05
Jan
10

PAS: Allah Can Be Used By Non-Muslims But Do Not Abuse

From Harakah Daily

After a special meeting to discuss a recent controversial court ruling, PAS has decided to reiterate its stand that the use of the word Allah by Christians was not against Islam and in accordance with the federal constitution which guarantees religious freedom.

“As a responsible Islamic body, PAS is ready to explain this issue to all parties in order to ensure a harmonious environment that is based on the principles of fairness such as is guaranteed in the constitution and by Islam itself,” PAS president Abdul Hadi Awang said in a statement issued after a three-hour long discussion.

He also called on all parties not to politicise the matter as this could threaten the peace among the different religious groups in the country.

“We would like to state that based on Islamic principles, the use of the word Allah by the people of the Abrahamic faiths such as Christianity and Judaism, is acceptable,” Hadi said. “PAS strongly objects to any aggressive and provocative approach that can lead to tension in society.”

He was referring to the emotional outbursts from some Umno-back NGOs, who have threatened to hold mass demonstrations at mosques throughout the country if a recent landmark court decision was not reversed. A slew of Umno leaders including Jerlun MP Mukhriz Mahathir, Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil and former Selangor mentri besar Khir Toyo have led the storm of protests, condemning the ruling as an ominous development for Muslims and Malays.

But do not misuse or abuse

In a bid to appease these groups, Prime Minister Najib Razak has promised to appeal last week’s High Court decision overturning a Home Ministry’s ban on a Chistrian magazine the Herald – to use Allah to describe God in its Malay language section. The appeal was filed on Monday.

On Sunday, PAS spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat had told reporters that the word Allah was not exclusive to Muslims and it was acceptable for non-Muslims to say and use it. However, he was worried there might be abuse in its usage and invited Christian leaders to a meeting to sort out these concerns.

Hadi again stressed the usage of Allah must not be misused or abused or it will affect racial and religious harmony in the country.

Also present at Monday’s meeting of the political bureau, which was also attended by central committee members, were deputy president Nasharudin Mat Isa, vice presidents Salahudin Ayub and Tuan Ibrahim Tuan Man, secretary-general Mustafa Ali and head of women’s wingUstazah Nuridah Salleh.


47 Responses to “PAS: Allah Can Be Used By Non-Muslims But Do Not Abuse”


  1. 1 Din Jan 5th, 2010 at 11:34 am

    Allah is the name of God in Islam.The shahadah will be invalid if the word “allah” is taken out.Is the bible mention a single word of Allah ? NO…Allah is not mention in the bible.Allah is a name not a noun.There is no way the christian can claim that Jesus is Allah.

    Reply

    abu sayab Reply:

    Tuhan = God
    What is the Malay word for Allah??

    Reply

  2. 2 Isaac Jan 5th, 2010 at 11:55 am

    Allah can be used by Abrahamaic faiths as stated in Quran but only if tehse Abrahamaic faiths worships ONE TRUE GOD – Allah.

    The Christians of today, especially the Catholics do not worship ONE TRUE GOD anymore.. they worship the Trinity… Jesus, Son of God, God and Holy Ghost.

    This is clearly an abuse.

    Therefore… what PAS saying is superfluous as THERE WILL BE ABUSE because of the fact stated above.

    How do you reconcile this?

    Reply

  3. 3 Juan Hardiez Jan 5th, 2010 at 11:58 am

    Daripada kita risau orang kristian ini akan menyalahgunakan perkataan Allah didalam terbitan mereka, lebih baik kita usahakan agar mahkamah menarik balik keputusan itu. Apabila tak boleh guna, tak perlu risau mereka akan menyalahguna. Tak perlu kita semua pening-pening macam mana nak elak mereka daripada menyalahguna.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    yang peningnya sebab bila kes kes tertentu boleh plak dorang selesaikan.bila bab ni dorang yg pening..nak dibatalkan keputusan mahkamah tu takut plak pengundi bangsa lain lari.

    Reply

    Lembing tumpul Reply:

    Yang salahnya kenapa ketua hakim memilih hakim bangsa cina utk mengendalikan kes sebegini,apa dah tak ada hakim berbangsa melayu (islam) lagikah,inilah kesilapan kita jua,cerita ini akan memberi kesan terhadap peningkatan undi nanti…..

    Reply

    Mohamad Reply:

    Antara kuasa politik dan akidah anak bangsa seagama, mana lebih penting Haji? Jangan terlalu berpolitik, tapi jadi macam pak kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Sekian, terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    maaf la kerana mengunakan bahasa yg kasar..sebab itu la orang2 dalam blog ni mengatakan simamat ni bodoh la..dunggu la..bahalol la..tapi bagi saya simamat ni bodoh nak mampus..(rasanya ini ayat yg sesuai bagi orang yg jiwa kacau)..yg puak2 awak tu mengamuk tak tentu pasal kenapa..kata pemimpin awak tu bagus sangat,membela bangsa la..juara rakyat la..tapi bodoh nak mampus macam simamat tu gak.dah tau isu ni sensitif,kalau jadi perkara yg tak baik macamana..rusuhan ke..beperang ke..salah siapa.kenapa tak halang pencacai2 ni semua dari buat demo.bukan kah ini provokasi dengan penganut kristian..bila berlaku kejadian bakar gereja,keluar kenyataan mengutuk keganasan…cakap ape ni..bebelit belit.sepatutnya suruh rakyat bertenang,bukannya galakan demo..pastu bawak berbincang..lagi pun bukankah kes ni dah dibawa kemakamah,tunggu la keputusan..siapa yg mempolitik kan isu ni sekarang..umnu kan..lepas gereja terbakar,ada plak orang gila mana pegi bakar masjid…apa dah jadi..huruhara la jawabnya..bersorak sorak buat demo(malangnya tiada sambutan kerana tidak dibayar),negara pun kucarkacir,baru la betul menang sorak kampung tergadai..jangan la totok sangat nak membela umnu ni,kalau awak tu setakat pencacai je.

    Mohamad Reply:

    Kamu ingat perkara ini senangkah, ia melibatkan sensitiviti kaum, kalau sesama kawan-kawan yang berkelahi pun kita tak boleh nak hentam dan sokong terang-terangan mana-mana pihak, apatah lagi berkaitan dengan agama yang mana berjuta dan beratus ribu pengikut. Kerajaan bukan macam Pakatan Rakyat yang suka ambil mudah semua hal di mana mereka suka buat masalah, bila dah tak terkawal, kerajaan juga yang kena susah payah selesaikan, tapi pihak yang tak bertanggungjawab mencetuskan masalah berkenaan cuci tangan dan pura-pura baik pula. Jangan jadi macam Pak Kaduk menang sorak, kampung tergadai. Takkan anda nak tunggu sampai bertumbuk dan berbunuh di sana sini baru anda nak puas hati, hati-hati sikit bila keluarkan kenyataan, jangan sebelah pihak tak puas hati dan sebelah pihak lagi sakit hati, sepatutnya ketengangan diredakan dan dikendurkan bukan menambah tegang sampai putus. Sekian, terima kasih.

    Reply

    BUYI Reply:

    Askm Mohamad,

    Nampaknye ko ni mmg teror, asyik kerje petah pendapat orang je. So skg aku kasi ko 24 jam untuk ko pikir cara sesuai untuk keluar dari kemelut ni.

    Skg kes dah masuk mahkamah, apa yg patut kita buat skg? bagi idea sikit?

