Malaysia is still struggling to uphold basic freedoms.
God means love in many places, but in Malaysia it can also mean politics. That’s the takeaway from the United Malays National Organization-led government’s attempt to quash the use of the word “Allah” by non-Muslim groups.
At issue is the Catholic Herald’s two-year court battle to use the A-word in its Malay-language edition—which it claims it needs to do because there’s no other suitable word for “God” in Malay. Last week, the High Court overturned an arbitrary government ban. Yesterday, however, the church agreed to a stay of the decision—at the government’s request—until the ruling can be appealed. So the Herald is once again muzzled.
Attorney-General Abdul Gani Patail characterized the decision as “a matter of national interest,” which implies that somehow Muslims across Malaysia would revolt if the Herald were allowed to reference God in another language. Never mind that Malaysians of many faiths have peacefully co-existed for decades.
The real reason UMNO is politicizing the issue and pandering to its conservative base may be to deflect attention from its own political vulnerabilities. The opposition coalition, led by Anwar Ibrahim, has gained popularity by touting a vision of a secular country in which all religions have equal rights. Even the opposition’s Islamic partner, the Pan-Malaysian Islamic Party—which hasn’t always supported liberal ideas—issued a statement Monday saying that the Herald’s use of “Allah” is its constitutional right.
Prime Minister Najib Razak called the A-word controversy a “sensitive issue” Sunday. But by allowing his party to continue curtailing freedom of speech, he is only stirring tensions. What a disappointment for a man who ran for office promising to create “One Malaysia.”


















Assalamu’alaikum wbt.
Nak tambah sikit pendapat pasal hal ini. Liberalisasi penggunaan nama Allah boleh membawa kepada liberalisasi akidah – ini murtad. Tak kisah apa agama yang penting Tuhannya sama – confirm murtad. Yang saya takuti bukan kekuatan dakwah kristian tetapi yang saya takuti IALAH LEMAHNYA AKIDAH UMAT ISLAM yang membolehkan mereka mudah diputarbelit dan diperalat. Itu je…
Orang kristian tak akan murtad jika menggunakan nama Allah. Tapi orang Islam boleh menjadi murtad jika mengakui Islam sama dengan kristian kerana Tuhannya sama – Allah. Atau tak kisah menjadi kristian kerana Tuhannya sama dengan orang Islam – Allah…!!!
Wassalam.
Reply
hidopKEBENARAN Reply:
January 7th, 2010 at 8:34 pm
Apalah yang nak di kecoh2kan ini semua.
Apa salahnya mereka menggunakan God ialah TUHAN dan jangan sekali2 kaitkan dengan nama ALLAH sebab definasi ugama lain mengenai tuhan adalah tidak sama dengan definasi ALLAH DARI PERSPECTIVE iSLAM. Hairan aku mengapa PKR dan PAS sewenang2 sahaja setuju. Ajalah, Pakatan Rakyat hendak menempah kekalahan teruk dipilihanraya akan datang sebab SEMUA MELAYU memang tidak bersetuju mereka gunakan nama Allah!!!!
Siapa setuju?
Reply
engok alin Reply:
January 8th, 2010 at 5:06 pm
Kristian tidak pernah menolak Islam sehingga John Pop pernah menmasuki Masjid ditanah Arab. UMNO secara jelas menolak Islam bila menolak PAS yang jelas menbawa obor Islam.
Siapa menolak ISLAM?? pernah saya melihat UMNO bertanding PRU melawan PAS dan bertegang urat di Perliment. kalau betul UMNO mendokong PAS sudah pasti UMNO dibubarkan dan ahli UMNO masuk PAS demi ISLAM!!!!!!
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 10:23 am
Anda faham atau tidak apa yang anda tulis ini, entah apalah yang anda merapukan itu.
Reply
dato’ seri, you should beware with the term “gained popularity by touting a vision of a secular country” that they used. it could backfire badly for your REAL popularity here.
Reply
The report from WSJ holds water.It seems to me that the our politics in Malaysia is capitilizing on the issue for some influence milieage. I hope we will use our common sense, wisdom if we have any and be considerate, tolerant and come to terms with the issue amicably then make a mountain out of a molehill We ought to consider the tears of all those, of whichever faith is the same. Tears are not any different by virtue of religion. We are all the same. Human beings.
prof JOHN
Reply
Sekarang ubah perkataan tuhan kepada Allah dalam kerja dakwah Kristian untuk memurtadkan orang Islam. Lepas itu gereja pula akan disebut masjid. maka sesiapa sahaja memasuki gereja atau “masjid’ akan melihat kalimah Allah. Lepas tu, dalam sermon akan ada allah anak, allah bapa dan roh kudus (entah siapa pula saya tak tahu)kongsi-kongsi lah. Ini sebenaranya hasrat mereka, menggunakan kebebasan yang diberi di dalam Perlembagaan untuk mencapai hasrat tersebut, tanpa memikirkan keharmonian yang telah wujud di antara pelbagai penganut agama beratus tahun di negara kita. . Tak kan menteri-menteri tak tahu dan tak berani cakap semuanya ini.
Reply
willson p. Reply:
January 10th, 2010 at 4:06 am
abdullah,tak perlu la jadi paranoid sangat..kalau betul lah itu tujuan orang Kristian,boleh tak bagitau dah berapa juta orang Islam di Malaysia yang murtad sebab ni?sedangkan kalimah Allah telah digunakan oleh orang Kristian beratus tahun sebelum al Quran yang pertama sampai ke Malaysia.lebih-lebih lagi,ianya cuma digunakan untuk orang-orang Kristian,bukan untuk orang Islam.Sebutan yang sama,tapi maksud yang berbeza mengikut pemahaman masing-masing.siapa kita untuk menidakkan agama orang lain?menteri-menteri bukannya tak berani..cuma mereka ni berpengetahuan,dan tak cakap membuta tuli.kalau setakat cakap tanpa bukti,bukan kah itu dipanggil fitnah?dan bukankah fitnah itu dosa dalam agama kamu?kesimpulannya,janganlah berfikiran negatif dan sempit.kalau betul takut orang islam sesat,buatlah something dengan isu nabi melayu yang makin ramai..bukannya menuduh agama orang lain tanpa asas.
Reply
salam semua..apa yang politik pula…aku paling alim disini, ALLAH tuhan aku seorang, mana boleh kongsi…anda semua bahlul..sekian terima kasih.
Reply
storm62 Reply:
January 9th, 2010 at 8:21 pm
punya bodoh taliban ini, kalo Allah you seorang punya, buat apa umat2 Islam bina masjid2 diseluruh dunia…..tarak otak punya mohamad…..sial betui barua mohamad ini.
Reply
kukumalu Reply:
January 12th, 2010 at 9:24 pm
seharusnya kita semua tahu yang setiap agama itu mengajar kita tentang bersopan dan jangan sesekali menggunakan ayat-ayat yang kurang sopan. kerana ia sebenarnya salah satu isu yang baik untuk menimbulkan kekecohan dan keretakkan. sekian renung-renungkan dan selamat beramal….:D
Reply
Allah (bahasa Arab: ?????, All?h, IPA: [?al????h] ( listen)) , adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris God. Tetapi perkataan Allah dalam terjemahan Bible bahasa Melayu masih diperdebatkan.
Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilah) memberi erti Tuhan. Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang ESA. Bagaimanapun terdapat pendapat yang berbeza dengan menekankan bahawa perkataan “Allah” itu kata khusus dan bukan terbentuk dari “Al” dan “Illah”.
Mengikut kepercayaan Islam, Allah ialah Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi, Nasrani dan seluruh umat manusia sebelum kedatangan Muhammad.
Islam menolak penjelmaan Tuhan didalam rupa bentuk manusia atau sesuatu apa jua pun. Tiada konsep individu terpilih atau bangsa terpilih dalam Islam. Setiap manusia, tanpa mengira apa-apa tercipta dengan keadaan fitrah sama adil. Yang membezakan darjat masing-masing pada sisi Allah adalah amal dan ketakwaan individu itu sendiri.
Isi kandungan [sorok]
1 Etimologi
2 Contoh penggunaan
3 Persoalan Tentang Pencipta(Tuhan)
4 1- Tauhid Ar-Rububiyyah
5 2- Tauhid Al-Uluhiyyah
6 3- Tauhid Al-Asma’ Was-Sifat
7 Yang lain
8 Rujukan
9 Bacaan lanjut
10 Lihat juga
[sunting] Etimologi
Dari segi teknikal, perkataan Allah adalah jamid iaitu ia unik tidak diambil dari mana-mana perkataan. Perkataan Allah bukan terbina dari “al-ilah” sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Kerana itu perkataan Allah adalah khusus dan bebas. Dua abjab pertama iaitu “Al” dalam perkataan “Allah” tidak dapat dipisahkan dengan yang lain. Ia bukan seperti artikel pasti (definite article) “al-” dalam bahasa Arab (yang sama seperti “the” dalam bahasa Inggeris). Menurut nahu Arab, perkataan “Allah” ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki, diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya.
