Dari Erapakatan
Oleh Roziyah Mahamad
Program ‘Umno Juara Rakyat’ menelan lebih RM2 juta bagi meyempurnakan hasrat kerajaan untuk memastikan Umno digelar sebagai juara di mata rakyat. Ini merupakan satu pembaziran yang besar dan merugikan ketika rakyat kini dibebani dengan pelbagai bebanan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kerajaan seharusnya berjimat cermat. Program ini dikatakan bersifat nasional, namun perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk menjamin program ini berjaya,” tegas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Mohd Nashruddin Abdul Aziz.
Menurut Nashruddin lagi, Perdana Menteri dan Timbalannya mewakili program ini bukanlah sebagai pemimpin negara tetapi sebagai pemimpin parti sahaja kerana program ini hanya untuk parti Umno sahaja. Umno menyajikan program yang berbentuk pembaziran dilancarkan ke seluruh negara.
“Hakikatnya rakyat yang berhak menjadi juara sebenar, kerana rakyat merupakan pembayar cukai dan pemangkin kepada ekonomi negara. Tanpa rakyat negara tidak akan ke mana-mana,” jelas Nashuddin.
Tambah Nashruddin , Umno melancarkan program di bulan yang sama ketika isi rumah dibebani dengan kos perbelanjaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan. Selain itu rakyat juga dibebani dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen.
Esok, Umno akan melancarkan program Umno Juara Rakyat yang akan dimulakan di Hulu Selangor. Terdahulu, Umno dikatakan mengadakan progam ini pada hari yang sama denagn PAS mengadakan program ‘Umno Pengkianat Rakyat’. Namun program itu telah diawalkan dan diadakan pada 8 Januari ini.


















UMNO Juara Keparat….
Reply
haji mokhtar Reply:
January 8th, 2010 at 5:14 pm
juara tomyam..kan macam macam rencah ada..sama la umnu macam macam ada.
Reply
storm62 Reply:
January 9th, 2010 at 8:23 pm
UMNO juara RASUAH !!!
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 12:15 pm
Kalau dilihat pada pengisian progam UMNO Juara Rakyat, program berkenaan banyak memberikan faedah, program itu berjalan dengan aman damai dan memberikan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil dan bumiputera mengembangkan perniagaan mereka melalui pameran-pameran. Selain itu rakyat juga mendapat maklumat yang sepatutnya berkenaan keadaan semasa negara. Malahan para pemimpin UMNO dan parti komponen Barisan Nasional yang lain ke sana untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukan nak mengapi-ngapikan atau memecah belahkan masyarakat, banyak masalah yang telah diselesaikan dan masalah-masalah lain juga telah diambil maklum dan akan diatasi. Berkenaan dana RM 2 juta berkenaan, ia adalah milik UMNO, apahal pula nak politikkan benda ini? Ini bukannya diambil dari perbendaharaan negara. Ia adalah sumbangan dari yuran dan sumbangan ahli-ahli UMNO serta keuntungan perniagaan yang dimiliki oleh UMNO, jadi kalau Pakatan Rakyat nak pertikaikan hal ini adalah tidak patut sama sekali.
Pakatan Rakyat patut menilai program mereka dengan program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional, program-program anjuran Barisan Nasional banyak memberikan faedah pada rakyat dan mengalakkan perpaduan dan bersifat pembangunan. Tetapi lihatlah program-program Pakatan Rakyat, apakah pengisiannya? Banyak kelakuan Pakatan Rakyat merosakkan perpaduan dan pembangunan, lihatlah program ceramah Pakatan Rakyat, banyak mengapi-apikan rakyat supaya membenci kerajaan dan Barisan Nasional, begitu program demontrasi jalanan yang menyusahkan rakyat dan menyekat peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada hari berkenaan. Kalau nak tuduh RM 2 juta itu membazir bagi pelaksanaan program UMNO Juara Rakyat, ia adalah amat keterlaluan jika dibandingkan dengan perbelajaan untuk mengawal dan mententeramkan demontrasi jalanan oleh pihak Pakatan Rakyat, bukan setakat RM 2 juta, berjuta-juta terpaksa dibelanjakan untuk menangani masalah berkenaan. Kos elaun pihak keselamatan yang bekerja lebih masa, kos baik pulih kenderaan pihak berkuasa yang dirosakkan oleh pendemontrasi berkenaan, kos membeli peralatan untuk tujuan menangani demontrasi berkenaan. Lihatlah siapa yang melingkupkan duit negara sebenarnya? Pakatan Rakyat perlu berubah dan menjadi lebih matang dalam berpolitik, barulah disegani oleh rakyat, kalau berperangai kebudak-budakan seperti sekarang, siapa nak yakin dengan kemampuan anda semua? Perbaiki dulu pentadbiran di negeri-negeri tadbiran anda, belajar dulu cara mentadbir, barulah boleh bersaing dengan Barisan Nasional. Buat masa ini Pakatan Rakyat bukan saingan Barisan Nasional lagi, malahan ketika ini kewibawaan Barisan Nasional adalah terbukti dan tidak dapat ditandingi oleh pihak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus sedar, populariti adalah tidak berguna kalau tiada kemampuan untuk melaksanakan, jangan berkelauan bodoh sombong lagi, Barisan Nasional sentiasa mengorak langkah dan makin jauh meninggalkan Pakatan Rakyat. Kalau masih tiada usaha dari Pakatan Rakyat untuk memperbaiki diri dan mengejar kewibawaan Barisan Nasional, maka mungkin sampai bila-bila pun Pakatan Rakyat tidak akan berjaya dan Barisan Nasional akan tetap menjadi pemerintah di Malaysia sampai ke hari Kiamat nanti. Sejarah telah menunjukkan Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif yang hanya bersandarkan populariti tetapi tiada keupayaan untuk melaksanakan apa yang sepatutnya telah berkubur, rakyat mahukan pelaksanaan, bukannya janji yang mudah ditabur tetapi tidak dilaksanakan seperti yang dibuat oleh Pakatan Rakyat semasa pilihanraya lepas. Semoga menjadi pihak pembangkang yang berwibawa dan bukannya menjadi pihak pembangkang yang diketawakan sahaja. Sekian, terima kasih.
Reply
memangtakpandai Reply:
January 11th, 2010 at 7:13 pm
Jangan takbur saudara, Najib sendiri berkata bahawa berdirinya UMNO adalah disebabkan sokongan rakyat. Tapi kalau dah juara rakyat seperti pandangan saudara, kenapa perlu program seperti ini. Dah ada tanda-tanda tak akan jadi juara rakyat di pilihanraya nanti? Pandangan saudara betul atau najib dapat maklumat salah? Sekian Terima Kasih saudaraku si Luncai.
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:08 pm
Paling kurang di pihak UMNO dan Barisan Nasional tidak takbur dan dengki seperti pihak Pakatan Rakyat. Tak pernah lagi kerajaan buat program menghina Pakatan Rakyat, tapi lihatlah program UMNO Pengkhianat Rakyat yang dipelopori oleh PAS, sikap apakah jenis itu. Jangan sokong buta tuli, kalau anda menerima nasib seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang, adalah sudah terlambat untuk menyesal, jadi berhati-hati dalam tindakan. Ingat lima tahu sekali baru boleh buat pilihanraya, bukan dua tiga hari sekali, silap percaturan terseksa lima tahun. Sekian, terima kasih.
memangtakpandai Reply:
January 13th, 2010 at 11:32 am
Kalau saya silap percaturan dan PR tak seperti yang diharapkan. Apa bezanya dengan pemerintahan BN sekarang yang caca merba?. Saya tetap hidup dan tidak hilang punca pendapatan. Sekurang-kurangnya saya berani mencuba dan ‘Dare to lose’…bagaimana saudara? boleh menanggung anak bini jika BN kalah? Kalau BN kalah dan saudara hilang mata pencarian sila jumpa saya. Saya akan bantu saudara dan keluarga.Insyallah
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:26 am
kepala otak ko..tu kan duit rakyat, bengong..
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 4:51 pm
Itu memang duit rakyat, tapi rakyat yang menjadi UMNO dan membayar yuran keahlian parti setiap tahun dan sumbangan rakyat yang menjadi ahli UMNO. Ia tidak melibatkan duit dari kementerian kewangan. Jadi anda tak perlulah terlompat di sana sini menuduh itu dan ini sedangkan anda tak tahu apa pun. Tak baik begini, berdosa kalau menuduh buta tuli tanpa usul periksa kerana ia telah menjadi fitnah. Takkan anda nak jadi kaki fitnah pula, sebab orang suka bola dipanggil kaki bola, orang yang suka berfoya-foya dengan perempuan dipanggil kaki perempuan, peminat arak dipanggil kaki tunggang, kalau suka memfitnah boleh digelarkan kaki fitnahlah. Hati-hati kerana mulut badan binasa, kerana mulut tidak bersopan, mendapat dosa, di akhirat akan mendapat seksa di neraka. Semoga kamu insaf dan jangan bekelakuan serkap jarang lagi. Sekian, terima kasih.
1.Sekadar nak bertanya, sejak bila UMNO ni jadi pengkhianat rakyat? Masa Anuar dalam UMNO dulu UMNO baik sangat kah?
2. Boleh jaminkah kalau PR memerentah harga barang tak naik?
3. Berapa yang Pas belanjakan untuk programme UMNO Pengkhianat rakyat? Bukan kah ini juga suatu pengkhianatan, sebab wang yang Pas gunakan adalah wang rakyat.
Reply
ulam batar Reply:
January 8th, 2010 at 4:57 pm
Masa Anuara dalam umno liarnya masih bileh dikawal tapi bila anwar tiada dalam UMNO Liarnya menbelang!!
Pakatan akan mengunakan sistem tibal balas harga barangan Ruji untuk Rakyat serta barangan keperluan harian Rakyat tidak akan di benarkan saman sekali di monopoli oleh sesetagah pihak. jika berlaku lambakan maka dengan sendirinya harga akan rendah.
Ceramah pas semuanya dengan kutipan sewaktu ceramah, selebihnya dari sumbangan ahli serta pendokong ahli, macam mana yang you kata guna wang Rakyat sedangkan Wang Rakyat tidak sampai ketangan kerajaan PAS (Royalti Minyak) semuanya jatuh ketangan UMNO Kelantan.
ada lagi ke!! tak cukup tiga kalu boleh barisiskan lagi soalan!!
Reply
haji mokhtar Reply:
January 8th, 2010 at 5:10 pm
kak long..
1- umnu jadi pengkhianat sejak mentedarah wang rakyat.. tun 100b katanya dollah 270b ceritanya razak 540j kabarnaya..PKFZ..laluan bekembar..enjin jet pegi buat merempit..masa ni anwar takde dalam umnu.
2- harga air diselangor tak naik..turun adala..bagi malaysia plak tengok.
