08
Jan
10

Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Rumah Peribadatan

Saya mengecam tindakan pihak tertentu yang menyerang beberapa gereja di sekitar lembah klang. Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras al Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain.

Sehingga kini saya difahamkan sebanyak tiga gereja dijadikan sasaran serangan. Manakala itu aras bawah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati telah hangus terbakar akibat dari siri serangan tersebut. Saya menyatakan rasa syukur kerana serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan jangan sesekali terjerumus ke dalam api kebencian. Sebarang tindakan tidak boleh sama sekali didasari politik perkauman sempit. Saya mempunyai keyakinan kita rakyat Malaysia akan menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik. Inshaallah usaha kita untuk mengekalkan keamanan diberkati jua.

ANWAR IBRAHIM

DSAI Condemns Attack on Religious Places

I strongly criticize the act of some people who had attacked several churches in Klang Valley area. Those despicable acts were something that has been condemned in Al Quran. Islam clearly urges the Muslims to respect other religion act of devotion places.

Until now, I had been informed that there were 3 churches that had been assaulted. Subsequently, in a series of attack, the ground floor of Metro Tabernacle in Desa Melawati had been burnt. However, I am grateful that nobody was harmed in the incident.

I urge all parties to be calmed and shall not involve in the fire of hatred. Do not act based on narrow political views which rooted from racial interest. I am convinced that we Malaysian will solve this issue without further conflict. InsyaAllah our efforts to prevail the peacefulness shall be blessed.

ANWAR IBRAHIM


60 Responses to “Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Rumah Peribadatan”


  1. 1 zik Jan 8th, 2010 at 3:27 pm

    Keluarkan kenyataan Media Rasmi dari PAKATAN di hadiri semua pimpinan utama Persekutuan dan Negeri!!Rakyat perlu lihat PAKATAN membela semua kaum dan rakyat!!

    Reply

    Mohamad Reply:

    Jangan suka menangguk di air keruh lagi, daripada kecil terus jadi masalah besar pula nanti. Sekarang ini pun lihatlah kelakuan Pakatan Rakyat yang suka memainkan isu ini untuk populariti politik telah menyebabkan huru hara dalam negara. Jagalah keamanan yang ada. Nakkan kuasa politik pun berpada-padalah jangan sampai dipertanggunjawabkan di akhirat kelak atas kelakuan sumbang dan tidak bermoral anda semua ini. Sekian,terima kasih.

    Reply

  2. 2 OEX011 Jan 8th, 2010 at 3:37 pm

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24103:-tangkap-dan-hukum-pembakar-gereja&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

    Tangkap dan hukum pembakar gereja
    Sofi Wahab.

    Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, awal pagi ini.

    Jelas tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan berlawanan dengan prinsip Islam sendiri.

    Tindakan tersebut tidak menggambarkan sikap sebenar Islam yang sentiasa memberikan kebebasan kepada manusia untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama mereka, “Tidak ada paksaan dalam agama”.

    Penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka untuk beribadat mengikut kepercayaan mereka. Rumah-rumah ibadat mereka juga tidak diboleh diusik apalagi di bakar.

    Sikap terbuka Islam jelas dinyatakan di dalam Al Qur’an dan Hadis Rasulullah. Umpamanya ketika peperangan, tentera Islam tidak dibenarkan memerangi tentera musuh yang berlindung di kuil, biara atau rumah ibadat mereka.

    Tindakan biadap ini jelas bertentangan dengan Islam dan ianya sudah tentu akan mengeruhkan suasana harmoni di negara kita.

    Bagaimana jika sekiranya masjid di bakar, sudah tentu kita umat Islam yang marah dan bangkit mengutuk tindakan tersebut.

    Rakyat mesti bertenang dan tidak melakukan apa juga perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak aman dan tidak tenteram.

    Saya sekali mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan berharap pihak yang terbabit diseret ke muka pengadilan dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang.

    Reply

    desperado Reply:

    tindakan membakar gereja ini memperlihatkan kecenderongan terhadap persamaan dengan kelompok pembawa kepala lembu…siapa lagi kalau bukan kelompok assobiyah?

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    nasib baik la,pejabat keadilan bahagian gombak dah berpindah dari desa melawati tu..
    kalau tak.. niaya Yb azmin yg kena siasat..bukannya boleh percaya dorang ni.belum keluar cerita.. rakyat dah tau skrip.

    Reply

    zulalarm Reply:

    UMNO semakin gila dalam menyelesaikan isu agama.

