06
Jan
10

ISNA Sokong Keputusan Awal Mahkamah Tinggi Membenarkan Penggunaan Kalimah ‘ALLAH’

–Kenyataan Media–

(Plainfield, IN-4 Januari 2010) Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia pada 31 Disember 2009 yang lalu yang mengiktiraf hak dan kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama Kristian di Malaysia.

Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa penganut Kristian mempunyai hak untuk menggunakan pekataan “Allah” untuk tujuan menterjemahkan perkataan “God” ke dalam Bahasa Melayu. Ia sekaligus membatalkan sekatan yang pernah dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 berkenaan penggunaan terma ini di dalam literasi Kristian.

Kumpulan yang membantah penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada “God” berhujah bahawa “God” biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “Tuhan” oleh penganut-penganut agama selain daripada Islam. Mereka juga menegaskan bahawa kalimah “Allah” hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja.

Hujah ini sebenarnya bercanggah dengan kefahaman dan pengamalan Islam yang sebenar. Bebarapa petikan ayat dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Muslim menyembah Tuhan yang sama dengan penganut agama Kristian. Al-Quran memerintahkan pengikutnya menyaksikan bahawa Tuhan yang mereka sembah dan disembah oleh pengikut-pengikut Kitab yang telah diturunkan oleh Allah termasuk dari kalangan penganut agama Kristian adalah Satu: “…dan katakanlah: Kami percaya dengan apa yang telah diturunkan kepada kami serta apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Satu, dan kepadaNya lah kita menyembah.” (Qur’an 29:46)

Merujuk kepada amalan semasa dan sejarah terdahulu, orang-orang Arab yang beragama Kristian telah menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dalam Kitab-kitab agama mereka sejak Islam mula diperkenalkan di Tanah Arab, namun amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana individu Muslim atau Kerajaan Islam yang memerintah ketika itu.

Undang-undang Islam sangat jelas mengiktiraf hak penganut agama Kristian untuk mengamalkan agama mereka sesuai dengan kehendak dan ajaran Kitab mereka. Justeru, kami menggesa agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf prinsip kekebasan beragama yang sewajarnya diberikan kepada penganut agama Kristian di Malaysia serta menerima keputusan Mahkamah baru-baru ini.

Kamu juga mendesak NGO-NGO Muslim di Malaysia agar menghormati ajaran dan tradisi Islam yang telah lama dilaksana, serta sekaligus menggugurkan bantahan mereka terhadap pengunaan kalimah “Allah” oleh saudara-saudara mereka dari agama Kristian.


60 Responses to “ISNA Sokong Keputusan Awal Mahkamah Tinggi Membenarkan Penggunaan Kalimah ‘ALLAH’”


  1. 1 mohdhazar Jan 6th, 2010 at 6:08 pm

    salam..

    saya tak setuju sama sekali..Allah adalah untuk agama Islam sahaja..
    Allah adalah satu! Allahuakbar!!!!

    Reply

    Lycantroph Reply:

    tugas kita bukan utk pertahan nama itu. tugas kita adalah utk mengatakan yg konsep dia sudah lari dari ajaran Allah. Suruh duduk semeja berdialog tak mahu. Ke mana perginya hikmah? di hutan?

    Reply

    rossi ehse chairman Reply:

    saya amat sekali tak faham kenapa isu ini dipolitikkan. adakah ia untuk kepentingan individu? kenapa tak difikirkan kesan terhadap seluruh umat islam seluruhnya. kerana isu ini, kita sesama umat islam bertelagah, hanya kerana isu yang dibangkitkan oleh mereka dari agama lain. ini menunjukkan umat islam kita sudah rapuh. saya rasakan jika ini berlarutan, tak mustahil umat islam di malaysia akan mudah ditindas jika kita sendiri tak ingin bersatu.

    Reply

    yahoo Reply:

    Agama Kristian telah memperlihatkan ” apa itu KASIH ” didalam amalan kehidupan mereka.Walaupun dihentak ,dicemu oleh masyarakat Malaysia,mereka tetap rendah hati & sabar.Mereka masih tidak bertindak melulu.Agama itu harus bukan hanya cakap,tapi harus serupa bikin.Melalui perbuatan dah nampak siapa sebenarnya mengamalkan kasih Allah.

    Apa akan jadi kalau masyarakat Kristian Malaysia berdemo ?
    Apa akan jadi kalau masyarakat Kristian Malaysia bersuara ?

    Reply

    joker Reply:

    kita renung dan beri jawapan pada diri kita tentang menyelesaikan masalah penggunaan Allah dalam agama selain agama Islam. mari kita fikir kalau semua orang islam pada ketika zaman Rasulullah ketika dahulu berfikiran sempit dan tidak menyemaikan toleransi dlm beragama, dapatkah islam berkembang seperti islam sekarang? dapatkah mereka menarik hati orang yang bukan beragama islam memeluk agama akhir zaman ini?pasti tidak.. dengan pandangan buruk terhadap masyarakat islam di dunia ini tidakkah kita hanya menambahkan kekeruhan dengan mengebom gereja dan menghalang sesuatu hak yang sebenarnya adalah hak mereka juga.. bukankah panggilan Allah tu sudah digunakan oleh nabi-nabi terdahulu di dalam kitab-kitab mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. bukankah ada antara fahaman agama mereka juga berasal dari kitab-kitab sesebelum Al-Quran. tidakkah sepatut kita harus bijak di dalam menyelesaikan perkara sebegini supaya kita akan lebih dihormati,supaya islam akan terus berkembang. tidakkah salah satu maksud islam itu bermaksud aman dan damai. tidakkah perlakuan mengebom, mencaci dan menindas agama lain menunjukkan betapa benar tohmahan yang tidak baik tentang islam. kita beri tanya pada diri kita apa yang kita pernah lakukan dalam menyebarkan lembaran islam kepada semua. cuba kita fikirkan bersama…

    Reply

  2. 2 Syiru Jan 6th, 2010 at 11:38 pm

    Apa kata Dato’ Harun Din?

    Reply

  3. 3 Zzjebat Jan 6th, 2010 at 11:58 pm

    Tiada TUHAN yg disembah MELAINKAN ALLAH.
    Nabi Muhammad saw pesuruh ALLAH.

    Teliti syahadah kita orang Islam.
    Mengaji mendalam TAUHID dan Usuludin.

    Kita diMalaysia..dahlah tu..ALLAH merujuk KEESAAN ALLAH SWT.

    Usahlah perdebatkan. Hak tetap Hak. Jangan Kita Tergelincir Aqidah..kufur.

    Tak faham dalamilah ILMU. Masaalah MUSLIM lagi BESAR.

    i. Judi ii. Arak iii. Zina iv. Loteri halal loteri haram?

    v. Rasuah vi. Penipuan/Pembohongan vii. Rasuah viii. Fitnah

    ix. Hiburan Melampau x. Tak jaga AURAT xi. Hasad Dengki.

    xii. PenZalim. dan banyak lagi. Tahun 2010 setiap bulan BINCANG/Selesai

    satu masaalah. Cukup setahun 12 masaalah..kearah MUSLIM sejati. Amin

    Reply

  4. 4 minda_budaya Jan 7th, 2010 at 5:18 am

    dari sudut persepsi pendekatan linguistik, jika perkataan allah ini dipersembahkan atau ditampilkan di dalam ejaan rumi yang secara am hanya merujuk kepada makna tuhan iaitu sesuatu yang lebih baik dari manusia dan berkuasa terhadap alam dan nasib, adalah sepatutnya boleh digunapakai dan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan mudarat atau kekeliruan.
    akan tetapi jika ianya adalah laskar allah dalam ejaan jawi atau lakaran dalam bentuk bahasa arab dan seperti yang dapat dirujuk di dalam bahasa al-quran, yakni yang lebih merupakan simbol rohaniah dan logo umum yang merujuk terus kepada allah, tuhan agama orang islam yang esa, itu sepatutnya tidak boleh dikomersilkan oleh penganut agama lain dan wajar dikawal penggunaannya.

