–8 JANUARI 2010–
Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.
Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.
Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.
YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR
YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP
YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


















bakar gereja tindakan anasir jahat yang bodoh dan sewel.bukan ajaran Islam.mirip kepada puak yahudi.eloklah penjenayah ini dihukum penjara setelah dibicarakan di mahkamah terbuka.Bukan ditahan di bawah ISA kerana boleh mengundang persepsi negatif daripada rakyat.jika dibiarkan berlarutan,tok bimbang lepas ni ada kejadian bakar masjid dan ditakuti berlaku pertumpahan darah.
Eloklah ditubuhkan suruhanjaya di raja menyiasat perkara ni.jika tidak mana tahu akan berlaku campurtangan asing melibatkan tentera amerika dan NATO kerana isu agama merupakan isu sensitif.penjenayah terlibat wajar di bawa kemuka pengadilan segera
Reply
Saya sangat berasa sedih mendengar serta membaca kisah gereja dibakar. Bagi saya, ini merupakan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO dalam usahanya menjajah ideologi politik murahan mereka setelah diterajui oleh Najib. Konsep 1Malaysia yang mengimpikan satu transformasi bahawa kita rakyat Malaysia adalah sekeluarga telah GAGAL dilaksanakan dan juga difahami rakyat. Namun para pemimpin Barisan Nasional tetap menjajah ideologi murahan dan lapuk ini dengan mengatakan ia akan menyatupadukan rakyat Malaysia. Tapi pemimpin Barisan Nasional ini gagal memadankan konsep 1Malaysia ini dengan Prinsip Rukun Negara yang Pertama, iaitu kepercayaan kepada TUHAN.Apabila terjadi kes-kes ketegangan seperti ini, sepatutnya Najib dan bala kabinetnya perlu terus menjajah konsep 1Malaysia ini dengan lantang dengan mengatakan JANGAN kepada pengikutnya yang taksub. Di dalam Ensyclopedia Book Of Knowledge, perkataan LORD merujuk kepada TUHAN manakala perkataan GOD adalah untuk perkataan ALLAH. Agama Islam mengikut fahaman saya adalah satu agama yang ADIL, SAKSAMA, PENUH KASIH SAYANG, KESYUKURAN, TOLERANSI dan SUCI. Tetapi dalam konteks pengunaan kahlimat ALLAH ini, di manakah KEADILAN Agama Islam itu ? Di manakah terletaknya Kesaksamaan ? Kasih dan Sayang, Toleransi serta Kekudusannya ? Saya percaya ALLAH Maha Kuasa tidak mahu melihat umatNya dalam keadaan saling bermusuhan.
Situasi ini berlaku di negara kita Malaysia adalah kerana kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional tidak berjaya merakyatkan ideologi BARISAN NASIONAL mereka. Konsep 1Malaysia yang di wara-warakan oleh NAJIB adalah mimpi beliau yang baru sedar atas kebimbangannya dalam Kisah Cinta Beliau dengan Altantuyah Saribbu. Bagi pihak UMNO pula yang menganggap mereka jagoan Islam, dalam isu ini, UMNO tidak berbuat apa-apa komen positif, malah masing-masing pemimpin membuat kenyataan yang boleh saya gelar sebagai FISHING NUT TANGLE. Mereka mencari publisiti lewat isu ini dengan menghujahkan pandangan mereka dengan bahasa yang sangat kemas tetapi memporak-perandakan Bahasa Malaysia.Saya mula nampak bahawa Pakatan Rakyat seperti PAS, KEADILAN dan DAP akan berjaya merakyatkan rakyat Malaysia ke arah satu tujuan iaitu, MALAYSIA BARU, RAKYAT BERSATU. Berbeda Agama tapi satu citarasa. Oleh yang demikian, saya orang bawahan menyeru agar orang bawahan seperti saya terus bersatu dan marilah kita memberi sokongan padu, jitu dan teguh untuk PAKATAN RAKYAT.
Reply
In Malaysia we are sharing the same roof. If the roof is burnt down nobody will benefit from it.
Reply
Dear DSAI,
What a sad day for Malaysian. With this kind of attitudes I wonder how can other religious respect Islam. The people involve in this kind of terrorist acts will impact other muslims around the world especially people like us who stay in the non-muslim country. Please think carefully and maturely before we act.
