05
Jan
10

Jangan Hipokrit Bila Bertuhan

Dari blog Dengan Izin…

Kelihatan polemik berhubung nama Allah dibenarkan penggunaannya oleh Herald lewat penghakiman Datuk Lau Bee Lan dalam kamar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) beberapa hari lepas telah semakin meleret-leret ke satu tahap yang adakalanya mendukacitakan, dan tidak kurang memualkan.

Ada pihak yang menyatakan sebagai Muslim, saya tidak boleh berkecuali, mesti pilih setuju atau menentang. Ya,dalam bab mempertahankan agama saya akan menyokong, tetapi menggunakan agama untuk kepentingan tertentu, sudah pasti saya menentang sehabisnya.

Sebagai orang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang agama, maka saya lebih senang untuk melihat sesuatu isu itu melalui pelbagai perspektif, baik dari aspek agama sendiri, aspek sejarah, aspek perlembagaan dan aspek rasionaliti.

Saya senang membaca beberapa tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berhubung isu ini lewat beberapa tulisan terdahulu beliau (Beza Antara Merebut Nama Allah dan Mempertahankan Aqidah) dan yang terbaru, Kenyataan Pertama Dr. Mohd Asri.

Saya juga sempat meneliti satu kupasan ilmiah nukilan Dr. Muqtader Khan, seorang profesor di Jabatan Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Delaware, Prophet Muhammad’s promise to Christians. Kupasan ini antara lain menggambarkan bagaimana hubungan antara Muslim dan Kristian ini perlu dilaksanakan sebaiknya.

Tulisan mantan Presiden ABIM, Dr. Muhammad Nur Manuty juga sangat mencerahkan lewat satu kenyataan media beliau berhubung Penggunaan Kalimah Allah ini.

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan bagaimana penggunaan nama Allah SWT ini digunapakai oleh penganut agama samawi yang lain terdahulu, sebagaimana terkandung di dalam surah Al-Hajj ayat 39-40:

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa…”

Samada keputusan membenarkan penggunaan nama Allah ini wajar atau tidak, saya serahkan pada ahli agama dan mereka yang mempunyai autoriti. Mereka lebih arif untuk menentukan samada wujud keperluan untuk mengekalkan keputusan itu ataupun menarik balik melalui semakan kehakiman di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kelak.

Saya bersetuju bahawa isu ini sedikit sebanyak mendatangkan kegelisahan dan ketidakselesaan di kalangan ahli agama dan masyarakat negara kita, khuatir sekiranya keputusan mahkamah ini dijadikan lesen bagi kalangan pendakwah Kristian menyalahtafsir dan menyalahguna kalimah Allah ini untuk perkara yang berpotensi mengelirukan masyarakat Muslim yang lemah pemahaman.

Saya berpendapat, jika ia dibenarkan dalam konteks negara kita, maka satu prosedur yang ketat haruslah dikenakan ke atas mereka agar tidak berlaku penyelewengan istilah yang memungkinkan dakwah mereka disebarluas samada secara senyap mahupun secara terangan. Mekanisme yang jelas dan tersusun haruslah difikirkan dengan teliti agar pengurusan agama yang melibatkan Islam dan agama-agama lain tidak dicaca-marbakan sehingga membawa kepada kecelaruan di kalangan masyarakat.

Ini setidak-tidaknya memberi ruang kepada autoriti agama di Malaysia mengambil langkah proaktif dalam hal ehwal berhubung pengurusan agama di Malaysia.

Saranan Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga sangat bernas, di mana isu ini memerlukan autoriti agama Islam dan alim ulama’ Malaysia duduk semeja berdialog dengan autoriti agama Kristian bagi menghalusi isu ini sedalam-dalamnya agar dapat mengelakkan kekeliruan kelak.

Saya percaya ramai kalangan kita yang mual dengan lagak sesetengah pihak dalam negara kita yang berlumba-lumba menjadi juara dalam isu ini. Seolah-olah isu ini menjadi nisan tanpa nama ke atas imej dan kelangsungan Islam sebagaimana yang tertakluk di bawah Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dan juga sejarah.

Yang saya mualkan ialah wujudkan satu bentuk keadaan di mana wujudnya hubaya yang bersikap ‘lebih sudu daripada kuah’. Seolah-olah keputusan 31 Disember lepas merupakan paku terakhir buat keranda pemakaman maruah Islam dan muslim Malaysia seluruhnya.

Saya melihat berlaku kecenderungan sesetengah pihak yang menilai tinggi rendahnya kedudukan Islam di Malaysia ini daripada sudut sisi perlakuan orang lain BERBANDING melihat kepada perilaku dan pembawaan penganutnya sendiri. Dan pihak-pihak ini jarang benar berhujah dengan menggunakan dalil yang segar dan sihat, sebaliknya melawan dengan provokasi yang pastinya bersadur emosi.

Dalam bab mempertahankan nama Allah, merekalah di hadapan, malah saya percaya dengan laungan Jihad sebagaimana yang boleh ditonton di kaca televisyen memungkinkan mereka ini berada di barisan hadapan jika Malaysia berhadapan musibah kelak!

Tetapi sayangnya mereka ini tidak istiqamah. Nama Allah disayang dijulang ditimang, tetapi bila datang bab mempertahankan syiar dan syariat, tidak tahu di mana mereka ini.

Apa pendirian mereka mengenai hukum hudud? Apakah mereka akan terus berdolak dalik dengan hukuman sebat Kartika yang sehingga kini masih tertunda rentetan pelbagai polemik?

Apakah penindasan sesama Islam itu dibenarkan dalam Islam? Apakah menguruskan aset negara dan wang rakyat secara tidak berhemah sehingga meleburkan ratusan juta ringgit itu dibenarkan dalam Islam?

Apakah rasuah dan penyelewengan kuasa itu hukumnya halal dalam Islam? Apakah penipuan dalam sistem pilihanraya itu wajib dilaksanakan demi mengekalkan kuasa di dalam Islam?

Saya lihat sebuah akhbar perdana, begitu bersungguh dengan paparan utamanya betapa umat Islam perlu bersatu menghadapi situasi ini semalam. Seolah-olah mereka benar-benar bertindak pendinding akhir kepada isu ini. Seolah-olah tiada lagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk dilakukan semakan kehakiman.

Pada saya mudah saja, jika betullah editorial akhbar ini benar-benar ikhlas mempertahankan maruah agama, saya kira elok benar jika mereka tamatkan penerbitan Majalah Mangga terlebih dahulu yang saban keluaran tak lekang dengan gambar separuh bogel artis Malaysia yang kalangannya beragama Islam di dalam kolam renang dan gambar-gambar yang sewaktu dengannya.

Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara.Itu jelas dan tuntas.Janganlah menjadikan isu ini sebagai satu asas untuk mencetus provokasi atas nama ‘mempertahankan agama’ di sebalik pelbagai lagi insiatif boleh difikirkan untuk memurnikan pemahaman dan pengurusan agama di Malaysia.

Sebab itu saya benci sikap selektif, tambahan lagi bila melibatkan bab-bab agama. Seolah-olah Allah SWT boleh dikaburi dan malaikat itu tidak mencatit. Bila mengaku beragama dan berTuhan, jangan sesekali kita hipokrit dan selektif.

Surah Al-Baqarah ayat 209 yang antara lain bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”

Semoga ini menjadi ingatan jua buat diri saya untuk menghindarkan diri daripada terjerumus daripada kalangan seumpama ini. Naudzubillah.

Wallahua’lam.


49 Responses to “Jangan Hipokrit Bila Bertuhan”


  1. 1 Intan Sakinah Jan 5th, 2010 at 6:24 pm

    “Jangan Hipokrit Bila Bertuhan”!

    Memang tepat saranan daripada tajuk itu. Kita perlu punya pendirian teguh dalam memegang kebenaran dan keadilan. Tidak goyah walau dilanda ‘badai’ ! Kita perlu jadi pohon yang rendang. Tegap berdiri mencapai awan. Akarnya pula, kukuh mencengkap tanah ke dasar bumi.

    Pura-pura tidak ada gunanya. Berterus terang lebih banyak manfaat. Tidak guna menyembunyikan kepalsuan. Sesungguhnya, kepalsuan itu lemah. Sedangkan kebenaran tetap memang !

    Saya berdiri teguh di belakang PKR dan Pimpinan DSAI.

    Reply

  2. 2 Intan Sakinah Jan 5th, 2010 at 6:26 pm

    Sorry ! Sedikit Ralat :
    ….Sesungguhnya, kepalsuan itu lemah. KEBENARAN & KEADILAN PASTI MENANG !

    Reply

    sof Reply:

    Anda buat komen seolah-olah anda adalah seorang “NABI” dan “RASUL” baru.

    Reply

    mad poyo Reply:

    ap ko mengarot ni..btul la die ckp..ap ko ingat Allah tu akan biarkan yg tipu tu benar & pasti menang ke??? budusss…

    Reply

  3. 3 awangmaser Jan 5th, 2010 at 11:07 pm

    Salam. ya DSAI, kita akan terus melihat lakonan kepura-puraan ini selagi yang jahil itu berkuasa.

    Reply

  4. 4 Muhammad Jan 5th, 2010 at 11:32 pm

    Assalamu Ala man Ittaba’ al-Huda.

    Saya sangat setuju pada pandangan Dato Seri yang satu ini. Kata-kata dato seri sama seperti yang telah saya nyatakan dalam blog saya: http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com. Jika dato seri sudi membacanya, saya ucapkan terima kasih. Silalah juga singgah ke blog saya yang kedua : http://surah-al-kahfi.blogspot.com/ Terima kasih kerana menyiarkan ulasan ini.

    Reply

  5. 5 haji mokhtar Jan 5th, 2010 at 11:36 pm

    salam..
    saya setuju pada pandangan saudara..ape la maknanya jika menyalak seluruh alam..dimasa sama hala tuju agama semakin kelam..berkokok siang dan malam kononnya pembela agama islam.sampaikan dah tak tau yang mana melayu dan yang mana islam..tah dimana halal dan mana haram.itu la malaysia negara tersayang…menindas..memfitnah..merasuah..tak mengapa asalkan kenyang.
    sepatutnya kartika dah dirotan…
    nak berpoligami wanita umno menghalang…
    isu jangut nabi dipersendakan…fikirla sendiri supaya faham..

    Reply

    aboonidale Reply:

    haji mokhtar,
    saya sangat bersetuju dengan haji mokhtar yang mana hala tuju agama juga semakin kelam,
    Ini dapat difahami dengan cara haji MOMOK berkomen dan berfikir tentang Islam.Cara berkomen dan berfikiran sempit seperti mencaci,mengeji,memfitnah,mengumpat,membuat tohmahan tanpa fakta yang sahih serta emosional tanpa sebab dalam sesuatu tajuk perbincangan adalah tingkahlaku yang ketara bagi seseorang yang bernama atau bergelar haji adalah satu contoh orang orang Islam yang menyokong pihak pembangkang yang berlandaskan konsep Islam konon.Tetapi fakta yang amat jelas yang ditunjukkan adalah kebanyakkan penyokong pembangkang yang kononnya berpegang pada ajaran Islam adalah jenis manusia yang tidak langsung terdidik dengan ilmu Islam yang tinggi dan sempurna.Sekian.

    Reply

  6. 6 Aj Jan 6th, 2010 at 1:54 am

    ini yang kita sembah bersama drg sibuk.. orang mabuk arak dan kelab malam tempat maksiat apsal mereka tak tetang??

    Reply

  7. 7 Boring Jan 6th, 2010 at 4:08 am

    Itu la…Religion/Agama…are used as Political Game ! For ??? Menang Undi. In this World we are Living Now…Does Anyone See Any God ? Where Is Whatever God Now…Please come now and Help our Muslim and Christian Fellow Human Being…ini nak berperang ni….but 1 thing the God can guarantee us is…we all can Fight until Everybody Is Dead…He Will Not Come !

    Reply

  8. 8 dino Jan 6th, 2010 at 7:55 am

    Alhamdulillah. Satu pandangan yang mantap dan mencabar kita untuk mempraktiknya. Jangan jadi muslim celup yang berjihad jika masjid dikotori oleh najis oleh kuffar tetapi selepas itu mengamalkan tabiat buruk kuffar seperti rasuah, zalim, peminum arak tegar dan amar mungkar nahi makruf. Allah Akbar.

