joe Jan 17th, 2010 at 11:21 pm

    zaman dahulu terkaya dengan HIKAYAT HANG TUAH.,
    zaman sekarang mungkin boleh dimuatkan dalam Amazon Kindle iaitu HAI:-)
    tak disalah meletakan ia untuk generasi muda dalam bahasa MELAYU.,

    askm.,joe_26

    Reply

  6. 6 Mat Kenit Jan 18th, 2010 at 8:22 am

    Selamat kembali, DSAI. Saya gembira kerana DSAI bijak memanfaatkan teknologi semasa. Memang E-reader begitu sangat mudah dan selesa sebagai pengganti buku fizikal. Hanya sekeping peranti boleh memuatkan beratus-ratus buku. Oleh itu, saya memohon jika Pakatan Rakyat dapat memanfaatkan teknologi media sosial untuk menyebar luaskan agenda rakyat. Walaupun bloggers persendirian yang pro PR ramai melakukan agenda ini, tetapi masih belum ada satu saluran media khusus dari PR. Yang ada ialah saluran parti masing-masing. Saluran media bersepadu dari PR boleh menjadi satu lagi bom nuklear utk kita ledakkan media hampas dan picisan yang pro BN.

    Lihat bagaimana media sosial berperanan dalam gempa bumi Haiti dan perang saraf di antara Google dgn China yang semuanya berlaku pada minggu lalu. Dengan media yang ingerated dari PR, barulah suara PR akan nampak gah dan mendapat perhatian golongan di atas pagar.

    OK, saya doakan sejahtera utk DSAI sebab fitnah besar sudah mula nak diapi-apikan terhadap DSAI menjelang isu liwat. Salam.

    Reply

  7. 7 kakarot Jan 18th, 2010 at 9:02 am

    MASIHKAH SYLVESTER & EVELYN GOBILE AHLI PKR?
    Oleh: MICHAEL SANDAWA
    APAKAH Sylvester Balun, Ketua PKR Bahagian Papar bersama Evelyn Gobile sudah keluar dari PKR Sabah? Sudah lebih dua bulan saya tidak dengan khabar berita daripada mereka.
    Dulu, semasa krisis perlantikan Tamrin Haji Jaini sebagai Ketua PKR Sabah, Sylvester Balun telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar tempatan telah memberi altimatum;
    “Buang Tamrin Haji Jaini dalam masa dua minggu, jika tidak kami akan keluar PKR”
    Begitulah kata dua yang diberi oleh Sylvester Balun kepada pimpinan tertinggi PKR. Memang boleh tahan juga Sylvester ini. Namun sudah lebih dua bulan daripada kenyataannya tersiar, kenapa Sylvester belum keluar setelah Tamrin Haji Jaini tidak disingkir sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah sebagaimana yang dituntutnya.
    Saya diberitahu, Evelyn Gobile pun telah membuat ugutan yang sama. Beliau pun mahu Tamrin Haji Jaini dibuang. Jika dalam masa dua minggu, tidak ada tindakan terhadap Tamrin, maka Evelyn pun akan mengikut jejak langkah Sylvester. Keluar dari PKR?
    Tetapi anehnya, saya dengar, Evelyn masih juga dalam PKR. Apa tunggu lagi? Keluarlah. Ikutlah SAPP kah, UPKO kah atau PBRS kah.
    Saya dengar, waktu Evelyn calon DUN Kawang pada pilihanraya lalu, tidak banyak undi dia dapat dari KDM.
    Orang KDM tahu siapa dia??..
    Inilah orang politik yang diasuh dan dididik oleh Dr Gapari Kitingan, tidak tahu malu, tidak punya maruah. Cakap ikut sedap rasa saja.
    Apa? Sylvester dan Evelyn fikir, jika mereka keluar, PKR Papar akan tutup tirai? Jangan salah sangka. Masih ada Datuk James Haji Ghani, walaupun tidak kelihatan muka dan hidung menolong calon-calon PKR masa pilihanraya lepas, tetapi sesudah melihat prestasi PKR di Semenanjung, terdorong hati beliau untuk jadi Ketua Bahagian PKR Papar.
    Macam-macam jenis manusia ada dalam PKR Sabah. Ada tukang kacau, suka buat masalah, mahu di atas saja, ada lagi pengikut-pengikut yang pandai-pandai mahu ugut dan gertak dan ada pula berangan-angan mahu jadi ketua, tapi dulu tak nampak muka, hanya apabila PKR sudah di ambang kuasa, tersorong-sorong kerana hidung tidak cukup mancung.
    Dalam hal ini, para pemimpin PKR mestilah hati-hati memilih calon kerana saya dengar, ada dari kalangan pemimpin PKR Sabah sekarang, jika dipilih calon, akan jual diri mereka kepada UMNO dalam masa bertenang.
    Sekarangpun, ada pemimpin2 PKR yang dapat imbuhan dari orang UMNO. Ada yang dapat projek2 dari YB UMNO. Mereka ini nanti akan timbulkan kacau apabila tiba waktunya. Lepas itu terus cabut ikut UMNO.
    Macam-macam. Orang politik sekarang bukan macam orang politik zaman dahulu kerana mereka betul-betul berjuang tetapi sekarang berjuang untuk RM?