Reply
Inikah tindakan yang mulia dengan membakar gereja. isu ini sebenarnya sengaja diperapikan oleh pihak umno. sehinggakan wujud perpecahan kalangan agama kerana isu Kalimah Allah ini.negara aman selama ini tetapi bila isu kalimah Allah ini wujud perpaduan antara agama mula goyah.Pemimpin umno cuba menjadi juara dengan memainkan isu ini dan bertindak membelakangkan undang2 bila melakukan demontrasi tanpa permit pihak berkuasa. Mana tindakan pihak berkuasa? kenapa tidak menahan mereka yang berhimpun secara haram ini.mengapa tidak menahan pelaku musnah ini dibawah ISA. bukankah tindakan mereka ini menggugat keselamatan negara. Inilah permainan politik umno. kami umat kristian diSabah tidak akan berdiam dengan isu ini.
Reply
BN is goin 2 lost their deposite. dear all in sabah n sarawak..wake up…stll wana vote for BN in next election? they wont this time purely because of u all..now u c…
Reply
Semua penganut Agama Allah,
Apa sudah jadi dengan Perdana Menteri Malaysia ?
Dia seharusnya bertindak selaku ‘madiator’ dalam bertelingkahan ini. Mengapa pulak berpihak kepada islam saja ?……..bukan kah dia ni ketua kerajaan yang didalam negara yang berbilang kaum dan juga bertanggong jawap terhadap kesejahteraan rakayat. Kenapa dia mengapi-api kan sentimen perkauman pulak ?
Tindakan dan kenyataan dibuat lebih merit kepada kenyataan selaku seorang Presiden UMNO bukan nya kerajaan……
Boleh kah dia diambil tindakan atau diserit kemahkamah dengan tuduhan menghasut…..inciting racial disharmony, unrest, attack dan sebagainya …. Bagaimana dengan KDN?
PR ( PAS, PKR, DAP, malah seluroh rakyat ) sepatut nya membuat laporan polis kerana PM cuba mensabotaj usahan PR dalam kesatuan mereka – label sue, atau kerana mencemarkan nama islam dan Kristian , perbelahan kaum dan menjurus kepada ekonomi yang tergugat.
Apakah motif mereka yang bertindak membakar gereja jika dia seorang Islam atau seorang Kristian? (Tidak pernah fanatik islam atau Kristian bertindak sebegini dimalaysia), kalau tidak perbuat orang-orang “desperate” berkepentingan Politik atau agenda tersendiri kerana hendak berselindung disebalik berbagai masaalah….. ” saudara renong lah sendiri” – (berita 7am RTM1)
Reply
Tindakan yang dilakukan oleh kelompok ini mencerminkan sikap desprado dan tolol pada ajaran Islam. Cubaan menggugat keamanan dengan berselindung disebalik nama Allah tidak akan berhasil kerana agama Allah itu sentiasa dalam lindunganNYA. Mengapa perlu diatur satu persatu isu-isu sebegini dalam menyaksikan kebangkitan rakyat melainkan ianya mempunyai tujuan tertentu. Isu-isu keagamaan dan bangsa adalah isu yang perlu ditangani dengan waras dan mengikut lunas undang-undang dan bukan dengan membakar rumah-rumah ibadat ataupun menjinjing kepala lembu!
Reply
Cool story bro.
Reply
bravo pkr.makes umno look so backward.pr even more classy.bn…well,mca,ppp,gerakan and mic
are all finished.
how to hammer umno?pkfz lor…
new malaysia.
Reply
Assalamu’alaikum wbt.
Kepada tukang bakar atau yang berniat untuk membakar gereja.
Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang menyakiti golongan zimmi, maka umpama menyakiti Aku (Nabi SAW).”
Nota : Golongan Zimmi- Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah (cukai).
SEDARLAH KAMU ITU TELAH MENYAKITI NABI SAW. & KALAU TAK BERTAUBAT, KONFOM JADI BAHAN BAKAR API NERAKA…!!!
Ingatlah Nabi saw menyebarkan Islam dengan keindahan akhlak, So, janganlah MENCEMARKAN ISLAM DENGAN KEBEBALAN & KEJUMUDAN ANDA…!!!
Daripada bakar gereja, baik pegi bakar pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia – pusat pelacuran & pub yang menjual arak kepada orang.
Wassalam.