    Reply

  9. 9 Mohamad Jan 6th, 2010 at 8:18 am

    Jangan jadi macam Pak Kaduk, Intan Sakinah, menang sorak kampung tergadai. Jangan terlalu berpolitik, bangsa dan agama dipertaruhkan. Saya telah lama curiga dengan Pakatan Rakyat yang suka populariti, bertindak selalunya mengikut kepentingan politik, bukan kepentingan umum. Hari ini lain, esok lain, apa cerita ini? Saya tidak bersetuju dengan demontrasi dan kenyataan yang tidak wajar oleh beberapa NGO Islam sebelum ini berkaitan keputusan mahkahmah berkenaan, tapi itu adalah reaksi dari orang, orang ada perasaan, saya rasa pihak mahkamah perlu mempertimbangkan hal ini. Tetapi apa pun yang pentingnya ialah perbincangan antara ilmuan Islam dan paderi Kristian untuk menguraikan kekusutan ini. Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Keamanan dan keharmonian kita selama ini perlu dijaga, selama ini kita hidup aman damai dan semangat setiakawan amat tinggi antara kita di mana jika ada perayaan, sakit, mati, kejayaan dan macam-macam lagi kita hadapi bersama, tetapi kini isu ini telah merentap keharmonian ini. Saya bimbang isu ini adalah isu politik sebenarnya, kalau begitu, amat teruklah keadaan kita nanti. Isu ini adalah rumit dan saya berharap agar jangan dimainkan lagi api berkaitan isu ini, biarlah ia diselesaikan secara rundingan supaya ketegangan ini dapat dikendurkan dan keharmonian kita selama ini akan subur kembali. Pihak-pihak yang gemar memainkan isu sebegini perlu dikenakan tindakan di bawah ISA, kerana isu ini melibatkan kepentingan awam, tidak kiralah dari pihak Islam atau Kristian, yang penting ialah keharmonian, biarlah mahkamah mempertimbangkan sekali lagi perkara ini. ini kerana mungkin hakim yang memutuskan perkara ini sebelum ini terlepas pandang pada satu aspek yang sangat penting semasa beliau membuat keputusan. Sementara itu, mana-mana pihak perlu menghentikan perbalahan dan perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan dan menyinggung perasaan pihak lain pula, saya menyarankan supaya pihak kerajaan mengenakan ISA pada pihak yang tak habis-habis mengapi-ngapikan hal ini kerana dikhuatiri boleh mencetuskan kekacauan yang boleh menggugat Persekutuan Malaysia. Semasa Operasi Lalang tahun 1987 dulu pihak-pihak yang bertelagah berkaitan hal perkauman telah dikenakan tindakan tahanan di bawah ISA oleh kerajaan, samada dari pihak kerajaan atau pembangkang atau pihak bebas. Sejarah yang lalu wajar diambil pengajaran kerana penahanan individu dan kumpulan-kumpulan dalam Operasi Lalang berkenaan telah dapat menyelamatkan negara dari kekacau buruk seperti yang dialami semasa Tragedi 13 Mei yang menyebabkan lebih 200 orang maut. Saya juga menyeru pihak-pihak yang tidak puas hati supaya bersabar dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat penilaian semula, nanti bila ada keputusan, janganlah ada pihak-pihak yang tak puas hati lagi membuat demontrasi dan rusuhan pula, kita ada saluran mahkamah lagi iaitu Mahkamah Persekutuan untuk menilai semula kes berkenaan. Janganlah bertindak melulu hingga menyebabkan orang lain sakit hati dan berlaku pergaduhan sesama kita, jagalah keharmonian yang dikecapi sebelum ini sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    Dah masuk bab politik pulak…Islam melangkui politik, nama, bangsa dan kedudukan. Bukalah minda anda. Jangan jadikan diri anda ‘hanya ISLAM pada nama’.

    Reply

    Intan Sakinah Reply:

    Saya ‘ngam’ dengan saudara ! Dan memang tak perlu dilayan ‘Si Mad’ celaru tu ! Ntah apa prinsip dan pegangan ! Bercampur-campur !

    Reply

    Mohamad Reply:

    Iyalah itu En. Memangtakpandai dan Intan Sakinah, anda berdua cakap benda ini macam mudah, tapi ia sebenarnya amat sukar seperti tulisan saya di atas. Jangan terlalu ghairah mengejar sesuatu sampai yang tengah dipegang keciciran dijalanan. Saya bukan nak berpolitik, tetapi saya risau sikap golongan idealis seperti kamu berdua ini dan beberapa orang lagi yang bercakap ikut sedap hati, manusia ada perasaan, dan perasaan itu berbeza bagi setiap orang dan kumpulan orang. Pihak-pihak terdahulu yang terlibat dalam penbentukkan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia telah membincangkan dengan jelas berkaitan perkara hak bumiputera dan Islam kerana ia mempunyai kesan yang besar kepada negara, bukan suka-suka hati saja nak buat begitu. Anda berdua perlu selusuri sejarah kembali untuk melihat dengan lebih jelas dan bukannya ikut kepala otak sendiri sahaja, kerana pemikiran saudara/i berdua sebenarnya pemikiran singkat dan hanya tengok satu sudut sahaja tetapi mengabaikan sudut lain. Kalau anda sudah begitu taksub sangat dengan Pakatan Rakyat, apa yang tak betul pun boleh jadi betul bagi anda berdua, mungkin anda berdua ini ada jawatan tertentu dalam Pakatan Rakyat, selama ini anda tuduh saya macam-macam, sekarang ia telah kena pada diri anda sendiri. Sebab nak jaga kedudukan, buatlah apa sahaja, benda yang penting pun boleh diketepikan bila bertemu kepentingan politik. Jangan nak menipu diri sendiri, orang lain bolehlah anda tipu, tapi diri sendiri,macam mana pun tak boleh tipu. Saya pasti saya akan dihentam lagi oleh anda berdua, biarlah, masyarakat menilai, jangan keterlaluan sangat, jangan jadi seperti Pak Kaduk menang sorak, kampung tergadai atau seperti Lebai Malang yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Orang-orang dahulu, penuh hikmah dalam sesuatu perkara kerana mahu menjaga keharmonian, orang sekarang pula terlalu lancang dan berkata-kata tak berlapik hingga mencetuskan rasa marah dan kecil hati orang. Maka fikir-fikirkanlah. Sekian, terima kasih.

    kung fu panda Reply:

    Mohamad.

    Sebagai orang Melaya saya menolak sepenauhnya pembetukan persekutuan tanah Melayu dengan pembentukan tersebut telah menbuat orang Melayu jadi layu!! dengan sebutan tersebut telah menbuat orang melayu berasa selesa lalu lali!!, tiada Negara dalam Dunia yang sebut perkataan berasaskan KAUM dana penubuhan sesebuah Negara, Indonesia contohnya ” penubuhan Indonesia Raya dengan berpaksikan Pancasila” tak sebuat bangsa persekutuan tanag jawa,minang atau sebagainya. SU selepas perang sivil penubuhan di gelar Persekutuan Amerika Syarikat. mereka ak sebutpun pasal tanah. sebab tanah hanya harta mudah alih sedangkan bangsa adalah sebuah jenama. perlu diingat Tanah dijadikan tempat bersemadi jasat dari tanah pulang ketanah, bangsa hanya jasat maka dimana hebatnya persekutuan????????????

    INTAN SAKINAH Reply:

    SAYA PUN NGAM DENGAN ANDA.

    INTAN SAKINAH Reply:

    SAYA PUN NGAM DENGAN ANDA, INTAN.