    Mohamad Reply:

    Caranya En. Buyi ialah jangan marakkan api kemarahan dan kegelisahan di kalangan pihak-pihak terbabit lagi, ini kerana kalau tidak heboh sangat, benda ini akan terdiam dengan sendirinya nanti. Kalau terlalu gatal mulut nak komen itu dan ini tanpa mempedulikan perasaan orang lain, inilah jadinya, sampai rosakkan rumah ibadat orang lain pula. Saya sebelum ini pun sudah beri nasihat jangan keterlaluan sangat sampai jadi macam Pak Kaduk dan Lebai Malang, tapi anda semua Pakatan Rakyat kepala batu, degil tak nak dengar nasihat, tapi bila masalah makin celaru dan membimbangkan, mulalah anda nak tuduh UMNO dan Barisan Nasional pula, tapi anda kena sedar, kalau dari pimpinan anda sendiri dan kenyataan dari penyokong setia anda yang tidak mengapi-apikan hal ini, ia tidak akan seteruk ini. Ini kerana kerajaan pusat dari awal lagi telah berusaha menenangkan keadaan, tetapi di pihak Pakatan Rakyat, isu ini telah digunakan untuk kepentingan politik tanpa mempedulikan kepentingan umum. Jadi untuk mengatasi masalah ini, bila penghakiman nanti, hakim perlu melihat semua benda sebelum buat keputusan, jangan logik sahaja, sebab semua benda tak boleh ikut logik. Tapi buat masa ini, isu ini perlu didiamkan supaya ia makin reda dan tidak diingatkan orang sangat. Sekian, terima kasih.

    tok kedehud Reply:

    Apalah kartun sangan orang malaysia ni nama allah ada 99 wajib tahu dan ada lebih dari 99 nama allah yang kita tak tahu!! jadi kalau depa guna salah satu dari 99 naman kita pun tak tahu “allah itu ujud “ada”, yang kasi kita pening adalah UMNO depa kasi angkat isu ini supaya depa diangap hero Ugama depa kononya bermatian untuk pertahankan isu ini, depa berdepan dengan kebinbangan ayat keramat PAS “PAS FOR ALL” “Islam untuk semua” jadi UMNO binbang orang bukan islam sokong PAS!! bila orang bukan islam sokong PAS !! alamat UMNO akan kojol!! bukan kajol!!bollywood.

    Reply

    izzy Reply:

    Kalau dah yang lain tak ingat dan yang di ingat dipertahankan tak boleh ke?Pas sokong penggunaan nama nie,mesti sebab nak tarik undi orang kristian sesat.

    Reply

    C3 Reply:

    Memang betul, usaha memohon mahkamah menarik balik pengunaan Allah dalam edaran mereka… tetapi pengunaan di Gereja dan kutbah mereka bagaimana…??? Hanyut lagi la remaja2 islam Malaysia nie… Kita berada diambang kiamat… Ini lah hasilnya pemerintahan tidak bertunjang kan Al-Quran dan Hadis…

    Cuba bayang kan anak2 kita yang berusia 7 tahun kesekolah… dan duduk bersebelahan dengan anak anutan Kristen… Lalu anak Krinten itu mengucapkan Bismillah sebelum makan… Apakah yang akan bermain difikiran anak kita nanti… Renung2kan lah… ini lah yang dikatakan 1Malaysia…. ini kah yang kita mahu…

    Ayuh… bangun lah duhai saudara2ku… Ya ALLAH tetapkan lah Iman didalam jiwa kami dan seluruh umat Islam lelaki dan perempuan…

    Reply

  4. 4 zik Jan 5th, 2010 at 2:33 pm

    Allah
    JAN 5 — Satu ketika dahulu semasa saya masih lagi di bangku sekolah rendah, dalam kelas Pendidikan Islam, ustazah sering menyuruh kami sekelas berzikir 99 nama-nama Allah yang juga dikenali sebagai Asma ul Husna.

    Secara kebetulan pada ketika itu jika menonton televisyen, sebelum masuk waktu Maghrib, zikir Asma ul Husna seringkali dimainkan. Rasa tenang jiwa apabila mendengarkan zikir 99 nama-nama Allah tersebut.

    Tidak tahu pula sama ada masih ada zikir Asma ul Husna dimainkan di televisyen sebelum waktu Maghrib masakini oleh kerana saya sendiri sudah lama tak menonton televisyen.

    Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mengenepikan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan “Allah” oleh akhbar “The Herald” terbitan gereja Katolik.

    Keputusan ini mengundang pelbagai reaksi. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Noordin mengumpamakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu seperti kes Natrah yang berlaku pada tahun 1950an dulu.

    “Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana Mahkamah penjajah Inggeris dimana Hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun”. (zul4kulim.blogspot.com)

    Ketua Pembangkang negeri Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sebagai padah akibat daripada perpecahan orang-orang Melayu dari segi politik. Malahan Dr Khir turut menggangap keputusan mahkamah tersebut sebagai mengenepikan hak agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

    “Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwah Kristian di negara ini menggunakan nama Allah sebagai terjemahan daripada ‘God’ dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka sangat menyedihkan dan pada hemat saya mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

    “Sungguhpun masih ada ruang rayuan, namun keputusan ini menunjukkan satu isyarat kepada orang Melayu dan Islam bahawa segala status quo orang Melayu dan agama Islam di negara ini boleh berubah pada bila-bila masa bila ada orang Islam sendiri menjadi pengkhianat dan menyokong kumpulan yang mahu melemahkan kedudukan Islam di negara ini”. (www.drkhir.com)

    Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tidak salah bagi penganut agama Samawi bagi menggunakan kalimah Allah. Akan tetapi beliau bimbang jika perkataan “Allah” disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh itu beliau mencadangkan agar pimpinan Islam mengadakan rundingan dengan pemimpin agama Kristian mengenai isu tersebut.

    Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad mengatakan bahawa Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam menggunakan perkataan “Allah” apabila memaksudkan Tuhan semesta alam.

    “Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti ‘Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah’ yang bermaksud ‘Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah’?” (www.khalidsamad.com).

    Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa tidak salah jika manusia ingin memanggil Tuhan dengan nama Allah oleh kerana Allah adalah tuhan yang sebenar. Akan tetapi beliau tidak bersetuju jika berhala dinamakan Allah.

    “Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan. Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala”. (www.drmaza.com)

    Setelah membaca pandangan-pandangan daripada ahli-ahli politik dan bekas mufti, saya cuba untuk mendapatkan pandangan-pandangan daripada dua orang anak muda Melayu-Islam yang mempunyai latarbelakang pendidikan dan profession yang berbeza.

    Yang pertama ialah Kharis Idris, anak muda berkelulusan universiti tempatan yang kini bekerja sebagai Pengarah kepada My Future Foundation.

    Amin Iskandar: Pandangan saudara mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan perkataan Allah oleh penerbitan Katolik, The Herald?

    Kharis Idris: Ini satu hal yang “trivial” serta remeh mengenai teknikal bahasa dan bukannya keagamaan. Allah merupakan terjemahan Arab untuk Tuhan. God merupakan terjemahan English untuk Tuhan. Di negara timur tengah, penganut-penganut Kristian juga menggunakan Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Malahan turut menggunakan perkataan “Sabda”.

    Di Indonesia juga Allah diterima sebagai rujukan kepada Tuhan bagi penganut agama Kristian. Sebenarnya tidak ada masalah dalam isu ini melainkan penguasa Islam di Malaysia tidak bermuzakarah dengan Melayu-Islam di sini supaya Islam itu menuju kearah progresif dalam era globilasasi.

    Ini adalah masalah utama Umat Islam di Malaysia. Seringkali terperangkap dengan perkara yang remeh temeh. Bila orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, mereka marah. Bila anak muda sambut tahun baru, mereka marah dan mengatakan bahawa itu adalah tahun baru orang kafir. Akan tetapi Umat Islam di Malaysia masih lagi mengamalkan rasuah, merompak, merogol dan membunuh. Sepatutnya perkara yang lebih besar begini yang patut dibisingkan.

    Amin Iskandar: Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah menimbulkan kemarahan segelintir pihak. Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR menyifatkan keputusan mahkamah itu umpama isu Natrah yang menyinggung sensitiviti umat Islam. Tun Dr Mahathir, Khir Toyo dan Mukriz Mahathir juga menentang keputusan mahkamah ini secara terbuka dan menyifatkan keputusan mahkamah tersebut sebagai tidak peka kepada perasaan Umat Islam di Malaysia. Apa komen saudara?