Reply
Malaysia kekurangan seorang pemimpin seperti Gus Dur yang bisa membelah kaum minoritas, membuka kebebasan press , sistem demokrasi…..
Sangat kecewa, Malaysia bukan maju tapi mundur terus di mata dunia.
Entah sampai kapan….
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 1:46 pm
Ini siapa pula yang pandai-pandai kata Malaysia mundur, lihatlah rakyat negara mana yang bersepah-sepah di Malaysia ini untuk mencari rezeki. Kalau terlalu berpolitik tak tentu hala sampai rakyat pecah belah buat apa, tak guna satu pun. Kerana terlalu demokrasilah sampai kemajuan terhalang dan demontrasi merata-rata hingga pembangunan terjejas. Kepada En. Sedih, jangan keterlaluan sangat memfitnah Malaysia, anda mungkin tinggal di gua batu di tengah pulau terpencil seorang diri sebab itulah anda tak tahu keadaan sebenar di Malaysia, anda cuma bermimpi seorang diri sahaja. Buat pengetahuan anda, ramai rakyat negara lain yang datang ke Malaysia kalau boleh mereka mahu menjadi rakyat Malaysia. Jadi jangan buat lawak lagi dengan kenyataan sinting anda itu. Sekian, terima kasih.
Reply
membela (ejaan )
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 5:42 pm
Kalau bukan rakyat sendiri yang membela siapa lagi, orang lain peduli apa dengan keadaan Malaysia kerana bukan negara mereka, tapi inilah satu-satunya negara kami dan kami dalam apa situasi pun akan tetap mempertahankan Malaysia hingga ke hujung nyawa. Kalau anda lihat di Malaysia di kalangan negara-negara Asean, ia adalah “Top Three” yang maju. Jadi agak-agaklah nak tuduh orang, jangan seperti pepatah Melayu kata “Meludah ke langit, akan jatuh ke muka sendiri”, maksudnya mengata orang yang lebih baik dari kita sebenarnya membongkar kelemahan kita sebenarnya. Sekian, terima kasih.
Reply
Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang gelaran kepada tuhan? Sedangkan pada bulan Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di Belanda, Tiny Muskens telah membuat seruan supaya penganut kristian mengunakan kalimah ‘Allah’ mengantikan tuhan. Namun seruan tersebut telah mendapat tentangan dan bantahan daripada penganut kristian sama ada dalam kalangan Protesten ataupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya berbunyi:
“Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to “Allah” all he want, but only addlepated Catholics will follow his lead. It is not good sign whwn members of the Catholic hierarachy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion”
Manakala Pengerusi General Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolok cadangan Muskens supaya penganut kristian mengunakan kalimah ‘Allah’ dalam kata-katanya berbunyi:
“I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver”
Oleh itu, umat Islam perlu mempertahankan kalimah Allah dalam aspek ini agar tidak di’lacur’kan oleh puak-puak yang ingin menjadikan Negara Malaysia Sebagai pengamal Islam Liberal.
Reply
haji mokhtar Reply:
January 10th, 2010 at 8:53 am
allahuakbar,,
selagi kita mengakui yg kita masih berpegang pada ajaran islam..selagi itula kita akan mempertahankannya..walaupun nyawa jadi sandaran..sudah tiada kah jalan penyelesaian yg ada untuk menyelesaikan kemelut ini..selagi semua pihak cuba menegakkan penderian mereka tanpa ada usaha untuk mencari jalan penyelesaian selagi itula suasana tidak akan aman.masing masing akan mencari kesempatan..kerajaan hanya meminta keharmonian dikekalkan tanpa ada pendekatan kearah itu..apala gunanya kutukan jika kejadian telah berlaku..kenapa tidak dari awal lagi beri kenyataan supaya rakyat bertenang.. dalam masa sama mengadakan perbincangan antara kedua2 pihak yg terbabit.jika demo yg diadakan untuk mempertahankan bahasa ibunda..hapuskan ISA itu mengancam keselamatan(kononnya)tentula demo yg mengaitkan isu agama lebih tinggi risikonya..jangan hipokrit.
untuk memberi sumbangan 500,000 bagi membaiki sebuah gereja, mungkin cukup jumlahnya..tetapi untuk membaiki sebuah negara yg telah musnah 500 juta pun tiada gunanya.jadila pemimpin yg bertanggungjawab kerana anda telah diamanahkan.
