13
Jan
10

Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan

Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.

Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.

Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.

Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.

ANWAR IBRAHIM


31 Responses to “Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan”


  1. 1 Kai Hau Jan 13th, 2010 at 11:10 pm

    Hidup Keadilan! Hidup PKR!

    Reply

  2. 2 Rakyat Berdaulat Jan 14th, 2010 at 1:29 am

    Laporan UBS Switzerland
    Kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa, UBS Invesment Research yang berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara yang mengalami penurunan rizab antarabangsa paling teruk dalam masa 12 bulan lalu di rantau Asia.

    Laporan dari syarikat berprestij itu memperincikan kewangan Malaysia jatuh menjunam berikutan pengaliran keluar modal asing secara drastik.

    Merujuk laporan UBS pengaliran modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bersamaan RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

    Malaysia hanya mencatatkan pelaburan asing sebanyak RM4.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi tahun 2008.

    Berbanding negera China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand yang mencatat peningkatan simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan. Namun apa yang mengerikan rizab Malaysia hampir pupus sama sekali.

    Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau dimaklumkan ada usaha untuk menyembunyikan laporan UBS Investment itu daripada pengetahuan umum.

    Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional harus lebih berani mendedahkan keadaan sebenar ekonomi negara.

    “Kita suatu masa dahulu berkedudukan tinggi. kita lebih tinggi dari Taiwan dan Indonesia. Tapi kini kita merudum jatuh sehingga sama taraf dengan dengan yang tidak dikenali. Ini membimbangkan.

    “Daripada kita terus tidak mengaku tentang pendedahan laporan ini, lebih baik kita berusaha pulihkan keyakinan dengan meyakinkan mereka yang kita laksanakan langkah lain untuk pulihkan keadaan. Aktiviti menafikan- menafikan tidak membawa apa- apa makna malah lebih banyak kecuaian akan terdedah sebaliknya. Agensi- agensi ini akan terus buat kajian untuk memastikan para pelabur melabur ditempat yang betul,” katanya. -ZEANAAIMA MOHD YUSOF-

    Reply

    jimi Reply:

    1. Tu la, Pembangkang ni asyik nak buat huru hara je. Demo sana sini.
    2. Memang la pelabur lari.
    3. Itu pun tak paham ke??

    Reply

    diBawahBayu Reply:

    Indon dan Thai kalau demo lagi dasyat…!!! Tapi kepana pelabur tetap datang…??? Kerana mereka dengan ketelusan. Kenapa pelabur lari dari Malaysia…??? KERANA BANYAK BERLAKU KETEMBUSAN…!!! BOSOR SANA, BOCOR SINI… Itu je…

    Reply

    yahoo Reply:

    Bagaimana kalau demo selepas keluar Sembayang jumaat…logik ke ?

    Reply

    Mohamad Reply:

    Mereka tak akan faham kerana mereka telah dipukau dan menjadi pak turut oleh Pakatan Rakyat. Kalau terang macam mana pun dan letak bukti depan mata pun mereka tak percaya juga sebab pemikiran mereka telah diprogramkan untuk menerima apa sahaja kata-kata dan arahan Pakatan Rakyat tanpa mempedulikan betul atau salah serta halal atau haram, semua bagi mereka adalah dibolehkan sekiranya memberikan kepentingan politik pada Pakatan Rakyat, kalau tiada kepentingan politik, semua akan jadi salah dan haram semuanya. Politik adalah paling utama bagi peminat tegar Pakatan Rakyat. Semoga kita dijauhi dari sikap sebegini dan kita akan selamat bila berfikiran rasional. Sekian, terima kasih.

    Reply

    jimi bangang Reply:

    bodohnya jimi..malaysia bangkrap pasal rasuah…
    rasuah ni ibu segala penyakit!!!

    Reply

    Rakyat Berdaulat Reply:

    tolong jangan salahkan pembangkang ya!!! tolong peka sedikit dengan isu semasa dan guna minda cari punca masalah sebenarnya…. punca masalah sebenarnya adalah ditimbulkan oleh pemimpin UMNO sendiri contoh contoh seperti berlaku di Perak UMNO menimbulkan masalah dan merampas Perak,…isu agama siapa dalang? kenapa utusan malaysia sesuka hati melaporkan dam menimbulkan isu isu perkauman tak diambil tindakan pun kerana menghasut rakyat..di Kelantan didakwa negeri mundur,,siapa yang memundurkan Kelantan..siapa yang tak bagi royalti minyak,,kenapa hak rakyat Kelantan dinafikan??? saya tak payah timbulkan banyak isu cari sendiri..semua perkara yang saya sebutkan diatas adalah berpunca dari parti pemerintah..tolong peka sedikit ya..jangan jadi pekak dan tuli membabi buta.

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Kalau Presiden UBS orang Malaysia pasti dia kena pindah di Kemunting.