    Kharis Idris: Soal sensitiviti dan kononnya tidak mahu umat Islam di negara ini keliru bukanlah perkara pokok. Perkara ini perlu di ambil langkah yang rasional dan penerangan yang terperinci perlu dilakukan.

    Bukan dengan cara mengharamkan atau membuat sekatan apabila terdapat isu sebegini. Tindakan ini akan menyebabkan umat Islam lebih keliru. Tidak perlu kenyataan dari ahli politik kerana ianya menjurus kepada mempolitikkan keadaan.

    Amin Iskandar: Sebagai seorang anak muda Melayu-Islam professional, apa yang saudara ingin jelaskan kepada masyarakat terutamanya majoriti orang-orang Melayu mengenai penggunaan perkataan “Allah” bagi bukan Islam?

    Kharis Idris: Penerangan dan diskusi mengenai sejarah penggunaan perkataan “Allah” perlu dilakukan. Golongan muda perlu menjadi lebih rasional dan bukannya emosional disamping perlunya menjadi orang yang berpengetahuan dan bukannya hanya melatah seperti golongan tua. Dunia sedang memerhatikan dan mungkin juga sedang ketawa melihat Muslim di Malaysia membesar-besarkan isu remeh temeh sebegini.

    Berikut pula adalah pandangan daripada Zulhazry Mohd Yusoff, seorang graduan daripada Timur Tengah yang fasih berbahasa Arab. Beliau kini berkerja sebagai penterjemah di sebuah negara di Timur Tengah.

    Amin Iskandar: Beberapa hari lalu, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah tidak sah. Dengan ini akhbar The Herald dalam versi Bahasa Melayunya dibenarkan untuk menggunakan perkataan “Allah” sebagai terjemahan kepada “God” atau Tuhan. Apa komen saudara?

    Zulhazry Mohd Yusoff: Perkataan Allah itu sebenarnya pun bukan milik bahasa Melayu jadi apakah hak Kementerian Dalam Negeri untuk menafikan hak satu pihak lain untuk menggunakan perkataan Allah?

    Faktor utama ialah terjemahan God itu sendiri tapi apakah Allah itu merujuk kepada Allah bagi orang Islam? Itu secara umum jika kita merujuk sudut terjemahan. Ia hanya sekadar terjemahan maksud tetapi bukannya makna.

    Allah di dalam Bible merujuk kepada Father, Son and Holy Spirit, manakala Allah di dalam Al Quran pula merujuk kepada Allah Yang Esa, yang juga mempunyai 99 nama yang lain. Sangat mudah, bagi yang faham atau pun bagi mereka yang tidak faham langsung.

    Amin Iskandar: Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah menimbulkan kemarahan segelintir pihak. Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen PKR menyifatkan keputusan mahkamah itu umpama isu Natrah yang menyinggung sensitiviti umat Islam. Tun. Dr. Mahathir, Khir Toyo dan Mukriz Mahathir juga menentang keputusan mahkamah ini secara terbuka dan menyifatkan keputusan mahkamah tersebut sebagai tidak peka kepada perasaan Umat Islam di Malaysia. Apa komen saudara?

    Zulhazry Mohd Yusoff: Mengapa umat Islam di Malaysia harus tersinggung sedangkan perkataan Allah itu bukan hak milik mutlak orang Islam, apatah lagi bangsa Melayu.

    Mungkin mereka merasakan, jika God diterjemah sebagai Allah, maka ia seperti merampas Allah atau pun memaksa mereka berkongsi Allah sedangkan itu sudah merujuk kepada sudut akidah dan perinciannya secara ringkas kita tidak berkongsi apatah lagi Tuhan kita dirampas.

    Perlu diingat, Yahudi, Nasrani dan Islam adalah tiga agama langit dan kita berkongsi pelbagai perkara yang melibatkan para Rasul, akidah, ibadat dan sebagainya.

    Jika sekiranya kita sensitif dengan isu ini, bagaimana pula dengan terjemahan Jesus yang merujuk kepada Nabi Isa a.s? Sewajarnya Nasrani mempunyai hak ke atas “perkataan” Isa kerana Injil diturunkan terlebih dahulu sebelum Al Quran.

    Jangan samakan dengan isu Natrah kerana ia melibatkan rampasan fizikal dan akidah seorang makhluk. Jangan sombong dan bongkak, kerana agama Islam bukan milik orang Melayu sahaja dan bahasa Arab juga bukan milik orang Islam sahaja.

    Amin Iskandar: Dikatakan bahawa gereja-gereja di Lubnan dan Mesir menggunakan perkataan “Allah” merujuk kepada tuhan. Apakah pernah timbul bantahan daripada Umat Islam disana? Apakah Umat Islam disana pernah terkeliru dengan penggunaan Allah sebagai tuhan bagi penganut Kristian?

    Zulhazry Mohd Yusoff: Sepanjang pengetahuan saya, belum pernah timbul sebarang bantahan yang melibatkan isu perkataan ini. Mereka faham, ia adalah bahasa Arab, jadi ia bukan milik mutlak umat Islam, kerana bahasa Arab itu sudah wujud sebelum kedatangan Nabi Muhamad s.a.w lagi.

    Kekeliruan juga rasanya tidak pernah timbul kerana ia seperti mendengar seorang penganut Kristian memberikan salam yang menjadi satu perkara normal di Jordan, Lebanon, Syria dan Mesir. Apatah lagi mereka memang berbahasa Arab, jadi tiada sebab mereka melihat menyebut Allah itu sebagai sesuatu yang meragukan.

    Jika yang berucap ketika sambutan Hari Natal itu seorang paderi, maka Allah itu bukanlah merujuk kepada Tuhan umat Islam. Begitulah sebaliknya. Jadi, jika kamu membaca akhbar The Herald dan bertemu dengan perkataan Allah, maka kamu perlu tahu bahawa itu adalah penerbitan milik Kristian dan sudah pasti ia tidak merujuk kepada Allah Yang Esa.

    Amin Iskandar: Apakah nasihat saudara kepada Umat Islam di Malaysia berhubung dengan penggunaan perkataan “Allah” bagi penganut Katolik dalam penerbitan The Herald dalam bahasa Melayu?

    Zulhazry Mohd Yusoff: Jangan menyalahkan orang lain atas kelemahan diri kita sendiri. Saya faham jika umat Islam di Malaysia bimbang sekiranya “Allah” itu terpaksa dikongsi dengan Kristian dan sekaligus akan menyebabkan kekeliruan pembaca, khususnya mereka yang kurang arif dengan ilmu agama, walaupun secara asas.

    Mereka bimbang dengan Kristianisasi, mereka bimbang sekiranya selepas ini dakwah Kristian akan lebih mudah disebarkan seiring dengan penerbitan berbahasa Melayu, apatah lagi perkataan Allah digunapakai untuk merujuk kepada terjemahan God.

    Sebenarnya begini, mengapa tidak umat Islam di Malaysia, pihak yang berwajib dalam bidang agama Islam di Malaysia, mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Mengapa mereka tidak memperluaskan dakwah Islam itu secara lebih intensif dan komprehensif.

    Bagaimana pendekatan mereka dalam membawa umat Islam kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukan sekadar taklid, bukan sekadar agama yang diwarisi. Jika pemahaman umat Islam telah sekian lama kukuh, pasti tidak timbul isu-isu sebegini. Jika mereka boleh menerbitkan risalah dakwah di dalam Bahasa Melayu, mengapa tidak kita terbitkan seribu risalah dakwah dalam bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan sebagainya?

    Terjemahan Al Quran yang mahu dibuat di dalam bahasa Iban pun ditolak, kumpulan saudara baru dibiarkan tanpa perhatian sehingga mereka kembali semula kepada agama asal, penerapan konsep tajdid (pembaharuan) di dalam Islam juga ditolak dan pelbagai karenah birokrasi lain. Mereka hanya berkokok ketika isu sebegini muncul sedangkan pada waktu lain, ketika mereka sepatutnya aktif mendepani pembangunan rohani umat Islam di Malaysia, suara mereka langsung tidak kedengaran.

