Archive for January 13th, 2010

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Beberapa hari kebelakangan ini saya menumpukan segenap perhatian terhadap persidangan yang dianjurkan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam. Pelbagai aturcara seperti mesyuarat, pertemuan dan perbincangan perlu dipenuhi. Minat para ulama, sarjana dan aktivis Islam terhadap perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia juga memberi peluang kepada saya untuk menerangkan beberapa kontroversi serta isu yang timbul.

Hari ini saya, Azizah dan Ustaz Abdul Hadi Awang menghadiri majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Al Quds anjuran Yayasan Al Quds Antarabangsa. Ucapan pembukaan diberikan ulama terkemuka Syeikh Yusuf al Qaradawi yang menekankan kepentingan untuk umat Islam, Kristian dan Judaika bekerjasama kerana mereka kini tinggal dalam satu negara dan mempunyai akar peradaban yang sama.

Syeikh Yusuf juga menggesa negara umat Islam agar berhenti bertelagah sesama sendiri. Alangkah ruginya umat akibat dari pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengecam sebarang kekasaran terhadap mereka yang beribadah di dalam masjid. Syeikh Yusuf turut menyentuh keutamaan Jerusalam ataupun Baitul Muqaddis kepada ketiga-tiga agama samawi; Islam, Kristian dan Judaika.

Oleh itu usaha mempertahankan masjid al aqsa adalah satu tindakan, yang bukan sahaja mempertahankan rumah Allah dari terus dinodai regim Israel, akan tetapi, juga merupakan satu tindakan mempertahankan kemuliaan Jerusalem, hak penganut agama Kristian, Judaika dan menentang kezaliman Israel terhadap Palestin. Keperluan menggembeling tenaga rakyat dan meningkatkan keperihatinan, serta memperkukuh keimanan, iltizam demi menegakkan kebenaran dan keadilan tidak boleh diabaikan lagi.

ANWAR IBRAHIM

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Nut Graph

By Ding Jo-Ann

Malaysians are mature enough to openly discuss issues without resorting to violence, said the organiser of an 11 Jan 2010 public forum on the “Allah” issue.

Despite being told by police to cancel last night’s forum following the spate of attacks on churches, the event organisers decided to go ahead with the public discussion.

“We were sure that the forum would be a means to encourage discussion and there would be no provocation or violence, so we decided to go ahead and make it a success,” Free Public Forum coordinator Shake Omar Ali told The Nut Graph.

The forum, titled ‘Allah’: Siapa yang punya?, was co-organised by Free Public Forum, (corrected) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, and the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth. (more…)

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

amat kesal dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengugut akan mengambil tindakan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal membendung gejala serangan ke atas gereja dan menuduh Umno sebagai dalang sebenar di dalam perkara itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah persepsi masyarakat Malaysia pada masa ini dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya mengambil kenyataan itu sebagai satu teguran.

Kastanya, persepsi rakyat juga melihat bahawa Umno cuba mendalangi isu itu di mana maksud mendalangi itu luas kerana segalanya berpunca dari kelemahan Umno yang meletakannya salah seorang pemimpinnya sebagai Menteri Dalam Negeri tetapi gagal memainkan peranannya. (more…)

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Oleh Salhan K Ahmad

PAS meminta Umno menjelaskan sumber peruntukan untuk membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hujung minggu lalu.

Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata penjelasan tersebut dapat mengelak tanggapan bahawa wang rakyat disalahgunakan bagi kepentingan politik parti Umno. (more…)

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden berkaitan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar meminta satu tarikh lain ditetapkan untuk memfailkan bantahan awal mereka. (more…)

13 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From CouncilOn American Islamic Relations (CAIR)

CAIR is calling on American Muslims and other people of conscience to help fund repairs to Malaysian churches damaged by vandals. The attacks on the churches came following a court ruling that overturned a ban on the use of the word “Allah” by Christians in that nation.

SEE:  Ninth Church Vandalized in Malaysia (NY Times)

CAIR said Islam mandates that churches, synagogues and other houses of worship must be protected and noted that Arabic-speaking Christians universally refer to God as “Allah.”

SEE: Allah – the Word  (NY Times)

Malaysian Muslim and ethnic Malay leaders have criticized the church attacks, saying they are contrary to the teachings of Islam. (more…)