    INTAN SAKINAH Reply:

    SAYA PUN NGAM DENGAN ANDA, INTAN. TAPI SAYA NI INTAN SAKINAH PALSU!

    memangtakpandai Reply:

    En. Mohamad, UMNO dulu tak sama macam UMNO sekarang. Saya rakyat yang merdeka dari segi minda dan kewangan..Alhamdulilah. Saya juga tidak terhutang budi kepada mana-mana parti. Saya tidak berharapkan ‘gosok-mengosok’ untuk mendapatkan rezeki untuk keluarga tidak seperti saudara kerana saya telah belajar dari sejarah saya sendiri. Saya menghormati pejuang kemerdekaan dahulu. Mereka ini yang menegakkan negara tanpa ada konsep ‘hendak cepat kaya’ dengan mempergunakan orang seperti sekarang. Dahulu hendak mencari pemimpin untuk menjadi ketua bahagian pun susah. Semua mengelak kerana tanggung-jawabnya berat. Ibarat lebih dari ‘welfare work’. Sekarang , berlumba-lumba menawarkan diri. Kerana sebab apa. Sebab wang. Pernah saya meminta seorang pemimpin UMNO di sebuah negeri untuk melihat permohanan tukaran tanah TOL ke geran tetap yang sudah 20 tahun di pejabat tanah. Tahu apa jawapnya? Kamu dapat tanah! Saya dapat hapa! Walaubagaimanapun alhamdulilah akhirnya usaha saya sendiri masaalah tanah dapat di selesaikan dan saya tolong rakan-rakan lain yang bermasaalah. Moral of the story…Orang UMNO ni bukan boleh harap sangat!..Inilah pemimpin UMNO sekarang walhal rumah keluarga saya dahulu dijadikan markas untuk bermesyuarat semasa selepas merdeka kerana tiada orang yang sanggup untuk menawarkan diri. Apabila habis pilihanraya ke12 baru padan muka pemimpin UMNO yang bongkak itu..kalah teruk. Inilah yang terjadi di UMNO sekarang yang menunjukkan bahawa KAMI INI RAKYAT YANG BERKUASA bukan PARTI YANG MASIH TIDUR LENA BERMIMPIKAN NOSTALGIA seperti saudara. Sekian Terima Kasih.

    Reply

    ali tyson Reply:

    En mohamad,

    Pakatan Rakyat tidak seperti yg anda beritahu. Kami berpegang kpd prinsip keadilan (spt lagu rasmi parti). Aggapan anda meleset sama sekali. Cubalah dengar dan lihat ceramah DSAI serta pemimpin2 lain di laman youtube ke.. kelak anda akan fahami perjuangan yg sebenar. Sejarah terkesan dalam diri setiap rakyat. Jadi x payahlah nak berkata mengenai sejarah. APa yg penting skrg ini adlh menggulingkan parti yang sudah tua dan busuk ususnya (spt kata2 tun dr m). Apakah anda masih syg lagi parti yg anda dokong setelah mantan PM berkata sedemikian? Anda yg perlu fikir2kan. Jgn hanya melihat kekurangan parti PR sahaja tuan.. lihat pula pada kelemahan dan usia tua parti yg tuan dokong yer…

    Reply

  10. 10 Jefri Jan 6th, 2010 at 9:33 am

    Saya amat tertarik dengan tulisan di atas yang menghuraikan panjang lebar mengenai pengunaan perkataan “Allah” dalam sebuah majalah keluran sebuah gereja di negara ini. Penulis sengaja menuding jari segalanya kesalahan yang sedia ada kepada pemerintah masa kini. saudara penulis seharusnya sedar juga bahawa “Allah” itu hanyalah satu tiada dua atau pun tiga.kalaulah itu boleh dipersetujui oleh penulis nampaknya kita sama-samalah setaraf dengan kristian di negara ini, begitulah kesudahannya. apakah penulis tidak boleh nampak lagi perbezaannya antara Islam dan Kristian itu. fikir-fikirkanlah sama!.

    Reply

    PenjagaMalam Reply:

    hmm…dr sudut pndangan disni, penulis hanya mngetngahkn cabang tauhid rububiyyah, atau pengakuan Allah adalah tuhan. Dimne tak kire cmnepon, Allah tetap adalah tuhan utk skalian makhluk walau ape name digne skalipon. Tapi pengesaan Allah yakni dlm tauhid uluhiyyah smestinye di-imani oleh jiwa stiap muslim dan tidak disentuh dan trsentuh dlm isu ni…

    Byk prkara yg mmbezakan akidah stiap muslim dari yg laen…2 kalimah syahadah adalah antara yg asas, pngesaan Allah dan pngakuan Muhammad s.a.w adalah utusan Allah. Selain tu rukun islam dn juge rukun iman yg spatutnye teguh dlm jiwa stiap muslim…dr segi fizikal pon nmpak jelas brbeza dgn mnutup aurat dn brakhlak mulia…

    Isu sperti ni jelas skali tidak boleh hanye dipikir2kn meskipun brsame2, tp same2 lah kite mmbuke buku agama dan brjumpe ustaz utk mndalami ngan lebey lanjut…usah lengah2 lg~

    Reply

  11. 11 Abu Zaid Jan 6th, 2010 at 10:30 am

    Salam,

    Isu agama dan perkauman amat suka dimainkan oleh ahli/parti politik untuk memastikan ‘konsep’ pecah dan perintah berlaku. Isu sebenarnya sekarang ini kerajaan dah mula naik menaikkan harga barangan, ini satu cara nak menutup masalah ekonomi ini.

    Kes kalimah Allah masih dipertengahan jalan, rayuan masih boleh dilakukan dan jika tak boleh pun ada ulama telah memberi garispanduan bagaimana bukan Islam boleh menggunakan kalimah ini, amalkan saja.

    Focus kepada harga barangan yang mula naik.

    Jangan terperdaya dengan isu remeh….

    Reply

  12. 12 wali soqo Jan 6th, 2010 at 10:54 am

    Salam DSAI,

    Memang tepat kenyataan DS padat dan bernas. Inilah dia pemimpin Islam yg sebenar2nya kekal utuh dalam keadaan apa sekali pun. Bukan nak bodek DS!

    Tetapi saya kira apa yg disampaikan oleh DS susah untuk difahami oleh umat islam di negara ini kerana lemah pemahaman tentang islam yg mereka anuti. Sedih. Mereka boleh kita golongkan didlm golongan orang islam “pak turut”, lahir sebagai islam, berkelakuan, berfikiran dan beramal main ikut atau lebih tepat lagi bertaqlid tanpa ilmu.

    Ini jelas apabila bab syariat yg memang jelas dituntut dan wajib ditegakkan menjadi sesuatu yg tak penting dan langsung tak mempunyai tempat di hati mereka. Sebab itu penipuan, fitnah, rasuah dan yg serupa dgnnya menjadi amalan didlm sistem kerajaan dan amalan perniagaan mereka yg mengaku islam. Apa dah jadi dgn solat yg dimulakan dgn persumpahan dlm doa iftitah?? Puasa yg dilakukan dlm bulan ramadan? Haji yg dilakukan dgn belanja yg besar? Bukan ke amalan ini semua perlukan kesenambungan yg istiqomah dlm setiap saat kita menghirup udara Allah?