    apabila masyarakat muslim di malaysia menghurai dan bercakap berkenaan isu kalimah allah dengan menggunakan pendekatan yang mereka ini adalah yang lebih mulia, baik, pandai dan lebih benar daripada mereka yang mendengar dan menilai, maka segala jenis pendapat, penerangan dan alasan tidak akan dapat menembusi tahap pemikiran yang paling asas bagi seseorang itu sekalipun.
    dengan menggunapakai pendekatan bercakap sebagai wakil seorang pengikut islam sahaja dan semata-mata, mereka yang mendengar untuk menilai akan melihat ianya sebagai kupasan satu elemen dan satu sisi pandangan sahaja. persepsi adalah lebih ke arah berat sebelah dan tidak akan dipandang serius dan dinilai dengan minda terbuka dan bebas daripada pemikiran asas seseorang. untuk lebih diterima umum, selain berlandaskan tema rujukan kepercayaan islam, segala kesimpulan hendaklah mengambilkira semua jenis aspek fikiran, fahaman literal dan pegangan asas sebagai seorang individu yang hidup di dalam masyarakat yang pentingkan kewujudan tuhan di dalam alam semesta.

    kata minda_budaya

    Reply

  5. 5 Mohamad Jan 7th, 2010 at 8:04 am

    Nanti tunggulah pembalasan anda yang suka mempolitikkan isu ini, jawablah anda di hari pengadilan di padang mahsyar nanti. Tak habis-habis politikkan apa-apa perkara yang boleh mendatangkan kepentingan politik pada Pakatan Rakyat meskipun perkara berkenaan sebenarnya amat sensitif dan boleh mendatangkan kemudaratan terhadap negara, itu semua belakang kira, janji dapat manipulasikan emosi rakyat seperti yang dibuat pada pilihanraya umum lepas, benda yang tak betul pun boleh jadi betul, buat hukum sendiri demi kuasa politik, bawalah kuasa politik itu nanti ke alam barzah dan jadilah perdana menteri di akhirat nanti, ingat semua itu di dunia saja, ia tidak bermakna di akhirat, yang bermakna ialah jasa bakti dan sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah, bukannya mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi. Jangan jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai, atau seperti Lebai Malang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Semoga insaf, sekian, terima kasih.

    Reply

  6. 6 wetriser Jan 7th, 2010 at 10:15 am

    artikel ini jelas menunjukkan pendirian DS berkenaan perkara ini dan jelas menunjukkan sokongan DS kepada golongan tersebut.. walaupun perkataan Allah itu bukanlah hak ekslusif untuk umat Islam.. tetapi bagi masyarakat Islam malaysia yang kecil (13 juta) ini, adalah penting untuk kita umat islam malaysia mempertahankan penggunaan istilah Allah khas untuk orang Islam sahaja, sekurang-kurangnya untuk malaysia.. kita tidak mahu penyalahgunaan istilah tersebut memesong akidah umat islam malaysia yang hanya berjumlah 13 juta ini.. kita tidak mahu operasi memurtadkan orang islam seperti yg berlaku dinegara2 lain yang membenarkan istilah Allah utk agama lain.. masyarakat Islam indonesia sendiri menyesali penggunaan istilah tersebut utk agama kristian yang mana terdapat jutaan website dakwah kristian menggunakan istilah Allah.. walauapapun alasan yang diberi.. untuk Malaysia.. Allah Adalah milik Islam.. sekurang2nya di malaysia…

    Reply

    kakyah Reply:

    Salam,

    Setuju dng anda …..

    Reply

    student Reply:

    salam..
    saya stuju dgn pendapat anda..
    dan kebetulan saya mmg berada di indonesia..
    dan harapan saya agar agama Islam kesayangan kita di Mlaysia tidak sprti di sini..

    Reply

  7. 7 Ali Jan 7th, 2010 at 1:13 pm

    Segelintir masyarakat melayu yang bodoh di melaysia jadi bahan tertawa oleh orang Islam di
    merata dunia.Apa yang lucu ialah Allah cuma tuhan melayu sahaja,orang lain tidak dibenarkan
    menggunakannya.Orang melayu pelik alias bodoh tidak memahami kitab2 Allah iaitu
    1.Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS berbahasa Ibrani
    2.Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS berbahasa Qibti
    3.Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS berbahasa Suryani
    4.Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbahasa Arab
    Arab kristian gunakan Allah sebab Allah ertinya God/Tuhan dalam bahasa arab
    Jadi melayu termasuk dalam golongan arab sebab itu digunakan Allah erti God/Tuhan,,,Faham!!!!!
    Orang kristian di Indonesia dan orang Arab masih gunanakan Allah sebagai tuhan mereka namun iman mereka tidak tergugut.Cuma orang melayu iman mereka lemah,ayat2 Allah digunakan dalam politik.
    Cuba seleaikan masalah korupsi,fitnah, perpecahan ummah di kalangan kamu.
    Kalau hindu orang melayu protes mengangkat kepala lembu,kali ini orang melayu akan mengangkat
    ” cross ” pelik alias bodoh.

    dari singapura

    Reply

    pemerhati Reply:

    Apakah dia isu yang ada dihadapan kita. Isunya mudah. Segelintir puak Kristian diwakili oleh akhbar Herald menuntut menggunakan nama “ALLAH” dalam bentuk ALLAH itu Tuhan Satu Dalam Tiga-konsep Triniti yang fundamental kepada kefahaman ketuhanan Kristian terutamanya Katholik. Ringkasnya, mereka mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk kufur dan syirik. Tidak ada lagi yang lebih jelas daripada itu.

    Persoalannya, adakah kita redho dan terima penggunaan nama ALLAH dalam bentuk syirik itu? Iaitu ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci?

    Bagi orang yang beriman dan jelas Islamnya, jawapannya mudah..TIDAK, kita tidak akan sama sekali redho dan setuju ALLAH dipersekutukan dengan konsep triniti yang dipercayai oleh Kristian!

    Kerana apa. Kerana ALLAH itu adalah Ahad, Maha Esa..SATU!! Mempercayai, meredhoi dan bersetuju ALLAH itu ada sekutunya adalah syirik dan membawa kepada kekufuran. Sebab itulah ‘ulama’ yang imannya jelas dan ikhlas saperti Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Harun Din menyatakan jawapannya jelas, bagi mereka yang redho dan setuju dengan segelintir Kristian yang mahu mensyirikkan ALLAH ini maka mereka sendir adalah kufur dan syirik!

    Apa guna kita pergi sampai ke zaman sebelum Islam dan risalah Nabi untuk menegakkan benang basah, bahawa kesemua agama samawi, agama langit, agama wahyu..agama Ibrahim telah menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan. Sebenarnya kesemua Rasul dan Nabi membawa risalah yang sama. Bahawa ALLAH itu satu, sembahlah ALLAH itu! Daripada Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad saw, risalahnya tetap sama. Dan tiap kali seorang Rasul dan Nabi diutuskan, ianya adalah untuk memperbetulkan kembali ‘amalan kufur, syirik dan menyengutukan ALLAH yang dilakukan manusia.

    Tiap kali selepas seorang Rasul atau Nabi itu diutus, manusia kembali sesat dan kufur. Mereka kembali mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH. Samada dengan mendakwa ALLAH ada anak, ada sekutu atau ada wakilnya. Maka diutuslah lagi Rasul dan Nabi untuk memperbetulkannya.

    Begitu jugalah dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Baginda diutus dalam keadaan manusia telah kembali syirik dan kufur kepada ALLAH. Yahudi dengan mendakwa ALLAH ada anak Huzair. Kristian Nasara dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus. Musyrikin Makkah dengan dakwaan selain ALLAH ada Tuhan lain iaitu Latta & Uzza. Kaum Parsi dengan dakwaan ketuhanan matahari dan penyembah api. Dan banyak lagi dakwaan dan rekaan yang pokok pangkalnya mereka tidak lagi mentauhidkan dan mengesakan ALLAH..tetapi mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH.
    Ditengah-tengah ‘amalan syirik dan kufur itulah ALLAH menegaskan siapa itu ALLAH. Melalui Nabi Muhammad saw, penutup segala Nabi, ALLAH menurunkan penegasan didalam wahyu terakhirnya Al Quran, Al Ikhlas: 1-4:”Katakanlah Muhammad, ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak sekufu dan setaraf dengan sesiapa pun!”.

    Dan Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas Baginda, menyampaikan risalah ketauhidan ALLAH. Samada kepada ‘ulama’ Kristian Waroqah Bin Naufal, Raja Kristian Maharaja Najasyi Habsyah, atau kepada ‘ulama’ Yahudi Abdullah Bin Salam. Kesemua mereka telah mensyirikkan
    ALLAH dengan kefahaman ALLAH ada anak Huzair atau Jesus. Dan setelah menerima da’wah Rasulullah saw, mereka terkeluar daripada kesesatan, dan kembali mempertuhankan ALLAH yang Satu! Allahu hu Ahad!