3-PAS gunakan duit rakyat yg menyokong PAS..ahlinya benarkan..umno guna duit rakyat malaysia..PAS ada..PKR ada..DAP pun ada..dorang tak relakan sebab cukai2 yg dibayar untuk kepentingan semua rakyat..bukan rakyat umnu je.
itu la bezanya kak long
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:38 pm
Betulkah Hj. Mokhtar, kalau tiada bukti tapi tuduh yang bukan-bukan boleh disifatkan sebagai fitnah, dan ingatlah yang kesalahan fitnah itu lebih buruk dari membunuh. Projek kerajaan bukanlah sebuah rumah kecil, dan tanam pokok bunga kertas dua tiga pokok sahaja, beribu bangunan perlu dibangunan untuk tujuan pengurusan, pendidikan, perlindungan, tempat tahanan dan lain-lain, selain itu beratus ribu kilometer jalan raya yang dibangunkan serta lain-lain usaha kerajaan untuk membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat melibatkan kos beratus billion ringgit. Ia bukan seperti anda buat kandang kambing sebuah atau reban ayam untuk dua tiga ekor ayam. Anda perlu faham akan hal ini, lagipun anda bukan budak tadika yang kurang mengerti liku-liku kehidupan, anda telah dewasa dan mungkin telah tua, takkan tak dapat nak bezakan baik dan buruk serta betul atau salah? Untuk tujuan pembangunan sebuah negera seperti Malaysia ini, perlukan beratus billion ringgit, bukannya dua tiga ringgit setahun. Sekian, terima kasih.
Reply
haji mokhtar Reply:
January 13th, 2010 at 1:18 am
tahun 1998,dsai dituduh meliwat.berbulan bulan dibicarakan,macam2 manusia jadi saksi..berlori lori bahan bukti.akhirnya dijatuhkan hukuman kerana ape…cakap simamat ..cakap..kalau bukan FITNAH,tu namanya ape.awak ngan mak bapak awak nak tolong tanggung ke.disebabkan saya dah dewasa dan mengerti erti hidup la maka saya tak sanggup diperbodohkan oleh mereka2 yg tamak haloba..kalau nak membuat pembanggunan saya lagi pandai dari pemimpin umnu yg ada..sebuah kandang kambing yg berhawa dinggin beharga RM 1juta setiap satu,untuk ahli2 umnu akan didirikan disemua bahagian dimalaysia.dan sebuah reban ayam beserta tv plasma 32 inci,untuk semua ketua2 cawangan umnu..tidak ketinggalan juga dilengkapi siaran astro beharga RM500,000 tiap satu.membanggun memang la membanggun,kalau rakyat jadi kambing ngan ayam buat ape..yg percaya semua ni puak2 umnu je..pasal tu la dorang ni berfikiran macam kambing dan ayam.ada faham….
Bang Long Reply:
January 8th, 2010 at 5:28 pm
Wahai Kak Long, biaq Bang Long jawab ya…
1.UMNO jadi pengkhianat rakyat bila pemimpinnya menjadikan RASUAH sebagai periuk nasi mereka.Bila RASUAH sudah sebati dalam jiwa mereka kepentingan rakyat akan diketepikan.Buktinya sudah jelas tanpa bersuluh kecuali Kak Long buta hati dan dua biji mata.Kenapa UMNO saja dituduh sebab UMNO penguasa masa kini.Ahli UMNO macam Kak Long pun di anggap pengkianat rakyat sekiranya terus mengundi dan menyokong pemimpin yang RASUAH.
2.Boleh jamin.Kalau RASUAH dapat dibuang dari ‘equation’ ekonomi kita. ‘Equation; ekonomi dibawah tajaan UMNO sekarang ada komponen RASUAH:
Jumlah KOS Projek (Pelaburan)= Kos sebenar Untung RASUAH ; kalau di tolak RASUAH maka Jumlah Kos akan banyak turun maka harga barang akan banyak turun sebab Kerajaan lebih banyak jimat untuk beri subsisi pada rakyat.
Kenapa PR ? sebab itu saja pilihan yang kita ada.
3. Programme UMNO Pengkianat rakyat anjuran PAS guna wang parti dan sumbangan ikhlas rakyat.Tak macam program Juara rakyat anjuran UMNO, guna duit subsidi gula dan rompakan duit rakyat seperti enjin jet TUDM.
Harap Kak Long paham…jangan selalu sangat baca Utusan atau tengok TV3 atau RTM..sesekali cuba baca Harakah daily dan Malaysia Today….he..he..jangan marah ye…
Reply
suffer_fly Reply:
January 8th, 2010 at 8:38 pm
1. sejak pak nuar di khianati… (amno baik/jahat tanyer org amno ni blog pakatan..)
2. air percumer kat selangor… meh pindah kat selangor…
3. kalo pas guner wang rakyat… laju le sprm siasat…
kak long soalan cam bebudak tadika lak… kak long ni cikgu tadika kemas ker / baru balik kusus btn…
mari beramai2 datang ke bukit sentosa dan daftar jadi putri amno….. dah daftar bole menang cabutan bertuah…. kak long mau try mungkin bole menang motor…
dah takder org minat mule lah buat mcam2…
Reply
masihjahil Reply:
January 9th, 2010 at 6:37 am
salam kak long..
nak jawab soklan kak long,
1.knapa kak long pikir yang pembangkang mesti anwar ibrahim je?..UMNO pengkhianat rakyat sebab UMNO tak didik rakyat secara Islam..hinggakan isu nama Allah pun dikirakan besar,sedangkan mngikut sejarah nabi Muhammad,Islam amat kuat pada masa itu walaupun kaum yahudi.nasrani n majusi menggunakan kalimah Allah bg tuhan mereka..tp ianya tidak mnyebabkan kekeliruan dikalangan umat islam pada zaman itu kerana mereka mempunyai asas agama yang kuat lahir dari pengamalan sistem perundangan islam (hukum hudud) itu sendiri..
2.pemikiran akak ni kolot..akak masih berfikir seperti org tua..soklan2 seperti : adakah PR boleh memimpin negara?,adakah PR mampu mnguruskan ekonomi negara?,adakah PR mampu mntadbir negara?..itu adalah soklan normal org2 yang kurang ilmu pngetahuan dan enggan berubah ke arah yang lebih baik..itulah sifat org yang esok lusa nk meninggalkan dunia dalam erti kata lain orang tua yang sedang nazak..dan soklan itulah yang dicanang oleh pemimpin2 UMNO..
3.come on kak..PAS tak dapat duit cukai dari rakyat..yang duit diorg ade pun hanyalah sumbangan ikhlas dari rakyat..kempen UMNO Pengkhianat Rakyat ni,setahu saya,tak perlu kepada perbelanjaan yang besar kerana ianya adalah kesedaran rakyat pada masa kini..hanya org seperti kak long yang masih di takuk lama..wallahu’alam..
Reply
permatapauh Reply:
January 9th, 2010 at 4:28 pm
hi kak long.
bagi satu contoh je la.
mcm mana dgn wang royalti mintak yang tak diberi kpd kelantan sedangkan mereka berhak?
bukankah itu zalim namanya. bukankan itu pengkhianatan namanya?
Reply
Mohamad Reply:
January 14th, 2010 at 6:21 am
Royalti berkenaan adalah milik kerajaan persekutuan, ini kerana kawasan laut di mana minyak itu diperolehi adalah diluar kawasan Kelantan, kalau ia diambil di kawasan DUN Chempaka atau parlimen Kubang Kerian, kira ok lah kalau anda nak kata zalim sebab merampas hak Kelantan, tapi sudah terang lagi bersuluh, kawasan perairan berkenaan adalah milik negara dan bukan milik Kelantan. Anda perlu faham akan hal ini, jadi tak timbul zalim atau pengkhianatan dalam hal ini, yang zalim dan khianat besar ialah pihak yang memutar belitkan faktar hingga rakyat jadi keliru dan menuduh pihak yang tidak bersalah (kerajaan) sebagai bersalah pula. Sekian,terima kasih.
Reply
rok dexter Reply:
January 9th, 2010 at 4:31 pm
UMNO serba serbi JUARA,juara rasuah,juara pencekik duit rakyat,juara pembaziran,juara barang naik,juara penipu….baik kate serba serbi juara membebankan n menyusahkan rakyat la….
Reply
Khir Kojol Reply:
January 9th, 2010 at 4:51 pm
1.Sejak 31/8/1957,masa Anwar dlm UMNO dulu jahat jugak tp tk sejahat sekarang…
2.Tak boleh tp boleh jamin takkan menipu rakyat
3.PAS pakai duit sendiri,bkn duit poket abah ko….mcm UMNO…lagipun kalau PAS pakai duit rakyat sekalipun sememangnya krn UMNO mmg pengkhianat agama,bangsa dan negara
Reply
aku anak johor Reply:
January 10th, 2010 at 7:19 am
sakong kenyataan kak long…
kamu belum mengenal siapa sebenar anwar…
dan kamu akan tahu siapa anwar apabila dia bergelar PERDANA MENTERI….
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 6:04 pm
Masa itu barulah terjojol mata En. Khir Kojol bila mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, harap jangan terkejut sampai kojol sudahlah. Selama ini negara kita aman damai serta membangun dengan pesat sehinggalah budaya demontarasi dan bertindak melulu berleluasa yang dipelopori oleh Pakatan Rakyat hingga memecah belahkan perpaduan, membantutkan pembangunan dan lain-lain lagi. Penduduk di Sabah dan Sarawak berterima kasih pada kerajaan yang telah banyak membantu membangunkan kedua-dua negeri ini kerana selepas hampir 47 tahun dalam Persekutuan Malaysia, keadaan pembangunan di kedua-dua negeri ini amat memberangsangkan. Projek untuk membina lebih dari 100 ribu kilometer jalanraya di negeri Sabah dan Sarawak adalah komitmen tinggi kerajaan untuk menyeimbangkan pembangunan antara Semenajung dan Sabah serta Sarawak. Apa yang dibimbangkan kini ialah pihak yang suka berjanji itu dan ini, tetapi lepas berkuasa janji akan ditanam dalam kubur sebagai mana yang dibuat mereka di negeri-negeri tadbiran mereka di Semenanjung. Pada pilihanraya akan datang di Sarawak semoga rakyat akan memberikan mandat yang besar kepada kerajaan negeri sekarang, tetapi mohonlah juga pada pimpinan negeri supaya menapis betul-betul calon supaya mereka tidak menjadi “Pagar Makan Padi” kata pepatah Melayu. Sekian, terima kasih.
pejuang ilmuwan media Reply:
January 12th, 2010 at 8:13 am
kamu cukup kenal dgn anwar ya? anwar anak p.pinang. bkn johor. kamu adik beradik belah tiri sebelah abah anak sedara kpd anwar ke? atau adik atau abg kpd anwar yg kamu je knal. org lain tak kenal?