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Demo adalah usaha untuk menperkenalkan Produk Produk baru, apa sahaja Produk baru harus ada demo dengan demo baru orang tahu produk tersebut. Para pelabur suka kita buata demo ini kerana dapat melakukan Promosi keatas produk produk. tampa demo Perniagaan akan merudum.

    Reply

  3. 3 sabahan Jan 14th, 2010 at 2:16 am

    MAAF DS BAB LUAR TOPIK
    KOMEN SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
    PERTAMA PERLU DIJELASKAN BAHAWA BAHASA ALKITAB BUKANLAH BAHASA INGGERIS ATAUPUN LATIN.BAHASA ASAL ALKITAB DALAM PERJANJIAN LAMA(IAITU TORAH YANG DIPERTURUNKAN KEPADA NABI MUSA DAN KITAB2 LAIN YANG DIPERTURUNKAN KEPADA NABI2 YANG LAIN )IALAH BAHASA IBRANI(HEBREW),DENGANS SEBAHAGIAN KECIL BERBAHASA ARAMAIC(ARAMIK) BAHASA INI SEPERTI BAHASA ARAB IAITU SALAH SATU CABANG BAHASA SEMITIK(SEMITIC) DI TIMUR TENGAH.
    NAMA YANG UTAMA DAN LAZIM DIGUNAKAN UNTUK MENYEBUT TUHAN YANG ESA, MAHA BERKUASA,PENCIPTA ALAM SEMESTA DAN MAHA PENGASIH IALAH ELOHIM,ELOAH,ELOHEI ATAU ELI.DIMANA DITERBITKAN DARI SEBUTAN ASAL ELOH(ALAH){ALEPH LAMEDH HE}.DAN PADA ZAMAN ISA ALMASIH UMAT2 DI TIMUR TENGAH (BAHASA ARAMIK)BIASANYA HANYA SEBUT ELOH(ALAH){ALEPH LAMEDH HE}.DAN SEBUTAN INI TELAH UMUM DIKENALI UNTUK MERUJUK TUHAN YAN ESA(TUNGGAL)YANG DISEMBAH OLEH UMAT IBRANI(DARI BANI IBRAHIM,TERMASUKLAH BANI ISHAK DAN ISMAIL).MAKA TIDAK HAIRANLAH BAHAWA UMAT YAHUDI DAN KRISTIAN YANG BERBAHASA ARAB DAN JUGA BAHASA ARAMIK YANG LAIN(TERMASUK JUGA LOGHAT2NYA)MENGGUNAKAN SEBUTAN ALLAH/ALAH/ELOH/ELI(ALEPH LAMEDH HA}.INI JUGA DIGUNAKAN SAMPAI ZAMAN NABI MUHAMMAD DAN SAMPAI ZAMAN KINI.
    APABILA KITAB2 INJIL DIRIWAYAT ATAU DIKITABKAN OLEH PARA RASUL ISA ALMASIH,IA MENGGUNAKAN BAHASA LINGUA FRANCA DI TIMUR TENGAH DAN MEDITERANIAN PADA MASA ITU.IAITU BAHASA YUNANI(GREEK) DIBAWAH EMPAYAR ROMAN.MAKA PERKATAAN YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN IALAH THEOS(TUHAN BAGI ORANG YUNANI) YANG SEDIA DIFAHAMI ORANG2 ZAMAN ITU.PENTERJEMAHAN ALKITAB MENGAMBIL KIRA ERTI PEMAHAMAN PEMBACA KEPADA MAKNA DAN MAKSUD ASAL YANG HENDAK DIBAWANYA.DENGAN INI {ALEPH LAMEDH HE}DITERJEMAH DUES(DALAM BAHASA LATIN)GOD(DALAM BAHASA INGGERIS)SHANG( DALAM BAHASA CINA)DAN SEBAGAINYA.
    MAKA APABILA AJARAN ALKITAB ATAU KRISTIAN TELAH SAMPAI KE NUSANTARA YANG LINGUA FRANCANYA BAHASA MELAYU(YANG MASIH DALAM HURUF JAWI YANG DIPINJAM DARIPADA BAHASA ARAB)DAN PERLU MEMILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG SESUAI DAN PALING TEPAT YANG SEDIA DIFAHAMI OLEH PELBAGAI SUKU DISINI. APAKAH PERKATAAN YANG PALING TEPAT DAN JITU??
    BUKANKAH ADALAH TEPAT ATAU SESUAI NAMA ‘GOD’DALAM KITAB BERBAHASA INGGERIS DITERJEMAHKAN NAMA ‘ALLAH’DALAM BAHASA MELAYU YANG MANA NAMA ITU TERPINJAM DARIPADA BAHASA ARAB.TETAPI ADALAH ADAKAH TEPAT DAN SESUAI NAMA {ALEPH LAMEDH HE}BAHASA ASAL ALKITAB IAITU BAHASA IBRANI DAN ARAMIK DITERJEMAHKAN KEPADA NAMA ‘ALLAH’DALAM BAHASA MELAYU YANG MANA NAMA ITU TERPINJAM DARI BAHASA ARAB.
    BUKANKAH ISLAM PERCAYA ALLAH TELAH SEKIAN LAMA DISEMBAH OLEH PARA NABI SEBELUM NABI MUHAMMAD?? JADI APAKAH SEBUTAN YANG DILAFAZ OLEH PARA NABI DAN UMATNYA UNTUK MERUJUK TUHAN YANG MAHA AGUNG,PENCIPTA ALAM SEMESTA INI.IAITU:
    ELOH DALAM BAHASA IBRANI YANG DIGUNAKAN ZAMAN NABI MUSA DAN SEBAGAINYA.
    ALAH DALAM BAHASA ARAMIK YANG DIGUNAKAN ZAMAN ISA ALMASIH.
    ALLAH DALAM BAHASA ARAB YANG DIGUNAKAN OLEH UMAT YAHUDI DAN KRISTIAN YANG BERBAHASA ARAB SEBELUM NABI MUHAMMAD. MALAH NABI MUHAMMAD SENDIRI MENGGUNAKANNYA.
    SEMUA NAMA YANG SAMA DAN HANYA BUNYI SAJA BERLAINAN KERANA CABANG2 BAHASA DENGAN RUMPUN YANG SAMA YAKNI BAHASA SEMITIK.
    BUKANKAH SEBUTAN ALLAH {ALIF LAM HA}ITU PALING TEPAT KEPADA KATA ASAL{ALEPH LAMEDH HE}? ADAKAH PERKATAAN LAIN YANG LEBIH TEPAT DALAM MAKNA DAN MAKSUDNYA BRBANDING NAMA ‘ALLAH’ DALAM PERBENDAHARAAN KATA(LEXICON) BAHASA MELAYU?? NAMA ALLAH ADALAH JAUH LEBIH TEPAT,PADAN BAHKAN DARI SEGI SEBUTAN DAN EJAANNYA,DARIPADA MENGGUNAKAN GELARAN UMUM ‘TUHAN’.
    SEMEMANGNYA PERBEDAAN FAHAMAN MENGENALI KEESAAN ALLAH ANTARA KRISTIAN DAN ISLAM ADALAH BERBEDA TETAPI ADAKAH PERBEDAAN FAHAMAN INI BOLEH MENYEBABKAN KITA MENYEMBAH ALLAH YANG BERLAINAN.BUKANKAH ALLAH ITU HANYA SATU?? CONTOHNYA JIKA NAMA SAYA YOHANNES. DAN ADA RAKAN LAIN YANG INGAT SAYA SUKU IBAN,DAN YANG LAIN PULA INGAT SAYA SUKU CINA DAN MEMANGGIL SAYA YAU HANN,YANG LAIN PULA INGAT SAYA MELAYU DAN MEMANGGIL SAYA JOHAN. ADAKAH SAYA TELAH MENJADI INDIVIDU YANG BERLAINAN. TENTU TIDAKKAN… FIKIR2KANLAH