    Jadi DS tidak heranlah mereka yg menentang membabi buta pengunaan kalimah Allah adalah orang2 islam yg berpandukan nafsu dan dangkal dlm beragama. Murka ke Allah sekiranya agama lain memanggil Dia tuhan? Adake dlm ayat2 Al-Quran yg melarang agama lain mengunapakai nama tuhan mereka sebagai Allah? Mungkin ini boleh ditafsirkan dlm berbagai sudut dan penyudahnya ada yg kata ada dan ada yg kata tiada. Semua akan jadi ulamak besar dlm hal ini! Tetapi yg memang sudah jelas suruhan dan larangan Allah swt yg diterangkan dlm Al-Quran dan sunnah kenapa tak dilaksanakan?? Fikirkan lah.

    Reply

    aboonidale Reply:

    wali sogo,
    wali SOGO ni lagi satu…dia nie pin sama macam golongan orang yang diperkatakannya..dia nie jenis orang yang bersyukur tapi tak tahu apa yang disyukurkannya.Dari kecik hidup dalam negara yang penuh harmoni dan aman damai sampai ke tua tapi masih tak bersyukur!Selama nie hidup,makan,pakai entah duit mana yang dia pakai entah lah..wali SOGO..wali SOGO..

    Reply

  13. 13 iban Jan 6th, 2010 at 11:52 am

    memang betul tajuk tu …..walaupun saya seorang yang belainan fahaman tapi sebelum kita buat sesuatu kita patut nilai diri kita dulu ……adakah kita ini sudah cukup sedalam-dalamnya ilmu atau fahaman kitai anuti itu ….kalau tidak perkara yang buruk akan jadi pada diri sendiri…

    Reply

  14. 14 noh Jan 6th, 2010 at 1:02 pm

    Umno menipu Allah. Sayang nama Allah tapi perbuatan menyalahi suruhan Allah.

    Reply

    Kristral Sungai Lembing Reply:

    setuju saya sokong noh….sebenarnya mereka nak tutup dan mengalih pandangan pada rakyat supaya isu kenaikan barang2 akan dilepas pandang oleh rakyat….memang bodoh betullah sama mcm mohamad cerita kodok(katak)naik junjung,menang sorak kpg tergadai,itu bahasa gurindam zaman pop jeje,org tak pakai lagilah mohamad dan berputar2belit mcm tak ada idea…..kau dah sah kecundang diblog ini wahai mohamad……

    Reply

    Mohamad Reply:

    Sokonglah selagi memihak pada kamu, kalau betul atau salah belakang kira janji ada kepentingan politik, kepentingan agama, bangsa dan negara boleh ketepikan buang dalam longkang pun tak apa bagi orang macam anda ini, cita-cita politik adalah tujuan kehidupan anda. Insaflah sebelum terlambat, jangan bersikap seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang, menang sorak kampung tergadai,yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Sekian, terima kasih.

    Reply

    memangtakpandai Reply:

    anda pun apa kurangnya? Tak ke gitu saudara?

    anti mad poyo Reply:

    ap la ko merepek ni mad? ko lbih kurang jek..bab2 merepek, merapu ni mmg kitorg sume stuju bagi kat ko..

  15. 15 adi Jan 6th, 2010 at 1:42 pm

    yeah….
    sya stuju..

    Reply

  16. 16 tommy Jan 6th, 2010 at 3:55 pm

    assalamualaikum dsai….
    tertarik rasanya memberi respon kepada tulisan dsai mengenai isu penggunaan kalimah Allah. saya lebih gemar melihat isu ini dalam konteks org islam itu sendiri. jika kita melihat kepada rentetan atau kronologi yang berlaku, banyak peristiwa org bukan islam semakin terbuka menyentuh sensitiviti umat Islam kerana libralisme yang dilakukan oleh umno dan bn. libralisme tak semuanya salah tp dalam konteks Islam ia boleh mengundang kekeliruan. kalau UMNO sendiri tidak berani hendak memansuhkan perlembagaan sekarang kepada syariah jadi tidak hairanlah bila kita melihat non-muslim bersikap lebih terbuka. dsai sendiri tahu bagaimana UMNO tidak setuju dengan nama Islam dan kes2 lain yang sewaktu dengannya. saya harap dan berdoa semoga isu ini akan mengisafkan pemimpin UMNO yg ingin menjadi juara rakyat dan kembali kepada jalan yang benar iaitu KeADILan

    Reply

    Mohamad Reply:

    Jangan disalahkan orang atas kesalahan sendiri, sudah jadi lumrah manusia rakus yang pandai buat masalah tapi lepas tak dapat tangani, cuci tangan dan jadikan orang lain kambing hitam. Inilah yang terjadi kini, Pakatan Rakyat terutama PKR buat huru hara dengan kenyataan melampau, Barisan Nasional terutama UMNO yang kena maki pula. Inilah sikap hipokrit, sikap munafik yang jahat dan zalim. Agak-agaklah dalam berpolitik, kuasa politik bukan boleh diguna dalam kubur, jadi jangan keterlaluanlah. Sekian, terima kasih.

    Reply

    Joel Reply:

    En. Mohamad.

    saya penganut krislampirkung@pagan@tanpa agama. awk ini lebih baik tidak beagama. tidak memahami isu sebenar. Apa salahnya guna org lain menyebut perkataan “Allah”. Tolong awk jelaskan di sini. Cepat, jelaskan. Kamu sepatutnya bersyukur org lain percaya Tuhan kamu. Janganlah kita telalu pula mentafsir yg mendalam pula. Yg penting sebutan “Allah” itu saja. Apa awk takut memang agama rasmi di Malaysia “Islam”. Semua org sudah tahu. Tapi tak salah org lain sebut “Allah” kan. Kalau salah tolong awk terang kan disini. Jangan campurkan politik ok. ini agama baru “Krislampirkung”
    Sekian.

    Reply

    anti mad poyo Reply:

    ko same la ngn amno tu mad..cpt2 la terlangkup skali..

    Reply

    ali tyson Reply:

    Anda tidak menghitungkah berapa byk PR di fitnah didalam media arus perdana dan media pro miliknya? Maybe anda menerima 100%. Bagus gak. Semoga anda lemas bersama2 labu anda!

    Reply

  17. 17 diBawahBayu Jan 6th, 2010 at 7:27 pm

    Assalamu’alaikum wbt.