Jika “Al” di dalam perkataan Allah adalah awalan tambahan, sebutan biasa “Ya Allah” adalah salah dari segi tatabahasa Arab kerana bentuk “Ya Al-Rahman” atau “Ya Al-Ilah” tidak dibenarkan dalam Bahasa Arab. Lagipun dengan mengatakan “Al-” sebagai awalan bermakna ada banyak tuhan yang berbeza yang boleh dipanggil Alihah (jamak bagi ilah). Ini tidak betul kerana Allah selama-lamanya nama bagi Tuhan yang Esa dan tidak pernah digunakan ke atas sesiapa kecuali Tuhan yang Esa. Arab musyrikin mempunyai banyak ilah atau tuhan tetapi tiada satu pun yang dipanggil Allah.
[sunting] Contoh penggunaan
Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:
Allahu Akbar (???? ????) (Allah Maha Besar)
Bismillah (??? ???? ) (Dengan nama Allah)
Ya Allah (?? ????) (Wahai Allah)
Insya Allah (?? ??? ????) (Jika dikehendaki Allah)
Masya Allah (?? ??? ????) (Apa yang Allah kehendaki)
Subhan Allah (????? ????) (Maha Suci Allah)
Alhamdulillah (????? ???) (Pujian bagi Allah)
Allahu A`lam (???? ????) (Allah lebih mengetahui)
Jazaka Allahu Khairan (???? ???? ?????) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)
Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.
Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:
1- Tauhid Ar-Rububiyyah
2- Tauhid Al-Uluhiyyah
3- Tauhid Al-Asma’ Was-Sifat
[sunting] Persoalan Tentang Pencipta(Tuhan)
Apabila kita melihat kepada segala sesuatu yang bersifat terbatas, akan kita simpulkan bahawa semuanya tidak azali. Sebab bila bersifat azali (tidak berawal dan tidak berakhir), tentu tidak mempunyai keterbatasan. Dengan demikian jelaslah bahawa segala yang terbatas pasti diciptakan oleh sesuatu yang lain. Sesuatu yang lain inilah yang disebut Al-Khaliq. Dialah yang menciptakan manusia, hidup, dan alam semesta.
Dalam menentukan keberadaan Pencipta ini akan kita dapati tiga kemungkinan.
Pertama, Ia diciptakan oleh yang lain.
Kedua, Ia menciptakan diri-Nya sendiri.
Ketiga, Ia bersifat azali dan wajibul wujud.
Kemungkinan pertama bahawa Ia diciptakan oleh yang lain adalah kemungkinan yang bathil, tidak dapat diterima oleh akal. Kerana, bila benar demikian, tentu Ia bersifat terbatas. Begitu pula dengan kemungkinan kedua, yang menyatakan bahawa Ia menciptakan diri-Nya sendiri. Jika memang demikian bererti Dia sebagai makhluk dan Khaliq pada saat yang bersamaan. Suatu perkara yang jelas-jelas tidak dapat diterima. Oleh kerana itu, Al-Khaliq harus bersifat azali dan wajibul wujud. Dialah Allah SWT.
Sesungguhnya siapa saja yang mempunyai akal akan mampu membuktikan hanya dengan adanya benda-benda yang dapat diindera. Bahawa di balik benda-benda itu pasti terdapat Pencipta yang telah menciptakannya. Sebab, kenyataan menunjukkan bahawa semua benda itu bersifat serba kurang, sangat lemah, dan saling memerlukan. Ini saja sudah menunjukkan bahawa segala sesuatu yang ada hanyalah makhluk. Jadi untuk membuktikan adanya Al-Khaliq Yang Maha Pengatur, sebenarnya cukup hanya dengan mengarahkan perhatian manusia terhadap benda-benda yang ada di alam semesta, fenomena hidup, dan diri manusia sendiri. Dengan mengamati salah satu planet yang ada di alam semesta, atau dengan merenungi fenomena hidup, atau meneliti salah satu bagian dari diri manusia, akan kita dapati bukti nyata dan meyakinkan akan adanya Allah SWT.
[1]
[sunting] 1- Tauhid Ar-Rububiyyah
Ia ialah pengesaan Allah – ta`ala – dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; kata Allah – ta`ala – : «Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia merezekikan antum daripada langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia» [Fatir: 3], dan berkata – Ta`ala – : «Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah antum ingat?» [An-Nahl: 17]
[sunting] 2- Tauhid Al-Uluhiyyah
ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah – ta`ala – dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.
[sunting] 3- Tauhid Al-Asma’ Was-Sifat
Ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasuli Llah; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan.
Contoh hal itu: Bahawa Allah – subhanahu wata`ala – telah menamakan diri-Nya dengan Al-Hayyi l-Qayyum [Yang Hidup, Yang Tertegak]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan Al-Hayy bahawa ia satu nama daripada nama-nama Allah, dan wajib ke atas kita untuk beriman dengan apa-apa yang dikandungnya oleh nama ini daripada ciri; dan ia ialah kehidupan yang sempurna yang tidak didahuluï dengan tiada, dan tidak diikutinya kebinasaan.
Dan Allah telah menamakan dirinya dengan As-Sami`u l-`Alim [Yang Mendengar, Yang Mengetahuï]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan As-Sami` sebagai satu nama daripada nama-nama Allah, dan dengan As-Sam`I satu sifat daripada sifat-sifat-Nya, dan dengan sesungguhnya dia Mendengar, dan itulah hukum yang dikehendakinya oleh nama itu dan sifat itu; maka sesungguhnya mendengar tanpa pendengaran atau pendengaran dengan tiada kebolehan mendengar, ini ialah sesuatu yang mustahil, dan di atas hal ini, maka qiyaskanlah. Ibnu `Usaymin Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa’il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.
Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.
[sunting] Yang lain
Penutur bahasa Arab pada kesemua agama Abrahamic, termasuk Kristian dan Yahudi, menggunakan perkataan “Allah” untuk bermakna “Tuhan”.[2] Arab Kristian kini tidak ada perkataan lain untuk ‘Tuhan’ selain ‘Allah’.[3] Arab Kristian misalnya menggunalan istilah-istilah All?h al-ab (???? ????) bermakna Tuhan yang Bapa, All?h al-ibn (???? ?????) bermakna Tuhan yang Anak, dan All?h al-r?? al qudus (???? ????? ?????) bermakna Tuhan yang Roh Kudus (Lihat Tuhan dalam agama Kristian untuk konsep Tuhan Kristian).
[sunting] Rujukan
? http://www.mykhilafah.com/ebook/Nizhamul-islam(bahasa).zip
? Ralat petik: Tag tidak sah; teks bagi rujukan Columbia tidak disediakan
? Lewis, Bernard; Holt, P. M.; Holt, Peter R.; Lambton, Ann Katherine Swynford (1977). The Cambridge history of Islam, 32, Cambridge, Eng: University Press. ISBN 0-521-29135-6.
Reply
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh!
Brother Anwar,
Let me take a small space of your blog to talk to fellow Christians. Allah is the one who gives us all the sunshine in the morning and with the moon the brightness of the night. But Allah is not of course the Holy Ghost or Christ Jesus.
Thank you and wassalam brother Anwar.
Alhaj
Reply
Assalamualaikum saudara seagama..
Semakin kita berbahas tentang isu ini, semakin terserlah ketidakmatangan kita berkaitan hubungan sesama manusia. Mohon maaf, tapi isu ini telah mencerminkan betapa sentimen telah menguasai kita melebihi dari kebenaran dan fakta. Kita telah terheret sama oleh cara UMNO menggunakan isu ini untuk memanjangkan hayat mereka.
Saudara-saudara sekalian, ingati kembali cara UMNO memenangi undi Melayu Islam dengan menggunakan sentimen agama pada PRU 1990. Pada masa itu PBS keluar BN dan Ku Li benar-benar kuat. Ketika Ku Li melawat Sabah dan dipakaikan tengkolok Kadazan, lambang padi telah diputar oleh media BN dan memainkan isu dengan amat kejam ” KU LI MENJUNJUNG SALIB”. Sokongan Melayu terhadap Semangat 46 jatuh menjunam keesokan harinya kerana isu ini. Akhirnya, kita dimalukan kerana, kerana sentimen agama membuta tuli dan kegagalan kita memahami budaya kaum lain, kita ditipu bulat-bulat oleh media UMNO.
Kini ia seakan berulang. Tanyalah mana-mana orang Kadazan di Sabah, sama ada dia Islam atau Kristian dan jawapan pasti sama. Kristian memang memanggil Tuhan Bapa mereka sebagai Allah ( sebutan – Alah ). Saya tidak bermaksud menyamakan kepercayaan kita dan kepercayaan mereka. Kita mengakui Nabi Isa itu manusia biasa yang menyampaikan ajaran kepada Bani Israel dan mereka menganggap Baginda sebagai Tuhan Yesus, satu-satunya Putera Tuhan. itu bertentangan dengan kepercayaan kita. Namun, sejak saya menyedari berkaitan agama dan hingga kini ( 40 tahun ), sememangnya orang Katholik telah sejak dulu menggunakan perkataan Allah yang merujuk kepada Tuhan Bapa bagi mereka.