    Reply

    Halik Zaman Reply:

    Sdra SABAGAN

    1. Allah swt itu “Tunggal dan Esa”. Allah bukan satu. Kalau Allah itu satu tentu berbilang bilang. ALLAH swt itu “Tunggal dan Esa”.

    2. Dalam dua kalimah Syahadat, “Tiada TUHAN yang disembah melainkan Allah swt. Ini bererti ALLAH swt sudah menafikan adanya TUHAN yang disembah melainkan ALLAH.

    3. Mempersekutukan Allah swt dengan TUHAN. Kita rujuk “kelimah TAUHID sifat 20″ mengenal ALLAH swt.

    4. Dalam kelimah TAUHID menyatakan, “Jangan sekali kali, kita mempersekutukan nama ALLAH swt itu dengan lain lain nama.

    Walahualambisawab

    Reply

    sabahan Reply:

    to Halik Zaman
    saudara seharusnya memahami apa yang cuba saya sampaikan.sudah saya katakan memang kristian dan islam punya bedanya dalam mengenali keesaan Allah. dalam bab ini kristian bukannya menyekutukan Allah tetapi lebih mendorong penganutnya untuk mengenali akan keesaan Allah itu sendiri.Satu dan tunggal tetap sama.harap saudara fahami maksud asal saya.sekian.