    Begitulah serba sedikit pandangan-pandangan mengenai isu Allah. Cadangan saya, jika ada orang-orang Islam yang marah atau merasa terancam dengan penganut agama Katolik menggunakan perkataan Allah, mulakanlah memenuhkan masjid dan surau pada setiap waktu solat. Terutamanya solat Subuh.

    Begitu juga solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Jangan biarkan masjid hanya penuh pada solat Jumaat. Adalah satu pembaziran membiarkan masjid dan surau kosong dan marah apabila kerajaan tak buat masjid dan surau. Jika umat Islam di Malaysia sentiasa memenuhkan masjid pada setiap waktu solat, maka itu adalah satu isyarat bahawa Islam itu kuat di Malaysia. Jika ini tidak dapat dilakukan, tok sahlah nak marah-marah. Lebih baik baca buku dan cari guru serta belajar lebih mendalam mengenai Allah.

    http://www.aminiskandar.com

    Reply

  5. 5 dino Jan 5th, 2010 at 3:23 pm

    Saya bersetuju dengan “Keputusan Perbincangan Pas” bahawa pengikut Nabi Ibrahim dan Nabi Daud boleh menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan mereka. Sememangnya pun pada masa itu Rasul mereka adalah Pesuruh Allah. Namun selepas kedatangan Islam, ALLAH telah mengutuskan Nabi Muhamad saw sebagai rasul Nya yang meranngkumi seluruh Alam. Bahkan saya pernah dengar uztaz mengajar, jika ditakdirkan Adam, Ibrahim dan Isa berada dizaman Rasullullah saw, mereka akan menjadi pengikut Rasullullah saw. Nabi kita adalah Penghulu semua nabi.
    Jadi, hanya Islam sahaja yang diiktiraf ALLAH sebagai agama Nya.

    Bagi mengatasi masalah yang berlaku sekarang, saya amat bersetuju dengan JUAN HARDIEZ. Biar mahkamah menarik balek keputusan. Tak perlu berdepan dengan penyalahgunaan. Saya yakin jika di benarkan penggunaan nama ALLAH, akan berlaku salahguna. Kalau tidak serta merta akan berlaku di masa hadapan.

    Pas memberi pendapat berdasarkan Al Quran dan Hadis. Namun tidak semua yang tidak haram tidak perlu dibendung. Mengawal penyakit adalah lebih baik dari mengubatinya. Wassallam.

    Reply

  6. 6 Mohamad Jan 5th, 2010 at 5:46 pm

    Itu bagi yang faham, kalau yang tak berapa reti agama macam mana? sekarang ini pun sudah bersepah-sepah ajaran sesat, Jakim sendiri membuat senarai dan hebahan pada orang ramai mengenai ajaran sesat ini. Malahan Jakim sendiri tak menang tangan nak uruskan ajaran sesat, ni tambah satu lagi pula? Bukan niat nak kacau hak orang, tapi kalau di dalam Injil dalam bahasa Ibrani disebut tuhan dengan nama Eli, sebagai mana sewaktu nabi Isa yang dipercayai oleh penganut Kristian disalib. Malah istilah Allah itu bertentangan dengan konsep Triniti, Allah bermaksud tuhan yang satu (esa), dalam bahasa Arab, perkataan tuhan adalah Illah, sebab itulah dalam syahadah disebutkan Asyhaduallah Illah Haillallah, yang bermaksud aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan ketiga iaitu Illah bermaksud tuhan. Saya berharap agar perkara ini jangan dibuat keputusan berdasarkan kepentingan politik semata-mata sampai akidah muslimin lain yang rapun boleh tergadai kerana silap percaturan pihak-pihak yang kurang bertanggung jawab tadi. Malah dalam perlembagaan sendiri pun dibentuk untuk mempertahankan Islam mempunyai tujuan yang tersendiri, pertamanya ialah kerana menghormati hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, kedua ialah kerana majoriti penduduk Tanah Melayu dan kemudiaannya Malaysia ialah beragama Islam, maka faktor keselamatan juga dipertimbangkan sama, kerana kalau kekacau berlaku ia melibatkan pihak yang ramai. Kita bercakap sesuatu secara idealis memang mudah, gunakan alasan hak asasilah itulah, inilah, apa cerita ini? Faktor sampingan seperti kepekaan dan kurang pemahaman dan perasaan tidak puas hati dan berasa dipermainkan boleh mencetuskan kekacauan, kalau anda lihat dibarat sendiri, isu tudung pun boleh jadi sampai rusuhan dan pergaduhan dan malah ada sampai ada yang berbunuhan seperti yang pernah dialami oleh sekeluarga keturunan tajik yang kehilangan anak mereka kerana perasaan islamifobia di Petersburg, Russia. Hal agama, kaum, dan maruah diri dan keluarga adalah sensitif, orang sanggup buat apa saja untuk pertahankannya. Jadi pihak berkaitan perlu melihat hal ini sedalam-dalamnya sebelum bertindak sesuatu. Tetapi apa pun saya menyarankan supaya pihak Jakim, IKIM, dan Majlis Mufti berbincang dengan paderi-paderi Kristian berhubungan istilah-istilah yang sama dengan Islam secara tertutup, saya tidak mahu perkara ini didebatkan secara tidak senonoh hingga mencetuskan rasa kecil hati dan marah pihak lain. Samada orang itu Islam atau Kristian, kita perlu hormati agama masing-masing, terpulanglah nak ikut yang mana, tetapi jangan membangkitkan kemarahan sesuatu pihak, ini kerana tidak salah orang Islam mempertahankan apa yang dirasakan sebagai hak mereka, dan dipihak Kristian pula tidak salah mereka nak mempertahan apa yang mereka rasa sebagai hak bagi mereka, tetapi ada ruang perbincangan yang boleh merungkaikan kekusutan ini. Kita sama-sama manusia, jadi berfikirlah dahulu sebelum bertindak, perkara ini sebenarnya boleh ditangani terlebih dahulu jika ada perbincangan, tetapi ianya tidak dibuat, sebaliknya diheret ke mahkamah, maka inilah akibatnya, ada pihak yang rasa marah dan ada pihak yang kecil hati. Sekarang ini keadaan nasi sudah jadi bubur, tapi boleh lagi makan, jangan bertindak keterlaluan hingga bubur tadi hangit dan tak boleh makan lagi dengan tindakan provokasi dan kenyataan yang menyinggung perasaan orang lain. Sebelum ia hangit saya menyeru para ulama Islam dan pihak paderi Kristian supaya berbincang berkenaan hal ini dengan penuh hikmah dan semangat untuk merungkaikan kekusutan dan bukannya berbincang untuk mempertahankan kemahudan diri sahaja, kerana kalau begitu sampai bila-bila pun perkara tak akan selesai. Satu lagi kepada golongan idealis, jangan terlalu gatal mulut sangat nak komen itu dan ini, kita perlu lihat sikap, budaya, pegangan, adat dan lain-lain faktor berkaitan pihak terlibat dahulu dan jangan menyamakan dengan pihak lain yang punyai sikap, budaya, pegangan, ada dan lain-lain faktor yang berbeza dengan kita. Kalau terlalu gatal mulut, akan mengusutkan keadaan nanti. Sekian, terima kasih.

    Reply

    lurus bendul Reply:

    Kalau u nak kira ajaran sesat hampir semua pertubuhan adalah ajaran sesat UMNO salah satu , bekas presiden UMNO berkata “Melayu Haprak” oleh TDM, bukan kah ini ajaran sesat!!! . mana ada Melayu Haprak dalam dunia ini!! dalam soal bangsa kita harus lurus bendul!! jangan sesatkan minda bangsa kita “Melayu” ‘melayu itu bukan islam dan islam itu bukan melayu’ ini kerana Islam itu milik semua bangsa di Negara usu asal DAP (Negara Cina) pun lebih 70 juta Orang Islam (Cina Islam) di Negara Negara Aran ada berjuta juta Orang Islam, adakah arab itu kata ‘Islam itu arab dan arab itu ialam’ diarab juga ujus berbagai ugama dalam bangsa Arab!! dan ada sesetagar orang arab itu islam tapi perangai Haprak!! Oleh itu jangan sesekali meletakan Islam itu milik bangsa Islam itu milik semua!!! bergitu juga sebaliknya ‘melayu itu haprak bukan semua melayu haprak’ hanya muhamad sorang sahaja Haprak!!