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:29 am
ko tahu ke sape anwar? ko pikir DS nik aziz ngn DS hadi awang, tak knal ke die? dh brp puluh tahun dorg knal..dh brp puluh tahun plak pemimpin2 hebat Islam dunie yg knal die? ko knal die brp tahun..ko keje jd org gaji ke kat umah die? bangang punye org..
haji mokhtar Reply:
January 12th, 2010 at 8:48 pm
tak kenal maka tak cinta…yang dah kenal selama ni bawa bencana..siap kebas harta negara.
zulalarm Reply:
January 10th, 2010 at 12:53 am
UMNO dulu,kini dan selamanya tetap sama yang berubah ialah :-
1. Rasuah dari milion kepada Bilion.
2. Dulu barang naik pakai sen sekarang puluh sen.
3. Pemimpin yang baik dan berkebolehan disingkirkan, yang tamak dan rasuah dikekalkan.
Reply
ali tyson Reply:
January 10th, 2010 at 8:01 am
1) UMNO jadi pengkhianat rakyat sejak dr dulu lagi..selidik sejarah lah minah…
2) PR akan menjamin harga barangan akan cuba dikekalkan memandangkan PR dan BN umpama langit dan bumi.
3) Tiada laporan mengenai jumlah duit dr program PAS. Klu ada bukti baru kita citer..
Reply
suffer_fly Reply:
January 10th, 2010 at 11:43 pm
1. sejak sdr anwar di khianati…. amno dulu , kini sampei bebiler jahat sokmo
2. air kat selangor murah……….
3. kalo pas pakai duit rakyat… maka lajulah sprm siasat
kak long baru balik program btn ke??????
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 6:07 am
Tapi sewa rumah murah kerjaan negeri dinaikkan meskipun yang menyewa itu orang susah. Siapa yang khianati siapa sebenarnya? Pada pemilihan UMNO 1993, Tun Ghafar telah ditikam dari belakang oleh segerombolan pihak yang nak menjatuhkan beliau kerana beliau dilihat sangat berpengaruh dikalangan akar umbi dan serasi betul dengan Tun Mahathir. Siapa dia kepala Kumpulan Wawasan yang mengetuai konspirasi ini. Jangan nak tuduh yang bukan-bukan pula, kalau kena pada diri sendiri, semua salah orang, tapi salah sendiri sama ada buat-buat tak tahu atau memang tak sedar diri yang diri sendiri bermasalah sebenarnya. Tuduhlah Barisan Nasional puas-puas, tapi dalam mana-mana bangsa pun, kenyataan bahawa kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan adalah benar. Kerana meskipun menang di dunia, tapi tanggunglah akibatnya di akhirat kelak, kalau di dunia ini berapa puluh tahun sangat kita boleh hidup dan boleh menggunakan kuasa, pangkat dan harta benda, tapi di akhirat kelak, tiada penghujungnya. Sekian, terima kasih.
Reply
sufferfly Reply:
January 13th, 2010 at 12:01 am
SURAT KABAR LAMEEEEE…
OLD NEWS PAPER….
kak long jgn risau mamat senget datang jadik heroooo….
orang susah tak subscribe astro BODO…..
jgn citer pasal akhirat kalo pemimpin yg ko puja tu ader bini tunjuk jambol CUKUR KINING lagik…
DAH LA BODO TAK ENSEM LAK TUH….
whuuuuhuuuu……
dina Reply:
January 11th, 2010 at 6:38 pm
1. Masa Anuar dalam UMNO dia sahaja yang nampak baik untuk pulihkan UMNO. Sebab dia baiklah dia kena konspirasi..tak kan kak long tak perasan…akhirnya kan terbukti DSAI tak bersalah…
2. Banyak yang boleh turunkan…bukan setakat tidak dinaikkan…kalau 20% ke 40% budget negara boleh dijimatkan dari rasuah …banyak boleh kita turunkan untuk rkyat…senang je kak long formulanya… mula-mula elakkan rasuah…kaya lah rakyat…kan..kan…kan…betul..betul..betul…tanya budak pun boleh jawablah kak long…
3. Yang saya tau kak long kita setiap ahli pas ke PKR ke akan bagi derma ikhlas untuk program mereka. Kita semua bersatu hati derma dengan ikhlas. Tetapi kalau UMNO nampak je duit UMNO tetapi hasilnya…kak long jawap sendiri…kita bukan bodoh dan tuli sebab kita juga dulu ahli UMNO…kan..kan..kan..kan…betul..betul..betul.. kak long kan…
Kesian juga dengan ahli UMNO yang tak tahu bagaimana pemimpin mereka menghabiskan duit rakyat. Nak buka gerai pun nanti nak kena bayar pada mereka wang sogokan. tak caya bolehlah check kak long eh…
Saya sendiri boleh menunjukkan cara bagaimna untuk mengurangkan harga barangan di negara kita sebab antara kami ini ramai yang pakar-pakar dalam bidang ekonomi, industri, Dr dan lain-lain menunggu sahaja BN tumbang maka kerajaan Pakatan Rakyat akan mempunyai ramai cendiakawan yang boleh memberikan buah fikiran.
Kerajaan UMNO dan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak mahu mendengar nasihat pakar-pakar ekonomi yang dibawah ini. Pakar penjahanan ekonomi adalah. Tidak percaya tengoklah PKFZ, Pewaja, Kapal Selam, BMf dan lain2 lagi.
Terima kasih.
Reply
tak payah lah nak jadi juara rakyat…rakyat tahu siapa umna….jadi juara rasuah je lah…yang tu lagi padan dengan umno…..
Reply
umno dah reput, macammana nak baiki lagi, kena tukar kapal lain lah
Reply
Pemimpin umno sekarang kebanyakkannya meletakkan kepentingan perut mereka dan kuasa mereka.Tidak pandang lagi samada duit itu duit rakyat atau duit parti…janji mereka dapat amnfaatkan untuk perut dan kuasa mereka.
Rakyat bawahan ini kais pagi makan pagi kais petang makan petang….sedikitpun tidak mereka hiraukan.
Ekonomi negara yang semakin teruk tetapi pemimpin-pemimpin umno ini masih lagi dengan berlagak dan angkuh.
JATUHKAN PEMIMPIN UMNO YANG ZALIM INI….ADA TELINGA MEREKA PEKAKKAN TELINGA…ADA MATA MEREKA BUTAKAN MATA…..ADA HATI MEREKA BATUKAN HATI……ADA AKAL MEREKA TOLAKKAN AKAL MEREKA…JANJI MEREKA DAPAT APA YANG PERUT DAN BAWAH PERUT MEREKA MAHUKAN…
Reply
Harapan Baru utk Malaysia Reply:
January 8th, 2010 at 11:06 pm
Umno dah di hujung tadbir,tak lama lagi tu akan ditukar dgn nama Pakatan Rakyat,so pesanan saya kumpul awal2 harta benda tu yg tak dpt dibawa tu sedekah kat rumah amal….
1 MALAYSIA AKAN DI TUKAR NAMANYA KEPADA HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA….
Klinik 1malaysia yg terbaik komisennya dan ter murah didunia betul kahni…..
Reply
ali tyson Reply:
January 12th, 2010 at 7:50 am
aku menyokong penuh sahabatku lawan tetap lawan nie… :)
Reply
Kalau dah nama musoh tu buat apa baik pun tak kan nampak baik nye..kata orang nak tahu baik nye UMNO tanya lah orang Umno.. kalau tanya musoh dia,PAS ,PKR,DAP dan kuncu kuncu nye ape lagimenyinga lah marah dia orang tu…teruskan untuk kebaikan semua termasuk dia orang yang marah marah tu..hidup UMNO
Reply
UMNO Juara Rakyat, Pemimpin Juara Rasuah.
Rakyat Jadi Mayat, Pemimpin Hidup Mewah.
…rakyat diperbodohkan. Rakyat yang memang bodoh kini dan selama lamanya diperbodohankan…
Reply
Biasalah UMNO. Kalau tak songlap duit rakyat bukan UMNO namanya . Sejak mendapat didikan dan asuhan DR Maha Zalim yang menyapu 100 Billion selama 22 tahun maka anak didiknya pula dah biasa selam sambil minum.
Dah jadi parti duit maka tak heran semua penyangak rasuah jadi golongan pemimpin UMNO. Sementara kuasa masih ada sapulah. Bila kuasa dah hilang nanti maka masuk penjaralah pulak. Tunggu……………….
Reply
Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh-
Salahkah jika UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah diketahui begitu banyak berjasa kepada anak bangsa menganjurkan program seperti ini?
Reply
Yeob Reply:
January 11th, 2010 at 12:53 pm
KALAU NAK TOLONG RAKYAT TOLONG JEK LA. NAK ANJUR PROGRAM APE BAGAI NAK WATPE? MENGANJUR PROGRAM TU JEK DAH MAKAN DUIT BAPE JUTA?? PIKIR LA SKIT!
Reply
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:30 am
woi bro..klu nk buat program cmtu, jgnla gune duit rakiyat..gunela duit amno..ko tak paham ke beza kerajaan dgn parti ni? mangkok btol..
Reply
umno juara rakyat wajar dihayati oleh ahli umno dahulu. ini kerana semasa pemilihan umno, pemimpin yang juara rakyat lazimnya tidak terpilih kerana yang terpilih ialah juara suap. siapa yang suap paling banyak dialah akan terpilih sbg pemimpin umno. jadi bagaimana pemimpin yang juara suap nak jadi juara rakyat.
Reply
Assalaimualaikum wbt pembaca semua terutama KAK LONG…. Nak tanya kak long, umur berapa sekarang? Pandai membaca @ menulis @ menengok @ mendengar atau Pernah tak kak long pergi tengok atau hadir mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh PAS @ PKR? Sebelum kak long nak tolong mengomen, tengok-tengok la. Bukan tak boleh komen, tapi cukup-cukup la. Tak kan kak long tak reti-reti nak fikir dari akal fikiran yang terbaik dari apa yang Allah S.W.T kurniakan pada kak long. Kak long sendiri pula, pernah tak hadir mana-mana program yang dianjurkan oleh UMNO tapi di bawah LOGO kerajaan… Pernah pergi tak?? Kalau kak long pernah pergi ke dua-dua lokasi tu, kak long akan tahu siapa yang PALING LAYAK DIGELAR PENGKHIANAT BANGSA DAN AGAMA…tengok dulu baru komen. Salam…
Reply
Desperado… why don’t you come to you senses. Lirik in seeloknya untuk orang-orang UmNOo berubah daripada corak perjuangan yang anda anuti. Sudah tidak releven, seperti luncai terjun dengan labu-labunya. Seperti tikus memperbaikai labu. Semua yang anda rancang dan lakukan kini dalam usaha meraih kembali sokongan orang Melayu/Islam yang siuman dan ada akal fikiran yang bijak dan berhikmah, sudah muak dan mual dengan sikap ‘double-standard’ yang anda amalkan selama ini. Sudah berbau pekung, tak tertahan busuknya. Insaflah… sebelum nanti apabila seluruh rakyat yang cintakan kedamaian dan hubungan yang harmonis akan memandang kamu dengan pandangan seperti katak dibawah tempurung. Nampak saja ‘smart’ tapi ‘kosong’.
Reply
Macam dah terdesak nampaknya… dalam berita TV3 yang datang tu orang-orang ‘veteran’ dan sewaktu dengannya…sesuai dengan slogannya ‘UMNO JUARA RAKYAT… VETERAN’..he…he tak gitu En. Mohamad?…nak tergelak sudah..
Reply
Assalamua’laikum wbt.