    “Lebih sudu daripada kuah…!!!”. A very good point. Memang ada sesetengah orang yang bila isu-isu sebegini naik, MARAHNYA BUKAN MAIN – KEDENGARAN SAMPAI KE LAPISAN LANGIT KE TUJUH. Tapi dalam masa yang sama, mereka semacam membenarkan perlakuan merosakkan agama. Sebagai contoh, ilmuan / ulama yang baik hujah dan pandangannya dianggap sebagai ancaman, digam, dilabel dan tidak diberi tauliah. Bukan kerana dengki dengan hujahnya (kerana ianya benar) tetapi kerana dengki dengan orangnya atau mungkin popularitinya.Semacam ada budaya kita yang suka memperlekehkan ilmu dan para ilmuan.

    Orang-orang BN ramai yang mengakui “kebejatan” (pinjam perkataan DSAI) pemimpin mereka, malah mereka juga mengakui karisma dan kedribiliti sesetengah pemimpin PR. Tapi mereka terlalu berat untuk menukar “akidah politik” mereka. Kenapa?

    Media massa yang saban hari menyebarkan fitnah, menyuburkan budaya “entah apa-apa”, nilai ilmiahnya zero, memaparkan idola yang kadang-kadang hanya layak menjai bahan bakar api neraka, rasuah berleluasa. Ini semuanya dah menjadi perkara biasa, dan dianggap baik.

    Ada orang yang pada luarannya nampak “warak” tapi diselubungi dengan kejahilan. Luaran nampak macam tok arab tapi hati penuh dengan hasad dengki, pemalas dan kedekut. Sunnah Nabi saw hanya dilihat pada luarannya sahaja. Sedangkan sunnah yang paling besar kesannya kepada perkembangan Islam ialah akhlak Nabi saw. – rajin, amanah, bersungguh, pemurah, baik hati, pemaaf, berilmu dan lain-lainnya.

    Jawapan saya mudah. Inilah yang berlaku apabila pegangan agama setebal kulit bawang. Agama letak di kepala bukan di dalam hati. Agama sekadar pada nama atau sekadar melaksanakan rutin hidup beragama. Sedangkan yang paling penting ialah hikmah disebalik kehidupan beragama.

    Dan satu lagi, seperti hadis Nabi saw. bahwa akan sampai masanya agama akan menjadi asing sebagaimana awal kedatangannya. Berdasarkan pengalaman peribadi, tahun 90an sampai sekarang ini nampak kebenaran kata-kata Nabi saw. Apabila orang baik dipandang dengan penuh prasangka, apabila orang yang rajin solat didengki dan dianggap pelik, dan apabila orang melakukan kebaikan terpaksa bersembunyi sementara maksiat dilakukan secara terang-terangan.

    Di mana silapnya? Terlalu rumit untuk dirungkaikan. Tapi satu hakikat yang tidak boleh ditolak bahawa PEMIMPIN SANGAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MAJU-MUNDURNYA SYIAR ISLAM.

    Wassalam.

    Reply

  18. 18 arash Jan 7th, 2010 at 12:05 pm

    assajanualaikum wrh bth.

    Sudah lama saya lihat pucuk pimpinan Umno bersama kumpulan ‘think=tank’ mereka berhempas-pulas dengan dasar ‘matlamat menghalalkan cara’ yang mereka amalkan sejak penjajah British menyerahkan kemerdekaan kapada mereka, Sudah 53 tahun mereka memerintah dengan penuh tipu daya dan putarbelit dengan amalan ‘divide and rule’. Kini mereka cuba pula menggunakan sentimen ugama intuk meraih kembali sokongan saudara kita kalangan orang Melayu, Mamak, Muallaf yang cetek ilmu, amal dan iman ‘bersatu’ menentang orang kristian dan malahan membakar perasaan benci. Mereka dah keliru dan cuba mengelirukan orag lain, aneh tapi benar. Umno cuba menjadikan doktrin ini sebagai agenda perjuangan! Sudahlah, orang yang tak belajar tinggipun tahu matlamat busuk mereka ini.

    Reply

  19. 19 akuorgmalaysia Jan 9th, 2010 at 11:40 am

    kebanyakan orang melayu@islam….ZAHIR bertuhankan ALLAH….BATIN bertuhankan DUIT@WANG $$$$$$$$$

    Reply

  20. 20 Joel Jan 9th, 2010 at 10:44 pm

    Pendapat ini sebahagian dari Sarawak dan saya dari Sabah menyokong pendapat ini.

    Penggunaan nama Allah dalam menterjemahkan Bible (bahasa Inggeris) ke Alkitab (bahasa Melayu) dibuat oleh mereka yang datang menyebarkan Injil di Borneo beratus-ratus tahun dahulu. Orang-orang ini datang dari Australia dan Britain.

    Saya sendiri tidak tahu mengapa mereka memilih nama Allah sebagai terjemahan God dalam Alkitab. Kemungkinan mereka merujuk Alkitab edisi bahasa Arab dan memutuskan untuk menggunakan nama yang sama seperti yang digunakan oleh orang Kristian Arab.

    Lagi pun orang Kristian Arab muncul lebih awal daripada orang muslim Arab. Katakan, mereka menggunakan nama lain pada masa mula-mula Alkitab diterbitkan dalam bahasa Melayu, kami orang Kristian dari suku-suku minoriti di Sarawak akan terima sahaja.

    Saya pasti pada masa itu, ketika Sarawak belum bergabung dengan Malaya, tiada masalah menggunakan nama Allah sebab tiada halangan dan larangan daripada sesiapa.

    Sekarang sudah sekian lama kami menggunakan nama Allah dalam semua ibadah, doa, nyanyian, serta penulisan dan penerbitan. Amalan ini terbawa-bawa sehingga terbentuknya Malaysia.

    Kalaulah orang Sarawak yang berkepercayaan Kristian tahu bahawa mereka akan dihalang menggunakan nama Allah setelah bergabung dengan Malaya, saya fikir, belum tentu terbentuk sebuah negara Malaysia.

    Dalam hujah peguam yang mewakili Herald di mahkamah, mereka menunjukkan bukti bahawa sudah ada bahan terbitan Kristian dalam bahasa Melayu sejak lebih kurang 400 tahun yang lampau. Maka dakwaan orang muslim Malaysia bahawa orang Kristian di Malaysia baru sahaja hendak menggunakan nama Allah adalah tidak berasas.

    Nama Allah sudah lama kami gunakan. Kenapa sekarang, orang muslim Malaysia hendak menghalang kami daripada menggunakan nama Allah yang sudah sekian lama kami guna pakai, malah sebelum terbentuknya Malaysia lagi?

    Suku-suku peribumi di Sarawak tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh sebab itu mereka tidak mampu memiliki Alkitab dalam bahasa Inggeris yang dipanggil Bible. Namun mereka boleh memahami bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

    Pada masa sama, agak sukar untuk terjemahkan Bible ke bahasa ibunda suku masing-masing kerana kekurangan pakar bahasa di kalangan mereka.