    Reply

  3. 3 ulam batar Jan 8th, 2010 at 3:48 pm

    Makamah UMNO larang bukan islam guna perkataan allah,nanpaknya orang bukan Islam tidak boleh lagi sebut “allahmak” kebanyakan orang Cina ,India termasuk Padri dimalaysia mengunakan perkataan “Allahmak!!” jika tersilap atau sebagainya dalam bentuk harian mereka, pada bukan islam mereka telah mengunakan perkataan tersebut sebelum Malaya Merdeka lagi sebutan allah telah lali dibibir mereka sebelum PAS ditubuhkan dimalaysia orang bukan islam di malaysia telah mengunakan perkataan allah. Diatas Cap atau Topi PDRM juga tersemat logo Allah jadi dimana yang dikatakan ini tidak boleh di gunakan oleh orang bukan islam. jadi perkataan dan sebutan allah sudah menjadi ruji kepada bukan islam di Malaysia, tak semena mena Makamah UMNO larang????????????.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Apa ini En. Ulam Batar, sudah berapa kali dan berapa ramai orang beri nasihat jangan keterlaluan sangat dalam isu ini, manusia ada perasaan, jangan keterlaluan sangat, nanti kerana mulut badan binasa, pepatah orang-orang tua ada kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sekarang ini ia telah menjadi panas, malah Penasihat Umum PKR sendiri pun menyeru supaya perkara ini jangan dipanjangkan secara tidak keterlaluan lagi. Agak-agaklah kalau nak berpolitik pun jangan nak keterlaluan sangat, takkan selepas berlaku pergeseran antara pihak Islam dan Kristian di Malaysia kamu nak pula ada pergaduhan antara penyokong kerajaan dan pembangkang pula? Nakkah kamu nak tengok Melayu sama Melayu bertetak sesama sendiri kerana tidak puas hati antara satu sama lain kerana sikap kamu ini, sekarang ini dah ada pun perlakuan yang di luar batasan, nak tunggu sampai jadi makin parah sampai melibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda seperti yang pernah berlaku sebelum inikah? Adakah kamu amat berpuas hati kalau perkara ini berlaku. Saya meryarankan perkara ini tidak diperbesar-besarkan lagi secara keterlaluan kerana ia boleh diuruskan oleh pihak-pihak yang berkebolehan seperti mahkamah dan perundingan antara pihak-pihak yang berkelayakan nanti. Sekian, terima kasih.

    Reply

    kulup amrin Reply:

    Saya amat dukacita ini kerana peranan NUJ menuntut supaya jualan akhbar meningkat ini pada dasarnya salah satu pum!!atau jack!! untuk melariskan jualan media cetak, kejatuhan jualan media cetak susut rundum sejak 1998 sehingga sekarang petikan dari Persatuan NUJ. ini bukan sahaja disebabkan oleh adanya Media Baru (Cyber) tertapi disebabkan juga oleh tulisan dalaman akhbar itu sendiri yang dilihat bergitu bercelaru dengan yang di pasksikan oleh menteru UMNO. cantohnya Utusan berciri ratuskan isu perkauman sedangkan pembesar UMNO 1malaysia Rakyat jadi konfius!!

    Jadi bila jualan ahkbar sekah kebawah jangan nak salahkan Rakyat berpaling arah ini kesilapan UMNO sendiri, yang memainkan isu KAUM dan Ugama. lelogan murah yang dijayakan oleh UMNO dengan cara lambakan terkotor ini boleh mendatangkan bahaya kepada Negara ini kerana isu KAUM dan Agama menbolehkan ketegankaum dan sebagainya harapan saya dan kita semua kawal emosi dan perbanyakan tunding jari kepada media tempatan perdana yang terus menerus menaikan isu ini.

    STAR,Utusan,Berita hairan,dan Media baru harus kembali sejukan keadaan. bukan menperbesarkan keadaan.

    Reply

    pemerhati Reply:

    Sokong…jgn dipanjangkan lagi. tunggu keputusan mahkamah. Inilah masanya org2 yg berpengetahuan dlm bidang agama baik islam ataupun kristian duduk semeja berunding secara berhemah. Masalah tidak akan selesai dgn membakar gereja ataupun masjid. Yg rugi kita sendiri. Pada cik Ulam batar bila pulak ada perkataan Allahmak. yang saya tahu alamak bukan allahmak.

    Reply

    shift Reply:

    Apa orang Melayu tak pernah bertetak sesama sendiri, kalau Parameswara tak berani bertetak dengan orang Melayu lain, tak mungkin terbentuk sebuah empayar. Tapi orang Melayu sekarang mesti diberi peluang untuk betekak semasa Melayu, kerana melalui bertekaklah boleh lebih mengenali satu sama lain. Kalau dibiarkan disimpan dalam hati selama-lama, maka sebab itu perkatan amok pun boleh jadi bahasa Inggeris.

    Reply

    lang suyo Reply:

    Acara Baling Cakra sorok tangan ini adalah acara Rutin UMNO dalam usaha memadamkan sejarah atau isu yang lebih panas sebagai mana isu Jambatan Runtuh di Kinta Perak,Jambatan Bengkok di Johor,Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan yang terlampau di Putrajaya, serta Jambatan yang kurang di Sabah Serawak , di sabah dan di Serawak sungai lebih banyak dari Jambatan sebab itu Indek kematian Rakyat di makan oleh Buaya di Dunia adalah milik Malaysia “Juara Rakyat” di baham buaya adalah di miliki oleh Rakyat malaysia sabah dan serawak,sedangkan di Putrajaya yang buayanya hanya didalam bangunan tertapi jambatanya berharga ratusan juta. Nasib baik Putri Gunung Alantuya tidak pinta Jambatan emas dari Kl ke Ulam bator.
    Saya amat sedih apabila kekayaan negara tidak diagih dengan sekata di seluruh Negara dimana berkeramatnya “Percacai rakyat di utamakan Rakyat berbulu” saya menolak UMNO bukan kerana Parti tersebut tertapi Para pembesar Utama UMNO bersikap bertalamkan muka, kesedaran mereka untuk kembali kepangkuan Rakyat sudah tercicir, pada rakyat tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula jatuhnya ditolak oleh UMNO, tertirapnya Rakyat makan berderapnya UMNO pada Pru 12, luka di lutut nanpak luka di hati siapa yang tahu parut di lutut nanpak parut di hati berkerut siapa yang tahu?? luka yakin boleh sembuh tapi parutnya tatap berdarah dan ada sampai mati, jasat Rakyat berparut UMNO nanpak disebabkan oleh PR lah UMNO nanpak, saya boleh terima kesedaran UMNO untuk berbakti pada Rakyat semula (pengakuan ini saya sedar akan menbuat saya akan deman tak kebah selama sebulan) tertapi saya tidak boleh terima Peminpin UMNO yang terbaris sekarang mereka harus turun secara terhormat sekiranya tidak kesedaran yang di dilakonkan adalah mencampakan garam kelaut. yang harau turun adalah :-