    Reply

    Mohamad Reply:

    Inilah sikap anda selama ini, kalau nak buat sesuatu fikirlah dulu baik dan buruk jangan terus terkam saja. Perkara ini hal sensitif, boleh sebabkan kekacauan yang boleh mencetuskan pergaduhan. Anda perlu faham hal ini. Saya tak bolehlah nak sebelah mana-mana pihak sebab masing-masing nak jaga kepentingan mereka, Islam nak jaga kepentingannya, manakala pihak Kristian juga nak jaga kepentingan mereka, saya tak salahkan mana-mana pihak. Cuma yang saya sarankan ialah kita perlu teliti dalam banyak hal sebelum nak buat sesuatu, setiap bangsa/penduduk ada budaya,adat dan pegangan yang berbeza, ada sesetengahnya dianggap remeh bagi sebahagian orang tapi bagi sebahagian orang lain ia adalah sesuatu yang pantang bagi mereka. Kita tidak boleh melihat keadaan di Malaysia dengan keadaan di negara lain, kita ada acuan tersendiri yang telah lama diakui, kalau nak ubah acuan berkenaan, ia boleh mendatangkan berbagai masalah seperti tak puas hati dan kecil hati. Nak cakap memang mudah seperti kata orang, lidah tidak bertulang, sedaplah kata itu dan ini, tapi badan yang nak menanggung. Telah berulang kali saya nasihatkan, jangan jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai atau seperti Lebai Malang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kita perlu memahami keadaan sesuatu perkara sebelum buat keputusan. Mencegah lebih baik dari merawat. Kalau anda selusuri sejarah sendiri, sebelum kejadian 13 Mei, berlaku khabar-khabar angin dan tindakan provokasi yang melampau hinggakan terjadi cabar mencabar, malahan Presiden Gerakan ketika itu masih sebagai pembangkang pun meminta maaf atas kelakuan tidak sopan ahli Gerakan dan pembangkang lain yang memprovokasi orang Bumiputera terutama Melayu, keadaan pada masa itu sudah tidak dapat dibendung dan permohonan maaf itu tidak mendatangkan kesan kepada pihak yang terguris hati tadi hingga mencetuskan kekacauan besar hingga mengorbankan lebih dari 200 orang. Keadaan tadi menyebabkan pihak-pihak yang berpengaruh dalam kaum-kaum di Malaysia berbincang dan wujudlah dua perkara iaitu Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa dan satu lagi Barisan Nasional yang disertai oleh Gerakan dan PPP serta parti-parti lain yang mahukan keamanan. Tujuan adanya sejarah adalah supaya kita mengambil iktibar atas sesuatu perkara sebagai pedoman semasa hendak melakukan sesuatu di masa hadapan. Ada sesetangah orang memperlekehkan hal ini, tapi masa sudah kena baru nak terhegeh-hegeh lari ke sana ke mari sebab ketakutan. Takut buat apa, berhadapanlah, masa buat masalah bukan main ghairah lagi, bila jadi jadi masalah lari macam tikus jumpa kucing. Jangan bila dengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan, kerana meskipun sudah guruh, hujan masih belum pasti. Kata orang tua-tua buat baik berpada-pada tapi buat jahat jangan sekali, maksudnya kalau terlalu baik sangat akan dipijak orang dan perbuatan jahat mesti dihindari kerana boleh memusnahkan sendiri, jadi berfikirlah sebelum bertindak. Pesanan ini juga ini En. Memangtakpandai, jangan keterlaluan sangat dalam politik, jangan sampai pilihanraya tak menang tapi negara hancur atas sikap tidak prihatin anda. Sekian, terima kasih.

    Reply

    lurus bendul a/l Jambatan bengkok Reply:

    Apa bila “PAS FOR ALL” ini bermakna Islam untuk semua termasuk DAP,MCA.Gerakan kecuali UMNO yang cukup gagal menegakkan Islam nanpaknya 13Mei Hanya Tinggal dalam lipatan sejarah negara, usah dikenang lagi ini kerana Melayu Islam PAS dan orang Cina sudah sepakat dalam PAKATAN RAKYAT. 13 mei bukanlah sesuatu yang menakutkan pada Generasi muda dan mendatang u jangan nak menhancurkan 1Malaysia yang di heret oleh UMNO kekancah Rakyat. U cuba meracuni semagat muhibah Negara ini. semua kita adalah warga yang cintakan keamanan, you jangan sesekali meniupkan semula kisah 13 Mei. 13 Mei adalah sejarah kearah kematangan sesebuah Negara. tampa 13 Mei UMNO pada masa itu akan terkubur. 13 Mei lah senjata UMNO atau tonik untuk UMNO terus bertahan sehingga sekarang. 13 selalu di kumandangkan setiap kali hari kermedekaan sering di tulis didada akhbar setiap kali hari kebangsaan persoalanya ! apa kah dengan corak ini masih sesuai dengan Zaman??? sedangkan Pihak UMNO melagukan Satu Malaysia ini menbuat Rakyat tercabar minda Mereka di mana Utusan menbakarkan perkauman dan UMNO meniup Satu Malaysia. adakah Teruma Terlampau ini didatangkan khas untuk kebaikan kepada Rakyat????? , tolonglah UMNO jangan bebankan Rakyat dengan permasalahan cukuplah dengan bebanan Kos Hidup yang meranjaukan jiwa Rakyat!! Sejak merdeka saya tidak pernah terfikir sama sekali yang UMNO akan menbuat sebegitu merodaknya perbuatan UMNO kepada Rakat Jelata???

    memangtakpandai Reply:

    Apakah mereka ini menghormati ISLAM sebagaimana umat ISLAM Malaysia menghormati agama mereka selama ini? Kalau menegakkan ISLAM itu memalukan…tak taula apa nak cakap…Menegakkan ISLAM sekurang-kurangnya tak hanya pada nama.

    Reply

  7. 7 suri Jan 5th, 2010 at 9:59 pm

    sudah2lah mohamad tak usah sibuk mencarut di ruangan yg satu ini ok…ini cerita agama jangan timbulkan kemarahan org2 di sini dengan sekali lagi kamu memulakan kata bahawa golongan idealis terlalu gatal mulut…

    samada pemimpin barisan nasional mahupun pembangkang biarlah mereka yang saling memberi pandangan …kita yg di bawah ini sebagai umat islam hanya menyokong sesuatu yg x memesongkan akidah umat islam…