Kita tidak tergelincir aqidah dengan mengetahui hal begini, tetapi menentang mereka menggunakan nama yang menjadi hak mereka juga akan menyerlahkan sentimen membuta tuli kita dan kegagalan kita memahami orang lain. Maaf, tapi ini akan lebih menjauhkan orang bukan Islam terhadap agama kita. Tahukah saudara-saudara, bila kita mengatakan kita percayakan Nabi Isa dan meletakkannya begitu tinggi mengikut kepercayaan kita, orang Kristian ada yang terkejut? Ada di kalangan mereka yang memang menganggap kita tidak tahu langsung tentang Yesus..
Janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri. Setahu saya, tiada orang Islam di Sabah yang menukar agama kepada Kristian semata-mata kerana mereka mengguna nama Allah. Itu hanya perasaan waspada kita yang terlahir dari sentimen agama yang keterlaluan. Kami di Sabah, terutama kaum Kadazan, benar-benar faham, penggunaan istilah Allah tidak mengubah keyakinan kami terhadap Islam.
Sekali lagi saya ulangi dalam tulisan ini beza Allah mereka dan Islam. Selain dari sebutan yang berbeza, Allah bagi mereka merujuk kepada Tuhan Bapa yang mencipta manusia dan alam ini. Tuhan Bapa ini telah mengutuskan satu-satunya PuteraNya, yakni Yesus untuk disalib bagi maksud menebus dosa manusia. Itu mengikut fahaman mereka. Bagi kita, Allah itu Esa, tidak beranak dan diperanakkan, Maha Kuasa dan mengutuskan Nabi Isa ( Yesus ) untuk menyampaikan kebenaran. Kita juga percaya ( dan mereka tidak percaya ) bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul terakhir dan menyampaikan ajaran buat seisi alam.
Jika begitu halnya, dan jika tulisan saya ini benar, atas dasar apa kita perlu monopoli penggunaan istilah Allah? Mengapa kita tidak biarkan mereka turut sama mengguna istilah ini mengikut fahaman mereka sendiri? Moga-moga dengan cara begini, mereka juga akan tertanya-tanya dan akan mencuba mencari kebenaran di sebalik nama Allah. Mungkin juga mereka akan bertanya, konsep Allah Islam atau konsep Allah Kristian yang manakah lebih benar?
Reply
desperado Reply:
January 8th, 2010 at 3:37 pm
Salam,
tulisan saudara sedikit sebanyak merungkaikan keresahan yang timbul dalam diri saya lantaran polemik nama Allah yang dimainkan pihak berkepentingan. Saya bersetuju dengan penulisan saudara…perlakuan membuta tuli dalam bertindak tanpa ilmu yang mencukupi menjerumuskan kita sebagai umat yang kerugian…
Saya tidak mampu dan tidak berani menyatakan hujah memandangkan saya menganggap diri masih tidak layak utk menyentuh persoalan agama (lantaran ilmu agama yang masih belum mencukupi) makanya saya berasa lebih selesa untuk mengikut panduan yg diberikan oleh individu berpendidikan agama (yang kadang kala digelar ‘orang agama’), namun sesekali saya berfikir apakah sesetengah ‘orang agama’ ini telah mengambil kira pertimbangan dari segala sudut sebelum menyatakan pandangan atau pendapat mendepani isu yang sengaja diperumitkan ini? kerana pandangan yang diutarakan meraka ini kadangkala memperlihatkan kedangkalan hasil pemerhatian yang sempit.
Sebagai contoh, persoalan terhadap hak penggunaan kalimah allah ini cuma di focuskan kepentingannya dalam lingkungan suasana di semenanjung malaysia (orang sabah & sarawak panggil malaya) walhal kepentingan yang sebenar adalah merujuk kepada masyarakat pribumi sabah & sarawak yang beragama Kristian yang rata2nya menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa perantara antara puak/kaum di sabah & sarawak…Ini mudah difahami kerana umat Islam di semenanjung khasnya semakin resah atas kegagalan kerajaan dalam menangani persoalan murtad dikalangan masyarakat melayu islam itu sendiri (yang memungkinkan kerisauan umat terhadaap kemungkinan maksud disebalik semua ini adalah gerakan kristianisasi).
Kesimpulannya, persoalan yang rumit dan sensitif ini seharusnya cuba diselesaikan dengan berhemah atas kepentingan bersama dalam sebuah negara berbilang kaum, bangsa dan agama tanpa meletakkan emosi sebagai landasan atas segala tindakan yang dibuat…
disertakan link bagi pendapat (dari sudut berbeza) semoga membantu kefahaman kita semua InsyaAllah…
http://www.malaysiakini.com/news/121467
http://www.malaysiakini.com/news/121329
http://www.malaysiakini.com/news/121438
http://www.malaysiakini.com/letters/121251
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 7:33 am
Selagi memihak Pakatan Rakyat anda akan sokong, betul salah belakang kira, janji kemenangan pilihnaraya, benda tipu pun anda boleh terima. Tapi kalau di pihak kerajaan, benda yang benar yang terang-terang nampak pun anda tak akan terima, kerana yang penting bagi anda ialah Pakatan Rakyat. Berubahlah, bersikaplah secara rasional. Sekian, terima kasih.
Reply
Acik Lee Reply:
January 9th, 2010 at 2:08 am
Setuju sangat. Propaganda UMNO.
Reply
This is what Malaysian Politics is all about Race/Religion/Race/Religion…and this is ONLY what our Leaders and Politician are capable of doing to Rule This Country !…without it Mati Otak !
Baik semua kasi jadi Sami !
Reply
Kepada Encik diBawahBayu,
Beberapa persoalan ingin saya lontarkan kepada anda:
1) Apakah kekuatan iman orang Islam begitu lemah sehingga boleh dimurtadkan oleh orang Kristian
semata-mata kerana penggunaan nama Allah? Selama inipun akhbar HERALD memang menggunakan istilah Allah dan berapa banyak orang Islam
berjaya dimurtadkan?
2) Mengapa orang Islam tidak harus melihat kebenaran menggunakan istilah Allah sebagai peluang
untuk mendakwahkan orang Kristian?
3) Berapa ramai orang Islam membaca akhbar HERALD atau adakah HERALD begitu senang diperolehi
oleh orang Islam?
Reply
diBawahBayu Reply:
January 9th, 2010 at 8:01 am
Masalahnya strategi ini telah diguna lama di indon dan filipin. Dan berjaya. Belajarlah dari sejarah orang lain untuk melangkah ke hadapan.
Reply
This is really sensitive issue
1 Malaysia , we share eveythings :language, culture , food , school, oxygen , earth, and etc. very poor , some of the malaysian not open minded , only small thing but they make it bigger. I’m lucky to be Malaysian ,A peace and rich country . Please keep it. Malaysia Boleh 1 Malaysia
Malaysian should respect each other culture and religion .
Everyone is allow to practiced their own religion and culture
Reply
I’m a Catholic and since I was a child, God was referred to as Allah in the Bahasa Melayu masses and in the Malay language section of the Herald. This was and has been for many, many years.
The politicising of the word Allah is most embarrassing in the eye of our international counterparts. God is Allah. End of story. What’s really sad is that some people are staking claim to ‘own’ the word Allah and not even knowing that there is only one God.
As I was growing up, I’ve had Muslim friends and they taught me a lot about Islam. As a Catholic/Christian, I love my Muslim brothers and sisters. As I recall, Christians and Muslims are regarded as brothers and sisters even by Prophet Muhammad himself. Why the government now wants to stake claim over the use of such a beautiful name for God is beyond me.
To diBawahBayu, Christians and Muslims acknowledge the fact that there is ONE and only God – Allah. What the government is doing right now is thinking that the Malaysian Muslims are too stupid to differentiate between the two faiths. My Muslim friends have known the fact that Christians refer to God as Allah and they have never, ever been confused between the two faiths. In fact, I am extremely happy that both Christians and Muslims call our God, Allah for the simple fact that we are united to defend Allah. But here, it’s as if Christians are looked at as the enemy.
FYI, if you were to read a bible (kitab injil) in Bahasa Melayu, you will come to realise that the names mentioned in there are similar to those mentioned in the Quran – Moses (Nabi Musa), Adam and Eve (Adam dan Hawa), Abraham (Ibrahim), Jacob (Yaakob), Mother Mary (Mariam) and so on, so forth. The Herald newsweekly is nothing. Would a Muslim pick up a Bible translated into the Malay language thinking it’s the Quran? NO. Why? A bible usually has a cross embedded on the front of the book. If there isn’t one, it would be called Kitab Injil or The Holy Bible. A true Muslim would know the difference right away.
No right minded Muslim would step into a church and hear the word Allah and thinks s/he is in a mosque. The government must come to understand that the rakyat is NO LONGER stupid and easily confused.