    Najib,Muhyidin,Hishammudin,Mukriz,TDM,KJ, dan semua Ahli Majlis tertinggi UMNO dan BN. merekalah dilihat pertualang Negara.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Apa ini En. Lang Suyo, petualang apa kebendanya kalau berusaha untuk memajukan masyarakat dan negara. Petualang sebenarnya ialah pengamal ceramah maki hamun, pengamal demontrasi ganas dan penghasut rakyat hingga rakyat jadi pecah belah. Samada anda sedar atau tidak, Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO telah berjaya memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, tetapi di pihak Pakatan Rakyat, asyik berpolitik 24 jam, sudah jadi macam hobi pula. Ingatlah ini urusan sebuah negara, bukannya urusan berebut mainan antara dua orang budak berumur 3 tahun. Sekian, terima kasih.

    Reply

  4. 4 Mack Jan 8th, 2010 at 3:53 pm

    Beginikah kami diperlakukan.?

    - Sabah -

    Reply

    Mohamad Reply:

    Saya berharap anda bertenang, juga tenangkan juga teman-teman seagama dengan anda. Perbuatan merosakkan rumah ibadat orang lain adalah bukan ajaran Islam, Islam menggalakkan hidup berkasih sayang dan hormat menghormati serta bantu membantu. Diakui bahawa tindakan kebakaran berkenaan agak keterlaluan, dan saya memohon maaf atas kejadian berkenaan, meskipun bukan saya yang membuat perkara berkenaan, tapi saya harap permohonan maaf ini akan dapat menjernihkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Pihak berkuasa dan kerajaan telah berusaha untuk melindungi semua rumah ibadat tak kiralah agama apa pun. Malahan pihak yang bertanggungjawab akan dicari dan disiasat serta akan dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang setimpal. Kepada semua umat Islam sekalian pula, janganlah bertindak keterlaluan sangat, ingatlah agama kita menyarankan berbuat baik dan sentiasa bantu membantu dan bukannya bertindak kasar tak tentu pasal dan mengainaya orang lain. Bertaubatlah dan jangan diulangi lagi kesalahan ini, tidak kiralah bangsa atau agama apa pun kita perlu menghormati sesama manusia. Sekian, terima kasih.

    Reply

  5. 5 Cik Labuci Karat Jan 8th, 2010 at 4:09 pm

    Jangan pertahankan agama untuk menjadi jagoan yang murah seperti Najib! Hehehehe….

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    saya stuju mamat tu cakap,jangan la kita keterlaluan dalam isu allah ni..tapi dia cakap pada salah orang..saya belum dengar pendudung2 PR nak buat demo lagi..puak puak tu dah buat selepas solat jumaat tadi.yang tetak menetak ni pun puak2 tu gak rebutkan kuasa dan kontrak.pemimpin puak2 tu galakan demo..pemimpin PR galakan bertenang bawak berbincang..lu apa crita..dah terang lagikan bersuluh.

    Reply

  6. 6 Apollo 2020 Jan 8th, 2010 at 4:17 pm

    kenape la dari awal lagi najib mongolia x arahkan pasukan keselamatan jaga semua gereja di Malaysia. pastu tak halang himpunan bantah penggunaan nama ‘Allah’. KPN cakap polis x kuarkan permit. talam dua muka la diorg nie……..

    Reply

    Mohamad Reply:

    Siapa talam dua muka, cermin diri dulu sebelum tuduh orang. Kamu buka mata luas-luas dan lihatlah siapakah yang sebenarnya pencetus permasalahan ini, kerajaan memberikan penerangan dan berusaha untuk mententeramkan keadaan. Malahan pihak-pihak yang buat perhimpunan dulu pun dengar nasihat kerajaan dan tidak bertindak keterlaluan lagi. Tapi kenyataan dari pimpinan Pakatan Rakyat dan perbuatan api-mengapi dalam blog Pakatan Rakyat telah menyebabkan rakyat makin celaru di mana sebelah piha berasa amat terancam dan sebelah pihak lagi pula kecil hati dengan sesetengah tindakan dari pihak yang berasa terancam tadi. Dalam blog ini saja bersepah artikel yang mengapi-apikan kemarahan orang, malahan terdapat sesetengah komen dari orang Islam sendiri yang menyebabkan orang lain marah, berperangai liberal keterlaluan. Sekarang kerajaan terutama UMNO telah dikambing hitamkan untuk menutup kelemahan Pakatan Rakyat yang nampaknya gagal dan makin mengusutkan keadaan berkaitan perkara ini. Anda ingat benda ini diurus macam budak-budak berebut mainankah? Ini hal sensitif, gatal-gatal bertindak keterlaluan, bila dah menjadi makin kelam kabut, buat-buat tak tahu dan cuci tangan malah hentam orang lain pula yang tiada kena mengena seperti kerajaan dan pasukan keselamtan serta mahkamah. Sikap apakah jenis ini. Berlaku jujurlah, paling kurang pun diri sendiri tak boleh bohong, ingat itu sama. Sekian, terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    islam ADAHARI namanya…masyaallah