    Reply

  8. 8 haji mokhtar Jan 6th, 2010 at 12:25 am

    molek la rasanya saudara jangan menyampok,membuatkan masalah bertambah kalut.bukan main lagi mempertahankan islam..bekobar kobar semangat macam esok dah nak kiamat.kami di PR tiada masalah kerana sentiasa terbuka dan ape tindakan sekali pun akan merujuk kepada mereka yg arif dalam hal2 yg berkaitan..dan bukan jenis kami untuk menunjukan pada seluruh malaya yg kami ni kononnya pembela agama dan bangsa.yg menjaga isu agama dimalaya ni bukan kah orang2 melayu umno.yang menjaga bangsa melayu pun kononnya umno..yang melindungi harta dan khazanah dimalaya pun umno.Kami di PR biar dengan cara kami mengatasi isu allah ini.kamu selasaikan lah dengan cara umno kamu.kami di PR pun dah biasa makan bubur semasa ditahan membuat demo mempertahankan bahasa melayu.awak nak takut ape buat demo jumaat ni..sebab dah dibagi wang saku.yang memecahkan melayu ni dari bersatu bukannya DAP tau pun PAS tapi melayu umno.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Iyalah itu Haji Mokhtar dan Saudari Suri, terbuka sampai terdedah semua, saya menulis bukan atas faktor politik seperti anda semua, anda semua suka berpolitik sampai semua benda anda sokong kalau berikan kepentingan politik pada anda dan menentang semua benda yang tidak memberikan kepentingan politik pada anda tanpa mempedulikan perkara itu buruk atau baik yang penting untung dari segi politik, hal lain tolak tepi, kepentingan agama, kepentingan bangsa, kepentingan masyarakat, kepentingan negara, dan lain-lain boleh ditolak ketepi jika bertemu dengan kepentingan politik, kalau buang dalam longkang pun tak salah bagi anda semua. Biarlah generasi akan datang keliru dengan akidah dan bergaduhan sesama rakyat Malaysia sebab berbeza kaum dan agama kerana agama, bangsa dan negara tidak penting, cita-cita menjadi perdana menteri, menteri, menteri besar dan orang-orang berkuasa lebih penting bagi anda semua. Saya dulu ingatkan anda memperjuangkan bangsa mengikut persepektif anda, tapi saya silap, anda adalah pejuang politik untuk diri sendiri, kalau bangsa dan agama sendiri anda boleh buat-buat ringan, apatah lagi agama dan bangsa lain, lepas berkuasa semua pihak diketepikan oleh anda semua seperti yang berlaku di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat di Semenanjung, sebelum pilihanraya janji itu dan ini, negeri berkebajikan, keadilan, demokrasi, pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, kesaksamaan dan lain-lain yang nampak manis sangat, tapi lepas memerintah, macam-macam karenah anda semua untuk mengelak tunaikan janji malahan bertindak kasar dan ganas terhadap rakyat dengan merampas itu ini, memaksa itu dan ini. Ingat antara sikap orang munafik itu adalah suka berjanji tapi tak suka menepati janji, dan munafik itu lebih buruk dan jahat dari sikap orang kafir. Sebab meskipun orang itu kafir, dia tidak buat benda yang menyusahkan orang sebagai mana orang munafik. Kepada rakyat sekalian, tidak kiralah orang bumiputerakah, orang bukan bumiputerakah, orang Islamkah atau bukan Islamkah, Pakatan Rakyat hanya mengambil kesempatan atas perkara ini demi kepentingan politik, jangan terpedaya dengan mereka, hari ini kata lain, besok kata lain pula seperti dalam ceramah politik mereka, janji itu dan ini, tapi buat-buat tak tahu lepas itu. Berkenaan isu yang mencabar yang melanda negara kita ini, saya harap semua pihak dapat bersabar dan tidak bertindak melulu, sebab semua pihak ada kepentingan, kita tidak boleh abaikan kepentingan pihak-pihak lain semata-mata mahu menjaga kepentingan kita, tetapi berbincanglah secara munasabah dan biarlah mahkamah membuat keputusan. Setiap perkara perlu diteliti sebelum dibuat keputusan berdasarkan keadaan kita bukan keadaan orang lain, itu yang perlu dibuat, sebelum ini, saya rasa hakim yang membuat keputusan berkenaan terlepas pandang hal adat, budaya dan pegangan yang menjadi tradisi dan telah menjadi darah daging pihak-pihak tertentu, tetapi keputusan yang dibuat berdasarkan fakta dan hujah yang bersifat objektif tetapi tidak bersikap subjektif. Ini memang mencabar bagi semua pihak, tetapi masing-masing perlu bersabar supaya keharmonian yang kita kecapi selama ini tidak musnah atas suatu perkara yang saya rasa tidak kecil tapi besar juga. Sekian, terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    ayat ayat yg simamat ni gunakan.serupa macam pemimpin2 umnu bercakap dengan rakyat masa pilihan raya..yg pencacainya pun terhanguk hanguk la macam burung belatuk..maaf la, saya tak ada ape2 kepentingan pun..dulu saya pun menyokong umnu gak,sebab umnu ni kononnya pembela bangsa dan agama..nasib baik cepat insaf.tak nak bersubahat menganiaya bangsa..BIAR DERHAKA PADA PARTI DARI MENDERHAKA PADA BANGSA SENDIRI.dulu,kini dan selamanya hampeh..

    Reply

  9. 9 mohamad lagi... Jan 6th, 2010 at 12:34 am

    mohamad lagi…hmmm..ngantuk..

    Reply

  10. 10 shinta.s Jan 6th, 2010 at 2:14 am

    Ass. Pak Anwar

    Saya Shinta dari Indonesia, ingin sedikit memberi pandangan mengenai isu penggunaan kata ‘Allah’. Menurut saya segala kehebohan ini murni merupakan strategi politik kotor yang dimainkan oleh BN. Sangat jelas (paling tidak untuk saya) target utama mereka adalah PAS dan Tok Guru. PAS merupakan partai politik dengan basis agama. Sebagaimana Partai berbasis agama pada umumnya PAS mempunyai pemilih tradisional baik itu di tingkat kelas menengah maupun akar rumput (grass root).Mereka2 inilah yang setia memilih PAS dari generasi ke generasi, dari kakek hingga cucu mereka. Pemilih tradisional ini memilih PAS simply karena PAS adalah partai Islam yang selama ini mereka yakini dapat menjaga nilai2 islam.

    BN sengaja membenturkan PAS dengan isu ‘Allah’ sehingga PAS terpaksa mengeluarkan statement yang dapat beresiko kehilangan pemilih tradisional mereka. Saya lihat nampaknya strategi BN ini cukup berhasil. Karena semua orang jadi terpancing dan saling mengeluarkan pendapat yang bertentangan. Paling tidak selama beberapa bulan ke depan hubungan PAS dengan pendukungnya akan sedikit goyah.

    Target BN tidak untuk memecah belah kerukunan antar ras dan etnis di Malaysia, coz they have done that years ago and they are still doing it now. Selama bertahun2 PAS bisa dibilang partai yang cukup solid dengan basis pendukung yang jelas, sehingga PR bersama PAS-yang selama beberapa tahun terakhir menampilkan wajah lebih moderat-di dalamnya sangat mungkin menang pada pemilu yang akan datang.

    Saya yakin Pak Anwar dapat membaca strategi basi dari BN. Strategi yang sama dulu dilakukan oleh Pak Harto; menyerang kelompok agama lain untuk memecah NU dan Muhammadiyah. Semoga pemimpin2 PAS mampu menyampaikan pendapat mereka ke pendukungnya sehingga tidak ada kesalahpahaman yang dapat merugikan PAS.

    Salam hormat untuk Pak Anwar dan Tok Guru.

    Wassalam,

    Shinta

    Reply

    Mohamad Reply:

    Kepada Saudari Shinta, lihatlah sendiri keadaan orang Islam di Indonesia, keadaan di sana macam mana? Kerajaan Malaysia meskipun anda tuduh itu dan ini, tapi kebajikan Islam di Malaysia amat dijaga oleh kerajaan disamping kebajikan dan kepentingan agama lain tidak dikacau gugat oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak mahulah berbahas panjang dengan anda kerana ini boleh mencetuskan kemarahan orang-orang di Indonesia pula, tapi anda pun patut jaga hati orang Malaysia sama, orang Malaysia terutama orang Melayu amat berbudi bahasa dan bertolak ansur dalam banyak hal termasuklah dengan pihak di Indonesia terutama media massa di sana yang suka memutar belitkan makluamat hinggakan rakyat Indonesia salah faham dan menuduh Malaysia macam-macam. Anda perlu selidiki dahulu sikap dan pegangan rakyat di Malaysia sebelum membuat sesuatu, apa yang menjadi kebiasaan di tempat anda tidak dapat diterima di sini. Anda perlu faham akan hal ini. Kalau anda boleh berbicara dengan pekerja dari Indonesia yang bekerja dengan jujur di Malaysia, beliau boleh memberikan maklumat penting pada anda berkenaan sikap dan budaya di Malaysia. Saya harap anda tidak keterlaluan dalam berdiskusi kerana ia boleh mencetuskan kemarahan pihak lain. Kepada rakyat Indonesia lain, saya bukanlah tidak sukakan Indonesia, saya suka Indonesia kerana kita sebangsa dan seagama, kita rumpun Melayu dan agama Islam, meskipun jawa, sunda, acheh, minangkabau, madura, bawean dan lain-lain ada rumpun Melayu, kita hanya dipisahkan dari segi politik, tapi asas kita adalah sama iaitu rumpun Melayu yang beragama Islam. Semoga kita semua boleh bekerjasama dalam semua hal untuk kepentingan bangsa Melayu/Islam di seluruh dunia disamping membantu bangsa-bangsa lain yang kesusahan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Stereotype UMNO..