I’m sad and ashamed that the BN-led government is now trying to drive the Muslims and Christians apart by claiming ‘ownership’ of God. The more they politicise this issue, the less sense it makes. For example, TDM stated that the Christians’ God is Tuhan. The word Tuhan is used in our National Anthem. So what is he saying? By that logic, Muslim’s would have been murtad for singing that song.
The Selangor State song has the word Allah in it. By that logic, that song should be done away with as it would “easily confuse the Muslims” because non-Muslims alike are singing the same song. In a nutshell, the government CANNOT claim ownership of Allah. It’s political suicide. But then again, they seem to enjoy shooting themselves in the foot over the past year.
I hope my Muslim brothers and sisters (and our King) will see how silly it is for the government to make a big deal over this. If this is their political ploy to derail the public’s attention from their weaknesses, I say this just amplifies it. The rakyat is no longer stupid.
Keep up the good work DSAI! We have faith in you. Show them what you’re really made of!
Reply
Pakatan Rakyat yang sebenarnya mempolitikan isu ini, malahan artikel di atas juga adalah artikel pihak barat. Barat telah lama nak ambil kesempatan untuk menguasai Malaysia, selama lebih dari 50 tahun terutama semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir, barat amat tertekan kerana tidak dapat menutup mulut Malaysia yang sentiasa berani menentang kemungkaran mereka yang mempergunakan ekonomi untuk kepentingan peribadi mereka dan mencetuskan keganasan. Malahan keganasan sekarang ini yang melanda di Asia Barat dan Afghanistan adalah berpunca dari barat, tapi pelik pula bila Pakatan Rakyat menjadi sahabat kepada pihak sedemikian. Telah saya ulang berkali-kali, kalau nak kejar kuasa politik pun, jangan sampai jadi macam Pak Kaduk dan Lebai Malang, menang sorak tapi kampung tergadai dan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran dijalanan. Jangan kerana kemaruk sangat nak berkuasa, kepentingan umum diabaikan. Nasib lebih dari 27 juga rakyat Malaysia perlu diberikan keutamaan sebenarnya. Rakyat akan makin menyampah dengan Pakatan Rakyat, tak lama lagi Pakatan Rakyat akan mengikut jejak langkah Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif, terkubur dan menjadi sejarah sahaja, sejarah golongan tamak kuasa hingga mengabaikan kepentingan negara dan rakyat. Sekian, terima kasih.
Reply
desperado Reply:
January 8th, 2010 at 3:43 pm
saudara Mohamad,
penulisan saudara memperlihatkan kesempitan saudara dalam berfikir. Saya mengesyorkan agar saudara memperbanyakkan pembacaan, memperbanyakkan pergaulan antara kaum dan akhir sekali membuka fikiran sebelum melontarkan buah fikiran…Semoga Allah SWT melindungi kita semua umat Islam dari sifat jumud. Amin Yarabbal Alamin
Reply
Acik Lee Reply:
January 9th, 2010 at 2:15 am
Wahai saudara Mohamad,
Kenyataan anda nampak sangat anda jahil tapi tak apa hak anda.
Reply
ulam batar Reply:
January 9th, 2010 at 10:34 am
Barat yang ditelah lama didokong oleh UMNO apabila mereka meneruskan sistem kapitalisma, Barat amat tertekan!!!ha ha Zaman TDM lah Malaysia menbeli senjata dari barat dari UK berbilion!! Jet Hawk dan kapal perang F2000 TLDM peluru berpandu the repper aras rendah, Zaman dialah TDM menbenarkan US mengunakan lalu ruang angkasa Negara kepada USF untuk serang Sadam Hussin, Zaman dialah pelobi pelobi dapat punca rezeki untuk uruskan pertemuan TDM dan US Presiden. Zaman TDM lah Jepun berjaya menawan Malaya buat kali kedua selepas Perang dunia kedua “dasar pandangan ketimur” barat halau jepun dari tanah melayu yang TDM jemput jepun datang Malaysia tak tahu kenang jasa langsung TDM kepada Barat, amat jauh beza dibawah jajahan jepun berbanding barat Inggeris dizaman Inggeris mana ada melayu kena penanpar inggeris tertapi di bawah Jepun berapa banyak melayu kena penanpar jepun! dan pedang samurai jepun telah pancong kepala melayu!!, apa yang jepun tolong negara ini?? , rusakkan anak dara kampun adalah??
Kita lihat barat inggeris mereka bantu Malaya dengan menbawa biji getah ke semenajung dari brazil ke taiping perak oleh H.N redley, sampai sekarang Malaysia berpaut pada getah?? untuk export setelah puluhan tahun kalau tiada getah FELDA dan lain lain tak ujud!! orang melayu tak dapat hantar anak ke u. Sir Gendral Temler menunpahkan darahnya di bumi malaysia terkorban kerana orang melayu dan Negara ini dari jepun dan darurat. ada UMNO nak bantu keluarga dia di UK pada waktu itu?? balik balik diangkat Lt Adnan dan bukit kepong. masuk bakul angkat sendiri, susah akau nak cakap UMNO di lupa daratan!! apa yang timur bantu kita ketika kita susuh?? sila UMNO Mohamad jawab?? jepun tu pun menbangun dan menharap teknology barat untuk memulakan zaman industri mereka!! itu pun atas sikap ehsan barat setelah bom atom terjatuh di hirosima dan nagasaki.masa jepun susah ada ke kita kenakan dasar pandanh ke timur!! dasar pandang ke timur atau barat selatan ke ini semua gimik polimik politik TDM. dasar apa sekali pun kita harus berkiblatkan ke barat kerana di mantari jatuh itulah terletaknya mekah mukaramah, wufuk timur tidak menjanjikan sesuatu sama ada dari Rohani mahu pun Jasmani.
TDM kalau dah pencen tu buatlah cara pencen!!
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 12:42 pm
Kepada En. Ulam Batar, anda lihat Malaysia di planet mana yang mana Malaysia membenarkan Amerika menggunakan ruang udara Malaysia untuk menyerang Iraq? Untuk pengetahuan anda, sempadan Iraq dan sempadan Malaysia dipisahkan oleh berpuluh negara. Jadi tuduhan anda bahawa Malaysia membenarkan penggunaan ruang udaranya bagi menyerang Iraq adalah tuduhan melulu. Apakah anda nak buat lawakkah dengan kenyataan sebegini? Biarsaya terangkan pada anda berkenaan geografi, di utara Iraq ialah Turki, di barat Iraq ialah Arab Saudi, Jordan dan Syria, di timur Iraq ialah Iran dan di selatan Iraq ialah Kuwait, tuduhan anda berkenaan Tun Dr. Mahathir membenarkan Amerika menggunakan ruang udara Malaysia untuk menyerang Iraq adalah cerita paling lawak dan boleh masuk dalam majalah Ujang.
Tentang cerita lawak anda tentang Jepun juga boleh masuk majalah Ujang juga. Saranan Tun Mahathir ialah bukan meniru kekejaman tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dulu, tetapi sikap tabah rakyat biasa Jepun yang berusaha untuk bangkit dari kehancuran negara yang amat teruk dalam masa tidak sampai 20 tahun menjadi sebaris dengan negara-negara barat yang beratus tahun membina kemajuan mereka, tetapi Jepun 20 tahun sahaja boleh mencapai setaraf barat. Kalau anda baca tentang sikap gigih warga negara Jepun yang berusaha kuat untuk berjaya seperti Honda, keluarga Sumitomo, keluarga Toyota dan lain-lain anda baru faham, jangan mendengar cerita fitnah dari orang yang tidak bertanggungjawab tanpa menapis dahulu kebenarannya. Kalau orang seperti anda ini menjadi menteri alamatnya kita akan mundur seperti negera-negara Afrikalah nampaknya. Apakah ini juga pegangan Pakatan Rakyat? Kalau begitu, jika berkuasa memerintah, Pakatan Rakyat akan menjadi Pelingkup Rakyat dengan dasar-dasar yang merapu. Jangan jadi bodoh tak boleh diajar dan pandai tak boleh ditumpang. Lebih buruk lagi kalau bersikap bodoh sombong, sampai bila-bila tak akan ke mana dan akan menjadi melukut di tepi gantang sahaja. Berubahlah, Islam sendiri menyarankan kita berhijrah, berhijrah dari kemunduran kepada kemajuan. Sekian, terima kasih.
