Archive for January 5th, 2010

5 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari blog Dengan Izin…

Kelihatan polemik berhubung nama Allah dibenarkan penggunaannya oleh Herald lewat penghakiman Datuk Lau Bee Lan dalam kamar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) beberapa hari lepas telah semakin meleret-leret ke satu tahap yang adakalanya mendukacitakan, dan tidak kurang memualkan.

Ada pihak yang menyatakan sebagai Muslim, saya tidak boleh berkecuali, mesti pilih setuju atau menentang. Ya,dalam bab mempertahankan agama saya akan menyokong, tetapi menggunakan agama untuk kepentingan tertentu, sudah pasti saya menentang sehabisnya.

Sebagai orang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang agama, maka saya lebih senang untuk melihat sesuatu isu itu melalui pelbagai perspektif, baik dari aspek agama sendiri, aspek sejarah, aspek perlembagaan dan aspek rasionaliti. (more…)

5 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

–Kenyataan Akhbar–

Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka BIPPA PKR sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, kami melihat fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani bahawa manusia memperakui penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmannya yang bermaksud:

“Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…” (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahawa penggunaan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Ini adalah serasi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan lain-lain agama boleh diamalkan dengan aman dan damai. Sesungguhnya, ini juga bersesuaian dengan muafakat Pakatan Rakyat yang diputuskan baru-baru ini.

Selanjutnya, kami berpandangan perjuangan untuk menegak makruf dan mencegah mungkar akan menjadi lebih mudah dan selesa berasaskan firman Allah:

“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)” (Surah Ali `Imran(3):64).

Sehubungan itu, demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara semua pihak perlulah menyelesaikan konflik ini dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana (hikmah) sebagaimana saranan Allah mengenainya (Al Nahl: 125 dan Al Ankabut:46).

Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
05 Januari 2010

5 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

From Harakah Daily

After a special meeting to discuss a recent controversial court ruling, PAS has decided to reiterate its stand that the use of the word Allah by Christians was not against Islam and in accordance with the federal constitution which guarantees religious freedom.

“As a responsible Islamic body, PAS is ready to explain this issue to all parties in order to ensure a harmonious environment that is based on the principles of fairness such as is guaranteed in the constitution and by Islam itself,” PAS president Abdul Hadi Awang said in a statement issued after a three-hour long discussion.

He also called on all parties not to politicise the matter as this could threaten the peace among the different religious groups in the country. (more…)

5 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat mencurigai kenyataan awal Peguam Negara Abdul Gani Patail berhubung kes kecurian enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul berkata kerajaan seharusnya menjelaskan bagaimana kehilangan aset ini dari inventori TUDM gagal dikesan Ketua Audit Negara.

Ketua Audit Negara melaksanakan audit keatas kementerian dan agensi kerajaan setiap tahun dan di bentangkan di Parlimen untuk dibahaskan. (more…)