    Sepatutnya kita bila mendengar segelintir Kristian saperti di Sabah yang telah dipesongkan dan dikelirukan bahawa ALLAH itu adalah Tuhan yang punya anak Jesus, bukan kerja kita menambahkan lagi kekufuran dan kesyirikan mereka dengan membenarkan mereka terus tenggelam mempercayai ALLAH itu ada anak Jesus. Tetapi tugas dan tanggungjawab kita ialah pergi kepada mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu. Itulah kerja yang sepatutnya dibuat oleh Jakim, Yadim, Jawi, Jais, Muis dan kesemua para pendakwah, ulama’, ustadz, tuan guru dan lain-lain.

    Apabila kita gagal melakukannya, sebaliknya redho dan setuju dengan mereka mengkufur dan mensyirikkan ALLAH, dengan memberi alasan tok nenek mereka sebelum Nabi Muhammad datang pun memang telahpun mengkufurkan dan mensyirikkan ALLAH, dan mereka berhak dari segi sejarah, undang-undang atau Perlembagaan, atau atas nama hak asasi manusia, atau lebih teruk lagi atas nama ‘political expediency’ untuk terus menyatakan ALLAH adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci, maka kita dan mereka adalah sama. Kita juga termasuk golongan yang syirik dan kufur kepada ALLAH.

    Oleh itu, saya menyeru golongan yang beriya-iya sangat menyokong tuntutan segelintir Kristian melalui akhbar Herald yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk yang syirik dan kufur itu, jangalah kita menjadi golongan pekak, bisu dan buta. Perbuatan kita sekadar menambah kekufuran dan kesyirikan mereka kepada ALLAH. Sebaliknya lebih baik kita bersatu fikiran dan tenaga, mengatur strategi dan siasah, dan merangka tugasan da’wah untuk menembusi mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu.

    Adakan dialog dan pertemuan dengan mereka. Bagitahu mereka bahawa paderi dan gereja-gereja di Eropah sendiri menolak penggunaan nama ALLAH menggantikan perkataan ‘God’ kerana tidak selaras dengan konsep triniti ketuhanan mereka kerana ALLAH itu Satu! Bagitahu mereka bahawa ramai penganut Kristian dan banyak gereja di Malaysia sendiri yang tidak mahu mengaku ALLAH itu God! Tanya mereka apakah Ketua Agama Katholik mereka sendiri Pope Benedict di Vatican bersetuju dengan gantinama God sebagai ‘ALLAH’!

    Jawapannya jelas, mereka telah terpedaya sebegitu lama dalam mempercayai ALLAH itu Tuhan Triniti. Mereka akan tahu kelak bahawa mereka telah disesatkan oleh segelintir golongan yang sudah sedia sesat. Dan bagitahulah mereka bahawa mereka masih boleh mempertuhankan ALLAH itu..hanya dengan berkata “bahawa ALLAH itu Satu, Ia tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dan sekufu dengan sesiapa pun”. Dan serulah mereka kepada mentauhidkan ALLAH dengan lafaz syahadah “Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH”.

    Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya. Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan mentauhidkan ALLAH dan menyebarkan risalah Islam kepada seluruh manusia.
    (dr: ZN Blog)

    Reply

    chempaque Reply:

    wei panjang sgt nie … buat la blog sendiri …. .. dh la dtg umah org .. lebih2 plak … eh … eh … eh .

    Reply

    pemerhati Reply:

    bila org post baca…jgn nak komplen jer. Dah hidang depan mata nak baca pun malas, tu pasal otak kosong…pandai komplen…komplen..komplen.

    Mohamad Reply:

    Yang menjadi masalahnya ialah zat Allah adalah berbeza dengan pegangan orang bukan Islam, kamu suka kalau berhala dipanggil Allah juga? Kamu suka jika Allah digambarkan dalam bentuk itu dan ini? Ini kerana dalam Islam, Allah, Malaikat dan para nabi dan rasul tidak boleh digambarkan dalam apa-apa bentuk pun, malah nak berlakon menggunakan watak-watak berkenaan juga diharamkan. Jangan terlalu idealis dan berfikiran liberal sampai akhirnya semua benda menjadi caca marba dan huru hara. Segelintir orang moden sekarang, nama saja moden, tapi berperangai lebih teruk dari orang primitif zaman batu. Lihat sahajalah dari segi pakaian, kelakuan, pemikiran dan lain-lain yang suka memandang satu sudut terus terkam, lain-lain sudut diabaikan dan tidak dipedulikan meskipun banyak masalah akan timbul atas keputusan melulu berkenaan. Saya amat menghargai sikap orang zaman dahulu yang bertindak secara halus dalam menegur dan menghalang, orang yang ditegur tak marah, orang yang menegur tak meradang. Sikap begini makin pudar kerana terpengaruh denga kemodenan buta tuli yang sebenarnya merosakkan sifat moden itu sendiri, moden bermaksud bertamadun, orang yang bertamadun mempunyai pemikiran kelas tinggi disamping akhlak yang terpuji dan pegangan agama yang sejati. Kalau sekadar pandai, tapi perangai buruk dan pengamalan agama tunggang langgang, orang itu masih belum moden sebenarnya, tapi masih lagi dalam kehidupan manusia gasar yang kurang bertamadun. Hidup ini hanya sekali, jangan mengambil keputusan yang boleh mencemarkan dan merosakkan nilai kehidupan kita, kerana setiap detik yang belalu tidak boleh kembali lagi. Jadikan sejarah lepas sebagai pedoman dan jangan bertindak melulu sehingga mencetuskan masalah besar. Sekian, terima kasih.

    Reply

    INTAN SAKINAH Reply:

    ALI – dari SINGAPURA. Kerana anda bukan orang Malaysia, tak payahlah anda nak menyibuk berkongsi sentimen/ideologi dengan para pembangkang BODOH Malaysia untuk mengkritik pihak kerajaan di negara tercinta ini. Anda tumpukan saja kepada pihak pemerintah anda! Apa anda mahu buat di Singapura, itu anda punya pasal. Intan pun ada sepupu-sepapat di Singapura, tapi mereka tak KEPO macam si Ali ni.

    Reply

  8. 8 anak soleh Jan 7th, 2010 at 1:25 pm

    salam DSAI,

    Bagi saya kalimah Allah ini adalah hak orang islam, tetapi tidak semestinya ia melarang orang bukan islam untuk menyebutnya. kefahaman harus diberikan kepada orang bukan islam, agar sekirannya mereka hendak menggunakan kalimah Allah mereka tahu dan faham akan kekuasaannya serta maha agungnya Allah dan tiada tuhan selain Allah. sekirannya penganut agama lain hendak menggunakan kalimah Allah dengan cara yang salah maka ia akan mengundang malapetaka kalangan mereka dan bersedia menanti serangan balas dari umat islam..undang-undang tidak akan dapat menyelesaikan isu ini, tetapi dalam keadaan kita yang berbilang bangsa dan agama ini, mahkamah adalah cara yang sesuai untuk masa ini..mungkin masa lain kena fikirkan apa lagi….

    Reply

  9. 9 jimidadone Jan 7th, 2010 at 2:07 pm

    Tak jadik isu pun…..soal lebih utama…..sembahyang 5 waktu kah kita ??….tunaikan zakatkah kita ??? berpuasa di bulan ramadhan kah kita ??…. lebih tepat lagi…adakah kita menilai sesuatu itu pada substance atau sekadar lapisan nipis untuk memancarkan imej tanpa isi ????….kembalilah kepada isu sebenar…isu kita adalah jalan hidup ISLAM…tanpa rasuah, tanpa judi, tanpa arak, tanpa adu domba…. tidakkah kita nampak sesuatu yang lebih positif dalam isu ini….orang bukan islam akan mula melihat dan mengkaji ISLAM…kerana ALLAH itu satu….gunakanlah kesempatan ini untuk mula berdakwah….