Reply
ulam batar Reply:
January 12th, 2010 at 6:12 pm
kenapalah lemah cangok!! si muhamad ni tahukah you ada ada dua pangkalan US di Asia sati di Okinawa Jepun dan satu lagi di Singapore setelah teluk subic di Manila di tutup serta Selat melaka adalah laluan angkatan laut ketujuh US untuk ke Negara Teluk, Singapore adala pangkalan logistik serta baik pulih terbesar di Asian milik US, disitulah segala kemudahan laluan USF dari Okinawa, Malaysia dan Singapore adalah laluan terbaik serta kedudukan yang sesuai dari jarak keselamatan untuk ke Iraq. dalam perperangan kedudukan bantuan harus berada di kedudukan yang selamat dari jarak untuk isi minyak, senjata, perubatan dan angota dan sebagainya. kedudukan ini semua tidak boleh sama sekali dalam linkungan capaian serangan. u cukup lemah dalam dunia Pertahanan. apa sahaja back up amat perlu berada didalam siap siapsaga yang tidak mudah di serang termasuk dari segi tempatan mahu pun jarak. Malaysia adalah laluan udara USF dari Okinawa.
jika kita nak meniru bialah bukan dari si peniru, bangsa jepun adalah bangsa peniru,tahukah you bangsa jepun cukup mudah menbunuh orang dan cukup mudah menbunuh diri sendiri. siapa samurai, menbunuh secara curi. siapa pembunuh ikan paus didunia ini!! siapa pupuskan Tuna di muka bumi ini?? siapa sumitomo,Nomura Group,Kagima,mitsui dan banyak lagi syarikat gergasi jepun yang mendapat projet di Zaman TDM. dizaman TDM lah Malaysia kena tipu oleh Jepun Kerajaan pinjam wang dari jepun kemudian Projet kena beri pada syarikat jepun. wang tersebut di kembalikan kepada Negara Jepun melalui Syarikat mereka??. ini cara jepun berniaga yang pasti malaysia harus patuh jika mahu menerima pinjaman dari jepun. cara jepun berbiaga bukan secara “win win” mereka lebih pandai menbunuh secara samurai!! dalam dunia niaga. ini cukup berbeza dangan memijam dari barat mereka cukup patuh dan harga patut serta ketulusan amat tinggi dalam Niaga.tuntutan mereka barangan harus atau projet harus bermutu setimpal dengan harga. tiada sebarang compro dalam soal keselamatn dan keteguhan.. cuba lihat stadium kuala terngganu kalau dipantau oleh IMF atau world bank yang pasti Stadium tersebut tak runtuh oleh kerana di bena melalui tangan tangan terpilih maka saya no komen!!!! Rakyat harus tepuk dada tanya selera, saya pun memang takandak jadi meteri kat malaysia ni, lagi baik saya jadi rakyat sebab jadi rakyat saya adalah TUAN, jika saya jadi menteri saya jadi kuli pada Rakyat.
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 7:07 am
Sebenarnya di Korea Selatan pun ada, kalau anda kata pengakalan Amerika ada di Filipina dan Okinawa, apa kena mengena dengan Malaysia yang anda tuduh membenarkan pesawat perang Amerika melalui kawasan udara Malaysia, kalau anda kata pengkalan Amerika ada di teluk Subic Manila, lokasi pulau Luzon di mana terletaknya Manila jauh ke timur laut Semenanjung atau Sabah, kalau mereka ke Iraq, mereka sebenarnya melalui Vietnam, Laos, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, ke Asia Tengah kemudian ke Turki, sebab kalau lalu ikut Iran akan ditembak. Anda sepatutnya mendalami ilmu geografi, orang dulu kata ilmu alam. Adalah bodoh dan bangang Amerika melalui kawasan Malaysia kerana akan menjauhkan lagi perjalanan mereka. Begitu juga dengan kenyataan anda bahawa pengkalan Amerika di Okinawa, mereka akan melalui Taiwan, ke Vietnam, Laos, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Asia Tengah dan seterusnya ke Turki sebelum menceroboh Iraq. Kalau mereka melalui Malaysia, umpama hendak pergi ke Kuala Lumpur dari Padang Besar, jalan yang paling dekat ialah melalui Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan seterusnya ke Kuala Lumpur, tapi jauh kalau melalui Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan baru masuk Kuala Lumpur.
Satu lagi, saya hairan yang anda dengki sangat dengan bangsa Jepun itu apa hal, kalau mereka peniru pun mereka peniru yang bagus kerana meniru cara orang untuk berjaya adalah tak salah, tapi meniru semasa peperiksaan dan mengambil ujian berkomputer untuk ujian memandu adalah salah dan tidak bermoral. Anda perlu faham akan perbezaan dua perkara berkenaan. Jangan main hentam kromo sahaja. Berkenaan ikan tuna, mana ada pupus, ia masih banyak dan banyak negara termasuk Malaysia dan barat yang menangkap tuna, jadi apa hal kamu nak pertikaikan hal ini, jangan jadi bodoh sombong, kerana orang yang bodoh sombong tak ke mana-mana, orang sebegini akan terus mundur dan ketinggalan zaman, kerana degil tidak bertempat sampai tidak mahu dengar nasihat orang.
Berkenaan syarikat Jepun yang mendapat projek pembangunan di Malaysia, ia adalah kerana keupayaan mereka, tidak bolehlah kita ambil sebarangan syarikat yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal keupayaan mereka. Kalau kita ambil orang sembarangan, umpama pengusaha pengangkutan lori yang mengupah seorang budak umur tiga tahun memandu lori dari Tawau ke Tanjung Datu, mampukah budak berkenaan buat? Bukan setakat ke Apas pun tak mampu, dari awal lagi tak boleh kerana beliau memang tak tahu apa-apa pasal lori, beliau hanya tahu itu lori. Apa pasal anda tak pertikai syarikat Barat yang dapat buat kilang di Malaysia, contohnya Texas Intrument, Shell, Pelikan, Intel dan lain-lain? Bagi saya tak salah mereka nak buat kilang di Malaysia kerana ia memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan menyumbangkan cukai pada negara. Lainlah kalau buat maksiat, itu tak patutlah.
Berkenaan sokongan anda pada World Bank dan International Monetary Fund (IMF) yang kononnya hebat sangat dan kalau bina stadium tak runtuh, anda lihatlah di Turki yang terlalu bergantung dengan IMF dan World Bank, ekonomi mereka diperkotak-katikkan, malahan orang di Turki tak sanggup gunakan Lira Turki untuk urusan jual beli kerana nilai Lira Turki yang rendah, bayangkan kalau nak beli seekor ayam dan sekilo sayur kena bawa sebakul duit, tak susahkah kalau begitu. Apakah anda ini pendokong barat yang buta tuli seperti anda menyokong Pakatan Rakyat? Maka sekarang ini terdedahlah polisi Pakatan Rakyat, menjadi kerbau dicucuk hidung dan suruhan barat jika mereka berkuasa, kerana anda telah mendedahkannya. Seperti yang saya selalu tulis sebelum ini, polisi Pakatan Rakyat memang pelik dan bahaya pada kedaulatan negara, inilah salah satunya, menjadi kerbau dicucuk hidung pada barat dan menjadi pendokong barat yang setia seperti Turki, nanti ambil penasihat dari barat dan Malaysia akan menjadi seperti Turki juga nanti. Tapi Turki zaman Attarturk, Ismet Inonu, dan lain-lain golongan sekular pro-barat yang terlampau, bukan Turki zaman Adenan Menderes atau Recep Taiyyib Erdorgan. Sebab di zaman Adenan Menderes dan Recep Edorgan, ia lebih memihak pada Islam.
Anda perlukan banyak pembacaan dan berusaha untuk memperolehi maklumat yang tepat supaya tidak berfikiran merapu dan serong. Mungkin anda perolehi maklumat yang anda tulis di atas adalah dari surat cerita Harakah, Roket,Aliran, Siasah dan lain-lain surat cerita Pakatan Rakyat. Saya menggunakan surat cerita pada perkara-perkara berkenaan adalah kerana kalau surat khabar atau akhbar memberikan maklumat yang berguna dan baik serta bermanfaat untuk kebajikan rakyat dan negara, tapi kalau menceritakan cerita palsu, menceritakan hal-hal yang merosakkan perpaduan negara, memesongkan kebenaran dari rakyat dan mengetengahkan hal menipu dan fitnah serta tohmahan melulu, ia adalah surat cerita, tak layak di sebut surat khabar atau akhbar. Jadi nak buat sesuatu itu fikirlah dalam-dalam dan kaji dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan, kerana keputusan yang salah boleh menjerumuskan kita pada kebinasaan, malah lebih teruk kalau keputusan salah itu melibatkan orang lain pula yang tiada kena mengena dengan sikap kita itu. Sesuatu perkara ada pelbagai sudut untuk dilihat, jadi perhatikanlah semua sudut sebelum tindakan diambil supaya apa yang dibuat itu mendatangkan manfaat. Sekian, terima kasih.
memangtakpandai Reply:
January 9th, 2010 at 8:34 pm
Mentaliti UMNO yang ketinggalan zaman. Balik-balik Zaman Mahathir dan kuasa barat……macam si Luncai..biarlah Si Luncai ini terjun dengan labu-labunya…
Reply
BUYI Reply:
January 11th, 2010 at 11:37 am
Kesian aku tengok ko ni Mohamad!, ko pun same cam Tun, Melayu Mudah Lupa!. Bila salah sikit je BARAT yg buat, yg baik ko tak bising pulak!