UMNO sememangnya BAPA SEGALA RASUAH. Semenjak UMNO masuk ke Sabah, hancur negeri ni dikerjakan. Dulu Sabah, antara negeri terkaya. La ni syarikat-syarikat kerajaan negeri dah banyak dilelong dengan tauke semenanjung, tanah orang kampung dijual dengan tauke singapura dan pelbagai lagi jenis tauke. Orang kampung memohon berpuluh kali selama berpuluh-puluh tahun, tak dapat-dapat. Last-last adakah patut, Datuk Ramli (polis Bukit Aman-kelahiran kelantan, kalau tak silap) yang dapat tanah lebih kurang 4,000 ekar. Kurang ajar betul… UMNO memperkosa Sabah sampai kering…!!!
Wassalam.
Reply
Dah la tu tak yah gadoh-gadoh. Bagi la can kat amno nak jadi juara rakyat. Depa baru sedaq yang dulu depa juara temolok sendiri. Tu pun pasai dah rasa rakyat nak tendang depa dalam election nanti…. Betoi dak KAK LONG ?
Reply
1 malaysia lah..rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan lah……salam i malaysia lah……klinik 1 malaysia lahhhhhh….permata laaahhh……juara rakyatlaaaaaahh…sikit2 slogan! sikit2 slogan!..sikit2 mahu buat projek…ada duitkah tidak ni??????belanjawan yg lalu2 pun banyak yg x di buat…bagi bonus dgn kakitangan awam pun bayar 2 kali…kalau org minta bonus cakap x sopan sikit2 minta……..harga gula naik dia suruh rakyat fikir sampai cakap kalau boleh jgn minum pakai gula nanti kena kencing manis…TAPI KALAU MAHU PANCING RAKYAT SEMUA CAKAP GUNA CLUE ‘DUIT’RM 15 JUTA LAH…RM 2 JUTA LAH…REPAID BALIK BINI PM CAKAP KAT MEDIA HARI TU..’SAYA TERJUMPA KOTAK YG MEMILIKI BRG BERHARGA MILIK RAJA KUWAIT DI DLM SEBUAH KAPAL SEMASA PERCUTIAN LALU RAJA MENGHARGAI DAN TELAH BERJANJI UNTUK MEMBERI HADIAH PENGHARGAAN KPD SAYA…DAN KINI RAJA KUWAIT TELAH MEMBERI GANJARAN SEBANYAK RM 7 JUTA KPD SAYA’……TENGOKLAH WAHAI RAKYAT SEKALIAN …JANGAN KATA SATU JUTA SEKARANG .RM0.1 SEN PUN SUSAH KITA NAK DAPAT …SLOGAN SANA SLOGAN SINI…PANCING DUIT SANA PANCING DUIT SINI…AKHIRNYA BANYAK BRG HLANG BANYAK PERKARA TERLEPAS PANDANG …APA YG HILANG APA YG TERLEPAS PANDANG????????…ALTANTUYA HILANG DLM HUTAN…ENGIN KAPAL HILANG……GULA PUN PANDAI HILANG2……AHLI PARLIMEN HILANG SEMASA PENGUMUMAN BAJET 2010…SAIFUL SESUMPAH NTAH KE MANA HILANG……RAZAK BAGINDA PUN JADI ORG YG DI KIRA HILANG…BALA PUN HILANG SAMPAI X BERANI NAK PULANG…SEKARANG APA YG HILANG LAGI SAMPAI TERLEPAS PANDANG OLEH KERAJAAN???????BAGAIMANA KITA BOLEH TERLEPAS PANDANG APABILA KALIMAH ALLAH YG INGIN DI GUNAKAN OLEH MAJALAH HERALD KRISTIAN BOLEH SAMPAI DI BAWA KE MAHKAMAH TINGGI????…
BANYAK YG KITA RUGI SELAMA NAJIB BERADA DI TAHKTA KALA INI..UNTUNG TIADA RUGI TAK TERKIRA MARUAH NEGARA BUSUK OLEHNYA????????TIDAK ADA MIMIPIKU UNTUK BERSAMAMU NAJIB TUN RAZAK…SETIALAH DI KAU DGN WANITA BERNAMA ROSMAH MANSOR KERANA KALIAN UMPAMA AUR DGN TEBING …..PESAN KU PADA MU NAJIB .. JGN LUPAKAN WANITA CUN DARI MONGOLIA YG HILANG DI DLM HUTAN ITU…KENANGAN TERINDAH MINIT-MINIT TERAKHIR SEORANG PERDANA MENTERI YG BAKAL GUGUR X LAMA LAGI………….
Reply
Aku sedang menanti komen Mohamad yang akan menyalak seperti anjing berkenaan isu ini atau tidak??? Hari ini laporan berita melaporkan lesen pusat hiburan kat KL telah diberikan semula kepada pusat hiburan tersebut. Aku nak tengok juga reaksi anjing2 BN sama ada akan menyalak atau tidak???? Oii BN kalau ko anak jantan kenapa korang(BN) tidak menyalak juga pasal isu pusat hiburan ini.
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 1:45 pm
Kerajaan tak suka sekadar menyalak sahaja, tindakan akan terus diambil, sudah berapa banyak pusat hiburan jahat yang dikenakan tindakan, sampai kalau yang terlalu teruk dan tak bermoral dengan bos-bos dia sekali ditahan dan dibicarakan dan akan dihumban dalam penjara jika didapati bersalah, kalau sekadar menyalak di sana sini tanpa usaha, tak guna, yang penting ialah pelaksanaan, bukannya melalak dan melolong dijalanan hingga menyusahkan orang lain pula. Semoga anda insaf akan hal ini, sekian, terim kasih.
Reply
dulu waktu british memerintah tanah melayu, ramai yang menolak british dan dalam masa yang sama menerima dan memngagung2kn JEPUN.kononnya JEPUN dapt membntu membangunkan tanah melyu,, tp apabila JEPUN memrintah,,lihat la ape yang JEPUN dh buat kt malaya…brapa ramai orang melayu islam,cina ,india mati ditangn JEPUN…..jgn la kita memgagungkn sesuatu janji yang tidak pasti lg dr PR..sedar la…keutamaan kita adalah penyatuan sasama bangsa,iaitu melayu..dan bila sebut melayu,,majoriti adalah islam…tidak ade melayu yg bergelar kristian mahupn agama lain…jgn la kita disemptkn dengn pemikiran perjuangn bangsa adalah perjuang UMNO. semata2…tp perjuangn bangsa adalah perjuangn untuk agama kita juga..iaitu islam.jgn kita dibodohkn dn pemikirn kita di jumutkan dengn bangsa lain.perkelahian antara kita hanyta akn mengundang gelak tawa dan sorakan dari bangsa lain…
Reply
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:34 am
woi mangkuk, ko nk banding PR dgn jepun..jepun manela nk ksian sbb die bkn rakyat kite..PR dh mmgla sah2 rakyat kite gak..ko ni tukang nujum ke yg tau PR akan buat khianat pd negara akn dtg..ni la juak2 amno yg budus..
Reply
Mohamad Reply:
January 15th, 2010 at 12:33 pm
Jadi kamu nak banding dengan siapa? Israel, Amerika. Kalau kamu ini rakyat Malaysia, kamu tak akan berperangai begini, apalah nak buruk-burukkan negara sendiri? Lainlah kalau kamu itu tali barut CIA, FBI, Shin Beth, atau Mossad. Pengkhianat yang mengaku rakyat tapi setia dengan negara lain. Negara kita mendapat susah kerana tingkah laku pelik Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat buat huru hara dan perpecahan antara kaum, agama dan kenegerian. Di Sabah dan Sarawak Pakatan Rakyat api-apikan bahawa kerajaan pusat seksa penduduk kedua-dua negeri berkenaaan dan rampas hasil bumi untuk kepentingan Negeri-Negeri Semenanjung. Sikap apakah ini, melagakan-lagakan rakyat, di Semenanjung mereka guna agama dan kaum tetapi di Sabah dan Sarawak mereka pegunakan semangat kenegerian untuk berpecah belah. Sebab kalau sudah pecah belah, maka mudahlah mereka menghentam kerajaan dan sokongan rakyat akan pergi pada mereka, inilah modus operandi mereka untuk mencapai kepentingan politik tanpa mempedulikan jika rakyat bergaduh dan berbunuhan hingga negara kita berpecah belah baru mereka nak puas hati, kalau Malaysia berpecah jadi macam Yugoslavia yang telah menjadi negeri-negeri kecil Bosnia Herzegovina, Serbia, Montenegro, Slovenia, Croatia, dan Kosovo, masing masing akan terlepas semuanya jadi Pak Kaduk dan Lebai Malang menang sorak tapi tergadai dan seorang lagi pula yang dikejar tak dapat, tapi yang di kendong kececiran. Baru mereka puas hati kot masa itu. Sekarang ini semua negeri dalam Malaysia samada di Semenanjung atau di Borneo mendapat manfaat dari penubuhan Malaysia, tapi masih ada lagi pihak yang kuda kayu dan dengki tak bertempat nak musnahkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini. Semoga rakyat sedar dan menolak sepenuhnya Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datan sebagai balasan sikap buruk dan dengki itu. Berusahalah Barisan Nasional, golongan yang menerima ujian adalah golongan yang disayangi oleh Allah, sebab setiap ujian yang diberikan akan dianugerakah sesuatu yang amat bernilai atas kesabaran dan ketekunan kita. Sekian, terima kasih.
Reply
BUYI Reply:
January 12th, 2010 at 4:13 pm
Saya tahu orang Johor ni kuat UMNO nye. Ape yg perlu disini ialah UMNO-BN dan PR tahu yang kalau mereka buat tak betul pada bila2 masa, mereka mungkin akan dijatuhkan rakyat.
Contoh BN pernah kalah di Selangor yang di jangka sukar digugat oleh pembangkang. Begitu jugak dengan Hj. Hadi, apabila PAS kalah di Terengganu dan hanya mampu perintah untuk 1 penggal je.
Kebanyakan rakyat tak kisah sangat siapa orangnya dan partinya asalkan boleh diharap dan dipercayai. Apa yang berlaku sekarang ialah apabila BN letak calon LEMBU sekalipun orang akan undi, ini bermaksud mereka membuat pemilihan atas ciri2 pemimpin yg tak jelas.
Jadi eloklah kita semua sedar kepentingan memilih yang betul. Tentang pemimpin akan buat perkara mungkar selepas dia menang itu satu perkara subjectif, kalu dia buatpun gunakanlah kuasa kamu sebagai pengundi kemudiannya!
Reply
Iceman Reply:
January 13th, 2010 at 6:22 pm
Aku pun anak Johor gak tapi tak la mangkuk macam ko….
Reply
Salam
Rakan2 di dalam Pakatan Rqakyat.
Sewaktu berhujah,berhemah sikit…..tak payah nak kutuk2 orang pandai membaca ker dan sebagainya.
saya amat tertarik bila anda mengatakan harga barang naik tidak dapat di kawal.Mengapa???