    Reply

    sabahan Reply:

    satu dan tunggal tetap sama seperti yang telah saya perkatakan. saudara seharusnya cuba memahami apa yang cuba saya sampaikan.kristian dan islam sememangnya punya beda dalam mengenali keesaan Allah. jadi ini bukan masalahnya untuk kita bersatu. cuba fahami maksud asal saya.sekian

    Reply

    yahoo Reply:

    isu kalimah allah kini tidak lagi di rujuk dalam hadis & al-quran,kerana tiada yang dapat menyokong bahawa agama islam boleh menghalang Islam digunakan oleh agama samawi seperti kristian & yahudi.Ini bermakna Allah berfirman menegakkan DiriNya sebagai Mahakuasa yang dipunyai oleh semua manusia yang diciptakannya.Malah perlembagaan negara tidak menghalangnya…Tapi kini di malaysia,politik dan raja-raja melayu digunakan untuk cuba menghalang pengunaan kalimah ini.

    tidakkah kita memikirkan bahawa,keadaan ini akan lebih teruk lagi jika paksaan digunkan.Pasti berlaku tangkapan terhadap orang-orang kristian yang mengunakan kalimah ini kerana mereka pasti mengunakannya dalam setiap upacara mereka.

    Tentang menyekutukan Allah…anda sebenarnya yang telah menyekutukan Allah.Anda menghalang umat kristian menyembahNya.Allah itu bukan anda & Islam yang punya,Allah itu kita semua yang punya.Cuba pandangan kita terhadap Allah itu yang berbeza.Hanya Allah yang berhak atas diri-Nya dan menentukan kebenarannya.

    Reply

  4. 4 Rakyat Berdaulat Jan 14th, 2010 at 3:04 am

    Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: ?? ????????? ?? ?? ??) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

    Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]

    Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.[2]

    Latar belakang

    Kehidupan peribadi

    Rumah kediaman Nik Abdul AzizDilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

    Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

    Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’ di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

    [sunting] Pendidikan
    Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]

    Beliau juga pernah menuntut di:

    Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
    Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
    Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
    Universiti Deoband, India – 1952
    Universiti Lahore, Pakistan – 1957
    Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.[4]

    [sunting] Kerjaya politik
    Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.[5]

    Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.[6] Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.[7]

    Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[8] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.[9]

    [sunting] Kesihatan
    Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.[10] Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

    Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

    “ Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.[11] ”

    [sunting] Kontroversi
    Kenyataan kontroversi
    Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP. Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau PAS sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.[12]

    Bantahan terhadap kerajaan perpaduan
    Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pada 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.[13]

    UMNO dan Ayah Pin
    Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat “Ayah Pin” dan komunis. Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka [14].

    Muktamar Khas PAS
    Pada 23 Oktober 2009, Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu “dua tiga kerat pemimpin bermasalah”, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.[15], [16]

    [sunting] Alamat
    Menteri Besar Kelantan,
    Pejabat Menteri Besar Kelantan,
    Tingkat 1 & 2, Blok 1,
    Kota Darulnaim,
    15502 Kota Bharu,
    Kelantan.

    [sunting] Lihat juga
    Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
    [sunting] Rujukan
    ? “Nik Aziz terima anugerah MB Paling Bersih”, Tranungkite.
    ? “Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia”, The Malaysian Insider.
    ? “Nik Aziz akui tutup lampu ketika solat di pejabat”, HarakahDaily.
    ? 4.0 4.1 “Kenali Menteri Besar Anda” (PDF). PAS. 25 Mac 2008. m/s. m/s 3. http://www.pas.org.my/kenali_MB/kenali_MB.pdf.
    ? “Nik Zain Is Not Afraid Of Nik Aziz”, Bernama.
    ? “Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN ‘sign’ borang”, HarakahDaily.
    ? “Keputusan Undi DUN Chempaka di akhbar Utusan Malaysia”, Utusan Malaysia.
    ? “Pengumuman undur Nik Aziz sarat maslahat politik?”, HarakahDaily.
    ? “Tok Guru Mahu Bersara”, Pakcik.net.
    ? Tuan Guru Nik Aziz Masuk Hospital, Tranungkite.
    ? Tok Guru Nik Aziz masih dirawat di hospital, Kelantankini.
    ? ‘Semalam cakap lain, esok cakap lain’
    ? Rais: Tindakan Nik Aziz minta Nasharuddin letak jawatan tidak wajar
    ? Kemelut politik: Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka
    ? [ "Muktamar khas PAS pecat Hadi?", Malaysiakini.com, 23 Oktober 2009.]
    ? “Muktamar khas PAS pecat Hadi?”,Malaysiakini.com, 23 Oktober 2009.

    - WIKIPEDIA

    Reply

  5. 5 Ali Imran Jan 14th, 2010 at 9:06 pm

    salam

    robbis rahli sadri wayasirli amri…..

    slm seejhtera DSAI dan seluruh pimpinan pakatan rakyat yang ada dan tegas memperjuangkan dasar pakatan rakyat……mana-mana pemimpin pakatan rakyat yg tidak ada prinsip dan hanya pentingkan diri sendiri boleh berambus dari pakatan rakyat….

    DSAI….NAMPAK GAYA AKTA ISA AKAN DI GUNAKAN OLEH UMNO DAN BE END UNTUK MEMERANGKAP…..HATI HATI DENGAN GAME UMNO BE END NI…..MEREKA SANGGUP BAYAR HARGA KOS YG MAHAL DENGAN APA CARA SEKALI PUN AGAR DAPAT KEKAL BERKUASA….