    Reply

    Mohamad Reply:

    Pakatan Rakyat? Pergunakan Rakyat adalah, lepas itu boleh jadi Petualang Rakyat lagi serta Peroboh Balai Raya dan Pusat Kegiatan Penduduk, satu-satu mereka buat masalah,lepas itu hentam UMNO dan Barisan Nasional, untuk pengetahuan anda, Barisan Nasional dan UMNO tiada masa nak buat benda-benda mengarut ini kerana pada masa ini, mereka sedang sibuk nak memulihkan ekonomi negara, petualang sebenarnya ialah anda semua, meskipun bukan anda yang bakar rumah ibadat berkenaan, tapi kelakuan dan kata-kata anda semua telah mendatangkan kegelisahan dan rasa terancam di kedua-dua belah pihak. Semoga anda Insaf En. Hj. Mohktar, bantulah baiki sikap tidak sopan golongan muda yang berfikiran singkat dengan pengalaman anda, bukannya melingkupkan lagi mereka dengan pelbagai masalah anda sendiri. Jadilah orang yang berguna, sekian, terima kasih.

    Reply

  7. 7 xlanxdiablox Jan 8th, 2010 at 4:47 pm

    yay! 1malaysia! 1malaysia! salam 1malaysia!

    Reply

  8. 8 Tuyang Jan 8th, 2010 at 4:50 pm

    Saya tak terkejut langsung kalau pembakaran Gerija berlaku. Kerana dalam berita TV3 dua malam berturut-turut menteri yang bertangungjawab telah mengeluarkan arahan bahwa pembantah ini tidak dapat dihalang. In other word, he gave permission for them to do demonstration.

    Reply

  9. 9 Warisan Jan 8th, 2010 at 4:54 pm

    Serangan yang diadakan kemungkinan sebagai bukti protes dan bantahan pada keputusan makhamah pada 31 Disember 2009 diambang tahun baru. Selain itu, serangan tersebut adalah berkemungkinan sebagai menyahut cabaran dari pihak peguam yang mencabar kalimah Allah diguna pakai dalam majalah Harold : The Catholic Weekly. Cabaran oleh peguam tersebut telah dibuat dalam mahkamah pada hari sebelum keputusan diputuskan oleh YA Datuk Lau Bee Lan. Rujuk kes bicara tersebut.

    Justeru itu, apa-apa yang berlaku pada hari ini atau seterusnya berkaitan rumah ibadat perlu dipertangungjawabkan oleh peguam tersebut. Mereka perlu mohon maaf serta tarik semula bagi meredakan suasana tegang dikalangan rakyat atau darurat dilancarkan!

    Reply

  10. 10 allah pitchai Jan 8th, 2010 at 4:55 pm

    PRU 13 BN KALAH TERUK

    Reply

  11. 11 harleykl Jan 8th, 2010 at 4:57 pm

    please write only facts. do your homework. read the bible & the Quran. understand the terms. Only then can we comprehand seriousness of the issues. May Allah saves us all from our own doings!!

    Reply

  12. 12 daud Jan 8th, 2010 at 6:05 pm

    Hai orang Kristian di seluruh Malaysia…..AMPUNIlah mereka yang berniat jahat kepada kita.Biarkan apa juga niat mereka…mereka boleh saja mencabut nyawa kita,tapi mereka tidak dapat mencabut roh kita.ampunilah mereka kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan…segala pujian untuk-NYA.

    Reply

  13. 13 luq Jan 8th, 2010 at 8:38 pm

    sorry la nak cakap ni..
    orang yang bakar gereja ni sume bodoh!
    sume mat rempit tak pegi sembahyang pon nak kecoh2 pasal agama..
    orang2 yg pakai kopiah berjanggut panjang tu sume takkan buat bende2 mcm ni..
    ni sume kerja orang takde otak, kecoh2 nak buat hal.
    saya pasti orang yg bakar gereja ni sembahyang pon tidak masjid nak jejak pon apetah lagi..
    nak gi sebok2 pertahan kan agama..
    takde otak!

    Reply

  14. 14 luq Jan 8th, 2010 at 8:41 pm

    lagi 1..
    kenape perkara mcm ni berlaku time2 skrang ni..
    dulu2 asal takde?
    jgn la kait kan politik..
    ni psl gereja terbakar pon ade najib gak ke tgk comment kat atas tu..
    kalau gereja dah terbakar, maknenye mmg teruk la malaysia ni lps ni..
    ade la gaduh2 sembelih tepi2 jln bakar masjid, tembak org tengah sembahyang mcm kat thailand tu lps ni kat malaysia..
    ade ke nak kecoh2 psl politiik lagi..
    adui..
    tak paham btolla org fanatik

    Reply

  15. 15 bakok Jan 8th, 2010 at 9:18 pm

    Salam sejahtera DSAI,

    Sebelum ini saya begitu hormat dengan penganut agama lain. Kami dididik suapaya menghormati dan bertolak ansur dengan orang yang tidak seagama dngn kami melalui sistem pendidikan hinggalah kepada sistem yang sedia ada. Namun hari ini pendirian ini berubah bila rumah ibadat kami dibakar dan kesucian agama kami dihina dan dikeji sesuka hati.
    Demi desakan dan tekanan politik agama kami pula dijadikan mangsa. Ratusan tahun kalimah Allah kami gunakan. Mengapa sekarang ianya dipertikaikan. Kalau berani saya mintalah mereka berdemo pulak di Sarawak dan bakar gereja di sini. Kita tengok siapa yang akan terbakar nanti.

