Archive for January 2nd, 2010

2 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini
Oleh Abdul Rahim Sabri

Walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan penarikan diri ahli panel, namum forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus, tetap diteruskan walaupun terpaksa diadakan di koridor dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) Universi Malaya (UM) malam tadi.

Forum yang membahaskan tajuk “E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Mahasiswa” dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.

Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) itu terpaksa diadakan di luar dewan tersebut selepas pihak pentadbiran membatalkan penggunaan dewan kuliah untuk forum tersebut, tiga hari lalu. (more…)