    Reply

  6. 6 Asani Jan 15th, 2010 at 11:21 am

    Cadangan: mohon YAB.Dato’ Seri dapat renungkan dan cadangkan kpd pihak yg sewajarnya atau mjadi salah satu intipati perjuangan YAB. Dato’Seri kpd golongan kontraktor perkhidmatan dan bekalan Sabah, iaitu mengenai tender dalam semua kementerian, Jabatan dan agensi agar dapat dipraktikan cara dan mekanisma cabutan tender yang diperkenalan oleh Jabatan Pembangunan Negeri Sabah agar lebih telus dan teratur. Kerna apa yang berlaku sekarang ini yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan, 1 Malaysia, “RAKYAT DIBINGUNGKAN DAN PENCAPAIAN RASUAH DIUTAMAKAN” kerna cara kerajaan skrg ini yang mengutamakan syarikat kontraktor yg mempunyai hubungan yg baik dgn menteri tertentu dan Bank Statement ‘aliran kewangan yg banyk’ menyertai tender,jadi saya beranggapan situasi smcm ini lebih mengajar para kontraktor membuat perkara yg tidak baik dan cadangan saya lebih baik serahkan semua perolehan tender ini unuk perlaksanan yg lebih terjamin baik serah kpd BANK sahaja! , klu YAB Dato’Seri menjdi Ketua Kerajaan akan datang ini Insyallah.. mohon mnjdi menifesto praya akan datang, pasti kami tolong parti pakatan menang!

    Reply

  7. 7 Intan Sakinah Jan 15th, 2010 at 11:42 am

    Saya menyokong penuh Gagasan Kezaliman Ditentang & Keadilan Ditegakkan.
    Rata-rata, ramai tidak memahami bahawa kezaliman merupakan faktor yang menghalang pembangunan, kemajuan dan kejayaan.

    Ada sesetengah pihak, bertindak zalim namun ada pula yang menyokong atas dasar, biar ‘pejam mata jer…itu hal ‘rumah-tangga’ mereka ! Tanpa mereka sedari, membiarkan kezaliman bermaharaja-lela menempah kecelakaan untuk semua.

    Apa tidaknya, penyakit sosial yang dibiarkan tanpa dibanteras; akibatnya menjadi malang kepada generasi mendatang. Cemas rasa hati apabila kita ‘melepaskan’ anak keluar tanpa dikawal. Suasana menjadi tidak selamat walaupun ada langkah kawalan. Terlalu banyak ‘musuh dalam selimut’ !

    Berdiam diri memang elok kepada perkara yang membawa kebaikan. Sebaliknya, membiarkan kezaliman ‘bertahta’ itulah kezaliman. Patutkah, kita melantik seorang ‘petualang’ menjadi pemimpin. Ternyata TIDAK ! Tapi, mengapa kita mengiyakan ‘pembohongan’ mereka !?

    Ramai di kalangan kita, bersungguh-sungguh menentang kezaliman atas dasar ‘kepentingan diri’…tidak punya visi yang jauh. Buta untuk melihat kesan dan akibat pada jangka masa panjang. Mereka begini jangan saudara harapkan untuk fikirkan tentang kepentingan rakyat atau ummah. Mereka sendiri sebenarnya, menzalimi diri sendiri.

    Kata Guru Saya : Sebesar-besar kezaliman kerana menurut kehenedak Nafsu ! Penting diri lahir dari Nafsu. Jadi, mengapa penting diri dan kenapa pilih kasih. Biar adil dalam tindakan dan perlaksanaan tugas serta amanah. Jika anda tidak adil, ANDALAH YANG ZALIM !

    DASAR ADIL YANG MAHA ADIL IALAH AL-QURAN & AS-SUNNAH. JADILAH IA ‘PERLEMBAGAAN’ HIDUP ANDA & KELUARGA ANDA. INSYAALLAH SELAMAT & BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT.
    WALLAHU’ALAM.

    Reply

  8. 8 PAK LONG COT Jan 15th, 2010 at 1:37 pm

    Apa erti zalim ?

    Dalam istilah ‘sufi’, erti zalim : “Letak sesuatu tidak kena pada tempatnya” ! Kasut, jika anda sarung ke kepala bukan sahaja lucu, tapi menunjukkan kebodohan sendiri. Anak pula jika tidak diberikan ilmu agama dengan secukupnya…sebaliknya anda sumbat hati dan mindanya dengan ilmu yang tidak menjurus kepada iman dan cinta kepada Allah & Rosul, anda zalim kepada anak anda !

    Demikian pula, jika pemimpin yang lebih cintakan ‘keduniaan’ anda pilih sebagai ketua anda sedangkan ada pemimpin yang ‘takut Tuhan’…anda menzalimi diri anda dan orang lain.