    Reply

  16. 16 true malaysia Jan 8th, 2010 at 9:36 pm

    what happen to our beloved country security nowaday?
    getting unsecure living in this country , alots of thing keep happening after last GENERAL ELECTION.
    rakyat living in harmony , but someone want to play racial tension.
    i believe MOST OF clever muslim will not fall trap by him.

    Reply

  17. 17 Abu Daby Sipitang tuju Lawas Jan 8th, 2010 at 10:18 pm

    Saya hairanlah di semenanjung ni kes kes yg mengundang perbalahan suka didiperbesar2kan,tapi abokpun tarak,mereka pentingkan politik dari saling bersaudara tapi disabah dan sarawak tak menghairankan kami perkara diperbesarkan disarawak,kami ada lebih 30 entik yg menganut berbilang agama,takadapun kecoh2,mcm biasa je ini adalah sikap mentaliti kami yg diamal oleh org tua2 kamisebelum Malaysia merdeka lagi,bangsa2 lain kami anggap sebagai saudara,karib dah semacam keluarga besar,yang penting jangan pentingkan diri dan perlu ada toleransi dlm hati tu….

    Reply

  18. 18 muslim Jan 8th, 2010 at 10:58 pm

    apa ni!statement DSAI ni mcm dia dh kompem je tau yg serangan ni dibuat oleh org Islam!padahal blom tentu lg!jgn2 ini hanya permainan mereka untuk mnunjukkan bhawa Islam ini ganas!

    Reply

  19. 19 ensulit langit Jan 9th, 2010 at 7:48 am

    Ini adalah hadiah 1Malaysia sempena Tahun Baru 2010.Selesaikan masalah ini dalam PRU13 dengan iktizam yang yang kuat dan senyap.

    Reply

  20. 20 bumilangit Jan 9th, 2010 at 1:53 pm

    Kesal tindakan lembab polis dan kdn.

    Kalau tuduhan rasuah atau salah guna kuasa PR, laju saja tangkap.

    Reply

  21. 21 alkulimi Jan 9th, 2010 at 2:12 pm

    Kalau dah tak dak permit kenapa boleh dibenarkan demo? Munafik punya kelaku

    Reply

  22. 22 burung unta Jan 9th, 2010 at 2:25 pm

    Sabah sangat harmoni dengan perbezaan agama yang di anuti penduduknya… Dari dulu sampai sekarang memang tak ada masalah.. Sebenarnya atas perbuatan bodoh orang2 dari semenanjung ini telah menimbulkan sedikit kedinginan antara Islam dan Bukan Islam di Sabah sedangkan kami memang harmoni dan sentiasa menghormati agama orang lain… Saya amat terkilan dengan perbuatan mereka yang membakar gereja ini… Kami rakyat Sabah berharap perkara ini dapat di selesaikan dengan seadil-adilnya… Sekiranya di Semenanjung tidak dapat menerima perkara isu penggunaan nama “Allah” ini, kami di Sabah tidak menmpunyai masalah kerana kami kenal akan “Allah” yang kami sembah dan masyarakat Kristian pun tahu “Allah” yang mereka sembah…

    Allah bukan milik sesiapa pun, namun yang pasti semua umat di dunia ini adalah milik “Allah” kerana Dia adalah yang Maha Esa dan Maha Pencipta…

    Reply

  23. 23 fz1303 Jan 9th, 2010 at 3:30 pm

    adoi.. Knapelah jumutnyer mereka yg serang gereja ni. Buat malu Islam.. Islam agama yang memberi kebebasan beragama.

    Reply

  24. 24 dino Jan 9th, 2010 at 4:26 pm

    Masya Allah. Kerja jahat begini bukan dari yang faham dan fanatik Islam. Ini kerja batu api antara kaum. Wahai sahabat dari Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain agama di Malaysia, bersabarlah dengan apa yang berlaku. Jangan bertindak membalas perbuatan dengan perbuatan. Kita tidak mahu sebarang tragedi berulang. Isu agama adalah sensitif. Penganut sanggup sabil kerananya. Namun kita berharap pengganas dajal yang menimbulkan provokasi ini dapat ditangkap dan dihukum sewajarnya.

    Reply

  25. 25 Khir Kojol Jan 9th, 2010 at 4:57 pm

    Sememangnya UMNO pandai amik kesempatan utk menangguk di air keruh utk menjaga kedudukan mereka yg sedia keruh…

    Reply

  26. 26 burung unta Jan 10th, 2010 at 12:04 am

    Sebelum merdeka

    Malaysia = Tanah Melayu

    Selepas merdeka

    Malaysia = Tanah Melayu Sarawak Sabah

    Akan datang

    Malaysia = Tanah Melayu….