Bukankah telah dilaungkan oleh PR dan DSAI bahawa BN adalah barang naik?Jadi kenapa anda tidak boleh menjamin barang tak naik di bawah pemerintahan.
jika kapal Umno dah reput……….kapal PR tidak ada hala tuju……..mana boleh satu kapal ada 3
nakhoda bro….
nanti apabila PR diberi mandat kelak oleh rakyat……majukanlah malaysia…….kami bersyukur jika saudara2 di PR ada hasrat untuk memerangai rasuah dan salah guna kuasa…..buktikan dulu di negeri2 yang dibawah kekuasaan PR apa2 yang PR janjikan……
/
Reply
ali tyson Reply:
January 12th, 2010 at 7:49 am
Kami penyokong PR memandang serius usaha memerangi rasuah dan pecah amanah yg diberi rakyat. Isu enjin jet yg besar tu pon boleh lesap.. Kenapa boleh jadi begitu?? Rakyat tertanya2 isu ini. Adakah patut enjin yg berharga jutaan ringgit dilesapkan oleh pegawai berpangkat rendah?? Dimanakah rasionalnya. APakah pemimpin atasan hanya boneka di atas? Bukti telah diketahui dan kini jelas kerajaan kini telah tua dan ususnya membusuk (spt kata2 tun dr m).
Insaallah kami akan memastikan perubahan melalui agenda baru rakyat malaysia akan direalisasikan bukan hanya slogan yg dilaung2kan. Ramai pimpinan PR membuat laporan beserta bukti… ttpi malangnya setiap laporan tiada diambil tindakan..
Reply
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:36 am
juak amno mmhg klu ckp, langsung takde input..ckp mcm org pekak yg tak tau situasi skrg..ko tak tau ke sprm tu bwh kerajaan pusat? ko tau tak yg polis tu pun mcm budak suruhan juak amno ko ni?? klu sprm tu bwh parlimen, kan bagus..tp amno punye takutla tu sbb ltak bwh PM..budus…
Reply
UMNO@BN sememangnya Juara Menge’Cong’ Rakyat.Juara Propaganda.Kita sebagai rakyat yang teraniaya patut memohon pertolongan dari ALLAH supaya hancurkan kerajaan yang zalim.Dia yang Maha Mengetahui.
Reply
nak termuntah la aku ddn program bodoh ni..
Reply
aku sayang umno tak macam anda semua…akulah juara anda semua loser…aku nak kikis lagi harta benda anda semua. sekian terima kasih.
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 12:22 pm
Jangan keterluan sangat, En. Mohamad Palsu, anda telah menggunakan nama saya dengan komen-komen yang bukan-bukan. Ini adalah keterlaluan sangat, ini menunjukkan anda ialah penulis upahan Pakatan Rakyat yang mahu memusnahkan imej saya dan memburuk-burukkan kerajaan melalui tulisan anda yang tidak berwibawa itu. Berdosa begini, sudah berapa kali saya nasihatkan, jangan ulangi perbuatan sebegini, saya maafkan kamu, tetapi kamu mestilah berubah sikap, jangan jadi manusia hiporkrit, sebab dalam Islam hipokrit itu sama dengan munafik. Takkan anda mahu menjadi sebahagian ahli kumpulan Abdullah bin Ubai. Kepada pengunjung blog ini, kalau ada tulisan merapu seperti ini yang menggunakan nama Mohamad, itu bukanlah tulisan saya, ia adalah tulisan penulis upahan yang entah dari mana datangnya semata-mata mahu menjatuhkan imej saya. Saya berharap semua pihak tidak terpengaruh dengan tulisan beliau yang tidak berpendirian itu. Sekian, terima kasih.
Reply
ali tyson Reply:
January 11th, 2010 at 5:29 pm
Kenapa perlu takut bro? Bukan anda sorang shj yg ada nama sesempurna nama anda tuh.. Apakah motif sebenar encik ingin membuat komen di blog pemimpin berhati waja dan dihormati di seluruh dunia ini? Adlh moleknya jika encik membodek kerajaan di laman blog yg lain. Maybe tuan akan mendpt pujian atas usaha tuan itu. Lagipun usaha Tuan utk mempengaruhi kami tidak kesampaian. Hanya penat otak dan melemahkan minda shj.
Reply
? Reply:
January 11th, 2010 at 5:52 pm
MOHAMAD PALSU LAGI, CAYALAH, TERUSKAN PENULISAN PALSUMU ITU WAHAI KEDUA2 MOHAMAD! :D
Reply
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:38 am
ko pun kene brubah, mad…dose kite memilih kerajaan yg korup..
Reply
anak tiri Reply:
January 12th, 2010 at 9:54 am
kesian cik mat ni…kira dah masuk sesi baru pulak ni…terpaksa membela diri pulak kesian…berdosa mohamad tu jadi Mohamad..kesian, sudah berapa kali Mohamad cakap kat mohamad berdosa mohamad jadi Mohamad..kesian oh maksudku Kesian…
Reply
sufferfly Reply:
January 13th, 2010 at 12:05 am
KO PULAK ORANG UPAHAN PARTI YG TAK TAU NGEJE AMNO..
EJA UMNO BACA AMNO….
NAMPAK SANGAT NAK BODOKAN rakyat…
Reply
Banyak idea nak komen kan .. :) semua bijak .. dan pandai .. tapi satu pun tarak guna .. setakat bagi pandangan lepas tu suruh org lain fikir dan guna pakai .. cuba buat pada diri sendiri .. contoh .. belajar guna duit sendiri .. keje sendiri .. air / api guna cara sendiri .. korek kolam ngan guna kayu api .. pastu kalau boleh majukan diri sendiri dan seluruh keluarga .. baru kita citer pasal bangsa dan negara .. logik sikit … setakat nak bagi idea yang hebat dan canggih .. tapi tak kemana .. ” Hampeh” .. cuba kita semua bukak minda dengan betulkan diri kita sendiri dulu .. :) .. baru la leh jadi “HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA” .. kann
Reply
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:42 am
at least kotorg ade fikiran utk mengubah hidup dan beri penerangan pd rakyat..at least bile juak2 amno bc kat cni, dorg tau yg rmi tak suke tindakan kerajaan amno..drpd ko pentingkan diri sendiri, sume nk diri sndiri..Islam ke klu pentingkan diri sendiri ni? ade ke nabi ajar cmtu? klu la ulamak2 dulu perangai mcm ko ni, dh lame Islam ni mmg tak berkembang..budus..
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 5:15 pm
Itu adalah tugasan yang murni, memberikan penerangan yang benar pada rakyat, bukannya memutar belitkan fakta dan memfitnah sesuka hati hingga mengundang dosa pada diri sendiri dan pendengar yang tak reti menilai. Semoga rakyat akan mendapat kebenaran yang selama ini diputar belitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga negara kita menjadi huru hara dan tidak stabil hingga kemajuan dan pembangunan terjejas. Semoga negara kita akan lebih maju dibawah tadbiran kerajaan yang berwibawa dan terbukti dari dulu hingga kini, Barisan Nasional yang berusaha. Sekian, terima kasih.
Reply
haji mokhtar Reply:
January 12th, 2010 at 8:50 pm
harapan tinggal harapan…bila rakyat dipermainkan.
Reply
Juara korupsi. Juara sapu duit rakyat. Huara kroni. Juara assabiyah. Juara macam-macam lagi. Sekarang hapuskan duit rakyat lagi kerana gilakan kuasa. Rakyat Malaysia perlu sedar dan BN perlu digantikan dengan Pakatan Rakyat. UMNO dah terdesak. Perkauman menjadi isu. Ekonomu merudung. Duit rakyat habis dibawa keluar. Orang atasan kaya raya. Rakyat miskin dan papa pedana. Cukuplah dok kelentong rakyat. Orang dah jemu…
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 12:27 am
aku tetap berbanga kerana umno juara walaupon juara korupsi
Reply
AMNO JUARA PENIPU RAKYAT…..
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:11 pm
En. anti AMNO juara dengki, agak-agaklah nak merapu pun, jangan telalu dengki sangat. Itu tidak baik kerana ia merosakkan akhlak. Malahan orang yang dengki akan boleh menjejaskan kesihatan kerana denyutan jantung dan organ dalamannya tertekan. Jadi janganlah bersikap sedemikian lagi, kerana dalam mana-mana agama pun perbuatan seperti ini adalah dilarang. Sekian, terima kasih.
Reply
Kopites Reply:
January 12th, 2010 at 5:28 pm
itu bukan dengki..tapi fakta..
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 7:56 am
Fakta atau cerita dongeng, kerana sepanjang saya berdebat dalam blog ini dengan peminat tegar Pakatan Rakyat didapati tidak mempedulikan fakta tetapi mereka lebih mempercayai kata-kata dongeng pimpinan Pakatan Rakyat. Anda ada buktikah nak tuduh kerajaan pusat sedemikian, jangan menceburkan diri anda pada kemungkaran dengan berbuat perkara yang tidak patut, sekian, terima kasih.
Duit di bawa keluar??? sapa?? kat mana?? banyak mana?? statement nak keluar kene ader bukti kukuh ..baru jadi manusia yang berguna .. fakta kukuh pon kene kaji lagi .. sebab takut jadi fitnah .. isk isk isk .. kalau kita setakat dengar dari pihak yg lain .. lepas tu pakai semua maklumat tu .. kita akan jadik munafik .. sebab takdapat maklumat yg betul .. sesat bro .. ” MACAM HADITH PALSU DAN SAHEH” DENGAR 10% pastu citer kat org lain .. sangkut bro ..dosa beso bro selagi maklumat tu berjalan kepada sorang ke seorang ..selagi tak berhenti .. ADA BRAN KE?? :)
Reply
alhafiz Reply:
January 11th, 2010 at 4:05 pm
entahlah kenapa pihak-pihak yang masih bergelar umno…masih tak sedar…tak payah pandang, tak payah dengar, tak payah bau pun tak pa kalau rasa tak nak percaya cerita tentang umno yang dicanang oleh pihak PR…sebagai orang muslim,orang beriman anda hanya berhak untuk bersengkongkol dengan orang yang berselogan membela dan membangunkan islam…kalau dah jelas pihak tu hanya nak menawarkan pembangunan duniawi semata maka mereka tak layak disokong…insaflah wahai orang umno balasan tuhan akan menimpa atas kamu kerana mementingkan kemajuan duniawi tetapi menepikan pembelaan dan pembangunan sewajarnya terhadap islam…kalau islam setakat ibadat khususi itu masih terlalu jauh untuk cukup sebagai yang dikatakan pembelaan terhadap islam….kembalilah kepada islam baru nak cerita pembangunan dunia
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 5:52 pm
Kalau sekadar berslogan membela dan membangunkan Islam tetapi bila Majlis Bandaraya Shah Alam nak mengekang aktiviti pengambilan arak dan permainan judi, dihalang pula, apa hal ini, adakah Islam menggalakkan pengambilan arak dan permainan judi. Ini agak mengelirukan kerana setahu saya arak adalah memabukan dan dilarang pengambilannya oleh agama Islam, tapi tak tahulah arak di Shah Alam macam air sirap atau air teh tarik pula. Berkenaan judi pula memang terang-terangan ia adalah haram kerana melibatkan unsur-unsur penindasan dan menggalakkan sikap malas, tapi tak tahulah mungkin seperti arak tadi, permainan judi di Shah Alam adalah seperti permainan konda kondi, main guli, main bola dan lain-lain permainan kanak-kanak.