    Reply

  8. 8 Sir Abu Jan 18th, 2010 at 9:52 am

    Saya menyisafkan DSAI sebagai seorang yang ‘nakal’ dalam berbahasa ! Mintak maaf, Datuk Seri. Maksud saya, dia pandai ‘main bahasa’ ! Bahasanya, banyak makna ! Itu tanda orang cerdik kerana ‘ilmu melimpah’ !

    Ilmu memang sesuatu yang penting. Tanpa ilmu akan mundur kita ke belakang. Teknologi cambahan ilmu begitu tersohor sehinggakan ‘tidak terkejar’ oleh kita yang ‘marhain’ ini. Hanya mampu sesekali menjegah ‘internet’. Itupun, bila punya kesempatan.

    Bagus banyak ilmu. Yang pastinya, ilmu menjadi penyuluh kepada kebenaran. Tapi, jangan saudara lupa, ada ilmu yang mampu ‘memesongkan’ diri serta masyarakat ke lembah yang hina. Memang ‘tersangat perlu’ berhati-hati.

    Maka, di sinilah perlunya saudara mendalami Ilmu Islam yang menjadi Panduan Kebenaran yang dapat membantu anda ‘menapis’ mana yang perlu diambil dan mana pun yang perlu ‘berjaga-jaga’ ! Satu hal tentang banyak ilmu, harap-harap kita ‘tak jadi’ macam sindiran Tuhan dalam Al Quran. Apa dia, sedara ?

    Kaldai bawa kitab…Hahaha, dah kono sorang tu ! Jangan marah Datuk Seri. Gurau-gurau cikit, tak leh ke ? Sedara kita dah nak ‘cau’… Balik Thailand ! Orang ramai ‘kekasih’…camtu ler ! Hahaha…

    Reply

  9. 9 suri Jan 18th, 2010 at 1:38 pm

    kan elok jika al-quran juga di selitkan di dalam sony reader…setuju juga dengan pandangan pak abu di atas…membaca jambatan ilmu namun al-quran adalah kitab pertama yg mesti di rujuk oleh mana2 peminpin dalam membuat keputusan..

    Reply

    PAK LONG COT Reply:

    Memang sesuai apa yang dicadangkan oleh suri itu. Dalam menghayati Al Quran, kita jangan ‘tamak’ dalam hal kebolehan. Maksud saya, kita wajib patuh kepada sebarang panduan atau arahan hatta zahirnya ilmu kebenaran itu walaupun dari seorang ‘anak hingusan’. Asal ia ‘secucuk’ dengan keredhaan Allah.

    Lain halnya, jika sesuatu ilmu itu ‘terasing’ daripada keredhaan Allah. Maka, langkah perlu yang patut kita berpegang ialah : “Sami’ahna Wa Atoqna”…ertinya, “Kami dengar dan kami patuh”! Jangan pula “Sami’ahna Wa Amsoina.” Maksudnya pula, dengar tapi engkar !

    Hal engkarlah yang mencampakkan manusia dalam kebinasaan. Tapi, ramai yang ‘rasa sedap’ dalam keengkaran kerana kata Rosulullah saw. : “Neraka itu dikelilingi oleh perkara yang dicintai oleh Nafsu.”

    Lalu, pelajarilah ilmu walau sampai ke negeri China. Bawa semua kebaikan budaya mereka yang secucuk dengan Islam. Jangan ‘semberono’ mengimpot seluruh budaya yang bercanggah dengan Keredhaan Allah. Inilah dasar yang dapat membawa kepada kecemerlangan diri, keluarga, organisasi malah negara.