    Sarawak & Sabah akan tubuh sebuah negara baru… Negara yang tidak bertuankan Melayu.. Negara yang tidak hanya masyarakat Melayu perlu di jaga hatinya (Memang tak pernah ada Melayu pun di Sarawak & Sabah)…tetapi

    SEBUAH NEGARA YANG BENAR-BENAR BERTUANKAN RAKYAT…

    Reply

    Mohamad Reply:

    Jangan harap itu akan terjadi, Semenajung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan tetap sebagai Malaysia. Anda perlu hati-hati dengan kenyataan anda, jangan main-main dengan soal kewujudan Persekutuan Malaysia, ia adalah soal sensitif seperti isu agama dan kaum, jadi saya memberi amaran kepada kamu jangan memandai-mandai nak pecah belahkan Malaysia. Apakah anda mahu melihat Sabah dan Sarawak menerima nasib seperti Timor Leste yang bukan makin maju dan berkembang selepas merdeka, malah makin tertekan dengan pelbagai perkara, dari segi politik, perpaduan dan pembangunan makin caca marba di sana. Malahan kini Timor Leste terpaksa mengharapkan belas ihsan Indonesia yang suci hati membenarkan kerajaan negara berkenaan menggunakan kemudahan infrastruktur milik kerajaan Indonesia. Untuk makluman anda juga masyarakat Melayu juga ramai di Sabah dan Sarawak, jadi jangan mainkan isu perkauman hingga mencetuskan kekacauan di sini. Kalau di Semenanjung pernah berlaku peristiwa 13 Mei 1969, Operasi Lalang, dan peristiwa Taman Medan serta pergaduhan kaum di Pulau Pinang, masyarakat di Sabah dan Sarawak tidak mahu perkara berkenaan merebak ke sini. Kamu jangan main isu perkauman, keagamaan, serta kenegerian dan kedaerahan untuk meraih populariti politik, jangan jadi manusia yang memporak perandakan kehidupan orang lain. Semua negeri dalam Malaysia selama ini aman dan makmur hingga penduduk negara jiran pun datang ke Malaysia samada secara sah atau haram meskipun terpaksa bergadai nyawa. Malahan di Sabah dan Sarawak, penduduk di negara jiran datang untuk mencari peluang pekerjaan di sini, tetapi penduduk Sabah dan Sarawak pergi ke negara jiran bukan untuk bekerja taraf rendah tetapi sebagai pelabur atau pelancong. Jangan anda musnahkan kedamaian dan kemakmuran ini dengan pemikiran sempit dan sikap dengki kamu itu, perbaiki diri kamu dulu. Entah-entah adan ini adalah rakyat asing yang mahu memecah belahkan Malaysia, mula-mula Sabah dan Sarawak, lepas itu negeri-negeri Semenajung pula akan menjadi sasaran anda. Tetapi jangan haraplah ia akan berlaku, kami sebagai rakyat Malaysia akan mempertahankan kewujudan Malaysia sekarang ini sehingga bila-bila. Sekian, terima kasih.

    Reply

    true_man Reply:

    En. Mohamad, saya telah baca semua komen anda dari mula sampai sini. Saya mempunyai beberapa soalan, dan saya harap anda dapat jawab dengan ikhlas sebagai pihak ketiga (bukan penyokong mana-mana parti politik).

    1. Sewaktu kaum india yang membuat demo (HINDRAF), mereka tidak diberi permit dan diklasifikasikan sebagai ‘perhimpunan haram’. Apabila rakyat melayu (daripada parti politik tertentu) membuat pertunjukan jalanan membantah ulasan Karpal Singh, perhimpunan tersebut dinamakan sebagai ‘perhimpunan aman’ (daripada maklumat berita TV dan suratkhabar). Mengapakah tindakan ganas diambil untuk meleraikan perhimpunan Hindraf tetapi bukan untuk ini? Walaupun kedua – dua perhimpunan bukan mendapat permit (sekurang-kurangnya Hindraf telah cuba mendapatkan permit), satu perhimpunan dilabel haram dan satu lagi dilabel aman. Mengapa?

    2. Seperti yang semua orang maklum, beberapa pemimpin Hindraf telah ditangkap dibawah akta ISA, dengan alasan memberi ucapan berbaur perkauman dan boleh mendatangkan pergaduhan etnik.Semasa perhimpunan membantah perpindahan kuil hindu ketempat mereka, banyak orang telah memberi ucapan berbaur hasutan, sambil memijak kepala lembu (isu sensitif kepada agama hindu), apakah tindakan yang telah di ambil keatas mereka? Sikenakan tindakan ISA?

    Saya boleh memberi banyak lagi contoh, tetapi saya tidak mahu mengeruhkan lagi situasi sekarang. Kami kaum minoriti tidak memberi sebarang bantahan kepada agama rasmi Islam, bahasa kebangsaan Melayu, layanan khas untuk Bumiputera dan lain lain. Kami faham ini adalah berdasarkan majoriti. Tetapi janganlah sekali pun memberi layanan khas dalam pengendalian dan memberi hukuman kepada kesalahan yang dilakukan.
    Saya harap dalam kes merosakkan rumat ibadat kristian ini, pihak berkuasa dapat menhukum pesalah dan memadam nama buruk pihak berkuasa sejak kebelakangan ini.

    Reply

  27. 27 krawfran Jan 10th, 2010 at 3:43 am

    Salam kepada semua,

    Saya hanya salah satu insan lower middle class yang berpengetahuan rendah dalam hal-hal selok belok bahasa dan agama. Jadi jika ada kepincangan harap maafkan.