Apakah pada pandangan En. Alhafiz pembenaran pengambilan arak dan bermain judi sesuka hati lebih penting dan menjadi tuntutan berbanding usaha-usaha pembangunan. Dunia adalah jambatan akhirat, kalau kita menjadi kaya, kita boleh bayar zakat dan berderma harta benda, kerana salah satu perkara yang tidak akan terputus balasannya apabila seseorang manusia itu meninggal dunia ialah sedekah jariah. Kalau kita membantu membiayai pembangunan sesebuah sekolah, selagi orang mengunakan sekolah berkenaan, maka selagi itulah kita akan dapat pahala. Tapi kalau kita mengajar perkara-perkara keji dan menjadi ikutan orang ramai dari satu generasi ke satu generasi yang akan datang, maka anda sendiri tahulah akibatnya kerana salah satu hal yang tidak terputus apabila seseorang manusia itu meninggal itu ialah ajarannya pada orang, kalau baik dan dikembangkan kepada orang ramai, selagi orang gunakannya, maka selagi itulah dapat pahala, tapi kalau ajar benda-benda yang bukan-bukan hingga mencetuskan pergaduhan, maksiat, keganasan dan lain-lain kemungkaran, anda sendiri pun tahu apa jawapannya. Seorang manusia yang berkualiti ialah orang yang tahu menilai sesuatu dalam pelbagai sudut dan situasi, kerana pada satu sudut mungkin ada faedah tapi pada lain-lain sudut ada masalahnya pula, tetapi pada sudut yang lain lagi menerangkan hal untuk mengatasi masalah berkenaan dan sudut yang lain pula menerangkan hal untuk membendung masalah berkenaan serta pada sudut yagn lain pula menerangkan bagaimana perkara yang kita lihat cantik dan bagus tadi boleh jadi malapetaka pada kita dan orang lain. Itulah pentingnya kita melihat sesuatu pada setiap sudut supaya kita boleh analisa sesuatu perkara itu sedalam-dalamnya untuk mengelakkan masalah kepada diri sendiri atau pada orang lain. Selain itu juga kita perlu memahami sikap dan penerimaan manusia di tempat-tempat yang berbeza berdasarkan kepercayaan, adat, dan lain-lain yang berkaitan, ini kerana mungkin di sesetengah tempat sesuatu perkara adalah kebiasaan dan diterima tapi di tempat lain pula ia adalah pantang dan amat dilarang perlakuan berkenaan. Misalnya bagi orang Melayu kalau tulis dengan pen merah, ia adalah perkara biasa selagi tidak mengandungi kata-kata keji, ia adalah diterima, tapi pada masyarakat cina, kalau menulis dengan dakwat merah adalah sesuatu yang dilarang kerana tulisan warna merah selalunya digunakan untuk menulis nama simati di nisan kubur atau sewaktu zaman dahulu di negara China, kalau hendak berperang, panglima-panglima perang mereka akan utuskan surat yang ditulis dengan warna merah yang diambil dari darah jari mereka sendiri. Maka itu menjadi pantang pada orang cina. Oleh itu, kita perlu pelajari budaya orang supaya kita tidak membuat perkara yang menyakitkan dan membuatkan orang sedih atau dendam dengan kita, bukannlah belajar budaya orang itu dan menjadikan amalan kita, tetapi sekadar untuk mengelakkan kita berbuat perkara yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Semoga rakyat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa akan terus memberikan sokongan pada kerajaan untuk urusan pembangunan, ini kerana ia adalah untuk kesejahteraan kita dan keturunan kita di masa akan datang juga. Tapi menyokonglah secara berhemah, mana-mana orang yang boleh melingkupkan negara akan ditentang dan disekat tanpa mengira beliau dari parti politik mana, sebab, bukan nama parti politik yang penting, tapi yang pentingnya ialah cara dan sikap parti politik berkenaan, kalau nama sedap buat sekadar iklan untuk pancing undi, tapi pengisian kosong, dan bersifat melingkupkan negara, tak payahlah kita sokong, kerana nama yang cantik dan sedap itu bukannya boleh menjamin kesejahteraan kita, biarlah nama biasa saja, tapi mempunyai kualiti yang tinggi dan berupaya untuk menjaga kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.
Reply
haji mokhtar Reply:
January 13th, 2010 at 10:57 am
terima kasih pada simamat kerana membuka pekung di dada.memang ramai yg minum arak dan ramai juga yg berjudi,kerana malaysia boleh dan amalkan islam adahari..tempat perjudian islam yg pertama digenting tu PAS yg buka ke..sekadar bertanya..kedai kedai judi diseluruh malaysia tanah air ku ini..TG nik aziz yg rasmikan ke..sekadar nak tau..berikan penyelasan yg iklas dan jujur..bukan sekadar melepas batuk ditangga.
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 12:53 pm
Kepada Hj. Mokhtar, berapa kali saya nak beritahu kawasan di Daerah Bentong dan Raub majoritinya orang cina, dan orang yang minum arak di sana pun orang bukan Islam, dan kalau ada orang Islam sendiri yang minum arak kerana kejahilan mereka, ia bukan salah kerajaan, takkan kerajaan nak sediakan seorang pemantau untuk setiap rakyat Malaysia, kalau anda tahu berilah nasihat dan laporkan pada pihak berkuasa berkenaan pengambilan arak dikalangan orang Islam di sana supaya tindakan pemulihan dan hukuman boleh dilaksanakan, kalau anda melolong seorang diri di sini dan mereka yang minum arak itu masih tak sedar diri, maka tiada gunanya. Macam anjing menyalak bukit sahaja, menyalak sampai sakit tekak dan perlu dirawat tetapi bukit tak runtuh-runtuh juga. Tak payahlah anda nak cerita tentang penjualan arak di kawasan majoriti bukan Islam, sedangkan di kawasan majoriti Islam seperti Shah Alam pun tak boleh buat, macam mana nak buat di kawasan majoriti bukan Islam. Untuk pengetahuan anda juga, kerajaan tak pernah buat promosi minum arak pada orang Islam, janganlah anda nak tuduh kerajaan pula, jadi fitnah itu. Anda sepatutnya insaf akan kejadian di Shah Alam itu dan membuat rayuan kepada Menteri Besar Selangor kesayangan anda itu supaya memikirkan tentang kepentingan Islam dan bukannya kepentingan ADUN Pandamaran dan DAP semata-mata takut kehilangan kuasa, takkan kerana gila kuasa sampai sanggup buangkan kepentingan agama, bangsa dan negara ke dalam tong sampah atau longkang, malah lebih teruk lagi kalau dibuang dalam loji kumbahan najis. Saya tak tahulah anda ini sedar atau tidak realiti semasa yang mengancam kedudukan Melayu dan Islam dari dipergunakan oleh orang-orang yang pentingkan pilihanraya dan kuasa politik. Semoga rakyat makin sedar dan menjauhi Pakatan Rakyat yang bukan membela rakyat sebenarnya, tetapi mereka hanya Pergunakan Rakyat untuk mendapat kuasa politik sahaja. Semoga kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional yang selalu bersabar seperti kata orang-orang tua zaman dahulu, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian, itulah prinsip Barisan Nasional yang sanggup berkorban dari dahulu sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila kerana kepentingan rakyat diutamakan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” itu prinsip Barisan Nasional, tapi Pakatan Rakyat pula, “Kuasa Politik Diutamakan, Rakyat Dipergunakan,” semoga rakyat sedar. Sekian, terima kasih.
mad poyo Reply:
January 12th, 2010 at 8:43 am
ko ni mmg pekak, otak celaru, jiwa kacau…tu sbb smpai skrg tak bleh pikir lagi..
Reply
akimie Reply:
January 12th, 2010 at 10:54 am
pekak lebih baik dari dari mendengar benda koto mcm kamu,otak bercelaru lebih mulia dari otak yg bijak penuh onak dan hasad dengki, jiwa kacau adalah anugerah yg memberi kita ketenangan dan kesedaran untuk kembali pada ALLAH ..:) kan semua tu mulia kalau kita letak pada tempatnya .. dari meletakkan hati dan perasaan kepada hasad dengki dan fitnah .. .. cuba betulkan pada diri sendiri .. :) lepastu baru salahkan pada org lain .. ADA BRAN??
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:50 pm
Kalau sudah terlalu taksub buta tuli, orang nasihat macam mana pun tak akan didengar. Pemikiran orang seperti ini sudah terbalik, baik dia nampak jahat dan jahat dia nampak baik pula. Haram boleh jadi halal, hala boleh jadi haram dan apa-apa yang hendak dibuat perkara asasnya ialah kepentingan politik, bukannya kepentingan rakyat, kerana kalau berlaku pertembungan kepentingan politik dengan kepentingan rakyat dan negera, kepentingan politik akan diutamakan dan kepentingan rakyat akan diketepikan malahan boleh buang dalam longkang kerana kuasa adalah segalanya bagi golongan berkenaan. Itulah motto dan slogan Pakatan Rakyat, kuasa politik dipentingkan, rakyat dipergunakan. Semoga kita sedar kelakuan mereka ini. Sekian, terima kasih.
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:50 pm
Kalau sudah terlalu taksub buta tuli, orang nasihat macam mana pun tak akan didengar. Pemikiran orang seperti ini sudah terbalik, baik dia nampak jahat dan jahat dia nampak baik pula. Haram boleh jadi halal, hala boleh jadi haram dan apa-apa yang hendak dibuat perkara asasnya ialah kepentingan politik, bukannya kepentingan rakyat, kerana kalau berlaku pertembungan kepentingan politik dengan kepentingan rakyat dan negera, kepentingan politik akan diutamakan dan kepentingan rakyat akan diketepikan malahan boleh buang dalam longkang kerana kuasa adalah segalanya bagi golongan berkenaan. Itulah motto dan slogan Pakatan Rakyat, kuasa politik dipentingkan, rakyat dipergunakan. Semoga kita sedar kelakuan mereka ini. Sekian, terima kasih.
Saya dah pergi program juara ni..sebab berdekatan dgn rumah.. maklumlah tinggal di bukit sentosa…serupa jer mcm karnival sureheboh.. cume yng berbeza ade byk menteri2 dtg,… paling ramai org luar.. lebih dari 10 buah bas… kilang dan express,van … hinggap di sini .menyebabkan kesesakan jalan raya….dan ramai makcik2 umno dan gadis2 yang hadir…harga barangan makanan yang di jual mahal…
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:46 pm
Ia bertujuan yang elok, bukannya ada program maksiatkan? Kalau anda bandingkan ceramah maki hamun dan demontrasi ganas Pakatan Rakyat dengan program berkenaan, mana lebih baik? Nilaikanlah sendiri, jangan jadi tunggul dan kerbau dicucuk hidung atau orang yang kena pukau sudahlah, jadi pak turut tak bertempat, betul atau salah semua terima kerana ia penting untuk Pakatan Rakyat, tapi kalau benar pun sanggup dibuang dalam longkang kerana ia menjejaskan populariti politik Pakatan Rakyat. Jadi berfikirlah secara rasional, sekian, terima kasih.