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    bagi kami diPR ngak ada apa2..shinta,biasa aja..karna kami lebih terbuka dan memahami dengan isu ini..yang bikin ribut, yala puak puaknya umnu.mereka kan jagoan jagoan yang membela islam..tapi islamnya cara umnu.

    Reply

    Mohamad Reply:

    Selagi ada kepentingan politik pada Pakatan Rakyat, benda salah dan haram pun boleh jadi betul dan halal bagi penyokong setia dan pak turut Pakatan Rakyat seperti Hj. Mokhtar ini, biarlah negara huru hara dan masyarakat jadi caca marba, janji Pakatan Rakyat berkuasa, itulah motto dan slogan peminat setia Pakatan Rakyat. Semoga rakyat sedar sikap pelik Pakatan Rakyat ini sebelum terlambat. Jangan ikut resmi Pak Kaduk dan Lebai Malang seperti Hj. Mokhtar ini, kerana orang tua-tua menceritakan hal Pak Kaduk dan Lebai Malang berkenaan untuk menjadi pedoman supaya tidak berkelakuan semborono dan tamak hingga merosakkan diri sendiri, bukannya menggalakkan orang mengikut jejak langkah tamak dan semberono berkenaan. Jadilah manusia yang berfikiran yang jelas, sekian, terima kasih.

    Reply

  11. 11 Boring Jan 6th, 2010 at 3:30 am

    Come on people just a “Word” can create So Much Problem…We need to tell ourself we are just follower and we are here as Human Being and we are just a temporarily occupant in this World. The Word used Rightfully Or Wrongly is it Really Matter after all Jesus and Allah is Not Here in this World or Here to Tell us Yes or No,Right or Wrong !

    The Christian use or not,does not make them more Christian or less Christian and the same with Muslims…if it is Wrong…let him or whoever Face this God when he died.

    So don’t let our Leader’s or Politician used Religion to Control we Humanity bcos Religion is so Powerful and bcos of Religion we Human Being have been Killing each other’s for Centuries bcos the Politician used this to control us…So to make them Rule and stay in Power.

    So do we still want to continue Fighting ? Whatever it is and whatever we do,the Best is…We Must Be Of God Fearing Person…If We Believed In Hell And Heaven !

    The Rest…Semua Karut ! Live For Today And Enjoy The Little Things That We like and Stay Healthy…bcos Tomorrow What’s Going Happen ?…..Who Can Tell Us ?

    Reply

  12. 12 Muslih Jan 6th, 2010 at 7:24 am

    Salam..

    Kali ini saya agak bersetuju dengan En Mohamad.. Kita perlu mengadakan perbicangan dahulu.. dan ia perlu diadakan secara tertutup…

    Bukkannya membuat rusuhan yang nampak memalukan umat ISLAM…

    T_T

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    nak percaya lagi cakap si mohamad ni..bebelit belit.nak bincang ape bendanya..kan puak puak dia nak buat demo jumaat ni.mamat ni je yg tak sedar diri..dalam blog ni dia la yg membela sangat umnu..macamkan jurucakap bagi pihak umnu..pegi cakap kat puak puak dia tu,jangan buat demo..ajak pegi bincang.tak payah nak nasihatkan kami di PR..yang melatah tu puak dia.nak menafikan lagi…..

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    maaf ye pembetulan..yang tak tahu malu tu islam adahari(umnu).orang PR tak buat demo..pemimpin PR galakan perbincangan.pencacai umnu yg buat demo,pemimpin dia tak halang.

    Reply

  13. 13 jo Jan 6th, 2010 at 8:52 pm

    ok untuk makluman korang..bahan bacaan yang dikeluarkan oleh gereja kristian sudah dinyatakan “khas untuk golongan kristian sahaja” sekiranya anda terjumpa bahan bacaan seperti ini(kpada golongan islam) tolong jangan baca nanti korang confuse.Sekiranya korang ingin tahu mendalam tentang agama Kristian,tolong berjumpa kepada yang pakar…jangan jumpa org yg x tau menahu. Ini untuk kebaikan Islam di Malaysia memandangkan rencana 1 Malaysia..Dan tolongla kalau nak buat perbincangan tentang hal agama,sesekali jangan libatkan politik..bahaya lain akan datang..agama biarlah agama,politik biarlah politik.jangan pulak agama biarlah orang politik selesaikan…tapi apa yg saya tahu,hal-hal seperti ini tidak akan ada penghujungnya..let say isu “Allah” ni selesai..nanti muncul lagi isu lain contohnya :-

    “Jika sekiranya kita sensitif dengan isu ini, bagaimana pula dengan terjemahan Jesus yang merujuk kepada Nabi Isa a.s?”

    ada betulnya Zulhazry Mohd Yusoff katakan td…hal ini pasti akan jadi kecoh bila parti politik yang membincangkan hal ini..mgkin sama hangat mcm isu “Allah”..ada bnyk lagi isu yang boleh di naikkan kalau melibatkan agama..sebab itulah ia dikatakan isu sensitif..dah sensitif yg kita gatal nak “garu2″ apa hal?org tua2 cakap bila gatal digaru nnt tambah gatal dan luka(kurap)…

    ok pasti lepas ini ada di antara kita x puas ati akan cakap,,”memangla sensitif,yang org kristian x tau malu guna nama Allah tu apa hal??nak cari gaduh ke?atau saja nak menyebarkan dakwah supaya org islam kecundang di bumi Malaysia ini??”,,untuk case ini,org sebegini kita patut hindar..jangan dengar apa dia cakap,saya dengar pun jantung nak naik marah saja…org sebegini sebenarnya tidak faham2 bahasa. kolot dan mengelirukan org ramai…

    atau pasti dia akan cakap begini,” buat sajala demo tu,selesaikan saja isu Allah..jangan benarkan orang kristian guna..nnt anak cucu kita keliru.”orng mcm ni pun kolot juga..anda mesti prasan kalau difikirkan satu pihak saja,mmg benar apa dikatakan..TETAPI,kalau difikirkan sebelah pihak lagi kenapa org kristian x pernah risau tentang penggunaan Allah?kan orang islam juga guna Allah,nnt anak cucu x keliru ke nnt?

    sebabnya mereka pasti Allah yg mereka sembah itu.Dan mereka tidak risau dan fikirkan hal lain asalkan ibadah mereka sampai kepada Allah mereka.lagipun perkataan Allah x asing lagi bagi mereka..x percaya jumpa ahli sejarah terkenal, mreka boleh buktikan..

    kita ambil contoh orang yang berfikiran sebelah pihak,nama dia memangtakpandai “Apakah mereka ini menghormati ISLAM sebagaimana umat ISLAM Malaysia menghormati agama mereka selama ini?teliti perkataan ini..nampak benar pemmikiran sebelah pihak…sekarang ini agama kristian pernah melukai agama Islam tetapi dalam masa yang sama mereka juga dilukai…

    kemungkinan orang ini x faham lagi mungkin dia akan cakap”pasal orang kristian dulu buat kecoh,sebab itu orang Islam marah!!” ok kalau x faham2 juga bagaikan ayam dengan telur ayam..mana dulu yang wujud?