    Reply

    Mohamad Reply:

    Ada lagi En. Jimidadone, jangan suka berpolitik keterlaluan, jangan suka mengainaya orang, jangan cakap lepas hingga menjadi meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri, serta jangan lain dijanji lain yang jadi, itu sikap munafik. Berkenaan arak dan judi, sikap Pakatan Rakyat di Selangor menjadi kayu pengukur sikap mereka, kerana nak jaga hati pihak lain, kepentingan bangsa dan agama sendiri diabaikan, yang peliknya ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dari bukan Islam sendiri menyokong undang-undang menyekat kegiatan judi dan pengedaran arak di Shah Alam, tetapi pihak yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup memaksa pihak-pihak yang bersimpati dengan nasib saudara sebangsa dan seagama tutup mulut dengan pelbagai tekanan. Sikap jenis apakah ini? Sudah terang lagi bersuluh, keadaan ini menampakkan pendirian jelas Pakatan Rakyat yang lebih mementingkan kuasa politik dari kepentingan umum, bagi mereka biarlah kepentingan umum terabai dan rakyat menjadi mangsa, janji kemenangan dalam politik berpihak pada mereka. Tapi kena ingat, kejahatan akan sentiasa diatasi oleh kebaikan, semua bangsa dan agama berpegang pada kenyataan ini. Tidak ada kejahatan yang diberkati, jadi hati-hatilah dalam tindakan supaya tidak menjadi talam dua muka, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam, harapkan pagar, pagar makan padi. Tak salah nak sokong, tapi biarlah bertempat, dan tak salah menentang tapi biarlah juga bertempat. Tak semua orang sempurna, tapi janganlah digunakan ketidak sempurnaan yang sedikit itu untuk menghentam orang lain, kerana ia mempunyai kebaikan yang lebih banyak dari orang yang iri hati dan dengki itu. Sekian, terima kasih.

    Reply

    anak soleh Reply:

    kepada jimidadone, berkenaan isu kita adalah jalan hidup islam, sdr kena faham yang itu isu dalaman orang islam dan sememangnya harus diselesaikan oleh orang islam itu sendiri, tetapi kita ni berbincang soal kalimah suci bagi orang islam ni. sapa kita untuk menilai amalan kita, apa yang kita harus lakukan adalah tingkatkan amalan pada Allah dan salah satu amalan kita adalah dengan mempertahankan kalimah Allah ini agar tidak di nodai oleh mereka-mereka yang tak faham.

    Reply

    kakyah Reply:

    Salam,
    kerana kami sembahyang 5 waktu, berpuasa dibulan ramadan hatta berpuasa sunat, membayar zakat menunaikan Haji dng penuh keikhlasan,kerana itulah kami menentang sekeras2nya.Kami tidak mahu sebutan ALLAH tu di diperkota – katikkan kemudian hari sewenang2nya ……

    Reply

  10. 10 antiAMNO Jan 7th, 2010 at 2:38 pm

    kpd sdr Mohamad & wetriser…belajaq bg habis2 jgn sekerat jalan atau jadi pak turut….jgn jd balaci AMNO depa nak jadi juara rakyat kunun….byk lg benda yg AMNO buat merosakkan akidah umat Islam kat Msia nie….

    Reply

    Mohamad Reply:

    Anda jangan jadi buta kayu En. AntiAMNO, pandangan rakyat ialah kerana mereka berperasaan, anda sahaja yang tidak berperasaan kerana perasaan anda pada politik, politik dan politik sahaja, ketenteraman, kesejahteraaan, kedamaian dan lain-lain kepentingan umum boleh dicampak ke longkang jika bertemu dengan kepentingan politik, sudah berapa kali saya tulis kalau nak bertindak sesuatu, jangan semberono saja, nanti yang dikejar tak dapat tapi yang dikendong pula keciciran dijalanan. Bukan UMNO atau Barisan Nasional yang memarakkan hal ini, kerana di pihak UMNO atau Barisan Nasional, ia telah diam bila rayuan telah dikemukakan, tetapi di pihak Pakatan Rakyat terutama PKR suka ambil kesempatan lebih-lebih lagi pilihan raya di Sarawak hampir tiba, PKR memainkan itu ini untuk meraih sokongan pengundi bukan Islam di sana. Agak-agaklah dalam berpolitik, kalau terlalu melampau dalam bertindak ia boleh menyebabkan senjata makan tuan nanti. Peluang Pakatan Rakyat di Sarawak saya rasa makin samar kerana isu ini, penduduk Islam berasa tersinggung dengan pandangan pelik pihak Pakatan Rakyat terutama di pihak PKR. Malahan ia juga boleh membunuh sokongan pengundi Islam di Semenanjung kepada Pakatan Rakyat, pada hemat saya, keghairahan PKR mahu memancing undi satu-satu pihak telah menyebabkan pihak yang satu lagi menjauhi mereka. Keadaan ini bolehlah diumpamakan sebagai tindakan senjata makan tuan, Pakatan Rakyat mahu menggunakan isu ini sebagai senjata untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional terutama UMNO, tetapi akhirnya kerana niat jahat berkenaan tidak berjaya kerana tidak ada perbuatan jahat yang diberkati, akhirnya senjata yang PKR gunakan untuk menumpaskan UMNO telah menyebabkan tertikam diri sendiri, malahan bukan sekadar PKR, malah PAS dan DAP pun terkena tempias kelakuan PKR ini. Malah PAS makin pening dengan keadaan ini kerana tempias yang mereka hadapi adalah lebih hebat dan boleh menghancurkan sokongan Melayu/Islam pada mereka, malahan pengundi setia mereka juga berbelah bahagi untuk menyokong PAS kerana PAS adalah sekutu bagi PKR dalam Pakatan Rakyat. DAP pula tempias yang melanda mereka tidaklah seberapa kerana majoriti penyokong mereka bukan Islam, tetapi meskipun bukan Islam, isu yang dimainkan oleh PKR boleh mendatangkan rasa tidak senang pada golongan bukan Islam yang makin keliru dengan hala tuju politik Pakatan Rakyat, maka sokongan pada DAP juga boleh terjejas. Itulah sebagaimana yang selalu saya tegur dahulu, jangan keterlaluan dalam berpolitik, kepentingan umum perlu diutamakan, bangkai gajah kalau diletakkan di kebun bunga yang wangi pun, akhirnya boleh kedapatan juga oleh orang. Sekarang sikap Pakatan Rakyat telah jelas di mana suka memainkan semua isu demi kepentingan politik, bermacam-macam isu dimainkan meskipun sewajarnya tidak diperbesar-besarkan kerana ia sedang dalam siasatan, perbicaraan dan telah diambil tindakan, tetapi demi politik, ia akan dipergunakan meskipun rakyat perlu membayar harga yagn mahal kerana ketidakstabilan dalam politik boleh menjejaskan pembangunan dalam negara. Fikirkanlah demi masyarakat, kuasa politik tidak berguna alam barzah dan di akhirat, tetapi pelaksanaan di dunia ini akan menjadi penentu kepada pihak-pihak yang terlibat dengannya di alam barzah dan di akhirat nanti. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, orang-tua telah ingatkan kita, jangan kerana berasa moden, ingatan orang terdahulu diabaikan meskipun ia adalah untuk kebaikkan kita juga. Sekian, terima kasih.

    Reply

    antiAMNO Reply:

    buta kayu takpa jgn jadi buta perut mcm puak2 AMNO…..

    Reply

    hazrul Reply:

    smart la jawapan mu…. hidop umno

    Reply

    rossi ehse chairman Reply:

    kepada antiAMNO dan yang lain2 yang setaraf dengannya.. jangan jadi bodoh dan seperti lembu yang dicucuk hidung. berfikirlah secara positif. anda dan lain2 tu seperti lebih memihak kepada mereka dari agama lain yang cuba mempermainkan dan menghina umat islam kerana mereka tau perpaduan dikalangan umat islam sudah semakin hilang. sayangilah sensitiviti umat islam kita dari mempertahankan apa yang bukan hak oleh penganut agama lain.

    Reply

  11. 11 razali Jan 7th, 2010 at 2:40 pm

    1. Nama ALLAH bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk dimuka bumi atau di alam maya ini. Sebenarnya nama ALLAH adalah milik mutlak ALLAH sendiri sebagai Maha Pencipta kita. Dan ALLAH itulah yang telah menurunkan Al Quran sebagai wahyu terakhir kepada manusia melalui Rasulullah saw khatamul anbiya. Al Quran itu adalah satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la’natullah lain) tidak suka (Al Fath: 20).