Reply
Mohamad Reply:
January 14th, 2010 at 11:08 am
Sebelum ini nada anda lain, anda jugalah yang galak sekali menyokong penggunaan kalimah Allah untuk orang yang bukan Islam, tapi kali ini anda menentang pula, mana pendirian anda, inilah sikap jenis lalang, ditiup angin ke kanan, maka ke kanan, ditiup angin ke kiri maka ke kiri. Boleh ubah sentiasa, janji sehaluan dengan Pakatan Rakyat, sebab dulu Pakatan Rakyat kata boleh guna kalimah Allah untuk orang bukan Islam, tapi kini tak boleh pula, macam mana ini, pening orang dibuatnya. Apakah anda dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai beberapa otak yang berbeza, sekejap pakai otak ini, lepas itu otak lain pula, lepas ini pakai otak jenis lain lagi selagi boleh tipu maka tipulah rakyat, itu semua untuk mendapat kuasa politik bagi Pakatan Rakyat. Semoga rakyat sedar dan menjauhi pihak berperangai lalang seperti Pakatan Rakyat ini. Sekian, terima kasih.
Reply
rossi EHSE Chairman Reply:
January 10th, 2010 at 3:08 pm
aku dah agak benda seperti ini akan terjadi. mereka ni sengaja nak bermain api. ini baru amaran..
Reply
Jgn menghancurkan keharmonian yg ada.. kita patut mencari jalan penyelesaian yg lebih baik tp bukannya kekerasan
Reply
Pendekatan yang digunakan oleh pihak DatuK seri amat bertepatan dan mampu menyelesaikan kemelutPenggunaan Kalimah Alah. Kenyataan Datuk Seri dari permulaan kemelut ini menampakan kematangan kepimpinan Datuk seri dan saya hargai seruan Datuk seri yang meminta agar rakyar tidak menyertai demostrasi dalam menyelesaikan isu ini. Kita tidak boleh menggadaikan keamanan negara dalam meluahkan sesuatu isu dan tindakan membakar 3 buah gereja adalah perbuatan yang terkutuk dan adalah tindakan manusia yang tak bertamadun dan berfikiran kuno.
Reply
Salam DSAI,Minta DSAI perjuangkan isu subsidi baru minyak yang akan dilaksanakan pada 1Mei 2010.Kami setuju jika harga untuk bukan warganegara dinaikkan,tetapi kenapa untuk warga negara dikenakan dua harga berbeza.Tak cukupkan cukai-cukai yang dikenakan terhadap kami,berapa beza cukai jalan antara 1.6cc dengan 2.0cc,2.4cc.Bagai langit dan bumi,Sedarlah BN bahawa rakyat kita bukannya terlalu kaya kecuali kroni-kroni umno.Harga kereta diMalaysia pun antara yang tertinggi didunia.Kereta yang sepatutnya dalam katagori biasa,bila datang ke Malaysia sudah jadi kereta mewah.Kami berharap DSAI akan menggunakan isu ini sebagai senjata utama untuk merobohkan kerajaan UMNO .Kami yakin bahawa nyawa parti pemerintah kini hanya dihujung tanduk.sekian
Reply
gelihati tok bila TPM merangkap menteri pelajaran kata nak beri tumpuan pada prasarana sekolah-sekolah.
kalau yang tak tahu apa-apa memang kena tipu hidup-hidup je.
ramai yang tak tahu mulai tahun ni sekolah-sekolah di seluruh negara kena bayar bil letrik sendiri.
tak tahulah tok macamana caranya sekolah nak jimatkan penggunaan bil letrik.
bagi sekolah berasrama mungkin murid-muridnya kena balik ke rumah mulai jumaat petang dan kembali semula ke sekolah pada ahad petang.
bagaimana pula dengan nasib makmal komputer.
Skim Baucer Tuisyen pula dah tak ada.
Pelan Muhyiddin nak perkasakan prasekolah memang hebat kalau dilihat cara dia bercakap
tetapi bila tok dapat sumber guru-guru prasekolah yang kena ajar modul baru mulai tahun ni hanya dihantar menjalani kursus selama beberapa hari pada bulan november lepas akan dilihat seperti buat keja asal nak siap je.macam buat rumah pasang siap.macamanalah kita nak perkasakan prasekolah.
PRU tak lama dah.Jadi boleh dilihat apa yang menteri-menteri cakap lebih kepada berkempen.itulah tanggapan ramai orang.