Bila cerita pasal penjajahan ko kata PENJAJAH BARAT, tapi masa EMPAYAR MELAKA menjajah Sumatera Riau ko tafsirkan sebagai kekuatan MELAYU MELAKA plak!. Bila ekonomi negara rosak pasal Ringgit diperdagangkan ko ikut Tun salahkan SOROS, tapi masa Malaysia rugi perdagangkan USD sebelum tu ko diam plak!
Bila orang ikut nasihat IMF ko kata nak ikut telunjuk BARAT, tapi bila IMF kata ekonomi Malaysia kembali pulih RTM sibuk2 siarkan dalam TV. Indonesia, Thailand & Korea amik nasihat IMF ada masaalah ke dia orang? Korea nampaknya pulih dengan cepat krisis 1998 berbanding kita, Thailand pun tak lah teruk sangat walaupun dan banyak kali tukar PM dia dari 1998. Indonesia plak tak tergadai pun negara tu, sampai sekarang pun kita still panggil negara tu INDONESIA.
Berhentilah nak menyalahkan BARAT nih, ko pun lebih kurang PR gak asyik salahkan BN je!. ALLAH DAH BAGI AKAL TU LU PIKIRLAH SENDIRI dan jgn terima je ape orang cakap!
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 12:55 pm
Anda ini orang Melayu atau orang barat sebenarnya? Anda perlu lihat dalam pelbagai sudut tulisan saya, jangan pandang satu sudut yang anda tak suka terus anda hentam saya kerana banyak lagi sudut-sudut lain yang boleh memberi manfaat yang anda tidak lihat atau mungkin anda lihat tapi sikap bodoh sombong anda tetap mahu menafikan kebenaran tersebut. Saya tak tuduh semua orang barat itu jahat, tetapi saya suruh lihat bagaimana barat mempergunakan negara-negara kecil dan negara membangun serta mundur untuk kepentingan mereka. Anda lihatlah demi industri senjata, Iraq dan Afghanistan di jadikan tempat eksperimen oleh Amerika dan kuncu-kuncunya. Apakah anda pun ada saham jugakah dalam kegiatan peperangan di sana? Seperti yang saya pertikaikan sebelum ini berkaitan orang muda yang suka berfikiran idealis, anda sendiri adalah contohnya, pandang satu sudut terus hentam, bukannya nak siasat betul-betul. Sikap inilah yang anda semua gunakan semasa membicarakan kes Teoh Beng Hock, PDRM, isu kenaikan harga gula, dan lain-lain isu yang menghentam kerajaan, anda semua lihat satu sudut, terus hentam, jangan bertindak melulu seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang, seorang menang sorak tapi kampung tergadai, manakala seorang lagi pula yang dikejar tak dapat, tapi yang dikendong keciciran di jalanan. Pemimpin sekarag ini bukannya akan hidup selama-lamanya, kalau golongan muda seperti anda ini yang diharapkan untuk mentadbir negara, apakah akan terjadi dengan negara ini kalau beginilah pemikiran golongan muda sekarang? Sepatutnya anda perlu mencontohi dan belajar dari pemimpin sekarang ini untuk bekalan anda mentadbir di masa hadapan, kalau masih berlagak bodoh sombong, anda semua akan jadi pelingkup sahaja. Pemimpin sekarang pun banyak belajar dari pemimpin terdahulu, tetapi belajarlah dari orang yang betul dan berkelayakan, jangan main hentam kromo sahaja. Sekian, terima kasih.
Reply
BUYI Reply:
January 12th, 2010 at 11:15 am
Saya MELAYU PROTO dan maaf saya sedikit pun tak pandang dari sudut tulisan saudara kerana tiada isi2 bernas yg menajamkan minda dari segi isu dan fakta. Biasanya kalau ada persamaan kita tak pertikaikan macam pandangan saudara sama dengan Tun, tapi akan jadi isu apabila ada pertikaian seperti pandangan saya dan pandangan Tun dan anda.
Bodoh sombong!, terima kasih membuat kesimpulan awal dan itulah kelebihan saudara sebagai MELAYU TULEN yg saya lihat dalam banyak tulisan saudara. Utk pengetahuan saudara BARAT ni ada baiknya dan ada buruknya kebanyakkanya baik dan jgn cerita pasal industri senjata sahaja cuba lihat dari segi lain biologi, IT, nano, angkasa dll.
Cuba lihat tulisan saya diatas ‘Berhentilah nak menyalahkan BARAT nih, ko pun lebih kurang PR gak asyik salahkan BN je!. ALLAH DAH BAGI AKAL TU LU PIKIRLAH SENDIRI dan jgn terima je ape orang cakap!’. Apa yang saya cuba sampaikan ialah supaya Tun, saudara dan saya untuk berfikir dan tak asyik menyalahkan orang sahaja.
Saya tidak ada saham dengan BARAT, tapi sukatan pelajaran saya masa sekolah dulu KBSM ikut sukatan BARAT, itu yg kena belajar EROPAH, AMERIKA UTARA dan lain2. Walaupun begitu saya tak terpengaruh dengan BARAT sebagaimana saudara begitu terpengaruh membencikan BARAT.
Sebagai MELAYU TULEN saudara sudah lupa dan terus hentam saya sebagai idealis. Sebelum nak marahkan Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq saudara patut marahkan negara2 Islam seperti Turkey, Arab Saudi dan banyak lagi kerana membenarkan Amerika menggunakan negara mereka. Cuba contohi Iran yg berperang dengan Iraq pun tidak mengambil kesempatan tersebut. Mana OIC ketika itu dan siapa Presiden OIC ketika itu?
Isu dalam forum ni adalah berkaitan ‘Jgn Politikkan Kalimah Allah’ dan saudara dah campurkan isu BARAT pula lepas tu saudara campur2kan pula dengan isu TEOH BENG HOCK, PDRM dan lain2. Saudara kata saya LEBAI MALANG tapi saudara 2 KALI MALANG KADUK kerana 1 isu pun tak boleh selesaikan dah masuk isu lain!.
Cara saudara sama macam menteri saudara Mat Zahid dengan isu enjen jet nye, hilang tak selesai masuk pulak isu sarjan yg salah, lepas harga enjin pulak salah, lepas tu pengkhianat negara (kununnya) tapi boleh ikat jamin pulak. Cuba tengok 1 isu tak boleh selesai sampai 2 tahun timbul pulak isu2 lain berkaitan yg menimbulkan banyak lagi porsoalan. Lain kali selesaikan 1 per 1 isu dan jgn campurkannya jadi rojak dan kemudian gelarkan orang PAK PANDIR, LEBAI MALANG DAN TOK KADUK!
Maaf bukan saya tak mahu mencontohi pemimpin sekarang tapi apabila melihat kes enjin F5E, kes kalimah Allah, kes Royalti, kes Rasuah Ali Rustam dgn KJ, kes TBH di SPRM, kes Duta di panggil balik, kes petrol RON 97 jadi RON 95 dang harga maintain 1.80, saya rasa lebih baik tak payah mencontohi mereka2 ni. Dalam kabinet sekarang bagi saya yg ada KPI paling tinggi ialah Shaziman, Raja Nong Chik, Anifah Aman, Subramaniam dan Shafie Apdal. Yg lain lebih main politik dari keje.
Semoga kelima-lima mereka ni mampu berbuat sesuatu untuk pulihkan MALAYSIA!, UMNO! saya rasa sudah tidak boleh diselamatkan lagi!
Mohamad Reply:
January 12th, 2010 at 3:04 pm
En. Buyi anda fahamkah maksud Melayu Proto itu apa sebenarnya?, untuk makluman saudara peribumi di Semenajung terdiri dari dua kelompok besar iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro, Melayu Proto adalah dari kumpulan Orang Asli dan Melayu Deutro adalah dari kelompok Melayu biasa. Anda mesti faham apa yang anda tulis, jangan main hentam sahaja.
Berkenaan tuduhan anda bahawa saya anti barat, ia adalah tuduhan melulu, saya bukan membenci barat, kerana mereka juga manusia, tetapi saya membenci sikap sebahagian orang barat yang yang suka memperalatkan orang. Anda menulis tanpa meneliti sedalam-dalamnya, anda menulis mengikut emosi, tak boleh begitu, ini adalah sikap yang tidak sihat. Seperti yang saya selalu tulis, orang muda kini terlalu idealis, banyak terpengaruh dengan pemikiran barat. Tak semualah macam itu, tapi yang membimbangkan saya ialah agak ramai yang terpengaruh dengan barat, gaya rambut, berpakaian, cara berjalan, sikap dan lain-lain banyak terpengaruh dengan pemikiran barat.