Reply
Assalamualaikum,
Untuk ahli ahi PR, cuba berhujah berhemah seperti saya. Tujuan program ini diadakan kerana:
1. Mengikut perangkaan kami di ibu pejabat. UMNO sudah hilang kepercayaan rakyat.
2. Kemungkinan tanpa program ini kami akan kalah teruk di PRU13.
3. Semua pemimpin kami mengamalkan 3k. Korupsi, Kroni dan Kumpul Harta.
4. Orang bandar sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan program ini tertumpu pada luar
bandar kerana mereka kurang terdedah kepada maklumat so boleh kelentong sikit.
5. Untuk mengakui kesilapan kami secara tidak langsung seperti membaiki bumbung flat yang
terbengkalai sejak pemerintahan BN(Pemimpin tak buat kerja).
6. UMNO dah hilang arah disebabkan pertikaian parti komponen dan dalam UMNO sendiri dimana
terdapat pemimpin tertinggi UMNO cuba menjatuhkan presiden parti.
7. Parti kami adalah parti berdasarkan kaum oleh itu tidak dapat menandingi parti PKR yang
berbilang bangsa.
OLeh yang demikian diharap tuan-puan faham masalah yang dihadapi oleh parti saya ini yang boleh dikatakan parah atau sudah seperti kapal yang mahu karam. Jikalau ada kesempatan, penyokong setia UMNO bolehlah melompat parti sebelum terlambat. Inilah nasihat saya sebagai saudara yang sebangsa. Sekian terima kasih. Wabillahitaufikwalhidayah wasalamualaikumwbth.
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:17 pm
Jangan nak main propaganda murahan En. HatiUMNO, keadaan Pakatan Rakyat ketika ini ibarat telur di hujung tanduk kerana tingkah laku melulu mereka sendiri. Barisan Nasional tidak pedulikan taktik kotor Pakatan Rakyat untuk jatuhkan mereka, kerana Barisan Nasional sekarang ini sudah beratus kilometer tinggalkan Pakatan Rakyat, sudah tidak terkejar Pakatan Rakyat untuk menandingi Barisan Nasional. Kalau dari sekarang tidak ubah sikap, bukan setakat beratus kilometer ditinggalkan lagi, Barisan Nasional akan meninggalkan Pakatan Rakyat berjuta kilometer di belakang. Kalau sekadar pandai janji itu dan ini untuk pancing undi, tapi bila menang pilihanraya tak tahu nak buat apa, tidak berguna. Belajar dulu cara-cara mentadbir. Kalau bersikap bodoh dan sombong, akan sampai bila-bila Pakatan Rakyat tak ke mana-mana, malahan melihat kepada situasi sekarang, kemungkinan perpercahan dalam Pakatan Rakyat seperti yang dialami oleh Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif adalah amat tinggi sekarang berdasarkan sikap curiga mencurigai yang makin tinggi dalam Pakatan Rakyat. Sekian, terima kasih.
Reply
Kopites Reply:
January 12th, 2010 at 5:28 pm
(Barisan Nasional tidak pedulikan taktik kotor Pakatan Rakyat untuk jatuhkan mereka, kerana Barisan Nasional sekarang ini sudah beratus kilometer tinggalkan Pakatan Rakyat, sudah tidak terkejar Pakatan Rakyat untuk menandingi Barisan Nasional.) En.Mohamad berkata sedemikian..
padahal beliau la yg bodoh sombong…tapi berkata hal PR plak..kesian..
Reply
memangtakpandai Reply:
January 13th, 2010 at 11:40 am
Cuba tukar ayat En Mohamad di atas dari Barisan Nasional Ke Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional. Anda pasti dapat gambaran realitinya.
Reply
Salam….
Kalu amno juara rakyatlah katakan…..MCA MIC Gerakan dan lain-lainnya dalam BN dikira sebagai naib juara la,….. Betoi tak ?
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:41 pm
Tapi Pakatan Rakyat juara apa? Juara demontrasi, juara menipu manifesto pilihanraya, juara maki hamun, juara putar belit dan macam-macam lagi. Tak payahlah nak berdrama di sini En. Ondaekod, anda kalau manusia yang normal, lihat sendiri keadaan negara ini dengan negara lain serta lihat sendiri dengan mata hati yang suci sikap kerajaan dan Pakatan Rakyat. Nilaikanlah sendiri, sekian, terima kasih.
Reply
Kopites Reply:
January 12th, 2010 at 5:26 pm
Berikan butiran terperinci dalam manifesto PR mane yg kita tak bagi kat rakyat lagi? jgn main pandai hentam saja..ceramah UMNO pun maki hamun Dato Seri Anwar jugak..x pyh nk berselindung..sedara yg bnyk berdrama kt sini..sbb rakyat dh nilai negara Malaysia dgn negara2 lain rakyat bangun memberontak..bantah..nk buat penilaian, buatla dgn negara2 yg sepadan dgn hasil Malaysia..jgnla nilai dgn Vietnam, Kemboja, Mali, Zimbabwe dsb..
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 10:35 am
Janji untuk beri RM 1000 pada setiap pelajar yang layak masuk universiti, sampai sekarang tiada apa-apa, malahan sudah dua laporan polis dibuat oleh seorang penduduk Selangor berkaitan hal itu.
Janji untuk berikan RM 1000 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM 2500 di Pulau Pinang, satu sen pun tak bagi sampai kini.
Janji negeri kebajikan, tapi rampas dan roboh balai raya di Selangor. Selain itu naikkan sewa rumah murah kerajaan lagi.
Janji nak kembalikan Kg. Buah Pala jika berjaya memerintah Pulau Pinang, sekarang penduduk sendiri dibiarkan seperti ayam yang tiada reban oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Berkenaan hal Zimbabwe, bukan pihak Barisan Nasional yang mainkan isu itu, tapi pihak Pakatan Rakyat yang menuduh Malaysia seperti Zimbabwe, entah macam mana menilai, mungkin penilaian dari budak tadika kot. Sekian, terima kasih.
haji mokhtar Reply:
January 13th, 2010 at 1:30 am
simamat oi..negara lain memang la tak sebagus malaysia..kami paham tu sebab negara lain tak curi enjin jet..malaysia je yg buat.pemimpin dorang rasuah sejuta dua je..malaysia seratus dua ratus billion.memang la kita lagi cekap dalam pentadbiran…gok
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 1:04 pm
Kerana bagi anda Yahudi lebih baik kerana bina rumah untuk bangsanya atas tanah yang dirampas dari pihak Palestin. Lihat balik komen anda menyokong Israel sebelum ini. Sekian, terima kasih.
akimie…
siapa yg ajar rakyat hidup fitnah memfitnah?????siapa yg ajar rakyat keluarkan statement tanpa bukti kukuh…..siapa yg ajar rakyat jadi munafik?????…BN dan UMNO lah yg ajar …merekalah guru segala kemunafikan..mendidik rakyat menjadi perasuah sogok duit ‘BOM’ masa pilihanraya untuk rakyat…..jgn lupa FITNAH Mahadir terhadap ANWAR 1998 sehingga tuduhan tersebut di gugurkan…jgn lupa rungkaian2 drama drp kondominium…mangsa2 terlibat..tilam yg di bawa ke mahkamah…sehingga waktu ini..bagaimana pemimpin UMNO itu terus menjahanmkan musuh politik dgn sumber fitnah..fitnah dan terus fitnah..adu domba yg ahkirnya memakan diri sendiri..jangan lupa bagaimana saiful sesumpah bersumpah di dlm masjid mengatakan dirinya di liwat..mempermainkan hukum Tuhan…inikah yg kita mahu?????…apabila di minta di minta untuk melakukan ‘qazaf’ mengapa harus di lengah2kan…kan lebih elok di lakukan secara hukum islam.
kita sbg umat islam di larang dari melakukan kemungkaran…namun kita di malaysia tidak seperti negara ISLAM lain..pemimpin pula yg membawa kemungkaran demi nafsu untuk berada di atas tahkta….
sebagai rakyat kita perlu bersuara kerana ini HAK kita…jangan alang2 menjadi rakyat!!…kuasa kita adalah memilih mereka..kitalah yg menentukan baik buruk mereka di atas..pilihan masih ada samada melihat untuk mereka berubah atau mengantikan mereka dgn yg lebih baik untuk mentadbir negara…….
Reply
akimie Reply:
January 12th, 2010 at 11:55 am
Suri ..
Sifat manusia memang suka menyalahkan diri org lain .. cuba kita letakkan ..pada diri sendiri .. siapa yg ajar kita suka fitnah ?? diri sendiri .. Semuanya diri sendiri .. Kita letakkan semua kesalahan pada org lain .. sebab kita tak mampu jaga diri sendiri ke?? atau diri kita perlu tempat untuk berpaut.. :) .. semua salah kan pada org lain kan .. kan senang hidup.. :) . Tapi bila mak/ayah kita soh jadik baik .. gi sekolah jgn ponteng cam si mad poyo tu .. tapi ada yg ikut ke?? Semua ajaran yg baik mak/bapak kita bagi .. Kita sebagai manusia dan khalifah kenala ader pendirian .. bukan dgr saja dan pakai .. :)
Kita diberi pelajaran bukan untuk mendapat kerja yg baik .. tetapi untuk kita memperbanyakkan pengetahuan dan amalan supaya memudahkan kita untuk berfikir dan membuat keputusan .. :) .. ADA BRAN??
Reply
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:21 pm
Siapa yang selalu maki orang dalam ceramah politik, bukan setakat buat ceramah malah ada caci maki yang dibukukan contohnya novel lucah Shit, penuh caci maki. Tak payah nak berdrama di sana sini, rakyat perlukan pembangunan untuk kesejahteraan bukannya caci maki, demontrasi dan menipu itu dan ini dalam manifesto pilihan raya, kalau nak buat begitu lebih baik undi lembu dan kambing dari undi pihak yang tidak bertanggung jawab yang suka janji itu dan ini tapi tak tunaikan dan suka maki hamun serta buat demontrasi yang mengkucar kacirkan negara. Ini kerana paling kurang lembu dan kambing tidak berperangai sedemikian. Kita lihatlah nanti siapa yang akan tersungkur di Sarawak tahun hadapan dan pada pilihanraya akan datang. Sekian, terima kasih.
Reply
Kopites Reply:
January 12th, 2010 at 5:23 pm
dalam ceramah UMNO BN intipati yg diceramahkan baik2 belaka ke? tgk kat berita TV3 pun leh tau sedara..penuh dgn penghinaan kepada PR..dan mengagungkan pemerintahan BN..x pyhla sedara nk ungkit2 kan pasal novel shit la..itu sume dh lama..cite zaman skang la..demonstrasi jalanan? UMNO x pernah buat ke?? saya nk tny lagi sekali, UMNO x pnh buat demonstrasi jalanan ke selama ni? beza demonstrasi jalanan PR dgn UMNO ialah, bile PR demo nk hantar memorandum, berjuta2 polis, FRU berkawal n melepas2kan tembakan..kalau UMNO punye demo, anda pnh rasa ke tembakan gas atau tgk polis buat road block?? x kan itu pun x boleh pikir sedara. ape la yg sampai kucar kacirkan negara? skang ni kt selangor, sape la yg slalu buat demo kt depan bangunan SUK tu? kalau bukan puak2 UMNO? bersleindung disebalik NGO-NGO..padahal semua ahli UMNO..x pyh nk tipu la..rakyat skang bukan rakyat cm dulu..skang ni bnyk info yg boleh kita baca n dapat n buat comparison..