    Maka, untuk memudahkan orang Kristian daripada suku-suku peribumi ini dapat memperdalamkan pengetahuan mereka dalam kepercayaan Kristian, mereka perlu memiliki satu Bible yang diterjemahkan dalam bahasa yang mereka fahami, iaitu bahasa Melayu loghat Indonesia.

    Pada masa itu, orang Melayu di Malaya belum dikenali sangat oleh suku-suku peribumi Sarawak ini, begitu juga bahasa mereka. Maka, mereka mendapat terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia yang dipanggil Alkitab Suci.

    Kandungan Bible yang merujuk kepada Lord God juga diterjemah sebagai Tuhan Allah tanpa ada sebarang masalah. Ia diterima dengan aman dan sukacita. Saya yakin Alkitab pada masa itu dicetak di Indonesia, dan orang muslin di Indonesia tidak pernah dikelirukan iman mereka sampai sekarang.

    Pada tahun 16 Sept 1963 maka terbentuklah Malaysia. Sarawak bergabung dengan Malaya membentuk Malaysia.

    Sarawak, bersama-sama rakyatnya seperti kami, membawa masuk kepercayaan Kristian kami ke dalam kelompok rakyat Malaysia. Kami tidak pernah diarahkan supaya berhenti guna nama Allah selepas bergabung dengan Malaysia.

    Kami pun tidak terfikir bahawa suatu hari nanti orang muslim Malaysia akan melarang kami menggunakan nama Allah kerana kami sedia maklum bahasa perkataan Allah adalah dipetik dari bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

    Sehinggalah sekarang, baru kami tersentak dan terkejut. Kami dilarang menggunakan nama Allah dalam Alkitab, dalam semua penulisan dan penerbitan Kristian.

    Sudah sekian lama kami sudah panggil Dia yang kami sembah sebagai Tuhan Allah, dan sekarang ia dilarang pula. Saya kasihan memikirkan tentang nenek, datuk dan ibu bapa kami di kampung yang tidak tahu-menahu bahawa mereka dilarang menyebut nama Tuhan Allah.

    Bagaimana kami cucu-cuc dan anak-anak mereka hendak menerangkan kepada mereka mengenai larangan ini? Mereka sudah tentu akan menjawab, “sudah sekian lama kita menyebut nama Tuhan Allah, kenapa sekarang tidak boleh?”

    Saya yakin, walau dilarang sekalipun, mereka akan tetap menyebut nama Tuhan Allah sampai bila-bila sebab perkataan itu adalah nama yang mereka sebut sejak turun-temurun.

    Generasi terkini, yang fasih berbahasa Inggeris, tidak mempunyai masalah kerana mereka mampu mengerti Alkitab dalam bahasa Inggeris iaitu Bible dan boleh menghadiri kebaktian atau semua aktiviti ibadah, doa, nyanyian dalam bahasa Inggeris di mana-mana tanpa perlu menyebut Allah, melainkan Lord God.

    Tetapi orang yang tidak fasih berbahasa Inggeris terpaksa menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Pada masa dulu, setelah mengikuti sekolah di bawah kerajaan Malaysia, semakin ramai anak-anak generasi masa itu fasih berbahasa Melayu.

    Apabila bahasa Malaysia menjadi semakin digunakan berbanding bahasa Indonesia, maka wujud satu generasi yang kurang memahami bahasa Indonesia tetapi lebih memahami bahasa Malaysia.

    Maka, diusahakan satu terjemahan Alkitab dalam bahasa Malaysia yang masih mengekalkan nama Allah. Salah satu Alkitab terjemahan bahasa Malaysia ada pada simpanan saya dan itulah Alkitab yang sentiasa saya gunakan.

    Di kampung sendiri mungkin boleh menggunakan bahasa ibunda sendiri, tetapi nama Tuhan Allah tetap digunakan. Sebab dalam bahasa ibunda, tiada perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan nama Allah. Lagipun kami sudah sebati dengan nama ini kerana sudah dipakai sejak turun-temurun.

    Mungkin ada suku-suku yang telah memilih nama khas dalam bahasa mereka untuk tujuan terjemahan dalam bahasa masing-masing, tapi dalam bahasa suku saya, belum ada.

    Jadi dalam kes suku saya, masih kena menggunakan nama Tuhan Allah, lagi pun suku saya kekurangan perkataan. Banyak perkataan yang dipinjam daripada suku atau bangsa lain. Berbeza di bandar, anggota sesebuah gereja itu terdiri daripada pelbagai suku bangsa.

    Ada gereja yang mengadakan dua sesi kebaktian pada hari Ahad, satu sesi untuk penutur bahasa Inggeris, satu sesi untuk mereka berbahasa Malaysia. Ada juga yang mengadakan sesi untuk bahasa Cina dan Tamil, bergantung kepada keperluan bahasa dalam gereja itu.

    Di bandar, saya menghadiri sesi berbahasa Melayu sebab saya kurang fasih berbahasa Inggeris. Dalam gereja terdapat pelbagai suku bangsa, maka kena menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami semua orang. Jadi, cuba fikirkan?

    Sampai hatikah orang muslim Malaysia memaksa orang-orang seperti saya daripada suku-suku minoriti yang lemah ini berhenti memanggil Tuhan mereka dengan nama Tuhan Allah? Jangan lupa bahawa kami sudah lama, malah sebelum terbentuknya Malaysia, telah memanggil Tuhan yang kami sembah dengan nama Tuhan Allah.

    Andai kata kami semua fasih berbahasa Inggeris, saya yakin Bible tidak akan diterjemah ke bahasa Indonesia atau bahasa Melayu.

    Andai kata pada masa dulu orang yang mula-mula menterjemahkan Bible kepada bahasa Indonesia atau bahasa Malaysia memilih nama lain untuk terjemahkan God, dan bukan Allah, kami tidak kisah asalkan nama itu merujuk kepada Tuhan yang menciptakan alam semesta, bumi serta segala isinya, manusia iaitu Adam dan Hawa.

    Asalkan nama itu merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh Nabi Abaraham, Isak dan Yakub, Tuhan yang disembah oleh Nabi Noh, Tuhan yang disembah oleh Nabi Musa yang membawa orang Israel keluar dari tanah Mesir, Nabi Harun, Tuhan yang disembah oleh Maria (bukan Nabi) yang melahirkan Yesus (Nabi Isa) secara luar biasa tanpa persetubuhan.

    Bagi kami, nama itu tidak penting, yang penting kami menyembah Tuhan yang sama seperti yang disembah oleh Nabi-nabi yang tersebut tadi.