Berkenaan saya ini Pak Kaduk dan Lebai Malang seperti tuduhan anda itu, anda lihat diri anda dulu, Pakatan Rakyat yang suka menghuru harakan negara untuk kepentingan politik tapi anda sokong juga kelakuan itu, anda perlu sedar kalau negara kita bertelagah seperti Afhanistan, Somalia, Sudan dan lain-lain anda juga yang akan susah. Lihatlah siapalah yang sebenarnya bersikap seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang, andakah atau saudara yang sebenarnya? Orang muda suka bersikap idealis, idealis itu bagus kalau pada tempat yang betul, tapi kalau telalu idealis melampau, ia akan menyusahkan orang lain pula, salah satu contohnya ialah terma hak asasi manusia yang diciptakan berdasarkan prinsip idealis, ia telah menyusahkan ramai pihak, sampai nak tangkap pun susah, nak soal siasat pun susah, lepas itu kalau kes lambat selesai pasukan keselamatanlah yang dihentam itu ini, tapi lihatlah siapa puncanya? Terpulanglah anda nak terima atau tidak tulisan saya ini, sekian, terima kasih.
Sikap keadilan berdasarkan teori yang diamalkan barat adalah tidak sesuai, misalnya hak asasi manusia yang bukan-bukan itu sebenarnya bukan bagus sebenarnya kerana ia banyak menyusahkan orang. Misalnya hak untuk berdiam diri bila disoal siasat, ia akan menyusahkan pengawai penyiasat dan melambatkan proses keadilan. Tapi bagi barat ia dianggap kemanusiaan kononnyalah. Begitu juga penghapusan hukuman mati yang kononnya hukuman mati itu kejam, tapi orang yang membunuh orang dan menyebabkan ramai orang mati kerana pengedaran dadah, tak kejamkah perbuatan penjenayah berkenaan? Oleh kerana mahu ikut logik, ia telah merampas keadilan bagi pihak lain. Kita perlu lihat pada realiti, tapi oleh kerana banyak terpengaruh dengan barat, maka keadaan makin menyusahkan orang bukannya menyenangkan orang sebenarnya.
BUYI Reply:
January 13th, 2010 at 12:29 pm
Saya paham MELAYU PROTO (Melayu Asli/Asal) tu pasal masa sekolah dulu ade belajar tapi MELAYU DEUTRO (MELAYU TULIN) saya tak pernah dengar pulak, pasal tu saya tulis MELAYU PROTO je!, tapi kedua-duanya MELAYU kan?.
Saya tidak menulis mengikut emosi, tatpi saudara yg emosi dgn menuduh saya BODOH SOMBONG dan beridealisma BARAT. Saya boleh terima tuduhan itu kerana itu pandangan saudara seorang MELAYU TULIN sehinggakan saudara mengatakan sesetengah ORANG BARAT gemar memperalatkan orang. Kenapa diperalatan?, pandai sangatkah ORANG BARAT nih? atau bodoh sangatkah MELAYU DEUTRO nih?.
Saudara menyuruh saya meneliti sedalam-dalamnya, seoalah2 saya tak mampu berfikir. Saya tidak pernah mempertikaikan pemikiran saudara tetapi hujah saudara, dari hujah saudara mencerminkan pemikiran saudara……. Orang mudah terpengarauh dengan BARAT?, satu satu persoalan yang patut saudara tanya kepada Kementerian Penerangan kenapa terlalu banyak rancangan berunsurkan BARAT atau rancangan kita sendiri yg ditiru dari BARAT di ketengahkan kepada MUDA MUDI. Walaubagaimanapun kita tak harus salahkan BARAT, tamadun kini adalah tamadun mereka!. Apa yg penting adalah kita mampu berfikir dan menilai sendiri sesuatu perkara!
Saya tuduh saudara Pak Kaduk dan Lebai Malang?, Come on saudara MOHAMAD! sila baca tulisan2 diatas siapa yg kata siapa Pak Kaduk dan Lebai Malang pada mulanya?. Cuba tengok saudara yg kata saya Pak Kaduk, saudara kata saya pulak yg mulakan dulu!
Afghanistan, Sudan, Somalia!, saudara ke study negara itu bergolak kerana apa?. Berapa puak ada, bangsa, agama, panglima perang study topography dan sosio budaya mereka dulu sebelum menuduh orang masuk campur. Somalia tampa campurtangan asing selepas Amerika keluar pun masih bergolak sesama meraka, Afganistan juga begitu teralu banyak puak dan panglima perang dan selepas Soviet keluar pun mereka berperang begitu jugak Sudan. Barat seperti Amerika hanya mengambil kesempatan, kerana itu kita mesti mampu berfikir sendiri kerana kita tidak tahu mungkin Najib atau Anuar sendiri dijajah pemikiran mereka oleh BARAT!.
Saya setuju dgn saudara yang keadilan teori BARAT mmg tak begitu sesuai, tapi pemimpin kita masih menggunakan undang2 barat sebagai rujukan, mahkamah syariah hanya sebagai simbol sahaja sehinggakan kalimah ALLAH pun kita terpaksa berserah kepada mahkamah sivil.
En. Mohamad, berdiam diri hak individu bila disoal siasat. Itu yg polis kita guna taktik duduk atas air batu dgn berbogel untuk dapat maklumat. Polis tugasnya menyiasat bukan mendera untuk selesaikan kes. Teknologi banyak dibekalkan BARAT (mereka yg sandara kurang percaya tu)untuk tujuan tersebut bagi membuktikan kesalahan tapi kalau tak mampu dibuktikan seharausnya yg didakwa patut dibebaskan dan bukan dengan membuat akuan bersumpah seperti diamalkan BARAT untuk membuktikan kebenaran seseorang.
Islam menjelaskan bahawa kesalahan harus dibuktikan oleh mereka yg menuduh dan bukan dituduh. Saksi mesti saksi yang boleh dipercayai bukan seperti UMI HAFILDA dan AZIZAN yang keperibadian mereka boleh dipertikaikan.
Walaubagaimanpun tulisan saudara agak sedikit lembut dan amat bersesuaian untuk bertukar2 pendapat, cuma saudara sebagai seorang MELAYU TULEN gemar benar membuat kesimpulan awal dan menuduh orang lain!.
Mungkin ada segelintir org terlalu “senang” berdebat hal ini…kalu tak dapt “so lu” aka cari makan bencananya lagi teruk dan dahsyat…dah lah negara ini takde bencana semulajadi namun kita tak gunakan peluang diberi Tuhan ttp memberi perhatian dan keutamaan kpd benda begini nescaya kalu kita terus “berlawanan’ sesama sendiri dlm hal sebegini satu ari percayalah rakyat mesia akan jadi “amah” di vietnam, singapura dan brunei.
Reply
Hehe…pelik tang nama Allah bkn main lagi UMNO nk melenting2…tp tang hukum yg Allah suruh buat mati2 plak tk mau ikut……mmg dasar nak cari publsii murahan….
Reply
Mohamad Reply:
January 11th, 2010 at 6:27 pm
Siapa yang menentang pelaksanaan peraturan untuk menyekat pengambilan arakan dan permainan judi di Shah Alam? Malahan yang peliknya ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam yang bukan Islam menyokong cadangan untuk menyekat aktviti arak dan judi berkenaan kerana telah melihat kepincangan terhasil dari dua-dua aktiviti berkenaan, tetapi di pihak kerajaan negeri pula yang kononnya perjuangkan Islam dan keadilan dan itu serta ini telah memaksa supaya peraturan itu tidak dilaksanakan, malahan ada exco Selangor sendiri tak setuju, terus beliau dipaksa supaya tutup mulut atau akan dikenakan tindakan yang tertentu. Jadi kalau dilihat, siapa yang main-main tentang hukum sebenarnya? Satu lagi, hal menceraikan isteri kerana politik, suruhan agamakah perkara itu? Rasionallah sama, jangan jadi pak turut, anda akan dipergunakan, untuk makluman anda sekarang pun ada telah dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Sekian, terima kasih.
Reply
memangtakpandai Reply:
January 13th, 2010 at 12:33 pm
Siapa buka balik PUB di Jalan P.Ramlee? PR?
Reply
Sebagai orang Islam apabila timbul permasalahan sebegini kita harus merujuk semula Al Quran serta Hadis Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan. Jangan kita merujuk kepada akal fikiran kita sendiri atau pandangan sendiri mengenai hal yang kita tidak pasti atau samar-samar.
Kita serahkan kepada yang arif tentang agama menghujah serta memberikan kefahaman kepada semua di atas ilmu yang mereka ada dan kita ikut kebijaksanaan orang yang mempunyai ilmu keagamaan ini. Perbincangan golongan cendiakawan ilmu agama kita yang ramai harus berbincang dan mengeluarkan kenyataan dan seterusnya kerajaan atau semua rakyat Malaysia harus akur dengan hasil dari ilmu pengetahuan para Ulama kita.
Dengan cara yang demikian maka dapatlah dielakkan fitnah dan tuduh menuduh serta menunjukkan kekuatan islam kita yang sebenarnya.
Kita hendaklah hentikan perbalahan dengan ulasan yang menunjukkan kelemahan kita sebagai orang islam. Dalam hal ini eratkan kesatuan ummah kita dan tunjukkan yang islam itu indah. Jika akhlak sebegini dengan berbalah serta kata mengata antara kita sesama islam maka di mana hebatnya islam itu.
Reply
I agree with the views by diBawahBayu but I am not that extreme. I am willing to allow the use of th word Allah in Malay as long as it is in line with the meaning of Allah in Malay, not Arabic.