    ALLAH yang empunya nama Nya sendiri itu telah menegaskan bahawa yang namanya ALLAH itu Satu; “Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak lagi tidak dperanakkan, ALLAH itu tidak sekufu dengan sesiapa pun” (Al Ikhlas: 1-4).

    Jelas disini bahawa ALLAH yang empunya nama ALLAH itu sendiri menegaskan bahawa nama ALLAH itu adalah nama Tuhan yang Satu. Sedangkan Kristian zaman ini termasuk di Malaysia bercadang menggunakan nama ALLAH dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti; tiga dalam satu: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Qudus! Tidakkah itu terang-terang bercanggah dengan penegasan ALLAH sendiri bahawa apabila menggunakan nama Nya bermakna merujuk kepada Tuhan yang Satu! Dan itulah aqidah umat Islam yang mempertuhankan ALLAH Yang Satu.

    2. Surah Az Zukhruf:86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah penegasan ALLAH bahawa kalau ditanya kepada golongan kafir dan penyembah berhala bahawa siapa yang mencipta mereka, nescaya mereka akan menjawab ALLAH. Kita perlu lihat ayat ini adalah urutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang mana ALLAH mencela perbuatan golongan kafir dan musyrikin yang menyembah selain ALLAH; sebaliknya menyembah patung dan sembahan-sembahan yang lain. Sedangkan bila ditanya apakah yang mencipta mereka itu patung-patung sembahan mereka, nescaya mereka akan kata tidak, sebaliknya ALLAH.

    Maka para ulama menyatakan bahawa perkataan mereka itu yang mengakui ALLAH adalah pencipta bukan Jesus dan lain-lain adalah dalam bentuk ‘rububiyah’. Iaitu mengakui sifat ALLAH sebagai Pencipta. Samalah apabila saintis terkenal Stephen Hawkins bila selesai mengkaji teori ‘Big Bang’ dalam masalah penciptaan dunia, dia menyatakan ada satu kuasa besar yang mencipta bumi ini. Atau apabila mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, bila ditanya macam mana tragedi tanah runtuh di Genting berlaku, dia menyatakan ini “Tuhan Alah punya keleja”. Dan banyak lagi komen sedemikian yang dibuat oleh golongan kafir dan musyrikin. Itu bukan bermakna mereka menerima ALLAH dalam bentuk ‘uluhiyyah’ atau aqidah, tetapi dalam bentuk ‘rububiyah’. Dalam berkata begitupun mereka tetap menyembah patung dan lain-lain.

    Sebaliknya ayat 86-87 Az Zukhruf dan ayat 63 Al Ankabut tidak menyatakan ALLAH membenarkan penggunaan nama ALLAH bagi maksud selain daripada Tuhan Yang Esa, Satu, Wahid!! Malahan tidak ada sebarang nas langsung yang mana ALLAH mahupun Rasulullah membenarkannya. Menyatakan bahawa ALLAH, Al Quran dan Islam menggalakkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH untuk gambaran Tuhan 3 dalam satu adalah suatu putarbelit terhadap ayat Al Quran; ianya suatu provokasi terhadap tunjang aqidah umat Islam bahawa ALLAH itu satu;

    3. Saya berpendapat kenyataan beliau bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang musyrikin Mekah menggunakan perkataan ALLAH perlu difahami dalam konteks bahasa ‘arab dan budaya ‘arab sendiri. Kira perlu faham bahawa dalam bahasa ‘arab, mereka tidak ada gantinama perkataan ‘God” selain ALLAH. Bagi mereka perkataan ALLAH itu sendiri bermakna God. Sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama perkataan God ialah Tuhan; dan nama ALLAH dalam bahasa Melayu tidak bermaksud gantinama God secara umum, tetapi membawa pengertian yang khas-iaitu Tuhan Yang Satu. Oleh itu adalah melanggar tatacara bahasa Melayu sendiri untuk menyamakan perkataan ALLAH sebagai God. Kalau kita melihat kamus Dewan Bahasa, kamus paling authentik dan autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu.

    Malahan kalau kita melihat contohnya The Hutchinson Encyclopedia (muka surat 27), perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, “ALLAH: Islamic name for God”. Begitu juga kalau kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain. Adalah jelas nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam.

    Kalau kita bercadang nak mengheret sejarah dalam isu ini, kita boleh mempertikaikan agama Kristian dan Yahudi itu sendiri dari segi nama ketuhanan mereka. Apa yang jelas, Nabi Isa yang Kristian angkat menjadi anak tuhan bukan orang ‘Arab, sebaliknya dia adalah seorang Yahudi bani Israel berbangsa Hebrew. Sudah tentu nama beliau bukan dalam bahasa ‘arab. Jadi bagaimana pula golongan Kristian boleh mendakwa nama “ALLAH” sebagai tuhan mereka telah diguna sejak awal ujudnya agama Kristian. Sebaliknya nama asal Nabi Isa dalam kitab Hebrew ialah Yehwah. Malah nama “Jesus” sendiri pun adalah sebenarnya ciptaan barat, berasal daripada perkataan Greek kuno “Yeosus” kemudian diubah menjadi “Yesus” dalam Inggeris lama sebelum menjadi Jesus dalam Inggeris moden!!

    Begitu jugalah dengan agama Yahudi atau Judaism. Judaism adalah “the religion of the ancient Hebrews and their descendants the Jews, based, according to the Old Testament, on a covenant between God and Abraham about 2000BC, and the renewal of the covenant with Moses about 1200BC. Judaism is the oldest monotheistic faith, the forebear of Christianity and Islam. It rest on the concept of one eternal invisible God”. Jadi adalah jelas agama asal Yahudi, yang selepas itu diikuti oleh agama Kristian adalah berteraskan kepada kepercayaan Tuhan itu Satu!! Sebab itu setelah kesesatan mereka, mereka masih menerima ALLAH sebagai Maha Pencipta (rububiyah) tetapi menolak ALLAH sebagai Tuhan Yang Satu (uluhiyah).

    Rumusan:

    Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu. Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam. Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat. Malahan sebenarnya muslihat la’nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).

    Apa yang menghairankan saya bagaimana orang terpelajar saperti YB Khalid Samad yang duduk didalam PAS yang memperjuangkan Islam boleh menyokong keputusan Mahkamah ini. Saya diberitahu bahawa pandangan YB Khalid Samad tidak mewakili pandangan PAS sebagai parti. Malahan YB Ust Taib Azzamuddeen, mantan Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, seorang ulama’ yang dihormati lagi disegani telah secara terbuka menegur YB Khalid Samad didalam Parlimen (rujukan boleh dibuat didalam Hansard Parlimen).

    Apakah YB Kahlid Samad selepas ini redho kalau segala gurdwara, gereja dan lain-lain rumah peribadatan bukan Islam mempamerkan perkataan ALLAH di rumah ‘ibadat mereka. Apakah beliau redho Kristian mencatat perkataan ALLAH disalib mereka. Apakah beliau redho golongan punjabi mengukir nama ALLAH diatas gurdwara mereka. Kalau itu berlaku saya akan persalahkan YB Khalid Samad.

    Reply

  12. 12 yahya Jan 7th, 2010 at 2:56 pm

    kalau mahu orang kristian kat malaysia nak terjemah God ke bahasa melayu gunalah tuhan. Apa payah sangat ni dan sibuk sangat nak pakai Allah…..

    Reply

    hidup Reply:

    yahya paling bijak. tak perlu panjang-panjang untuk komen benda yang amat mudah…. Katanya`kalau mahu orang kristian kat malaysia nak terjemah God ke bahasa melayu gunalah tuhan. Apa payah sangat ni dan sibuk sangat nak pakai Allah…..’. Nama yang Satu bukan untuk di cetak dan kemudian dibuang ke tong sampah atau penyapu sisa kotoran. Hayatilah kebesaran satu nama yang kita permudahkan. Andainya kita makhluk agung dianugerah Allah yang mampu menentukan hidup semua manusia di dunia, mampu menentukan hidup mati semua makhluk, yang menentukan qadha setiap makhluk, yang menetapkan setiap degup jantung insan, adakah kita akan biarkan nama kita yang agung dipergunakan oleh manusia dibawah takluk kita di tempat yang kita tidak sukai sedangkan kita menguasai mereka thousand persen?? Bayangkan, usah debatkan

    Reply

  13. 13 basha Jan 7th, 2010 at 3:12 pm

    DSAI had gone so low to get support from the people.
    Typical of him to maneuver every issues to his advantage. Bravo!