    Dari tadi saya dengar PAS,BN,PKR,NU,UMNO,DAP…..ini politik..persoalannya,bolehkah parti politik selesaikan agama??saya lebih sokong kalau paderi2,ustaz2,ustazah2,ahli sejarah berkumpul bersama membincangkan isu ini..lagi menarik..baru kena pada tempatnya…dan bila sudah mencapai kata sepakat barulah ahli politik ambil tugas..

    Reply

    layman Reply:

    Salam bro, ada kebenaran juga.

    Apa kata jika orang Islam pula mengeluarkan bahan bacaan ala-ala the Herald tu,

    Tajuk besarnya “JESUS@ISA BUKAN TUHAN”, “Hanya Sebaran Untuk Orang Islam Sahaja’

    Tak kecoh ker?

    Reply

  14. 14 hamba ALLAH Jan 7th, 2010 at 2:27 am

    YA ALLAH TURUNKAN LAH BALA BENCANA MU SEKIRANYA KAMI INI BERSALAH…TUNJUKAN KAMI JALAN YG BENAR YA ALLAH…MATI KAN KAMI DALAM AGAMA MU YA ALLAH..TURUNKAN LAH BALA BUAT KAMI SEMUA SEKARANG INI YA ALLAH AGAR YANG UMMAT AKAN DATANG TIDAK LAGI TEPESONG SEPERTI KAMI…

    Reply

    Mohamad Reply:

    Hati-hati dalam berdoa En. Hamba Allah, Nabi Muhammad sendiri melarang kita berdoa buruk pada orang lain kerana ia tidak disukai oleh Allah, apatah lagi berdoa untuk ditimpakan bala pada diri sendiri, itu lagilah di larang. Ini bukan hanya anda sahaja di Malaysia ini, kalau anda seorang sahaja terima bala berkenaan, tak apalah, sudah itu kemahuan anda, tapi ia akan melibatkan orang lain sama. Saya nak tanya, anda tak takutkah bila bala yang diterima nanti itu membunuh seluruh ahli keluarga anda? Siapa nak sambung zuriat anda kelak. Jadi hati-hati dalam tindakan. Jangan idealis sangat sampai berbuat benda mengarut. Hati-hati juga dengan orang yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi, sekarang ini bersepah-sepah ajaran sesat yang mengajarkan itu dan ini yang bercanggah dengan Islam yang sebenarnya. Kalau nak dapatkan ilmu agama, pastikan guru anda itu seorang guru yang berjiwa muslim sejati, bukannya berguru dengan anak buah dan pengikut syaitan yang memperalatkan agama hingga orang lain menjadi sesat. Sebab tukang menyesatkan manusia adalah syaitan dan iblis sahaja. Kalau bertemu dengan keadaan yang meragukan berkaitan dengan agama, sila rujuk pada jabatan agama, kerana kalau perkara berkenaan adalah sesat yang diajar oleh anak murid syaitan, ia akan dapat dibenteras dan orang lain juga akan dapat diselamatkan. Sekian, terima kasih.

    Reply

    haji mokhtar Reply:

    islam adahari memang takut mati….

    Reply

  15. 15 Abdullah Jan 7th, 2010 at 4:45 pm

    Bagi saya kalau padri nak guna nama Allah tak salah, tetapi mestilah di dalam ertinya yang sebenar. Tetapi apabila dia sebut Allah dalam kontek ‘all anak, allah bapa dan allah roh kudus’ maka itu tak boleh kerana salah dari segi pengertiannya bahawa Allah itu Satu, yang Maha Esa. macam mana nak kongsi-kongsi.

    Reply

    layman Reply:

    still ALLAH!

    Syahadah in Malays transalation

    “Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Berhak Disembah Melainkan ALLAH..”

    If you replace Allah = God = Tuhan

    “Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Berhak Disembah Melainkan TUHAN..” ??????????

    Also please observe the prayer called on TV

    “Allahuakhbar..” means “Allah Maha Besar” NOT “Tuhan Maha Besar”

    Understand/Faham?

    Reply

    layman Reply:

    Posting nie, sepatutnya reply kepada abu sayab kat atas tu..kesilapan teknikal..harap maaf yaa

    Reply

  16. 16 Halim Jan 8th, 2010 at 5:38 pm

    IMHO…

    For direct linguistic translation of the word GOD: if it’s ‘Eli’ in Aramaic, ‘Elohi’ in Greek Yunani, ‘Yahweh’ in Hebrew & ‘Allah’ in Arabic, then it should be the word ‘Tuhan’ or ‘Dewa’ when translated into Bahasa Melayu and not the word ‘Allah’ as ‘Allah’ is Arabic (from the Arabic words Ilah and Al-Ilah), NOT a Bahasa Melayu word at all.

    I am talking about the TRANSLATION of the word only, not the definition of God or Allah, and that is what the Catholic Herald Weekly newspaper is trying to do, TRANSLATING from the English language to Bahasa Melayu. They are not translating into Arabic. So, if it is just for the purpose of translating from English to Bahasa Melayu, rather than using the word ‘Allah’, the Catholic Herald Weekly newspaper should use the word ‘Tuhan’ or ‘Dewa’ instead as ‘Allah’ is not a Bahasa Melayu word at all, unless they have other ulterior hidden motives and agenda.

    As for the minorities in Sabah and Sarawak, obviously those non-Melayu missionaries and your ancestors did a mistake when translating the Bible into Bahasa Melayu. They should have asked the Melayu people first, the experts of the language, for the right word: ‘Tuhan’ for ‘God’ and not ‘Allah’.

    We are lost in translation…

    Reply

    Khairul Reply:

    I agree very much with you Halim. we are lost in translation. this whole world is now.
    especially when bahasa melayu comes into play. As we all know, we copy and paste words
    from all sorts of languages.If u ask me, i would firmly say that the Quran is much better translated to english rather than bahasa melayu. That is because we play so much with our ayat bunga. 1 thing aswell, we say the word ‘aku’ is rude and cant be used on our elders. Then why
    do we refer to ourselves as ‘Aku’ when talking to god?? Then wouldnt that make the word all the more pure and the best to use?? My point is, we are confused, and we tend to listen and adapt
    to whatever we are taught. My brothers and sisters, sometimes we have to sit and think. we cannot react outrageously. WHAT IF the herald has no bad intentions on us muslims and our one and only true Allah, and they are just unaware of such, do you think it’s right for us to burn their churches?? Do you honestly think that is what we are supposed to do? We are just creating more tension between us abrahamaic faiths, and when it matters most, we wont be as one to fight off what trully is our enemy. so please, i hope this will all resolve in no more violence, as i thought the hindus reacted well during the ‘cow head’ incident. think about it.

    Reply

  17. 17 WJS Penampang, Sabah Jan 12th, 2010 at 6:00 pm

    Tiada guna menghina agama orang lain. Marilah kita berfikiran terbuka. Orang Islam membaca Alkitab (Hoby Bible) orang Kristian dan orang Kristian membaca kitab Islam, supaya dapat memahami ajaran agama masing2. Masalah Allah itu pasti selesai.

    Tetapi masalahnya…orang2 Islam tidak dibenarkan membaca Kitab orang Kristian? kenapa? takut jadi murtad?.

    Maka itu sebab, orang2 UMNO tidak menghormati keputusan mahkamah. apa yg takut sangat orang Islam perkataan Allah itu digunapakai oleh orang Kristian?.

    Hanya Allah saja yg tahu siapa yg pergi ke surga dan yg siapa pergi ke Neraka. jangan pula orang Islam menuduh orang Kristian ini orang sesat?. Berdoalah supaya kita dapat pemikiran yg luas tentang agama masing2.

    Renung-renungkan.

    Reply

  1. 1 Sassy MP » Blog Archive » Worship At Metro Terbanacle Church in MCA HQ Pingback on Jan 11th, 2010 at 11:14 am

Leave a Reply