Arkib Tahun 2009

18 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

PR-Conv-logo

Konvensyen Pakatan Rakyat akan diadakakan buat pertama kalinya esok:

Tarikh: Sabtu,19hb Disember 2009
Masa:8.00am-6.00pm
Tempat:Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

18 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

- Makan Tengahari

1.00PM – Ucapan Alu-Aluan

1.00PM – Nyanyian Lagu Parti

1.10PM – Ucapan Perasmian Oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah

1.30PM – Penyampaian Kertas Kerja oleh Yb Saifuddin & Haji Ansari Abdullah

2.15PM – Minum Petang

2.30PM – Perbahasan dimulakan. Pembahas yang mewakili setiap Zon ialah Zon Kudat,

Sandakan, Tawau, Pendalaman, Pantai Barat Utara, Pantai Barat Selatan & Pantai

Barat Tengah

(more…)

18 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

The Board of Trustees of Omar Ibn Al-Khattab Foundation has awarded their “Distinguished Pathfinders Award” to Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail of Malaysia.

The DISTINGUISHED PATHFINDERS AWARD was established by the Foundation to “honor distinguished contemporary leaders and global institutions, in all fields, whose life or mission resembles the path followed by the great Islamic Pathfinder, the second Caliph Omar Ibn Al Khattab”.

(more…)

17 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Oleh Lee Weng Keat

Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama. (more…)

17 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Erapakatan

Oleh Roziyah Mahamad

Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST ini.

“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi. (more…)

17 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Harakah Daily

Oleh M Yarisman

Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat.

Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.

Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.

Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan. (more…)

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Kini

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.

Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas. (more…)

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysian Insider

Oleh Shen Yee Aun

Perdana Menteri Malaysia keenam Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah melaungkan dan memperkenalkan konsep 1 Malaysia dari hari pertama beliau berkuasa sehingga hari ini. Laungan ini terus diulangi di mana-mana sahaja. Semasa saya mewakili Universiti Malaya untuk Debat Perpaduan 2009 yang berlangsung di Unimas, Sarawak pada 19 hingga 23 May 2009 dan berjaya menembusi peringkat akhir Debat Perpaduan 2009 dan pada ketika itulah saya mengenali konsep 1 Malaysia dengan lebih luas dan terperinci. Hal ini disebabkan saya terpaksa bertungkus lumus mencari dan menganalisis fakta. Lebih-lebih lagi terdapat banyak usul yang berkaitan dengan konsep 1 Malaysia.

Dalam konsep ini terdapat tiga teras utama yang ditekankan oleh Najib iaitu Penerimaan, Kenegeraan dan Keadilan Sosial. Ketiga-tiga teras ini pula akan diperkukuhkan dengan tujuh nilai yang diperkenalkan. (more…)

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

SYARAHAN PERDANA

Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Oleh Ulama Tersohor

Sheikh Yusuf Al – Qaradhawi

Di Masjid Negeri Shah Alam

(MASJID SULTAN ABDUL AZIZ SYAH)

SABTU, 19 DISEMBER 2009

Program Bermula Dengan Solat Maghrib, Seterusnya Pengenalan Oleh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim

16 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Amin Ahmad*

Saya tidak pasti sama ada untuk mengatakan ya atau tidak kepada usaha kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan berhubung latihan pegawai dan pelajar di bawah kuasa negeri itu untuk ke kursus seliaan Biro Tata Negara.

Semasa masuk ke universiti dulu, suasana politik Malaysia masih bergolak berikutan pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Justeru, dikhabarkan oleh senior di kampus bahawa semua mahasiswa wajib mengikuti kursus BTN sebelum mereka bergraduat. Malah di universiti, ada persatuan yang rapat dengan BTN di mana mereka berpeluang menggunakan dana BTN untuk aktiviti persatuan di samping menyelitkan modul-modul ceramah BTN yang wajib sebagai syarat pelepasan peruntukan ini.

(more…)

15 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysian Insider

Oleh  G Manimaran

Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam. yang sedang “diburu” pihak berkuasa berhubung pendedahan rakaman temu ramah terbaru berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia, menyatakan kesediaan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesediaan itu dinyatakan dalam surat yang dihantar kepada suruhanjaya itu minggu lalu.

Surat dihantar kepada SPRM beberapa hari selepas Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd. Akin diambil keterangan oleh pegawai bahagian siasatan Penguasa Abdul Rahman Bachok pada Dis 4 lalu.

Surat itu dialamatkan terus kepada Abdul Rahman.

Dalam surat itu, Americk Sidhu yang bertindak sebagai peguam kepada Balasubramaniam (gambar) berkata, Subramaniam telah melahirkan hasrat itu agar dimaklumkan kepada SPRM.

“Saya telah difahamkan bahawa anda mahu menemu bual Balasubramaniam berhubung aduan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar Mohd. Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan) pada Dis 3 2009. (more…)

15 December 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider
By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Dec 14 — Datuk Seri Anwar Ibrahim stood by his views contained in a leaked video of the National Civics Bureau (BTN) which was made available in Umno-owned blogs, saying its courses have gotten worse now.

A video dated in the early 1990s, shows Anwar (picture) defending Malays’ special privileges and saying these rights should not be questioned by non-Malays.

“In the historical context during our agreement in 1957, we gave citizenship to the immigrants (pendatang). Since we have given them (immigrants) citizenship, the question of the Malay’s special privileges should not arise,” he said in a video-taped BTN session.

(more…)

Switch to our mobile site