Although the origins of the word Allah and Halal are from the Arabic language, its meaning has differed when used in Malay. It should not be misused so as to be misunderstood.
Although there are many Malay-speaking non-Muslims in Sabah and Sarawak, the Malay words have always been associated with Islam to the point that to be converted to Islam is to become a Malay. Malay in Sabah and Sarawak is not a race but a religion. It may not be right and I certainly object to it, but this is the reality as practised in Sabah and Sarawak.
So the word Halal will refer to food that is allowed for Muslims, not the Arabic meaning of “allowed” without any religious implication. Just imagine an unscrupulous trader who misused the word Halal based on the Arabic definition to trick Muslims into investing money in non-syariah compliant instruments by labeling them as Halal as defined by the Arabic word, just because Halal is not supposed to be reserved for Muslims, since Arabs also use the word.
The question here, is the meaning of Allah and Halal as defined and used in the normal Malay language. Not that used in Arabia. Using them in other way is form of cheating, not a question of freedom of speech. There is no freedom of speech for liars.
I am not sure about Sikh’s god, but based on what I read, it is similar to the Muslim definition of Allah but I am not the authority here. Let the “Majlis Fatwah” study and decide if Sikh’s use of the word Allah is the same as a Malay understanding of the word Allah. If the Malays feel that it is not, then the Sikh must change that word. Just because they had been allowed to use the word earlier, does not mean that they will be always right. Just because you have stolen in the past and got away with it, does not mean that you should be allowed to steal again.
Similar for the Seventh Day Adventist Church in Sabah and Sarawak. This a cultist Christian group that has many similarities with Islam, such as abstaining from pork and acknowledging that Jesus will return to Earth the second time. Let the proper authorities decide but it must be decided with honesty and integrity and not due to pressure from opposition groups, black mailed by the needs for harmony. There is no harmony without truth and justice.
Anwar’s Ibrahim view that truth and justice should be postponed just because we have other bigger problems is not acceptable. Allah is not a small matter. It is the heart and core of the belief of a Muslim. We cannot play-play with it.
Reply
Salam untuk semua,
Masalah terkini yang berlaku merupakan propaganda murahan pihak UMNO-BN untuk mencetuskan huru-hara bagi meraih sokongan orang-orang Melayu. Janganlah ada mana-mana pihak dalam kepimpinan Pakatan Rakyat terpengaruh dan terikut-ikut dengan rentak puak-puak munafik dalam UMNO-BN ini, walaupun atas alasan kepentingan dan kemuliaan agama Islam.
Harus diingat, puak-puak UMNO-BN ini bukan sahaja bermain api untuk mencetuskan ketegangan kaum dan pertelingkahan diantara penganut2 agama yang ada di Malaysia. Malah jika diperhalusi tindakan mereka ini, kita dapat lihat puak-puak munafik UMNO-BN cuba mengaitkan PAS dengan kemelut ini memandangkan PAS merupakan parti berasaskan kepada agama Islam. Secara tak langsung, ini bakal menjauhkan kaum-kaum lain daripada wadah politik yang cuba dibawa oleh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat secara umumnya.
Umat-umat Islam Malaysia harus berhati-hati dalam taktik jahat puak munafik UMNO-BN ini. Tindakan mereka yang membantah serta mendakwa bahawa kalimah%
Reply
Dah berkurun lamanya penganut kristian tidak menggunakan Allah sebagai tuhan mereka. Apa sebab yang sebenarnya tujuan ini dilakukan? Apakah ini satu usaha nak mengkristiankan orang Islam.Orang Islam di negara ini memang sentiasa sensitif dengan tindak tanduk dan usha orang kristian nak mengubah agama orang Islam. Memang diakui secara ilmuannya tuhan agama Samawi adalah Allah. Tapi Allah yang dimaksudkan bukan Allah- Trinity. Jadi memang taksama.Semua orang dapat rasa sebenarnya apa agenda di sebalik penggunaan perkataan Allah ini.
Sebaliknya ada golongan yang beriya sangat mempertahankan penggunaan perkataan ‘Allah’. Tapi hukum Allah mengapa takpatuh dan ditolak ?
Reply
terima lah hukuman syariat di malaysia..amalkan sepenuhnya…insyaAllah tak da masalah…kita wajib sokong undang-undang islam ditegakkan di bumi Allah ini…masalah semua selesai…selagi kita beralasan untuk praktik undang-undang Allah, dengan alasan tak sesuai, perlu dikaji dan sebagainya sebenarnya kita yang menghina Allah…selagi sokong orang yang sentiasa beralasan untuk tegakkan undang-undang Allah maka orang yang menyokong ini sebenarnya menghina allah, seolah-olah macam malaysia tak terfikir pulak akan wujud, sedangkan Allah maha bijaksana yang maha luas pengetahuannya…siapa yang sokong umno maka dia adalah………..
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 7:12 am
Siapa yang menentang pelaksanaan peraturan untuk menyekat pengambilan arakan dan permainan judi di Shah Alam? Malahan yang peliknya ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam yang bukan Islam menyokong cadangan untuk menyekat aktviti arak dan judi berkenaan kerana telah melihat kepincangan terhasil dari dua-dua aktiviti berkenaan, tetapi di pihak kerajaan negeri pula yang kononnya perjuangkan Islam dan keadilan dan itu serta ini telah memaksa supaya peraturan itu tidak dilaksanakan, malahan ada exco Selangor sendiri tak setuju, terus beliau dipaksa supaya tutup mulut atau akan dikenakan tindakan yang tertentu. Jadi kalau dilihat, siapa yang main-main tentang hukum sebenarnya? Satu lagi, hal menceraikan isteri kerana politik, suruhan agamakah perkara itu? Rasionallah sama, jangan jadi pak turut, anda akan dipergunakan, untuk makluman anda sekarang pun ada telah dipergunakan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Mohon pada anda menerangkan apakah di Selangor telah mengamalkan sistem Islam meskipun kawasan lebih kurang 90% Islam, tapi bila nak sekat aktiviti yang tak patut seperti arak dan judi, usaha pihak berkuasa tempatan pula dihalang, sila beri penjelasan berkenaan hal ini. Sekian, terima kasih.
Reply
sudah2lah kau punya pak kaduk dan lebai malang kau mohamad…x payah kau suruh org teliti tulisan yg kau kata banyak sudut tu…semua pun haprak..sampah!!!..ulang saja ayat tu balik2…pergi perpustakaan kalau ada masa sekiranya x mampu beli buku..luaskan pembacaan agar banyak pengetahuan….sudah2lah mahu tunjuk ‘hero’ di sini…semua warga blog di sini dah sedia maklum tahap mental kau mcm mana……..kau buat kerja sekarang ..amanah dgn tanggungjawab yg di beri jgn suka ambil kesempatan di tempat kerja.
Reply
Mohamad Reply:
January 13th, 2010 at 7:24 am
Kalau halang peraturan yang menyekat penjualan arak dan permainan judi, apakah anda juga sekepala dengan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor? Lihatlah siapa yang bersikap sampah yang sebenarnya, di pihak kerajaan pusat selalu menekankan perpaduan, pembangunan, penjagaan tingkah laku yang baik, tetapi di pihak Pakatan Rakyat menggalakkan orang guna kata-kata kesat, galakkan orang tak hormat pemimpin dan juga orang lain yang tidak separti dengan mereka, galakkan orang buat kekacauan (demontrasi), galakkan orang cari isu dan menambahkan masalah, tetapi jalan penyelesaian tak pernah di beri, ini semua demi politik, kalau di pihak kerajaan pusat dengan konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, tetapi di pihak Pakatan Rakyat pula dengan konsep, “Kuasa Politik Diutamakan, Rakyat Dipergunakan, Buatlah Apa Sahaja, Betul Salah Jangan Kira, Janji Boleh Menang Pilihanraya”. Terpulanglah anda nak terima atau tidak, itu ikut suka andalah, tapi saya melihat keadaan semasa yang merapu di pihak Pakatan Rakyat ini kalau dibiarkan akan merosakkan negara. Rakyat makin sedar, cuma pengikut setia yang berjawatan dalam Pakatan Rakyat sahaja yang sayangkan kedudukan dan pangkat masih pertahankan kepalsuan depan mata sebab sayang sangat pangkat dan kedudukan. Semoga kerajaan pusat akan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya di Sarawak dan Pilihanraya Umum Ke-13. Sekian, terima kasih.
Reply
memangtakpandai Reply:
January 13th, 2010 at 12:34 pm
Boleh jawap siapa bagi balik lesen kedai minuman arak di Jalan P.Ramlee? kalau tak BN?
Reply
Yang nak tengok dan berharap PR ke Putrajaya..bukan 10 orang..tapi berjuta2 orang!
Tapi..tanpa kerja keras, tanpa strategi yg betul, jangan mimpi nak ke Putrajaya !
Lipatgandakan usaha. PR perlu bekerja setiap masa. InsyaAllah berjaya.
Reply