    Reply

  14. 14 Nadzrin Ibrahim Jan 7th, 2010 at 3:32 pm

    Apa pendapat Pak Sheikh? Kira2 Pak Sheikh tak membantah perkataan Allah digunakan oleh org kristian. Pak Sheikh hanya memaparkan pendapat dan pandangan org lain.

    Lepas ni org kristian boleh kata pada org islam, tuhan kami dan tuhan kamu sama aje. Kita sama2 sembah Allah. Jadi apa masalahnya kalau kamu masuk agama kristian?

    Biasanya org islam letak sticker kat kereta dan dalm rumah frame “Allah” & “Mohammad”. Bagaimana kalau lepas ni org kristian letak “Jesus” & “Allah”.

    Lepas ni apakah yang akan diminta oleh org kristian? Apakah agenda mereka?

    Reply

    sabahan Reply:

    saya setuju dengan anda,,,apa kata mereka…cuma yg penting kita mempunyai pegangan masing2 dan tidak muda terpengaruh…ruang untuk berbincang masih ada, tak perlu demo…pandangan ketua pemuda Nassruddin di selangor jauh lebih matang berbanding pemimpin lain…demo buat apa tak boleh selesaikan masalah…perbincangan adalah jalan yg terbaik ( duduk semeja dgn semua pihak yg terlibat )

    Reply

  15. 15 mohamad Jan 7th, 2010 at 4:58 pm

    salam. anda semua kurang bijak dan bernas berhujah, tolonglah kembali kepada umno ku sayang. sudah banyak hujah daku kemukakan diatas, tidak masuk akal kamu semua kah? masuk angin keluar asap?ALLAH tuhan aku saja orang umno…harap maklum. sekian.terima kasih

    Reply

  16. 16 mohamad Jan 7th, 2010 at 5:14 pm

    salam, anda semua kurang cerdik, orang UMNO macam aku terlebih cerdik dan cared about you..tolonglah, jangan lawan lagi, bagi la peluang ku dan UMNO ku sayang mentekedarah lagi penat lelah kamu, harta benda kamu (anak perempuan kamu dan isteri kamu pun boleh jika kamu relakan).
    sekian, terima kasih.

    Reply

  17. 17 suri Jan 7th, 2010 at 6:44 pm

    si mohamad ni mahu lagi menyibuk di sini…blah lah kau bayau!!!!!

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada Saudari Suri, itu bukan saya, itu penyamar dari geng Pakatan Rakyat sendiri yang mahu merosakkan nama saya. Lihatlah tulisannya beliau apakah seperti tulisan saya? Semoga anda boleh lihat dengan jelas sikap Pakatan Rakyat selama ini. Lihatlah sampai sanggup main kotor sebegini, mencemarkan nama orang lain pula. Kalau gelabah sangat pun kerana kebenaran telah terbongkar, janganlah bersikap seperti En. mohamad palsu ini. Kepada En. mohamad palsu, selama ini saya tidak kisah saya dihentam dalam blog ini, kerana orang yang menghentam saya itu, paling kurang tidak bersikap menipu seperti anda ini, ingatlah, nanti apa anda akan jawab di alam barzah nanti berkenaan kelakuan anda ini, dan bila saya tuntut di akhirat nanti berkenaan sikap anda ini, bagaimana anda nak lunaskan pada saya? Saya memang rasa terkilan dengan anda ini, dan saya hanya akan maafkan anda jika anda mendedahkan siapakah diri anda dan mengapakah anda mahu menggunakan nama saya untuk tujuan yang tidak elok. Selagi anda tidak berbuat demikian, setiap kelakuan anda yang mencemarkan nama saya itu, saya tidak akan maafkan dan tunggulah pengadilan di hari pengadilan agung nanti. Sekian, terima kasih.

    Reply

  18. 18 bersedia/// Jan 8th, 2010 at 10:20 am

    orang islam di malaysia mesti dan mesti buka mata dalam bab isu nama Allah ini….tak kira parti politik cap apa pun…mesti pertahankan….awasi mainan orang luar…bertindak jika perlu…

    Reply

  19. 19 orang luar Jan 8th, 2010 at 10:58 am

    Saya setuju dengan pendapat saudara Ali dari Singapura dan jimidadone.
    Kalau dilihat kekalutan mengenai penggunaan nama Allah yang digunakan oleh penganut-penganut agama lain, seolah-olah Mahkamah di negara ini tidak dihormati.
    Dalam isu ini, kita perlu akur bahawa negara ada undang-undangnya dan ada mahkamahnya sendiri. Mahkamah perlu buat keputusan ( kalah menang )Memang kita tahu bahawa keputusan yang tidak memihak kepada kita, akan menyebabkan kita rasa “tidak puas hati”. Tapi keputusan perlu dibuat.
    Kalau kita tidak mahu menghormati keputusan Mahkamah, lebih baik dalam Malaysia ini tidak perlu ada Mahkamah. Siapa kuat menang. Buatlah sesuka hati. Bersoraklah, berhimpunlah, merusuhlah atau membunuhlah kalau itu kehendak ajaran agama dari Allah.
    Hai..manusia…manusia, tahukah kita bahawa kunci masuk sorga hanya ada pada Allah sendiri.Tak perlu kita menegakkan kebenaran sendiri. Kalau Allah berkenaan dengan kamu,maka kamu masuk sorga kalau tidak sebaliknya. Tidak ada paksaan dalam memilih agama.
    Jelas sekali orang Islam ( tidak semua ) di Malaysia ini tidak mahu setaraf dengan kaum lain atau agama lain. Walaupun secara terang-terangan mereka tidak menyebut dengan mulut bahawa mereka menganggap ( dalam ati ) orang bukan Islam adalah “Kelas Bawahan”. Ini akan menyebabkan orang Islam di Malaysia ( segelintir ) akan menjadi angkuh dan bongkakn dan memandang rendah terhadap kaum-kaum dan agama-agama lain. Kalau diselami maksud tersirat, mereka beranggapan bahawa apabila orang bukan Islam meninggal dunia, sudah pasti yang meninggal dunia itu ( rohnya ) masuk Neraka. Aduh… pandai..pandai.
    Jangan terlalu sensitif. Pegang kepada kepercayaan kita masing-masing. Cari kebenaran dan tafsiran yang sahih. Kepintaran dan kepandaian telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia. Gunakan semua itu. Selidiki agama-agama lain. Jangan asyik memperlekehkan agama-agama lain. Allah akan membuka jalan kebenaran untuk kita manusia yang bersungguh mencarinya.
    Bagi yang pakar dalam Al Quran sila baca dan tafsir ayat-ayat ini dengan bijaksana
    1. Al Quran 46 Al Haqaaf 9
    2. Hadists Sahih Bukhari-1090
    3. Aali’ Imraan 45-surat 3
    4. Al Quran -surat 4:159
    5. Al Quran- surat 3 : 45
    6. Al Quran- surat 61 :43

    Wasalam.
    Dari Sarawak.

    Reply

  20. 20 Hadi Jan 8th, 2010 at 11:43 am

    Insan tidak sepatutnya disekat dari menyembah Allah. Begitu juga non-muslim christian; mereka boleh menyembah Allah. Cuma yg membezakan muslim dan non muslim adalah; kita tidak mempersekutukan Allah dengan suatu apa pun manakala christian mempercayai bahawa ada tuhan selain Allah yang berhak disembah i.e. Isa dan ruhul qudus. Yg menjadi kesalahan di sisi insan Muslim adalah part di mana tuhan dipersekutukan dengan yang lain, bukan part di mana mereka menyembah Allah. Saya suka mencadangkan agar tindakan susulan daripada isu ini yakni;

    1) Membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian dengan syarat-syarat yang dikira bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia i.e. termasuk tidak boleh menerbitkan apa-apa risalah bertujuan mengelirukan umat Islam di Malaysia dan memelihara akidah mereka

    2) Memantapkan usaha pemurnian akidah di kalangan umat Islam agar kembali memahami asas tauhid. Mungkin DSAI boleh membuat usul di Parlimen meminta peruntukan khusus bagi tujuan ini di dalam Usul Perbekalan (Tambahan) April ini. Ini bagi memberikan kefahaman sejelas-jelasnya kepada masyarakat Islam mengenai Islam itu adalah agama tauhid “tiada tuhan berhak disembah melainkan Allah” bukan belajar “tuhan ada lawan tiada, dengar lawan pekak, lihat lawan buta etc”.