    Berkenaan isu bakar-membakar dan kepala lembu, terus terang saya katakan yang saya menentang dan perbuatan ini nyata tidak matang dan yang lebih penting tidak bersebab.

    Diharapkan semua yang membaca, bersederhana dalam mengeluarkan pendapat dan mengambil kira hati dan perasaan semua. Bersangka baik dan tidak membuat andaian melulu.

    Sungguhpun ungkapan dibawah ini tidak stylo lagi tapi ia masih relevan

    “Mata Pena itu lebih tajam dari Mata Pedang”

    Reply

  28. 28 yahoo Jan 10th, 2010 at 10:47 am

    Masyarakat Kristian di sabah & Sarawak tidak kisah dengan pengunaan kalimah Allah ini di negeri ini.isu ini tidak timbul dan saling memahami dan menghormati.Tapi nampaknya isu ini datang dari Semenanjung yang merosakan “PERPADUAN MALAYSIA”.kini 2 negeri ini terpalit.Semuanya rosak….

    Reply

  29. 29 you are superb Jan 10th, 2010 at 2:51 pm

    Boleh caya kaa ada orang Melayu Islam di Malaya ni sanggup serang Gereja…jangan2 ni sandiwara dan lawak besar kot …perkataan Allah takde Isu langsung,, sebab memangpun mereka boleh pakai..lain la kalau gereja telah mengkristiankan orang Islam secara terang2..sebelum ini didakwa ada orang Islam Murtad..tapi takde bakar gereja pun.. hey aku tak percaya..aku tak percaya…aper2pun berlaku kat Malaysia ni aku tak percaya dulu..sehingga ada bukti tanpa konspirasi baru aku percaya….

    Reply

  30. 30 ensulit langit Jan 10th, 2010 at 7:09 pm

    Masalah ini akan dapat dielakkan jika YAB PM bersungguh-sungguh dan tegas membuat keputusan bagi masalah ini.Tapi apa kan daya itu aje YAB PM yang kita ada dalam 1Malaysia hari ini.Mangsa bagi masalah yang berlaku ini harus senyap melakukan perubahan dalam masa 5 saat dalam PRU13.Kenapa kita tak cuba DSAI jadi YAB PM selepas PRU13.Kalau dia pun sama ganti juga

    Reply

  31. 31 Mohamad Jan 10th, 2010 at 9:03 pm

    salam semua,
    anda semua tak bijak bijak lagi sampai sekarang( aku seorang terlebih bijak)…sokonglah bn…sokong umno sampai ke liang lahad mu. sekian, terima kasih…bos..bila nak dapat projek baru?kataku kepada tuan umnoku.”jangan bagi kat diorang yang jahil kat sini ya” aku berkata lagi dengan bijaksana. sekain eh sekian terima kasih lagi ku ucapkan.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Nampak sangat kamu nak memburukkan diri saya, En. Mohamad Palsu. Saya tidak akan bersikap sedemikian kerana ia adalah sikap golongan munafik yang bertopengkan manusia tetapi berjiwa syaitan. Saya telah berulang kali nasihatkan kamu, tetapi kamu masih belum insaf, ingin saya ingatkan anda bahawa saya hanya akan maafkan anda sekiranya anda mendedahkan siapakah anda dan mengapa anda berkelakuan begini. Kalau anda mendedahkan kebenaran tersebut, anggaplah anda tidak berdosa pada saya, selagi anda tidak mendedahkan ingatlah bahawa setiap detik yang berlalu, anda masih berhutang maaf pada saya. Ingatlah sebelum terlambat, kerana hidup mati bukan kita tahu bila akan terjadi, jangan sampai tak sempat nak minta maaf sudahlah, ini kerana dosa pada Allah kita kena minta ampun dengan bertaubat padaNya, tapi dosa dengan manusia kita kena minta ampun dengan manusia itu sendiri. Sekian, terima kasih.

    Reply

  32. 32 ithink Jan 11th, 2010 at 12:18 am

    I think we shouldn’t blame anyone and simply accused the Muslims. Personally I think this issue is just a distraction to puzzle us and there could be some hidden agendas behind this. I think this issue has been quite several years but why it needs to be a serious thing today? Instead of pointing and blaming others, why dont we reunite and sit on a table to solve. The Muslims, regardless what political parties we are in, need to combine and stand together to face this circumstances. At this point, no matter what happened, most of the people will accuse the Muslims and probably other races will think this is the perfect time to attack the Malay, since most Malays are Muslims. So guys, please leave the political issue behind and let us confront this together. We might not know that one day all races (excludes Malay) reunite and bring us down. Even worst if the outsiders join them.

    Reply

  33. 33 hasrul Jan 11th, 2010 at 12:42 am

    mari kita ramai2 berzikir siang dan malam
    berdiri dan duduk…
    RTM jangan cakap orng berzikir tu sesat

    Reply

    Mohamad Reply:

    Zikir dengan betul tak apa, jangan zikir perkara yang bukan-bukan sudahlah, sekarang ini banyak sangat ajaran sesat, jangan kerana nak rasa diri kuat agama, ikut orang yang sembarangan hingga menjadi sesat pula nanti. Kepada kepala-kepala ajaran sesat, berhentilah merosakkan orang ramai, nanti anda kena jawab di akhirat nanti bila semua pengikut anda menuntut dari anda di akhirat kelak. Jadi pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul dari pejabat agama sebelum menceburkan diri dalam kumpulan-kumpulan tertentu yang mempergunakan agama demi kepentingan peribadi. Sekian, terima kasih.