Reply
kinabalu Reply:
January 21st, 2010 at 7:25 am
satu hal lagi…betapa ramainya guru tak buat kerja dengan jujur…tak tau beza mana halal mana haram…belum lagi dikira berapa ramai kakitangan di peringkat PPD, jabatan dan kementerian dalam diam2 kumpul harta………dan satu lagi barap ramai guru yang malas nak mengajar…bila tiba time exam…hehehehehe….bocor soalan….sediakan jawapan……pas tu…cuba kira sebenarnya berapa ramai murid yang tak kuasai kemahiran membaca, menulis dan mengira setelah tamat tahun 6…..ada sekolah yang tahun 6 nya hanya 5 orang…seorang pun tak lulus UPSR…apa kah jadahnya ni…apa guru tu buat kat sekolah…entah…..guru besar dan gurunya…tak ade kat sekolah kot….hehehehehehehe…pi memburu atau berniaga…hujung bulan pi cucuk mesin atm…ambil duit sedekah kebajikan….hemmmmmm……
Reply
Please read the two speeches by PAS and umno Presidents one day after the Church bombing and the protest at the mosque and take this poll:
Poll : Which Party Do You Trust And Are More Sincere When Talking About Islam To The Non Muslim Malaysians
Reply
4JJluZ Reply:
January 10th, 2010 at 6:18 pm
UMNO BARISAN NASIONAL
Reply
Mohamad Reply:
January 10th, 2010 at 9:05 pm
i trust BE END, haha( as usual).sekian, terima kasih.
Reply
KITA ISTIQOMAH
09 January 2010 Oleh Zulkifli Noordin pada 10:07 AM
Salam 2 all.
Kita mengecam pengeboman beberapa buah gereja semalam di sekitar Lembah Kelang. Kita tegaskan bahawa itu bukan cara umat Islam bertindak.
Memang kita marah dengan sikap segelintir Kristian yang cuba menyalahgunakan kalimah ALLAH. Memang kita akan tentang mereka habis-habisan, tetapi hendaklah berdasarkan saluran dan mekanisma yang dibenarkan dan menurut undang-undang.
Cuma saya berharap insiden pengeboman ini tidak menutup isu besar yang melanda. Isu penghinaan terhadap agama Islam atas pencabulan kalimah ALLAH. Saya berharap pihak keselamatan segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelaku-pelaku pengeboman ini.
Dan saya juga berharap puak bukan Islam di negara ini mengambil iktibar daripada peristiwa ini. Itulah yang terjadi kalau masing-masing sudah tidak tahu menghormati sensitiviti dan hak orang lain. Keharmonian kita kecapi selama ini adalah kerana semangat toleransi umat Islam bangsa Melayu di Malaysia yang sangat tinggi.
Kita lihat bagaimana nasib umat Islam yang berhadapan dengan kaum Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan lain-lain di merata dunia. Ternyata semangat toleransi dan persefahaman kaum lain tidak sehebat umat Islam.
Di Tebing Barat dan Ghozzah, umat Islam dianiaya dan dizalimi tiap saat tiap waktu oleh Yahudi. Di Perancis, German, Switzerland, Belanda, Amerika dan negara Kristian Eropah umat Islam di anaktirikan. Masjid mereka dibakar dan diroboh, wanita Islam dihina, hingga kubur umat Islam pun hendak dibongkah dan dihapuskan. Di Kashmir dan India, umat Islam menghadapi tekanan dan penindasan diluar batasan kemanusiaan. Wanita mereka dirogol, masjid mereka dibakar dan kehidupan mereka tersepit. Di negara Buddha Siam, tidak ada hari yang dilalui umat Islam Fatani melainkan pengeboman, pembunuhan, perogolan dan pemusnahan ke atas masjid berlaku hampir setiap hari. Mendirikan solat pun satu penyiksaan dan penderitaan bagi umat Islam Selatan Siam. Di Selatan Filipina, umat Islam ditindas dan menghadapi kesukaran hidup dinegara Kristian Filipina.
Tetapi di Malaysia, kaum Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain boleh hidup aman damai, menjalani upacara peribadatan mereka tanpa gangguan. Umat Islam bangsa Melayu memang terkenal dengan sikap toleransi dan bertolak ansur yang tinggi..bila ditolak mereka beransur, bila ditolak mereka beransur. Tapi jangan tolak kami sampai kami tersepit, kerana kesabaran itu ada hadnya!