    Saya suka DSAI kerana ‘kuat membaca’ @ ‘ulat buku’ ! Harap-harap jadi ‘penawar’ dalam membawa ‘islah’ @ reformasi @ perubahan dalam dunia yang serba mencabar !

    REFORMASI !

    Reply

  10. 10 yap Jan 18th, 2010 at 10:55 pm

    salam…datuk seri, di labuan banyak isu… turunlah ke labuan . Anak-anak labuan dinafikan hak sejak masuk wilayah persekutuan.Di mana kami nak mengadu…

    Reply

  11. 11 Intan Sakinah Jan 19th, 2010 at 7:44 am

    Daya tahan DSAI dalam mengharungi perit-getir sebagai “Pejuang Kebenaran” saya sanjung Tinggi. Tidak ramai manusia yang rela berkorban diri demi kepentingan awam. Ini tandanya DSAI seorang satria ‘pembawa rahmat’ !

    Siapa sanggup ‘bergadai nyawa’ demi mahu mengatakan yang Haq. Bisa dibilang dengan jari. Kerana firman Tuhan : “Sikit sahaja hamba-hambaKu yang bersyukur !”

    Tanda bersyukur bukan sekadar ucapan lidah dengan kata-kata suci : ALHAMDULILLAH ! Tuntutan dari kalimah itu ialah ‘kehambaan’. Soalannya, kepada siapa kita mahu ‘memperhambakan diri’ ? Makhluk atau Tuhan ?

    Kesulitan dalam memahami ‘tipu-daya’ iblis dan syaitan menjadi ‘wajib’ bagi setiap yang ‘mukallaf’ sentiasa ‘berguru’. Kenapa tidak anda ‘bersusah-payah’ mencari ‘Ulama’ Pewaris Nabi & Rosul ? Bukankah mereka penyelamat hidup kamu di Dunia & Akhirat ?

    Jangan tanya manusia, siapa mereka ! Tanyalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Berkata-kata. Sesungguhnya, syirik bagi sesiapa juga yang berkeyakinan bahawa Tuhan itu Bisu. Bukankah Tuhanmu itu Maha Sempurna.

    Setiap ilmu daripada Yang Satu. Hobi DSAI dalam membaca serta ‘memanfaatkan’ bidang teknologi dalam berkarya sungguh menepati peredaran masa. Ruang komentar begini…menjadi harum namanya, seanterio dunia. Pergilah ke mana pun, maka kenal orang akan Dia !

    TAHNIAH DSAI, KAK WAN & AHLI KELUARGA !
    TIDAK LUPA KEPADA PKR & PAKATAN RAKYAT.
    MARI KITA LAUNGKAN KATA-KATA KERAMAT : REFORMASI ! REFORMASI ! REFORMASI !

    Reply

  12. 12 FX Nations Jan 19th, 2010 at 12:28 pm

    There is a great and growing conflict in our world between those
    who want to be free and those who want to rule (together with
    those who want to be ruled). This great conflict has been taking
    shape for centuries, but the vast majority of people have never understood
    what it was all about because they haven’t seen that the
    issue was freedom versus slavery. Because they have believed that
    men must be governed, most people have been, however, unwittingly
    and apathetically on the side of slavery. Until recently, no more than
    a tiny handful of individualsts have realized what freedom means
    and how necessary it is for man’s happiness and well-being.

    Reply

  13. 13 FX Nations Jan 19th, 2010 at 12:33 pm

    In order to survive, man must think. But thinking is not an automatic process. The choice to think or not to think is his, and it is a choice which everyman must make.

    Because man must initiate and maintain the process of thinking by an act of choice, no one else can force him to think or do his thinking for him, this means that no man can successfully run an other man’s life………..

    Reply

  14. 14 Kai Hau Jan 19th, 2010 at 4:18 pm

    Pemuda-pemudi harus banyak membaca buku supaya tidak cetek ilmunya

    Reply

  15. 15 gambar panas rozita che wan? Jan 21st, 2010 at 10:21 pm

    teringat tentang kempen membaca dlm LRT yg dilakukan oleh NG02 baru2 ini pd 16 januari…
    patut dieruskan dgn lebih agresif lagi…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Ghairah Buku & Manfaat Teknologi at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 17th, 2010 at 3:36 pm

Leave a Reply