    Reply

  21. 21 jagungmentah Jan 8th, 2010 at 12:49 pm

    oooo cmtue…ALLAH ISLAM ngn ALLAH KRISTIAN sama ye…sama2 sembah tuhan yg sama..so boleh lah kte jd ISLAM atau KRISTIAN kn?DSAI tukar KRISTIAN dulu nnt kitorang follow…hidup DSAI!!!

    Reply

  22. 22 Orang Miskin Jan 8th, 2010 at 1:56 pm

    Patutnya isu ni tidak dipolitikkan. Memanglah Arab Kristian guna perkataan ALLAH. But this is not common, maksudnya ia bukan kebiasaan. Dan kenapa tak guna perkataan Tuhan saja? Janganlah kita buatkan orang Islam di Malaysia marah pasal isu ini….Hakim sepatutnya juga ambil kira kepentingan awam, majoriti orang di Malaysia ialah umat Islam. sepatutnya buat ruling yang tidak memberi kesan kepada sensitiviti umat Islam, kalau belajar tinggi-tinggi pun tak ada common sense, nak buat macam mana. Dan kepada golongan Islam yang menyokong penggunaan perkataan ALLAH dikalangan bukan Islam, janganlah terbuka sangat sampai korang tak faham dan tak hormat agama Islam sendiri, toleransi ada batasnya tapi nampaknya kebodohan korang tak ada batasnya….insaflah…

    Reply

  23. 23 bangar Jan 8th, 2010 at 2:04 pm

    Merujuk kepada situasi di Sabah yang sudah lama mneggunakan perkataan ALLAH.. Saya rasa tiada apa2 masalah.. malahan semakin ramai orang2 sabah yang telah memeluk agama Islam.. Perkataan2 ALLAH yang terdapat di gereja2 tidak pun memesongkan akidah orang islam di Sabah.. Ramai orang2 Islam di Sabah yang bersekolah di sekolah mubalig kristian di Sabah.. Tetapi sehingga sekarang mereka masih Islam.. Malahan merekalah yang berdakwah di kalangan sahabat2 mereka.. Tapi mungkin situasi ini diperbesar2 oleh pihak berkepentingan.. Dan biasalah kita manusia yang kerdil ini sentiasa akan termasuk di dalam jerat pihak2 tertentu untuk mencapai agenda mereka.. Sama ada kristian dibenarkan atau tidak menggunakan perkataan ALLAH, hanya umat yang beriman sahaja yang akan dirahmati Allah.

    Reply

    Orang Miskin Reply:

    sabah dan sarawak lain lah, janganlah compare kat sana…orang Islam kat sana tak ramai, gereja-gereja melebihi surau dan masjid…dan yang islam tu, islam yang macam mana? faham-faham ajelah…

    Reply

    bangar Reply:

    oh ye.. orang Islam di Sabah ni mcm mana pulak yer.. hehe… tak sama ker islam malaya dengan islam sabah. he

    Reply

    Mohamad Reply:

    Di Sabah, lebih dari separuh penduduknya Islam jika dicampurkan dengan penduduk warga asing, kalau tidak silap lebih 60% adalah Islam mengikut perangkaan. Malahan di kalangan orang Dusun pun ramai yang menganut Islam seperti di Ranau, Keningau dan Tambunan, malah di daerah lain pun sama, selain Dusun, orang Kadazan, dan Murut juga ada yang menganut Islam. Jadi kenyataan En. Orang Miskin boleh dipertikaikan, anda boleh semak dengan jabatan perangkaan kalau tak puas hati. Selama ini hubungan baik antara orang Islam dan bukan Islam samada Kristian, Buddha, Kepercayaan Nenek Moyang dan lain-lain adalah harmoni di Sabah dan sekarang ini pun masih harmoni, jangan terpengaruh dengan sesetengah pihak yang mahu memperalatkan rakyat demi kepentingan politik mereka hinggakan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini musnah. Ingatlah bersatu teguh bercerai roboh. Meskipun berbeza agama dan kaum sikap hormat menghormati adalah penting, sebagai mana dalam surah Al-Kafirun yang menyebut”Bagiku agamaku dan bagimu agamamu” ini jelas menunjukkan bahawa Islam melarang kita menghina orang lain atas dasar perbezaan agama dan bangsa. Ingatlah bahawa orang Asia mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, maka pertahankanlah nilai-nilai ini meskipun kita berbeza agama dan budaya. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Di Sarawak pula 30% penduduknya adalah Islam, 40% Kristian dan selebihnya lain-lain, tetapi keadaan di sana juga harmoni, harapnya janganlah ketegangan di Semenanjung terbawa-bawa sampai ke sini pula, sekian, terima kasih.

    Reply

  24. 24 pemerhati Jan 8th, 2010 at 3:46 pm

    RAYUAN KEPADA DSAI.

    Diharap DSAI dapat memadamkan isu “penggunaan perkataan ALLAH” kerana ianya lebih memburukkan keadaan. Kes Sedang dibicarakan. Diharap semua dapat bertenang (walaupun kadang2 saya pun nak marah). Tunggu keputusan Mahkamah. Jgn mencurah minyak kepada percikan api yang akan menjahanamkan negara ini. Harap DSAI pertimbangkan..terima kasih…

    Reply

  25. 25 zul Jan 8th, 2010 at 11:35 pm

    Salam…Ini lah cara orang MALAYSIA membuat demo pasal isu ni tanpa pikir panjang, tak penah nak kaji sejarah melain kan buat demonstrasi GANAS sampai tak boleh nak terima pendapat orang lain, mereka ingat mereka ni je yang betul sampai kan imej islam pada hari ni nampak ganas di mata orang bukan islam..tak penah belajar cara kristian berdakwah…ESPECIALLY komen MOHAMAD tu..mcm nampak cara dia berpikir je yang betul. jangan di akhirat nanti kau pulak yang terpaksa menjawab nanti! cara bercakap tak melambangkan islam yng tulen..kalau tk pakai nama Allah sekalipun pun sekarang ni byk yg dah murtad sebab cara org islam SKRG NI YG MENGAKU ISLAM TAPI…ganas!

    Reply

  26. 26 langak Jan 9th, 2010 at 12:06 am

    buat apa nak berisu-isu ni…menambahkan dosa jer….hilang sabar,benci, marah, saling memperkatakan tentang agama…hak memasinglah nak agama apa..bukan kita yg menilai hidup….agama masing2 mengajar ke arah kebaikan…bukan nak mempertikaikan isu hak itu hak ini…..so tugas manusia…ikut ajaran seperti mana ajaran pada agama masing2…..tak perlu lah nak memahami agama org lain.buat apa nak campur hal agama org lain….yg penting paham dengan agama sendiri dan mengikut ajaran agama sendiri..dalam AL Quran atau bible tak ada ayat yang menyuruh manusia menghalang, mempertikaikan atau yg sewaktu dengannya yg mana melibatkan agama lain….apa yang diajarkan agama yang dianuti masing2 ikut sajalah ajarannya…..kan senang….

    Reply

  27. 27 Pauline Jan 9th, 2010 at 2:05 pm

    Kenapa masih ada lagi di kalangan umat islam masih memberontak untuk perkataan allah tidak boleh digunakan oleh orang-orang kristian di negara ini? Tolonglah saya dah biasa di sabah tiap-tiap hari menggunakan perkataan ini bahkan sejak saya kecil lagi. Takpelah apa saja mereka buat yang akan menbalasnya hanya Allah di surga.amin

    Reply

  28. 28 Pauline Jan 9th, 2010 at 5:00 pm

    Hai kenapala isu ini makit hangat lah… Dah Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ ikut jelah. Apa lagi mau bising-bising ni!