    Namun begitu, nama Allah sudah turun-temurun kami guna pakai untuk berseru kepada Tuhan yang disembah Nabi Abraham dan Nabi-Nabi lain. Sudah sebati di hati kami.

    Kami boleh saja tukar nama itu bila-bila masa. Tetapi, sudah sekian lama kami memanggil nama Allah, malah sebelum Sarawak bergabung dengan Malaya.

    Bukankah pelik bagi seseorang kalau dipaksa menukar nama yang selalu disebutnya untuk berseru kepada Tuhannya kepada nama lain?

    Begitulah sedikit komen dari saya. Saya tidak berniat hendak berdebat atau menyinggung perasaan atau memperlekehkan mana-mana pihak.

    Siong T, seorang profesional dalam lingkungan 30-an, penganut Kristian daripada suku minoriti Kenyah Badeng di Sarawak. Artikel ini disiarkan di sini, dengan suntingan, bagi menggalakkan dialog berhubung polemik isu ‘Allah’.

    Reply

  21. 21 Joel Jan 9th, 2010 at 11:03 pm

    Pendapat Tan Sri ini saya sokong walapun saya bukan penyokong BN.

    Keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa penerbitan Herald boleh terus menggunakan istilah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Malaysia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada beberapa pihak di seluruh negara.

    Sesetengah daripada komen dan reaksi tersebut tidak membantu usaha pengukuhan perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini.

    Sejurus selepas perkara ini dibawa ke mahkamah, saya telah menggesa semua pihak supaya menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan kepada mahkamah untuk menjalankan tanggungjawabnya.

    Saya percaya bahawa hakim Datuk Lau Bee Lian telah melihat segala aspek sejarah dan hak perlembagaan sebelum membuat keputusan tersebut.

    Dari aspek sejarah, istilah Allah telah digunakan sejak sekian lama, yakni sebelum rakyat Sabah memutuskan untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak pada 1963.

    Masyarakat Sabah telah menggunakan bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai lingua franca di rantau ini. Agama Kristian mulai bertapak di Sabah sejak 1881 dan terus berkembang selepas itu.

    Bagi masyarakat bumiputera Kristian di Sabah seperti Kadazandusun dan Murut, upacara ibadat diadakan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa ibunda mereka.

    Dalam upacara ibadat yang menggunakan bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah God, manakala upacara ibadat dalam bahasa Melayu menggunakan istilah Allah dan upacara ibadat dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Kadazandusun, menggunakan istilah ‘Kinoingan’.

    Kebanyakan gereja di kawasan bandar menggunakan bahasa Inggeris, manakala bahasa Melayu dan bahasa ibunda digunakan dengan meluas di gereja-gereja di kawasan luar bandar di Sabah.

    Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantara dalam sistem pendidikan negara telah memperluaskan lagi pengaruh bahasa ini di kalangan masyarakat Sabah.

    Generasi yang lahir selepas dasar ini dibuat lebih selesa menggunakan bahasa Melayu. Mereka juga lebih selesa menghadiri upacara-upacara ibadat yang diadakan dalam bahasa kebangsaan ini.

    Generasi muda masyarakat bumiputera Kristian dari Sabah yang berhijrah ke Semenanjung sama ada untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran turut meminta pihak gereja di sini supaya upacara ibadat dalam bahasa Melayu turut diadakan kerana mereka sudah serasi dengan penggunaan bahasa ini.

    UPKO merasakan bahawa setiap anggota masyarakat diberikan kebebasan untuk terus menunaikan ibadat keagamaan mereka dalam keadaan yang tenang serta dapat menggunakan bahasa serta istilah-istilah yang mereka berasa selesa untuk menggunakannya sepanjang upacara ibadat tersebut.

    Kenyataan media Tan Sri Bernard Giluk Dompok, presiden UPKO dan menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

    Reply

  22. 22 Bob Jan 12th, 2010 at 2:09 am

    Bob;
    Saya setuju dengan tulisan ini….. Jadilah Islam sejati… bukan pada nama sahaja….
    kalau begitu… hentikan bakar tempat-tempat ibadat di negara ini….

    Reply

  23. 23 Bob Jan 12th, 2010 at 2:37 pm

    Bob;

    Hai semua saudara semalaysia…

    Mari kita hentikan percakaran tentang agama… Herald dah pun menghentikan penggunaan kata Allah dlm keluarannya sejak minggu lalu lagi…. Nak kata apa lagi. Walaupun mahkamah belum memutuskan apa-apa, baik juga kalau kita rakyat Malaysia hentikan semua spekulasi dan pendapat sendiri, sebab ternyata sekali hal ini merugikan kita. Jelaskan apa yang belum selesai dan selepas itu stop…

    Lihat ini:
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100112005316/Article/index_html

    Reply

  24. 24 mapit84 Jan 22nd, 2010 at 5:19 pm

    ini isu agame,bukan politik..Islam mesti bersatu..dan meletakan Islam diatas..brulah harmoni..ingat kadang2 toleransi yang berlebihan boleh mengakibatkatkan kehancuran..boleh bertoleransi..xde masalah..tp Islam kan ader garis panduanye..Islamkan ader undang2 nyer..sebelum mengeluarkan kate2..fikirlah dlu..baik dan buruknye..ini isu aqidah..tauhid..Islam..bukan politik..membangunlah bersame Agama Islam yang suci..takbir..Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..

    Reply

  25. 25 mapit84 Jan 22nd, 2010 at 5:24 pm

    Joel..
    Sekiranye hal yang berkaitan dengan Agama Islam..mahkamah yang dirujuk adalah mahkamah syariah..bukannye mahkamah sivil..dalam perlembagaan pun ader subut..semue tau..tapi wat2 xtau..Malaysia adalah sebuah negara yang hormoni..jgn dikotori oleh sifat2 buruk segelintir rakyatnye..fikir2kan..

    Reply

  26. 26 mapit84 Jan 22nd, 2010 at 5:34 pm

    joel..
    pelik la ko ni..ader agame bru plak..cm ayah pin..hehehe..klu ader agame bru..toksahlah cmpur adukan agame orang lain..ko tafsir je lah agame bru ko 2..aper nmenyer “Krislampirkung”..haa yang itu lah..sory bukan nak mengutuk..soh pikir2kan..tujuan kte dihidupkan di dunie ni untuk aper? spe yang jadikan manusie? sper yang jadikan bumi? kte ader otak boleh fikir..bukan paki logik yer..ingat!!! kadang2 kter x sdar aper yang berlaku di sekeliling kte..tp percyelah semue 2 adelah petunjuk yang Maha Esa..

    Reply

  1. 1 Tweets that mention Jangan Hipokrit Bila Bertuhan at Anwar Ibrahim -- Topsy.com Pingback on Jan 6th, 2010 at 8:57 am

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031