    Reply

  34. 34 MR_MUSTANG Jan 11th, 2010 at 1:06 am

    kalo perhatikan betui2…. prang2 cina,india,yg duk estat2 suma akan guna perkataan “” tuhan allah”…. mmg2 dari dulu org cina dan india dh guna…

    Reply

  35. 35 veryupset Jan 11th, 2010 at 9:51 am

    Yes…. the Christians are the ones staying calm.

    And look..!!!! Who are the ones not staying calm..!

    And why aren’t the police catching these arsonist? Why all of a sudden not enough manpower to protect the churches..???? What’s their job specs then…?

    As a PM he should have said that anybody try to create trouble (burning churches) will be thrown in jail…
    Instead, otherwise…!!!

    This is not PM material. That’s not the way to run a country.
    We are so screwed “anyway”……

    Reply

  36. 36 burung unta Jan 11th, 2010 at 7:55 pm

    itu salah satu kemungkinan, but kami semakin berjaya lebih daripada semenanjung juga adalah satu kemungkinan… we have our mineral, oil and competetive leaders who can direct us…

    so my point is, whatever you doing in semenanjung, please make sure it won’t effect us… we r HUMAN BEINGS WITH PRINCIPAL… you thought, needs and action does not represent us…

    by the way i am totally pure sabahan who love peace and harmony which we already practicing it…

    Reply

  37. 37 true_man Jan 16th, 2010 at 11:10 am

    En. Mohamad, saya telah baca semua komen anda dari mula sampai sini. Saya mempunyai beberapa soalan, dan saya harap anda dapat jawab dengan ikhlas sebagai pihak ketiga (bukan penyokong mana-mana parti politik).

    1. Sewaktu kaum india yang membuat demo (HINDRAF), mereka tidak diberi permit dan diklasifikasikan sebagai ‘perhimpunan haram’. Apabila rakyat melayu (daripada parti politik tertentu) membuat pertunjukan jalanan membantah ulasan Karpal Singh, perhimpunan tersebut dinamakan sebagai ‘perhimpunan aman’ (daripada maklumat berita TV dan suratkhabar). Mengapakah tindakan ganas diambil untuk meleraikan perhimpunan Hindraf tetapi bukan untuk ini? Walaupun kedua – dua perhimpunan bukan mendapat permit (sekurang-kurangnya Hindraf telah cuba mendapatkan permit), satu perhimpunan dilabel haram dan satu lagi dilabel aman. Mengapa?

    2. Seperti yang semua orang maklum, beberapa pemimpin Hindraf telah ditangkap dibawah akta ISA, dengan alasan memberi ucapan berbaur perkauman dan boleh mendatangkan pergaduhan etnik.Semasa perhimpunan membantah perpindahan kuil hindu ketempat mereka, banyak orang telah memberi ucapan berbaur hasutan, sambil memijak kepala lembu (isu sensitif kepada agama hindu), apakah tindakan yang telah di ambil keatas mereka? Sikenakan tindakan ISA?

    Saya boleh memberi banyak lagi contoh, tetapi saya tidak mahu mengeruhkan lagi situasi sekarang. Kami kaum minoriti tidak memberi sebarang bantahan kepada agama rasmi Islam, bahasa kebangsaan Melayu, layanan khas untuk Bumiputera dan lain lain. Kami faham ini adalah berdasarkan majoriti. Tetapi janganlah sekali pun memberi layanan khas dalam pengendalian dan memberi hukuman kepada kesalahan yang dilakukan.
    Saya harap dalam kes merosakkan rumat ibadat kristian ini, pihak berkuasa dapat menhukum pesalah dan memadam nama buruk pihak berkuasa sejak kebelakangan ini.

    Reply

  38. 38 azzarqawi Jan 18th, 2010 at 4:20 pm

    Assalamualaikum mohamad..

    diperhatikan selama ini anda seperti mencari kesilapan org lain tp dlm cara yg halus..masih x menerima hakikat kesilapan pemerintah yg sepatutnya kita sama2 perbetulkan.Mereka diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat yg memilih tp dlm masa yg sama terdapat golongan opportunis yg suka ambil kesempatan demi kepentingan diri, isteri, keluarga dan kroni..

    maksumkah mereka? Tidak dinafikan terdapat segelintir rakyat yang emosi dlm hal ini mempertikai pemerintah..tp itu hak mereka. dan sebahagian hasil negara sepatutnya dikongsi bersama tp sy sebagai kakitangan kerajaan sendiri dapat melihat bagaimana ssetengah pemimpin mengaut kekayaan tanpa memikir ksengsaraan org bawah.

    Jadi apabila ada yg menegur pemimpin..terimalah dengan istiqamah dan berazam untuk membaikidiri. kerana akhirnya kita akan dinilai semula oleh pencipta.

    Reply

  39. 39 KARUTMARUTBELAKE Jan 20th, 2010 at 12:38 am

    Ok semua, bawa bertenang…. Jangan Emosi tetapi guna kewarasan

    Reply

  40. 40 KARUTMARUTBELAKE Jan 20th, 2010 at 12:42 am

    Ingat, isu agama berkait dengan aqidah… walau pun hanya nak sekadar komen…

    Reply

  1. 1 Tweets that mention DSAI Kecam Serangan Ke atas Rumah Peribadatan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 8th, 2010 at 3:35 pm

Leave a Reply