Permintaan umat Islam di Malaysia hanya satu, TOLONG JANGAN GANGGU ISLAM!! Sebab itulah Perlembagaan menjamin hak Islam dan umat Islam. Dijadikan Islam agama Persekutuan (Artikel 3). Dihalang agama lain didakyah keatas umat Islam (Artikel 11). Dipertanggungjawabkan atas kerajaan Peresekutuan dan Negeri memberi peruntukkan secukupnya kepada institusi-institusi Islam (Artikel 12). Ditubuhkan Mahkamah Syariah khas bagi umat Islam (Artikel 75 Jadual 9 Senarai 2) dengan peruntukkan khusus menghalang Mahkamah sivil daripada menganggu Mahkamah Syariah (Artikel 121 1A), diisytiharkan bangsa pribumi Melayu sebagai Muslim (Artikel 160), malah dalam mengisytiharkan darurat, walaupun YDP Agong dan Parlimen boleh menggantung, membatal, menangguh, meminda apa jua undang-undang yang ujud dalam negara ini, namun undang-undang Islam tidak langsung boleh disentuh (Artikel 150 6A)!!
Begitu Perlembagaan memartabat dan menobatkan agama Islam. Begitu Perlembagaan menghormati agama Islam.
Kalau sebegitu Islam dihormati, dinobat dan dimartabatkan oleh Perlembagaan, maka begitulah kita menuntut dan mendesak penganut agama lain supaya menghormati Islam.
Mengapa tiap kali umat Islam menuntut haknya dan mempertahankan syariatnya, umat Islam segera dilabel fundamentalis, ekstremis dan lain-lain. Tapi kalau kaum hindu berdemo dan memecah bangunan, memukul polis dan lain-lain dalam isu hindraf, mereka dikata menuntut hak kemanusiaan mereka. Bila kaum cina menuntut sekolah cina dan mendesak pengekalan sekolah aliran cina, itu human right namanya. Bila segelintir kristian cuba mencabul nama ALLAH itu hak asasi mereka namanya. Tapi asal umat Islam tuntut sahaja, segera label teroris, fundamentalis dan ektremis ditempel didahi mereka!!
Saya menyeru kepada semua pencinta keamanan dan kedamaian, marilah kita hormat menghormati satu sama lain. Tiap hak ada batasannya, tiap kebebasan ada sempadannya. Kepada penganut agama bukan Islam di Malaysia, saya memberikan peringatan bahawa apabila kamu melampaui batasan dan sempadan itu, maka kamu hanya mengundang tindak balas yang tidak sepatutnya berlaku. Kalau kamu mahu umat Islam menghormati hak agama kamu, maka kamu juga perlu tahu menghormati hak umat Islam. Apabila kita saling memahami, maka keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini akan dapat dipertahankan.
Kepada umat Islam, saya beri jaminan dan janji kepada saudara semua, saya akan terus perjuangkan dan pertahankan kalimah ALLAH ini. Saya akan terus gunakan segala saluran yang ada untuk perjuangan ini. Kalau saya sampai terpaksa berseorangan berdepan dengan kemelut ini, saya akan tetap mempertahankannya, walau saya terpaksa berdiri sendiri. Itu janji dan sumpah saya. Jangan kita berasa kerdil dan malu mempertahankan agama Islam yang suci ini, walau satu dunia menentang kita. Jangan kita berasa keseorangan dalam perjuangan ini, kerana ALLAH Maha Esa sentiasa bersama kita.
Jangan kita beri ruang kepada pihak lain menutup isu ini dengan menimbulkan isu lain. Jangan kita ambil tindakan diluar batasan undang-undang, kerana kesempatan itu akan diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menafikan perjuangan kita.
Sebaliknya marilah kita perjuangkan hak kita secara bertamaddun. Kita hormati undang-undang dan perlembagaan negara kita. Kita bertindaklah secara jemaah, dan menurut saluran yang dibenarkan. Dan istiqomahlah. Jangan lupa juga bangun malam dan bertahajjud dan bersujud kepada ALLAH. Kerana akhir kalam, doa itu senjata seorang muqmin. Insyallah kemenangan pasti di pihak kita.