    Orang tidak takut Tuhan sentiasa berlagak Tuhan. Contoh macam Fir’aun. Sesuka hatinya saja dibuat sesuatu perkara. Tergamak dia membunuh tanpa sebab yang munasabah. Pernah berlaku : Apabila Nabi Musa a.s. bertegas bahawa Allah menghidup dan mematikan sesuatu; lantas Fir’aun membunuh seorang hamba abdinya dan seorang lagi dilepaskan hidup sebagai keangkuhannya melakukan sesuatu.

    Jadi, dasar adil sebenarnya ‘tersembunyi di dalam hati. Tapi, boleh nampak dengan mata kasar kerana pokok pangkalnya; CINTA ALLAH ATAU CINTA KEDUNIAAN.

    JIKA ANDA PILIH PEMIMPIN YANG LEBIH CINTAKAN ALLAH & ROSUL MENGATASI SESUATU, SELAMAT DAN DISELAMATKAN ANDA OLEH TUHAN. SEBALIKNYA, JIKA ANDA PILIH PEMIMPIN ‘YANG TAMAK DUNIA’…PUNAH-RANAHLAH MASA DEPAN ANDA !ITU ‘HUKUM-HAKAM’ TUHAN.

    BERINGAT SEBELUM KENA. BERJIMAT SEBELUM HABIS !
    YANG TERBAIK SEBAGAI JALAN PILIHAN,’BERSANDARLAH’ KEPADA TUHAN YANG MAHA GAGAH PERKASA (TAWAKKAL) !

    Mohon maaf, saya bukan orang bijaksana.

    Reply

  9. 9 bantai habis Jan 15th, 2010 at 3:11 pm

    Jika maksiat kita boleh leka memandang, zalim ertinya.
    Jika anak dipukul kerana maksiat, adil ertinya.
    Di mana sempadannya ? Syariat, Thariqat, Hakikat & Makrifat. Itulah sempadannya !

    Latih Akal & Nafsu ‘menyembah Tuhan’. Ertinya, kita guna akal dan nafsu tanpa membelakangkan Ilmu Tuhan. Jika sebaliknya, makhluk dijadikan ‘sembahan’ walaupun kepada Akal & Nafsu sendiri. Maka, ramai manusia menzalimi diri sendiri tanpa mereka sedari.

    Maka, Tajuk Kezaliman Ditentang & Keadilan Ditegakkan itu saya sokong sepenuhnya. Syabas DSAI !
    Terima kasih daun keladi, DSAI !

    Reply

  10. 10 Intan Sakinah Jan 15th, 2010 at 6:25 pm

    Yang dikatakan zalim ialah menolak ‘setiap yang benar’. Adil pula menerima ‘kebenaran’ tanpa sebarang buruk sangka. Berburuk sangka kepada yang benar itulah zalim, maknanya !

    Kebenaran itu bukan semestinya datang dari satu sumber. Boleh diterima daripada pelbagai saluran. Jangan lihat pada rupa, lihat kepada kualiti serta landasan benar yang diguna-pakai. Jika ia selari dengan Hukum-Hakam Allah, terimalah ia walaupun daripada seorang budak ‘ingusan’ !

    Rupa cantik bukan bermakna ‘indah’! Yang ternyata indah, adil dalam prinsip dan amalan. Berhati-hati bermain api, kelak tuan binasa diri !

    Reply

  11. 11 Intan Sakinah Jan 15th, 2010 at 7:33 pm

    “Jika tidak dengan ‘tangan’ dengan ‘lidah’ dan jika tidak dengan kedua-duanya, ‘dengan hati’!” Demikian, pilihan yang ditawarkan oleh Allah dalam menentang setiap kezaliman.

    Peliharalah diri kamu daripada ‘menyakiti’ hati ‘mukmin’. Sesungguhnya, pada mereka dikurniakan ‘keistimewaan’ neraca bagi menilai sesuatu yang benar serta yang palsu. Menentang mereka adalah kezaliman. Padahal, membantu mereka adalah suatu keadilan yang ditentukan oleh Allah.

    Binasalah mereka yang menentang ‘mukmin’ ! Sesungguhnya, “Hidup dan mati di TanganKu”, Firman Allah. Dialah Tuhan Pentadbir Semesta Alam. Allahu akbar ! 3X !

    Reply

    Intan Sakinah Reply:

    Jaga-jaga…Sudah ada INTAN SAKINAH PALSU !
    Biasa ler…Tapi, kalu sama-sama satu hati, ngak ada masalah, dong ! Lu jangan ‘plagiat’ nama aku then kamu tentang prinsip aku. Lari dari kebenaran, sah aku belasah !

    Memang betul, gesaan Tn. Guru Nik Abdul Aziz. Kena banyak ‘muhasabah diri’…Untung-untung tambah berkat dalam hidup. Erti berkat, ‘nikmat abstraks’. Ada ! Boleh dapat walaupun tak semua orang tapi, ngak bisa dipegang dan dijual-beli. Apa itu sedara ? Kebahagiaan, kedamaian, perpaduan, intim, cinta, kasih-sayang, sihat, sentosa dll. Ada duit banyak, belum tentu bahagia.