    Reply

  29. 29 Ooooleeeyyy Jan 10th, 2010 at 11:59 am

    saya antara penyokong dato seri dan sering setuju dengan sgala kenyataan dato seri kerana setiap kenyataan dato disertakan bersama hujah yg bernas dan berilmu,sukar org yg kurang berpelajaran seperti saya utk menolak atau menidakkannya.namun,kenyataan dato yg menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama kristian di dlm mjalah mereka amat mengecewakan saya.
    jika tidak menjadi keberatan kepada dato saya ingin mendapatkn penjelasan mengenai pendirian dato adakah sokongan dato ini adalah bersifat politk?
    melalui ilmu saya yg tidak seberapa ini agama samawi boleh menggunakan kalimah Allah sebagai kata nama bagi tuhan mereka kerana ajaran-ajaran agama mereka itu diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada rasul-rasul pilihan utk menyampaikan kebenaran kepada umat-umat terdahulu.malah di turunkan juga kitab-kitab sebagai panduan mereka,dan Al-Quran sebagai kitab terakhir yg diturunkan kepada jujungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai pelengkap kepda kitab-kitab terdahulu.
    kita tahu agama kristian adalah berasaskan kepada kitab injil,itu adalah kitab yg diturunkan oleh Allh s.w.t.namun adakah agama kristian pada masa kini mengikuti sebenar-benar segala ajaran yg diwahyukan oleh Allah s.w.t didalam kitab injil?kita tahu kitab suci mereka adalah kitab bible dan apakah kita pasti tiada penyelewengan atau ubahsuai kendungan kitab itu dengan injil?namun kita sudah sedia maklum terlalu banyak perbezaan antara bible dengan injil.sehingga kita haram untuk membuat anggapan bahawa injil itu adalh bible dan bible itu adalah injil.jika benar agama kristian mengikuti segala ajaran yg terkandungan didalam kitab injil tanpa sedikit pun diubah,ditambah atau dikurangkan kita sedia memberi mereka hak juga menggunakan kalimah Allah tetapi jika berlaku penyelewengan terhadap ajaran mereka saya harap tuntutan itu ditentang habis-habisan.bagaimana kita mengiktiraf agama dan pengikut kristian itu ahli kitab jika mereka tidak mengikuti kitab yg diturunkan oleh Allh s.w.t?malah mereka sendiri mempunyai kitab tersendiri mengikut keprcayaan sendiri yg tiada kaitan sdikit pun dengan keEsaan Allah s.w.t,bagaima pula mereka ingin menuntut pengunaan kalimah Allh sedangkan mereka mempercayai tuhan selain Allah s.w.t dan kita sebagai umat islam menyokong pula tuntutan mereka,ini adalah pekara diluar jangkaan…

    Reply

  30. 30 ANDREW Jan 13th, 2010 at 4:41 pm

    Saya setuju dengan penjelasan DSAI, dialog adalah cara yang terbaik sekali. Gereja orang Kristian dibakar tidak akan dapat settle masalah yang sedang berlaku. Orang Kristian memang kuat dan tabah serta sabar dalam dugaan ini, dan tidak berbalas terhadap apa yang berlaku. Walaupun nanti perkataan “Allah” tidak boleh dipakai, saya percaya 100% penganaut Kristian akan tetap menggunakan khasnya Sabah & Sarawak.Walaupun dilarang dalam penerbitan, tetapi ajaran dalam ajaran lisannya dan sekolah mission akan tetap menggunakan Allah.Cuba anda fikirkan siapa yang boleh halang seseorang dari bercakap tentang “Allah”?. Saya rasakan isu yang melarang orang Kristian menggunakan perkataan adalah suata isu yang sia-sia.Dalam dunya moden ini banyak alternatif lain yang boleh digunakan walaupun dalam bentuk penerbitan seperti majalah dilarang. Adakah KDN akan menempatkan kakitangannya di setiap gereja diseluruh negara hanya kerana orang menyebut perkataan “Allah”? Tentu sekali ini suatu tindakan yang pelik.Adakah pihak berwajib menyuruh seluruh orang Kristian di Malaysia menyerahkan AlKitab kerana ayatnya terdapat perkataan “Allah”? Tentu sekali tidak. Sekalipun penerbitan dilarang, tetapi kemudahan seperti Laptop akan menjadi alternatif. INGAT !! jangan fikir larangan itu mudah.

    Reply

  31. 31 sarawak born Jan 15th, 2010 at 8:17 am

    sesungguhnya di sarawak isu ini tidak menjadi bahan hangat yg dibicarakan dimana-mana. Sarawak aman dan damai walaupun di semenanjung isu ni bagaikan bunga api memercik di malam kemerdekaan. Bagi kami di sarawak keaman tetap terjaga n berharmoni. Ramai kanak-kanak islam bersekolah di sekolah2 mubaligh contohnya st joseph..st columba…st mary tetapi keislaman mereka tetap masih ada. Malah pepaduan kami masing2 masih jelas terpelihara. Kami mohon agar isu ini tidak menular ke tempat kami kerana kami semua bahagia pada keadaan dan situasi yang aman dami seperti ini. Sesungguhnya …. kami di sarawak masih hidup aman dan damai malah tempat beribadat kami masih boleh didirikan sebelah menyebelah. Tiada isu itu gereja kamu ini masjid saya di sarawak.. tolonglah hentikan semua ini…. kami di sarawak antara negeri yg aman dan damai ….

    Reply

  32. 32 genz commando Jan 21st, 2010 at 8:44 pm

    “ALLAH” kepada ahli sunnah waljamaah adalah ESA, tiada beranak dan tiada diperanakan dan tiada sekutu bagiNYA
    “ALLAH” kepada wahabi adalah sifatnya berTangan, berKaki, berTempat, berGerak dari Atas keBawah bersifat yang bole memberi sifat dan gambaran berjisim (bersfat makluk)
    “ALLAH” kepada kristian adalah sifatnya beranak lagi diperanakkan,paderinya bole mengambil sifat ketuhanan mengampunkan dosa dan menjatuh HUKUM2 utk umat mereka.

    Maka Allah yang sebenar dengan keEsaan dan keMuliaanNya adalah tidak layak kepada mereka2 yang akan menkufurkan keESAanNya, amat berdosa mereka yang mengizinkan Allah diKUFURkan, dipergunakkan dengan sokongan padu dan perjuangannya bersama golongan yang sesat jalannya.
    KUFURlah mereka yang sanggup menjadi Allah mewakili sifat2 yang tidak layak bagiNya. . SAY NO to PAS and PKR for the issue of “Kalimah ALLAH”

    Reply

  33. 33 bob Feb 12th, 2010 at 10:53 am

    “ALLAH” kepada kristian adalah sifatnya beranak lagi diperanakkan,paderinya bole mengambil sifat ketuhanan mengampunkan dosa dan menjatuh HUKUM2 utk umat mereka.”

    Wahai Genz Comandor,
    Pandangan mu ini salah belaka, engkau mengufuri allah mu yang engkau katakan itu dengan kata-kata dusta ini… Tak tahu-menahu dengan agama kristian baik jangan hukum dengan pandangan mu yang kolot itu…

    Nak tahu tentang agama kristian bacalah alkitab…. semoga ALLAH mengampuni engkau, dan memberkati engkau agar engkau dapat mencari ALLAH yang sebenar… salam damai…

    Reply

  34. 34 Zammer Apr 19th, 2010 at 5:10 pm

    Kpd kafir..boleh guna nama Allah dgn syarat HANYA SBGAI S.E.B.U.T.A.N di bibir..tak lebih dari itu..
    Kerana maksud hakiki Allah pd mereka sgt menyeleweng dan sesat.
    Akibat nya juga adalah buruk kepada umat Islam sendiri yg kurang pengetahuan agama.

    Persoalan yg perlu kita sndiri jawab:

    1) Adakah kita benarkan kesesatan berlaku di bumi Malaysia ini?
    2) Apakah akibat jangka panjang kp kita jika kita benarkan penggunaan nama ALlah oleh kafir?
    3) Adakah kita mengambil berat saudara2 kita yg termurtad kerana mnjadi mangsa dakyah “Allah milik kristian” mereka?
    4) Adakah wujud “Allah Islam” dan “Allah Kristian”?

    Bnyk hujah yg boleh diberikan oleh saudara3 kita sndiri yg menyokong penggunaan nama Allah oleh kafir tetapi ada juga hujah yg menolak penggunaan nama Allah oleh kafir.
    Kenapa tak gunakan hujah itu?

    Jgn nnt “Menang sorak (hujah) tetapi kampung (akidah sendiri) tergadai”..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention ISNA Sokong Keputusan Awal Mahkamah Tinggi Membenarkan Penggunaan Kalimah ‘ALLAH’ at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 6th, 2010 at 6:05 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031