Wassalam. Adios amigos.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 Muharram 1431
Reply
UMNO has been using 2 weapons dulu, kini dan selamanya. Race and religion! They tried to use race as an issue to win back the Malays but failed. Now they are using religion pula. Desperate people to remain in power will resort to anything. The stakes are too big for them to loose power. By hook or by crook, they must maintain power to remain in their hands…..otherwise, one can imagine if they loose power, All the dirt will oome out.The mere thought of this sends shivers into their spine!So come GE13, they will use all their resources, the SPR, PDRM, Judiciary, army to ensure that they win and retain their power!For sure, its not going to be easy to unseat UMNO/BN when the stakes are so bloody high!!They will learn their mistakes during GE12 and with the support of SPR, JPN and PDRM, plugged all loopholes!Just Watch it.
Reply
Some umnoputras including the chief of so-called “1 Malaysia” have insisted that Catholics should use “Tuhan” instead of “Allah” to address the Catholic or Christian God. But in the national anthem, “Tuhan” (not “Allah”) bless the country (…Tuhan kurniakan…). How now ?!!!. If Malay-Muslims are that easily confused as portrayed by umnoputras, they must be thinking that Malaysia is blessed by the Catholic/Christian God, and the Muslim God “Allah” is perpetually on leave. Perhaps, this confusion may cause the government to change the national anthem by replacing “Tuhan” with “Allah”. But then again, non-muslims will not be allowed to sing the national anthem. Then it would be non-muslims’ turn to be confused. If this issue goes to the courts, even the judges will get kepala pening. So much for “1 Malaysia”!!!. It looks more like “1 Helluva confusing and divide and rule” !!!.
Reply
Assalam DSAI,perkauman dan menyerang agama lain dilarang dalam Islam, TETAPI yang menjadi kemuskilan saya, mengapa pihak Roman Katholik memainkan isu sensitif ini? Maaf jika saya melihat seperti ada ajenda tersirat. Kita orang Melayu Islam selalu peka dan menjaga sensitiviti kaum dan agama lain. Jangan le kerana begitu bertolak ansur hingga boleh diperbodohkan dan diambil kesempatan.
Reply
kite memang mengutuk serangan keatas gereja atau mane2 rumah ibadat yang lain….perkara seperti ini tak akan terjadi sekiranya pihak yang bertangungjawab terhadap setiap tindakan dan menghormati antara satu sama lain….ape yang terjadi sekarang adalah contoh:penulis mingguan tersebut cuba menggunakan perkataan Allah hanya pada mingguan berbahasa malaysia sahaja…sedangkan version cina,india ,inggeris menggunakangod….dan kenapa agama lain tak pula ingin berebut menggunakan Allah dalam agama mereka….jik Allah itu unruk semua agama….itulah musuh islam yang nyata kristian dan yahudi….selalu mencuba untuk menyakitkan hati umat islam….sedangkan kite tak pernah sentuh atau mempermainkan agama mereka…malah menghormati mereka…..Celakalah penulis mingguan tersebut…
Reply
Sape yang buat provokasi dulu..aku memang mengutuk serang gereja…tapi lebih celaka yang menulis mingguan tersebut.
Reply
Salam DSAI,
Terlebih dahulu saya bukan Islam. Saya beragama christian, saya terharu bila membaca kenyataan akbar yang dari pemimpin PKR,PAS dan DAP sebelum dan selepas Gerija dibomkan. Ramai dari pemimpin PR mnyeru supaya jangan menganggu ketenteraman awam dengan mengadakan demonstrasi. Tapi dari Umno-BN ( PM&MDN)mereka kata tak dapat menghalang kalau orang mahu mengadakan demonstrasi dan meluahkan perasaan. Kalaulah dari dulu mereka memberi amaran akan menahan sesiapa yang mengadakan demonstrasi pasti pengeboman dan pembakaran Gerija pasti tak akan berlaku. Tapi dalam berita TV tiga hari yang lepas macam nak bagi green light saja. Kita berharap rakyat Malaysia yang selama ini menyokong mereka gara-gara hendakkan project, tolonglah tolak politik sempit ini dan project rasuah ini akan menghancurkan Negara yang tercinta ini.
Reply
While the extremists are taking opportunity to create havoc, the 1govt is taking the opportunity to create some diversion and close some topics (TBH’s death, theft of 2 jet engines, PKFZ, etc). At the same time, the STAR reported that Police & govt agency will help to distribute 400,000 unclaimed MyKad, esp from the people staying in the interior (eg pendalaman Sarawak). I am more than a bit alarmed as the Sarawak state elections are due soon. L&G, 400,000 votes translate to a lot of votes to tip the balance…
Reply
The STAR: Local authorities in Sabah and Sarawak will receive special federal assistance grants of between RM500,000 and RM4.5mil from this year.