    Jika saudara nak itu semua, elok ikut cadangan tajuk diatas : Kezaliman ditentang, Keadilan ditegakkan ! InsyaAllah, selamat selama-lama ! Nak selalu betul dengan Allah ajer ! Biar kita pakat ‘bercinta’ dengan Tuhan Yang Maha Esa. Kalu kita tak sayang Allah macamana Allah nak sayang kita ? Betul kan ?!

    Reply

  12. 12 Rakyat Berdaulat Jan 16th, 2010 at 5:15 pm

    TUARAN, 16 Jan: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kemenangan Pakatan Rakyat (PR) sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak dari segi strategi politik kerana kedua-duanya adalah penyumbang kerusi terbesar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.

    “Kalau tidak ada kerusi parlimen daripada Sabah dan Sarawak sudah lama Barisan Nasional terkubur di negara kita, ertinya untuk memastikan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang tidak lagi memerintah ia bergantung kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” ujarnya pada satu majlis yang diadakan di sini, semalam.

    Beliau juga mengingatkan para penyokong PR supaya menjaga perpaduan dan kesatuan di kalangan mereka serta mengadakan perbincangan atau perundingan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    “Tinggal lagi kita kena bekerja keras kerana kemenangan tidak akan kita berpeluk tubuh,” ujarnya.

    Nasrudin dan beberapa orang exconya berada di Sabah untuk siri lawatan kerja dan aktiviti dakwah.

    Exco Pemuda PAS Pusat yang turut sertai lawatan itu ialah Kamaruzaman Mohamad, Adram Musa, Suhaizan Kaiat, Zamakshari Mohamad, dan Ir Mohamad Khairil.

    Ketika sidang media di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Nasrudin memberitahu tiga objektif lawatan Pemuda Pusat ke negeri ini ialah menilai prestasi dan memperkasa gerak kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, melihat ruang dan peluang dakwah yang boleh digerakkan pemuda dan meninjau beberapa isu yang boleh diketengahkan.

    Pada sebelah petang, Nasrudin dan beberapa orang exconya bermesyuarat bersama Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sabah (Sepakat) yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Lahirul Latinggu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah, Abd Razak Jamil dan Ketua DAPSY Sabah, Alex Wong.

    Beberapa kesepakatan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut iaitu pertembungan antara parti dalam PR mesti dielakkan, komitmen terhadap aktiviti bersama, meletakkan sasaran di penguasaan PR di kawasan-kawasan yang ditandingi sebelum ini di samping meluaskannya ke kawasan lain yang berpotensi.

    Selain itu, Sepakat juga bersetuju untuk bersama memperhebatkan daftar pengundi muda, berusaha menubuhkan Sepakat di semua kawasan parlimen di negeri ini dan menjadikan empat buah negeri PR sebagai model pemerintahan.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani pula mengetuai aktiviti Pemuda Prihatin Rakyat di Kampung Air Sembulan yang terbiar di tengah Bandaraya Kota Kinabalu.

    Program anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS negeri ini bermula semalam dan akan berakhir Isnin ini.

    Reply

  13. 13 anuar Jan 17th, 2010 at 10:06 pm

    salam. sebagai muslim. kita selalu berjanji pada Allah.. hudupku dan matiku kerana Allah.. sekarang di mana janji yang kita lafazkan…

    Reply

    Alang Kepalang Reply:

    Peringatan saudara anuar itu saya amat sokong. Kita memang hina, daif, jahil serta banyak dosa. Hanya kepada Tuhan kita sandarkan kelemahan diri. Mudah-mudahan, dengan mengaku jahil, Tuhan jadikan kita bijaksana.

    Mengaku daif, mudah-mudahan Tuhan campakkan ‘kekuatan’. Kekuatan bukan ‘kuasa’ dan ‘tenaga’ sahaja, sedara ! Keyakinan juga kekuatan. Cuba lihat, orang tidak punya keyakinan; kerja dan tugasnya…alai-balai ! Nak tak nak jer dibuatnya. Tak macam Datuk Seri kita tuh ! Sungguh-sungguh sampai tak reti nak sungguh-sungguh. Wa caya Lu, Latuk. Hahaha…Sedara saya tu, baik sangka kat saya ! Tahniah DSAI !

    Selain itu, akur kehinaan diri…mudah-mudahan dimuliakan Allah ke atas diri kita ! Lihat juga bukti yang nyata. Bagaimana terhapusnya fitnah yang direka ke atas DSAI. Menang dan sentiasa menang ! Ini kebenaran. Saya puji bukan harapkan habuan ! Nak jadi hamba Allah jer ! Senang hidup kalu jadi Hamba Allah. Yang perit lagi susah, saja-saja biarkan diri diperkuda oleh Nafsu Ammarah. Lihatlah, antara jati diri DSAI & orang yang melantiknya dulu sebagai TPM. Kukuh lagi DSAI. Betul nih…tipu-tipu tak guna.

