Archive for January 17th, 2010

17 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Hal yang melecehkan tatkala merencana pengembaraan jauh adalah memilih buku dan memikulnya. Maka amat melegakan manakala saya perolehi Sony Reader, teknologi canggih baru menyorot langkah Amazon Kindle.

Saya muatkan karya klasik secara percuma, langganan pesanan beberapa judul baru dan akhbar harian saperti Financial Times. Pastinya media picisan yang meloyakan tidak disenaraikan, haha!

Sebagai persiapan wacana sarjana Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Beirut, saya terpasa merujuk kepenerbitan IIIT terutama buku-buku Maqasid Shariah – Al-Shatibi dan Ibn Ashur, juga beberapa karya lain yang mengupas isu pendidikan tinggi di negara-negara Islam.

Beberapa sarjana menyentuh langkah UIA meneroka pendekatan “pengIslaman ilmu” (Islamisation of Knowledge) serta kegiatan keilmuan yag rancak dulu; dan mereka mengeluhkan kelesuan sekarang.

Dalam sidang al-Quds, dipaparkan kisah derita rakyat Palestin dibawah cengkaman regim Zionis Israel serta penodaan kesucian Baitul Maqdis.

Saya menfaatkan waktu berunding dengan ulama, wakil gerakan Islam dan perwakilan.

Dan beralih ke Sony Reader, amat menarik sekali; terutama setelah selesai kedua sidang dan dalam perjalanan pulang.

Saya menelaah semula satu jilid karya Edmund Burke dan “Man & Superman” oleh George Bernard Shaw. Sampuk teman saya tatkala di lapangan terbang semalam, karya klasik perlu diulang baca kerana kesegaran ilmu dan kekuatan bahasa.

Budaya sedemikian malah wajar dikembangkan di kalangan generasi muda dalam bahasa Melayu. Senarai utama termasuk Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, novel-novel pilihan Balai Pustaka, puisi-puisi Chairil Anwar, WS Rendra, Tawfik Ismail serta karya-karya sasterawan negara.

Saya pernah menyentuh mauduk ini sejak mengasaskan Yayasan Karyawan hampir 14 tahun dulu. Hanya karya-karya tersebut yang masih belum dimuatkan dalam Amazon Kindle atau Reader!

ANWAR IBRAHIM

17 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Isu diskriminasi Kerajaan Persekutuan menyekat peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas mengingkari amalan federalisme negara ini.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional berfikiran jumud dan kolot hingga sanggup mempolitikkan isu peruntukan yang akhirnya menindas kebajikan rakyat selaku pembayar cukai.

Sebaliknya peruntukan itu disalahgunakan apabila disalurkan terus kepada parti Umno-BN sekaligus membantutkan usaha kebajikan rakyat terbabit.

“Wang yang disalurkan oleh kerajaan itu bukannya wang parti, tetapi wang rakyat, dan ini bertitik tolak daripada perkara yang lebih asas lagi iaitu tentang isu pembiayaan politik dan sebagainya di Malaysia masih lagi tidak ada peraturan yang jelas, dan sebab itu hari ini disalurkan dalam peringkat parti,”katanya. (more…)