Archive for January 9th, 2010

9 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.

2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.

Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.

3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.

Objektif Program

1. Menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.

2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah

3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.

Senarai Tarikh Program Seluruh Negara

10/1 Cheng, Melaka
15/1 Pulau Pinang
15/1 Alor Star, Kedah
16/1 Taman Sri Putri,Johor
17/1 Kuala Kangsar,Perak
22/1 Kota Bharu, Kelantan
23/1 Kuala Terengganu, Terengganu
24/1 Kuantan,Pahang

Maklumat program akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan  semak jadual di laman web kami di http://www.anwaribrahimclub.com/land/10kota