    Ramai tak tahu ! Rahsia orang teraniaya…”mustajab” doanya. Mintalah apa-apa pun, Datuk Seri…Tuhan janji Makhbul ! Yakinlah ! Dan lagi, bila mengaku kita banyak dosa…InsyaAllah, Tuhan hapuskan dosa, Tuan Hamba ! Maka, sampailah kepada cita-cita Datuk Seri….Insan Kamil.

    Wallahu’alam.
    “DIA TUHAN !”

    Reply

  14. 14 maarof Jan 19th, 2010 at 9:54 am

    plz stop.PKR xboleh pergi mana2 dh.better stop la perjuangan politik. buang masa n duit je. baikla buat benda yg berfaedah.. pendapat saya,mmg PKR xakan dan tidak mungkin akan rampas malaysia drpd BN.BN lebih jauh sangat besar dan kuat parti dia. PKR baru nk naik ja. time paklah dulu boleh la PKR nk control n nk kluarkan isu macam2. sbb paklah semua rakyat mysia tahu yg dia tu tak reti buat apa. skangni bg pendapat sy,najib lg kuat.biar lah org kata dia jahat ka apa ka. janji dia buat mlysia jadi negara yg kembali ke jalan yg positif spt ekonomi,hubungan ngn negara luar n mcm2 lg. kalo PKR ni sy rasa xboleh stay lama. sbb ramai yg mcm gila kuasa nk pangkat tinggi2. dah la.. plz stop. xguna buang masa n menipu rakyat lg n bagi HARAPAN dkat rakyat. janji kamu masa september 2008 pun kena tipu mcmtu saja.. yg peliknya rakyat still nk follow penipu..tu sy xfhm..dulu sy kuat PKR time paklah..sbb sy benci paklah ..dia xbuat apa. tp skang ni lepas najib naik,PKR tiba2 senyap ntah kemana.. mmg dh xde isu.. ada isu pun,isu yg mengarut ja.. so plz berundur lah.. buang masa n buang duit.. dosa pun lg bertambah sbb janji kosong n tipu.. maaf jika sy terkasar bahasa.. itu pandangan yg ingin sy utarakan.. plz berundur..xde guna dh

    Reply

    seniman 85 Reply:

    kamu ni maarof silap ruangan ni kita sedang berbicara ttg persidangan al quds di lubenan

    yang pegi merepek-meraban mengenai pkr lah, b.n lah sah kamu ni ada masalah mental (deepression) tidak dapat menerima tsunami politik yg telah berlaku sekitar dua tahun lalu.
    kalau terjilah pembubaran sidang dun perak maka rasa saya akan kalah teruk b.n pada pilihanraya negeri.mana tak nya sebuah kerajaan haram yg dikepalai b.n mana dapat bertahan lama…belum pun keputusan mahkamah persekutuan menistiharkan partai mana yang layak mentadbir perak um-no melalui ayam sabungnya nazeri telah berlagak mengalah kan lagak seorang hakim kata perak adalah hak b.n bukannya perpandukan keputusan rakyat melalui pilihanraya..APA DAH JADI PADA LANSKAP POLITIK MALAYSIA MUTHAKHIR NI.

    Reply

  15. 15 KARUTMARUTBELAKE Jan 20th, 2010 at 12:28 am

    Kini Palestin hanya sekeping wang kertas RM 1 Rm5 atau Rm50 atau ribu2 kerana udang sebalik batu tak sampai ke tidak, Palestin hanya sepanduk2 poster dan kain bidang buat memenuh ruang PBT , Palestin hanya suara manis sampai jadi serak bersorak terlolong, Palestin hanya panas terik hangit berjemur ikut kawan2, Palestin hanya buah sembang sambil minum pagi petang malam,Palestin hanya buat pikir2 sambil rehat2 depan kaca TV dan buat halwa telinga masa jem mandu, Palestin hanya Tajuk atas kertas geng2 OIC tunggu2 nak pergi bersidang atas kerusi empok……. Tapi apa yang sampai ke Palestin, Peluru dan Seksa juga….. Kalau ada kata doa Alhamdulillah, sampai juga….. Jadi apa sebenarnya…… Tanya Osama, Tanya Hizbullah, Tanya Hamas, Tanya warga palestin…. Mungkin mereka ada jawapan… Tapi kalau tanya Malaysia, Jawapannya… adoi, macam2…yang tak berkesudahan, Terima kasih Malaysia yang sampai jasanya pada Palestin walau sehelai baju bandle terpakai… Yang lain tanye diri sendiri, jangan hanya syok dengan omong2 dan angan2 sendiri….

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Persidangan Al Quds: Kezaliman Ditentang, Keadilan Ditegakkan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 14th, 2010 at 3:26 pm

Leave a Reply