Housing and Local Government Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said the amount in grant would be based on the population, administrative cost, uniqueness as well as the status of each of the municipal or district.
“We hope the assistance will enable local authorities to act immediately to resolve whatever problems faced by the people,”
Wow! The vote-buying has started, I betcha state elections will be called after CNY!!!
Sarawakians, we already denied UMNO 5 states (1 bought back), are you all brave enough to change or are you all haapy to serve UMNO forever while your rights are being taken away bit by bit every decade??
Reply
TIDAK ADA ISLAM FANATIK, ISLAM LIBREAL, ISLAM HADARI, ISLAM BAGAI BAGAI…ITU SEMUA CAKAP-CAKAP BODOH AJE… ADA ILMU TAPI TAK BERAKAL…. WAHAI ANDA YG BERAGAMA ISLAM SELURUH MALAYSIA… ISLAM CUMA SATU IAITU ISLAM SEBENAR BENARNYA BERLANDASKAN SUNNAH DAN ALQURAN….. HARAP FAHAM KAH DATO OSMAN..
Reply
Umno-BN, pening betul saya dengan kerajaan ni, adik saya yang berumur 33 tahun sampai sekrang mycard belum datang. Kata tunggu-tunggu dan tugnggu, sampai bila dia mahu tunggu. Bila pula dia nak menunaikan kewajiban dia sebagai rakyat 1 Malaysia yang di laung-laungkan selama ini Oleh NR.
Begini kah rakyat dudahulukan?
Reply
assalamualaikum
sebelum nak menulis atau memberi pendapat cuma saya minta saudara anwar menjawab soalan saya terlebih dahulu iaitu adakah ahli kitab yg ada sekarang diatas muka bumi ini masih mengamal ajaran yg asal atau pun telah diubah suai mengikut kehendak mereka kemudian barulah kita berfikir sama ada apa yg kita ucapkan adalah baik ataupun salah sama sekali demi akidah semua umat islam yg menyokong saudara termasuklah ibu dan sanak saudara saya yg berada di DUN Penanti supaya mereka menyokong pekara yg benar dan bukan kebatilan
sekian terima kasih
Reply
Salam Datuk Seri,
Saya amat berrharap supaya strategi-strategi yang betul diambil, tindakan2 yg tepat dilakukan disertai KERJA KERAS tanpa henti sehingga PRU-13 nanti..Jika tidak, harapan jutaan rakyat yang ingin melihat perubahan tidak akan tercapai. Moga2 penasihat2 atau ‘think-tank’ Pakatan mampu
menunjukkan arah yang betul. Rakyat telah mual dengan penyelewengan, rasuah, agenda memperkayakan kroni, abuse of power by the authorities themselves, corrupt administration, media cover-ups, pembohongan dan segala mak nenek lagi yang dibawa oleh UmNgok and Be End!
We cannot tolerate anymore of such unIslamic wickedness!
Tidak guna kita mengaku Islam kalau kita bergelumang dgn segala kemungkaran, kebejata dan kebobrokan. Jangan bertuhankan $$$$ !
Reply
Assalamualaikum mohamad..
diperhatikan selama ini anda seperti mencari kesilapan org lain tp dlm cara yg halus..masih x menerima hakikat kesilapan pemerintah yg sepatutnya kita sama2 perbetulkan.Mereka diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat yg memilih tp dlm masa yg sama terdapat golongan opportunis yg suka ambil kesempatan demi kepentingan diri, isteri, keluarga dan kroni..
maksumkah mereka? Tidak dinafikan terdapat segelintir rakyat yang emosi dlm hal ini mempertikai pemerintah..tp itu hak mereka. dan sebahagian hasil negara sepatutnya dikongsi bersama tp sy sebagai kakitangan kerajaan sendiri dapat melihat bagaimana ssetengah pemimpin mengaut kekayaan tanpa memikir ksengsaraan org bawah.
Jadi apabila ada yg menegur pemimpin..terimalah dengan istiqamah dan berazam untuk membaikidiri. kerana akhirnya kita akan dinilai semula oleh pencipta.
Reply