Reply
akimie Reply:
January 12th, 2010 at 7:08 pm
sebenarnya .. takpayah tgk pada ceramah .. tgk di sinie .. di forum nie dah cukup dah .. SIAPA YG BANYAK MENYALAHKAN DAN MENGHINA … nampakkan sapa yg tertutup minda dan pendek akal .. kalau dalam forum yg sekecil ini pon dah tak boleh kawal emosi .. bagaimana lagik yer kalo dok reramai dan pakai baju yg warna sama .. :) .. tentu huru-hara .. sebabnya ….EMOSI MENGAWAL AKAL DAN ILMU.. sebabtu kena banyak berdoa dan pohon pada yg ESA ..supaya berikan akal dan ilmu serta sifat bersyukur .. ADA BRAN???
Ape yg En Mohamad ckpkan tu…langsung tak guna akal fikiran,malah bercakap dan mengupas isu yang langsung tidak berasas….sememangnya UMNO sudah karam..dan itulah realitinya..En Mohamad ni..adalah menjadi pencacai UMNO yang setia dan bertindak berdebat hanya untuk memenangi hati penyokong PR.Oleh itu,bangkitlah rakan-rakan PR,semoga si Mohamad ni tidak sentiasa mengelirukan rakyat kerana di dalam dirinya terdapat nilai-nilai penuh kebenciaan.En,Mohamad,hijrahlah diri ke arah yang positif,buka lah minda anda….
Banyakkan bersolat,saya tengok,waktu solat pun anda mengkritik…..berapa juta UMNO bagi?
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 8:33 am
Bolehkah anda huraikan tulisan saya yang tidak berasas itu, nak tahu juga di mana tak berasasnya. Jangan sekadar cakap saja, tapi apa pun tak tahu, sebiji macam kelakuan Pakatan Rakyat, pandai janji itu dan ini serta pandai pertikai itu dan ini, tapi diri sendiri tak tahu apa, negeri tadbiran sendiri tunggang langgang tetappi gatal-gatal nak tuduh orang yang lebih baik dari mereka. Sedarlah diri, rasionallah, sekian, terima kasih.
Reply
yup! saya agree dgn pendapat awak…tetapi kita di blog ini berbicara tentang kepimpinan…politik sering di hubung kait dgn ketua dgn org bawahan..saya org bawahan mereka org atasan…saya rakyat nampak kerakusan pemimpin dan atas kerakusan dan kemungkaran sbg pemimpin hidup rakyat tidak terbela..apabila pemimpin tidak menjalankan tanggungjawab sepatutnya bukankah molek ada pihak lain yg menegur…pemimpin adalah contoh kepada rakyat tapi bagaimana harus di contohi jika mereka memberi teladan yg x berguna kpd rakyat…
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 12:57 pm
Menegur tak salah, yang salahnya ialah menuduh membuta tuli tanpa usul periksa. Dua hal berkenaan adalah berbeza, menegur untuk kebaikan tapi menuduh membuta tuli untuk keburukan dan didorong oleh sifat dengki. Moga kerajaan Barisan Nasional akan lebih tabah, kerana seperti kata orang tua-tua, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekian, terima kasih.
Reply
anti penindasan Reply:
January 15th, 2010 at 11:28 am
Salam saudaraku mamat…tahniah kerana sudi melayari laman blog DSAI…berani mengemukakan pendapat kepada saudara2 ku di dalam Pakatan Rakyat, bakal pemerintah selepas PRU13..
Saudaraku…
saya tak tahu asal usul saudara…mungkin saudara diberi upah untuk menulis segala maklumat di blog ni..saya tak tahu..
tapi saya tak bersetuju langsung dengan komen dan pandangan yang saudara berikan..
contohnya..berkenaan royalti minyak di Kelantan..Tengku Razali selaku bekas Pengerusi Petronas mengakui bahawa Kelantan layak mendapat royalti minyak..Pada zaman itu saya rasa saudara belum lagi boleh membaca atau menulis ataupun masih belum lahir…jadi siapala saudara nak memberi pendapat..
saya org kelantan..hidup merantau mencari rezeki…di luar..mmg saya akui negeri kelantan taklah semaju negeri lain seperti Johor atau selangor..
Tapi saudara kene juga lihat taraf hidup kami di sana..katakan di Johor gaji RM 1000 sebulan..saya rasa memang slalu tak ckup makan..tapi di kelantan yang rata-rata rakyatnya memperolehi pendapatan dengan kadar RM 1000 sebulan sudah cukup senang kerana tidak dibebani kos makanan yang tinggi..inilah berkat pemerintahan tok guru..saudara harus ingat, pembangunan bukan sahaja merujuk kepada fizikal semata – mata, tetapi juga pembangunan dalam diri..Saya pernah menyertai UMNO dan saya tahu ape yg pernah juak umno lakukan untuk mengaut untung dan mengenepikan rakyat..saudara pun tahu..
Reply
banyak bersabar mad poyo..jangan dilayan simamat masuk air tu..buat tambah dosa dia je..kerana mulut badan binasa..kerana UMNU la..negara papa kedana.sebab harta negara mak bapak dorang yg punya.
Reply
Lotih sampai melecet tangan bg penorangan pun takan paham org umno ni doh. Lantak dek dio la. Sok dah merentah Pakatan rakyat suruh saudara anwar lantik mohamad ni jd senator dlm pembangkang biar berbuih mulut dio nak jawab. Goram di buek eh kok anak den dah lamo den pijak.
Reply
mohamad ni mana ada agama ckp org melayu sama mcm kafir…
Reply
sudah2 dah engkau orang asyik nak dok mentegakkan UMNO dan Pembangkang je….samapi kiamat pun tak habis, baik u all pikir mcam mana nak sumbang kepada negara….kalau cikgu, jadilah cikgu yang terbaik, kalau akauntan jadilah akauantan yang terbaik, kalau jadi usawahan jadilah usahawan yang telus…
jika kita pikir siapa yang khianat rakyat, sape yang tak, tak ada kesudahannya…mari kita sama2 bangunkan negara kita ini agar membangun dengan jaya dan dipandang tinggi oleh negara lain…saya tuan/puan kalau keamanan yang kita kecapi ini kita sia2kan..
Reply
Assalammualikum,
tgk jela t cukp genap 5 thn PKR perintah kerajaan ape jd.brape bnyk perubahan da dilakukn spanjang 5 tahun ni..
manusia yang ada akal akan ambil pandangan kedua2 pihak dan buat perbandingan, cr salah sendiri dulu bru tgk salah org len…. klu org PAS ni bnyk sgt la ilmu agama sampai da khatam pn… cube nilai diri sendiri dlu..adap percakapan/pergaulan/fitnah(xder bukti kukuh, cume dgr2 dr org lain je),perbalahan, maki hamun,dan sbgainya dlm pendekatan ISLAM itu sndiri .. tgk diri kita sndiri 2 baik sgt ker?? kite ni bukn la sebaik2 dan sesempurna manusia??… cara ckp 2 mcm la org UMNO ni bukn beragama islam, klu isteri PM x pakai tudung..2 dosa akhirat die yg tanggung.. bukn sume wanita n PU3 UMNO x brtudung, x solat, x ngaji dan begitu juga ngn PAS, ….. Klu korg bole la minat n puja kt artis2 malaysia, hollywood n bollywood ni ape kurgnyr… korg tgk gak berkelip2 mate korg.. korg melalak gak lagu2 dieorg..dlu PAS punya la beria2 ckp UMNO bersekongkol ngn MIC/MCA… Da mcm bukn negara ISLAM…Skrang dlm PKR 2 bukn same ke PAS buat sepertimana UMNO penah buat???? motif korg kt cni just nk jatuhkn satu same lain.. sesama muslim sndiri lak 2..Fikirla jgn sampai satu masa pemerintah kita bukn dr kaum melayu Muslim..Berfikir la demi generasi akan dtg..
“cume kebetulan terserempak ngn blog ni”
Reply
salam kepada semua sanak saudara parti pembangkang sekarang,kalau semuanya kerajaan salah, kersjaan tak betul korang dan pemimpin korang buat negara baru, tak payah pakai jalan raya sekarang, tak payah hantar anak korang ke sekolah sekarang, tak payah pakai air n api sekarang, bersyukur la sikit geng2 pembangkang oiii,jangan tahu nak hentam aje tapi pengetahuan takada.sudah2 la tu korang bertelagah cina india tengah tepuk tangan tengok telatah bodoh korang tu.
Reply
Saudara saudara sekalian…… saya terkilan membaca reaksi reaksi dan pandangan pandangan saudara yang terhormat sekalian yang tidak berhenti henti menyalahkan kerajaan Barisan Nasional…. Apa saja yang berlaku,,, asal negatif salah UMNO,, salah BN…… kalau yang positif… diam saja…………… Kenapa kita tidak menunding jari kepada diri kita sendiri… Kalau hendak maju,,, kena lah berusaha,,, kalau hendak cemerlang,, hendaklah belajar rajin rajin,, kalau hendak kaya… hendak lah berusaha dengan gigih.. Kalau duduk diam harap bantuan kerajaan saja selama lamanya sambil menyalak nyalak melontar tomahan kepada kerajaan apa gunanya,,, menampakkan lagi betapa rendahnya mentaliti kita… Kalau betullah UMNO tu jahat, pengkhianat dan sebagainya,, sekolah sekolah yang di bina di Sabah, jalan raya, bekalan elektrik, air paip, peluang perniagaan, rumah rumah kos rendah, bantuan kebajikan, kemudahan sukan, pusat membeli belah, masjid masjid, gereja gereja, kuil kuil, kilang kilang, semua nya ini datangnya dari siapa…. Kami faham dan jelas bahawa semua ini adalah duit daripada cukai rakyat, tapi kita perlu dipandu oleh mereka yang bijak dalam mengagihkan pendapatan rakyat…. Saya tahu sudah pastinya ada mereka yang kaya, dan ada mereka yang miskin, tetapi… sebutkanlah satu negara didunia ini yang tidak ada orang miskin!!!! UMNO dan BN bukan lah ahli sihir atau mereka ada pelita aladdin,,, mau buat kemajuan minta dengan JIN sahaja… kemajuan bukan lah di wujudkan dalam masa semalam sahaja,, tetapi perlu mengambil masa.. Sebelum kita hendak menilai orang lain, nilai lah diri sendiri dahulu… Kerajaan sediakan Universiti Awam..,. tapi berapa banyak saja anak anak kita yang mendapat ijazah kelas pertama? Kerajaan sediakan subsidi, tapi berapa ramai saja yang boleh memajukan diri mereka…? Salah siapa tu??? Kita kah,.,,, kerajaan??????
Reply